Chapter ten

" irene apa kau merepek ni ? Itu noona aku, nama dia kwon eunbi ! " terang adik eun bi itu, taehyung terdiam

" hoshi ssi perlahankan suara kamu, saya takut noona kamu akan terdengar dan terkejut nanti " arah doktor hongki hoshi mengangguk faham

" ja-di dia bu-kan irene ? " ucap taehyung perlahan

" nae ! Dia bukan irene ! Sedar la sikit ini noona aku bukannya teman wanita kau " balas hoshi dengan nada geram

" tak ! tak ! " taehyung menggeleng tidak percaya

" korang mesti sengaja nak tipu aku kan, korang nak jauhkan aku dari irene kan ! " jerit taehyung kepada hoshi dan doktor itu

Doktor hongki cuba untuk menarik taehyung untuk keluar dari bilik itu namun tidak berjaya, sebab taehyung sudah pun menolaknya ke tepi.

Taehyung berjalan ke arah hoshi dan melayangkan penumbuk tepat di pipi kanan hoshi.

Doktor itu pun segera memanggil pengawal untuk mengusir taehyung yang sudah pun melampaui batas dalam hospital

Taehyung meracau dan menjerit saat diheret keluar dari bilik itu, hoshi mengesat darah yang keluar dari mulutnya itu dan memandang taehyung dengan tajam.

" lepaskan ! aku takkan sesekali benarkan kau dekati irene " jeritan taehyung masih kedengaran walaupun suda beredar dari bilik itu

" awak okey ? " soal doktor hongki kepada hoshi

" nae " hoshi mengangguk

" saya dah agak dah yang dia kurang siuman, sebab masa saya tanya tadi dia cakap eunbi ni teman wanita dia, lagi saya terkejut saat dia cakap yang eunbi ni irene " doktor hongki menggeleng seraya itu melepaskan keluhan kecil

" apa yang jadi dengan noona saya doktor " tanya hoshi dengan risau

" noona awak terlibat dalam kemalangan, tapi awak jangan risau dia tak apa apa. Cuma luka sikit je dekat kepala dia " jelas doktor hongki

" luka tu tak akan mendatangkan penyakit apa apa kan doktor ? " soal hoshi lagi

" nae ! awak jangan risau, noona awak akan baik baik saja " balas doktor hongki kemudian menepuk bahu hoshi perlahan

" khamsahamnida doktor " ucap hoshi seraya menunduk hormat kepada doktor hongki

" nae cheonma, kalau macam tu saya pergi dulu " hoshi mengangguk

Sebaik sahaja kelibat doktor hongki hilang dimuka pintu hoshi menghampiri birai katil milik eunbi, dia mengusap kepala eunbi yang berbalut dengan kain putih itu.

" cukupla eomma dan appa tinggalkan hoshi, hoshi taknak noona pun tinggalkan hoshi disini " ujar hoshi lalu menunduk

" hoshi dah takde sesiapa dalam dunia ni selain noona " sambungnya lagi, air mata jantan hoshi mengalir deras dipipi

Eomma hoshi meninggal semasa melahirkan hoshi, manakala appa hoshi pulak meninggal sebab mendermakan jantungnya kepada eunbi

Dahulu eunbi pernah menghidap penyakit jantung dan appa eunbi mendermakan jantungnya untuk menyelamatkan anaknya itu dari kematian.

Kini tinggal eunbi sahaja satu satunya yang hoshi miliki.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top