00 : 36
hold on, i still want you.
come back, i still need you.
this song above is literally a message for Laura...
from : Izwan Hakiem.
to : the only one, Laura Ameena.
Loving and fighting, accusing, denying
I can't imagine a world with you gone
The joy and the chaos, the demons we're made of
I'd be so lost if you left me alone
You locked yourself in the bathroom
Lying on the floor when I break through
I pull you in to feel your heartbeat
Can you hear me screaming? Please don't leave me
Hold on, I still want you
Come back, I still need you
Let me take your hand, I'll make it right
I swear to love you all my life
Hold on, I still need you
I don't wanna let go
I know I'm not that strong
I just wanna hear you
Saying, "Baby, let's go home"
Let's go home
Yeah, I just wanna take you home
Hold on, I still want you
Come back, I still need you...
...
adakah masih ada bahagia buat Izwan Hakiem dan Laura Ameena ? atau perkenalan mereka berdua cuma untuk mengajar erti kehidupan sahaja dan bukannya untuk bersama ?
persoalannya...
bagaimana mampu Izwan Hakiem melupakan Laura Ameena yang dah jadi sebahagian dari jiwanya? membuang dan melepaskan Laura bererti dia dah buang separuh jiwanya...
separuh jiwa yang dibawa pergi oleh Laura Ameena.
:)
chapter ni sendu gila. so, make sure jiwa anda kental untuk terus membaca :))
thankyou.
《 baby, i dont wanna let go.. 》
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
enjoy reading my blueberries♡
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
LAURA AMEENA !
Izwan bangun.
Dilihat kawasan sekelilingnya beberapa kali.
Degupan jantung yang kian memuncak buat Izwan tak keruan mengatur degup jantung agar kembali normal seperti sediakala.
Jadi semuanya cuma mimpi?
Laura berada di tepi balkoni dan dia...
Terjun.
Semua tu cuma mimpi? Tapi kenapa semuanya rasa sangat nyata?
Tiba tiba, daun pintu dikuak dari luar. Wajah mama tersembul di muka pintu.
"Wan..." mama duduk di sebelah lalu tangannya lembut mengusap dahi Izwan yang basah dengan peluh.
"Kenapa ni, sayang? Kenapa berpeluh peluh ni hm?" mama terus membetulkan helaian rambut milik Izwan yang jatuh ke dahi.
Izwan menghela nafas panjang dengan tangan diraup beberapa kali ke wajah. Astaghfirullahalazim, mimpi yang tadi dirasai masih terbayang bayang di fikiran.
"Wan mimpi... Meena jatuh dari rooftop rumah kita, ma. Dalam mimpi tu, Laura kata dia nak bunuh diri. Lepas je dia cakap benda tu, dia terus lompat dan... Wan gagal selamatkan dia. Wan nampak banyak darah keluar dari kepala dan badan dia. Lepastu--"
Belum sempat Izwan menghabiskan cerita, wajah mama berubah keruh. Spontan, setitis air mata tumpah ke pipi. Izwan terkedu.
"Ma? Kenapa ni? Wan ada salah cakap ke?" dengan rasa bersalah, Izwan menghapus air mata di pipi mamanya.
"Tak, sayang. Wan tak ada buat apa apa salah pun pada mama." mama cuba senyum, hilangkan rasa resah di hati anak tiri yang dah dianggap seperti anak kandung sendiri itu.
"Habis, kenapa mama nangis? Ma, boleh Wan jumpa Meena sekejap? Ada hal penting yang Wan nak bincang dengan dia pasal mimpi Wan tadi."
Mama yang dah tak dapat mengawal emosi terus memeluk Izwan dengan hamburan air mata dan tangisan. Bergema suara tangisan itu memenuhi ruangan bilik mewah milik Izwan.
Izwan yang blur macam siput yang baru diceraikan talak tiga terus membalas pelukan mama dan mengusap belakang mama supaya wanita itu hilang rasa sedih. Tapi sebaliknya, tangisan itu makin kuat.
Sejujurnya, Izwan memang tak suka tengok perempuan menangis. Lagi lagi perempuan tu salah seorang manusia yang dia sayangi setulus hati.
Rasa seperti nak peluk mama sekuat hati.
"Ma? Apa jadi ni? Cuba cerita. Mana tahu Wan boleh tolong?" Izwan cuba memujuk.
Mama meleraikan pelukan itu. Dapat dilihat wajah merah mama yang lencun dengan air mata. Malah, baju sweater di tubuh Izwan terkena tempias air mata milik mamanya.
Pipi Izwan diusap penuh kasih.
"Wan pergi mandi dulu lepas tu terus siap siap. Mama tunggu dekat bawah," mama mengucup dahi Izwan dengan air mata yang masih bercucuran.
"Kenapa? Kita nak pergi mana?" soal Izwan bertalu talu.
Mama senyum.
"Kita jenguk Laura dekat hospital. Mama takut Wan tak sempat tengok dia buat kali terakhir, sayang."
-♡-
AMELIA senyum gembira melihat hasil air tangannya di depan mata.
Sebuah patung unicorn yang dibeli di Kaison dan juga sebuah beg berisi segala macam hadiah istimewa untuk...
Ara! Hehe.
Sengaja nak sambut sehari selepas hari lahir Laura. Sebab nak prank kononnya kitorang semua lupakan hari lahir dia-
Mesti korang ingat Mel dan kawan kawan Laura yang lain lupakan tarikh penting iaitu hari lahir Laura kan? Tapi tak pun! Sebulan sebelum hari lahir Laura, mereka dah bincangkan kejutan untuk Laura... satu satunya queen dalam kumpulan mereka.
Dia lah ratu pembuli di sekolah. Dia juga kaki prank. Selain itu, dia juga seorang genius! Malam sebelum peperiksaan, dia boleh lagi makan bomboloni sambil main Mobile legend! Bila keputusan keluar, dia lah yang paling gempak keputusannya!
Gifted la katakan...
Sedang sibuk Amelia mengambil beberapa keping gambar patung unicorn itu, telefonnya memaparkan satu panggilan telefon daripada seseorang.
Dia mencebik. Sibuk betullah minah ni!
Incoming Call
Piya anak pungut 💩
Jangan pelik tengok nama yang terpapar di situ! Sudah semestinya tu Piya. Gangster sekolah yang suka rampas makanan Mel!
Kalau mereka berdua bergaduh, habis bergema kantin dengan suara mereka. Tapi sekarang Piya dah jarang menjerit. Ceh, kontrol ayu depan abe kantin lah tu!
Dengan separuh malas, punat hijau ditekan.
"Kau nak apa, anak pungut? Nak penumbuk? Aku sibuk ni. Sekarang dah pukul 7 pagi. Kata nak bertolak pergi rumah Ara pukul 9? Ke nak tukar waktu? Hish aku malas lah nak mandi pagi pagi ni!" bebel Amelia sebelum sempat Afieya membuka kata.
Sunyi.
Talian masih tak diputuskan tapi Afieya kekal diam dan itu membuatkan Amelia serba salah.
"Weh asal diam ni? Woi dengar tak?" Amelia gugup.
Sama. Afieya masih senyap. Dan dengan tiba tiba, satu esakan tangis kedengaran, mengisi kesunyian di talian.
Amelia ternganga. Adumak! Dia terasa ke? Ah sudah!
Dalam kumpulan kitorang, Piya lah paling susah nak menangis. Kalau potong bawang pun, dia memang takkan mengalirkan air mata! Yang paling sendu, semestinya lah Amelia! Kedua, Laura!
Laura orang tengking pun boleh teresak esak menangis!
"Err... janganlah nangis, Piya! Aku kan dah biasa panggil kau anak pungut. Takkan lah harini baru kau nak terasa? Selama ni kau okay je kan? Aduh, maaf lah! Tak sangka pula kau emo semacam kalini. Kau tengah 'berdarah' eh? Hihi maaf maaf." Amelia terus membebel sambil ketawa terkekeh kekeh.
Afieya masih kekal membisu. Masih kedengaran sedu sedan suara tangisan Piya.
"Weh kau kenapa ni? Okay tak apa. Lepas ni aku tak panggil kau anak pungut dah. Aku panggil kau anak firaun pulak! Amacam?" Amelia ketawa sendiri.
"Mel." suara Afieya lembut menerobos talian.
"Ya, anak firaun?" Amelia mengusik lagi.
"Kau pergi siap sekarang, Mel. Pastikan kau pakai baju kurung. Kejap lagi aku dengan Syu ambil kau. Kita pergi hospital tengok Ara ya?" Afieya berbicara dengan tangisan yang masih ditahan.
Amelia terdiam seribu bahasa. Aik? Ara mana? Laura? Eh kenapa pula minah tu ada di hospital? Oh, entah entah Laura kerja sebagai pembuat kopi untuk doktor dan staff di situ.
Yelah, sekarang ni kan cuti dua minggu. Laura pun ada kata yang dia nak bekerja cari pengalaman.
"Mel, aku tak sanggup kehilangan Ara. Mel, aku sayangkan dia..." sekali lagi esak tangis Afieya buat Amelia makin gelabah.
"Eh kenapa ni sebenarnya? Kenapa dengan Ara weh?" Amelia panik. Nyaris sahaja dia kena serangan semput.
"Ara tengah bertarung nyawa. Dia cuba untuk bunuh diri, Mel. Allahuakbar..." Afieya terus terusan menangis. Ada nada kecewa pada suaranya.
Manakan tidak, selama ini apa apa masalah pun yang dihadapi oleh Laura, dia akan jatuh sekejap dan terus bangun dengan kekuatan semula. Namun sekarang, bagaimana sanggup Laura membunuh dirinya sendiri? Terasa seperti mimpi bila ummi Laura menelefonnya tadi.
Kerana itulah, apa apa keputusan pun yang kita hendak ambil, jangan terlalu fikir tentang orang yang membenci. Fikir juga perasaan orang yang kita sayangi kerana mereka belum siap sedia untuk kehilanganmu, wahai Laura Ameena.
-♡-
UMMI mengelap sisa tangis di pipi. Jari jemarinya masih ligat mendail nombor telefon suaminya...
Maaf.
Bekas suami.
Bagaimana suaminya itu sanggup meninggalkannya ketika Laura masih bertarung nyawa di dalam unit rawatan rapi ini? Tergamaknya...
"Abang, jawablah!" Puan Anissa duduk di kerusi dengan wajah kesal, kusut dengan semua yang terjadi.
Ya, suaminya itu dah melafaz talak padanya. Terasa seakan dunia berhenti berputar apabila lafaz itu diucapkan padanya.
'Anissa binti Rahman, aku ceraikan kau dengan talak satu! Puas sekarang? Ini yang awak nak sangat kan? Kemas barang awak ni dan berambus dari rumah ni! Bawa sekali anak kesayangan awak tu.'
Gugur air mata kecewa milik Puan Anissa.
Setelah diceraikan, dia terus dihalau keluar. Semua beg pakaian dicampak keluar. Sekelip mata saja, Puan Anissa telah memegang status...
Janda.
"Ummi."
Kelihatan beberapa meter dari Puan Anissa, Izwan dan Datin Sahira bergegas menuju ke arahnya dengan wajah mendung.
Disebabkan tak tertahan gelodak di hati, Puan Anissa terus menerpa ke arah Izwan dan tubuh lelaki itu dipeluk erat.
Izwan kaku. Datin Sahira di sebelah dah memandang ke tempat lain. Tak sanggup tengok lara tangisan Puan Anissa yang mampu buatkan dia turut sama berduka.
Kedengaran esak tangis Puan Anissa, menghambur tangis pada kemeja Izwan. Izwan hanya membiarkan. Sekali sekala, dia mengalihkan pandangan pada tempat lain.
Sangka Izwan, semuanya cuma mimpi. Tapi menurut mamanya tadi, Izwan ditemukan dalam keadaan pengsan di sebelah Laura yang berlumuran darah. Setelah itu, Izwan terus dipapah naik semula ke biliknya dalam keadaan tak sedarkan diri.
"Kak, doktor cakap apa? Macam mana dengan Laura?" soal Datin Sahira sesudah Puan Anissa melepaskan pelukan antara dia dan Izwan.
Puan Anissa menggeleng. Cecair jernih kian membasahi pipinya tanpa dapat ditahan lagi.
" Doktor tak cakap apa apa lagi. Doktor pun masih merawat Meena. Tapi tadi ada beberapa orang doktor keluar masuk ke dalam wad Meena. Akak risau sangat..." Puan Anissa tunduk.
Izwan membantu Puan Anissa untuk kembali duduk di kerusi menunggu. Kesian ummi, mesti penat sangat tunggu Meena dari tadi kan?
Meena, kau kena bangun. Kau kena tolong aku untuk usap air mata ummi. Kau sanggup ke tengok ummi sedih macam ni? Semua orang sayangkan kau, Izwan merintih di dalam hati.
"Wan, tengok tengokkan ummi dulu. Mama nak ke kedai beli air dan makanan. Mesti ummi tak makan lagi tu." Datin Sahira berbisik pada Izwan seraya menepuk bahu anaknya itu beberapa kali.
Izwan angguk. Anak matanya menghantar kepergian Datin Sahira meninggalkan Izwan dan Puan Anissa berdua.
Izwan masih kekal berdiri. Pandangannya dihalakan pada pintu wad kecemasan ICU dengan penuh pengharapan.
Kalau diizinkan, aku nak tanggung semua kesakitan, kesedihan dan keperitan kau, Ameena. Biar aku yang tanggung. Aku lebih rela menanggung sakit daripada kehilangan orang yang aku sayangi setulus hati.
Izwan berbisik pada bumi, Ya Allah... selamatkan lah dia.
Semua ni salah aku. Kalau aku tak kunci pintu bilik di rooftop, kau takkan dapat masuk ke dalam dan terjun dari situ. Kalau aku sempat tarik tangan kau, semuanya takkan jadi begini.
Izwan meraup wajahnya beberapa kali. Sibuk berperang dengan hati dan perasaan.
"Ini keluarga Laura Ameena Amiruddin?" seorang doktor lelaki berbangsa cina menegur Izwan dan Puan Anissa yang sedang sibuk termenung.
Puan Anissa serta merta bangun dan mengangguk penuh semangat.
"Puan ni ibu dia ya? Okay buat masa sekarang, saya dan doktor doktor pakar lain di hospital ini tak dapat menjanjikan apa apa. Nasib baik Laura jatuh dengan keadaan kakinya terhempas dulu. Kalau kepala, memang akan lebih teruk."
"Buat masa sekarang, anak puan masih tak sedarkan diri lagi dan dia amat lemah. Saya akan pindahkan dia ke wad biasa tapi kami masih akan memantau setiap perkembangan dia," jelas doktor muda itu panjang lebar.
Ummi tahan diri dari rebah. Memikirkan keadaan satu satunya puteri di hatinya kini sedang bertarung dengan kesakitan.
Tabahnya kamu wahai anakku. Jika ummi berada di tempat mu, ummi takkan mampu terus kuat sepertimu sayang...
"Jadi doktor, bila kemungkinan dia akan sedar?" Izwan mencelah, mendahului Puan Anissa yang memilih untuk kekal diam.
"Saya tak boleh jamin selama mana dia akan terbaring atas katil macam tu. Tapi saya minta ahli keluarga bersedia dengan segala kemungkinan." doktor itu senyum tawar.
"Kemungkinan apa, doktor?" sendu, suara Puan Anissa dah mula berubah kepada nada kecewa.
"Saya tak dapat pastikan sama ada Laura akan bertahan atau tidak. Kalau semangat dia untuk hidup adalah tinggi, dia akan sedar. Tapi kalau tak... saya pun tak boleh nak buat apa apa."
"Dan kalau Cik Laura sedar, dia tak boleh berjalan. Dia terpaksa gunakan kerusi roda untuk bergerak. Selain tu, dia perlu dapatkan rawatan pakar psikiatri atas cubaan membunuh diri lepas sedar nanti. Kita tak nak dia cuba untuk bunuh diri lagi sekali."
Air wajah Izwan berubah tegang. Kepalanya dipicit beberapa kali dengan tangan kanan.
"Kalau ada apa apa, boleh panggil nurse ya? Saya pergi dulu." sopan, doktor itu meminta diri.
Puan Anissa bermandi air mata. Sedari tadi, dia terus terusan menangis. Dia dah kehilangan encik suami yang disayangi sepenuh hati. Dia tak mahu kehilangan Laura Ameena, satu satunya sinar untuk dia terus bangkit melawan realiti kehidupan yang pahit.
"Ummi, Meena akan bangun untuk ummi. Meena takkan tinggalkan ummi, percayalah." Izwan terus memujuk apabila mereka berdua kembali duduk di kerusi.
Puan Anissa menyeka air matanya dari jatuh ke pipi.
Itulah dia Izwan Hakiem.
Seorang lelaki yang kuat, tabah. Dalam kesedihan dia memikirkan Laura yang mungkin akan tinggalkan dunia ini, dia tetap setia memujuk ummi.
Dia dah anggap ummi Laura seperti ibu kandungnya sendiri. Apa pun terjadi pada Laura, dia akan tetap di sini menjaga ummi.
Kerana ummi telah berjaya melahirkan seorang puteri yang dah menempa tempat dalam hati lelaki itu.
Meena, cepat sikit sedar. Aku tak sabar nak beritahu kau perasaan sebenar yang aku simpan untuk kau.
Kini aku sedar betapa pentingnya untuk kita melafaz sayang pada orang yang sangat kita kasihi. Kerana kita sendiri tak tahu bila orang itu akan tinggalkan kita sendiri.
Sementara itu, ummi keluarkan telefonnya dari dalam poket seluar lalu gambar dia dan suaminya ditatap sayu. Gambar zaman muda dulu dulu.
Abang, kalaulah abang ada di sini...
Kenapa abang tetap pilih untuk curang sedangkan masih ada pilihan untuk setia? Kenapa, abang?
[ aduuu aku yang tulis aku pulakk yang senduuu. ishh abah laura ni kalau wany jumpa wany sumbat botol budu dalam lubang hidung dia hmph! tahulaa abah hensem macam park bogum tapi kemonnn takyah lah curang dooo. tak macho la orang yang curang ni lol ]
kalau korang jadi ummi, apa korang buat ?
A ) moveon jelaa dah takde jodoh kan?
B ) cekik abah sampai abah kembali ke rahmatullah !
C ) curang jugakk biar adil hmph !
D ) jadi janda pastu kawin ngan Jimin. Eh...
-♡-
"SAMPAI bila kita kena tunggu dekat sini? Weh dah naik basah ketiak aku berpeluh peluh kau tahu tak!" bentak Diyana, geram.
Manakan tidak, sampai sahaja di wad Laura, mereka tidak dibenarkan masuk sama sekali. Kena tunggu sampai Laura membaik sikit.
"Ye do. Sengal kaki aku asyik berdiri je dari tadi," Raysha merungut keletihan.
"Sabarlah, korang. Kita yang baru sampai pun dah penat, sedih, kecewa. Tapi fikirlah sikit perasaan dan keadaan ummi Ara. Dia mesti lagi tertekan, penat dengan apa yang jadi. Kalau korang penat sangat, balik jela dulu. Aku nak tunggu. Aku takkan rasa tenang selagi tak tengok Ara." Amelia bersuara, sebak.
Dia yang biasanya ceria 24 jam tiba tiba berubah jadi sedih dan murung.
Di dalam hati, dia terus terusan memanjatkan doa pada ilahi supaya Laura diberi keselamatan dan terlindung dari sakit dan sedih.
Rasa seperti kawan tak berguna. Selalunya, Laura akan menceritakan masalahnya pada Amelia dan Syuhada. Tapi kali ini, Laura buat keputusan sendiri.
Betapa pedihnya hati seorang teman apabila lihat kawan baiknya sendiri dah cuba untuk bunuh diri kerana terlampau sedih.
Allahuakbar, Laura... kenapa kau tak ceritakan semuanya pada aku? Kenapa sanggup kau cuba untuk melakukan satu dosa besar?
"Aduh, bukannya aku nak cakap yang aku tak kisah pasal Ara. Aku cuma kutuk pihak hospital. Jangan lah salah sangka pula. Haish." Diyana menggaru kepalanya yang berbalut selendang satin warna ungu.
"Aku setuju dengan Mel. Korang kalau rasa penat sangat, baik balik rumah je sambung buat tahi mata. Kau fikir penat kau je ke? Habis Ara kat dalam tu? Tak penat berjuang? Tak penat ke ummi Laura yang asyik menangis risaukan Ara? Tak penat ke Izwan yang setia tunggu Ara dari tadi? Pernah tak korang fikir?" Afieya yang dari tadi senyap akhirnya berbunyi juga.
Mereka terus diam. Terkejut dengan kata kata Afieya yang ada benarnya.
"Dah lah korang. Bergaduh takkan selesaikan masalah. Sekarang ni kita doa banyak banyak supaya Ara selamat." Syuhada memegang bahu Diyana yang tampak bersalah.
Diyana terus memeluk Afieya. Tak henti henti dia mengungkap kata maaf.
"Semua dah sampai ke?"
Mereka semua berpaling ke arah suara milik seorang lelaki yang dikenali.
Wajah Izwan terus ditatap dengan rasa lega. Lega kerana Izwan dah cuba sedaya upaya untuk kekal berada di sini membantu ummi uruskan Laura.
"Izwan, macam mana dengan Ara? Dia okay ke? Boleh masuk tak? Aku risau sangat ni..." Amelia bersungguh sungguh meminta Izwan beritahu apa yang terjadi sebenarnya.
"Jangan risau. Dia dah stabil. Doktor yang sahkan tadi. Cuma yang jadi masalah sekarang, sama ada dia boleh sedar dalam masa terdekat ataupun tak. Korang pun tahu yang SPM dah dekat kan? Aku tak nak dia lebih tertekan bila sedar nanti." kata kata Izwan buat mereka berasa lega sedikit.
Pasal SPM, lagi sebulan je peperiksaan besar tu akan tiba.
Tak nak lah pula bila Laura sedar, dia penat nak struggle, takut kesihatan dia makin terjejas.
"Ya Allah, Ara..." Syuhada sebak.
"Kenapa dia buat macam ni, Izwan? Dia dah putus asa ke untuk hidup?" soal Afieya bertalu talu dengan perasaan hiba.
Izwan menghela nafas panjang.
"Tak semua orang dilahirkan dengan kekuatan yang sama. Mungkin dia rasa penat untuk berjuang. Apa yang penting, dia selamat dan perlukan doa kita semua,"
Amelia angguk, setuju dengan kata kata Izwan.
"Kami memang tak boleh masuk lagi ke? Aku rindu sangat dengan dia. Aku nak peluk dia..." Raysha menahan linangan air mata dari mengalir.
Izwan menggeleng.
"Tak boleh. Tengok dari jauh pun tak boleh. Mungkin doktor tak nak keadaan dia makin terganggu. Dia cuba untuk bunuh diri. Mana tahu antara kita ni sebenarnya punca utama dia nak bunuh diri ke kan? Lagi masalah kalau dia sedar nanti kita ada depan mata dia," jelas Izwan.
Mereka semua memilih untuk diam. Ada betulnya juga kata kata Izwan sebentar tadi. Mana lah tahu mereka punca Laura buat keputusan sedemikian kan?
"Mana ummi?" soal Amelia yang dah comot dengan air mata.
"Ummi pengsan, tak sedarkan diri. Aku rasa dia masih terkejut dengan apa yang jadi. Sekarang ni, dia ada dekat rumah aku dan mama aku tolong jaga dia."
Mereka semua terus berterima kasih pada Izwan. Ucapan terima kasih kerana sanggup ada di sini ketika Laura sedang bertarung nyawa dan juga kekal ada menjaga ummi.
Sempat lagi Diyana senyum sambil melirik ke arah wajah tampan Izwan. Izwan segak dengan kemeja yang dilipat hingga ke siku. Wajahnya yang putih bersih kelihatan tegang seakan sedang memikirkan masalah yang melanda. Namun begitu, Izwan tetap nampak... kacak.
"Kalau macam tu, tak apalah. Kami balik dulu. Tapi, boleh tak kalau Ara sedar nanti, kau sampaikan ni pada dia?" Raysha menghulurkan satu beg kertas bersaiz super besar kepada Izwan.
Nak patah dah tangan ranting milik Raysha bila pegang beg tu. Dalam beg tu sebenarnya ada hadiah hadiah dari mereka semua untuk Laura. Tadi diorang main oh som. Siapa kalah, kena bawa beg tu. Disebabkan Cha yang paling tidak bernasib baik dalam kumpulan itu, maka dia lah yang terpilih! Tak aci betul!
Izwan mengangguk. Segera dia menyambut huluran Raysha tadi apabila Raysha hampir jatuh dek keberatan beg itu.
Tak adalah berat mana pun, getus Izwan di dalam hati.
Oi, Encik Izwan Hakiem! Memang lah bagi kau tak berat. Perempuan kan insan yang lemah. Taekwondo kang.
"Jom, balik." Afieya mengarahkan rakan rakannya yang lain.
Sebenarnya, ada sebab kenapa mereka tidak mahu berlama di sini. Makin sayu hati ini bila tengok keadaan Laura begitu. Rasa seperti gagalnya seorang sahabat bila tak dapat bersama dengan Laura dalam keadaan meruntun hati seperti ini.
Mereka semua sudah mula berpaling dan berjalan pergi.
Namun, Diyana masih kekal di tempatnya. Wajah Izwan direnung lagi. Terbit satu senyuman manis pada bibirnya.
Baru saja Izwan mahu melangkah pergi, namanya dipanggil.
"Ya? Oh, Diyana. Kenapa tak ikut diaorang?" soal Izwan bersahaja.
Wajah Diyana yang sedang senyum malu itu langsung tidak menarik perhatiannya. Lagi pelik adalah. Dah kenapa pula ni?
"Em Izwan. Aku tahu kau mesti sunyi kan kena jaga Laura seorang diri je kat sini? Apa kata kalau aku temankan kau? Lagipun, kebetulan cuti sekolah kan. Aku tak ada kerja pun nak buat kat rumah tu," Diyana memuncungkan bibirnya, bosan.
Izwan memandang wajah itu tanpa minat.
"Aku tak sunyi. Aku dapat rasa yang Ameena ada dengan aku. Kau pergilah balik. Serahkan Ameena bawah jagaan aku. Oh ya, tadi kau kata tak ada kerja kan kat rumah? Sebenarnya ada kerja yang kau boleh buat. Cuba duduk menghadap kiblat, tadah tangan dan berdoa untuk Meena."
"Dia tak perlu pun kita semua teman dia kat sini. Dia cuma perlu doa. Aku pergi dulu lah. Kau jangan lupa balik. Assalamualaikum," serentak dengan itu, Izwan memusingkan tubuh. Dengan langkah sederhana laju, dia terus ke wad Laura. Baginya, Laura adalah keutamaan sekarang ni. Ketepikan lah perkara tidak penting yang lain.
Diyana makin memuncung melihat lagak berlagak lelaki itu. Dia masih sama. Tetap dingin! Dengan Laura bukan main ambil berat. Bukannya cantik sangat pun Laura tu! Diyana membebel dalam hati.
Tiba tiba, terasa seperti telinga Diyana ditarik dengan sangat kuat.
"Auw auw sakitlah! Lepas!!" suara Diyana melengking tinggi.
"Tahu pun kau sakit. Yang dari tadi duduk berbual dengan Izwan tu kenapa? Kau balik sekarang sebelum aku pulak yang masukkan kau dalam ICU. Balik!!" Afieya menarik Diyana ke arah pintu keluar dengan rasa sedih.
Sangkanya, Diyana dah berubah. Tapi sangkaannya meleset. Dia masih gatal nak simpan perasaan pada ketua pengawas edisi terhad itu!
Bukannya dia tak tahu soal perasaan yang disimpan Diyana pada Izwan. Dia sangatlah tahu. Diyana senyap senyap hantar surat cinta pada Izwan. Ditaburnya bedak cina ke atas surat. Konon nak bagi wangi tapi bau tengik adalah!
Selepas itu, Diyana selitkan kertas tadi di bawah meja tempat duduk Izwan di kelas. Malangnya, Izwan baca surat tu pun tidak. Surat tu di serahkan pada Laura yang kebetulan tengah bertugas sapu sampah.
Laura pula tidak tanya langsung pada Izwan tentang surat itu. Dia selamba buang surat itu lalu sambung menyapu sambil nyanyi lagu BBIBBI dari penyanyi wanita korea kesayangannya, cik Jieun a.k.a IU.
Itulah saat dimana Afieya menyedari sesuatu. Begitu liciknya Izwan curi curi pandang ke arah Laura di dalam kelas. Tapi si Laura tak perasan pula pandangan tu! Afieya juga perasan bagaimana lelaki itu menjaga dan ambil berat soal Laura. Dalam banyak banyak perempuan yang dahagakan perhatian Izwan, tetap dipilih wanita keras kepala bernama Laura Ameena yang langsung tak pernah minta lelaki itu untuk ambil berat soalnya pun.
Izwan berminat dengan Laura. Laura pula masih ragu ragu sama ada Izwan tu serius atau tak. Aduhai, susah betul. Kalau la masing masing tak ego, pasti semuanya akan berjalan lancar saja.
Afieya senyum lalu memulas telinga Diyana dengan lebih keras dan kuat. Dah, apa apa pun aku tetap ship Laura dengan Izwan.
Ara, cepat sikit sedar. Aku pasti, kau akan jadi lebih kuat bila sedar nanti kerana ada seorang lelaki setia tunggu dan jaga kau.
Kerana Laura adalah satu satunya...
Pujaan Hati Mr Headprefect-!
-♡-
"BABY, lama lagi ke you nak jilat tulang ayam tu? Dah licin dah pun pinggan you. Jomlah balik, nanti tak pasal pasal terserempak dengan suami you, jadi masalah pula." Encik Amir menatap wajah skandalnya, Salindong a.k.a Sally yang sedang rakus menjilat tulang ayam. Gaya macam tak makan lima hari saja!
Walaupun pada orang lain, Datin Sally kelihatan comot sekarang tapi pada pengamatan seorang yang angau seperti Encik Amir, Sally sempurna. Nampak comel je gigit tulang ayam. Rawr, kata Encik Amir dalam hati.
"Alah sayang, sedap sangatlah ayam dalgona celup sos timun salai ni. I rasa macam nak tidur sini je tau." Datin Sally meletakkan kembali tulang ayam lalu buat muka comel pada kekasih gelapnya itu.
Makin cair hati Encik Amir dibuatnya. Dia resah. Kenapa dia tak berjumpa dengan wanita ini dulu sebelum dia berjumpa dengan isterinya?
Sally menggoda. Dia begitu cantik. Walaupun dah menopous, dia tetap kelihatan cantik dan menawan. Dia menjalani pembedahan plastik dan suntikan botox untuk menjadi cantik, tetapi Encik Amir tidak kisah.
Segera dia mengeluarkan telefon di dalam poket dan gambar Datin Sally di bahagian latar belakang telefon buat Encik Amir senyum sendiri.
Cantik... sangat cantik!
Kerana itu jugalah Datin Sally mempunyai seorang anak perempuan yang cantik melalui pembedahan plastik juga...
Adella Marissa, Encik Amir pernah berjumpa dengan anak Datin Sally itu juga. Anaknya merestui hubungan terlarang antara Datin Sally dan dia. Kerana katanya, papanya sekarang sangatlah membosankan. Dia gembira lihat mama dan uncle Amir gembira!
Gambar Adella ditilik dengan senyuman.
Wow. Sangat SoSial. Ehek.
Mereka anak beranak sama sama pandai melawa. Bukan macam isteri dan anaknya. Dua dua biasa. Tak ada solekan di wajah. Nak nampak natural katanya.
Tapi Encik Amir lebih suka sesuatu yan
g ekstra pada wanita. Seperti botox, pembedahan plastik dan mekap. Dia tidak sedar yang semuanya itu dosa...
Encik Amir hanyut dalam dosa.
Belum sempat Encik Amir menutup telefonnya, dia tertekan satu gambar. Gambar itu buat Encik Amir kelu. Wajah wanita yang dahulunya bertakhta di hatinya. Dan betapa bahagianya mereka berdua dahulu...
Encik Amir tiba tiba diburu rasa bersalah. Dia dengan tiada rasa ihsan seorang suami dan ayah, terus menceraikan isterinya tanpa fikir panjang.
Bagaimana agaknya keadaan Laura apabila dia tahu bahawa aku dan Anissa dah bercerai? Adakah dia akan membenci aku? Adakah Anissa akan mula mencari pengganti lain dan hidup bahagia?
Terus gambar Laura ditatap penuh kasih.
Gambar yang di ambil oleh Encik Amir di dalam rumah, ketika Laura tertidur kepenatan kerana sibuk belajar untuk peperiksaan. Memang tak dinafikan, Laura sangat sangat cantik. Bagaikan bidadari yang keluar dari rahim isterinya.
Gambar seterusnya dibelek sayu. Gambar Laura keterujaan mendukung seekor anak kucing yang dijumpai di belakang cafe milik Puan Anissa. Setelah puas Laura memujuk, ummi akhirnya membenarkan Laura membela haiwan itu.
Hatinya sebak, sayu.
Ikutkan hati, mahu sahaja dia berlari memeluk anaknya. Kasihnya pada isteri mungkin boleh hilang. Tapi mustahil hatinya dapat memadam wajah dan nama mereka berdua.
Anissa dan Ameena, dua wanita yang dahulunya disayangi setulus hati. Mereka berdua cantik, tapi lebih memilih untuk simpan kecantikan itu khas buat yang halal. Itu yang lebih berharga sebenarnya. Lagipun kecantikan anak dan isterinya bukan disebabkan pembedahan plastik atau botox. Mereka cantik semulajadi.
Dua permaisuri yang selama ini bertakhta di hati.
"Ish baby! You termenung apa tu? Cepatlah tolong lapkan kesan sos kat mulut I ni. You memang tak sweet langsung! Ke you dah tak sayang I?" Datin Sally merengus geram.
Encik Amir mengalihkan perhatian pada Datin Sally semula.
"I sayang you lah. Jom lah balik. I rasa tak sedap badan." Encik Amir melalukan tangan pada belakang kepala, kekok.
Datin Sally membentak. Habis kasut tumit tinggi 10 incinya dihentak pada lantai tanda protes.
"Baby you ni! Kan you dah janji nak teman I buat rawatan muka? You selalu macam ni. Tak takut ke kalau ada lelaki lain mengurat I nanti kalau I jalan sorang? Sporting la sikit, baby!" Datin Sally merengek macam budak kecil. Lengan kemeja Encik Amir ditarik tarik, ingin memujuk.
Encik Amir mengangguk akhirnya.
"Okay sayang. I teman you. Dah, jangan tarik muka macam tu. You kena senyum je bila ada dengan I." dengan senyuman menggoda, Encik Amir menarik tangan mulus milik Datin Sally lalu mengucupnya beberapa kali tanpa rasa berdosa.
Datin Sally bangun lalu memeluk Encik Amir erat, tak menghiraukan orang lain di restoran itu yang mula tidak senang dengan perlakuan mereka berdua.
"Ni lah sebabnya I sayang sangat tau dengan you. Oh ya, baby. Lepas balik facial treatment, I ingat nak singgah Club. Dah lama tau I tak minum minum, teringin nak pergi minum dengan you. Kita clubbing sama sama. You kena cuba benda baru tau." Datin Sally teruja.
Encik Amir terus rasa bersalah.
Clubbing? Seumur hidupnya, dia tak pernah menjejakkan kaki ke tempat maksiat itu. Tak pernah pun terlintas di hatinya untuk pergi.
Tapi entah kenapa dia tanpa sedar dah mengangguk setuju. Sekali lagi, tubuh Datin Sally tenggelam dalam pelukan Encik Amir.
Kejam kah dia sebagai ayah dan suami?
Lebih memilih cinta terlarang dari cinta halal antara dia dan isterinya, Anissa.
Tapi itu satu kenyataan.
Senario ini betul betul terjadi di dunia nyata. Kerana apa semua ini terjadi? Jawapannya cuma satu.
Nafsu .
-♡-
IZWAN menghela nafas panjang. Dia masih tekun duduk di atas sejadah. Wiridnya jadi panjang pada malam itu. Selepas solat isyak, hatinya tidak tenang.
Beribu ribu doa yang dia panjatkan pada ilahi buat Laura. Tapi adakah doanya akan dimakbulkan? Dosa seorang insan yang juga berdosa...
Izwan meraup wajahnya yang bersih, masih lembab dengan air wudhuk.
"Adik, dah selesai solat?" seorang lelaki tua berkopiah putih menyentuh lembut bahu Izwan dari belakang.
Izwan segera menoleh. Sangkanya, hanya dia seorang yang tinggal di surau hospital itu setelah semua orang keluar dari situ tadi. Namun, sangkaannya meleset apabila lelaki tua tadi duduk di sebelahnya.
Lelaki tua itu senyum memandang wajah suci Izwan. Sesekali dia menepuk bahu Izwan, seakan memberi semangat.
"Nama pakcik, Izwan. Boleh panggil Pak Wan. Nama anak ni siapa?"
Terperanjat Izwan dibuatnya. Seram pun ada.
"Pakcik, nama saya pun Izwan. Kebetulan pula... oh ya, Pak Wan boleh panggil saya Izz. Ramai juga panggil saya dengan panggilan tu," Izwan dan Pak Wan bersalaman penuh sopan.
Pak Wan ketawa lepas. Kebetulan yang pelik.
"Anak ni umur berapa? Buat apa dekat sini? Siapa yang sakit?" bertalu talu soalan keluar dari lelaki itu.
"Saya 17 tahun, pakcik. Sebenarnya kawan rapat saya sakit. Terjatuh dari tempat tinggi," jelas Izwan ringkas.
Pak Wan senyum. Perlahan, bahu Izwan dipeluk.
"Pak Wan tahun ni dah masuk 60 tahun, nak. Pak Wan ada di sini untuk buat pemeriksaan darah tinggi."
Izwan berubah riak. Eh, takkanlah? Wajah Pak Wan nampak sihat dan nampak seperti lelaki usia lingkungan 40 tahun saja. Pak Wan juga nampak gagah macam bukan warga emas. Betul ke ni dah masuk 60 tahun?
"Izwan, dengar ni. Pak Wan tahu Izz sayangkan 'dia'. Izz boleh tipu diri Izz tapi tolong jangan lepaskan 'dia' sebab 'dia' diciptakan untuk Izz. Jangan sia siakan dia lagi. Percayalah, 'dia' untuk Izz, nak. Dia juga simpan perasaan yang sama seperti mu tapi dia menyembunyikannya. Jaga dia ya? Jangan sakiti dia lagi. Pak Wan tahu Izz boleh agak siapa dia kan?"
Izwan kaku.
Pak Wan senyum dan rambut kemas milik Izwan diusap lembut.
"Pak Wan tak nak kamu menyesal bila kehilangannya. Jadi, lafazkan perasaanmu. Jangan biarkan 'dia' terseksa lagi. Bahagiakannya. Bahagiakan dia, Izwan Hakiem."
Tersentak Izwan apabila Pak Wan menyebut nama penuhnya. Namun, Izwan tak mampu menyoal. Lidahnya seperti dirantai, tak mampu berkata apa apa lagi. Matanya memandang Pak Wan yang dah bangun berlalu dari situ meninggalkannya seorang diri.
Izwan menanggalkan songkok di kepala.
Adakah 'dia' yang dimaksudkan pakcik tadi itu...
Laura Ameena?
Siapa pakcik tadi? Mungkinkah dia-
Diri Izwan yang datang dari masa depan, datang untuk menasihatinya supaya memilih dengan bijak? Mungkinkah Izwan sebenarnya akan buat satu pilihan yang silap dengan melepaskan cintanya, Laura Ameena pada orang yang salah?
Izwan menggeleng. Tak. Mungkin pakcik tadi cuma sengaja menasihatinya.
Ya Allah, bantulah hambamu ini. Sesungguhnya aku hanyalah insan yang tiada daya melawan takdir mu. Andai Ameena benar benar terluka, kau pulihkan lah hatinya, Ya Allah Ya Rahman.
Kau panjangkan lah umurnya. Aku tahu, bunuh diri ialah sesuatu yang dimurkai oleh engkau, Ya Allah. Jadi izinkanlah aku membimbingnya.
Aku bernazar untuk menikahinya sesudah sedarnya dia dari koma ini.
Ya, dan aku berjanji untuk setia bersamanya hingga ke akhir hayatku. Aku akan menjaga dan memeliharanya dengan baik.
Sebak, Izwan menahan tangis.
Dan bukan sama sekali atas dasar simpati padanya. Tapi aku takut, Ya Allah.
Aku takut kehilangannya.
-♡-
HARI INI merupakan hari keempat puluh enam.
Hari keempat puluh enam sejak Laura tidak sedarkan diri. Dia koma akibat terjatuh dari tempat yang tinggi.
Bererti dah sebulan lebih Laura berbaring di katil dalam keadaan tak sedarkan diri. Menurut doktor, jika keadaan itu berlanjutan, keluarga harus membawa Laura pulang.
Pulang untuk meluangkan masa buat kali terakhir sebelum apa apa terjadi pada Laura.
Yang setia menjaganya...
Izwan. Ya, Izwan Hakiem si ketua pengawas berhati batu tu.
Siang malam pagi petang, Izwan setia menanti Laura untuk bangun. Tidak sanggup lagi untuk dia melihat air mata ummi tumpah berkali kali apabila melawat Laura.
Kini, ummi sedang sibuk menjalankan balik bisnes Cafe nya yang tergendala sebentar. Ummi yang sekarang lebih kuat dari dulu. Dia sedar bahawa dia tidak boleh selama lamanya lemah. Laura Ameena kekuatan dan kepentingannya sekarang. Dia perlu ceria seperti dulu dan senyuman harus diukirkan selalu buat Laura Ameena, puteri kesayangannya.
Sekarang, Puan Anissa dibenarkan untuk tinggal di rumah keluarga Izwan kerana tidak selamat untuknya menyewa di luar. Ayah Laura, Encik Amir seringkali datang mengugut. Dia masih tak boleh move on agaknya. Ceh, padan muka.
Siapa suruh ceraikan bini yang lawa meletop kebaboom tu. Habis abah jadi gila talak.
Bukan main lagi ummi posing. Itu pun boleh buat abah berpaling ke? Oh lepas tu sekarang ni bila dah berpisah nak ugut ummi supaya tak kahwin lain?
Faham. Faham sangat.
Manusia akan mula menghargai setelah kehilangan. Waktu kebahagiaan ada di depan mata, ia di sia siakan hingga berlakunya perpisahan. Dan setelah berpisah, barulah manusia itu akan rasa tidak tenteram.
Kerana apa?
Kerana masih ada perasaan dengki dan cemburu apabila melihat orang yang kita tinggalkan dapat bertemu dengan cinta hatinya yang sebenar benarnya sedangkan kita masih berperang dengan ego diri sendiri.
Jadi tolonglah hargai apa yang ada didepan mata. Kasih sayang juga dahagakan pengorbanan dari orang orang yang ikhlas berkasih sayang kerana Allah SWT.
"Adik, dah boleh ya masuk dalam. Akak dah mandikan Laura." mesra, ketua jururawat bernama Kak Ayin menyapa Izwan yang asyik termenung di ruang menunggu.
Bagus betul budak ni. Walaupun sibuk sekolah, sanggup datang jaga Laura dekat sini, bisik hati Kak Ayin apabila lihat Izwan terus masuk ke dalam wad peribadi Laura.
Masuk sahaja di ruangan itu, hatinya serta merta berasa sayu kembali. Dia tak dapat berada dengan Laura selalu. Dia perlu ke sekolah. Dia sudah memohon untuk keluar dari asrama, mahu berulang alik ke sekolah sambil menjaga Laura.
Tapi tak mudah untuk permohonannya diluluskan kerana dia sendiri memegang jawatan penting. Tiadanya dia, cacatlah perbadanan disiplin sekolah
Sehari tidak melihat wajah Laura, Izwan resah. Dia terlalu risaukan Laura. Oleh itu, setiap petang dia datang melawat. Berbual dengan Laura tentang apa yang jadi pada hari itu. Kerana dia dapat rasakan Laura dengar semuanya.
Ramai yang setia melawat Laura juga. Amelia, Afieya dan lain lain. Firash, Arfiq dan teman teman Izwan yang lain pun sering berkunjung ke sini.
Izwan menatap wajah pucat Laura yang berbaring di katil. Wajah itu nampak suci. Dia seakan tidak koma, malahan nampak seperti sedang tidur.
"Meena, kau tahu? Harini..." Izwan memulakan ceritanya dengan suara serak menahan gelodak rasa.
"Harini ada pecutan akhir untuk SPM. Sedar tak sedar, kita akan mula SPM minggu depan. Lagi 4 hari. Alhamdulillah, aku dah cuba sehabis baik. Aku dah usaha mana yang termampu. Insya-Allah semoga kejayaan jadi milik kita semua." Izwan sebak membayangkan bagaimana Laura tidak sempat untuk menjalankan peperiksaan besar itu.
Allahu, pastinya Laura akan lebih tertekan bila sedar nanti.
"Papa suruh aku join dia dalam business. Dia suruh aku bekerja part time di syarikat dia tu dan setelah habis belajar di universiti, aku kena ambil alih posisi dia di syarikat. Entahlah, aku tak minat sebenarnya." Izwan ketawa membayangkan dirinya memakai kot dan sibuk meeting sana sini macam yang dia saksikan dalam drama!
Klise sangat lah hero jadi CEO, COO dan sebagainya. Cuba buat hero jadi rider FoodPanda atau jadi apa apajelah. Sebab tak semestinya kita kena mewarisi apa yang keluarga kita buat. Dah tak minat, tak boleh lah untuk keluarga memaksa kan?
"Hm aku minat sesuatu yang mencabar. Sesuatu yang memerlukan aku untuk komitmen dalam buat sesuatu pekerjaan dan memerlukan aku untuk membuat keputusan dalam masa singkat. Alah, macam addmath. Aku suka sebab ada permainan minda, taklah meleret macam karangan BM. Eh, tapi aku tahu karangan BM tu lah kegemaran kau kan, Meena?" Izwan tersenyum bila teringat bagaimana Laura bersemangat tulis karangan hingga dia minta 10 kertas kajang dari pengawas peperiksaan.
Laura jugalah hero karangan. Karangan paling panjang dan paling tinggi markahnya kerana unik gaya penulisan yang diketengahkan.
"Semua orang sedih kau tak ada. Mel, Piya, Cha, Firash dan yang lain lain. Jadi kau kena bangun sebab aku tahu kau kuat. Kalau kau sedar nanti, kau nak apa apa semua aku bagi. Siapa lah nak gaduh dengan aku kalau kau tak ada. Bosan aku bila tengok kerusi kau kosong dalam kelas tu. Budak kelas kita juga hadiahkan bacaan Yassin untuk kau setiap Jumaat."
Aku rindu kau, bisik Izwan di dalam hati. Rasa seperti dia memang betul betul berbual dengan Laura tapi bezanya Laura tak respon je.
"You are strong, you are wise. You are worth beyond the thousand reasons why. And you cant be perfect, baby. Cus nobodys perfect darling. But no no no theres nobody in this world, like you."
Izwan senyum apabila lagu itu dimainkan di YouTube lalu diletakkan di atas katil. Biar Laura mendengarnya.
Sekarang, Laura perlu kuat. Dia perlu ada semangat untuk terus hidup.
Selalunya, bila Izwan datang melawat, dia akan bacakan pelbagai surah untuk Laura. Mengharap gadis itu akan mendengar semua kalimah suci itu dan sembuh seperti sediakala.
Kuasa Allah kan? Mana tahu Laura sedar tiba tiba ke? Kalau ia menjadi kenyataan, maka Izwan akan menjadi seorang lelaki yang terbahagia di dunia.
Izwan senyum. Dia melontarkan pandangan pada beberapa longgok bunga yang terdapat di atas laci bersebelahan katil.
Selain lemah dalam hal cinta dan sebagainya, Izwan juga fail dalam memilih bunga. Dia beli je apa apa bunga yang ada di kedai bunga D' Flowerozel. Kedai bunga berdekatan hospital.
Makin hari, bunga tu makin layu. Macam dirinya. Layu dalam menanti Laura.
Bunga tu pun dia bawa sebab teringat drama akasia yang selalunya memaparkan babak pelawat memberikan pesakit bunga. Jadi nak cuba lah kononnya...
"Eh! Izwan!" pintu dikuak dari luar dan tubuh kecil Marina meloloskan diri untuk masuk.
Izwan terus pause video tadi dan menoleh ke arah Marina yang tersengih sengih memandang dirinya.
"Kau datang nak tengok Meena ke?" Izwan segera bangun apabila Marina mendekatinya. Rasa tak selesa dengan wanita itu. Dia pun tak tahu kenapa tapi Marina sering membuat dia rasa... rimas.
"Laura macam mana? Ada progress?" soal Marina sambil meletakkan beg di sudut meja.
Izwan tidak menjawab soalan tadi.
Memang tiada perkembangan daripada Laura. Doktor pun cuma cakap keluarga kena banyakkan bersabar saja.
Tapi Izwan tak pernah merasa putus asa. Dia yakin penantian ini akan membuahkan hasil.
"Hmm si Laura ni pun satu. Dah elok elok hidup nak juga mampus. Kalau dia mati sekalipun, tak ke letih dia nak menjawab dengan tuhan kenapa dia bunuh diri? Menyusahkan orang betul." Marina mengungkap kata, perlahan.
Izwan melepaskan keluhan berat. Dah agak. Marina akan mula buat spekulasi sendiri.
"Kalau kau tak ada benda baik nak cakap, kau diam boleh?" tegas, Izwan melontar suara pada Marina di sebelahnya.
Pantas Marina menjuihkan bibirnya ke depan. Tak habis habis nak bela Laura!
"Eh, Izwan. Apa yang kau tak faham lagi? Si Laura ni bila bila masa je boleh mampus! Kalau dia hidup pun, dia akan jadi cacat! Apa lagi yang kau harapkan sebenarnya daripada manusia cacat ni? Izwan kau dengar sini baik baik, aku ada! Aku ada dan aku sanggup gantikan Laura."
"Aku tahu kau sebenarnya cintakan dia kan? Kalau tak, kau takkan sanggup berulang alik ke hospital setiap petang semata mata nak tengok minah yang tak lama lagi nak jadi arwah ni!"
"Marina Finanda!!" memekik suara seorang lelaki yang baru muncul dengan dua tin minuman berkarbonat di tangannya.
Marina menoleh memandang empunya suara tadi.
Firash melangkah masuk. Badan Marina dilanggar selamba.
"Tepi sikit boleh? Semak betul," Firash meletakkan air tadi di sisi katil setelah Marina tarik muka. Mencuka wajah itu lepas dilanggar dan disindir oleh Firash.
"Kau blah lah!" Marina menengking Firash yang dah meneguk air tanpa mempedulikan Marina yang jadi tunggul kayu di sebelah Izwan.
Firash menatap wajah Marina dengan perasaan menyampah.
"Hello, kau tu yang patut berambus. Kitorang tak pelawa pun kau datang melawat Laura. Jangan jadi perasan sangat tayang muka tak lawa kau tu dekat sini lepas tu cakap macam macam pasal Laura. Sebelum aku panggil security, baik kau blah dengan cara baik." Marina menghentakkan kakinya berkali kali apabila kata kata Firash dirasakan betul betul menusuk hatinya.
"Oh, lagi satu sebelum aku lupa. Kalau nak pakai lipstick sekalipun, pakai dekat bibir je. Ni dah kenapa lipstick sampai ke tudung hm? Salah tutorial ke? Ataupun kau conteng lipstick kat tudung sebab tudung kau pun nak melawa?" Firash senyum sinis.
Wajah Marina berubah rona. Segera dia tunduk memandang tudung selendang kuningnya yang comot dengan lipstick warna pink pekat. Dengan perasaan malu yang bukan kepalang, Marina mencapai tas tangannya lalu berlalu keluar dari wad itu.
"Ah, baru segar sikit udara dalam bilik ni bila minah tu berambus," Firash menyandarkan tubuh pada sofa.
Firash akhirnya mengangkat wajah, pelik kerana Izwan dari tadi tak bersuara. Dia cuma mendiamkan diri dan wajah Laura ditatap seperti esok sudah tiada.
"Kau okay?" soal Firash, kekok.
Izwan diam. Wajah Laura ditatap lama. Perasaan sayu terbit di dalam lubuk hati Izwan. Tak tahu bagaimana dia nak menggambarkan rasa sedih dan kecewanya kerana tak dapat menyelamatkan Laura. Kalaulah dia sempat mencapai tangan itu... pasti Laura ada di sini, bersama sama berusaha sebaik baiknya untuk SPM.
"Aku tak pernah setakut ini, Rash." perlahan, Izwan tunduk dan bungkam.
Firash senyum hambar. Dah agak. Mana tidaknya, Izwan kelihatan sangat resah dan kelam kabut setelah ketiadaan Laura. Dia seperti hilang arah.
"Sabar, Wan." Firash menepuk lembut bahu teman baiknya itu. Cuba memberi semangat. Dia tahu Izwan sangat tabah dan kuat. Cuma Izwan dilanda ketakutan untuk hilang seseorang yang dirasakan sangat bermakna buat dirinya.
Izwan menanggalkan topi hitam di kepala. Dia bersandar di kerusi sambil membayangkan raut wajah Laura. Dia rindukan senyuman itu. Dia rindukan gelak tawa, rindu melihat gelagat gadis yang menceriakan hari hari sunyinya.
"Aku akan nikahi dia, Rash. Sesedarnya dia dari 'tidur' yang menyeksakan ni." tegas, Izwan bersuara dengan yakin.
Terpanar Firash dibuatnya. Kerutan di dahi mula timbul.
"Kau... kau betul ke ni? Wan, ni perkara berat. Nikah bukan satu benda yang boleh dibuat main. Kau yakin ke dengan keputusan kau ni?"
Izwan angguk tanpa memandang wajah Firash di sebelahnya.
"46 hari ni aku rasakan macam 46 tahun. Dan dalam tempoh ni, aku baru sedar yang aku tak boleh teruskan hidup tanpa dia. Aku perlukan dia, Rash. Aku tak rasa yang aku sanggup lepaskan dia pada orang lain." sekali lagi, wajah tenang Laura menjadi perhatian Izwan.
Wajah putih yang pucat itu meruntun jiwanya. Pandangannya jatuh pada bibir merah delima yang merekah, hidung yang sedikit mancung, pipi yang merona kemerahan agaknya akibat kesejukan. Hati lelakinya memuja gadis itu dalam diam.
"Aku nak jaga dia, Rash. Aku nak jaga dan lindungi dia. Aku tak nak dia ulangi kesilapan seperti ini lagi. Biar dia tak boleh berjalan untuk selama lamanya sekalipun, aku akan tetap ada untuk memapah dia hingga ke hari tua. Aku sayangkan dia, Rash. Aku sayang tapi aku ego."
Firash meneguk liur yang terasa pahit. Betul kah? Izwan menikahi Laura? Habistu, bagaimana dengan Firash yang juga memendam perasaan pada Laura? Bagaimana mampu dia melupakan perasaannya pada Laura?
Firash mengetap gigi. Berperang antara perasaan dan kawan baiknya sendiri.
Apabila Firash terpandangkan wajah jelita milik Laura, gugur segala rasa. Dia cuma mahu Laura untuk rasa bahagia walaupun bukan bersamanya.
Bila Firash menghalakan pandangan pada Izwan. Wajah tampan itu buat dia senyum ikhlas. Dia tahu, mereka berdua akan bahagia bersama hingga ke hembusan nafas yang terakhir.
"Semoga berbahagia, bro..." Firash sekali lagi menepuk bahu Izwan dengan rasa tenang.
Belajarlah untuk melepaskan. Kerana tak semestinya hanya sebab tautan kita pada sesuatu, ia akan menjadi milik kita kan?
Satu je yang berlegar di minda Firash tika ini.
Tak sabar nak tengok Izwan Hakiem × Laura Ameena junior berlari lari dalam rumah! Amboi, majlis pun belum dah fikir pasal Izwan dan Laura junior ke tu, Rash?
Ya Allah Ya tuhanku, kurniakanlah kebahagian buat mereka berdua. Kebahagian mereka berdua juga kebahagianku, Ya Rahman.
Penuh syahdu, Firash berdoa pada ilahi. Semoga doa Firash dimakbulkan, aamiin ya rabb.
-♡-
"ALHAMDULILLAH! selesai juga paper terakhir kita untuk SPM kan? Pejam celik pejam celik je dah habis. Selepas ni, tunggu keputusan jelah!" teruja Afieya melompat lompat menuju ke kantin.
Syuhada, Diyana, Amelia dan Raysha senyum lebar tanda begitu gembira kerana dengan jayanya peperiksaan besar itu dan berjaya diselesaikan sebaik mungkin.
"Lepas ni, boleh lah kita campak buku jauh jauh. Naik mual aku tengok formula kimia tahu tak." Raysha mencebik sambil duduk di kerusi kantin.
"Hmm kira kita dapat rehat sekejap lah sebelum sambung belajar di universiti kan?" Syuhada menanggalkan jam di tangannya seraya bersandar di bahu Amelia tanda kepenatan.
"Iee tak sabarnya aku nak sambung belajar! Aku akan pasang skandal ramai ramai lepas tu baru lah semangat kan nak belajar? Ah, terujanya!"
Raysha tak dapat teruja dengan lebih lama apabila tangan Afieya ligat menarik telinga Cha yang gatal merenyam kalah watak Mimin yang dipegang oleh Nora Danish dalam drama bersiri 'Bougainvillea' di TV3. Siapa tengok jom lepak sama sama!
"Aduh, sakitlah!" Rasyha menjerit.
Afieya ni memang kerjanya nak tarik telinga orang je. Macam dah tak ada kerja lain. Tangan dia dahlah berbisa kalah ular resdung... eh, ular tedung.
Mereka semua tertawa lihat gelagat Afieya dan Raysha kecuali Amelia dan Diyana yang hanya berminat untuk terus diam.
Afieya tiba tiba teringat akan sesuatu. Pantas sahaja dia membuat alasan kononnya dia mahu beli air. Dia bergerak ke kawasan pekerja kantin. Ramai pekerja yang tengah berehat. Ada yang sedang kira duit, sapu sampah dan ada juga yang sedang tempek bedah Silkygirl ke wajah.
Afieya resah. Ish mana pula dia ni?
"Piya cari siapa?"
Pantas Afieya menoleh ke belakang, terkejut dengan suara yang didengarinya.
Terbit satu senyuman manis di bibir Afieya.
"Faiq,"
Faiq mengulum senyum. Pantas dia mengarahkan Afieya untuk mengikutinya untuk berbual di tempat yang lebih selesa. Afieya tidak banyak soal. Dia terus duduk berhadapan dengan Faiq yang juga duduk di meja makan guru.
Lama mereka berdua berpandangan hingga akhirnya meletus tawa keduanya.
"Kenapa Faiq pandang Piya macam tu? Ada tahi mata ke? Maaflah, Piya tertidur masa jawab periksa tadi. Okay okay Piya lap ya. Kesian Faiq loya tengok," Afieya gelak sambil mengelap matanya yang ternyata bersih daripada tahi mata.
"Tak lah. Faiq pandang lama lama sebab lepas ni tak tahu lah bila lagi kan kita dapat jumpa, gelak gelak macam ni? Jadi, Faiq nak nikmati masa yang tersisa." Faiq senyum tawar.
Berubah riak wajah Afieya. Dari ceria berubah kecewa. Tak suka bila Faiq bercakap tentang hal ini.
Eh, Faiq ni anak tauke kantin berlagak mengalahkan raja siput haritu. Yang belanja Piya air mineral tu ha. Ha, ni lah orangnya. Tak sangka, dari sekadar usikan sahaja, Piya dan Faiq boleh berkawan rapat hingga membuahkan perasaan... lebih dari teman biasa.
Faiq cuma tua setahun dari Afieya. Jadi, Faiq berusia 18 tahun. Sebab itulah mereka berdua cepat ngam antara satu sama lain. Faiq orang yang kacak. Dark, tall... itulah Faiq. Entah kenapa dia tertarik pada Afieya dibandingkan dengan perempuan perempuan lain yang cuba menguratnya.
"Em Faiq tak nak sambung belajar? Mana tahu kita dapat universiti sama? Nak tak?" teruja, Afieya mengusulkan pendapatnya.
Ini adalah kali terakhir Afieya menyimpan perasaan pada seseorang. Abang kantin pula tu, ceh! Bukan anak CEO, bukan anak saudagar kambing atau anak penjual insuran tapi Faiq cuma anak tauke kantin yang kacak bergaya! Tak sangka Faiq berjaya meluluhkan hati beku tahap ais kering milik Piya.
Faiq senyum tawar lalu kepalanya digaru kekok.
"Macam mana lah Faiq nak sambung belajar. Keputusan pun ada yang gagal, malah tak ada A langsung. Menyesal tak belajar elok elok dulu. Asyik main je. Tapi alhamdulillah ada juga rezeki bekerja di sini. Untung ada bapa pengusaha kantin." dengan rendah diri, Faiq menceritakan serba sedikit perihal dirinya yang dah diketahui oleh Afieya sebenarnya.
"Kolej swasta kan ada? Faiq mampu, Piya percaya tu. Jadi Faiq kena usaha juga. Jomlah, Faiq. Lagipun, Faiq boleh tebus balik kesalahan pada mak ayah Faiq dengan cara belajar di kolej kan?" Afieya terus terusan memujuk. Jujur, dia sangat sedih sebab terpaksa berpisah dengan abang kantin kesayangan.
Faiq menggeleng.
"Tak boleh juga. Faiq tahu Piya bijak. Piya akan dapat universiti yang bagus bagus. Kalau Faiq masuk kolej swasta sekalipun, Faiq tetap akan berpisah dengan Piya. Macam mana kalau Faiq terpikat dengan perempuan dekat sana? Sekurang kurangnya bila Faiq di sini, Faiq tak akan pandang orang lain sebab teringat Piya selalu."
Afieya menahan diri dari muntah. Walaupun dia geli geleman sebenarnya kalau lelaki mengayat, tapi dia cuba tahan diri dari menunjukkan reaksi tidak senang. Sabar, Piya! Kau kena biasakan diri dengan dia sebab kau akan duduk sebumbung dengan dia satu hari nanti!
Tapi itupun kalau ada jodoh. Kalau tiada, Afieya redha. Dia yakin ada hikmahnya pertemuan antara dia dengan Faiq.
"Faiq kalau ada apa apa telefon je Piya okay? Lepas ni mungkin Piya sibuk dengan studies and what not tapi Piya akan cuba lapangkan waktu untuk Faiq. Mana tahu Faiq nak kahwin ke, jemput lah Piya tau." nakal usikan Afieya diberikan pada Faiq.
Faiq gelak. "Baik boss."
Dari jauh, Afieya tiba tiba ternampak kelibat Marina bersama rakan rakannya yang lain. Terlihat Amelia yang tengah menangis, Syuhada pula tekun memujuk. Diyana diam di posisi asal manakala Raysha dah bercekak pinggang di hadapan Marina. Mereka nampak seperti tengah bergaduh saja! Tak boleh jadi ni. Gaduh memang makanan aku.
Afieya meminta izin untuk pergi. Faiq cuma mengangguk dengan senyuman. Eh Piya. Sejak bila pula jadi wanita mithali ni?
"Ya. Memang aku dengki dengan dia. Aku benci dia kau tahu tak! Sejak masuknya aku ke sekolah ni, aku ingat semuanya akan jadi baik. Tapi tak. Ikutkan hati aku, memang aku dah bunuh dia. Nasib baik dia bunuh diri dia sendiri, senang sikit kerja aku." terkekeh kekeh Marina ketawa dengan lagak puas hati.
"Apahal ni?" Afieya mencelah.
"Piya!" pantas, tubuh Afieya dirangkul erat oleh Amelia.
"Pahal ni, Mel? Apa yang jadi?" Afieya gelabah memujuk Amelia yang menangis dalam dakapannya. Bukan apa, kalau Faiq nampak nanti kang dia ingat Piya pula yang buat Mel nangis. Habis jatuh nilai hantaran dia nanti.
"Ha elok lah tu kepala geng dah sampai. Tak adalah, aku cuma cakap pasal Laura... ops. Arwah Laura. Dah 3 bulan lebih kan dia jadi arwah? Petang ni aku ingat nak melawat kubur arwah. Aku cuma tanya je tadi siapa nak ikut. Tiba tiba sahaja budak cengeng ni menangis. Bukan salah aku," Marina mengangkat kedua tangannya tanda tidak bersalah.
Afieya mengepal penumbuk. Tak suka isu ini dibangkitkan sama sekali. Rasa nak lempang perempuan di hadapannya ini sampai hilang gigi. Pastu padan muka muda muda dah kena pakai gigi palsu.
"Sebelum aku pula yang tukar kau jadi arwah, baik kau angkat kaki blah dari sini. Hey, cermin lah diri kau tu dulu. Semua orang tak suka kau lah! Patutnya kau yang mampus. Kau jangan ingat kau bagus sangat." Afieya menolak bahu Marina dengan kekuatan maksima. Hampir terjatuh si Marina yang berbadan slim itu dibuatnya.
"Petang ni kami nak menziarahi kubur. Kalau kau rasa nak ikut, kau blender dulu lidah kau sebab aku tak mahu kau buka mulut dekat sana. Macam aku tak tahu, mulut kau kan tak ada insurans takaful. Aku ada kenal seorang pakcik yang jual insurans. Kalau berminat, bagitahu je aku." Raysha memeluk tubuh memandang Marina yang selamba menayangkan barisan giginya yang putih bersinar.
"Simpan je lah insurans tu untuk orang orang miskin macam korang semua. Fyi, kita dah tak ada kena mengena. Mulai sekarang, kita semua akan berpisah bawa haluan masing masing. Jemput ya datang majlis pernikahan aku dan Izwan nanti? Aku bagi korang seat depan kami berdua supaya kau boleh tengok aku yang cantik ni dengan lebih jelas." menyungging senyuman sinis di bibir pucat milik Marina.
"Aduhai, sayangku. Berangan kau ni boleh sampai ke lapisan langit yang ketujuh nampak! Ala ala kebodohan tahap kronik gitu. Rasa macam dah lama aku tak lempang orang. Nak rasa?" Afieya sengaja meletakkan tangan pada bahu Marina.
Marina menepis tangan tadi lalu menjegil ke arah Afieya.
"Tak kisahlah apa pun kau nak cakap. Yang penting, Laura dah tak ada. Rasa tenang sangat hidup aku sekarang. Ah, bahagianya." Marina senyum. Rasa seronok sangat dapat usik mereka semua.
Dengan rasa yang tak lagi tertahan, Amelia menghadiahkan penampar sulungnya pada wajah Marina. Tamparan yang sangat kuat hinggakan tudung Marina senget sebelah, terteleng wajah cantik itu menerima hadiah dari Amelia.
Afieya dan yang lain dah ternganga. Ini kali pertama Amelia beraksi!
"Hei perempuan tak guna, kau dengar sini baik baik. Kitorang semua ni bencikan kau tahu tak? Jadi kenapa kau terhegeh hegeh nakkan perhatian? Oh, sebab kau bosan... yelah, mana ada orang normal nak berkawan dengan perempuan macam kau. Licik, talam dua muka."
"Lagi satu aku nak pesan, kau jangan terkejut kalau lepas ni kau pula yang tiba tiba rasa nak terjun bangunan. Yang hidup pasti akan mati, Marina. Cuma kita tak tahu bila waktu kita. Jadi untuk apa kau perlu buat semua ini? Aku tahu Laura orang yang baik. Dia akan maafkan kau tapi cuba kau bagitahu aku, bagaimana kau nak minta maaf jika Laura dah tak ada?" perlahan, titisan air mata membasahi wajah manis milik Amelia.
Afieya tunduk. Rasa sedih mula menyelubungi diri bila teringatkan seorang gadis bernama Laura Ameena.
Afieya merangkul bahu Amelia apabila Mel mula menangis teresak esak. Dia dah tak kisah pasal semua benda. Malu? Tak, dia langsung tak rasa malu menangis depan orang macam ni. Sebab bila air mata tu disimpan, ia seakan menjadi racun dalam tubuh yang mampu membunuh kita bila bila masa sahaja.
Marina kelu. Dia terdiam, menyedari yang dia dah melampaui batas.
"Kau pergi, Marina. Pergi jauh dari sini. Aku doakan semoga Laura sempat maafkan kau. Pergilah..." Raysha sudah mengongoi, Syuhada pantas memeluk tubuh Raysha, cuba menyalurkan kekuatan.
"Kau nak tahu kenapa aku benci Laura?" Marina tiba tiba bersuara, membuatkan semua orang akhirnya kembali menumpukan perhatian pada perempuan itu.
"Sebab dia ada semuanya. Tengoklah, betapa sayangnya korang pada dia. Betapa korang tetap menjaga dia hingga ke saat saat akhir. Aku? Aku dari kecil dibesarkan dalam ketakutan. Di sekolah, tak ada siapa mahu berkawan dengan aku. Kalau ada pun, atas dasar wang dan kebendaan je."
"Bila tengok persahabatan korang dengan Laura, aku jadi... cemburu. Kenapa aku tak pernah dapat layanan begitu dari sesiapa? Tak layak ke aku untuk dilayan dengan baik? Dan Izwan... kenapa dia hanya pandang Laura? Aku suka dia tapi dia tak pernah nak pandang aku walau sekali pun. Hidup ni memang tak adil." Marina senyum hambar. Tak rasa nak nangis atau sebak sebab dah rasa kosong. Lali dengan kehidupannya yang menyedihkan.
"Marina, kau tahu kenapa Izwan tak pandang kau?" soal Syuhada tiba tiba.
Marina mengangkat kening sebagai tanda soal.
"Sebab dia tak mahu berikan apa apa harapan pada kau, Marina. Izwan pun berhak memilih yang mana permaisuri hatinya. Aku yakin, ada seorang lelaki yang jauh lebih sempurna daripada Izwan akan muncul dalam hidup kau. Cuma bukan sekarang..." lembut, Syuhada memujuk dengan harapan Marina akan sedar kesilapannya selama ini.
Marina tergamam. Ada betulnya juga kata kata Syuhada. Tapi, hatinya tetap memuja lelaki bernama Izwan. Hanya Izwan.
"Ya, betul tu... aku setuju. Mencintai tak semestinya memiliki. Betul tak, D?" Afieya menyenggol lengan Diyana yang dari tadi menyepi. Terkejut Diyana dibuatnya.
Ada riak tidak senang yang terpamer pada wajah Diyana. Diyana cuba kawal perasaan dengan membetulkan cermin mata bulatnya lalu mengangguk kecil.
Dia tahu Piya menyindirnya. Tapi dia harus kekal cool supaya tiada yang perasan akan ketidaksenangan hatinya itu.
"Assalamualaikum,"
"Waalaikumussalam."
Mereka semua berpaling ke arah empunya suara yang memberi salam sebentar tadi.
Hampir lebur jantung gadis gadis itu apabila terpandangkan Izwan yang segak berbaju melayu hitam dan bersampin kelabu berkilauan itu. Sekali pandang, boleh terus jatuh hati pada wajah kacak yang putih bersih itu.
Firash di sebelah juga kelihatan mengancam, rawr. Dia mengenakan baju melayu biru lembut dengan sampin biru gelap. Songkok di kepala juga menambahkan keserian wajah Firash.
Izwan masih sibuk menyarung songkok ke kepalanya.
"Maaf lambat. Tadi aku janji nak gerak pukul 4 kan? Sekarang dah pukul 5:30. Aku dengan Rash balik dorm dulu bersiap. Jomlah," Izwan mengabaikan Marina dan Diyana yang dah pandang dia tanpa berkelip.
"Ha okay jom ah." Afieya senyum tawar. Sempat tangan Amelia diraih.
"Eh kejap kejap! Em korang nak pergi mana?" soal Marina, kalut melihat mereka semua ingin meninggalkannya disitu.
"Kubur." jawab Izwan ringkas sebelum terus mengorak langkah pergi dari situ. Firash di belakang hanya mengikuti jejak langkah kawan baiknya itu.
Sayu hati mereka yang lain apabila mendengar nada kesedihan pada suara lelaki itu.
Diyana tak nak ikut kerana sakit perut katanya. Syuhada dan Raysha sama sama bendera merah jadi tak dapat ikut sama.
Tak apalah. Biar Amelia, Afieya dan Izwan saja yang menjadi wakil.
Yang lain, tolong sedekahkan Al Fatihah buat si mati ya?
Al Fatihah ( dibaca ).
-♡-
PETANG itu, langit kelihatan mendung. Awan mula berarak melindungi kawasan perkuburan dari terik mentari.
Afieya, Amelia, Izwan dan Firash masih di posisi sama. Duduk di sebelah kubur, di atas tikar yang dibentang cantik.
Sesusah selesai bacaan yassin, mereka masing masing mendiamkan diri. Izwan leka merenung kubur. Firash masih menghadiahkan seberapa banyak doa untuk arwah. Amelia pula tenang berada dalam pelukan Afieya.
"Wan, marilah kita pergi. Hari dah mendung, sekejap lagi mesti hujan turun." Firash memandang langit yang gelap seperti hujan akan turun dengan selebat lebatnya.
Izwan angguk. Baju melayu di tubuh dibetulkan sesudah bangun. Begitu juga Amelia dan Afieya. Amelia melipat tikar dengan rasa sebak di hati.
"Kalau korang nak balik, balik lah dulu. Aku ada urusan dekat hospital." Izwan berbohong.
Afieya geleng. "Tak boleh. Kita datang sama sama, jadi balik pun kena sama sama. Kata nak pergi hospital? Tak apa, kita pergi sana sama sama."
Izwan akhirnya terpaksa akur.
Dia sengaja beri ruang untuk rakan rakannya berjalan ke depan dulu. Buat kali terakhir, Izwan menoleh pada kubur.
Alissa Syahira binti Shahbuddin.
Genap enam bulan Alissa tiada.
Laura pula?
Bagaimana agaknya keadaan Laura?
-♡-
SETELAH masuk ke perkarangan hospital, wad Laura pantas dituju. Sampai di depan pintu, Izwan pantas menolak daun pintu tanpa berlengah lagi.
"Eh astaghfirullahalazim! Tutup pintu tu!" Puan Anissa yang berada dalam bilik bersama anak gadisnya terus bertempik, menghalang orang dari masuk dalam wad itu.
Dengan wajah bersalah, Izwan terus mengatup pintu kembali. Mereka semua terpinga pinga di luar bilik.
"Eh, kenapa ummi tak bagi kita masuk?" soal Amelia, pelik.
"Ummi tengah mandikan Laura." ringkas, Izwan menjawab.
Nyata, dia betul betul nampak ummi sedang ligat membersihkan wajah Laura. Rambut panjang mengurai yang ikal mayang milik Laura sempat dilihat oleh Izwan. Pantas, Izwan beristighfar dalam hati.
"Ummi lupa nak kunci pintu kot," mereka semua angguk setuju dengan kata kata Afieya.
Lama juga mereka berdiri di luar wad sebelum akhirnya dibenarkan masuk oleh ummi.
Masuk sahaja dalam ruangan itu, tubuh lesu Laura menjamah pandangan. Hari ini, Laura kelihatan lebih berseri dari biasa. Selalunya, pucat. Tapi hari ini wajah itu nampak seperti sedang gembira.
Amelia dan Afieya pantas mendekati Puan Anissa lalu bersalaman dengan beliau.
"Macam mana progress Laura ummi? Ada apa apa perkembangan baik?" soal Firash, sopan.
Sejak insiden Laura koma, ramai kawan kawan yang menjenguk dan melawat. Oleh itu, cepat sahaja Puan Anissa dan rakan rakan anaknya ngam antara satu sama lain.
Siap suruh dipanggil ummi lagi!
Ummi senyum tipis. "Dah hampir 4 bulan dia tak ada. Rasa macam cepat sangat masa berlalu kan? Tak sangka, Meena tak dapat nak hadapi SPM. Dia pernah beritahu ummi yang dia nak jadi pekerja dalam unit berita. Dia kata dia nak banggakan ummi. Tapi semuanya hancur..."
"Ummi..." Afieya dan Amelia terus menerpa ke pelukan Puan Anissa yang dah mula sebak, mengalirkan air mata rindunya seorang ibu.
"Ummi redha kalau Allah nak ambil Meena. Sebab ummi tahu dia terseksa. Kalau tak, dia tak akan pernah terfikir untuk nak bunuh diri kan? Ummi sedih tengok dia macam ni. Sampai bila dia harus terseksa?"
"Tapi ummi tak mampu lepaskan dia pergi dengan cara ini. Ummi tak mahu dia tak dapat cium bau syurga... ummi nak dia bangun semula supaya ummi dan dia boleh hidup bahagia. Walaupun abah dia dah tinggalkan kami berdua, ummi tetap mahu Laura rasa kasih sayang ikhlas dari ummi. Kalau dia pun tinggalkan ummi, ummi akan hidup sebatang kara. Ummi tak bersedia..." lemah, Puan Anissa menghalakan pandangan pada Laura yang kaku di katil.
"Ummi, ummi tak akan kehilangan Laura. Dia kuat, Mel tahu dia kuat. Ummi banyak banyak berdoa untuk Laura ya? Doa ibu ni kan tiada hijabnya? Dengan izin Allah, Laura akan kembali semula pada kita. Insya-Allah, ummi." Amelia mengusap belakang tubuh Puan Anissa dengan penuh kasih.
Meskipun sudah hampir 4 bulan Laura tidak sedarkan diri, dia masih dirindui. Ya Allah, kau kuatkanlah hati orang orang yang menyayangi Laura Ameena. Kuatkan hati mereka untuk menghadapi apa apa sahaja kemungkinan yang akan terjadi.
Sepatutnya boleh bawa balik pesakit ke rumah. Tetapi Puan Anissa tidak mahu. Dia pun dah tak ada rumah, mahu bawa ke mana anaknya itu? Keluarga Izwan banyak kali menawarkan untuk membantu tapi Puan Anissa menolak, tak mahu menyusahkan keluarga baik hati itu lagi
Ulang alik Puan Anissa dari cafe ke hospital. Kedua dua tempat itu ibarat rumahnya sekarang.
Puan Anissa senyum. Dia harus tabah.
"Oh ya, Izwan. Tadi kamu mesej ummi kata nak bincang sesuatu kan? Cakaplah, nak." Puan Anissa halakan pandangan pada Izwan yang dari tadi hanya senyap, berdiri di bucu katil.
Izwan angguk, baru teringat soal perkara penting yang ingin dibincangkan dengan Puan Anissa.
"Err... tak apalah, ummi. Kitorang keluar pergi minum kejap. Ummi sembang sembang dulu lah ya dengan Izwan. Firash la tadi dia cakap dia teringin nak minum jus siput sedut dekat restoran depan tu. Hihi pergi dulu ummi," Amelia sengih, pandai juga aku mengelat ya!
Dia tahu apa yang Izwan nak bincangkan dengan ummi. Molek kiranya dia dan yang tak berkenaan beredar dulu kan?
"Eh, aku alah dengan siput sedutlah. Lagipun bila masa ak--"
"Hahaha pendek akal betul lah mamat ni. Blur tahap PHD! Ummi, kitorang pergi dulu ya. Jom Firash," Amelia sempat pijak kasut Firash sebelum keluar dari ruangan wad itu.
Firash mengaduh kesakitan. Amelia dahlah berisi sikit. Berisi tapi...
"Comel," bisik Firash dalam hati sebelum meminta diri untuk ikut jejak langkah Amelia dan Afieya.
Eh Firash kau jangan macam macam! Cari pasal bethol. Meroyan nanti fans kau!
"Izwan, mari duduk sebelah ummi... sini, nak." lembut, Puan Anissa meminta Izwan untuk duduk bersebelahan dengannya, kebetulan pula ada kerusi lebih yang diberikan oleh jururawat tadi.
Izwan akur. Dia duduk dengan rasa sedikit kekok dan gementar.
" Ada apa? Ada apa yang Izwan nak bincangkan dengan ummi? Ceritalah, nak juga ummi mendengarnya." Puan Anissa memandang raut wajah kacak milik lelaki itu dengan satu senyuman meyakinkan.
Izwan kekal diam. Rasa tak sesuai pula untuk cakap pasal hal ni di hospital, depan Laura pula tu. Walaupun Laura sedang berada dalam lena yang panjang, Izwan dapat rasakan Laura mendengar semuanya.
"Izwan, pandang ummi sekejap boleh?"
Izwan terus beri perhatian yang sepenuhnya pada Puan Anissa di sebelahnya.
"Terima kasih. Terima kasih sebab sudi ada dengan ummi sama sama menjaga Ameena. Terima kasih sebab datang sini bacakan ayat suci al quran pada anak ummi. Terima kasih untuk segala galanya, Izwan. Ummi ingat ummi akan keseorangan selepas diceraikan. Tapi hakikatnya, tidak."
"Ummi dipertemukan dengan orang orang mulia seperti Izwan dan keluarga. Kawan kawan Meena yang lain pun banyak membantu. Ummi rasa, Allah sedang menjaga ummi dan Meena. Alhamdulillah, syukur..." Puan Anissa berkali kali mengucapkan kalimah syukur di dalam hati.
"Ya, ummi. Allah akan jaga ummi dan Meena. Nanti bila Izwan tak ada di sini, Izwan yakin Allah ada. Ummi jaga diri ya? Ummi kena makan, jangan terlalu paksa diri,"
Terkesima Puan Anissa mendengarnya. Tak ada di sini?
"Apa maksud Izwan? Izwan nak pergi mana?"
Izwan menghela nafas panjang, "Itulah yang Wan nak cakap pada ummi. Insya-Allah esok Wan akan bertolak ke Tokyo. Papa ada di sana sebab urusan bisnes. Papa minta Wan ke sana, bantu apa yang patut. Papa cakap, Wan kena biasakan diri dalam urusan tu,"
Berubah terus air muka Puan Anissa. Allahuakbar, Izwan pun dah nak pergi.
"Be... berapa lama tu?" soal Puan Anissa.
"Lama juga, ummi. Mungkin sebulan. Kebetulan pula sepupu Wan menetap di sana. Mama pun suruh Wan melawat keluarga dia, tinggal di sana buat sementara waktu." rasa berat hati pula Izwan ingin berterus terang apabila lihat Puan Anissa seakan sedih dengan berita itu.
Namun, apakan daya. Papa nak sangat Izwan untuk menceburkan diri dalam bisnes walaupun Izwan langsung tak meminatinya. Izwan pula jenis yang tak suka melawan, jadi dia akur dengan arahan papa.
"Tak apalah. Ummi faham. Pasal Laura, jangan risau sebab ummi dah jumpa rumah sewa di sekitar hospital ni. Tak adalah dekat sangat tapi alhamdulillah, bolehlah untuk kami berdua. Bila Meena dah sedar nanti barulah ummi akan usahakan tempat lebih selesa untuk dia."
"Izwan jaga diri baik baik ya disana? Kalau ada apa apa, telefonlah ummi. 1 bulan tu lama juga. Mana tahu nanti Izwan bawa balik isteri dari Jepun ke kan?" ada unsur gurauan dalam nada Puan Anissa.
Yalah, Izwan anak yang kacak. Sudah pasti ramai perempuan di sana boleh saja terpikat pada lelaki ini.
Izwan berubah riak melihat Puan Anissa dah ketawa, terhibur dengan kata katanya sendiri. Bahagian belakang kepala diusap beberapa kali tanda kekok dengan apa yang Puan Anissa katakan.
"Ummi, ada lagi satu perkara yang Wan nak cakap sebenarnya." kali ini Izwan tekad. Apa nak jadi jadilah. Dia perlu berterus terang juga.
"Laa... cakap jelah. Tak payah malu malu, kita ni dah macam satu keluarga dah pun," Puan Anissa senyum.
"Tapi apa yang Wan bakal cakapkan ni mungkin buat ummi rasa sedih," ragu ragu, Izwan menutur kata.
"Cakap je, nak. Ummi janji ummi tak sedih,"
Izwan menarik nafas sedalam dalamnya. Dia perlu berani, barulah namanya lelaki.
"Saya nak jadikan Laura Ameena sebagai isteri saya yang sah," dengan satu helaan nafas sahaja, Izwan berjaya menyatakan hasratnya.
Serta merta, senyuman di wajah Puan Anissa hilang begitu sahaja. Dia kelu untuk berkata kata.
"Ummi, Wan tak ada niat jahat. Wan cuma nak halalkan hubungan kami berdua. Wan nak jaga Meena, ummi. Wan janji Wan akan setia berada di sisi dia sampai helaan nafas yang terakhir."
"Wan nak jaga dia, ummi. Wan tak nak perkara seperti ini berulang lagi. Dia layak hidup bahagia dan Wan janji Wan akan cuba bahagiakan dia. Wan janji, ummi. Wan buat keputusan ni bukan atas dasar simpati semata mata. Tapi lepas kehilangan dia, Wan sedar yang hidup Wan berubah 360 darjah."
"Anak ummi ni biasa je, nak. Dia anak tunggal, jadi dia memang rapat sangat dengan ummi dan abah dia. Kadang kadang tu manja terlebih. Kerja rumah satu apa pun tak pandai, inikan pula nak kahwin? Mau roboh dapur kalau dia memasak," Puan Anissa ketawa memikirkan bagaimanalah Laura bila masuk dapur. Goreng telur dadar pun berselindung belakang penutup periuk, tak nak kena percikan minyak kononnya!
Izwan diam tanpa reaksi. Sangkanya, ummi akan marah sampai halau dia dari bilik ni. Tiba tiba pula cerita pasal sikap Laura yang dia dah tau sangat, tengok jari jemari Laura pun nampak sangat tak pernah buat kerja rumah.
Tapi bukan itu yang menjadi ukuran kebahagian buat Izwan. Ramai je yang tak pandai masak tapi boleh jadi pro lepas kahwin. Banyak platform yang ada untuk kita belajar memasak, cuma antara mahu dengan tak mahu je.
Apa pun kekurangan Laura bakal dijadikan kekuatan buat dirinya. Bukankah itu salah satu matlamat sebuah perkahwinan? Saling melengkapi antara satu sama lain. Bukan sibuk mencari kesempurnaan pada pasangan.
"Meena tu keras kepala, suka merajuk. Itulah ummi rasa macam jaga 10 orang anak bila jaga dia. Bila dia nak ke asrama, berat rasa hati ummi nak lepaskan dia. Sebab siapa lagi lah nak peluk ummi bila ummi habis kerja, siapa nak teman ummi berbual sebelum tidur, dan siapa nak ceriakan hari ummi bila dia tak ada?"
"Dia harta ummi, Izwan. Harta yang tak akan dapat ummi temukan lagi di dunia ini. Satu satunya penyejuk hati ummi. Ummi harap, Izwan dapat bahagiakan dia ya? Ummi tak mampu bahagiakan dia. Ummi gagal sebagai seorang ibu."
Terkedu Izwan dibuatnya. Apa maksud ummi?
"Kalau Izwan nak halalkan hubungan ni, buat apa ummi nak halang? Lagipun korang berdua selalu bersama. Untuk mengelakkan fitnah, ummi rasa baik juga keputusan tu. Ikutlah, ummi okay saja."
"Betul ke ni, ummi? Ummi yakin Wan buat keputusan yang betul? Wan takut Meena tak dapat terima semua ni bila dia dah sedar nanti,"
Ummi geleng, "Ummi kenal dia. Kalau Izwan nak tahu, anak ummi ni perahsia tahap ijazah sarjana muda. Semua benda disoroknya dari ummi. Tapi bila balik je asrama, muka masam macam asam kecut. Bila ummi tanya, dia kata dia baru lepas gaduh dengan Izwan."
"Ada je benda yang dia cerita pasal Izwan dekat ummi. Cara dia cerita tu semangat. Dia tak pernah cerita tentang mana mana lelaki pun pada ummi. Izwan yang pertama. Jadi ummi yakin, dia akan setuju."
Dalam tak sedar, mengalir air mata Puan Anissa. Kalau ikutkan hatinya, dia ragu ragu ingin melepaskan satu satunya anak kesayangan pada orang lain. Tapi dia tahu, ini yang terbaik. Maafkan ummi, Meena. Ummi tak mampu bahagiakan anak ummi sendiri. Jika Izwan mampu membahagiakanmu, ummi akan rasa sangat bahagia.
Jika ummi ditakdirkan untuk pergi, ummi akan pergi dengan rasa tenang. Kerana ummi yakin ada yang menjagamu di dunia ini, sayang.
Air mata diusap pantas, tidak mahu Izwan perasan akan tangisan itu.
"Lepas Meena sedar, ummi akan bincang dengan Meena baik baik. Dapat buat yang simple pun okay dah. Cuma akad, tak perlu sanding. Lagipun, Meena tak boleh berjalan kan lepas sedar?"
Izwan senyum. Ummi merelakan pernikahan ini bukan kerana ummi tak nak jaga Laura, tapi disebabkan kepercayaan ummi pada aku. Jadi aku takkan sesekali sia siakan kepercayaan itu.
"Eh, ummi nak ke tandas sekejap. Izwan jagakan Meena sekejap ya?" Puan Anissa menepuk bahu Izwan seraya bangun, menapak ke pintu ruangan tersebut.
Bukan untuk buang air kecil atau buang air besar, tapi ingin menangis. Dia mahu menangis semahu mahunya. Sudahlah suami dah meninggalkan diri ini, sekarang perlu melepaskan satu satunya permata dirinya pada orang lain.
Puan Anissa berpaling ke belakang sebelum dia menyaksikan bagaimana Izwan sibuk bercerita dengan Laura. Macam macam yang diceritakannya. Sampai tersenyum Puan Anissa dibuatnya.
Meena jangan marah ummi ya? Ummi cuma mahukan yang terbaik untuk Meena dan Izwan.
Setelah keluar, bukan tandas yang dituju sebenarnya. Tapi ruangan doktor.
"Tumpang tanya, Doktor Zayn Malik mana ya?" Puan Anissa menegur dua orang jururawat yang sedang berbual di kaunter hospital, kedua dua mereka menoleh ke arah suara yang bertanya.
"Oh Doktor Zayn? Dia ada dekat dalam bilik dia, kejap lagi nak keluar makan dengan saya. Kenapa eh? Awak ni siapa?" jengkel, jururawat muda itu menyoal.
Puan Anissa sempat mengerling pada tag nama jururawat itu. Gigi Hadid nama dia. Lawa pun lawa, muka ala ala anak orang putih.
Muka dia camni... jap.
Wah kalau macam ni lah rupa jururawat, ramai orang buat buat sakit!
"Saya ni pesakit dia. Dia kata nak jumpa saya sekarang. Tak apalah, saya pergi dulu. Terima kasih atas info itu ya, Cik Gigi," Puan Anissa terus melangkah pergi namun lengannya sempat direntap oleh Gigi Hadid.
"Zayn Malik tu teman lelaki saya. Kalau dah pesakit tu, buat cara pesakit. Jangan nak menggatal. Awak ni Anissa kan? Setiap kali saya berbual dengan Zayn, ada je dia sebut nama awak, cerita pasal awak. Hebat sangat ke awak ni?"
Ah sudah. Dah jadi sinetron la pula!
Puan Anissa senyum. Tenang saja nampaknya walau dikutuk oleh jururawat berpinggang ramping macam kerengga yang sedang diet itu.
"Dik, ini hospital. Doktor Zayn tu doktor di sini. Doktor dalam khususan untuk pesakit kanser macam saya ni. Awak tu pula jururawat. Dah jadi tugas seorang doktor untuk merawat dan memberikan sokongan pada pesakit pesakitnya. Awak sebagai jururawat pun ada tugas. Awak sedang bercinta dengan dia? Awak ingat saya kisah? Bukan urusan saya."
"Kalau dah terlampau cintakan dia, kenapa tak kahwin dan halalkan je hubungan tu? Saya ni hidup dah tak lama. Itu sebabnya saya buat rawatan dengan Doktor Zayn. Bukan suka suka saya cari dia. Kalau awak tak suka tengok, tukar jelah tempat kerja. Tak rugi pun hospital ni kalau hilang pekerja tak profesional dan tak matang macam awak ni, dik."
Meledak segala kata kata perlian keluar dari mulut Puan Anissa. Wajah merah padam Gigi Hadid tidak dia pedulikan. Dia terus sahaja bergerak ke bilik Doktor Zayn.
Itulah, mana tak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi? Laura menjejaki sikap umminya, suka buat orang sentap!
Haih, bercakap pasal Laura... rasa rindu pula nak dengar dia membebel dan buat hal kan? Rindunya nak tulis babak Laura.
Wany rindu Laura Ameena.
Dey Laura, siapa suruh lompat?!!!
Siapa rindu Laura angkat bulu kening!
-♡-
KEKOK.
Itu yang dirasakan oleh Izwan bila berhadapan dengan seorang lelaki yang dahulunya bukan main ramah tapi kini jadi serius dan tegas.
Sempat air kopi latte diteguk, sekadar membasahkan tekak untuk bercakap dengan lelaki di hadapannya ini berkenaan sesuatu yang mustahak.
"Abah-- maaf. Maksud saya, uncle. Uncle apa khabar?"
Rasa tak enak pula panggil abah. Uncle, formal sikit.
Encik Amir sekadar mengangguk tanda sihat. Sempat pandangan dilayangkan pada Izwan yang berpakaian kemas seperti selalu, tapi ada riak serius terpamer pada wajah tampan itu.
Ada apa sebenarnya ni?
"SPM macam mana? Okay semua? Sebelum tunggu keputusan keluar, ada nak kerja mana mana?"
"Alhamdulillah uncle. Semuanya baik. Saya ingat saya nak kerja sendiri sementara tunggu result SPM keluar. Saya tak berapa minat bussines." Izwan menatap wajah Encik Amir dengan penuh minat.
Walaupun sudah dimamah usia, Encik Amir tetap nampak muda. Nampak menarik untuk ditatap.
"Kerja sendiri? Apa kerja yang kamu boleh buat? Bukan ke ayah kamu jutawan? Kerja jelah dengan dia senang sikit." Encik Amir mengangkat kening.
Soalan tadi terdengar sarkastik. Tapi Izwan tetap tenang. Dia tahu ramai yang akan menganggapnya rugi kerana memilih untuk tidak mengambil alih legasi perniagaan papanya.
Yelah, papa boleh hasilkan sekitar 1 billion ringgit sehari dengan perniagaannya. Perniagaan apa tu Izwan kurang pasti. Manakan tidak, masa papa sibuk bercerita pasal kerjanya ketika di meja makan, Izwan langsung tak fokus. Tak minat.
"Saya tak minat, uncle. Saya nak kerja di syarikat ibu saudara saya. Dia buat perniagaan jual kamera keselamatan." Bohong Izwan.
Kalaulah orang di sekeliling tahu apa pekerjaan yang sebenarnya Izwan mahu lakukan, pasti semua akan membantah sekeras kerasnya.
Kerana pekerjaan itu melibatkan nyawa, pertumpahan darah dan senjata api.
Itu yang Izwan minati-
Bukannya duduk silang kaki di pejabat sambil belek fail dan handle meeting macam papanya.
"Baguslah. Oh ya, ada apa kamu nak jumpa uncle ni? Sekejap lagi uncle ada nak jumpa orang, jadi uncle tak boleh berlama dekat sini." Encik Amir mengerling jam tangannya yang menunjukkan jam 6 petang.
Dia perlu bertemu Salindong sebentar lagi, juga di Tealive ini. Mereka akan menghadiri Private Party tengah malam ini.
Jangan ditanya.
Orang kalau dah dilamun cinta, suruh redah lautan api pun dia sanggup!
Eh tapi mana ada lautan api di dunia ni?
Kalau Encik Amir terus berkelakuan begini, dia akan meredah lautan api neraka satu hari nanti...
Pft. Harap diberi hidayah.
"Perkara ni melibatkan Laura Ameena, anak uncle."
Riak wajah Encik Amir berubah tegang. Agak tak suka bila nama itu dibangkitkan.
"Dia dah sedar ke?" soal Encik Amir tanpa rasa minat. Kopi latte dihirup dengan rakus.
Izwan senyum tipis sebelum menggeleng.
"Habis tu ada apa kamu nak jumpa dengan uncle? Budak tu yang tak pasal pasal pergi lompat dari bumbung rumah kamu kan? Itu mesti sebab dia malas nak SPM. Dia koma macam tu lagi baik. Tak payah menyusahkan orang. Kalau dia ke alam barzakh lagi bag--"
"Uncle boleh bagi ruang tak untuk saya bercakap?" tegas, Izwan bersuara dalam nada dingin. Tangan dikepal, cuba bersabar.
Encik Amir terdiam seribu bahasa. Wajah serius Izwan ditatap tanpa berkelip. Kenapa aura budak lelaki ini mampu buat dia gerun?
"Saya nak nikah dengan anak uncle, Laura Ameena."
Riak wajah Encik Amir berubah kendur. Serentak ledakan tawa tercetus dari bibir pucat milik lelaki itu.
Izwan kekal diam, tak menghiraukan Encik Amir yang seronok gelak sakan seperti orang kena sampuk.
Apa yang lawak pun tak tahu lah. Mungkin faktor pertambahan usia buat Encik Amir jadi begitu.
Tak lama lagi rumah kata pergi, kubur kata mari. Tak insaf lagi kita lenyek pakai lori! Eh mesti korang baca macam nada pantun kan? Pfft.
"Kamu boleh jamin ke dia akan bangun? Bazir air liur je akad dia tiba tiba meninggal. Kamu budak mentah. Tahu ke pasal selok belok perkahwinan?" sempat Encik Amir menyindir.
Izwan senyum tawar. Manusia bila sayang pada sesuatu, dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Tapi bila dah hilang rasa sayang, dicampak... malah dibuang terus dari hidup seakan benda tu tak pernah bagi kenangan apa apa.
"Tapi insya-Allah saya takkan ceraikan Meena hanya disebabkan perempuan lain, dan saya takkan abaikan anak kami nanti, uncle."
Tersentap Encik Amir dibuatnya. Berliter liter air liur diteguk untuk menutup rasa gugup. Siapa makan cili dia rasa pedas. Tapi Encik Amir betul betul rasa yang ayat tu ditujukan pada dia.
"Sekalipun uncle dah tak kisah pasal Meena dan ummi, kali ni saja saya minta. Tolong jadi wali untuk pernikahan kami. Saya merayu," Izwan membetulkan duduknya. Kini lebih sopan dari tadi.
Sekali lagi Encik Amir ketawa terbahak bahak sehingga mengundang rasa menyampah pada beberapa pelanggan di kafe terkemuka itu.
Izwan tetap sama, diam dan beku.
"Dia bukan lagi isteri uncle. Kenapa pula uncle nak kena sibuk jadi wali? Suka hati lah kamu nak kahwin dengan Ameena atau kamu nak buat apa pun pada dia, uncle tak mahu kisah." angkuh, Encik Amir sengaja halakan pandangan pada tempat lain.
Baginya, hubungan dia dan mereka berdua tamat sebaik sahaja talak dilafaz.
"Uncle memang boleh ceraikan isteri uncle, tapi uncle tak boleh ceraikan Meena sebab dia anak uncle. Meena sorang je anak, permata hati yang uncle ada. Dia yang akan doakan uncle dan sedekahkan Al Fatihah bila uncle dah tak ada dalam dunia ni, bukannya skandal uncle tu."
Terasa seperti ada panahan das tembakan pistol M416 milik PUBG ke dalam jaringan diafragma dan juga alveolus Encik Amir membuatkan dia resah seketika.
"Bila kamu rancang nak langsungkan akad?" soal Encik Amir tiba tiba.
Izwan senyum. Setuju juga akhirnya.
"1 Januari, hari Jumaat." ringkas jawapan yang diberikan.
Encik Amir berkira kira sendiri. 1 Januari tu lagi 5 hari. Memang dia lapang, tak ada kerja sebab dipecat oleh majikan sebab tak masuk pejabat dalam jangka masa yang lama selepas bercerai.
Dia sibuk dengan Sally, skandalnya yang cantik macam muka artis korea! Duit pun Sally yang beri, kiranya macam Sally lah yang menanggung makan pakai Encik Amir.
Pikir sweet? Ceh.
"Okay. Tapi ada syarat."
Bingo. Izwan dah jangka yang Encik Amir ada permintaannya yang tersendiri. Mesti ada syarat punyalah.
"Just name it,"
"10k."
Kening Izwan bertaut. What? 10k of what?
"Kamu bagi 10 ribu, uncle jadi wali. Fair kan?"
Encik Amir senyum sendiri. Kalau dia ada banyak duit, boleh dia 'ikat' Salindong dengan lebih ketat supaya wanita itu tak berpaling lagi. Dia pun tak tahu kenapa dia boleh obses dengan Salindong tu. Macam kena guna guna pun ada.
Alah, setakat 10 ribu tu tak luak pun harta keluarga Izwan ini, fikirnya lagi.
Izwan menghela nafas panjang. Bukan 10k yang difikirkan tapi perbualan dia dan ayah Laura dah jadi macam proses pemerdagangan orang.
Sanggup seorang bapa mencintai harta lebih dari menyayangi anak kandung sendiri?
"Uncle nak cash atau cek?" soal Izwan.
Kalau setakat 10 ribu, dalam akaun bank Izwan ada berkali ganda lebih dari tu. Dalam peti simpanan dalam bilik pula 10 ribu tu bagaikan sepuluh sen. Terlampau banyak.
"Cash. Kamu ada sekarang ke?" berpinar pinar mata Encik Amir memikirkan berapa banyak barang yang dapat dibeli untuk Sally dan Adella.
Izwan geleng. Gila apa nak bawa duit banyak banyak sekadar untuk pergi ke kafe?
"Setengah jam lagi saya datang dengan duit yang uncle minta. Itu pun kalau uncle sanggup tunggu sebab saya perlu buat proses transaksi dulu. Dalam poket saya ni ada RM10 je sekarang ni,"
Izwan bab nak ambil duit memang malas. Biarlah tinggal sepuluh sen dalam poket pun dia tetap boleh hidup.
"Berapa lama pun uncle tunggu." Encik Amir bangun lalu bahu 'bakal menantunya' itu diusap dengan rasa gembira tak terkata.
Izwan tetap tak menunjukkan apa apa reaksi. Serentak dia mahu bangun dan berlalu pergi dari situ, dia terpana apabila seorang perempuan dengan tiba tiba duduk di atas riba Encik Amir.
Dahlah baju macam tak cukup kain. Padahal banyak je kedai kain Nagoya
"Baby, sorry I lambat. Orang tua dekat rumah tu sibuk tanya I nak pergi mana. Marina, anak dia tu pun I sempat lempang tadi sebab kurang ajar. Tak sedar diri ke dia tu anak yatim?" laju mulut Datin Sally mengacu pada skandalnya itu.
Izwan melarikan pandangan apabila dress kecil di tubuh wanita itu terselak menampakkan paha dan betis wanita itu yang putih bersih tanpa sebarang cela.
Dressnya lebih kurang begini...
"Tak apalah sayang, I pun tadi ada bincang bincang sikit dengan kawan anak I ni. Jomlah kita pergi jalan jalan, window shopping." tangan Encik Amir meliar di serata kawasan tubuh Datin Sally buatkan Izwan makin rasa kekok.
Sempat Izwan berdehem buatkan Datin Sally dan Encik Amir sama sama memandang wajah tampan itu.
"Oh ya, sayang. Kenalkan, ni Izwan. Err... kekasih anak I, Laura Ameena."
Izwan terkedu. Kekasih?
"Wow. Menarik..." Datin Sally melirikkan matanya ke arah Izwan dengan panahan menggoda.
Namun sedikit pun Izwan tak terlihat gugup atau tergoda. Rasa nak cau terus adalah. Makcik ni dah kenapa eh?
Betullah kata ustaz sheikh yang mengajar Bahasa Arab di sekolah bahawa golongan wanita zaman sekarang sudah pupus rasa malu. Berpakaian pun terdedah sana sini. Kalau tak terdedah sekalipun, ketat menunjukkan lekuk tubuh yang sepatutnya cuma jadi tatapan lelaki yang berhak iaitu suami.
"Okay kalau tak ada apa apa lagi saya minta diri dulu. Uncle jangan lupa Jumaat ni. Saya akan telefon uncle sehari lebih awal. Pasal duit, nanti dua orang lelaki akan datang berjumpa uncle dan serahkan jumlah wang yang uncle minta tu." sempat Izwan tunduk hormat pada mereka berdua sebelum bergegas ingin pergi.
Sesak nafas melihat betapa tiada batasnya hubungan Encik Amir dan Datin Sally. Ingin sahaja dia menegur, tapi rasanya tak boleh berlama di situ. Rasa panas.
Saat Izwan sibuk mengeluarkan telefon dari poket seluar slack, tubuhnya melanggar satu lagi tubuh tegap seorang lelaki.
Habis terjatuh semua plastik di tangan lelaki yang dilanggarnya itu. Izwan pantas tunduk mengutip barang barang yang jatuh. Barang biasa je, vape dan beberapa refill yang dibeli.
"Maaf," sopan Izwan menghulurkan semula plastik berisi rokok elektronik itu.
"Mata kau letak mana? Punggung?" sarkastik suara lelaki yang dilanggar Izwan itu menyindir.
Saat Izwan angkat wajah, terpacul wajah pucat milik seorang lelaki yang sangat sangat dikenalinya.
Rizuan Amsyar? Seorang pelajar yang sangat pasif di sekolah dan sering bersendirian. Apa yang buatkan Izwan tidak menggemari sikap lelaki itu ialah si Amsyar ni selalu mengintip Laura di sekolah.
Laura tengah makan kat kantin pun tajam saja mata Amsyar memerhati. Malah mereka berdua dilihat sering berbual di sekolah tapi perbualannya kelihatan serius.
Tak pernah pun ada senyuman yang terukir di wajah Laura dan Amsyar ketika saling berbual.
Perkara itu sedikit sebanyak membuatkan Izwan jadi sedikit lega.
"Oh, kau? Ketua Pengawas private school ternama di Malaysia. Izwan Hakiem, am i right?" senyum, Amsyar memasukkan sebelah tangan dalam poket seluarnya.
Izwan kekal diam. Yang menjadi perhatiannya ialah tangan Amsyar yang berbalut tak sempurna. Nampak macam...
Baru lepas bertumbuk?
"I got to go. Pasal kau langgar aku tadi nanti aku fikir sama ada nak maafkan atau sebaliknya," sinis Amsyar melontar kata sambil mengambil semula plastik berisi barang kegemarannya.
Izwan sempat menghalang Amsyar dari pergi.
"Tangan kau, apahal?" soal Izwan, tidak henti henti memandang tangan milik Amsyar.
Dari cara balutan itu pun Izwan dah tahu yang balutan tu tak betul. Nampak macam tak dibalut untuk halang jangkitan kuman, tapi cuma sekadar menutup luka yang ada.
"Laura Ameena..."
Berubah air muka Izwan apabila dengan jelas, nama Laura meluncur keluar dari bibir merah yang kelihatan sedikit pucat milik Amsyar.
"Apa hubungan korang berdua sebenarnya? Apa yang Meena dan kau sorokkan dari aku?"
Terbit senyuman tipis Amsyar apabila mendengar soalan tadi.
"Bro, aku bukan tak nak bagitahu. Apa yang aku risau adalah macam mana kalau kau broken? Lepas tu batalkan pernikahan kau dengan perempuan tu. How if its happen?"
Izwan cuba mengawal perasaan. Sabar, Wan. Tempat public ni. Izwan menghalakan pandangan ke arah pusat membeli belah yang sibuk itu.
Dah lah dia dan Amsyar berada di tengah, kawasan orang lalu lalang. Perbualan antara mereka pula dah jadi makin 'panas'.
"Bawa aku jumpa Minmin dan aku akan cerita dari A sampai Z pasal aku dan dia. Fair right? Give and take."
Izwan mengerutkan dahi.
"Minmin?"
Amsyar ketawa kecil. "Lupa pula. Minmin tu Ameena. Comel kan? Dia yang suruh aku panggil Minmin masa kitorang mula jadi kawan tak lama dulu,"
"Tak payah banyak cakap. Ikut aku kalau kau nak jumpa 'Minmin' kau tu." tegas, Izwan melintas menjauhi Amsyar.
Bila perasaan cemburu datang, Izwan akan terus jauhkan diri. Sebab dia takut orang dapat tengok sikap yang selama ni dia sendiri rahsiakan.
Amsyar senyum dari belakang sebelum perlahan lahan mula mengikuti jejak Izwan.
The game is reaching the climax.
Rampas kembali Laura Ameena dari Izwan Hakiem?
Tak, nampak sangat sangat tak gentle kalau main rampas rampas.
Aku sendiri yang akan buat Laura jatuh dalam genggaman. Buatkan dia benci pada Izwan dan jadi yang halal buatnya.
Itu cara bermain yang betul.
Bukan macam Marina Finanda. Gelojoh.
Amsyar senyum sendiri.
-🤍-
DENGAN nama Allah yang pemurah lagi maha mengasihani.
Bismillahirrahmanirrahim.
"Dah bersedia?" Encik Amir memandang wajah tenang Izwan yang turut sama bersila di hadapannya.
Tapi Izwan kekal diam. Dia menoleh memandang kawasan sekeliling. Setiap wajah yang memandang buatkan dia rasa resah tiba tiba.
Ummi, Papa, Mama, dan beberapa saksi yang lain.
Amelia, Firash, Afieya, Syuhada, Raysha, Nazrul, Adam, Arfiq, Amierul, Nayli, Marina dan...
Izwan melepaskan keluhan kecil.
Rizuan Amsyar.
"Izwan, bersedia tak sayang?" soal Datin Sahira yang sedang memeluk Puan Anissa.
Izwan sendiri masih tak percaya yang dia sekarang sedang menyarung baju melayu putih.
Sedang bersedia untuk proses akad nikah. Selesai sahaja akad dilafaz, Laura Ameena akan menjadi haknya.
Hubungan akad yang akan menghalalkan hubungan dia dan Laura. Hubungan yang membawa seribu satu tanggungjawab yang besar.
Izwan tunduk. Masih teringat semua isi perbualannya dan Amsyar beberapa hari lepas.
"Dia tak dapat cam aku sebab dulu dia panggil aku Ah Boy. Mustahil kami saling mengenali lepas bertahun tahun terpisah. Lagipun, kami kenal di taska."
"Minmin seorang perempuan yang aku sangat sayang. Masa aku tak ada sesiapa, dia yang akan peluk aku, hiburkan aku. Sehingga sekarang aku ingat semua tentang dia."
"Kau yakin ke dia Minmin? Dia Laura Ameena. Aku rasa kau silap orang ni."
Amsyar senyum.
"Aku mengaku yang aku hampir silap masa aku cari dia. Sepuluh tahun aku cari tapi tak ada hasil. Tapi aku yakin Laura Ameena tu adalah Minmin sama dengan yang aku kenal dulu,"
"Kami berdua rapat sangat sangat. Sampai berjanji untuk berkahwin. Dia nak kahwin dengan aku."
Izwan berdecit. Itu zaman kanak kanak. Mereka berjanji pada usia 7 tahun. Mungkin saja mereka berdua tak maksudkan pun janji yang terbina tu.
Izwan meraup wajah, serabut. 5 hari lagi akad akan berlangsung dan Amsyar pula muncul.
"Sekarang kau nak dia balik?" nada suara Izwan bertukar lebih lemah.
Ingin saja dia bertanya soal kebenaran pada Laura sendiri. Malang sekali, Laura pun masih tidak sedar dari koma yang panjang.
"Aku masih sayangkan dia dan akan terus sayangkan dia, Izwan. Aku bukan nak merampas ke apa. Tapi kalau kau tetap kahwin dengan dia, kau yang akan jadi perampas."
"Bayangkanlah kalau dia tak simpan apa apa pun perasan pun pada kau. Bila sedar, dia akan benci kau sebab kahwini dia sedangkan perasaan dia hanya pada aku." senyum Amsyar apabila wajah Izwan berubah mendung.
"Kalau dia tak cintakan aku, aku sendiri akan buat dia jatuh cinta pada aku. Lagipun janji tu 10 tahun dulu. Masa korang berdua sendiri belum matang. Boleh jadi janji tu cuma dibibir, bukan di hati."
Kini Amsyar pula kelihatan tidak senang.
"I can make her happy more than you can ever think!" Amsyar melaung ketika Izwan berlalu pergi dari situ dengan pantas.
Izwan berhenti lalu berpaling memandang Amsyar.
"Maafkan aku kalau kau rasa aku pentingkan diri sendiri. Tapi aku sayangkan dia. Biarpun dia tak sayangkan aku, aku akan terima. Sebab aku bukan nak kahwini dia atas dasar cinta semata mata."
"Aku nak jaga dia dan aku nak bimbing dia. Sebab aku rasa dia yang ambil tulang rusuk kiri aku."
Tersentak Amsyar apabila Izwan berkata sedemikian dan terus melangkah pergi.
'Kau takkan bahagia dengan dia!' beberapa kali laungan suara Amsyar kedengaran namun Izwan sekalipun tidak mahu menoleh lagi.
Kejamkah aku, Ya Allah?
Memisahkan dua hati yang saling mencintai?
"Izwan. Kamu dengar tak ni? Kenapa senyap?" soal Encik Amir bersungguh sungguh.
Sebab selepas ini dia ada dating dengan Salindong! Tak boleh lambat, kang merajuk satu hal pula nak kena pujuk.
Sekali lagi, Izwan menoleh pada Amsyar yang dari tadi membisu.
Setelah itu, dia menghalakan pandangan pada Laura yang sedang terbaring lemah di atas katil hospital.
Akad ini berlangsung syahdu di dalam ruangan wad peribadi milik Laura.
Izwan memejam mata serapat rapatnya.
Ya Tuhan, berikan aku kekuatan.
"Maaf, tapi saya nak Rizuan Amsyar gantikan tempat saya, jadi suami yang sah pada Laura Ameena. "
Amsyar terkedu.
Perlahan Izwan menghampiri Amsyar lantas songkok di kepala diletak berhadapan Amsyar.
"Wan... apa ni? Hey you love her! Jangan macam ni please." Nayli duduk di sebelah Izwan dengan wajah muram.
Izwan menggeleng. Dua butang atas baju melayunya ditanggalkan.
"Amsyar, sayangi Meena sepenuh hati kau. Jangan pernah sakitkan dia. Gantikan tempat aku, aku nak kau dengan dia bahagia sampai bila bila." Izwan senyum.
Marina yang berada di sebelah Afieya tersenyum seorang diri.
Bagus, Amsyar. Rancangan kita berjaya!
Izwan menghalakan pandangan pada Laura di atas katil. Langkah kaki perlahan menghampiri tubuh lesu itu.
Saat baru sahaja Izwan ingin pantas beredar, baju melayunya ditarik lemah dari belakang.
"Jangan tinggalkan aku, Izwan. Aku sayang kau..." saat itu dunia seakan berhenti berputar apabila Izwan berpaling dan wajah merah sembap milik Laura menjamah pandangan.
Mata cantik itu perlahan lahan terbuka dan seluruh isi wad mengucapkan kalimah syukur. Ada yang menangis keterharuan.
Izwan berkali kali melafazkan alhamdulillah di dalam hati. Dia berdiri di sebelah katil, memandang Laura tak berkelip.
"Cepatlah akad! Aku nak jadi isteri kau!" walaupun lemah, suara Laura buatkan Izwan gelabah duduk kembali di hadapan Encik Amir.
Aku perlahan lahan buka kelopak mata dengan keadaan masih separuh lemah. Cahaya lampu buat pandangan sedikit pudar.
Dapat aku rasakan pelukan ummi yang tak dapat lagi aku balas. Cuma apa yang aku panjatkan cuma kesyukuran pada Ilahi.
Pandangan aku halakan pada raut wajah yang sangat dirindui.
Izwan Hakiem yang lancar melafazkan akad.
"Aku terima nikahnya Laura Ameena binti Amiruddin dengan mas kahwinnya senaskah Al-Quran yang telah aku khatamkan, tunai."
"Alhamdulillah sayang," Puan Anissa memberikan satu pelukan hangat buatku.
Terharu. Itu yang Puan Anissa rasakan. Saat bahagia detik perkahwinan anaknya dihadiahkan sekaligus dengan hadirnya Laura Ameena ke dalam hidupnya sekali lagi.
Izwan duduk di sebelah.
Aku senyum dengan keadaan lemah dan tidak bermaya.
"Can I call you Love for now on?"
Aku dah rasa berbunga. Bayangkan, baru je sedar dari koma tup tup dah jadi isteri crush sendiri. Rasa nak koma buat kali kedua.
"You can." aku senyum bahagia.
Izwan menghampiri wajah dan spontan, satu ciuman hinggap di dahi.
Ciuman pertama buat Izwan tapi yang kedua buat... aku.
Kerana yang pertama dah jadi milik...
Firash.
Amsyar kaku di satu arah. Perlahan, Marina merangkul Amsyar lalu membisikkan sesuatu ke telinga lelaki itu.
"Jangan buat bebal sangat boleh? Biarkan diorang bahagia dulu. Biar diorang bercerai berai! Baru puas sikit." Marina menyusun rancangan di dalam otak.
Amsyar diam.
Langgar Izwan sampai mampus dan kahwini Laura.
Rancangan bagus juga—
To Be Continued <3
maka berakhirlah. hello jangan happy sangat. ada ramai yang berdendam di sebalik perkahwinan mereka berdua.
SESUAI DENGAN LAGU INI ;
okay la bye semua.
fi hifzillah.
fi amanillah.
assalamualaikum.
yang akan SPM tak lama lagi,
Nur Alwani ❤️.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top