5 | R O S E T H |
Seth dan Rosemary berbaring sambil berpelukan di atas katil. Tak buat apa-apa pun. Just cuddle.
"Apa maksud tattoo ni Seth?" Tanya Rosemary curious sambil tangannya menyetuh lembut tattoo berbentuk bunga rose pada dada bidang milik Seth.
"Adalah" jawab Seth sambil bermain dengan rambut Rosemary. Wangi. Dia belum bersedia menceritakan perihal maksud di sebalik tattoo itu kepada Rosemary. Bukan masanya.
Terus muncung mulut Rosemary mendengar jawapan Seth. Dada Seth ditampar lembut. Merajuk. Tak ada lah merajuk sangat, lebih kepada mengada-ngada mintak dipujuk.
"Bila tiba masanya, i will tell you sugar. But not now. Please don't be mad at me sugar." Pujuk Seth sambil mengelus pipi Rosemary lembut. Matanya memandang Rosemary tunak.
Rosemary berdiam seketika sebelum menjawab, "Fine." Kemudian mukanya disembam ke dada seksi Seth. Auchhh, sedap betul rasa dada bidang dia. Aummm gitu. Digesel-geselnya hidung miliknya ke dada tersebut.
"Sugar, don't do that." Keluh Seth. Tak boleh betul dia bila Rosemary gosok hidung dia pada dada bidangnya. Dia hanyalah lelaki biasa. Masih mempunyai nafsu yang satu itu.
Rosemary buat tak dengar. Makin ligat dia menggosokkan hidungnya di dada bidang Seth.
"Nak kena sugar ni." Tangan Seth naik ke pinggang Rosemary. Jari jemarinya mula menggeletek pinggang ramping gadis itu.
Terus bergema hilai tawa Rosemary. Badannya sudah meronta-ronta agar dilepaskan.
"Seth, stop please." Rayu Rosemary bersama sisa tawa. Perutnya sudah kejung kerana banyak sangat ketawa. Mukanya juga sudah merah.
"Nak buat lagi lepas ni?" Soal Seth. Tangannya masih di pinggang Rosemary.
"Tak, tak. I'm sorry okay?" Ucap Rosemary sambil termengah-mengah.
Seth hanya ketawa melihat muka merah Rosemary.
"Dah sugar. Tidur, tidur" kata Seth sambil menepuk-nepuk punggung Rosemary. Dagunya diletakkan di atas kepala Rosemary.
"Heii!" Rosemary terjerit kecil apabila tiba-tiba punggungnya ditepuk Seth.
"Shhh, tidur, tidur" tangan Seth masih menepuk punggung Rosemary macam nak dodoi baby. Matanya sudah pejam rapat.
Rosemary hanya membiarkan. Tangannya naik membalas pelukan Seth. Kepalanya berada di dada Seth. Wangi. Bau manly gitu. Degupan jantung Seth membuai Rosemary sehingga dia terlena.
🌹🌹🌹
"Baik sayang cakap sayang pergi mana semalam." Ugur Ryder sambil memandang Rosemary yang sudah didudukkan ke sofa mewah itu di dalam bilik Rafael.
Ryder, Rafael dan Ryan berdiri mengelilingi Rosemary. Masing-masing berwajah serius.
Rosemary mengeluh. Kenapalah boleh terserempak dengan triplets ni. Awal pulak triplets balik harini. Jam baru menunjukkan pukul 4.30 petang. Mentang-mentang syarikat bapak dia punya, suka-suki je balik awal.
Sebaik sahaja Rosemary melangkah ke dalam rumah tadi, terus tubuhnya ditarik oleh triplets menuju ke bilik Rafael. Pintu bilik juga dikunci oleh mereka. Tak nak ada orang kacau.
"Kan semalam Rose cakap Rose pergi club." Jawab Rosemary malas.
"Mark cakap takde pun darling pergi club." Rafael merenung Rosemary tajam.
"Rose pergi club lain lah." Jawab Rosemary selamba. Buat-buat tenang. Jangan gabra. Nanti kantoi.
Ryder yang hanya memerhati tiba-tiba membulatkan mata apabila melihat sesuatu pada leher Rosemary. Terus dipegangnya bahu Rosemary. Tangannya yang satu lagi menyelak rambut Rosemary.
"What is this sayang?" Tanyanya dengan suara keras.
Terus Rafael dan Ryan memandang apa yang ditunjuk oleh abang mereka. Mengecil mata mereka memerhati kesan merah pada leher Rosemary.
"Love bite?!" Jerit mereka berdua serentak. Nasiblah bilik Rafael ni soundproof, kalau tak satu rumah agam tu boleh dengar suara jeritan mereka.
"Dah tahu tanya lagi?" Balas Rosemary selamba walaupun dalam hati dah dup dap dup dap. Macam mana boleh kantoi pulak ni? Aku rasa aku dah cover sehabis baik dah.
"Siapa buat?" Tanya mereka serentak. Mood garang on. Tiada lagi riak main-main di wajah mereka.
Rosemary menelan liur melihat wajah garang abang-abangnya. Syeramm beb. Kalau abang-abangnya dah buat muka macam tu, habislah dia. Mummy tolong!!!
"Siapa buat apa?" Tanya Rosemary pura-pura tak tahu.
"Ni, love bite ni. Siapa buat?"
"Ehh, ada love bite ke? Bila masa Rose ada love bite kat leher?"
"Sayang, jawab betul-betul."
"Jangan sampai abang korek sampai ke lubang cacing darling." Ugut Rafael.
"Er...tu..tu.. tu serangga gigit." Jawab Rosemary tergagap-gagap. Muka dikawal sehabis baik. Cuba meyakinkan abang-abangnya dengan jawapan budak tadika dia.
"Baby....." panggil Ryan meleret. Alamak dia dah buat suara macam tu.
"Boyfriend Rose buat." Jawab Rosemary senafas sambil memejamkan matanya.
"WHAT?????" Jerit triplets serentak. Pucat wajah masing-masing. Sejak bila kesayangan mereka ada teman lelaki ni? Yang paling penting, tanpa pengetahuan mereka. Siapa lelaki yang menempah maut tu?
Tersentak badan Rosemary mendengar jeritan abang-abangnya. Bingit.
"Sejak bila baby ada boyfriend ni?" Tanya Ryan pantas.
"Sejak semalam."
"WHAT??" Sekali lagi ruang bilik itu dipenuhi oleh jeritan triplets.
"Biar betik sayang?" Tanya Ryder lagi. Inginkan kepastian.
"Betik lah bang." Jawab Rosemary main-main.
"So, darling tidur rumah dia lah semalam?"
"Yup." Tak guna dia selindung lagi. Buat pening kepala je nanti kalau dah kantoi. Baik bagitahu awal-awal.
"WHAT?" buat kesekian kalinya.
"Bingit lah abang ni. Sikit-sikit nak jerit. Poyo lah." Kutuk Rosemary sambil menggosok telinganya yang terasa ingin pekak mendengar jeritan tak merdu abang-abangnya.
Terus ketiga-tiga jejaka itu menjeling Rosemary tajam. Tak puas hati.
"Ada apa-apa lagi nak tanya?" Tanya Rosemary sambil menyilangkan tangannya. Pandangan tajam dari triplets diabaikan.
"Siapa boyfriend sayang?"
"Orang lah. Tak kan pokok pulak."
"Sayang!"
"Adalah. Nanti Rose bagitahu abang. Bye, adik nak mandi dulu." Cepat-cepat Rosemary beredar dari situ. Dia belum bersedia lagi untuk mendedahkan siapa teman lelakinya kepada abang-abangnya. Not now.
"Wait-" jerit Ryan namun bayang Rosemary sudah tidak kelihatan. Laju betul dia lari.
"Kau rasa siapa boyfriend adik?" Tanya Rafael sambil memandang Ryder dan Ryan.
"Lucas?"
"Tak tak. Sayang cakap dia tak suka hidung Lucas. So, not Lucas." Bangkang Ryder.
"Mungkin Addy?" Teka Rafael pula.
"No no no. Addy tak handsome. So, impossible." Amboi sempat kutuk orang yang Ryan. Macam lah kau handsome sangat.
"Nathan?"
"Dia ada bini lah bodoh." Terus Rafael jeling Ryan. Bagi idea bernas lah sikit.
"Hehe... sorry, kite lupa lah awak." Jawab Ryan sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
"So siapa?" Masing-masing memikirkan gerangan manusia yang berpotensi menjadi teman lelaki adik mereka. Namun tiada satu pun memenuhi krateria lelaki idaman Rosemary.
"Kita kena siasat ni." Ajak Ryder.
Rafael dan Ryan menganggukkan kepala tanda setuju dengan rancangan abang mereka. By hook or by crook, mereka mesti tahu identiti teman lelaki adik mereka. Apa yang akan mereka buat selepas tahu, itu kemudian.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top