1 | R O S E T H |
Suasana hingar bingar dengan bunyi musik yang kuat dan suara pengunjung yang sedang rancak berdansa di lantai tari.
Rosemary meneguk perlahan whiskey sambil sambil memandang sekeliling. Bosan. Menyesal pula dia tak ajak Rafael tadi. Ada lah juga teman sembang.
"Hi beauty. Are you alone? Mind if i join you?" Sapa seorang jejaka sambil mengangkat gelas di tangannya.
Rakan-rakan jejaka itu yang berada di meja tidak jauh dari situ sudah bersiul nakal.
"No." Balas Rosemary sepatah. Malas hendak melayan.
Terus wajah jejaka itu berubah merah. Malu mungkin. Tanpa sepatah kata, jejaka itu terus berlalu kembali ke meja yang di duduki rakan-rakannya.
Rosemary melangkah perlahan menuju ke tandas. Tangannya berpaut pada dinding kerana pandangannya sudah berbalam-balam.
Tiba-tiba tangannya dipaut kasar dari belakang dan badannya ditolak kasar ke dinding dan bahunya dicengkam kuat.
"Shit!" Maki Rosemary.
Rosemary mengerlipkan matanya beberapa kali. Cuba menghilang pening di kepala akibat prilaku mengejut sebentar tadi.
"What do you want?" Tanya Rosemary sebaik sahaja melihat wajah si pelaku. Lelaki yang cuba mengajaknya minum sekali tadi.
"Hei perempuan, kau tahu tak, kau dah malukan aku depan kawan-kawan aku!" Hambur lelaki itu.
"Kau ingat kau cantik sangat ke perempuan? Kau tu perempuan murahan je. Sedar diri sikit. Malam ni, biar aku ajar kau taraf kau takat mana je." Sambung lelaki itu lagi dengan senyum sinis. Tangannya naik mencengkam pipi Rosemary.
"Don't touch me!" Rosemary menepis tangan lelaki tersebut. Badannya meronta-ronta cuba melepaskan diri.
Makin kuat lelaki itu mencengkam pipi Rosemary. Wajahnya didekatkan dengan wajah Rosemary. Ingin mencium bibir Rosemary.
Semakin kuat Rosemary meronta. Tangannya sedaya upaya menolak dada jejaka tersebut.
Rosemary mengangkat lututnya sebelum menghentak kemaluan lelaki tersebut.
"Aduh!" Jerit lelaki itu sambil terbongkok-bongkok menahan kesakitan. Tidak menyangka akan serangan Rosemary.
Tanpa menunggu lama, Rosemary segera beredar dari situ. Sebelum itu, sempat dia tunjuk 'middle finger' pada lelaki itu.
"Kau tunggu perempuan, kalau aku dapat kau, siap kau." Jerit lelaki itu sambil menahan senak.
Sesekali Rosemary menoleh ke belakang sambil berlari anak. Ingin melihat jika lelaki tersebut mengekorinya. Nasib baik lelaki tersebut tidak mengekorinya.
Baru sahaja Rosemary menoleh kedepan semula, tiba-tiba dia terlanggar sesuatu yang keras.
"Aduhh!" Rosemary menggosok hidungnya. Nasib baik tak patah hidung mancung aku. Omel Rosemary dalam hati.
Rosemary mengangkat sedikit mukanya untuk melihat 'benda keras' yang dilanggarnya sebentar tadi.
Terpana seketika apabila kornea matanya tertacap pada 'benda keras' itu.
"Handsome" bisik Rosemary tanpa sedar.
Matanya tanpa silu memerhati setiap inci wajah jejaka yang dilanggarnya tadi. Paling dia suka, mata kelabu jejaka itu.
Jejaka itu terkedu seketika sebeum tergelak kecil melihat reaksi Rosemary.
"I'm that handsome darling?" Tanya jejaka itu dengan suara garau. Senyum nakal terbentuk di bibir seksi jejaka itu.
"Yes." Balas Rosemary berani. Matanya menentang mata jejaka tersebut.
"Are you alone?" Tanya Rosemary pula sambil tersenyum menggoda. Tangannya naik merangkul leher jejaka tersebut.
Mungkin kerana alkohol yang telah memasuki sistem badan membuatkan Rosemary hilang kewarasan. Kejadian sebentar tari bagaikan sudah hilang dari ingatan.
"Yes" sebaik mendengar sahaja jawapan dari mulut jejaka itu, segera Rosemary menarik lehernya. Bibirnya dilabuhkan ke bibir seksi jejaka tersebut.
Jejaka itu tersentak seketika sebelum membalas ciuman Rosemary.
"Delicious." Bisik lelaki menggoda sambil tangannya mengusap bibir merah menawan milik Rosemary.
"Sweet" balas Rosemary pula. Tidak mahu kalah. Matanya memandang bibir yang diciumnya sebentar tadi. Soft and sweet.
"Do you want to go to my house?" Tanya jejaka itu menggoda.
"Sure."
🌹🌹🌹
"Urghhh! Sakitnya kepala aku." Rosemary mengaduh perlahan. Matanya masih terpejam rapat cuma tangannya naik memicit kepala yang terasa ingin pecah. Sebelah lagi meraba-raba mencari telefon bimbit miliknya.
"Mana pulak phone aku?" Degus Rosemary kegeraman. Masa orang cari tak ada pulak. Dengan penuh bersusah payah, matanya cuba dibuka. Terpisat-pisat matanya kerana cuba menyesuaikan kornea mata dengan cahaya sekeliling.
"Lah, sini rupanya." Bebel Rosemary sambil menggapai telefon miliknya yang berada di hujung katilnya. Namun pergerakkan terhenti apabila dia sedar akan sesuatu.
Matanya pantas memandang sekeiling.
Terbuntang matanya apabila melihat seorang jejaka yang tidak berpakaian sedang lena di sebelahnya.
"What the fuck is going on?" Kata Rosemary cuak. Perasaan cuaknya bertambah apabila sedar bahagian atas dirinya tidak ditutupi seurat benang.
Rosemary menyelak selimut yang menutupi bahagian bawah badannya sambil memejamkan mata.
"Please not what I'm thinking." doa Rosemary dalam hati.
Nafas ditarik dalam kemudian dihembus. Perlahan-lahan matanya dibuka untuk melihat bahagian bawah tubuhnya.
Nafas kelegaan dihembus apabila melihat bahagian bawahnya masih tersarung seluar jeans pendek miliknya.
Penuh berhati-hati dia turun dari katil. Terjengket-jengket dia mengutip barang-barangnya yang berteraburan di atas lantai.
Dia menyarung tank top nya sepantas kilat. Rambut dirapikan menggunakan jari.
Buat kali terakhir, wajah jejaka itu ditenung.
"I hope we don't meet again." Bisiknya perlahan sebelum melangkah ke pintu.
Sebaik sahaja mendengar bunyi pintu ditutup, jejaka yangRosemary sangka sedang lena itu membuka mata.
"I finally found you, sugar. Soon, we'll meet again. " Kata lelaki itu sambil tersenyum.
🌹🌹🌹
Rosemary melangkah longlai memasuki bilik kuliah. Tempat duduk yang paling hujung dituju. Setelah melabuhkan duduk, kepalanya dibaringkan ke meja. Matanya dipejamkan.
"Kau okey tak ni Rose?" Tanya Alice yang baru sampai. Kerusi bersebelahan Rose diduduk.
Rosemary memandang Alice sekilas.
"Pening kepala sikit. Aku nak tidur kejap. Kalau lecturer masuk nanti kejutkan aku tau?" Pesan Rose sebelum melelapkan mata kembali. Itulah kau, semalam minum macam tak ingat dunia. Kan dah mendapat.
"Okey"
"Rose.. Rose.."
"Bangun Rose. Lecturer dah sampai." Kejut Alice sambil menepuk-nepuk lengan Rosemary. Kedengaran nada tidak sabar pada suaranya.
"Rose, bangun cepat. Kau tengok lecturer kita. Handsome nak mampos." Kejut Alice lagi. Kali ini lengan Rosemary ditepuk lebih kuat.
"Ishh kau ni. Kejut lah elok-elok. And mata kau rabun ke? Prof Henry botak tengah tu kau kata handsome? Ishh.. ish.. ish" bebel Rosemary.
"Ish kau ni. Bukan Prof Henry lah. Ni lecturer baru. Cuba kau pandang depan. Handsome kan?" Gesa Alice.
Segera Rosemary mengalihkan pandangnya ke depan. Cuba melihat gerangan yang Alice cakap handsome tadi.
Matanya membulat sebaik sahaja gerangan ini menyapa mata.
Shit!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top