6 | R O S E T H |

"Daddy dengar, kamu dah ada boyfriend. Betul ke?" Tanya Encik Felix Hernandez tiba-tiba semasa mereka sedang makan malam.

"Uhuk, uhuk" terserdak Rosemary apabila mendengar pertanyaan daddy nya. Cepat betul berita tersebar eh. Terus dia memandang triplets tajam. Dasar mulut tempayan, semua benda dorang nak ngadu dekat daddy. Anak daddy betul. Selalunya anak perempuan yang anak daddy, ni terbalik pulak.

"Tak payah nak jeling jeling abang kamu tu." Tegur Encik Felix apabila perasan akan kelakuan anak daranya.

"Haah." Jawab Rosemary sepatah. Wajahnya bersahaja.

"Dia kerja apa?" Tanya Encik Felix lagi.

"Tukang kebun daddy." Jawab Rosemary dengan senyuman. Dalam hati dah guling-guling ketawa membayangkan Seth berpakaian seperti tukang kebun. Dengan topi jerami, sarung tangan putih. Tengah panas sambil mengelap peluh di dahi. Auchh, so sexy.

Terus terserdak Encik Felix. Triplets pula menjerit. Rosemary sudah berdekah ketawa. Hanya Puan Laura yang masih tenang.

"Rosemary!" Encik Felix menjeling anak daranya apabila dia sedar Rosemary hanya mempermainkannya. Hanya Rosemary berani buat dia begitu kerana dia ada back up lagi besar, mummy nya, Puan Laura dan gradma, madam Elizabeth.

"Dia lecturer Rose daddy." Jawab Rosemary masih dalam sisa tawa.

"Baby scandal dengan laki orang?"

Pak!

Pak!

Terus lengannya ditampar dari kedua-dua sisi.

"Sakitlah!" Ryan menggosok lengannya yang perit itu. Mesti berbekas merah ni.

"Elok sikit mulut tu." Marah Ryder. Ada ke patut tuduh adik sendiri scandal dengan laki orang. Tak patut betul.

"Bukan lecturer selalunya tua and dah kawen ke?" Soal Ryan bingung.

"Tak semua lah bengong. Ada je yang muda and single. Yang anjantex pun ada." Terang Rafael.

"Anjantex? Apa tu?" Tanya Ryan pelik. Tak pernah dengar pulak dia perkataan tu. Dewan bahasa keluarkan perkataan baru ke?

Yang lain turut memandang Rafael pelik. Entah dari mana dia belajar perkataan pelik macam tu.

"Anak jantan expired lah."

"Lahhhh"

"Nanti bawak dia jumpa daddy." Arah Encik Felix. Dia nak tengok sendiri rupa boyfriend anak daranya. Nak interview sikit.

Kalau perangai macam sial, boleh dia reject awal-awal. Dia tak nak pisang berbuah dua kali. Cukup lah sekali. Peristiwa itu memberi impak besar kepada anak dara tunggalnya. Dia tak nak peristiwa seperti itu berulang lagi. Tidak mahu Rosemary terluka kerana Rosemary merupakan permata hati mereka sekeluarga.

"Baik daddy." Rosemary patuh kerana itu untuk kebaikan dirinya sendiri.

🌹🌹🌹

"Class dismiss" ujar Seth sambil memandang pelajarnya. Wajah seseorang dicari.

"Miss Hernandez, meet me at my office later." Sambungnya lagi sebelum melangkah keluar dari bilik kuliah.

Pelajar lain terus memandang ke arah Rosemary penuh curiga. Ini dah kali ke tiga Sir Grayson panggil Rosemary ke ofisnya. Something fishy here.

"Kenapa sir Grayson selalu panggil kau Rose?" Tanya Alice pelik. Rosemary yang sedang mengemas bukunya dipandang curiga. Ada apa-apa berlaku ke antara dorang yang aku tak tahu?

Belum sempat Rosemary menjawab, satu suara sumbang mencelah terlebih dahulu. Siapa lagi kalau bukan diva fakulti dia orang, Bella.

"Hey bitch, kau ada apa-apa hubungan dengan Sir Grayson ke?" Tanya Bella sambil memandang Rosemary tajam. Di belakang Bella, terdapat konco-konconya, Katty and Sara.

Rosemary hanya buat-buat pekak. Malas hendak melayan si gedik Bella.

"Hey slut, aku tanya kau ni! Jawab lah!" Bella terus naik angin apabila Rosemary tidak menghiraukannya. Buku milik Rosemary dicampak ke bawah.

Rosemary menarik nafas dalam. Sabar Rose, sabar. Bawak bertenang.

"He is my boyfriend." Jawab Rosemary bersahaja.

"Hahahaha. So funny. Tak mungkin Sir Grayson nak pandang bitches macam kau. Dah lah miskin. Tak sedar diri. Kau patut cermin diri kau. Tak malu mengaku sebagai girlfriend Sir Grayson." Cemuh Bella. Kepala Rosemary ditunjal-tunjal menggunakan jari.

Dia tidak mempercayai kata-kata Rosemary. Bagi dirinya, Rosemary hanyalah gadis miskin yang tidak sedar diri. Masuk kolej tu pun sebab dapat biasiswa. Ada hati nak goda Sir Grayson.

"Stop it Bella." Tegur Alice. Tangannya menepis jari Bella yang masih menunjal kepala Rosemary. Manakala Rosemary masih mendiamkan diri.

"You ugly pig, jangan nak masuk campur. Kalau tak siap kau lepasni." Ugut Bella.

"Kau nak buat apa dengan aku?" Tanya Alice dalam bada sedikit terketar-ketar. Dia juga merupakan pelajar biasiswa di kolej tersebut. Keluarga hanya biasa-biasa sahaja. Manakala Bella anak orang kaya, ternama. Bella boleh buat apa saja yang membolehkan dia dibuang dari kolej atau tidak mendapat biasiswa lagi.

"Aku akan buat hidup kau sengsara. Aku akan buat kau rasa tak nak datang kolej lagi." Ujar Bella dengan sinis. Puas hatinya apabila melihat wajah Alice berubah pucat. Berani kau nak lawan aku?

"Stop it Bella. Jangan babitkan Alice. Hal ni antara kau dengan aku je." Ungkap Rosemary yang berdiam diri dari tadi. Dia tidak kisah kalau Bella hendak membulinya, kerana dia boleh balas balik. But, jangan babitkan orang lain. Lagi-lagi Alice, kawan baiknya. Hanya Alice sorang yang sudi berkawan dengannya apabila dia mengatakan bahawanya dia pelajar biasiswa dan keluarganya miskin.

Nobody know dia anak Lord Felix Hernandez, tycoon dalam bidang aircraft, perkapalan dan senjata. Kerana keluarganya merahsiakan keberadaannya. Orang ramai tahu bahawa Encik Felix mempunyai anak perempuan, cuma wajahnya tidak didedahkan dan keberadaannya turut dirahsiakan. Spekulasi mengatakan bahawa anak perempuan Encik Felix menghidap penyakit kronik, sebab itu dia merahsiakan puteri tunggalnya itu.

"Ada suara rupanya. Ingatkan dah bisu."

"Kau dengan sini eh sundal, kau jangan cuba-cuba nak rapat dengan Sir Grayson kerana dia aku punya. Kalau aku dengar kau menggatal dengan dia, siap kau aku kerjakan sundal. Kau tahu lah nasib kau nanti." Ugut Bella kepada Rosemary sebelum berlaku pergi bersama-sama dengan konco-konconya. Like a fucking minions with their friends. Sebelum itu, sempat dia merempuh kasar bahu Rosemary.

"Kau okey tak Rose?" Tanya Alice perihatin. Dia turut membantu Rosemary mengutip buku yang jatuh akibat Bella.

"Aku okey je lah. Don't worry babe." Ujar Rosemary sambil tersenyum. Siap engkau lepasni perempuan. Berani kau tunjal-tunjal kepala aku? Memang mendapat lah engkau.

Tanpa Alice sedar, satu senyum sinis terukir di bibir Rosemary.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top