10 | R O S E T H |

Happy birthday to you~
Happy birthday to you ~
Happy birthday to daddy~
Happy birthday to you~

Kedengaran alunan lagu 'Happy Birthday' yang dinyanyikan oleh Rosemary dan abang-abangnya memenuhi rumah agam tersebut.

"Selamat Hari Tua daddy." Ucap Rosemary gembira. Dipeluknya ketat badan sado Encik Felix. Tua-tua pun sado lagi tau. Bukan macam atok-atok perut kedepan.

Terus Encik Felix menjeling Rosemary. Amboi anak daranya, kemain ucapan dia. Namun dibalasnya juga pelukan anaknya. Kepala Rosemary dikucup sekilas.

"Happy birthday daddy." Ucap si kembar serentak. Kemudian mereka bergilir-gilir memeluk Encik Felix.

"Nah, hadiah untuk daddy dari kitorang." Ryder menghulurkan sebuah kotak hadiah yang berbentuk segi empat.

"Thank you." Ucap Encik Felix terharu. Namun tidak ditunjukkan riak terharunya. Nanti kena usik dengan anaknya. Bukan boleh sangat anaknya, terutama Rosemary, mengusik orang nombor satu.

"Tiup la lilin tu daddy. Nak makan kek ni." Gesa Rosemary. Liur ditelan. Tak sabar nak ngap kek coklat tersebut.

"Ish kamu ni, sabar lah sikit. Tak larinya kek tu." Tegur Encik Felix. Kepalanya digeleng. Tak menyempat betul anak dia yang sorang ni. Bab makan memang nombor satu.

"Happy birthday honey." Kini giliran Puan Laura mengucapkan selamat hari lahir kepada Encik Felix. Bibir Encik Felix dia kucup sekilas. Terus tersengih lebar Encik Felix bila mendapat kucupan. Anaknya yang lain sudah bersiul nakal.

"Thanks sweetheart." Ciuman dibalas dengan ciuman.

"Rasa-rasanya, Rose akan dapat adik baru ke dalam masa terdekat ni?" Usik Rosemary sambil tersengih nakal.

"Kalau mummy kamu bagi green light, daddy okey je." Jawab Encik Felix. Tubuh Puan Laura dipeluk erat dengan sengih gatal.

"Ish, apa you ni." Puan Laura menampar lengan Encik Felix lembut. Mukanya sudah merah menahan malu.

"Ala mummy ni, malu-malu pulak. Fael nak adik perempuan lagi tau." Makin gian mereka mengusik. Yang lain sudah tersengih-sengih.

Terus Puan Laura menjeling Rafael. Kurang asam punya anak.

"Dah dah lah usik mummy kamu. Kang merajuk jenuh daddy nak pujuk." Encik Felix cuba meredakan keadaan. Kesian tengok muka bini dia dah macam udang kena bakar.

"Jom makan." Ajak Encik Felix lagi. Seperti biasa, hari jadinya akan disambut oleh mereka sekeluarga terlebih dahulu sebelum membuat majlis yang lebih besar.

"Wait daddy! Rose ada hadiah untuk daddy. Tunggu kejap tau." Ujar Rosemary sebelum berlari keluar dari ruang makan.

Ryder, Rafael dan Ryan sudah berpandangan sesama sendiri. Masing-masing berwajah kehairanan.

"Sayang ada beli hadiah lain ke?" Bisik Ryder perlahan kepada Rafael dan Ryan.

Terus kedua adiknya menggelengkan kepala tanda tiada. Makin berkerut wajah Ryder. Tak kan lah dia beli tak bagitahu dia.

"Ni hadiah special dari Rose untuk daddy." Kata Rosemary sebaik sahaja tiba di ruang makan itu semula.

Masing-masing fokus memandang Rosemary. Ingin melihat hadiah apa yang begitu istimewa itu.

"Mana?" Tanya Encik Felix pelik. Cakap nak bagi hadiah, tak ada pun hadiah dekat tangan Rosemary.

Tiba-tiba seorang jejaka berkemeja hitam melangkah masuk dengan sebuah beg kertas.

"Tadaaa! Ni hadiah istimewa Rose untuk daddy. Bakal menantu untuk daddy!" Ujar Rosemary girang. Tangan sudah memeluk lengan Seth.

Terlopong semua yang berada di meja makan.

"WHAT???" Jerit triplets serentak. Wajah mereka pucat tidak berdarah. Mata mereka memadang Rosemary dan Seth silih berganti.

"Hi uncle Felix and aunty Laura. Saya Seth, teman lelaki Rosemary." Seth memperkenalkan diri dengan senyum charming nya.

"Duduk." Arah Encik Felix setelah rasa terkejutnya hilang. Anak daranya yang seorang itu memang suka buat dia sakit jantung sejak dari dulu. Ada sahaja perlakuannya yang menyebabkan dia naik darah.

Terus Rosemary dan Seth mengambil tempat duduk. Mereka duduk sebelah menyebelah. Sebelum itu, Seth sempat menghulurkan beg kertas yang dibawanya kepada Encik Felix.

Suasana sunyi menyelubungi meja makan keluarga Encik Felix. Hanya kedengaran bunyi sudu garfu yang berlaga dengan pinggan.

Masing-masing masih terkejut dengan kejutan Rosemary. Lagi-lagi ketiga orang abangnya. Masing-masing memandang Seth dengan renungan tajam sepanjang mereka menjamu selera.

Seth yang perasan akan renungan tajam mereka hanya membalas dengan senyum tipis. Lawak pulak dia rasa abang-abang Rosemary.

Selepas mereka menjamu selera, mereka semua bergerak menuju ke ruang tamu.

Dengan pantas Ryan menarik tangan Rosemary agar duduk dengannya di sofa berangkai dua itu. Dia menayangkan muka bangga pada Seth.

Rosemary hanya mampu mengeluh melihat perangai kebudak-budakkan Ryan. Apa-apa lah abangku, janji kau bahagia.

Seth hanya membiarkan perlakuan Ryan. Dia mengambik tempat duduk di antara Ryder dan Rafael kerana hanya tempat duduk itu yang kosong.

"Saya minta maaf sebab datang tanpa bagitahu uncle dan aunty terlebih dahulu. Mungkin uncle dan aunty dah dengar pasal saya dari Rosemary, tapi lagi sekali saya nak perkenalkan diri. Saya, Seth Grayson, teman lelaki Rosemary." Ucap Seth panjang lebar dengan penuh yakin.

Jumpa bakal mertua kena lah yakin. Kang kena reject sebab pengecut menangis tak berlagu dia.

"Kamu kerja apa?" Soal Encik Felix walaupun dia sudah tahu akan jawapannya.

"Saya pensyarah uncle." Jawab Seth sopan.

"Kamu mampu ke bagi macam apa yang uncle bagi dekat dia? Uncle, aunty dan abang-abang dia tatang dia bagai minyak yang penuh. Apa yang dia nak, kami bagi. Uncle tak nak, satu-satunya anak perempuan uncle hidup susah." Tanya Encik Felix. Dia bukan lah materialistik, tapi Rosemary adalah satu-satunya anak perempuannya. Ayah mana yang nak tengok anak dia hidup susah?

"Saya boleh uncle. Walaupun gaji pensyarah tak seberapa, tapi saya ada income lain."

"Income yang lain? Maksud kamu?" Tanya Encik Felix lagi.

"Saya ada syer dalam Hillstars. Dan saya salah seorang BOD mereka."

"Hillstars? Kamu ada kaitan dengan keluarga Grayson ke?" Tak mungkin orang biasa boleh menjadi board of director Hillstars. Lagi-lagi semuda itu. Lebih mencurigakan, nama keluarga Seth sama dengan keluarga Grayson. Pemilik Hillstars. One of the Lord yang dikatakan mempunyai hubungan darah dengan raja sekarang.

"Saya anak bongsu Sebastian Grayson. My brother, Sean was Hillstars's current CEO." Akhirnya rahsia yang selama ini dia simpan rapi terluah. Dia tidak mahu menipu keluarga bakal mertuanya tentang keluarganya.

"So, you're the mysterious youngest son of Sebastian Grayson." Muka Seth ditenung lama. Mukanya tiada langsung iras Sebastian Grayson atau adik beradiknya yang lain. Memang orang tak akan boleh agak.

"Kenapa kamu tak berkerja dengan syarikat keluarga kamu?"

"Saya tak minat uncle." Jawab Seth bersahaja.

Yang lain hanya mendiamkan diri mendengar perbualan antara Encik Felix dan Seth.

"Kamu tahu kan Rosemary still belajar lagi. Jadi uncle harap, kalau nak kahwin pun, tunggu sehingga Rosemary habis belajar dulu."

"Baik uncle. Memang itu pun perancangan saya."

"Kamu jaga anak uncle baik-baik. Kalau dia nangis disebabkan kamu, nahas kamu uncle kerjakan. Sampai ke lubang cacing uncle cari kamu." Pesan Encik Felix selepas selesai sesi interview bakal menantu.

"Baik uncle. Saya janji, saya akan jaga Rosemary lebih dari nyawa saya. Uncle jangan risau." Janji Seth pada Encik Felix dengan penuh yakin.

Encik Felix hanya mengangguk mendengar janji Seth. Dia nampak, anak muda itu akan dapat menjaga anak daranya yang seorang itu.

Daddy bagi 9/10 sebab tiada yang sempurna di dunia ini. Pandai Rose cari boyfriend. Puji Encik Felix dalam hati.

Malam itu, Seth bermalam di rumah agam Encik Felix. Belum sempat dia nak mencuri masuk ke dalam bilik Rosemary, dia ditarik terlebih dahulu oleh triplets. Mereka menariknya menuju ke bilik Rafael. Asal nak buat kerja soal siasat je, mesti bilik Rafael jadi mangsa sebab bilik Rafael paling hujung. Kesian Rafael.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top