Chapter three

Taehyung memberhentikan motornya dihadapan pagar rumah irene, dia menanggalkan topi keledarnya dan berjalan ke arah pagar. Dia menekan butang loceng itu dan menunggu pengawal datang untuk membuka pintu.

Irene sememangnya anak orang kaya, dahulu irene orangnya pendiam dan baik kepada orang tuanya. Namun setelah bertemu dengan taehyung dia berubah jadi degil dan suka balik lewat malam.

Dia juga turut mengikuti jejak taehyung sebagai pelumba haram. Orang tua irene sangat menentang hubungan irene dengan taehyung, mereka sangat membenci taehyung.

Berkali kali orang tua irene memberi amaran kepada irene supaya irene memutuskan hubungan dengan taehyung tapi irene masih berdegil dan mempertahankan taehyung.

" cari siapa ? " soal pengawal berbadan tegap itu dari dalam

" irene ada tak ? " tanya taehyung

" ohh cik irene dan sekeluarga baru sahaja bertolak ke airport " balas pengawal itu

" airport ? " tanya taehyung dengan hairan

" yaa, encik tak tahu ke yang mereka akan berpindah ke london harini " taehyung terkesima mendengar jawaban itu

Dia segera menaiki motorsikalnya dan membonceng dengan laju, banyak persoalan bermain difikirannya.

' kenapa kau nak tinggalkan aku irene, kenapa tak cakap yang kau akan pindah ' bisik hati kecil taehyung.

▪▪▪

Dengan malas irene melangkah mengikuti mummy dengan daddy menuju ke balai perlepasan. Dia menoleh sekejap kebelakang, dia berharap agar bertemu dengan taehyung buat kali terakhir.

Kaca mata hitamnya dibetulkan, begitu juga dengan topinya. Dia menghela nafas berat sebelum meneruskan langkah memasuk balai perlepasan itu.

Dia menyerahkan pasportnya kepada polis perempuan yang menjaga pintu itu, selepas diperiksa dia pun dibenarkan masuk.

' selamat tinggal taehyung, maafkan saya sebab tak dapat jumpa awak buat kali terakhir '

Irene meneruskan langkahnya masuk kedalam dengan hati yang berat.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top