Chapter eleven

Jimin yang baru sahaja tiba dihadapan hospital itu mengerutkan keningnya memandang taehyung yang tengah diheret oleh dua orang pengawal, dia pun berlari mendapati taehyung.

" its okey biar saya uruskan dia, he's my friend " ucap jimin kepada pengawal itu.

Pengawal itu pun melepaskan taehyung, taehyung cuba untuk melarikan diri masuk dalam hospital itu kembali tapi berjaya ditahan oleh jimin

" yah kim taehyung waegurae ! cuba bertenang sikit " marah jimin, taehyung mendengus geram

" irene kat dalam chim ! Aku nak jaga dia " kata taehyung menggoncang badan jimin, dia berkelakuan seperti orang gila

" hey irene kat london laa ! " jerit jimin menyebabkan taehyung terdiam

" dia kat london sekarang ! Aku dapat tahu dari joy bestfriend irene tu " kata jimin, taehyung seakan terpaku sekejap

" london ? " soal taehyung dengan hairan

" dah laa jom kita balik, aku tahu kau rindu sangat kat irene tapi please tae jangan berkelakuan macam ni " pujuk jimin dengan nada ingin menangis

" kita balik ye " ucap jimin lagi.

Taehyung tidak menggeleng tidak mengangguk. Malah hanya ikut semasa jimin menariknya ke arah motor jimin diletakkan

Jimin memakaikan taehyung topi keledar, dan menyuruh taehyung duduk dibelakangnya.

" pegang kuat kuat tae, kau jangan nak menghayal situ " kata jimin.

Taehyung membisu matanya hanya memandang ke arah pintu hospital itu. Jimin menghembuskan nafas berat sebelum menghidupkan enjin motornya.

▪▪▪

Hoshi daritadi hanya memandang eunbi, dia langsung tidak berganjak dari bilik itu sejak dia sampai kesitu. Dia masih menunggu sehingga noona kesayangannya itu sedar.

' noona tolong lah sedar ' bisik hati kecil hoshi

Secara tiba tiba mesin jantung itu berbunyi kuat dan badan eunbi menggeletar, hoshi terkejut dan segera menjerit memanggil nurse.

Pintu bilik tersebut terbuka kemudian masuk lah tiga orang nurse bersama doktor hongki. Nurse itu pun menyuruh hoshi menunggu diluar sementara doktor itu cuba untuk merawat eunbi.

Hoshi berpusing pusing ditempatnya menunggu doktor itu keluar, dia berdoa dalam hati agar eunbi baik baik saja.

30 minit kemudian pintu bilik itu terbuka, hoshi terus menerpa ke arah doktor hongki.

" macam mana keadaan noona saya doktor " soal hoshi risau

" noona awak baik baik saja, dia sudah sedarkan diri " ucap doktor hongki sambil tersenyum

" omo, thank you so much doktor " ucap hoshi lalu menjabat tangan doktor hongki

" awak masuk la, noona awak tengah tunggu tu " ujar doktor hongki, hoshi mengangguk lalu melangkah masuk kedalam wad itu

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top