Chapter thirteen

" jadi kau tinggal dekat sini rupanya "

" see ? Dia bukannya irene. Dia orang lain. Muka je sama "

" hmmp betul lah. Tapi muka dia mirip betul dengan irene. Dan itu membuatkan aku semakin ingin mendekati dia chim "

" dah lah, kau tak payah ganggu dia. Nanti kita pergi london cari irene okay. Pegang janji aku " taehyung mengangguk

Mereka mengekori eunbi dari hospital hingga kerumah. Taehyung hanya ingin memastikan bahawa orang yang disangkanya irene itu betul betul irene. Tapi ternyata dia salah.

•••

" kwon soonyoung !! Bagi balik makanan aku hanat sebelum aku pijak batang leher kau " eunbi menendang pintu bilik hoshi dengan kuat, hoshi didalam bilik terperanjat akibat jeritan kakaknya itu. Hampir sahaja dia terhantuk pintu dinding.

" eish apa noona ni terjerit jerit tak malu ke jiran dengar ! " kata hoshi saat pintu terbuka

" peduli apa aku. Dah kau curi makanan aku, bak sini balik " eunbi menjengketkan sebelah kening sambil menadah sebelah tangan.

" ada kat bilik hoshi tu ha, pergilah ambil sendiri. "

" eh budak ni aku suruh dia dia suruh aku pulak "

Drtt.. drtt..

Hoshi menyeluk telefon pintarnya disaku seluar. Mesej dari sahabatnya itu dibaca.

" noona , hoshi keluar kejap tau, noona jaga diri. Maybe hoshi lambat balik jangan lupa kunci pintu " pesan hoshi lalu meninggalkan eunbi yang terkebil kebil dihadapan biliknya.

" tak guna! Kau tunggu lah. Aku takkan bukakan kau pintu malam ni " omelnya sendiri lalu masuk kedalam bilik hoshi mengangkut semula makanan-makanan yang dihadiahkan kepadanya itu kedalam biliknya.

Ting tong

" ish siapa pulak nak mengemis datang rumah aku ni. Kacau je la " dengan berat kakinya melangkah keruang tamu. Pintu utama dibuka. Seorang lelaki berserta sejambak bunga yang menutupi wajahnya berdiri dihadapan eunbi

" dah kenapa nak tutup muka dengan bunga ni, kau ingat kau romeo "

" kalau saya romeo dan awak adalah julietnya "

" ceh ! Poyo " seraya itu lelaki itu mengalihkan bunga dari wajahnya. Membulat mata eunbi

" kau lagi !! "

" hai sweetheart " ucap lelaki itu. Lalu tersenyum manis.

" macam mana kau tahu rumah aku ni, ohh kau stalker eah ? " tebak eunbi dan lelaki itu mengangguk.

" nah. Hadiah untuk awak. Maaf lah sebab saya baru datang melawat awak " lelaki itu menghulurkan sejambak bunga kepada eunbi. Lambat eunbi menyambut.

" gumawo. Kita bukannya kenal pun. Buat apa awak nak datang melawat saya " eunbi tersenyum, sinis. Lelaki itu mengusap belakang tengkuknya. Janggal. Ataupun malu berhadapan dengan gadis yang mirip dengan kekasihnya.

" ya kita bukannya kenal tapi tak salah kan kalau saya nak kenal awak lebih mendalam. Maksud saya nak.. " eunbi menanti kata kata lelaki itu.

" kawan dengan awak. Rapat. Boleh kan? " gadis itu tersenyum manis membuatkan lelaki itu terkedu seketika.

" boleh je, asalkan awak takde niat buruk terhadap saya " lantas lelaki itu mengangkat sebelah tangannya

" sumpah! Saya takde niat buruk pun. Saya cuma nak berkawan dengan awak je " tergelak eunbi sekejap. Dia pun mengangguk.

" baiklah kalau macam tu kita kawan " eunbi menghulurkan tangan ingin berjabat. Sepantas jet lelaki itu sambut.

" kwon eunbi imnida " lelaki itu senyum.

" kim taehyung " katanya dengan suara serak basah. Tersenyum lebar eunbi mendengarnya.

" anyeong chinggu ya "

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top