00 : 39
bismillah,
dengan ini , kami di pujaan hati mr headprefect [ PHMH ] dengan rendah hati ingin mengucapkan..
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SELURUH RAKYAT WATTPAD TERUTAMANYA OUR BELOVED BLUEBERRIES. WE LOVE YOU <3
( ⚠️ 16+ ONLY ! )
song recommended ;
<< terluka >>
.
.
.
.
.
.
.
enjoy reading blueberries <3
.
.
.
.
.
.
.
.
JAM menunjukkan pukul 1 pagi.
Hari ini merupakan antara hari tersibuk buat aku. Dari pagi sampai sekarang, aku masih sibuk menyiapkan design kad jemputan yang aku mahukan. In sha Allah, majlis kahwin aku akan diadakan secara kecil kecilan dan penuh bersederhana.
Aku juga cuma menjemput ahli keluarga dan rakan rakan terdekat. Tapi tak tahu bagaimana pula dengan pihak lelaki. Kerana kebanyakkan dari persiapan kahwin disempurnakan oleh mama dan ummi.
Eh, aku nak kahwin dengan siapa?
Err entah, cuba teka. Hehe. Kalau salah, denda ketuk ketampi sambil pargoy depan pintu mall!
Sempat aku mengerling tangan yang terhias dengan sebentuk cincin. Aku mengusap cincin itu penuh kasih. Semalam, majlis pertunangan aku dan encik tunang berlangsung juga secara kecil kecilan.
Aku menjemput rakan rakan terdekat iaitu Amelia, Afieya, Diyana, Syuhada dan juga Raisya. Namun, Diyana tidak memunculkan diri di majlis pertunangan aku. Mungkin dia sibuk?
Abah?
Aku menelefon abah untuk menjemput, tapi abah menolak panggilan aku. Aku cuma hantar satu mesej untuk menjemput lelaki itu datang. Tapi malangnya, mesej itu cuma dibaca. Tidak dibalas sama sekali.
Beberapa saudara mara terdekat seperti mak long dan yang lain serta sepupu sepupu aku juga datang semalam.
Tunangan aku tak datang. Dia sekarang ada di Jepun bagi menyelesaikan beberapa perkara di sana sebelum hari perkahwinan kami yang tak lama bakal kunjung tiba.
Nak terkencing pula aku membayangkan yang ada lebih kurang 5 hari lagi sebelum akad nikah akan terlafaz. Aku tak tahu kenapa ummi dan mama tidak benarkan kami berdua untuk bertunang lama lama. Kalau boleh, lepas tunang tu terus kahwin.
Sekarang pun aku 'diasingkan' dengan tunang aku. Kami tidak dibenarkan berjumpa, menelefon dan bermesej. Stress aku!
Tipu la kan kalau tak rindu. Aku rindukan dia sangat sangat. Tapi tak tahu lah sama ada orang di sana juga merindui aku. Tak nak berharap!
Tiba tiba, poket seluar aku bergegar. Pantas aku mengeluarkan telefon dan nama 'Firash Edhan' terpapar di skrin telefon. Mula mula aku sedikit ragu, namun aku tetap mengangkat panggilan telefon tersebut.
"Hello?"
"Laura..."
Aku diam. Kenapa suara Firash lain? Macam sedang mabuk pun ada. Apa dah jadi ni?
"Kenapa kau bertunang dengan dia? Kenapa kau tak tunggu aku? Apa lebihnya dia berbanding aku? Kenapa, Laura?"
"Rash, kau kenapa ni? Are you drunk?"
Tiba tiba suara itu ketawa membuatkan aku jadi seram sejuk. Kenapa dengan Firash?
"Can we met? Now? Aku datang rumah kau,"
Aku terketar ketar memegang telefon yang melekap di telinga sebelah kanan. Trauma lepas yang aku rasakan pada Firash kini kembali.
"Apa yang kau merepek ni, Firash?" aku mengeraskan nada suara, memilih untuk bertegas.
Aku bersendirian di rumah sewa kecil milik ummi. Ummi ada urusan di luar dan mungkin lewat pagi baru ummi pulang. Sejak abah dan ummi bercerai, ummi memilih untuk menyewa di kawasan perumahan yang terletak agak jauh dari rumah kami dulu.
Juga, ajak jauh dari rumah Izwan. Dalam sejam dua baru sampai.
Ummi selalu sibuk kerana dia sedang berusaha keras untuk membangunkan semula cafe yang hampir bankrup setelah lama tidak beroperasi semenjak aku koma. Cafe itulah satu satunya harapan kami berdua untuk teruskan hidup.
Abah? Bukan setakat nafkah. Batang hidung pun dah tak nampak.
"I want you so bad... i'm needy,"
Suara shaky milik lelaki itu buat jantung aku hampir gugur menahan rasa takut. Kenapa dengan dia?
"Firash..."
"I literally standing at your house gate. Open the door, please? I want to kiss you, hold you, feel you, be inside you... please,"
Aku menjerit kecil seraya mencampakkan telefon ke katil, terkejut. Dengan tangan yang masih menggigil teruk, aku raup rambut ke belakang dengan kedua dua tangan. Dalam hati, tak henti henti aku beristighfar untuk tenangkan diri.
Tak-- tak mungkin! Tak mungkin Firash sekarang ada di depan pintu pagar rumah sewa ini. Macam mana pula dia boleh tahu aku dan ummi telah berpindah ke sini?
Jantung aku seakan direntap apabila kedengaran bunyi pagar rumah aku seperti digoncang kuat dari luar.
Aku menguatkan diri untuk perlahan lahan menggerakkan kerusi roda dengan tangan, menuju ke tingkap yang berhadapan dengan halaman depan rumah.
Selendang hitam dicapai lalu dililit ala kadar.
Air mata ketakutan aku gugur apabila tepat di depan pintu pagar, Firash sedang terumbang ambing berdiri sambil cuba memanjat pagar.
Aku mengundurkan kerusi roda ke belakang. Aku tekupkan tangan ke mulut. Tak dapat aku menahan tangisan. Ya Allah, aku takut. Apa yang harus aku lakukan sekarang?
Dengan gelodak rasa takut yang dah memuncak, aku bertindak pantas mengeluarkan telefon dari poket baju tidur.
Aku abaikan rasa gelabah, nombor ummi aku dail sambil menangis.
Lama aku menunggu di talian, sehingga akhirnya operator wanita bersuara lunak yang menjawab panggilan aku. Bateri ummi habis ke? Ummi, tolong Meena...
Tangan laju mencari nombor nombor kenalan yang ada. Kawan kawan semuanya tinggal jauh dari aku sekarang. Kalaupun aku meminta pertolongan mereka, mungkin ambil masa berjam untuk mereka sampai. Dan mungkin bila sampai, mereka dah pun terlambat...
Esak tangis aku semakin kuat, memikirkan nasib yang bakal menimpa aku. Tak ada sesiapa di sini. Banyak hal yang kemungkinan boleh terjadi.
Aku tidak sengaja terpandang satu baris nama di senarai kontak telefon.
' my fierce fiancè 🐯 ' .
Hati aku kuat mengatakan yang aku patut menelefon dia, meminta tolong. Tapi dia jauh di Jepun. Sudah tentu dia tidak dapat menolong aku.
Call polis!
Ya!
Dengan jari jemari yang semakin menggigil, aku gagahkan juga untuk mendapatkan bantuan. Belum sempat aku tekan butang hijau, pintu rumah bergegar kuat, seakan digoncang dari luar.
Telefon di tangan aku automatik menggelunsur jatuh ke bawah kerusi roda. Disebabkan terlalu terkejut dan takut, air mata aku berderai, tidak berhenti.
Aku gerakkan kerusi roda untuk duduk betul betul di belakang pintu rumah.
"Laura sayang... bukak pintu ni please. I wanna come in,"
Suara Firash. Aku makin buntu apabila tombol pintu terpusing, cuba dibuka dari luar.
Pantas, aku menekup mulut dengan tangan sendiri. Menghalang dari suara tangisan aku didengari Firash di luar.
"Aku tahu kau kat dalam. Bukak kejap. Aku ada hal penting nak cakap..." suara Firash kedengaran lebih lembut. Ketukan halus dilayangkan pada pintu.
"Pergi! Pergi dari sini sebelum aku call polis," terketar ketar suara aku, melawan rasa takut yang menyelubungi diri.
Dengan itu, tiba tiba suara Firash tidak lagi kedengaran. Begitu juga dengan ketukan tadi. Beberapa minit berlalu, Firash bagaikan sudah putus asa dan pergi dari situ.
Aku menghela nafas panjang seraya mengelap pipi yang basah dengan air mata.
Aku mula mengurut dada yang bergelora. Alhamdulillah, dia dah pergi.
Belum sempat aku mendail nombor telefon ummi sekali lagi, secara tiba tiba dengusan nafas seseorang dapat aku rasakan pada batang leher.
"Hi, princess..."
Saat itu juga, jantung aku kembali berdetak laju. Aku kenal sangat sangat dengan suara ni. Ya, dia masuk dari pintu belakang yang tidak berkunci.
Kenapa aku bodoh sangat?
"Buka tudung kau,"
Ada satu pasang tangan merayap pada kepala aku, cuba menanggalkan tudung yang aku pakai.
"Please, don't..." terketar ketar, aku cuba menepis tangan tersebut.
"If i can't marry you, i want you to have my kids instead."
"Firash Edhan..."
"Shh, just enjoy my touch okay?" Firash tersenyum sinis.
Aku dapat rasakan tangan Firash selamba memegang tubuh aku tanpa rasa bersalah. Aku cuma mampu menepis dan menangis. Dengan fizikal yang lumpuh separuh badan, aku akui yang aku tak berdaya melawan tenaga lelaki ini.
Saat Firash menanggalkan t shirt putihnya di depan aku, dunia terasa kelam.
Dan akhirnya aku sedar, aku cuma seorang wanita yang lemah. Yang akan tetap kalah dalam melawan kudrat seorang lelaki.
///
TEPUKAN halus dilayangkan oleh Datin Sahira ke tubuh Izwan yang sedang lena tidur di sofa rumah.
"Wan, bangun. Kenapa tidur dekat sofa ni sayang?"
Terpisat pisat Izwan bangun sambil menggosok matanya beberapa kali. Dia betul betul penat kerana sepanjang 14 jam penerbangan dari Jepun ke Malaysia, dia tidak tidur sama sekali.
Sepanjang dalam penerbangan, dia tidak dapat menyembunyikan rasa teruja untuk menyiapkan persiapan perkahwinan dia dan...
Laura Ameena.
"Mama, can i meet her? Only this time, i promise."
Datin Sahira ketawa kecil mendengar permintaan pertama yang keluar dari mulut anak terunanya itu. Bila orang dah angau bercinta, macam ni lah.
Err sama juga dengan dia ketika bercinta dengan Datuk Syukri dahulu. Rasa tak mahu berenggang, sama lah seperti sekarang.
Namun, apakan daya. Suaminya itu ahli perniagaan yang berjaya. Tak lekat di rumah, sentiasa ada urusan di luar negara. Mujur ada peneman di rumah iaitu Izwan. Tapi tak lama lagi Izwan juga akan meninggalkan dirinya.
Haih, sunyi...
"Cuba telefon ummi dulu. Minta izin dia dan kalau dia izinkan, Wan pergi lah jenguk Laura sekejap. Tapi jangan berdua duaan. Pastikan dekat kawasan terbuka ya?"
Izwan angguk.
"Pergilah mandi dulu. Muka ni dah macam orang tak tidur sebulan! Gaya macam ni ke nak jumpa tunang sendiri."
Izwan gelak mendengar omelan Datin Sahira.
"Mama nak masak dulu. Pergilah bersiap ya," Datin Sahira senyum sebelum berlalu pergi ke dapur untuk menyediakan sarapan.
Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Tadi, dia dah pun bangun subuh. Selepas solat, boleh pula terlelap di sofa.
Izwan menggeliat kecil sebelum mencapai telefon di sebelahnya. Riak wajahnya berubah apabila berpuluh puluh missed call dari ' Ummi Ameena ' terpapar di skrin telefon. Dia tak sengaja silent phone sebelum tidur.
Izwan mula rasa tak sedap hati. Dia terus menghubungi semula Puan Anissa namun panggilannya tidak disambut.
"Damn it," Izwan terus bergegas ke tandas untuk mandi sebelum ke rumah tunangannya.
Ya Allah, semoga tiada perkara buruk yang berlaku.
///
DARI semalam, aku di sini.
Ya, di bucu katil. Duduk sambil menangis tidak berhenti. Mata aku bengkak dibanjiri air mata kesakitan dan sedih yang tak berpenghujung.
Aku jijik dengan diri sendiri.
Dengan tidak sengaja, aku terpandang cermin yang memantulkan wajah aku ke dalam ruang cermin tersebut.
Wajah aku luka teruk. Dengan bibir yang berdarah dan koyak, luka yang masih merah di serata wajah serta beberapa bahagian muka yang sengal akibat ditampar beberapa kali.
Badan aku pula lemah tak berdaya. Aku mempunyai lebam, bengkak dan luka di seluruh bahagian tubuh. Bahkan, ada bahagian tubuh yang luka sehingga berdarah dan sakit yang tak terhingga.
Tapi rasa sakit ini tak sama dengan rasa sakit teramat yang aku rasakan di hati.
Tak kira berapa banyak pun air mata yang aku titiskan, aku tak mampu mengubah kenyataan yang aku dah...
Dirosakkan oleh seorang lelaki yang aku percayai.
"Sakit..." aku menjerit kecil apabila bibir yang aku gerakkan sedikit berasa amat pedih. Sakit sehingga sekali lagi air mata aku membanjiri pipi.
Penat sangat sangat. Tapi cuma ini yang mampu aku lakukan. Meratapi perkara yang telah terjadi.
Apa perasaan tunang aku agaknya apabila dia tahu yang aku dah...
"Meena, sayang... buka pintu ni. Meena tak kesiankan ummi ke, sayang? Dari semalam Meena menangis. Ummi risaukan Meena. Buka pintu ni, sayang."
Pandangan aku halakan pada pintu bilik. Sejak semalam, ummi tak putus asa mengetuk pintu dan memujuk aku keluar. Setelah ummi lihat keadaan aku, air mata seorang ibu milik ummi tumpah membasahi pipi.
Hancur hati ummi melihat anaknya diperlakukan sebegitu rupa.
Aku tak mahu sesiapa pun melihat aku dengan keadaan sebegini. Cukuplah cuma aku rasakan kesakitan ini. Jangan orang orang di sekelilingku termasuk ummi.
"Laura Ameena."
Tangisan aku terhenti. Satu suara itu buat jantung aku seakan akan direntap tiba tiba. Dia? Dia ada di sini?
"Laura Ameena, buka pintu ni."
Tombol pintu bilik dipulas beberapa kali dari luar. Dengan sedikit kekuatan yang masih tersisa, aku merangkak ke pintu bilik lalu aku sandarkan tubuh di belakang pintu.
Entah kenapa, aku dapat rasakan yang lelaki itu turut bersandar di pintu tersebut dalam keadaan yang sama denganku.
Dalam keadaan tidak bermaya, aku tekapkan tangan pada pintu. Ingin sekali aku berlari memeluk lelaki itu, menangis di bahu miliknya dan melepaskan segala rasa sakit yang aku rasakan. Sesungguhnya, aku tak kuat.
"Kita putuskan pertunangan ni, Izwan Hakiem." dengan payah, aku meluahkan kata.
Beberapa saat berlalu, Izwan masih berdiam.
"Kita kahwin secepat mungkin."
Air mata aku mengalir lagi apabila mendengar respon dari lelaki itu. Pasti dia jijik dengan aku apabila dia tahu apa yang berlaku. Dia akan membenci aku dan meninggalkan aku.
Tak ada lelaki yang sanggup terima perempuan kotor macam kau, Laura Ameena.
"Let's get married as soon as we can. Apa pun yang berlaku pada kau, baik atau buruk aku tetap terima semuanya. Aku minta maaf sebab gagal lindungi kau,"
Aku hilang kata kata. Dia tak rasa jijik ke?
"Sikit pun aku tak rasa jijik dengan kau, Meena. Allah je yang tahu betapa bahagianya aku bila kau sah bergelar tunang aku semalam. Walaupun aku jauh dekat Jepun masa tu, aku tetap rasa nervous."
"Dan dalam masa 5 hari lagi, kau dan aku akan menikah. Aku tak percaya yang aku bakal jadi suami pada seorang perempuan yang aku kagumi sekian lama,"
Aku mengelap air mata di pipi yang masih mengalir tidak berhenti. Sebak.
"Aku dah rosak, Izwan. Aku kotor. Aku tak layak bergelar isteri kepada sesiapa lagi."
"Laura Ameena, please. Jangan gelar diri kau kotor ataupun rosak. Di mata aku, kau tetap Laura Ameena yang sama. Dan akan tetap sama walau apa pun yang terjadi."
"Let me proof you that lelaki yang tak pandang semua tu masih wujud. Let me be the one who makes you happy. Bagi aku peluang untuk fix benda ni, Meena."
Kali ini, ada nada tegas dalam suara Izwan. Dalam tegas, ada lembutnya dalam menyusun ayat, meyakinkan aku.
Aku tak dapat lagi menahan rasa sebak yang menyelubungi diri. Sambil memukul dada yang sakit, aku menghambur tangis di pintu bilik.
Bersaksikan Izwan yang menemani aku sehingga aku rebah, tertidur kepenatan di muka pintu.
///
"ARE you dead serious?!"
Marina melopong, dia tak lepas memandang wajah Firash di hadapannya yang selamba sedang hirup espresso.
Firash kekal diam walaupun kedua dua Marina dan Amsyar memandangnya tidak berkalih. Rimas pun ada.
"Yes, i'm more than serious."
Marina terdiam. Dia pandang Amsyar, Amsyar turut memandangnya. Masing masing masih cuba untuk proses apa yang diceritakan oleh Firash.
"Y-you raped her?"
Firash menghentak kasar cawan espresso, menunjukkan riak wajah tidak senang dengan soalan Amsyar.
"I raped and beat her,"
Kali ini, Marina dan Amsyar terus hilang kata kata. Kenapa Firash seperti tak ada perasaan bila membuat pengakuan hina tersebut?
"Aku tak sedar apa yang jadi. Aku marah and i was drunk real bad,"
"Tu ke alasan kau untuk perkosa dia?" Amsyar bersuara, ada nada tidak senang pada suaranya.
Dia akui, dia juga tak mahu Izwan dan Laura bersama. Tapi tak pernah terlintas dalam benak fikirannya untuk memperlakukan Laura sedemikian rupa.
Dalam keadaan Laura yang lumpuh...
Firash meraup wajahnya sebelum meneguk espresso sehingga tidak tersisa setitik pun.
Marina mengerling ke arah luka seperti cakaran yang masih merah di leher Firash. Sangkanya, Firash cuma melawak. Tapi melihat kepada luka tersebut, sepertinya itu luka pergelutan.
Mungkin Laura cuba melawan ketika Firash melakukan hal terkutuk itu kepadanya. Dengan berkeadaan lumpuh, apa sangatlah yang boleh dilakukan Laura untuk mempertahankan diri.
Marina tiba tiba rasa lain.
Di sudut hatinya yang paling dalam, dia merasa sedih dan kecewa. Dia akui yang dia memang sangat membenci Laura. Sehingga dia cuba untuk menyakiti gadis itu berkali kali.
Tapi dia juga seorang perempuan. Tidak terbayang di akal fikiran apa yang Laura rasai ketika itu. Kesakitan dan keperihan Laura dapat dia bayangkan.
Marina bangun, meninggalkan kedua dua lelaki yang masih terpinga pinga.
'Laura, kau kena kuat,'
///
BADAN aku terasa sengal dari hujung kepala sehingga hujung pinggang. Kesakitan kaki tak dapat lagi aku rasakan setelah disahkan lumpuh.
Aku mengurut kepala yang rasa berat dan pening. Perlahan, aku berpaut pada pintu untuk bangun dari baring lalu duduk bersandar di pintu bilik.
Jam di dinding menunjukkan pukul 3 pagi.
Allahuakbar. Lamanya aku tidur. Dengan solat yang tertinggal, ampunkan aku, Ya Allah.
Baru sahaja aku ingin merangkak menuju tandas, aku terdengar bunyi suara ayat ayat suci al quran yang sayup sayup kedengaran dari luar bilik. Lebih tepat lagi, di hadapan pintu bilik aku ini.
Aku lekapkan telinga pada pintu untuk mendengar lebih jelas.
Suara Izwan. Dia sedang mengaji di balik pintu ini. Suara dia seakan selesema. Dia tunggu di luar ni sejak semalam ke?
"Sadakallahualadzim."
Kagum aku mendengar suara lunak Izwan membaca ayat ayat suci al quran. Aku terbuai lalu kembali bersandar di situ.
"Ya Allah ya tuhanku, ampunkan dosaku. Dosa ketiga ibu tiri, bapa serta ibu kandungku. Lindungi lah ibu kandungku di mana pun dia berada ketika ini. Pertemukan lah kami berdua suatu hari nanti.
Aku secara tidak sengaja mengukir senyuman kecil. Dia sedang berdoa dan aku rasa cemburu. Bertuah ibu yang melahirkan Izwan. Setelah apa yang dilakukan wanita itu, Izwan tetap mendoakannya.
"Kau rahmati dan berikan hidayah-Mu kepada keluarga kami, Ya Allah. Berikan kami kebahagiaan dan kecukupan dalam hidup sehari hari,"
Tiba tiba Izwan diam. Aku terus fokus mencuri dengar doa Izwan. Akhirnya, Izwan bersin sebelum sambung doanya.
"Ya Allah, kau lindungi Laura Ameena. Sesungguhnya aku ikhlas menyayangi dan menginginkan dia untuk jadi suri hati aku buat selama lamanya secara halal ya Allah. Kau permudahkan lah urusan kami berdua dalam melangsungkan pernikahan kami yang berbaki 4 hari lagi ini, Ya Allah."
"Kau berikanlah kekuatan dalam diri Laura Ameena untuk menempuhi dugaan besar-Mu ini Ya Allah. Jika perlu, tiupkan lah sedikit kekuatan dalam diri aku buat dirinya. Berikan dia ganjaran kerana terus bersabar setelah diuji dengan ujian yang berat."
Sambil mengukir senyum, air mata aku tumpah. Air mata terharu dan bahagia.
"Kau mudahkan urusan aku untuk membimbing dan membahagiakan dia, Ya Allah. Ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam, aku telah jatuh cinta pada salah seorang hamba-Mu Ya Allah."
Aku pun, Izwan. Aku pun.
The real definition of...
She fall in love first, but he falls harder.
///
FIRASH keluar dari perut kereta sambil bersiul riang. Sebaik sahaja dia mengunci pintu kereta, dengan tidak semena mena tubuhnya di heret kasar lalu di hentak ke kereta.
Firash mengaduh kesakitan. Terkejut apabila tiba tiba sahaja dia diperlakukan begitu oleh seorang lelaki di hadapannya.
Lelaki dengan hoodie hitam, mask serta cap yang menyembunyikan hampir keseluruhan wajahnya.
Satu tumbukan dilayangkan tepat pada pipi kanan Firash membuatkan lelaki itu melayang rebah ke lantai. Tepi bibirnya pecah dan tulang pipinya terasa kebas.
"Izwan Hakiem,"
Belum sempat Izwan ingin melayangkan tumbukan kedua, Firash bersuara terlebih dahulu. Firash seterusnya ketawa apabila Izwan tiba tiba diam.
"Bapak sakit. Tumbukan kau tak adalah sesakit ni masa kali terakhir kita bertumbuk dalam bilik pengawas." Firash bangun, membentulkan baju dan seluar.
"Kelakar?"
Firash geleng. "Aku tak cakap pun kelakar,"
Izwan menggumam geram. Dia cuba sedaya upaya untuk mengawal amarah. Ikutkan hati yang sedang membuak buak ini mahu sahaja lelaki di depannya ini dibunuh dengan tangannya sendiri.
"Aku tak sangka aku ada kawan bertopengkan syaitan macam kau ni. Its freaking me up how we were friends back then. You're disgusting."
Firash menghambur tawa mendengar makian Izwan dengan suara yang mendatar seperti kebiasaan.
"Wow. Disebabkan seorang perempuan, kau sanggup korbankan persahabatan kita yang dah bertahun tahun ni?"
"The moment you touch her, persahabatan kita dah habis. Perempuan yang kau sentuh dan yang kau rosakkan tu tunang aku. Jentik dia pun aku tak pernah. Apatah lagi nak buat perkara bukan bukan dekat dia dan yang lebih teruk daripada tu,"
"Selama ni aku hormat dia sebagai seorang wanita. Aku cuba sedaya upaya untuk lindungi dan jaga kehormatan dia. Kau yang aku harapkan sebagai kawan, rupa rupanya kau rosakkan dia belakang aku? Itu ke kau panggil persahabatan, Firash Edhan?"
Kolar baju Firash ditarik kasar oleh Izwan. Nasib baik tiada yang lalu lalang di ruang parkir itu ketika ini.
Firash senyum sinis.
"Tak luak pun kalau aku rasa dia sikit. Lagipun, she seems to enjoyed my touch really bad,"
Dengan kekuatan maksimal, kali ini Izwan melayangkan tumbukan yang jauh lebih padu dari tadi. Firash jatuh terduduk sambil mengelap wajah yang luka teruk.
Izwan mengambil kesempatan untuk membelasah Firash sepuas hatinya. Apabila Firash sudah kelihatan tidak bermaya dengan darah yang memancut keluar dari mulut, Izwan akhirnya berhenti.
Dia pula yang terduduk di hadapan Firash.
Dia berasa gagal menjadi lelaki terbaik untuk Laura. Tak dapat lindungi gadis malang itu.
Apa yang buatkan dia semakin kecewa adalah... kenyataan di mana apa pun yang dia lakukan terhadap Firash, dia tak mampu memutar semula waktu untuk melindungi wanitanya.
"Laura dah tahu ke sisi kau yang ni, Izwan Hakiem? Sisi yang kau tak tunjuk pada semua orang. Dia orang nampak sisi kau yang baik je. But they don't know your wild side."
Makin sakit hati Izwan apabila Firash ketawa, selamba sambil mengelap luka di wajah.
"Kesian Laura kan? Dapat suami yang abusive. Entah entah, dia keluar tak minta izin pun makan penampar suami sendiri,"
Izwan diam.
Kali ini, dia tak dapat berdalih. Kerana apa yang Firash katakan itu 90% dari padanya benar.
"Aku cuma tunjuk perangai macam ni dekat binatang macam kau." Izwan bingkas bangun, berlalu pergi meninggalkan Firash yang dah lemah dengan darah dan luka.
Firash berdecit sambil matanya menghantar pemergian Izwan.
"Sial,"
///
MARINA tiba di rumah kira kira jam 3 petang. Dia masuk ke dalam bilik, berbaring sambil scroll Instagram.
Setelah itu, dia tiba tiba teringat yang lebih kurang 2 hari lagi, majlis pernikahan Izwan dan Laura akan berlangsung. Entah kenapa, dia tak rasa apa apa.
Tak ada rasa sedih, cuma rasa kasihan.
Apa yang terjadi pada Laura banyak mengajar dirinya tentang kesabaran. Laura wanita yang hebat. Walau diuji berkali kali, dia tetap bersabar dan kuat. Kalau dia ada di tempat Laura, mungkin sahaja dia dah tak ada di dunia ini.
Ya, bunuh diri.
Marina gelisah. Sekejap dia duduk, kemudian baring dan duduk semula. Akhirnya, dia buat keputusan untuk ke dapur. Mahu mengambil minuman lalu ambil udara di luar.
Sesampainya di dapur, dia tergamam melihat sesuatu aksi yang tidak patut dilihatnya.
"Kau buat apa kat sini?!"
Marina dijerkah oleh ibu tirinya, Datin Salindong ataupun Datin Sally yang sedang bermesraan tanpa batas dengan...
Selingkuhannya, bapa kepada Laura Ameena.
"Disgusting," Marina hampir tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi.
Ini dah melampau. Mentang mentang bapanya selalu sahaja tiada di rumah, Datin Sally mengambil keputusan berani dengan membawa pulang Encik Amir. Bukan itu sahaja, kedua dua pasangan haram itu sesuka hati membuat perkara terkutuk di rumahnya ini.
"Kalau bapak kau tahu pasal benda ni, nahas kau aku kerjakan. Aku dah lama tak pukul orang," Datin Sally mendekati Marina lalu gadis itu ditolak kasar ke tepi.
"Dasar perempuan jalang miskin,"
Walaupun bisikan suara Marina itu sangat sangat perlahan, namun bisikan itu berjaya didengari oleh Datin Sally.
"Apa kau cakap?! Sini kau!" dengan suara lantang milik Datin Sally, Marina ditarik ke sinki dapur.
Wajah marina disimbah air. Bajunya ditarik sehingga koyak dan terdedah di bahagian bahu. Dia juga ditolak ke lantao tanpa belas kasihan lalu tubuh Marina disepak dan dipijak berkali kali oleh Datin Sally.
Marina diperlakukan seperti satu patung kecil yang tidak mempunyai nyawa dan perasaan.
Puas memukul gadis itu, Datin Sally bangun lalu memberi satu lagi amaran terakhir sebelum dia berlalu pergi dari situ.
Marina membetulkan baju dan rambutnya yang berantakan. Selalunya, dia akan menangis sesudah dipukul. Tapi hari ini, satu titis air mata pun tidak ada. Mungkin dia sudah 'kebal' apabila hari hari diperlukan sebegini rupa.
Dia berdiri.
"Seronok ke tengok drama depan mata?"
Marina alihkan pandangan pada seorang lelaki yang sedang berdiri, bersandar pada peti ais dengan wajah tak beriak.
"Maaf ya pakcik. Saya bukan nak kurang ajar, tapi saja saya nak bagitau yang rumah saya ni bukan hotel. Kalau dah rasa tak tahan sangat, pergi bawa mak tiri saya tu lari dari sini lepas tu pakcik kahwin la dengan dia,"
"Ayah jenis apa ya pakcik ni? Anak sendiri kena rogol dekat sana, ayah dia elok kat sini buat dosa." tanpa menunggu balasan dari Encik Amir, Marina terus pergi.
Marina termenung sambil mendaki anak tangga untuk ke biliknya.
Dia kira kisahnya jauh berbeza dengan Laura Ameena. Gadis itu bahagia dan punya segala yang ingin dia miliki.
Ternyata salah.
Kisah hidup antara dia dan Laura tak jauh kurangnya. Kedua duanya ditakdirkan mempunyai bapa yang kejam.
Seorang bapa lebih sayangkan pekerjaan hingga mengabaikan anak sendiri. Lebih mencintai harta dunia berbanding harta akhirat. Seorang bapa lagi memilih untuk meninggalkan anak dan isteri demi seorang perempuan gatal seperti Datin Sally.
Laura, macam mana kau boleh kuat?
///
HARINI dah masuk hari ketiga aku berkurung di dalam bilik.
Esok atau lusa, aku dah bergelar isteri orang. Tapi mental dan fizikal aku masih belum bersedia sepenuhnya.
Perut aku tiba tiba terasa lapar. Dah la dah pukul 2 pagi. Mana nak cari makanan tengah malam buta macam ni? Aku akhirnya mengambil keputusan untuk keluar senyap senyap ke dapur.
Pasti ummi dah tidur, fikirku.
Tuala putih di bucu katil aku capai sebelum aku mengesot sendiri ke pintu. Tuala dililit ringkas menutupi kepala. Pintu bilik aku buka dengan susah payah. Apabila pintu berjaya dibuka, pandangan pertama yang aku lihat adalah...
Seorang lelaki yang sedang baring di atas lantai tanpa alas. Dia berbaring betul betul di hadapan bilik aku. Tanpa selimut dan tubuh lelaki itu meringkuk sedikit, seakan menahan sejuk.
"Izwan..."
Dia tak balik sejak hari pertama aku berkurung dalam bilik ke? Kenapa dia perlu seksa diri untuk aku?
Aku tunduk memandang kardigan nude di tubuhku. Baju yang aku pakai memang lengan panjang. Sengaja aku padankan dengan kardigan kerana cuaca malam yang sejuk.
Perlahan, kardigan itu aku tanggalkan seterusnya aku hamparkan pada tubuh Izwan. Tak tahu sama ada ini dapat mengurangkan rasa sejuk lelaki itu ataupun tidak.
Aku akhirnya memilih untuk beredar ke dapur bagi menjamah sesuatu. Sebaik sahaja aku menoleh ke dapur, aku dikejutkan dengan satu suara mendatar milik seorang lelaki.
"Ameena,"
Aku menoleh semula ke belakang. Ternyata, Izwan sedang elok bersandar pada pintu bilikku, memandang aku tanpa berkelip.
Aku secepat mungkin menutup separuh bahagian muka dengan tuala di kepala sehingga hanya menampakkan bahagian mata. Aku tak mahu Izwan melihat segala luka dan lebam di wajahku.
Izwan tiba tiba mengalihkan pandangan. Dia tidak lagi memandang wajahku. Riak wajahnya berubah mendung.
Dia jijik ke dengan aku?
"Izwan Hakiem."
Izwan akhirnya memandang tepat ke anak mata aku dengan riak wajah sama.
"Pandang aku, Izwan. Perempuan kotor ni ke yang kau nak nikahi? Perempuan malang ni?" aku menahan rasa sebak tatkala menyusun kata.
Sedih. Lelaki yang aku sangka akan menerima aku dalam apa jua bentuk sekalipun sekarang nampak jijik denganku.
Tiba tiba, ada sesuatu pada Izwan yang buat aku mati kata. Aku sedari ada air yang bertakung dalam pelupuk mata lelaki itu.
Dia... menangis?
Aku terkedu. Sepanjang aku mengenali Izwan, tak pernah sekali pun aku nampak walau setitis air mata Izwan mengalir. Kecuali satu kali ini, tatkala kami mengikuti perkhemahan sekolah dan Izwan ditugaskan membakar ayam.
Itu pun air mata dia keluar sebab kena asap.
Tapi kali ini, dia nangis sebab terpaksa nikah dengan aku ke?
"Aku faham. Tak apa. Ada sisa masa 2 hari lagi yang berbaki sebelum majlis kita. Masih sempat kalau nak ubah fikiran. Aku boleh suruh ummi batalkan..."
"Laura Ameena,"
Belum sempat aku habiskan kata, Izwan dah mencelah. Aku tatap wajah dia yang juga sedang merenung dalam ke arah sepasang mata milikku.
"Aku minta maaf."
Aku senyum tawar mendengar kata maaf dari Izwan. Aku faham, dia pasti mahukan isteri yang sempurna untuk berada dengannya sepanjang hayat.
Aku cuma gadis malang biasa yang tak ada keistimewaannya.
"Its okay, Izwan. Aku hormat keputusan kau, don't worry." tak tahu apa yang aku rasakan tika ini.
Separuh hati merelakan.
Separuh lagi menidakkan.
Aku tunduk apabila air mata mula bergenang di pelupuk mata, Diam, aku dan dia masing masing seakan melayan perasaan sendiri.
"Aku gagal, Laura Ameena."
Aku dongakkan wajah. Kali ini, pandangan kami bertaut.
Apa yang dia maksudkan dengan gagal?
"Aku gagal jadi tunang yang baik. Aku gagal lindungi kau, gagal ada when you needed me the most,"
Aku hilang kata. Yang ada cuma air mata, menitis walaupun aku cuba menahan. Tak sangka, dia salahkan diri dia atas apa yang jadi pada aku.
"I fucked up,"
"Please, jangan salahkan diri kau. Aku. Aku yang patut dipersalahkan. Aku tak mampu jaga diri aku sendiri. Aku tak sempurna, Izwan Hakiem. Maafkan aku," teresak esak, aku menangis di hadapan tunangku.
"Dan aku tak pernah cari kesempurnaan dalam diri seseorang, Laura Ameena. Kalaupun aku cari yang sempurna, kau tetap ada dalam ffikira aku selepas mama."
Izwan tipu. Aku tahu dia tipu. Mustahil tak ada sedetik pun rasa di hati dia untuk miliki yang jauh lebih sempurna dari aku.
Perlahan, satu tangan naik perlahan lahan ke wajahku. Tangan itu memegang tuala di kepalaku. Tak mampu menolak, aku merelakan apabila Izwan menyelak tuala itu.
Menyerlahkan seluruh bahagian wajah aku yang penuh luka dan calar balar.
Aku lihat Izwan kekal tenang. Dia bangun ke laci, mencapai kotak pertolongan cemas yang tergantung elok di dinding. Dia kemudian duduk semula di hadapanku, tapi lebih rapat.
Aku hanya memerhati gerak langkah lelaki itu yang sibuk mengeluarkan isi di dalam kotak tersebut.
"Close your eyes for me,"
"You don't have to..."
"Shh, just obey me this time,"
Aku hilang kata apabila suara Izwan berubah tegas. Mata dipejam rapat sehingga bayangan Izwan tadi hilang dari pandangan.
"I'm sorry, its gonna hurt a little. Grab my shirt if its hurt you so bad, okay? I'm gonna slow down if you did so."
Aku angguk faham dengan mata yang masih tertutup.
Tak lama kemudian, aku dapat rasakan sesuatu benda yang lembut menyentuh permukaan bibirku. Sentuhan itu terasa perlahan dan dibuat dengan penuh ikhlas.
Aku mendesis kesakitan apabila bibir yang pecah ditekan dengan kapas.
"Sakit?"
Aku angguk lagi.
"Sorry,"
Kali ini, kapas itu dilayangkan ke pipi serta dagu. Izwan membersihkan luka di muka aku dengan penuh kelembutan dan berhati hati.
Sesekali, dia meniup luka aku sebelum menyucinya.
Apabila sampai di bahagian dahi, aku tak mampu menahan sakit kerana dahi menempatkan luka yang agak besar. Beberapa garis cakaran jelas kelihatan di dahi kiri.
"Hold me," bisik Izwan sambil terus menekap kapas di dahiku beberapa kali.
Akhirnya, tangan aku diletakkan di hujung t shirt Izwan. T shirt itu aku genggam erat sambil mengetap gigi melawan rasa sakit.
"Open your eyes,"
Setelah lebih lima minit, Izwan akhirnya membenarkan aku membuka mata. Perkara pertama yang aku lihat sudah pastilah dia yang sedang mengemas segala peralatan tadi.
Seram juga aku melihat kapas kapas yang dibasahi darah milikku itu. Izwan pula memegang kapas kapas itu tanpa rasa jijik. Aku pun pelik dengan dia ni.
Selain itu, Izwan juga menampal kapas dan plaster di bahagian luka yang teruk.
"Esok ikut aku. Kita pergi clinic untuk rawatan lanjut. Luka semua aku dah bersihkan, cuma bengkak dan luka dekat dahi ni agak serius."
"Untuk bibir..."
Aku terkedu apabila Izwan merenung lama ke arah seulas bibir milikku.
"Banyakkan minum air masak, kurangkan bergerak dan always bersihkan bahagian yang luka. Walaupun sakit, tahan je."
"Tapi pedih..." aku mencebik.
"Nak sihat ke tak nak hm?"
"Nak!"
"Then listen to me,"
Akhirnya aku mengalah. Satu anggukan aku berikan walaupun masih tak puas hati. Kang tak dengar cakap kena bebel pulak. Ish!
"Good girl,"
Terpaku seketika aku dibuatnya apabila Izwan senyum. Menyerlahkan lagi sepasang mata kelabu indah miliknya. Lah, comel pula anak manja mama ni.
Tiba tiba, bunyi perut yang berkeroncong mematikan perbualan kami. Aku dan dia saling berpandangan. Merona merah wajah aku menahan malu.
Woi boleh pula masa masa macam ni kau nak berbunyi. Potong betul lah!
"Lapar?"
"Err... a bit."
Izwan berdiri sebelum kelihatan ingin beredar dari situ sebelum aku menahannya.
"Nak pergi mana?" soal aku sambil tarik seluar dia perlahan. Kang tarik kuat kuat risau ada free show pula kat sini. Euw.
"My adorable fiancee said she's hungry. So, i want to make some food for her,"
Eee comel je panggil orang tunang dia. Aduh, mana nak sorok muka ni. Bawah bulu ketiak Patrick boleh tak?!
"Jangan lama lama," pesan aku. ringkas dan padat.
"Oh by the way. Nak tanya boleh?" aku angguk mendengar soalan dari Izwan.
"Asal muka dah luka sana sini pun still cantik?"
Tergamam aku mendengar soalan random nak mampus dari lelaki itu.
"Can't wait to make you mine, my beautiful fiancee."
///
MARINA ke pintu utama rumah apabila ketukan bertalu talu kedengaran dari situ. Entah ke mana bibik serta adik dan ibu tirinya pergi.
Terpacul wajah milik Datuk Shahrizad di muka pintu.
"Daddy!" tanpa menunggu panjang, Marina terus meluru ke bapanya lalu memeluk bapanya erat.
"Tepi, daddy kotor. Nak naik mandi," selamba Datuk Shahrizad menepis Marina ke tepi.
Marina terkedu dengan layanan dingin dari daddynya sendiri. Lebih 2 minggu daddy tak balik rumah atas urusan kerja. Balik balik sahaja dia dilayan sebegini rupa.
Padahal dia hanya mahu melepas rindu.
"Orang lain kerja juga. Tapi tak adalah sampai abaikan anak bini,"
Kata kata pedas dari Marina membuatkan Datuk Shahrizad yang tadinya baru sahaja ingin ke bilik tidurnya di tingkat 2 memalingkan tubuh kembali.
"Kenapa makin kurang ajar ni, Marina Finanda!" jerkah Datuk Shahrizad menahan amarah.
"Salah ke apa yang Rin cakap? Daddy lebih pentingkan kerja dari orang orang dalam rumah ni. Bila daddy balik, daddy penat. Tak sampai sehari dah nak outstation balik. Cuba daddy cakap, bila daddy nak ada masa dengan your own family?"
Datuk Shahrizad diam. Wajahnya menunjukkan riak marah kerana baginya anak perempuannya itu sangat biadap.
"Shut up. Duit jugalah yang bagi kamu hidup, Rin. Daddy bekerja siang malam demi keluarga kita. Tanpa duit, we are nothing!"
"Oh, jadi daddy lebih sayangkan duit dan harta daddy? Sibuk kerja sampai bini sendiri bawa lelaki lain masuk rumah pun tak tahu," desis Marina sambil memeluk tubuh di hadapan daddynya.
"Watch your mouth, Rin. Daddy tahu kamu memang tak suka dengan mak tiri kamu tu. Tapi tu bukan alasan kamu boleh tuduh dia bukan bukan. Daddy lebih kenal dia dari kamu kenal dia."
Marina ketawa kecil. Kelakar juga daddy ni. Isteri sendiri curang pun tak tahu.
"Money may can buy everything. But not love, daddy."
"If so, leave! Pergi dari sini! Hidup sendiri tanpa daddy. Let see if you will change your mind. Berambus!" berang, Datuk Shahrizad menghalau satu satunya anak kandungnya itu.
Marina tergamam. Tak sangka. Orang tua itu lebih sayangkan hartanya dari dirinya sendiri.
"Rin akan buktikan pada daddy yang duit bukan segala galanya,"
Satu titis air mata Marina tumpah sebelum bergegas pergi dari situ untuk ke biliknya.
Dia mahu pergi dari situ secepat mungkin. Hatinya sudah terlalu terluka dengan apa yang dia hadapi di rumah mewah itu.
Dia ingin membawa diri. Jauh dari sini.
///
"TAK payah nak tunjuk muka bangang kau lah kat sini. Minum cepat,"
Marina tersedar dari lamunan panjangnya setelah suara seorang lelaki menyedarkannya.
Amsyar menempatkan dirinya di kerusi berhadapan dengan Marina. 5 buah beg milik Marina di sisi kerusi membuatkan Amsyar menggelengkan kepalanya sendiri.
Lari rumah ke bawak satu rumah ni?
"Tak apa ke aku menumpang kat rumah kau ni, Am?" Marina memerhatikan isi sekeliling apartment milik Amsyar ini. Amsyar memang duduk seorang diri di sini.
"Ada 3 bilik kan, iblis. Lek ah. Lagipun pejabat agama busy cekup orang orang kat hotel. Tak ada masa nak tangkap kita," selamba Amsyar hirup teh sambil pandang Marina.
Marina meneguk air liur beberapa kali. Buatnya Amsyar ni ada niat jahat macam mana?
Namun apakan daya. Marina tak ada kawan perempuan. Amsyar jela tempat dia meminta bantuan. Sanggup dalam hujan Amsyar redah ke perhentian bas demi menjemput dirinya.
"Kau asal nampak takut semacam ni? Kau ingat aku macam Firash ke ha? Aku tak ada nafsu pun lah dekat perempuan."
"Kalau ada pun, memang tak lah aku nak dengan kau. Kalau Laura tu yela aku ada rasa."
Marina mencebik. Kurang asam.
"Disebabkan aku hormat kau as perempuan, aku tidur kat ruang tamu harini. Kau pilih jela bilik mana nak duduk. Tapi bilik pertama tu sepah sikit. Ada vape aku bersepah. Tidur bilik 2 atau 3 kalau nak selesa sikit."
Marina angguk sambil minum. Walaupun mulut Amsyar macam puaka, dia baik juga orangnya.
"Esok Laura dengan Izwan dah nak nikah,"
Kata kata Amsyar membuatkan Marina berhenti minum dan terus diam. Ya, dia pun ada dapat kad jemputan pernikahan mereka berdua.
Tak tahu nak rasa apa. Dia masih sayangkan Izwan. Tapi dia keliru. Rasa sayang ini betul betul ikhlas dari hati ataupun cuma sayang yang direka reka kerana benci pada Laura?
"Amsyar,"
"Apa, makcik."
"Esok kita pergi sama sama ya?"
Amsyar mengerutkan dahinya. Pergi mana pula ni?
"Pergi mana?" soal Amsyar.
"Majlis nikah Laura dan Izwan. Aku nak tengok Izwan akadkan Laura depan mata aku." Marina senyum tawar. Itu sekurang kurangnya perkara yang mampu dibuat bagi menebus salah yang banyak pada mereka berdua sebelum ini.
"Oh. Pergi akad nikah dia orang. Ingatkan kau ajak aku kahwin tadi," Amsyar menghambur tawa.
Marina terkedu. Wajahnya mula merona kemerahan.
Kenapa Amsyar nampak comel pula tiba tiba ni?!
Ghisau!
///
HARI ini merupakan hari paling ditakuti oleh aku. Tak sangka, tarikh ini tiba juga.
Aku kahwin!
Sekarang baru jam 7 pagi. Selesai solat subuh, aku lilit tuala di kepala sebelum duduk di jendela bilik. Pandangan aku halakan ke luar.
Aku dah nak jadi bini orang? Ya Allah, tak sangkanya. Cepat betul waktu berlalu. Bersediakah aku?
Setelah penat asyik memandang ke luar, aku menolak kerusi roda ke hadapan meja solek. Alhamdulillah, luka yang tinggal cumalah di dahi dan beberapa di pipi. Kalau luka badan paha serta dada yang masih tinggal.
Bibir juga selalu sahaja berdarah, kesan koyakan di tepi bibir akibat ditampar.
Telefon di atas meja aku capai. Dah agak. WhatsApp aku dibanjiri dengan mesej dari kenalan yang teruja dengan majlis nikah aku hari ini.
Yang paling beria sudah pastilah Piya dan Mel!
Dua dua sibuk menyakat aku dari semalam.
Aku seterusnya buka Instagram dan paparan pertama yang aku nampak adalah...
izwanhakiem_
❤ liked by adammmmxx and 30,080 others
izwanhakiem_ last post before becoming somebody's husband :)
// comment is off by the creator
Aku blushing sendiri melihat caption lelaki itu. Dia ni saje je kan!
Takpe nak buat aku blushing kan? Biar aku balas.
Setelah beberapa minit, aku tersenyum puas setelah melihat hasil post aku di Instagram. Haraplah lelaki itu nampak postingannya ini.
lauraameenaaa_
lauraameenaaa_ last post before becoming somebody's wife :)
// you turned off the comment
Agaknya Izwan dah bangun ke?
Erk, mestilah dah. Takkan dia tak subuh kot.
Nak mesej takut pula! Tapi aku tiba tiba rindu dia. Sabar, Meena. Dalam beberapa jam lagi, dia akan sah jadi suami kau. Rindu tu tahan je.
Aku tunduk memandang inai yang menghiasi jari jemari. Cantik. Inai ni kawan ummi yang buat semalam. Dahla dia tak kenakan apa apa bayaran. Baik betul!
Aku tersentak apabila sepasang tangan muncul dari belakang lalu menekup mulut aku, kasar.
"Long time no see, Laura Ameena."
Suara yang aku benci itu muncul kembali. Tapi dari mana dia masuk?
Persoalan aku terjawab sendiri apabila aku terpandang jendela bilik yang dah terbuka luas dengan langsir yang berterbangan.
Aku meronta dalam pegangan lelaki itu. Air mata aku bertakung di pelupuk mata apabila lelaki itu makin mengemaskan pegangan.
Secara tiba tiba, tubuh aku diangkat dan dilempar ke katil.
Apabila lelaki itu makin menghampiri, pandangan aku mula mengabur. Akhirnya, seratus peratus pandanganku kelam.
"I missed you," Firash senyum sambil terus menerus menghampiri Laura.
"I miss you so much,"
To Be Continued ♡
ha sabar sabar jangan marah ii dulu HAHAHAHAHA.
btw mama nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin untuk semua anak anak mama :) jaga diri semua ya ! nak duit raya beratur ! hehehe.
baju raya korang warna apa ? mama grey !
next chapter kita nantikan sama ada laura dan izwan masih tetap akan berkahwin atau pun tak. sebab mama pun tak yakin diorang akan kahwin :)
apa ii jela. yang penting dapatkan ticket korang untuk ke chapter seterusnya ! siapa takde kad ni nanti memang takbole baca chapter seterusnya.
nahhhh <33
okay la byebye semua.
fi hifzillah.
love you guys :)
wanyhoney .
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top