N I N E

Di Choco Cafe.

Ting!

"Selamat datang ke Choco Cafe." Sambut penyambut tetamu kepada pasangan yang baru masuk ke dalam kafe.

Keadaan di dalam Choco Cafe kelam kabut kerana pelanggan tidak putus² datang untuk menikmati hidangan lazat di restoran itu. Sehingga tukang masak di dapur tidak menang tangan menyediakan hidangan untuk pelanggan.

"Dua spaghetti dan sup tiram untuk meja B5." Ujar pelayan ketika letak pesanan di hadapan kaunter dapur.

"On my way." Ujar Kyungsoo tanpa melihat wajah pelayan itu. Tangannya lincah memotong sayur²an di atas papan. Sesekali dia menyanyi perlahan ketika melakukan kerjanya.

"Gokjoo, awak dah siapkan sos spaghetti?" Soal Kyungsoo ketika melihat gadis bertubuh montel di sebelahnya.

"Ne, chef." Jawab Gokjoo sebelum hulurkan satu periuk kecil kepada Kyungsoo berisi sos spaghetti.

Kyungsoo lakukan kerjanya dengan pantas tanpa melakukan sebarang kesilapan. Perhiasan di atas pinggan juga dia uruskan walaupun itu bukan bahagiannya.

"Dua spaghetti dan sup tiram sudah siap!" Ujar Kyungsoo sedikit lantang. Tak lama kemudian pelayan sebentar tadi muncul kembali.

"Pasti kan awak tuang sos ini perlahan² di hadapan mereka." Pesan Kyungsoo kepada pelayan itu sebelum dia hantar pesanan itu di meja.

"Rasanya itu pelanggan terakhir untuk hari ni." Ujar Kyuhyun di sebelah Kyungsoo yang sudah duduk di bangku hadapan kaunter dapur.

"Memang yang terakhir pun." Ujar Kyungsoo ketika lap peluh di dahi menggunakan lengan bajunya.

"Sekejap lagi housemate kau datang ambil kau ke?" Soal Kyuhyun apabila duduk di bangku sebelah Kyungsoo.

"Tak, harini aku balik sendiri." Jawab Kyungsoo sebelum bangun berdiri untuk bersiap pulang.

"Jalan kaki?" Soal Kyuhyun sedikit kepastian.

Kyungsoo tidak menjawabnya sebaliknya dia berlalu pergi dari situ menuju ke lokernya.

*

Eli's POV.

"Kenapa la harini juga kau datang 'period'? Dah la 'pad' aku dah habis." Sepanjang perjalanan ke kedai runcit, aku tak henti² merungut. Well, perempuan dalam bendera merah memang berangin sentiasa la.

"Dah la tu, eomma boleh pula suruh beli barang dapur lagi alang² aku nak pergi kedai. Barang dapur haritu dah habis ke? Bukan kat rumah hanya kami berdua aje ke? Eomma bagi sedekah kat jiran ke apa?" Mulut aku tak henti membebel selagi tidak sampai ke kedai runcit.

Ketika tiba di persimpangan jalan, aku berhenti sekejap untuk tunggu lampu melintas bertukar warna hijau. Pada saat itu, bibir aku berkunci apabila disekelilingnya ada manusia yang turut menunggu disitu.

Sambil menunggu, aku menonton televisyen besar di seberang jalan. Televisyen itu sedang menayangkan satu musik video seorang idol K-pop.

"Wahh... Handsomenya Luhan oppa. Dan lah suara sedap muka handsome pula tu." Ujar aku ketika terliur menonton video itu.

"Tapi tak silap aku Luhan oppa orang China. Jadi dia sepatutnya C-pop la kan." Ujar aku lagi sambil mengetuk dagu.

"Pelik la pula bunyi C-pop. Dah macam lolipop pula." Aku mengekeh ketawa perlahan.

Pin! Pin! Pin!

"Hah! Dah lampu hijau." Tanpa membuang masa aku mula melangkah atas garisan zebra.

Tetapi entah kenapa aku terdengar bunyi kereta hon tak henti² dari jauh. Aku pun pandang kearah bunyi itu datang. Ternyata ada sebuah kereta sedang menuju kearah aku dengan kelajuan seperti mahu melanggar aku.

"JAGA-JAGA!!!"

Pada saat ini kaki aku terasa terpaku atas lantai. Ia tidak menganjak dari situ sehinggalah aku merasakan diri aku ditarik seseorang.

*

Kyungsoo's POV

Dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, aku banyak menghabiskan masa dengan mendengar lagu² dari telefon aku melalui earbuds. Dari satu lagu ke satu lagu aku nyanyi sehinggalah tiba di satu persimpangan jalan, aku menanggalkan earbuds untuk mendengar isyarat lampu melintas. Jika aku memakainya ketika menunggu, aku mesti akan terlepas melintas nanti.

"Wah... Handsomenya Luhan oppa."

'Luhan?' Aku memandang kearah gadis di hadapan aku.

"Dah la suara sedap muka handsome pula tu."

'Benda apa yeoja ni merepek??' Aku segera memandang sekeliling untuk cari dimana sumber gadis dihadapannya itu cakap.

Ketika mata aku ternampak telivisyen besar di seberang jalan, aku tergelak sendirian. 'Handsome apa, muka dah makan yeoja sesat lagi.'

Aku berdehem seketika untuk menahan ketawanya daripada terburai.

'Kalau Luhan dengar ni, mesti dia perasan habis.'

"Tapi tak silap aku Luhan oppa orang China. Jadi dia sepatutnya C-pop la kan."

Sekali lagi aku menahan ketawa.

"Pelik la pula bunyi C-pop. Dah macam lolipop pula."

Kali ni aku tak dapat menahan lagi, aku terus memaling wajah kearah lain untuk mengekeh ketawa. Aku cuba menahannya daripada bunyi kuat.

"Boleh pula yeoja ni fikir macam tu. Adoii.. Sakit perut aku tahan gelak." Ujar aku ketika memegang perut tahan ketawa.

Nasib baik ketika itu tak ramai orang berdiri disitu.

Tiba² aku terdengar bunyi hon yang kuat datang dari jauh. Aku terus memandang kearah bunyi itu. Kelihatan satu kereta dipandi laju menuju kearah persimpangan jalan dimana tempat orang melintas disitu. Pada saat aku memandang kearah laluan melintas ada seseorang berdiri terpacak tidak bergerak langsung untuk mengelak daripada dilanggar oleh kereta itu.

"Apasal yeoja ni tak elak?" Monolog aku sendirian.

Semakin lama semakin hampir kereta itu menuju kearah gadis yang berdiri di laluan melintas itu.

"Jaga-jaga!!!" Jerit aku kepada gadis itu. Namun tiada reaksi daripada gadis itu.

'Dia pengsan sambil berdiri ke?' Detik aku.

Tanpa membuang masa, aku menarik lengan gadis itu ke arah aku atau dengan kata nama lain, dakapan aku.

*

Author's POV

'Aku dah mati ke?' Detik Eli dalam hati.

"Aigoo.. Nasib baik aku sempat selamatkan kau."

'Selamatkan? Siapa?' Gumam Eli dalam hati.

Eli membuka kelopak matanya perlahan-lahan sebelum pandangannya jatuh kepada satu wajah yang jarak sejengkal daripada wajahnya. Tanpa membuang masa, Eli segera menjarakkan dari orang itu.

"Mi..mian." Eli menunduk kepala malu.

"Kau pengsan ke apa tadi?" Marah Kyungsoo kepada Eli.

"Ani..yo." Jawab Eli perlahan sambil bermain jari-jemarinya.

"Lain kali jalan tengok sekeliling, jangan asyik berangan pasal Luhan aje." Ujar Kyungsoo sebelum beredar dari situ.

"Hah?" Eli terpinga.

Kyungsoo tersenyum ketika lalu di sebelah Eli. "Michi yeoja."

"Mwo? Apa dia kata tadi?" Soal Eli apabila terdengar kata-kata Kyungsoo tadi.

*

Di EXO Mansion.

"Saya dah balik."

"Eoh, Kyungsoo dah balik." Sambut Lay ketika nampak Kyungsoo kelangkah masuk ke dalam rumah.

"Lambat kau balik, Soo. Trafik sesak ke?" Soal Junmyeon yang berada di ruang tamu.

"Ani, tadi ada michi yeoja pengsan tengah jalan." Jawab Kyungsoo ketika melangkah ke dapur untuk meneguk air.

"Michi yeoja? Nugu?" Soal Minseok yang bersama dengan Junmyeon.

"Yeoja yang sama ke?" Teka Junmyeon.

"Yeoja yang sama?" Ulang Minseok kepada Junmyeon.

"Hari tu, Soo ada bergaduh dengan yeoja kat pasar. Bunyi macam teruk juga." Junmyeon tergelak apabila teringat peristiwa Kyungsoo mengamuk ketika pula dari pasar.

"Bergaduh macam mana?" Soal Minseok ingin tahu.

"Tak perlu ambil tahu la, Umin." Potong Kyungsoo ketika keluar dari dapur.

"Alaa.. Hyung nak tahu juga." Ujar Minseok sedikit cebik.

"Tak payah." Tegas Kyungsoo. "Aku naik ke atas dulu."

"Okay." Jawab Junmyeon ketika memandang Kyungsoo menaiki tangga.

"Hey, Suho. Kau cerita la kat aku, apa yang terjadi?" Rayu Minseok sambil memegang tangan Junmyeon.

"Haish, kau nak Soo bunuh aku dulu ke? Kan dia dah kata tak payah." Junmyeon tolak Minseok jauh-jauh.

Minseok berdecit.

"Daripada kau berdecit kat sini, lebih baik kau pergi tengok dongsaeng kau sebelum aku nak masuk tidur." Arah Junmyeon sebelum meneguk kopi panas di atas meja hadapannya.

"Ne, arraso." Minseok segera bangun dari sofa menuju ke kaki tangga.

"Kau lambat lagi ke nak tidur , Suho?" Soal Lay ketika duduk di sofa hadapan Junmyeon.

"Sekejap lagi. Aku nak siapkan kerja aku ni." Jawab Junmyeon ketika letak cawan kopinya.

"Banyak sangat ke kerja kau kat farmasi?" Soal Lay ingin tahu.

"Tak ada lah banyak sangat. Cuma..." Junmyeon mengeluh seketika. "..tak ada apa-apa lah, Lay." Junmyeon senyum kepada Lay.

"Jangan kerja teruk sangat Suho. Walaupun kau tu doktor, tapi kau juga manusia biasa juga. Mudah dapat penyakit." Pesan Lay lembut.

"Ne, aku tahu. Kau pun sama. Rehat bagi banyak. Kau tu lagi mudah dapat penyakit Lay." Giliran Junmyeon pula berikan nasihat.

Lay tergelak dengar nasihat daripada Junmyeon.

"Ne, Doktor Suho." Lay gelak.

Junmyeon turut gelak bersama.


× × ×

Second meeting between Eli and Kyungsoo. Auww~~~ nampak sweet pula Kyungsoo dalam bayangan saya. Teringin saya nak diselamatkan oleh Kyungsoo oppa. xDxDxD


--- VOTE AND COMMENT ---

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top