13 | R O S E T H |

Rafael bersandar selesa di kerusi mewah ofisnya. Matanya tekun memandang skrin. Tangannya pantas menekan papan kekunci.

Tiba-tiba pintu biliknya dikuak kasar dari luar. Tanpa perlu menoleh, dia sudah tahu siapa gerangan yang datang tak berjemput itu.

"Kau nak apa?" Tanya Rafael. Matanya masih tunak memandang skrin komputer miliknya.

"Aku sedih." Jawab Ryan sambil membaringkan badan di sofa hitam yang terdapat di dalam bilik Rafael. Tangan kanan diletakkan di atas dahi. Serupa macam orang putus cinta.

Terus terhenti pergerakkan tangan Rafael. Matanya beralih memandang Ryan yang sudah terbaring di atas sofa.

Kemudian kakinya melangkah menuju ke arah Ryan. Kerja yang berlambak dibiarkan sebentar. Adiknya itu lebih penting. Kang merajuk si Ryan, jenuh nak pujuk. Dan Ryan merupakan seseorang yang straightforward pasal perasaannya. Kalau dia cakap dia sedih, memang dia betul-betul rasa sedih.

Walaupun dia tahu kadang-kadang Ryan hanya mengada-ngada dan hanya meminta perhatian.

"Kenapa ni?" Tanya Rafael lembut. Dia duduk di sisi Ryan. Selain Rosemary, Ryan juga merupakan adik kesayangan dia dan Ryder.

"Ryder." Ujar Ryan sepatah. Kepalanya diletakkan di atas paha Rafael. Tangannya memeluk bantal yang berbentuk empat segi.

"Kenapa dengan Ryder?" Rafael sabar melayan perangai Ryan.

"Ryder curang!" Ujar Ryan. Mukanya sudah sebek hendak menangis. Nampak matanya sudah berkaca-kaca. Dasar cengeng.

Rafael sudah kerut dahi. Ryder curang? Setahu dia, abangnya itu tidak mempunyai teman wanita. Macam mana boleh curang pulak? kenapa Ryan yang beria sedih kalau Ryder curang sekalipun. Pelik dia.

"Ryder curang? Sejak bila dia ada girlfriend?Dia curang dengan siapa? Aku tak faham. "

"Ryder...Ryder..." ucap Ryan tersekat-sekat.

"Ryder apa?" Celah Rafael. Kalau nak menunggu si Ryan ni, sampai ke esok pun masih tersekat-sekat dekat perkataan Ryder.

"Ryder curang dengan kita. Dia dah ada girlfriend." Serentak itu air mata Ryan mengalir. Macam budak-budak kena rembat botol susu.

Dah dia in full suit. Baring atas riba Rafael sambil nangis. Korang bayangkan betapa peliknya pemandangan tersebut.

Rafael sudah tepuk dahi sendiri. Ingatkan apalah tadi. Rupanya Ryder dah ada teman wanita je. Buat saspen je si Ryan ni.

Nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan. Cuba mencari kosa kata untuk memujuk Ryan yang nampak sungguh terluka itu.

Pening jugak kepala dia dapat adik yang suka berdrama macam Ryan ni.

"Mana kau tahu dia ada girlfriend?" Soal Rafael. Kalau Ryder ada teman wanita mesti Ryder akan memberitahu mereka berdua. Sedangkan nak berak pun dia cakap. Tak kan benda sepenting itu dia tak bagitahu.

"A-aku nampak dia dating dekat restaurant tadi." Tersedu-sedan Ryan menjawab. Bantal empat segi itu semakin dipeluk rapat ke dada. Over betul mamat sekor ni. Brother complex.

"Mana kau tahu tu girlfriend dia?"

"Aku agak je."

Sekali lagi Rafael tepuk dahi. Aduh adiknya ini,  ingatkan Ryder cakap sendiri rupanya serkap jarang je. Rasa nak luku je si Ryan ni. Nasib sayang. Sabar je lah.

"Aduh kau ni. Lain kali pergi tanya dia. Jangan buat spekulasi sendiri. Kalau salah tak ke sia-sia kau nangis macam mati bini. Buat bazir air mata je." Rafael mula membebel pada Ryan yang sudah berhenti menangis.

Kalau Ryan ni datang bengap dia, memang rasa nak hempuk. Rasa nak cekik pun ada.

"Ye jugak eh." Ryan sudah tersengih seperti kerang busuk. Kepalanya yang tidak gatal digaru. Air mata yang membasahi pipi dilap menggunakan belakang tapak tangan.

Tiba-tiba sekali lagi pintu bilik Rafael dikuak dari luar. Kelihatan tubuh tegap Ryder melangkah masuk.

"Korang buat apa ni?" Tanya Ryder sambil memandang pelik ke arah Rafael dan Ryan. Siapa je tak pelik kalau nampak dua orang jejaka hensem salah seorang dari mereka berbaring sambil berbantal paha yang lagi sorang dengan muka lepas nangis. Dah lah dua-dua muka sama.

"Ni hah, adik kau. Cakap kau curang." Ujar Rafael malas. Buang masa dia je melayan si Ryan ni.

"Hah? Aku, curang?" Tanya Ryder sambil menunjukkan diri sendiri.

"Sejak bila pulak aku ada girlfriend ni?" Sambung Ryder lagi. Musykil dia. Sejak bila dia ada teman wanita tanpa pengetahuan dia sendiri and dengan siapa pulak dia nak curang? Siapa je sudi couple dengan makhluk paling hensem di alam semesta ini? Cuba cakap.

"Haah. Ryan cakap kau curang belakang dia sebab kau dah ada girlfriend."

Semakin berkerut muka Ryder mendengar jawapan Rafael. Pening.

"Aku curang belakang Ryan sebab aku dah ada girlfriend. Macam tu?" Tanya Ryder inginkan kepastian.

"Yup. Tersedu-sedu dia nangis tadi kau tahu. Aku ingat mati bini tadi. Sedih sangat gaya dia tadi. Gelabah aku kau tahu."

"Hahahahahaha" berdekah Ryder ketawa mendengar cerita Rafael. Lawak lah adiknya yang sorang tu. Dia ada teman wanitapun boleh buat dia nangis. Apatah lagi bila dia sudah berkahwin nanti. Tak boleh dia bayangkan.

Ryan yang masih berbaring di paha Rafael sudah memuncungkan mulutnya melihat Ryder mentertawakan nya. Mana aci 2 lawan 1.

"Macam mana pulak dia boleh fikir aku ada girlfriend?" Tanya Ryder selepas menghabiskan sisa tawanya. Punggungnya dilabuhkan ke atas sofa single yang berada di sebelah Rafael.

"Aku nampak kau lunch dengan sorang perempuan tadi. Bukan main mesra lagi. Siap gelak-gelak tak ingat dunia." Jawab Ryan sambil bangun dari riba Rafael. Wajahnya masih sembab akibat menangis tadi.

Badannya disandar selesa ke sofa.

"Ohh, tu Sherry lah. Tak kan kau tak kenal cousin sendiri." Jawab Ryder.

"Manalah aku tahu tu dia. Aku nampak belakang dia je. Patutlah mesra semacam."

"Habistu, tak kan setiap kali kau nampak aku keluar makan dengan perempuan, kau assumed tu girlfriend aku?"

"Depend. Kalau kau mesra semacam tu possibility tu girlfriend kau tinggi. Kalau kan kayu sikit. Impossible kau akan gelak-gelak dengan stranger." jawab Ryan sambil tersengih-sengih.

Ryder hanya mampu menggelengkan kepala.  Pelik-pelik je perangai dan permikiran adik dia yang sorang ni.

Harini story pasal triplets pulak. Bosan lah asyik Rosemary dan Seth je. Kita bagi change dekat triplets pulak.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top