Chapter twenty

Eunbi meletakkan secawan teh diatas meja, hujan pun semakin redah. Dah tak ada lagi petir yang menakutkan eunbi itu.

Beberapa minit kemudian taehyung turun dari tingkat atas. Dia hanya mengenakan seluar panjang bercorak panda serta T-shirt putih. Eunbi tersenyum manis.

" Hebat jugak si harimau tu. Semua barang baju kasut seluar beg jenama gucci " Ujar taehyung sebaik melabuhkan duduk disebelah eunbi.

" Yelah, dia peminat jenama tu sebab tu full bilik dia dengan barang gucci " Taehyung mencebikkan bibir.

" Bukan dia sorang minat gucci " Kening eunbi dijengketkan lalu memandang taehyung.

" So kau nak cakap yang kau pun minat gucci lah? " Soal eunbi. Taehyung mengalihkan pandangan memandang eunbi

" Yaa "

" Tak tanya pun " Kata eunbi lalu memandang hadapan. Taehyung geram lalu mencubit pipi eunbi dengan kuat. Mengadu kesakitan eunbi dibuatnya

" Sakitlah! " gadis itu mendengus geram. Dan mencerlung taehyung dengan tajam

" Siapa suruh mengada " Ujar taehyung. Tanpa dipinta dia mengambil teh yang terletak diatas meja lalu menghirupnya perlahan

" Taehyung. Hujan dah berhenti. Kau taknak balik ke ? Aku bukan apa. Nanti kang hoshi balik kau ada dekat sini. Tak ke terkejut dia "

" Dia dah tahu. Masa aku nak datang sini dia ada dekat dorm seventeen tadi. Aku sempat bagitahu dia aku nak kesini "

" What? Ish kau ni, kenapa bagitahu dia. Habis lah aku kena buli nanti " Taehyung mengerutkan kening melihat eunbi menepuk dahinya

" Kenapa dia nak buli kau? "

" Kau dan aku dalam  rumah ni. Berdua duaan. Mestilah dia akan buli aku. Dia mesti nak usik aku, tengok je lah nanti "

" Biarkan je lah. Pekakkan telinga masuk bilik dan call aku. Ada faedah lagi "

" Diam lah. Kau takkan faham. Hoshi takkan berhenti nak mengata aku sampai lah dia puas " keluh eunbi. Taehyung memegang kepalanya. Pandangannya secara tiba tiba menjadi gelap

Taehyung terbaring pengsan diatas paha eunbi itu. Eunbi cuak. Terkejut.

" Taehyung kenapa ni? Hei panasnya badan kau " Ditepuk perlahan pipi taehyung. Untuk menyedarkan lelaki itu

Segera dia menelefon doktor peribadinya untuk datang kerumah.

▪ ▪ ▪

" Macam mana keadaan dia doktor ? " Soal eunbi kepada doktor tersebut

" Dia dah stabil. Dia cuma demam panas mungkin sebab dia terkena hujan " Ujar doktor itu

" Eunbi.. kalau tak silap saya lelaki ni saya kenal lah " Tambah doktor itu. Eunbi mengerutkan dahinya

" Macam mana doktor kenal? "

" Tak silap dia lah lelaki gila yang mengaku awak teman wanita dia. Masa awak kemalangan beberapa bulan lepas "  Eunbi tersenyum

" Ya doktor, dia lah lelaki tu. "

" Dia buat apa dekat sini? Macam mana dia tahu rumah kamu? " Membulat besar mata doktor itu bertanya. Dipandang sekilas Taehyung yang berbaring dikatil hoshi itu

" Ouhh dia kawan saya. Dia datang sini hantar barang tadi. Dia basah kuyup so saya pun suruh lah dia tukar baju dulu sebelum pulang dan suruh stay kejap sementara tunggu hujan berhenti " Tipu eunbi. Doktor hongki mengangguk cuba faham akan yang disampaikan gadis itu.

" Baiklah saya minta diri dulu. Jangan lupa suruh dia makan ubat yang saya bagi tu "

" Baik. Terima kasih doktor. Hati hati memandu. Jalan licin dekat luar sana tu "

" Okay sama sama eunbi, awak pun hati hati dekat sini " Eunbi angguk. Lalu menghantar doktor itu keluar.

Taehyung mencelikkan matanya. Bibirnya mencebik. Sebenarnya sudah lama dia terjaga tapi selepas mendengar perbualan eunbi bersama doktor itu dia berpura masih pengsan.

" Gatal punya doktor. Ingat aku tak tahu kau sukakan eunbi. Jangan harap kau boleh ambil eunbi dari aku. Eunbi pun satu gedik nak mampus still layan doktor gatal tu " Taehyung membebel sendirian. Bunyi pintu bilik terbuka membuatkan dia terus memejamkan mata

Perlahan lahan eunbi menghampiri taehyung yang berbaring itu. Dia melabuhkan punggung diatas katil itu lalu mengelus rambut taehyung lembut

Tanpa dia sedari, taehyung senyum dalam hati. Suka akan perbuatannya itu.

" Bangun lah. aku rasa bersalah sangat. Sebab aku kau jadi macam ni. Sebab nak teman aku je dekat rumah kau sanggup berhujan hujanan nak datang sini sampaikan kau jatuh sakit, maafkan aku tae " Tutur eunbi dengan nada sedih. Tangannya masih ralit mengusap rambut taehyung

" aku janji lepas ni aku akan layan kau dengan baik. Bangun lah aku tak suka tengok kau macam ni " Bibirnya dimuncungkan matanya merah menahan tangis.

" Cakap dulu kau cintakan aku baru aku bangun " Ucap taehyung dengan mata terpejam

" arghh mak kau " Melatah eunbi akibat terperanjat

" Ish kim taehyung! Kau ni buat aku terkejut je lah. Dah lah malas nak kawan " Eunbi lantas berdiri lalu berjalan ke pintu

Taehyung segera berdiri ingin mengejar eunbi. Tapi disebabkan kepalanya masih pening dia akhirnya jatuh melutut diatas lantai itu

" Taehyung!! " Jerit eunbi lalu menghampiri taehyung.

" Gwaenchaha? " Soalnya. Taehyung menggeleng

" Aku pening "

" Okay jum awak berehat dulu dekat katil " Eunbi membantu taehyung untuk berdiri.

Eunbi memapah taehyung untuk kekatil. Tangan taehyung diletakkan keliling bahunya. Taehyung tersenyum manis. Eunbi begitu ambil berat pasal dia.

Taehyung melabuhkan duduk dipinggir katil begitu juga eunbi.

" kenapa kau berdiri kau kan masih sakit " Lembut suara eunbi menanya

" Aku kejar kau. Aku taknak kau merajuk. "

" Aku tak merajuk lah. Aku nak keluar tadi sebab nak ambil kan kau air nak bagi kau minum ubat tu ha " Jelasnya. Taehyung tersengih malu.

" Eunbi? Kau sayang aku tak? " Tanya taehyung membuatkan eunbi terdiam seribu bahasa

" Aku sayang kau sangat. Cakaplah yang kau pun sayangkan aku " Taehyung menyandarkan kepalanya dibahu eunbi

" Aku... aku... "

" Aku apa hmm sayang "

" Sorry aku tak boleh lagi " Ujar eunbi berani. Wajah taehyung yang tadi ceria berubah muram.

" Tak apa. Slow slow. Aku yakin suatu hari nanti kau akan katakan tu pada aku " Kata Taehyung dengan penuh keyakinan.

Eunbi memejamkan matanya. Sesungguhnya perasaan itu sudah ada namun dia cuma takut untuk melafazkannya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top