Chapter twenty four
Hoshi tercengang dihadapan keretanya saat melihat 3 buah teksi berhenti dihadapan pagar rumahnya. Lantas 12 lelaki keluar dari perut teksi itu. Dahinya berkedut melihat mata sahabat sahabatnya itu merah sembab seakan baru habis menangis
Pagar terbuka secara automatik. Dengan langkah yang sangat lemah mereka menghampiri hoshi.
" Hyung kenapa ni? Ada masalah ke? Kenapa semua monyok je. " Soal hoshi pada jeonghan
" Dorm kita terbakar " Ujar Joshua lalu mengesat sisa air matanya. Hoshi terperanjat mendengar.
" Macam mana boleh terbakar. Apa yang korang buat ! " Soal hoshi sambil memandang tajam ke arah maknae line. Dia mengagak pasti semua ni kerja maknae line
Mingyu seungkwan hansol dino berpandangan sesama sendiri sebelum menggeleng.
" Habis tu kerja siapa?! " Hoshi mula bengang.
" Ada sorang lelaki datang rumah dan cakap dekat kitaorang yang kau tunggu kitaorang dekat cafe tempat kita selalu lepak tu. Kitaorang pun percaya lah sebab cafe tu kita semua je tahu " Ujar Jun. Hoshi pelik
" Bila masa pulak aku arah orang untuk suruh korang datang cafe tu. hish ni mesti ada yang nak kenakan kita ni " Hoshi mendengus geram.
" Lepastu kitaorang semua gerak lah ke cafe tu. Baru je nak duduk tiba tiba telefon woozi berbunyi. Jiran sebelah rumah call. Dia cakap rumah kita semua terbakar " Jeonghan menyambungkan ayat jun yang tergantung tadi.
" Kitaorang pun kalut nak balik. Bila dah sampai tu. Dorm dah hancur dijilat api. " Keluh Seungcheol. Hoshi berfikir sejenak.
" Kejap! Korang cam tak muka lelaki tu ? " Tanya hoshi. Dan mendapat gelengan dari 12 sahabatnya itu
" Tapi aku pernah nampak dia sebelum ni di depan dorm kita. Dia pandang je dorm kita, masa tu aku dekat beranda tingkat atas " Semua terkejut mendengar kata kata Woozi.
" Asal kau tak bagitahu aku pendek! " Gerutu seungcheol geram
" Aku nak bagitahu tapi korang semua tak sabar sabar nak keluar. Mentang lah nak jumpa hoshi. ingatkan kena belanja makan lah tu. Last last dorm yang hancur " Bebel woozi buatkan yang lain mencebik dan menjulingkan mata ke atas
" Dah-dah tak payah kusutkan otak lah. Nanti kita fikirkan dan cari bukti yang kukuh supaya lelaki tu ditangkap nanti. Aku yakin pasti lelaki tu yang bakar rumah kita " Ujar hoshi
" Hyung kami nak tinggal sini boleh? Dorm dah tak ada kitaorang dah tak ada tempat berteduh " Sayu suara minghao bertanya. Hoshi tiba tiba merasa kesian. Kalau bukan dia yang tolong siapa lagi.
" Boleh. Lagipun rumah aku ni ada 4 bilik kosong. Korang pandai pandai lah atur nanti " Member nya mengangguk faham lalu bersorak gembira.
" Aku keluar dulu. Korang jangan sepahkan rumah aku pulak. Kang noona aku belasah korang satu satu "
" Baikk boss " Ucap seventeen serentak lalu berlari masuk kedalam rumah.
▪ ▪ ▪
Jimin memberhentikan motornya tidak jauh dari sebuah rumah yang sudah rentung itu. Cermin helmetnya dinaikkan Senyuman jahat terbit dibibirnya.
" Lepas ni kau dah tak ada hala tuju lagi tae. Rumah kawan kawan kau dah hangus. Dan kau selamanya akan bergantung dengan aku "
" Dan aku pasti eunbi pun takkan terima kau lagi "
Dia tersenyum sebelum memecutkan motornya dengan laju. Meninggalkan kawasan itu.
▪ ▪ ▪
" Tae aku balik dulu tau. Dah malam ni. Nanti mommy dengan daddy cari pulak " Ujar irene lalu berdiri diikuti taehyung
" Okay baby takecare. Jom aku hantar balik "
" Takpelah. Driver daddy dah sampai. Aku kena ikut dia balik kalau tak nanti daddy mengamuk " Muram wajah irene memandang taehyung. Taehyung angguk lalu memeluk irene dan mengucup dahi gadis itu lama
" Nanti aku call guna phone jimin tau. Phone aku rosak " Irene senyum seraya mengangguk.
Taehyung menghantar irene sampai ke pintu pagar. Irene melambai lalu masuk kedalam kereta mewah milik daddy nya. Taehyung hanya tayangkan senyuman manis.
Hilang sahaja kelibat kereta irene taehyung pun masuk semula kedalam rumah. Dia melabuhkan duduk disofa. Bunyi motor yang baru tiba dihiraukan. Dia sibuk menonton tv yang menayangkan drama Are you human too itu.
Jimin masuk kedalam rumah jacket denim berwarna hitam ditanggalkan. Tinggal T-shirt putih yang tersarung ditubuhnya. Dia menyisir rambutnya ke atas kemudian melabuhkan punggung disebelah taehyung.
" Irene mana? " Soal jimin
" Dah balik tadi, kau darimana? Asal balik lambat. Jumpa yeri ke? " Tebak taehyung. Jimin tersengih
" Taklah. Ada benda aku urus tadi " Jimin mengeluh panjang.
" Esok kau tak ada plan nak kemana mana ke? Taknak bawak irene keluar? " Tanya jimin. Taehyung berfikir sekejap
" Tak terfikir lagi lah chim. " Ujar taehyung lalu sambung menonton tv.
Jimin pun hanya mendiamkan diri. Sama sama menghayati drama yang ditayangkan dikaca tv tu.
" Alamak chim! Aku lupa lah " Taehyung menepuk dahinya . Jimin memandangnya pelik
" Kenapa? " Soal jimin tanpa perasaan.
" Eunbi " mendengarkan sahaja nama itu jimin memutarkan biji matanya.
" Kenapa aku boleh lupa yang aku ada eunbi. Aduh chim mampus lah aku " Taehyung berdiri lalu mencapai jacket eunbi yang dipinjamkan kepadanya. Yang diletakkan diatas sofa single itu.
" Aku nak pinjam motor kau boleh? "
" Tae. Lebih baik kau tak payah pergi. Kau tinggalkan je perempuan tu. Kalau irene tahu kecewa dia nanti " Ujar jimin membuatkan taehyung bengang
" Aku takkan sesekali lepaskan eunbi! Aku cintakan dia! " taehyung mencerlung jimin dengan tajam.
" Irene pulak macam mana? Kau tak cintakan dia? " Soal jimin sinis. Taehyung terkedu.
" Irene cinta pertama kau tae! Dia sanggup pujuk daddy dia untuk balik kesini. Susah tau dia pujuk daddy dia. Takkan kau tak boleh hargai. "
" Aku tahu lah aku nak buat apa. Kau nak bagi pinjam motor kau atau tak? " Taehyung menghulurkan tangannya. Jimin mengeluh. Nak tak nak dia terpaksa bagi taehyung pinjam motor dia
Dengan terpaksa dan kasar dia menyerahkan kunci motornya pada taehyung, tanpa sepatah kata taehyung keluar dari rumah itu
" Aku yakin seratus peratus kau akan dihalau oleh eunbi nanti " Jimin tersenyum senget.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top