9 | R O S E T H |

"So, nak beli apa untuk daddy?" Tanya Rosemary sambil memandang abang-abangnya. Mereka sekarang dalam perjalanan menuju ke pusat beli belah untuk mencari hadiah buat Encik Felix sempena hari lahirnya yang ke-54. Hoho, tua dah Encik Felix tapi still handsome.

"Kereta?" Cadang Rafael.

"Nope. Berlambak kereta daddy dekat rumah tu sampai tak muat parking." Bantah Ryder yang fokus memandu. Harini dia bawak Lexus LX 570. Sebab masing-masing malas nak drive. So, terpaksalah bawak kereta bapak-bapak ni. Yang dia bawak ni pun daddy dia punya.

"Kasut?" Cadang Ryan pulak.

"Nuh" serentak yang lain menolak.

"Apa kata korang bagi dia menantu?" Cadang Rosemary tersenyum nakal.

"Euwww, i masih muda kay? Apa barang kawen awal." Dengan pantas Rafael menolak. Ryder dan Ryan turut mengangguk menyokong kata-kata Rafael. Baru 26 kot, takkan nak kahwin. Belum puas enjoy lagi. Harta daddy masih banyak untuk dihabiskan okey?

"Bagi jam nak?" Cadang Ryder pulak.

"Setuju!"

"So, nak bagi jam jenama apa?"

"Rolex? Patek Philippe? Chopard? Hublot?"

"Jaeger-LeCoultre pun okey jugak."

"Bagi jam barbie lah. Cute sikit. Kurang aura ganas daddy." Keluar dah idea kurang bernas dari seorang Ryan.

Terus yang lain bantai gelak sebab tengah membayangkan Encik Felix yang garang itu pakai jam tangan warna pink gambar barbie.

"Nice jugak. Nanti bila daddy tanya siapa punya idea, aku cakap kau." Balas Rafael.

"Sampai hati" rajuk Ryan berpura-pura. Wajahnya dipalingkan menghadap tingkap.

"Aiyok bang Fael buat abang Ryan merajuk." Rosemary yang duduk di tempat penumpang hadapan semakin merancakkan suasana.

"Honey, merajuk dengan i ke?" Tanya Rafael dengan gaya mak nyah nya. Suara dikepitkan sedikit. Lengan Ryan dicuit-cuit menggunakan hujung jari.

Ryan semakin memuncungkan bibirnya.

Ryder di depan sudah menepuk dahi sendiri. Dah keluar dah perangai gay dua ekor tu. Rosemary di sebelahnya sudah terkekeh ketawa sambil merakam video menggunakan iphonenya.

Nothing can do. Dorang full times brother, part time gay. Ahahahahaha.. Rosak cerita aku. Shittt

"Cantiknya. Mana yang sesuai untuk daddy eh?" Omel Rosemary sendiri sambil melihat jam tangan yang dipamerkan di dalam bekas kaca.

"Cik, saya nak tengok yang ni dengan yang ni." Pinta Rosemary sambil menunjukkan dua utas jam tangan yang menarik perhatiannya. Dia tidak menyedari perubahan riak wajah jurujual di depannya.

"Sorry, yang ni dah habis stock." Balas jurujual itu senada.

"Yang ni?"

"Yang tu pun habis stock."

Rosemary menunjukkan beberapa utas jam lagi. Namun kesemuanya kehabisan stock.

"Buat apa buka kedai kalau semua tak ada stock?" Tanya Rosemary bengang. Yelah, semua yang dia nak, habis stock. Logik ke? Dengan layanan jurujual itu terhadapnya seperti acuh tak acuh. Memang naik darah lah dia.

"Kalau ada stock pun, kau bukan mampu nak beli." Perli jurujual tersebut sinis. Dia memandang Rosemary atas bawah dengan pandangan jijik. Dia sengaja cakap tiada stok kerana mahu menghalau Rosemary keluar dari situ. Tak kuasa dia nak melayan si miskin yang berangan-angan macam orang kaya.

Rosemary semakin hilang sabar mendengar kata-kata jurujual tersebut.

"Kau cakap apa tadi?" Tanya Rosemary dengan suara tertahan. Sabar Rose,sabar! Bisiknya dalam hati.

"Kalau dah miskin tu, buat cara miskin. Tak payah nak acah kaya sangat. Sampai kau mampos pun kau tak akan mampu beli jam ni." Sembur jurujual itu lagi.

"Kau tu kaya sangat ke nak kutuk aku? Kedai ni bapak kau punya ke? Kau tu pun kuli je. Ada hati nak kutuk aku." Balas Rosemary sinis. Mentang-mentang lah dia pakai simple je, terus kena kutuk miskin. Memang mengundang amarah betul.

Muka jurujual tersebut sudah merah padam menahan marah.

"Hey sayang, kenapa ni?" Tanya Ryder yang baru sampai. Tadi dia pergi toilet. Manakala adik-adiknya yang lain tengah beli aiskrim ilao ilao untuk Rosemary. Sudah dipesan agar Rosemary menunggu dirinya, namun adiknya yang seorang itu degil. Terus pergi ke kedai jam tersebut tanpa dirinya.

Jurujual itu memandang Ryder atas bawah. Dari atas sampai bawah, barangan berjenama.

"Jual diri rupanya, patutlah berlagak sangat. Dasar sundal."Sindir jurujual itu sinis. Panas hatinya apabila jejaka handsome tersebut memanggil perempuan miskin itu sayang.

"Watch your mouth bitch. Kau siapa nak panggil adik aku sundal hah?" Terus naik seoktaf suara Ryder apabila ada yang berani memanggil adik keseyangannya sundal.

"Panggil manager kau." Arah Ryder kepada jurujual yang lain. Rahang diketap kuat.

Jurujual yang memaki Rosemary tadi hanya beriak biasa.

Kelihatan seorang lelaki yang agak berumur mendekati mereka.

"How can i help you sir?" Tanya lelaki tersebut, yakni manager kepada Ryder. Matanya mengerli sekilas kepada jurujual yang memaki Rosemary tadi.

"Your employer being so fucking rude toward my sister." Kata Ryder dengan nada tegas. Tangannya menunjuk ke arah jurujual tersebut.

"Betul ke Olivia?" Tanya manager tersebut menginginkan kepastian.

Jurujual yang memaki Rosemary yang bernama Olivia itu segera menidakkan. Wajahnya diriak sedih.

"Bu-bukan macam tu Encik Johnson. Di-dia yang mulakan dulu. Di-dia  terus maki saya bila saya cakap jam yang dia nak tu tak ada stock. Mula-mula saya di-diam je. Tapi dia makin melampau." Cerita Olivia sambil teresak-esak. Air mata sudah membanjiri pipi.

Ternganga Rosemary melihat Olivia. Wow, hebat betul perempuan ni berlakon. Boleh memang Oscar ni.

"Nampaknya Encik dah salah faham. Saya harap adik Encik minta maaf kepada Olivia. Kalau tidak saya terpaksa membawa kes ini ke pihak atasan kerana telah mengasari pekerja kami." Saran Encik Jonhson.

Ryder semakin bengang. Melampau eh diorang. Terus percaya bulat-bulat apa yang diceritakan oleh pekerja mereka tanpa melihat bukti terlebih dahulu. Fine, nak main kasar? Silakan.

Ryder terus mengeluarkan iphone miliknya. Satu nombor di dail. Cakap-cakap sikit, the off. Satu senyum sinis terukir di bibir.

Johnson memandang Ryder pelik. Asal tiba-tiba senyum pulak.

Beberapa minit kemudian, kelihatan seorang lelaki memakai sut lengkap berlari anak menuju ke arah mereka.

" Hello Mister Hernandez. I apologise for my late."

"Mister Thomas." Encik Johnson yang pekerja yang lain terus menunduk hormat.

"What happen?" Tanya Mister Thomas sambil memandang Encik Johnson garang. Berani dorang buat hal dengan anak Lord. Memang cari nahas.

Encik Johnson menceritakan kembali apa yang dikatakan oleh Olivia sebentar tadi. Muka Mister Thomas sudah berkerut.

"Have you check the cctv?" Tanya Mister Thomas lagi.

"N-no" jawab Encik Johnson sepatah. Wajahnya sudah pucat lesi.

"What?" Naik seoktaf suara Mister Thomas.

"You stupid pig." Marah Mister Thomas sebelum melangkah ke bilik keselamatan. Setelah memeriksa rakaman cctv, Mister Thomas keluar dengan wajah bengang.

"Saya minta maaf Mister Hernandez atas kelakuan staf saya. Saya akan mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka." Mister Thomas menundukkan sedikit badannya.

"You! Apologies now!" Arah Mister Thomas kepada Olivia dan Encik Johnson dengan nada tegas.

"I'm sorry Mister Hernandez." Ucap Olivia dan Encik Johnson kepada Ryder.

"You should apologise to her, not me." Selar Ryder tegas.

"I'm sorry miss." Tutur Olivia dengan nada acuh tak acuh. Ryder yang melihat gelagat Olivia semakin membara. Kau memang nak kena eh perempuan.

Siap kau!

"Mister Thomas, nampaknya pekerja kau macam tak ikhlas je minta maaf. Mungkin dia ingat adik aku tak layak sangat kot masuk kedai kau ni." Sindir Ryder sinis.

Muka Mister Thomas sudah pucat. Habislah dia kalau lelaki di depannya itu berdendam. Lingkup dia nanti. Semakin tajam dia memandang Olivia. Kau perempuan, memang nak kena.

"Both of you are fired." Ujar Mister Thomas. Membulat terus mata Olivia dengan Encik Johnson.

"Bu-but Mister Thomas-"

"Shut up!" Tengking Mister Thomas kepada Encik Johnson yang ingin membangkang.

"Guard! Take both of them out." Arah Encik Thomas kepada pengawal berdekatan.

"I'm sorry Mister Hernandez. Please forgive me." Rayu Olivia dengan linangan air mata. Sungguh dia takut. Dia dapat kerja dekat situ pun disebabkan oleh Encik Johnson. Bersusah payah dia menggoda lelaki tua itu agar dia boleh berkerja di situ.

Ryder hanya pekakkan telinga. Malas nak layan.

"We're truly sorry Mister Hernandez." Ucap Mister Thomas sekali lagi. Kepalanya semakin ditundukkan.

Ryder hanya memandang Mister Thomas sekilas sebelum menarik Rosemary keluar dari kedai tersebut. Bangku kosong yang tidak jauh dari situ.

"Sayang okey tak?" Tanya Ryder perihatin. Terukir riak risau di wajah kacaknya. Auchh, melting gue!

"Rose okey je lah abang. Cuma geram sikit. Nasib abang sampai awal tadi, kalau tak, Rose dah gusti dia." Ucap Rosemary. Hidungnya kembang kempis menahan marah.

"Nah baby, aiskrim." Tiba-tiba Ryan datang menghulur satu bekas aiskrim ilao ilao kepada Rosemary. Terus bersinar bahagia muka Rosemary apabila meihat aiskrim kesukaannya.

"Yeayy! Thank you abang." Dikucupnya sekilas pipi Ryan sebelum menyudu aiskrim masuk dalam mulut. Sekelip mata, perkara tadi dilupakan. Hai lah Rosemary, dapat makanan terus semua benda kau lupa. Termasuk boyfriend handsome kau yang dari semalam kau tak seen lagi chat dia.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top