00 : 37

I've been missing you

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

BAM--!

Terangkat bahu Rizuan Amsyar apabila meja di hadapannya di hentak kuat oleh seseorang.

"Kau termenung apa dari tadi? Suruh aku datang dekat sini lepas tu bila aku dah datang boleh pula kau mengelamun," Marina membentak, bosan.

Amsyar membetulkan duduknya. Setelah itu dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluar jeans pada tubuh.

Gambar itu ditolak ke hadapan Marina yang masih sedang kebosanan.

Marina angkat kening sambil menunjukkan riak wajah sama. Apa yang istimewa soal sekeping gambar ni sampai Amsyar sanggup telefon dia untuk suruh ke mamak dengan tergesa gesa?

"Budak mana pulak ni?"

"Aku dan MinMi-- oh sorry. Maksud aku Laura Ameena. Gambar aku dan dia masa kecil."

Marina memerhati semula gambar tadi dengan ralit. Memerhatikan betapa rapat dan mesranya Laura dan Amsyar suatu ketika dahulu.

"Habis kau nak aku buat apa dengan gambar ni? Oh come on, aku kena pergi class yoga kejap lagi." Marina dah hilang sabar.

Manakan tidaknya. Ingatkan lelaki itu dapat idea untuk bunuh Laura supaya Marina dapat tawan hati Izwan. Rupa rupanya hanya untuk tunjuk gambar!

"Rileks. Kita ada banyak masa lagi,"

Marina memeluk tubuh dengan rasa panas. Dia takkan dapat bernafas dan duduk dengan relaks selagi dia tahu yang Laura masih hidup.

"Semalam aku mimpi yang diorang berdua... berkahwin."

"What? Are you mad or something? No way! Aku takkan benarkan pernikahan antara diorang berdua berjalan dengan lancar."

"Desperate sangat ke kau ni?" Amsyar menyoal dengan rasa yang sedikit menyampah dengan Marina yang tak tahu erti sabar. Hanya tahu mendesak saja.

Marina mencapai tangan Amsyar namun pantas ditepis oleh lelaki itu.

"Who give you priority to touch me, huh?" kali ini terpancar riak tidak senang pada wajah Amsyar. Berdiri terus lelaki itu dibuatnya.

Marina tergamam. Tak pernah dia lihat Amsyar bertindak sebegini rupa.

"Aku akan dapatkan Laura Ameena dan aku takkan lepaskan dia. Tapi aku buat dengan usaha sendiri. Mulai sekarang kau dan aku tak ada lagi apa apa urusan. Aku akan culik dan bawa Laura jauh dari sini. Selepas tu aku akan pastikan Izwan jadi gila dan kau takkan dapat sentuh dia langsung,"

Amsyar dengan tegas ingin terus berlalu pergi tapi namanya di seru semula oleh Marina membuatkan lelaki itu berpaling semula.

"Okay okay. Kita buat sama sama. Aku janji lepas ni aku akan usaha dengan kau. Aku minta maaf ya?" tangan Marina meliar pada sweater lelaki di hadapannya itu. Tak menghiraukan semua mata yang memandang.

"Yang kau ni kenapa tak pakai tudung harini? Malas gosok?" hairan Amsyar melihat kepala Marina tidak dibalut dengan tudung seperti biasa.

Rambut diwarnakan, aurat tak ditutup dengan sempurna. Dah buka tudung untuk selama lamanya ke macam mana ni?

"Tak nak lah pakai tudung. Selalu aku pakai pendek orang kecam suruh labuhkan. Tapi aku rasa kalau labuh jadi macam makcik! Menyampah betul. Baik aku buka terus, rasa bebas."

"Lagipun dengan imej aku yang baru ni aku dapat rasa yang Izwan akan tunduk hanya pada aku," Marina senyum yakin.

"Apa apa jelah. Aku nak cau. Kau balik sendiri. Aku ada urusan kat tempat lain," Amsyar terus melangkah pergi setelah Marina mengangguk faham.

Apabila sampai di 7 Eleven untuk beli sepaket rokok, telefonnya berbunyi. Terpancar nama 'BabySayang' di skrin telefonnya membuatkan Amsyar tersenyum tanpa sengaja.

Dia membetulkan suara beberapa kali dengan berdehem sebelum punat hijau ditekan.

"Hello. Why?"

"..."

"Pasal Marina kau jangan risau. Aku dah buat dia percaya pada aku. Dia ingat aku betul betul nak sambar Laura."

"...."

"Okay. Apa apa nanti aku roger balik. Jaga Laura, jaga ummi. Aku nak masuk 7e kejap. Kejap lagi aku datang hospital."

"Okay, Am. Thanks." lega nampaknya suara Izwan di hujung talian.

"Dont mention it. Okay aku gerak dulu," talian diputuskan serta merta oleh Amsyar.

Terbit satu senyuman sinis.

Pura pura baik.

Benarkan Izwan miliki Laura Ameena.

Seterusnya?

Taburkan fitnah. Fitnah yang akan buatkan Izwan dan Laura berpisah secara sukarela.

Kalau masih bersama juga terpaksalah dia pilih plan B yang lebih kasar. Apa apa saja pun dia sanggup. Janji Izwan bencikan Laura.
















//

BAJU kemeja putih kesayangannya sudah dilipat kemas dan dimasukkan terus ke dalam bagasi di hadapan.

Setelah itu bagasi yang penuh dengan pakaian serta kelengkapan lain dizip lalu diangkat, diletakkan di hujung katil.

Pantas kaki melangkah kembali ke katil dengan telefon di tangan. Mesej dari Firash membuatkan dirinya nyata dalam kelegaan.

Firash Maxis

Aku ada dekat Nando's. Betul tekaan kau. Amsyar dan Marina masih berhubungan. Dah terbukti perangai syaitan dia so... kau jaga jaga.
11:34 a.m

You

K
11:52 a.m

Firash Maxis

Ceh. K je? Penat aku ikut si iblis tu dari tadi. Mula mula dia masuk kedai vape. Pastu kedai underwear. Ha lepas dari tu dia masuk jamban. Berak aku rasa. Sebab lama. Dalam 2 jam. Eee cair ke keras bhai.
11:53 a.m

You

Aku terlalu busy untuk reply chat kau seriously.
11:59 a.m

Firash Maxis

...
12:00 p.m

Eh lupa. Kau harini gerak Tokyo kan? Ha pandai pandai jaga mata. Kat sana ramai onichan.
12:01 p.m

Ingat. Kat sini ada yang menanti. Terbaring penuh harapan. Gerak lu nak layan Demon Slayer. Balik sini roger au.
12:03 p.m

You

K
12:10 p.m

Firash Maxis

Ba alif ba ya ~
12:10 p.m

Izwan memandang bagasi hitam metalik miliknya di hujung katil.

Nak pergi...

Atau tak?

Kalau aku pergi macam mana dengan... Laura Ameena? Ummi?

Izwan meraup wajah yang masih lembap dengan air wudhuk. Berperang dengan perasaannya sendiri. Kalau dia batalkan perjalanan ke Tokyo ini pasti papa akan sangat sangat kecewa. Begitu juga dengan Paklong yang sedang menunggu di sana.

Papa sudah ada di sana lebih kurang seminggu lepas untuk membuat persediaan untuk membuka cawangan syarikat yang baru.

Ketukan bertalu talu dari pintu bilik mengembalikan Izwan ke dunia nyata.

"Nayl ni. Wan buat apa?"

"Oh, Nayl. Masuklah." Izwan membetulkan t shirt putih di tubuh yang sedikit... err terselak!

Pintu ditolak dari luar dan terjengul wajah cantik milik Nayli. Pantas gadis itu menutup pintu dan menuju ke katil dalam keadaan ceria.

Namun sebaliknya yang dirasakan Izwan. Izwan berdiri dengan kelajuan maksima lalu kembali ke pintu dan membukanya.

"Kenapa, Wan?" soal Nayli yang dah duduk di birai katil sambil sengih.

Izwan berdiri kekok di hadapan gadis itu sambil menggosok bahagian belakang kepala.

"Berapa kali Wan pesan? Kalau masuk bilik lelaki jangan tutup pintu. Boleh undang fitnah." Izwan duduk di atas lantai. Baju kurung bunga kapas di tubuh Nayli menarik perhatian lelaki itu.

"Hehe sorry. Tadi Nayli excited sangat. Nayl nak tanya pendapat ni. Cantik tak? Ada macam Mira Piljah?" Nayli bangun lalu memusingkan badan beberapa kali. Saja nak tunjuk baju tu!

Izwan mengangguk sambil senyum tawar.

"Kalau pakai tudung lagi cantik," pendek Izwan memberikan komen.

Nayli senyum. Tu lah ayat yang dari dulu keluar dari mulut sepupunya itu. Dia tahu, Izwan cuma mahukan yang terbaik untuk dirinya.

Mereka berdua diam seketika sebelum mata Nayli menangkap kelibat bagasi di sebelahnya.

"Wan yakin ke nak pergi Tokyo? Betul dah fikir masak masak?"

Soalan dari Nayli membuatkan Izwan sekali lagi ragu ragu dengan keputusannya ini.

"Tak lama. Sebulan je," Izwan cuba beri semangat pada diri sendiri.

Nayli senyum.

"Kalau la Kak Laura ada sekarang ni mesti dia larang sekeras kerasnya Wan pergi Tokyo. Kan?"

"Wan tahu tak apa yang paling teruk dalam sesuatu hubungan tu? Bila 2 orang saling mencintai, tetapi tak dapat memiliki. Thats hit me hard. And I'm pretty sure its hit you too," Nayli menarik nafas panjang.

Dia dah melepaskan 2 orang lelaki sepanjang 16 tahun hayatnya ini.

"Nadim?"

Terkedu Nayli apabila nama itu terpacul dari mulut Izwan. Nama lelaki yang dulunya tempat Nayli meluahkan rasa cinta dan sayang. Mereka berdua ibarat isi dan kuku. Di mana ada Nadim, di situ ada Nayli.

Bermula dari insiden klise antara mereka berdua apabila Nayli secara tidak sengaja menyarung kasut Nadim dan membawanya pulang. Apabila sampai baru dia sedar yang kasut tu lagi besar dari kaki dia. Kelam kabut punya pasal.

Sejak mengenali empunya kasut, maka bercambahlah hubungan kawan yang bertukar cinta dalam sekelip mata.

Mereka...

Terpisah. Ketika 2 tahun menjalin rasa, Nadim ke Sarawak. Bapanya ditukarkan tempat kerja ke negeri itu. Berjanji untuk terus berhubung walaupun jauh. Tapi sampai sekarang Nadim masih tidak menunaikan janji.

Itu yang menyesakkan dada Nayli. Kalau lelaki itu sihat tak apa. Sekurang kurangnya lega rasa hati.

Izwan juga mengenali Nadim kerana pernah ternampak Nayli dan Nadim di hadapan Family Mart sambil berbual mesra. Pada pengamatannya, budak Nadim tu baik. Walaupun umurnya 16 tahun dan Nayli pula 17 tahun, Nadim kelihatan lebih matang.

Setelah kepergian Nadim, Nayli jadi tak tentu arah. Apa yang dilakukannya serba tak kena. Waktu berlalu dan tanpa sedar dia mula buka hati pada... Izwan. Sepupunya sendiri yang dirasakan mengisi kekosongan di hati.

Aip tapi sekarang dia dah boleh move on. Kalau dulu dia pandang Izwan dengan pandangan cinta, tapi kini dia cuma nampak Izwan sebagai abang.

"Apa pilihan yang Wan ada? Papa nak Wan ke sana. So by hook or by crook I have to be there." Izwan bangun ke suatu sudut dan mengambil satu Kamera dan album seterusnya memasukkannya ke dalam bagasi.

"Wow tu camera..."

"Jangan sentuh,"

Tergamam Nayli apabila belum sempat dia mencapai kamera Canon EOS R6 yang ada dalam genggaman Izwan.

Nayli menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Sorry, Wan. Oh tak apalah kalau macam tu Nayl keluar dulu. Nak pergi tolong Mama masak. Nanti dah siap kemas barang turunlah. Makan," dengan berakhirnya kata kata itu, Nayli terus bergegas turun ke tingkat bawah.

Izwan melepaskan keluhan berat. Kamera itu ditatap sebelum ia dihidupkan.

Kandungan yang terdapat di dalam memori kamera itu membuatkan dia sendiri tak mengaku yang gambar gambar itu pernah diambil olehnya di laman...

Darkweb.

Bagi Izwan darah sangat sangat menarik perhatiannya. Bagaikan satu dadah yang buatkan dirinya...

Ketagih.













//

"NAYL, Wan mana? Tak ajak dia turun makan?"

Nayli mengetap bibir beberapa kali. Aduh, rasa seram lah pulak dengan Izwan! Nampak seperti lelaki itu benar benar marah.

Dari kecil lagi Izwan memang tak suka barangnya disentuh. Lagi lagi barang peribadi seperti telefon, kamera atau komputer dan komputer riba.

Malah bilik lelaki itu juga dikunci ketika dia ingin keluar ke mana mana. Ada privasi dan ada rahsia yang disimpan oleh lelaki itu.

"Hey, Nayl."

"Opocot mak kau Izwan vampire!"

Ketawa sakan Datin Sahira mendengar latahan yang terkeluar dari mulut Nayli. Ada ke patut dia panggil Izwan vampire? Dengar dek Izwan nanti lain jadinya.

"Shh! Mama jangan gelak kuat sangat. Wan dengar nanti habis Nayl," memuncung bibir gadis itu apabila Datin Sahira masih sibuk ketawa.

"Wah, bukan main kecoh. Mmm wow kari ayam! Favourite Izwan kan ni?" Adrian yang muncul entah dari mana menarik kerusi untuk duduk di sebelah Nayli.

"Haah. Sengaja mama masak special harini untuk dia. Petang ni kan dia dah nak bertolak ke Tokyo," sayu hati Datin Sahira mengenangkan Izwan yang akan ke Tokyo serta suaminya Dato' Syukri yang sememangnya sudah ada di sana terlebih dahulu.

Nayli akan pulang ke rumah keluarga angkatnya di Sabak Bernam manakala Adrian yang tinggal bersama kawannya di Setia Alam akan bertolak ke destinasi masing masing setelah Izwan bertolak.

"Sunyi lah mama nanti." Tersenyum hambar Datin Sahira mengenangkan hanya akan ada dia di rumah. Mak Jah dan Pak Mat pun sudah mengambil cuti untuk ke kampung selama 5 hari.

"Kalau Wan tak pergi tak boleh ke?" muncul pula suara Izwan dari arah belakang Adrian.

Rupa rupanya dari tadi lagi Izwan dah berada di situ dan mendengar segala perbualan mereka.

Langkah diatur ke meja makan lalu Izwan duduk bersebelahan dengan Datin Sahira yang berwajah mendung.

Pantas Datin Sahira mencedokkan nasi ke pinggan Izwan. Beberapa ketul ayam juga diletak bersama kuah kari yang masih berwap panas.

"Mana boleh macam tu. Kan papa dah tunggu dekat sana? Tak baik tau hampakan papa, sayang." rambut Izwan diusap sayu oleh Datin Sahira.

Bukan sekejap tapi lama. Sebulan!

"Mama ikut?"

"Eh tak nak lah mama. Tokyo sekarang musim sejuk. Wan macam tak tahu pula mama tak boleh kalau cuaca terlampau sejuk. Kalau mama pengsan jenuh Wan nak kena usung! Buat malu je dengan pakwe kat sana." Datin Sahira mencetuskan tawa pada Adrian dan Nayli namun tidak pada Izwan.

Nayli juga perasan akan perubahan sikap yang ditonjolkan Izwan. Dingin dan semakin beku. Seolah tak ada perasaan. Dia tahu sebenarnya Izwan cuma risaukan Laura Ameena. Laura masih tak sedarkan diri sampai sekarang. Harapan juga semakin tipis untuk melihat Laura sedar dalam masa terdekat.

Tiba tiba Nayli mempunyai satu idea bernas. Mungkin dengan cara ini, dia dapat mengembalikan senyuman pada wajah lelaki itu! Belum cuba belum tahu kan?

"Ha, Wan! Baru Nayl teringat. Sebenarnya Ad ada cakap yang dia teringin sangat nak pergi Tokyo tapi tak ada duit. Apa kata kalau Ad je yang gantikan Wan? Lagipula, Ad minat bisnes. Wan kata Wan tak minat kan?"

Terbeliak biji mata Adrian dibuatnya. Aik, bila masa pula dia minat bisnes dan ingin ke Tokyo?

"Ad tak suka bis-- aduh!" belum sempat Adrian menghabiskan ayatnya, Nayli terlebih dahulu dah pijak kaki Adrian untuk menghalang lelaki itu menjadi blur dan terlampau jujur tak bertempat.

"Hehe," puas Nayli tersenyum apabila wajah Adrian merah padam menahan sakit.

"Eh Ad okay tak ni? Merah muka tu!" gelabah Datin Sahira dibuatnya. Nasib baik nasi dalam mulut Adrian tak tersembur. Kalau tersembur, wajah Datin Sahira lah yang akan kena sasaran!

"Dia okay, ma. Ni ha kari pedas sangat. Kan Ad kan?" baik kau play along je kalau kau nak hidup lama. Jegilan mata Nayli membuatkan Adrian faham terus dengan apa yang dimaksudkan.

"Haah, ma. Kari ni pedas. Rasa macam makan 10 biji cili api." Adrian mencapai air sejuk yang dihulurkan oleh Datin Sahira lalu meneguknya walaupun kari itu tak sedikit pun rasa pedas.

Terkejut Datin Sahira dibuatnya sedangkan dia tahu sebiji cili pun dia tak masukkan tadi. Mungkin rempah kari ni kot yang pedas, bisik hati Datin Sahira.

Bukan dia tak tahu Adrian ni cerewet sikit. Lagi lagi bab makanan. Pedas pun dia tak boleh go. Tak jantan!

"Iz," Adrian menghalakan pandangan pada Izwan yang masih sedang menguis nguis nasi di pinggannya tanpa menjamah langsung. Selalunya kalau dengar je kari ayam, dah meleleh air liur dia. Ini dah ada depan mata tak jamah pula?

"Go on," Izwan bersuara. Hubungan dia dan Adrian memang tak baik. Malahan dari kecil mereka bermusuhan. Walaupun Adrian 2 tahun lebih tua dari Izwan tapi perangainya lebih kebudak budakan.

Itu yang membuatkan Izwan tak suka sebenarnya.

"Aku teringin sangat nak belajar bisnes dekat sana dengan pak long dan pak su. Lagipun aku tengah cuti semester. Daripada aku buang masa melepak bak kata kau, baik aku belajar sesuatu yang berfaedah kan?"

"Betul apa yang Ad cakap tu, Wan. Dia ni kan suka lepak 24 jam. Sekali sekala apalah salahnya kalau dia buat benda berfaedah sikit. Naik bernanah mata Nayl tengok Ad melepak kat mamak. Lagipun dulu kan dia ambil bisnes. Jadi dia mesti dah tahu basic,"

Izwan terdiam, masih sedang memikirkan kata kata mereka berdua sebentar tadi. Macam dah planning je? Bukan ke dulu si Adrian ni sanggup ponteng class sampai kena buang dari kolej sebab kehadiran teruk dan tak dapat menduduki peperiksaan?

Macam ada udang disebalik mee kari...

"Tak payah. Papa amanahkan aku. Aku takut dia terkilan kalau yang sampai sana bukan aku tapi kau."

Adrian menarik nafas panjang. Ego. Izwan memang ego. Dia suka tipu perasaan dia sendiri dan sanggup tipu diri dia walaupun dia sebenarnya terluka.

Adrian tak pernah membenci Izwan bagaimana Izwan membencinya. Baginya, Izwan cuma terikat dengan masa lalu. Masa lalu yang mengubah sikap lelaki itu 360 darjah.

Daripada periang jadi pendiam. Dari banyak mulut kepada payah nak buka mulut. Alergi dengan perempuan. Kecuali mama dan Nayli lah.

"Alah Wan, Nayl sure Paksu dengan Paklong tak kisah. Lagipun ada expo je kat sana. Kalau Wan tak ada pun Paksu okay. Wan stay sini je, boleh?"

Ada sedikit rasa hairan yang muncul di lubuk hati Izwan dengan sikap Nayli dan Adrian. Sebelum ini beberapa kali dah dia ke luar negara seperti Paris dan New York untuk urusan bisnes Datuk Syukri. Diaorang pun okay je. Kalini kenapa betul betul mendesak untuk dia terus berada di Malaysia?

Tapi dia kekal diam. Ikutkan hati mahu sahaja dia setuju dengan rancangan Adrian. Tapi dia tetap rasa ego. Kalau dia terima rancangan itu, maka hubungannya dan Adrian dah pulih begitu sahaja.

Gegaran poket seluar tracksuit Izwan menandakan ada panggilan masuk. Pantas, dia mengangkat panggilan tersebut apabila skrin telefon memaparkan nama ' Ummi Ameena '.

"Ma, Wan angkat ni sekejap." sopan sahaja Izwan meminta izin pada mamanya untuk mengangkat panggilan.

Datin Sahira senyum lalu mengangguk, mengizinkan.

Izwan bangun dari duduknya dan terus ke sudut agak jauh dari Datin Sahira, Adrian dan Nayli.

"Waalaikumussalam. Ya, ummi?"

"Izwan dah bertolak?"

"Belum, ummi. Ada lebih kurang 3 jam lagi. Kenapa? Ummi okay? Meena?"

Terdengar tawa halus Puan Anissa di hujung talian membuatkan Izwan ikut sama tersenyum tanpa sedar.

Nyata, ummi mampu mengembalikan moodnya yang hancur lebur ketika ini.

"Ummi okay. Meena pun sama. Petang ni ummi balik kampung. Ada urusan. Jadi ummi terpaksa tinggalkan Meena bawah jagaan nurse."

" Kalau Wan ada masa, jenguklah Meena buat kali terakhir sebelum Wan ke Jepun. Kalau Wan tergesa gesa, tak perlu datang. Doakan anak ummi ya?"

Izwan menghela nafas panjang. Bagaimana dia nak ke Jepun kalau separuh jasadnya berada di sini? Bersama Laura Ameena yang terbaring kaku.

Kalaulah...

Kalaulah keajaiban itu ada. Alangkah indahnya dunia jika tiba tiba papa menelefon dan beritahu yang dia tak perlu ke negara matahari terbit itu.

"Insya-Allah, sebelum bertolak, Wan ke sana. Ummi... jaga diri."

Puan Anissa di hujung talian menguntum senyum. Dia tahu yang Izwan sebenarnya memaksudkan, 'ummi jaga Meena ya!' Licik betul dia eh?

"Izwan pun sama. Jaga diri baik baik. Sebulan di negeri orang, ummi harap Izwan pergi dan balik dengan selamat."

"Ummi dan Ameena akan tunggu,"

Izwan kekal diam. Dia mengeluh. Berat sekali hati ini untuk pergi.

"Ummi tengah drive ni. Ummi letak dulu. Kalau ada hal penting, call ummi. Have a nice month ya!"

Talian terputus. Izwan akui dia mendengar bagaimana Puan Anissa bernada ceria namun terselit nada mendung dalam suara itu.

"Siapa?"

Kali ini Izwan tidak menghiraukan soalan yang diutarakan oleh mamanya. Teh panas dicicip berhati hati sebelum dia bangun. Dua butang atas pada kemeja dilepaskan.

Simpulan tali leher dirungkai sambil tangan sebelah lagi ligat meletakkan blazer hitam kepunyaanya di kerusi.

Nayli meneguk liur. Pantas, dia mengalihkan pandangan. Jujur, naluri keperempuanannya sedikit tergugat melihat Izwan yang tadinya kemas seperti bakal CEO muda kini sekelip mata telah mengubah gaya pemakaiannya kepada anak mafia terkemuka di dunia.

Ah, jangan macam macam Nayli! Dia bukan kepunyaan kau. Terima kenyataan tu.

"Ma, Wan balik lewat sikit malam ni. Atau... maybe tak balik langsung. Mama tak payah tunggu Wan. Make sure mama kunci pintu semua. Apa apa, just give me a call okay?" Izwan menghadiahkan satu kucupan pada dahi mamanya lalu menyalami wanita itu.

Dari jauh nampak gaya macam seorang isteri dan suami sahaja! Mesra.

"Jangan lupa, solat..." Datin Sahira senyum tipis. Ibu mana yang tak risau kalau anak tak balik. Tapi jauh dari sudut hatinya, dia tahu Izwan takkan lakukan perkara tak baik.

"Nayl, Wan gerak dulu. Sekolah elok elok. Ad..."

Kata kata Izwan putus di situ sahaja bila dia teringat semula yang dulu Adrian pernah menghumban sut polis milik datuknya ke dalam parit meskipun Adrian tahu yang Izwan sangat sangat sayangkan pemberian datuknya itu. Pemberian terakhir yang sangat berharga bagi dirinya.

Namun, Izwan mengalah. Sampai bila nak bermusuhan? Benda dah jadi. Lagipun itu dulu. Zaman jahiliah Yusuf Adrian.

Eleh, Izwan pun apa kurangnya. Letak cacing dalam air sirap Adrian masa mereka berdua bergaduh. Sampai esoknya Adrian cirit birit dan muntah muntah teruk. Masa tu Izwan darjah 3 lagi.

Tengoklah, darjah 3 pun dah pandai buat benda merepek repek. Macam mana lah anak dia nanti. Adakah akan ikut perangai ayahnya yang satu ini? Ceh!

"Ad, kalau ada apa apa call ah aku. Nak duit, aku transfer. Cuma kau pastikan kalau aku call kau angkat. Kalau tak aku pecahkan phone kau. Faham?"

Adrian entah kenapa tiba tiba boleh tersenyum. Walaupun nada Izwan kedengaran kasar dan tegas, tapi Adrian tahu hubungannya dan Izwan sudah mulai membaik dari sebelumnya.

"I love you, Wan..." Nayli tiba tiba bersuara. Suara itu seakan serak, menahan tangis. Betapa perlahannya suara Nayli sehingga Izwan, Adrian dan Datin Sahira tidak sempat menangkap butir biacaranya.

I love you but I can't have you...




















///

SEBAIK tiba di perkarangan hospital, Izwan mendapat panggilan kecemasan dari Puan Anissa. Sambil memakirkan kereta seperti orang gila, dia mengucap panjang beberapa kali.

"Meena! Doktor sahkan degupan jantung dia dah berhenti... Allahuakbar... Izwan tolong ummi. Tengokkan Meena, ummi on the way!"

Sebaik keluar dari kereta mewahnya, tak sempat pun dia lock kereta. Langkahnya dipanjangkan masuk ke bangunan hospital.

Dalam perjalanan tersebut, dia berlanggar dengan beberapa orang ramai. Tanpa meminta maaf, dia terus bergegas ke wad yang menempatkan gadis itu.

"Nurse! Macam mana dengan dia?" termengah mengah Izwan apabila telah sampai di hadapan wad. Kelihatan seorang jururawat baru sahaja keluar daripada wad Laura Ameena.

Manakan tidak. Ramai orang beratur untuk menaiki lif. Tanpa berfikir panjang, dia terus ke tangga kecemasan dan mendaki ke tingkat 12. Sampai tingkat 12, baru dia ingat wad Laura di tingkat 15.

Mungkin banyak yang ada di fikiran lelaki itu hingga jadi lost seketika.

Jururawat tersebut tersenyum pahit, " 1:17 minit petang. Maafkan saya, encik. Tuhan lebih sayangkan dia."

Setelah meminta diri, jururawat itu beredar. Meninggalkan Izwan yang terdiam, seperti jantungnya terhenti buat beberapa saat.

Tak. Semua ini pasti mimpi. Izwan menampar pipinya beberapa kali. Dia tersandar pada dinding. Masih terjaga! Pastinya bukan mimpi.

Telefon di dalam poket seluar bergetar. Apabila telefon dikeluarkan, tertera nama  'Ummi Ameena'.

Izwan tak sanggup untuk menerima panggilan itu. Lalu dibiar tak berjawab.

Degupan jantungnya makin tak terarah apabila...

Pintu wad terbuka. Kelihatan beberapa orang jururawat sedang menolak katil keluar dari ruangan tersebut.

Di atas katil tersebut, ada sekujur tubuh yang dah ditutup dengan kain putih. Ada seorang jururawat yang menolak katil sambil mencurahkan air mata.

"Kesian arwah. Apalah yang keluarga arwah akan rasa bila tahu arwah dah meninggal ya? Dia dah lama koma..."

"Saya dah telefon ibu arwah. Dia kata beberapa minit lagi dia sampai. Dah ajal dia. Kita ni pun tak tahu pengakhirannya macam mana. Haraplah dalam khusnul khatimah."

Izwan makin tidak keruan. Terasa kelu lidah untuk bertanya. Akhirnya dia memilih untuk diam.

"Nurse." seorang wanita berambut kembang dan berpakaian 'fancy' tiba tiba berlari ke arah mereka.

Kelihatan wanita tersebut meluru memeluk sekujur tubuh yang terbaring tidak lagi bernyawa. Dia meraung sekuat hati, hingga terduduk di lantai sambil memukul wajah beberapa kali. Semuanya terasa seakan mimpi.

"Anak mummy! Bangun! Jangan tinggal mummy, Atul..."

Izwan statik di tempat sama, memilih untuk memerhati.

Saat itu juga, sang ibu menyelak kain putih pada bahagian wajah gadis malang tersebut.

Izwan memejam mata serapatnya. Di situ juga, dia rebah ke lantai. Sujud syukur sambil menahan gelodak rasa. Walaupun terbit rasa simpati melihat si ibu meratapi pemergian anaknya itu, ada rasa syukur kerana wajah sejuk dan kebiruan itu bukan milik Laura Ameena seperti yang dijangkakannya.

"Eh? Izwan?"

Izwan bangun, dia menoleh ke arah suara yang memanggil namanya. Serentak dengan itu, wajah seorang jururawat menjamah pandangan.

"Betul lah kan, awak Izwan? Yang selalu datang melawat Cik Laura. Pernah akak nampak kamu selalu keluar masuk wad Cik Laura."

Izwan angguk, "Ya saya."

Jururawat tersebut senyum sebaris.

"Mari ikut akak. Laura dah pindah wad tengah malam semalam. Dia dah dapat masuk wad biasa, tak perlukan pemerhatian rapi. Kebetulan Izwan sampai, Laura kata dia nak makan bubur Mcd. Nanti Izwan keluar lah tolong beli untuk dia. Al maklumlah, baru sedar koma. Dia sekarang dekat wad 5A."

Izwan angguk sahaja.

Sehinggalah tiba tiba kakinya berhenti mengalah. Matanya terkedip kedip, blur.

"Eh Izwan, kenapa stop? Marilah sini..."

"Meen... i mean... Laura. Laura dah sedar?"

"Lah kamu tak tahu ke? Kecoh satu hospital semalam. Dia kan antara pesakit yang lama koma. Tak silap akak lah kan, dah hampir 5 bulan. Semalam dia sedar, sayu akak. Dia panggil uminya. Nasib ada kawan Laura lagi sorang teman. Siapa nama dia... err. Hamsyi? Hasbun?"

"Am... Amsyar?"

"Ha! Pandai Izwan teka. Hehe jauh betul tekaan akak. Dia teman Laura sampai Laura terbangun. Orang kat hospital ni panggil dia Magic Boy. Sebab dia duduk je sebelah Laura semalam, Laura terus sedar. Akak pun terkejut lepas tu... eh Izwan nak pergi mana? Akak tak habis gosip lagi!"

Izwan tidak menghiraukan panggilan nurse tadi lalu dengan kelajuan maksima, dia berlari menuju ke wad 5A walaupun tak tahu mana satu arahnya.

Apa yang dia tahu, dia buat sujud syukur setelah penat berlari. Alhamdulillah, Alhamdulillah ya Allah. Dengan berpandukan signboard, dia menerpa terus ke dalam wad 5A yang dimaksudkan oleh nurse tadi. Ada beberapa katil yang menempatkan pesakit. Ada yang sedang ditemani keluarga dan ada yang sedang berehat serta makan.

Sampai sahaja di penghujung deretan katil, Izwan menghentikan langkah. Dari balik langsir yang menutupi sekujur tubuh yang terbaring lemah di atas katil bernombor 6 itu mampu membuatkan Izwan terdiam seribu bahasa.

Rasa seperti penantiannya kali ini tersangat lama. Dan apa yang dirasakan adalah betapa berbaloinya penantian panjang itu apabila dapat melihat si dia kembali.

Izwan menarik kerusi di sisi katil dengan sangat perlahan. berhati hati dia, takut terjaga pula insan yang sedang tidur nyenyak itu. Dia akhirnya mengukir senyum.

"Alhamdulillah, Meena. Aku tahu kau akan bangun dan teruskan hidup kau macam biasa. Ramai orang sayangkan kau dan tak nak kehilangan kau. Aku tahu aku silap sebab simpan perasaan dekat kau sedangkan kita ni bukan mahram."

"Jadi izinkan aku. Izinkan aku untuk halalkan rasa rindu ni,"

"Daging..."

Walaupun perkataan tadi tak masuk akal, satu senyuman lebar terbit di bibir Izwan. Suara tu. Suara yang dah dirindui berbulan bulan lamanya.

"Daging apa, Meena?"

"Da... daging kari..."

Tanpa dapat menahan tawa, Izwan ketawa kecil sambil menatap wajah yang matanya tertutup tapi kening berkerut sambil menggumam menyebut daging kari beberapa kali.

Dengan pantas, Izwan mengambil telefon di dalam poket lalu beberapa saat kemudian terdengar suara Datin Sahira di hujung talian.

"Wan... Laura macam mana? Semuanya okay? Mama tak dapat buat kerja apa pun. Di fikiran mama ni asyik terfikir soal Laura. Mama risau sangat..."

"Mama, boleh masakkan kari daging? Kari daging mama kan sedap,"

Datin Sahira ketawa kecil. Rasa berbunga bunga hati selepas masakannya dipuji sebegitu.

"Wan, ya. Mama masakkan sekarang juga. Laura macam mana?"

"6 bulan, ma. 6 bulan dia hilang, now she is back."




×××

"EH Izwan post gambar baru lah dekat Instagram!" sambil mengunyah keropok moni, Marina membelek akaun Instagram dengan sengihan lebar.

Namun senyumannya itu hilang tatkala melihat posting tersebut.

izwankimx . FOLLOWING

❤ liked by firashhh_ and 101765 others

izwankimx finally :)

firashhh_ WOI ALHAMDULILLAH HAPPY FOR BOTH OF YOU   [ 12456 likes 457 replies ]

adamlevi sila halalkan secepat mungkin, nak bungkus lauk kenduri bawa balik hehe  [ 38678 likes 411 replies ]

nayliafrina alhamdulillah, kak Laura. Jaga kak Laura baik baik ya abang :)  [ 12999 likes 432 replies ]

VIEW ALL 4094 COMMENTS

Dengan kelajuan maksima, Marina melempar telefonnya ke dinding bilik hingga telefon itu pecah berderai dengan jeritan nyaring. Dadanya turun naik menahan amarah. Ikutkan hati mahu sahaja dia ke hospital dan mencekik Laura sehingga mati. Tak cukuo dengan itu dia mahu menoreh wajah Laura hingga Izwan sendiri merasa jijik untuk menatap wajah perempuan itu. Kalau perlu dia mahu menyimbah asid dan membakar Laura hidup hidup.

Dendamnya pada Laura makin membara bara, seperti api yang disimbah minyak. 

"Kau tunggu, Laura. Sampai mati pun aku akan bencikan kau." Marina berdiri, dia jalan mundar mandir di dalam bilik sambil memerah idea tentang apa yang perlu dilakukan untuk menghancurkan hidup Laura Ameena.

Akhirnya kerutan di dahi hilang setelah mendapat satu idea.

Aku dah cuba macam macam cara tapi tak jalan. Jadi kali ini, aku akan gunakan cara yang sangat sangat halus. Wait and see, Laura. Kita tunggu dan lihat siapa yang akan merayu pada siapa.

Telefon yang sudah pecah sehingga tak nampak rupa telefon itu Marina sepak lalu dipijaknya seperti telefon itu hanya bernilai seringgit. Setelah itu dia menuju ke sebuah laci. Dalam laci tersebut terletak beberapa jenis telefon baru yang masih ada di kotak.

Samsung? Dah bosan. iPhone? Terlalu common. Akhirnya Marina capai telefon Oppo lalu mengaktifkan telefon tersebut. Dengan beberapa langkah sahaja, dia berjaya menghidupkannya. 

Sambil mengakses laman sesawang internet, dia masih mundar mandir dalam bilik. Hatinya tak tenang membayangkan Laura akan hidup bahagia dengan Izwan selepas ini. Ah aku takkan benarkan!

Senyuman tipis muncul di bibir Marina apabila nombor telefon seseorang telah dijumpainya. 

0123456789 - Ayah Merah Jambu

Tak kisah dilabel sesat, Marina mula mendail nombor telefon Ayah Merah Jambu. 

Nak kirim santau pada Laura Ameena. Dia tersenyum lagi apabila suara garau di hujung talian menjawab panggilan setelah beberapa saat.

Kali ni aku takkan berlembut lagi Laura.

///

AKU mengetap bibir apabila kepala terasa berat dan sakit yang amat sangat. Tangan aku pula sangat lemah. Anggota badan tak dapat bergerak, manakala sendi menjadi sengal serta sakit yang buat aku gigit bibir menahan perih.

Ah, siapa yang buka lampu bilik aku jadi terang benderang ni? Makin sakit kepala dibuatnya apabila benda pertama yang aku lihat adalah lampu di atas yang terang mengalahkan lampu di kedai lampu. Eh.

Apabila aku ingin beranjak sedikit ke kanan, aku dikejutkan dengan satu susuk badan yang sedang duduk di kerusi sambil meletakkan kepala di atas katil aku. Matanya terpejam rapat, tidurnya lena seakan sangat penat. Di tangan kanan ada satu buku yasin yang masih terbuka. Di tangan itu juga ada seutas tasbih putih berkilauan. 

Lama aku perhatikan si dia. Dari kening jatuh ke mata yang masih tertutup, bulu mata yang cantik, hidung yang sempurna serta bibir merah delima.

Aku tersentak apabila pipi aku tiba tiba basah tempias air mata yang entah bila mengalir tanpa sedar dan tanpa sebab. Hidung pula mula berair dan hati aku sedih yang melampau. 

Kenapa aku ada dekat sini? Ya, aku tahu ni hospital. Melihat pada katil dan tangan aku yang dicucuk air drip serta baju hospital di tubuh, memang minta penampar la kalau masih bertanya aku di mana. 

Aku menoleh pada meja laci bersebelahan katil. Ada sejambak bunga baby breath putih yang cukup mempesona. Tak nampak layu langsung. Agak ralit aku melihat bunga tersebut. Siapa bagi ni? Macam mana orang boleh tahu aku suka baby breath?

Di jambangan bunga tersebut, tergantung satu kad ucapan comel. Ianya tertulis...

'Day 141. Bangunlah, si cantik. Aku merindukanmu.'

Walaupun serba ringkas, aku tersenyum. Si cantik? Kembang jap. 

Perlahan lahan aku mengangkat jari, ingin menarik buku yasin dan tasbih di tangan lelaki itu. Pelik juga kerana aku macam baru dilahirkan, badan aku lemah tak bermaya. Gerakan aku juga tidak bertenaga lagi. Pelik.

Rasa macam baru semalam aku pengsan sebab...

Allahuakbar, sebab apa? Kenapa aku tak boleh ingat apa apa? Aku menggeleng, jangan paksa diri kau untuk ingat apa apa buat masa sekarang. Aku sambung capai yasin tapi yasin itu ditarik kembali oleh si lelaki membuatkan aku terdiam seribu bahasa.

Dia dah bangun? Err aku dah tarik seperlahan mungkin, bukan salah aku lah dia terbangun dari tidur kan?

Lelaki itu mengangkat wajah, menyamaratakan kedudukan matanya dan sepasang mata hazel milik aku. Rasa seperti dipanah dengan sesuatu, aku terpaku dan sekali lagi... ya, sekali lagi. Air mata aku tumpah ke pipi.

Seakan aku dah lama nantikan dia untuk ambil aku. Seakan seperti kisah Sleeping Beauty, hidup penuh penantian.

Aku tak sedar sejak bila dia mula mengelap sesuatu di bibir aku dengan tisu.

"Shh, dont move. Your lips bleeding." setelah dia cakap macam tu baru aku rasakan pedih di bibir dan aku kembali tenung wajahnya yang begitu sempurna di mata aku.

"Izwan Hakiem,"

Izwan berhenti mengelap sisa luka aku. Dia kini menumpukan sepenuh perhatian pada aku. Menunggu aku untuk menyambung bicara.

Demi Allah, banyak yang bermain di fikiran aku tika ini. Terlalu banyak pertanyaan yang aku ingin ajukan tetapi aku tak tahu apa yang ingin aku katakan.

"It's been a while, Laura Ameena."

TO BE CONTINUE <3






aaaaa I miss you guys so damn much :((


stay safe I love you.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top