11 | R O S E T H |

Ryder, Rafael dan Ryan berdiri mengelilingi Seth. Masing-masing berwajah serius. Serupa polis tengah siasat penjenayah.

Seth pula hanya beriak tenang. Tak terkesan langsung dengan pandangan tajam ketiga-tiga jejaka yang berwajah sama itu. Nampak comel adalah.

"Ada apa abang-abang nak jumpa saya?" Tanya Seth dengan tersengih-sengih. Tak sedar diri lagi tua dari triplets ada hati nak panggil triplets abang. Tak malu betul.

"Abang kau panggil kitorang?" Tanya Ryan dengan muka tidak percaya.

"Geli lah panggil abang. Dah lah kau lagi tua dari kitorang. Patutnya kitorang yang panggil kau abang." Sambung Ryan lagi.

"Hehehe, aku kan adik ipar korang. Kena lah panggil korang abang." Balas Seth tanpa segan. Cis, jauh eh beza umur kau dengan triplet. Kau 32, triplet baru 26. Enam tahu beza dia.

"BAKAL ADIK IPAR eh. Bukan adik ipar." Penuh harakat Rafael sebut perkataan bakal adik ipar. Rasa nak lesing je teman lelaki adik dia ni.

"Alah, sama je tu." Bidas Seth.

"TAK SAMA!" bentak triplet serentak. Kemain marah.

"Yelah, yelah." Seth mengalah. Dia lagi tua, kena lah mengalah.

"So, dah berapa lama kau bercinta dengan sayang?" Tanya Ryder serius.

"2 bulan"

"Macam mana korang kenal?"

"Siapa yang ngorat siapa?"

"Kau ada ex ke sebelum ni?"

"Kau rasa kau boleh bahagian kan darling ke?"

Itu dia. Bertubi-tubi Seth kena soal sampai tak tahu nak jawab yang mana dulu. Oh, macam ni lah sugar aku rasa selamani. Bisik Seth dalam hati.

Rosemary selalu mengadu dengannya prihal perangai abangnya yang mengalahkan polis pencen.

Seth menarik nafas dalam sebelum menjawab soalan abang iparnya satu persatu. Nasib baik korang abang ipar aku, kalau tak memang aku dah sumbat selipar dalam mulut murai korang.

Mereka senyap seketika.

"Kau betul-betul cintakan sayang?" Tanya Ryder memecah kesunyian.

"Yes. I love her very much." Jawab Seth yakin. Nampak sinar keyakinan di matanya.

"Kalau kau sakitkan hati baby, kau buat baby nangis siap kau eh. Say hi your creator. Lantaklah kau Grayson's sekalipun. Kisah pulak aku." Ugut Ryan tegas.

"Aku panggang kau buat bbq" sambung Rafael pulak tak nak kalah.

"Ye abang-abang. Aku janji aku akan jaga Rosemary macam nyawa aku. Aku akan buat dia sentiasa happy. Kalau aku buat dia sedih, korang boleh buat aku jadi bbq." Jawab Seth serius. Dalam serius dia, ada jugak ayat main-main.

Ryder, Rafael dan Ryan memandang satu sama lain.

"Fine. Kitorang bagi kau 1 bulan trial. Kalau kau pass, kitorang restu kau jadi adik ipar kitorang. Kalau fail, say bye bye to darling." Kata Rafael sambil memeluk tubuh. Kemain ada trial trial bagai. Ingat SPM ke apa?

"Deal."

"So abang-abang ku, boleh tak aku nak masuk bilik. Nak tidur." Pinta Seth dengan nada mengusik.

"Jijik sial kau panggil aku abang." Ryder dah buat muka 'euwww'. Begitu juga dengan Rafael dan Ryan. Masing-masing berwajah geli.

Seth sudah gelak terbahak-bahak.

"Good night abangs." Usik Seth lagi sambil melangkah keluar. Tangan dilambaikan ke arah Ryder, Rafael dan Ryan. Serentak itu, triplet menunjukkan jari tengah dengan muka bengang. Bengang kena panggil abang oleh lelaki yang lebih tua dari mereka. Choi kau nyah!

Seth menguak perlahan pintu bilik Rosemary. Susana bilik sudah suram. Hanya lampu tidur di tepi katil menerangi sekeliling. Kelihatan susuk tubuh Rosemary yang memakai gaun tidur satin sedang meniarap di atas katil mewah itu sambil bermain dengan iphonenya menyapa kornea mata.

"Seth!" Tegur Rosemary apabila sedar Seth masuk ke dalam bilik.

"Buat apa lama sangat?" Tanya Rosemary pelik. Pelik lah, tadi whatsapp cakap nak datang bilik dia. Sejam dia tunggu tak muncul-muncul. Dia mesej pun, Seth tak balas. Tapi dia malas nak pergi bilik Seth, jadi dia tunggu saja.

"Borak dengan abang-abang Sugar kejap tadi." Balas Seth sambil melangkah menuju ke katil. "Rindu i ke Sugar?" Usik Seth nakal.

"Mestilah i rindu bantal peluk i ni." Jawab Rosemary lalu memaut badan Seth menyebabkan Seth jatuh ke atas badannya.

Seth mengawal badannya agar tidak menghempap Rosemary sepenuhnya. Tangannya ditongkatkan ke sebelah kepala Rosemary. Wajah Rosemary dipandang asyik. Dari kening yang terukir cantik. Jatuh ke mata yang sangat cantik. Bila dia senyum akan terbentuk eyes smile, kemudian hidung comelnya dan akhir sekali bibir yang begitu menggoda.

Teman wanita siapa cantik sangat ni? Rasa nak sorok dalam poket supaya orang lain tak boleh tengok.

"Thank you sugar. Terima kasih sebab sudi terima aku. Terima kasih sebab beri sudi bagi hati kau dekat aku. Aku janji, aku akan jaga kau sampai nafas aku yang terakhir. Aku janji aku akan bahagiakan kau. Aku janji aku tak kan buat kau sedih. So, will you marry me ?" Ucap Seth lembut seakan berbisik. Matanya menatap mata Rosemary.

"You nak ajak i kahwin lari ke handsome? Baru tadi daddy cakap tak bagi i kahwin masa belajar." Jawab Rosemary sambil tergelak kecil.

"Bukan sekarang lah, sugar. Tunggu you habis belajar nanti. I nak you enjoy masa muda you puas-puas. I ajak awal ni, supaya nanti you tak boleh back off. I dah cop you dulu tau." Terang Seth panjang lebar.

"Tapi kalau you nak kahwin sekarang pun i tak kesah. Lagi i suka." Sambung Seth lagi dengan nada mengusik.

"Tak nak I. Nanti ada yang kena kejar dengan penyapu dek daddy." Seriau Rosemary membayangkan kalau dia dan Seth kahwin lari. Mahu tak cukup planet Bumi ni dia lari dari daddy.

"So, will you marry me?" Tanya Seth buat kali kedua.

"Yes. But, kalau I jumpa lelaki lagi hot dari you macam mana? Memang tak boleh back off eh?" Rosemary memandang wajah Seth dengan riak mengusik.

"Sugar tak akan jumpa punya lelaki yang lebih hot dan handsome dari I." Kata Seth penuh yakin.

Berdekah Rosemary ketawa melihat wajah penuh bangga Seth. Masuk bakul angkat sendiri betul.

"Sugar, jom duduk dengan I. I sunyi lah duduk sorang-sorang dekat apartment tu."

"Tu you kena tanya daddy. Kalau i, i okey je. I lagi suka adalah. Boleh tengok body seksi you tiap-tiap masa." Rosemary ketawa nakal. Mukanya sudah beriak miang. Gatal betul Rosemary ni.

"Gatal eh you sugar." Usik Seth.

"Tak apa, gatal dengan boyfriend sendiri. Bukan nya dengan lelaki lain." Balas Rosemary tak nak kalah.

"Ha, tengoklah puas-puas body i ni. Nak sentuh pun boleh." Tangan Rosemary dibawa ke perutnya yang ber six-pack.

Rosemary sudah malu-malu kucing. Namun tangannya mula meraba six-pack Seth.

Cis, dua-dua gatal.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top