12 | R O S E T H |

"Morning student." Ucap Julia sambil memandang pelajarnya yang kebanyakan berjantina lelaki itu dengan pandangan menggoda. Sungguh dia rasa bertuah kerana mengajar fakulti kejuruteraan kerana majoriti pelajarnya lelaki. What a bless!

"Morning miss!" Penuh semangat pelajar lelaki menjawab dengan senyum nakal. Pagi-pagi mata dah kena saji. Yelah, Julia hanya memakai skirt pendek ketat dan kemeja yang sendat. 2 butang paling atas dibuka menampakkan dada putih miliknya. Makin terliur pelajar lelaki.

"Harini kita akan belajar bab 4." Kata Julia sambil membuka slide nya melalui tv yang tersedia.

Terpancar je slide dekat tv, semua pelajar ternganga. Julia yang kehairanan melihat reaksi pelajarnya mengerutkan muka.

"What's wrong with you?" Tanya nya pelik. Tiba-tiba dia menangkap bunyi satu suara wanita yang begitu dia kenali dari arah tv.

"Baby, tahan lah sikit." Ujar suara itu dengan nada manja.

Segera Julia menoleh memandang tv. Terus membulat matanya melihat apa ditayang di tv tersebut. Wajahnya berubah pucat lesi. Dia terpaku seketika.

Pelajar lelaki mula bersiul nakal. Ada juga yang mengambil gambar dan video menggunakan telefon.

Nak tahu apa yang ditayang di skrin televisyen?

Video Julia bermesraan dengan seorang lelaki di dalam bilik ofis yang begitu mereka kenali.

Di dalam video tersebut, kelihatan Julia sedang duduk di atas riba seorang lelaki sambil membuat adegan yang tidak senonoh.

Dan apa lagi mengejutkan, lelaki yang merupakan pengarah kolej tersebut, Mister Alfred. Patutlah orang yang selalu mengadu pasal dia akan kena buang or kena ambik tindakan. Ada back up besar rupanya.

Julia yang bagaikan baru sedar dari terkejut segera mencabut suis tv. Wajahnya pucat tidak berdarah. Dengan tergesa-gesa dia berlari keluar dari dewan kuliah.

Pelajar sudah bercakap sesama sendiri.

"Uishh, Mister Alfred perut boroi pun dia nak." Ujar salah seorang pelajar lelaki dengan terbahak-bahak.

"Kau nampak tak muka Mr Alfred, macam nak terkam."

"Memanglah, dah lauk depan mata."

"Miang jugak orang tua tu." Ujar rakannya lain kemudian mereka ketawa beramai-ramai.

"Wehhh, ada yang post video tu dekat forum kolej lah. Bapak ahhh!" Jerit seorang pelajar perempuan. Dengan pantas yang lain membuka ruang forum kolej.

Manakala di dalam bilik pengarah kolej, suasana kelihatan tegang.

"How can this thing happen?" Jerkah Mister Alfred dengan wajah merah menahan marah.

Pembantunya hanya menundukkan kepala ketakutan. Tidak tahu jawapan apa yang patut diberikan kepada Mister Alfred.

"Kenapa video ni masih ada? Team pr tak buat kerja ke?" Jerkah Mister Alfred lagi apabila melihat video panasnya dengan Julia masih ditayangkan di forum kolej.

"Te-team pr cakap web-website forum kolej telah digodam. Me-mereka masih berusaha untuk mengambil alih semula forum tu." Jawab pembantu Mister Alfred terketar-ketar.

"What?" Melengking suara Mister Alfred. Meja dihentak kuat.

"By hook or by crook, aku nak kau take down that stupid video secepatnya!" Arah Mister Alfred dengan muka bengis. "Dan aku nak kau siasat siapa yang sebarkan video tu."

"Baik tuan." Jawab pembantunya sebelum meluru keluar. Tak sanggup dia nak menghadap kemarahan Mister Alfred.

Wajah tua Mister Alfred berkerut kemarahan. Telefonnya yang tidak henti-henti berdering diabaikan. I'm doomed! Bisiknya dalam hati

Seth memeluk kemas pinggang Rosemary yang duduk di ribanya. Dagunya direhat santai di atas bahu Rosemary. Sesekali bahu dan leher Rosemary dikucup.

Rosemary masih khusyuk menekan papan kekunci komputer ribanya. Matanya tunak memandang skrin yang memaparkan kod-kod yang sukar difahami.

"Done" kata Rosemary ceria. Badannya disandarkan ke dada bidang Seth. Matanya dipejamkan. Menikmati aroma maskulin milik Seth.

"Mana sugar belajar benda macam ni?" Tanya Seth dengan teruja. Dia tidak menyangka bahawa kekasihnya itu mahir dalam menggodam. Nampak je cute, sekali dia naik tanduk, habislah kau. Memang gelap masa depan kau. Contoh depan mata, Julia.

"Abang Fael yang ajarkan. Diakan person incharge bahagian department technology. So, dia macam internet security untuk company daddy lah. And dia ajar i sebab dia cakap senang nak dajalkan orang." Cerita Rosemary sambil tersengih.

"Ohhh, patutlah bilik Rafael penuh dengan segala barang elektronik." Sungguh tidak disangka Rafael yang suka main-main, suka prank orang itu handal dalam menggodam.

"Padan muka perempuan tu. Ada hati nak goda you. Memang cari nahas dia." Riak kepuasan terukir di wajah Rosemary. Next, Bella pulak. Kau tunggu nasib kau Bella.

"Mana sugar dapat video tu?"

"I hack phone pengarah. You nak tahu tak, dia banyak simpan video sex dia with macam-macam perempuan dalam phone dia. Andddd, kebanyakan mereka student and lecturer sini. Gila lah."

"Wow, hebat orang tua tu. Dah nak mampos pun, still banyak buat projek luar."

"Wait. Sugar tengok ke semua video tu?" Seth memalingkan badan Rosemary agar menghadapnya. Wajah Rosemary dipandang tajam. Tidak suka Rosemary melihat tubuh lelaki lain.

"Tak lah. Geli i nak tengok. I tengok sikit je. Tu pun sebab nak cari video dia dengan si sundal tu." Jawab Rosemary dengan riak kegelian. Terbayang badan Mister Alfred yang boroi ke depan itu. Dengan rambut tengah tak ada. Euww, disgusting!

"Maksudnya sugar tengok jugak lah kan?" Soal Seth lagi tidak puas hati.

"Alah handsome. You jangan lah jealous. I tak selera lah tengok orang tua tunggu nak mampos tu. Dengan perut boroi dia tu. Euww." Pujuk Rosemary.

"Lagipun I suka yang ada six pack, yang handsome." Pujuk Rosemary lagi dengan nada menggoda. Tangannya menguis-nguis dada bidang milik Seth.

"Habis tu, lelaki lain yang ada six pack sugar suka jugak lah?" Seth masih mahu mengusik Rosemary. Ingin melihat sejauh mana Rosemary ingin memujuknya.

"Tak lah. I suka Seth Grayson sorang je. Lelaki lain tak se-hot, se-handsome you. You kan jejaka paling hot and handsome dalam dunia." Pujuk Rosemary bersungguh-sungguh. Mukanya serius, ingin meyakinkan Seth.

Terburai tawa Seth mendengar kata-kata Rosemary. Lagi-lagi melihat mimik wajah serius Rosemary yang cuba meyakinnya itu. Tak jadi dia hendak merajuk.

Terus dia memeluk erat tubuh Rosemary. Kenapa comel sangat ni? Rasa nak simpan dalam poket.

"Ada-ada je lah you ni sugar. Tapi janji dengan I, lepasni kalau sugar nak kena tengok benda ni, biar abang-abang you yang tengok. Sugar jangan tengok."

"Ye handsome. I janji I tak akan tengok dah." Janji Rosemary lalu menggosokkan muka ke dada bidang Seth.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top