00 : 35

song recommended for this chapter

Eddy kim; When night falls

p/s ; please watch this video first before start reading. thankyou :)

<3

assalamualaikum.

selamat tahun baru anak anak mama semua♡. mama alhamdulillah tahun depan dah 18 tahun tapi masih sekolah. tahniah alwani dan para batch 03 sekalian. mama harap anak anak mama sihat sejahtera menjalani tahun 2021.

rindunya dekat korang semua ♡.
korang apa khabar ? sihat ? harap semua sihat dan happy je sentiasaa.

terima kasih pada yang spam telegram, spam private message kat wattpad, spam message board and also yang spam ig. insyaallah wany cuba reach korang semua balik. dah okay sikit nanti, wany reply satu ii.

wany hilang number korang sebab tak simpan dekat memory card :( semua ada dalam telefon lama ;(

phone wany rosakk :(( pecah lebur sebab tuan dia ganas sangat and tabiat dia suka baling phone kalau marah atau sedih :((

btw sorry for the late update like always.

korang doakan saya boleh? i'm struggling with my own life right now. i nearly nak commit suicide. but no worries, its nearly. sebab tu i still here♡.

doakan saya tau. tak perlu buat apa ii, doa korang je yang saya perlukan sekarang

wany sayang korang tau. ingat sampai bila ii ❤.

im sorry ❤.

terima kasih untuk 10k votes ❤.

i miss you guys.

one more time, phone saya rosak so ni pun bukak kat phone lama. so yeah whatsapp takleh bukak, telegram.. semua tak dapat reach tapi sokay nanti wany pinjam phone adik okay ? tu pun kalau minah tu bagi. wanabunnyy 🙄

Ilygsm❤

ohyaa sebelum wany terlupa, wany ada 'special' annoucement nak bagitau semua orang. berita baik atau buruk, nantikan annoucement wany nanti okay ?
tunggu tau <3

special thanks and lots of love for everyone yang ada susah senang dengan wany.

korang special in my life<3

srslyitsnothing

cokelatsirap

thenrhidyah

ainan_nnn

popsicleso

amsyarhoney

farhanhoney

Fatyn9

marin---xx

_r44n_

hnzlxa_

beomgyu_1331

liyannnnn

Dyanaashraff

theinfatt

_lunastella

amyrhamn

fisyaqistinae_

fatinmaisaraa

teahkiyott

dan semua yang lain, yang saya tak mention pun tetap ada dalam hati saya. terima kasih ❤terlalu ramai sampai taktahu nak balas jasa korang macam mana.
lagi ii yang sabar tunggu wany update :))

kesian korang dapat author macam saya ni yg asyik susahkan semua orang. sorry♡.

may allah repay you <3

« when night falls, we will get through the night together »

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

enjoy reading my blueberries ♡

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"MEENA okay?"

Bahu aku terangkat, terkejut apabila ummi tiba tiba membuka bicara.

Aku menoleh pada ummi di sebelah yang sedang memandu. Mata ummi masih fokus pada pemanduannya.

Aku angguk dengan wajah yang pucat.

"Meena okay." aku kembali melontar pandangan pada luar tingkap.

Meena tipu la, ummi.

Meena tak okay pun.

Meena kan kena kuat untuk ummi.

"Dari tadi lagi senyap. Tak suka ke dapat balik rumah jumpa ummi? Hm sayang?"

Mestilah suka.

Lagipun harini kan hari lahir Meena. Tapi tak ada sesiapa pun yang ingat. Meena tengah cuba okay kan diri lah ni.

"Abah mana?" soal aku, cuba menduga.

Sekarang, abah memang dah jarang ambil aku pulang dari asrama. Yang ada cuma ummi. Abah seakan dah tak kisah pasal aku.

"Abah pergi jumpa kawan katanya. Mungkin malam sikit baru abah balik," ummi senyum.

"Kawan abah tu lelaki ke perempuan?" soalan itu laju keluar dari bibir aku sambil kepala ditolehkan pada ummi di sebelah.

Ummi dengan tiba tiba menarik handbreak kereta.

Baru aku sedari yang kami berada di hadapan bangunan kecil Tealive.

"Meena nak air apa?" soal ummi sambil mengeluarkan beg dompetnya dari dalam beg silang.

"Jawab soalan Meena dulu, ummi. Abah keluar dengan siapa?"

Dengan tiba tiba, aku terasa sebak. Tangan aku menggigil bila ingat balik peristiwa pertembungan aku, abah dan mak tiri Marina yang seakan pertemuan yang paling mengerikan.

Abah tipu ummi ke?

Tapi kenapa?

Ummi dah tak cantik di mata abah lagi?

"Meena... kenapa ni? Ya Allah..." ummi meletakkan kedua tapak tangan hangat miliknya di pipi kanan dan kiriku.

Memaksa aku untuk tatap sepasang anak mata cantik milik ummi.

Ummi...

Abah dah curang dengan ummi...

"Apa apa pun jadi pada keluarga kita, janji dengan ummi. Jangan tinggalkan ummi. Meena kena ada dengan ummi sampai bila bila sebab Meena nyawa ummi. Meena kekuatan ummi,"

"Ummi..." riak wajah aku berubah tatkala air mata mula membasahi pipi ummi.

"Allahuakbar..." ummi tundukkan wajah, pegangan pada stereng kereta dilepaskan.

Spontan, aku menarik ummi masuk ke dalam pelukanku. Dapat aku rasakan tudung bawal hitam di kepala ku basah, hasil tempias air mata kecewa milik ummi.

Abah...

Abah dah kecewakan dua wanita terpenting dalam hidupnya. Aku dan ummi.

"Abang..." aku dapat dengar suara halus ummi di sebalik tangis yang mula memenuhi ruangan kereta.

"Ummi jangan macam ni... ummi kena kuat..." nada suara aku juga mula berubah. Menjadi sedikit pecah dan seakan bergetar.

Aku menyedari pelupuk mata aku basah, digenangi air mata yang tidak tertahan lagi.

Dan kini, aku menyedari satu kenyataan yang...

Cinta, bukan suatu perkara yang serba indah.

Apabila salah seorang mula berhenti untuk setia, cinta yang tersisa hanya sia sia.

Kerana cinta perlukan dua pihak yang saling menyayangi, bukan menyakiti.









❀❀❀

SELEPAS minum di Tealive tadi, aku dan ummi terus menuju pulang ke rumah. Ummi hanya tinggalkan aku di rumah seorang diri sebelum pergi ke Cafenya semula.

Tak apa. Aku dah biasa duduk rumah sorang.

Masalah yang ada sekarang cuma satu. Kepala aku pusing, pening memikirkan tentang masalah antara ummi dan abah yang tiba tiba sahaja berlaku.

Mana ummi dan abah yang dulunya sering bermanja, saling menyatakan rasa cinta sesama mereka?

Cinta yang dijaga lenyap begitu sahaja akibat hadirnya orang ketiga.

Aku melabuhkan punggung di atas sofa sebelum bersandar, menarik alat kawalan jauh televisyen dengan menggunakan kaki.

Anak dara pemalas!

Setelah itu, aku mengalih kepada rancangan hiburan tempatan bertajuk Wany Show.

Nama pengacara rancangan ni Alwani Aurora. Dia suka merapu di setiap episod tetapi entah kenapa aku tertarik untuk tengok.

Sedang asyik aku gelak terbahak bahak mendengar celoteh Wany, deruan enjin kereta menderu masuk ke dalam perkarangan rumah.

Aku jenggukkan kepala di celahan langsir.

Riak wajah aku berubah.

Itu abah. Abah baru balik.

Cepat cepat aku pura pura khusyuk tengok TV apabila kelibat abah kelihatan keluar dari perut kereta lalu ke pagar untuk menutup pagar yang ternganga luas.

Selepas itu, aku lihat abah atur langkah memasuki rumah sambil tersenyum senyum memandang skrin telefon.

Macam orang yang sedang dilamun cinta...

"Meena?" wajah abah terpacul di muka pintu. Baru sedar akan kehadiran aku dalam rumah itu.

Aku sekadar senyum sebelum kembali mengalihkan perhatian pada kaca televisyen. Abah kelihatan tak teruja bila nampak aku.

"Bila sampai?"

Aku lihat abah memasukkan telefonnya ke dalam poket seluar sebelum melangkah ke arahku. Aku cuba mengawal riak wajah supaya tidak terlihat seperti dah tahu semua kecurangan yang abah lakukan.

Abah duduk di sebelahku.

"Lepas asar," balas aku tanpa nada.

Langsung tidak memandang abah seperti kebiasaan. Aku rasa aku tak mampu tengok muka abah bila ingat apa yang aku nampak di pusat membeli belah tadi.

"Tak nak peluk abah ke?" abah tiba tiba buat aku rasa sebak.

Perkara pertama yang akan aku buat bila pulang ke rumah dari asrama ialah peluk abah. Kerana bila aku berada dalam pelukan abah, aku rasa selamat. Rasa terubat rindu yang ada.

Perlahan, aku menoleh, memandang wajah abah yang kelihatan sugul apabila dipalau oleh aku.

Aku menghela nafas panjang sebelum akhirnya memeluk abah dengan erat.

Abah, Meena rindu abah. Meena rindu abah yang dulu.

Aku tak dapat tahan air mata dari tumpah membasahi pipi apabila tangan abah naik mengusap kepala aku, lembut. Aku sembunyikan wajah pada dada abah untuk mengelakkan abah dari ternampak aku yang dah banjir dengan air mata.

Betullah kata ustazah aku di sekolah.

Kadang kala, rumah tangga akan diuji dengan pelbagai ujian untuk mematangkan dan memberi pengajaran agar tidak berlaku lagi perkara yang sama pada masa akan datang.

Dan ujian itu perlu diselesaikan oleh kedua dua pihak, suami dan isteri supaya mahligai cinta yang tercipta akan kekal abadi walaupun dibadai ombak kehadiran pelbagai masalah ataupun orang ketiga.

Kerana masalah dalam keluarga, anak anak yang akan terjejas mentalnya dan anak anak cenderung untuk berasa trauma.

Itu yang aku rasakan.

Trauma jika perkara yang berlaku pada ummi dan abah berlaku pada rumah tangga aku pada masa akan datang.

Nauzubillahiminzalik, Ya Allah.

Kau peliharalah keluarga kecil kami. Aku tak sanggup kehilangan ummi dan abah yang aku sayangi setulus hati.







❀❀❀

MARINA mengemas segala buku dan peralatan menulis di atas mejanya sebelum bangun dari kerusi untuk ke dapur menjamah sedikit makanan.

Sebelum keluar dari bilik, beberapa foto polaroid yang tergantung rapi di dinding bilik ditatap dengan sekuntum senyum.

Gambar Izwan yang dia perolehi dari akaun Instagram milik lelaki itu dijadikan dalam bentuk polaroid, senang nak tatap wajah kacak milik Izwan ketika sedang mengulangkaji pelajaran di dalam bilik! Gambar Izwan buat Marina senyum sendirian dan boleh angau inginkan lelaki itu.

Tiba di dapur, kedengaran suara gelak tawa seseorang yang bernada gedik dan manja.

Marina mengambil keputusan untuk mengintai di sebalik pintu untuk mencuri dengar perbualan telefon antara ibu tirinya dengan seseorang.

Perempuan tu.

Datin Manja Salindong atau lebih dikenali sebagai Datin Sally, ibu tiri kepada Marina. Wanita berdarah Indonesia dan Bugis.

"Ala tadi kan kita baru je jumpa. Takkan baby dah rindu sayang kot?"

Marina menahan diri daripada muntah apabila wanita yang dah berusia itu menggatal, bergayut dengan seseorang melalui talian telefon.

Marina yang 17 tahun, masih muda remaja tu pun tak pernah panggil sesiapa dengan gelaran 'baby'. Geli geleman.

Cuma seorang je yang Marina sanggup panggil dengan gelaran baby.

Sudah semestinya...

Izwan Hakiem!

"Okay lah baby. Sayang nak mandi sekejap. Kita jumpa esok tau. Sayang teringin nak makan makanan viral tu... kaki ayam celup kuah dalgona hehe."

Ayam celup dalgona?

Allahuakbar, boleh muntah pelangi.

"Kau ingat kau cantik ke mengendap orang macam tu?"

Terangkat bahu Marina apabila tiba tiba disergah oleh wanita itu. Pelik. Walaupun perempuan itu duduk membelakanginya, dia masih boleh lihat Marina yang berdiri di belakang tanpa menoleh langsung.

Oh mungkin dia ada dua biji mata di belakang leher...

"Aku cakap ni jawablah!" tengking wanita itu sambil membalikkan tubuh ke arah Marina.

"Memang Rin cantik pun. Kulit Rin cerah dan mulus bebas jerawat. Bukan macam muka makcik, ada tompok hitam dan berkedut sejuta. Dah tua pun masih nak pasang skandal dengan lelaki lain walaupun dah kahwin. Tak sedar diri, ko fikir ko lawa? Eh-"

Marina menekup mulutnya apabila sedar dia mungkin dah mengguriskan hati si ibu tiri yang dah menopaus minggu lepas---

Astaghfirullahalazim.

"Apa? Apa kau cakap? Ulang lagi sekali, aku nak dengar." dengan tiba tiba, Datin Sally bangun lantas berpaling dan memeluk tubuh. Matanya tajam merenung Marina yang berdiri hanya beberapa meter darinya.

Marina diam.

Malas nak melawan sebab nanti bila daddy balik, mesti mummy mengadu pada daddy. Dan akhirnya seketul Marina juga yang akan dipersalahkan.

"Dahlah muka buruk. Lepastu pekak." tiba tiba seseorang yang baru masuk dari pintu dapur mencelah sambil ketawa sinis.

Marina menggumam geram.

Itu Adella Marissa. Adik tiri Marina yang berusia 16 tahun. Tapi cara dia bercakap, macam Marina pula adik dalam rumah tu.

Mereka berdua ibarat api dengan angin. Masing masing akan makin marakkan api permusuhan sesama sendiri.

Pernah gaduh sambil tarik tarik rambut depan McDonald sebab berebut patung percuma restoran makanan segera tersebut hingga kedua mereka viral di Facebook.

Habis jadi bahan kutuk makcik bawang holland dan pakcik timun jepun.

"Adell sayang..." Datin Sally menarik Adella masuk ke dalam pelukannya.

Marina cepat cepat memalingkan wajah. Tak sanggup melihat.

Dia anak yatim. Kehilangan ibu kerana barah payudara lima tahun lalu. Dahulunya, pada ibu lah dia meluah segala perih dan lelah di hati.

Daddy sibuk dengan urusan pejabat dan kerap kali ke luar negara atas pelbagai projek. Marina dan ibu kandungnya sering kali diabaikan. Hingga ketika ibunya disahkan kanser tahap tiga, daddy sempat membawa pulang seorang wanita.

Wanita pemusnah rumah tangga bernama Salindong. Kerana dia, daddy abaikan ibu hingga sakit melarat dan pada hari pengebumian ibu, daddy melafaz akad untuk membina mahligai baru bersama Salindong.

Apa itu adil?

Adil untuk Marina?

Adil untuk arwah ibunya?

"Kesiannya tak ada mak. Macam kucing terbiar. Bapak kau pun bukan ambil tahu sangat pasal kau. Kau mati pun entah entah bapak kau tu bayar duit je untuk urusan pengebumian. Sedih," Adella sengaja mencebik di sebalik pelukan bersama Datin Sally.

Sengaja cuba provok Marina yang dah mula berubah riak wajah.

"Hari hari Rin doa semoga arwah ibu ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Sebab walaupun ibu dah tak ada, doa anak pada ibunya yang telah meninggal masih diterima."

"Mati ni bila bila je boleh jemput kita. Sama ada korang berdua sempat minta maaf dekat Rin sebab dah menganiaya seorang anak yatim ataupun tak... itu antara korang berdua dengan Allah."

Marina senyum.

"Adell, aku memang tak ada ibu. Tapi sekurang kurangnya aku masih ada adab," tutur Marina sebelum akhirnya memilih untuk mengatur langkah ke bilik.

Duduk dalam bilik sambil tenung gambar Izwan lagi bagus!

"Kau nak pergi mana ha? Kurang ajar! Sejak bila kau pandai melawan ni?" Datin Sally memekik, cuba buat Marina makin sakit hati.

"Anak yatim tak sedar diri!"

Langkah Marina makin lemah. Tak tahan dikeji dan dihina. Kerana hal ini lah dia memilih untuk masuk ke sekolah berasrama.

Kerana tak sanggup lihat wajah dua orang perempuan yang telah hancurkan rumah tangga bapa dan ibunya suatu ketika dahulu.

Dah macam cerita Bawang Putih Bawang Merah versi moden.

Tapi kenyataan ini lah yang harus ditelan oleh Marina.

Sedih? Kecewa? Marah?

Itu hanya perkara yang perlu disimpan untuk Marina pendam, dan hanya diluahkan dalam setiap doa doanya setiap hari.

"Jangan harap kau dapat makan malam ni, memang padan lah mak kau dah mampus! Kau memang tak layak bahagia!" teriak Datin Sally.

Serentak dengan itu juga, Adella melempar mangkuk kaca tepat pada bahagian belakang kepala Marina, buatkan tangisan Marina makin kuat.

"Dasar anak yatim pembawa malang!"

❀❀❀

AKU mengerdipkan mata beberapa kali sambil asyik merenung siling bilik.

Dari tadi cuba untuk melelapkan mata tapi tak boleh.

Mengantuk, tapi tak boleh tidur.

Aku tarik selimut untuk membaluti seluruh tubuhku.

Di luar, hujan sedang turun dengan lebat membasahi bumi. Sepatutnya kalau hujan macam ni lagi sedap tidur.

Tapi aku bungkam sendirian.

Kadang kadang bila asyik termenung seorang diri, terfikir juga... kenapa banyak masalah menimpa aku? Apa salah aku hingga ditimpa masalah sebegini?

Namun cepat cepat aku menghilangkan rasa syak wasangka tersebut.

Allah takkan menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya itu sendiri.

Ingat tu sampai bila bila.

Aku akhirnya memilih untuk bangun dan terus duduk di birai katil. Jam di dinding menunjukkan pukul 11.30 malam.

Telefon dicapai lalu aku memilih untuk melayari Instagram. Tengok perkembangan baru abang bangtan sekalian ehek.

Sedang asyik meneliti bibir jimin sambil senyum seorang diri, tiba tiba bunyi kaca pecah dari bilik sebelah buat telefon di tangan serta merta jatuh.

Aku terkedu. Bunyi dari bilik ummi dan abah.

Baru kaki ingin ditegakkan untuk bangun, memeriksa ummi dan abah di bilik, langkah aku mati di depan pintu bilik apabila terdengar dua suara orang yang sedang berbalah.

Suara itu seakan sedang menjerit pada sesama sendiri.

"Kita masing masing dah berusia, Anissa! Jangan fikir pakai kepala lutut ataupun ikut kehendak awak saja! Fikir pasal saya, suami awak ni dan juga anak kita, Ameena!"

Aku tergamam. Itu suara abah...

"Kalau awak fikir yang kita dah berusia, kenapa perlu curang dengan saya? Kenapa perlu duakan saya?"

Itu... itu pula suara ummi.

Allahuakbar. Ummi dan abah sedang berbalah dalam bilik. Mesti mereka fikir aku dah tidur...

Aku menerpa ke pintu bilik abah dan ummi. Telinga dilekapkan pada pintu, untuk mendengar perbalahan tersebut dengan lebih jelas.

Apa yang aku dengar kini cuma suara esak tangis ummi yang makin memenuhi ruangan bilik.

"Awak ada bukti ke saya curang dengan awak?" suara abah mengendur, dah penat bertekak.

"Jangan ingat saya bodoh, Amir. Saya isteri awak dan naluri seorang isteri ni selalunya betul. Boleh rasa kalau suami dah mula beralih arah pada perempuan lain. Awak curang dengan saya!"

Abah diam tanpa suara apabila mendengar luahan hati ummi.

"Kenapa diam? Jawablah!" ummi kedengaran seperti memang separuh hilang akal apabila abah kekal diam.

"Kalau ya, kenapa? Saya lelaki dan kuasa di tangan saya. Saya berhak buat apa yang saya nak."

Aku terkedu apabila mendengar kata kata abah. Jadi betul apa yang aku nampak di Mall semalam? Ibu tiri Marina dan abah...

Aku menekup mulut dengan tangan kanan sambil cuba menahan diri dari rebah ke lantai.

Pengakuan abah buat aku hampir pengsan.

"Lepaskan saya, Amir. Ceraikan saya,"

Aku hilang kata apabila ummi tiba tiba bersuara, tanpa ragu meminta abah melafaz talak.

"Apa yang awak merepek ni, Nissa?" abah perlahan lahan mengatur kata.

Tak percaya isterinya sanggup minta sesuatu di luar jangkaan.

Aku di luar bilik mereka sudah terlopong sendirian. Benarkah apa yang aku dengar tadi?

"Kalau awak dah tak bahagia dengan saya sampai sanggup keluar berduaan dengan perempuan lain, apa gunanya kita jadi suami isteri?"

"Sejak bila awak pandai kurang ajar dengan saya ni?" suara abah kedengaran mendatar tapi menyeramkan pada masa yang sama.

"Astaghfirullahalazim! Abang buat apa ni? Lepaslah!"

Aku di luar dah kelam kabut apabila ummi menjerit tiba tiba.

Tanpa berlengah, segera aku menerpa masuk ke dalam bilik tersebut. Untung, pintu bilik tersebut tidak berkunci.

"Ummi!" terdiam seribu bahasa aku apabila lihat ummi terbaring di atas katil dan tangan abah di leher ummi, mencekik sambil menahan ummi dari bergerak.

"Meena..." wajah ummi mula kebiruan, kurang oksigen akibat dicekik sedemikian rupa.

"Abah, apa abah buat ni? Lepaskan ummi lah!" aku segera masuk campur apabila tangan ummi mula menggapai ke udara tanda betul betul tak boleh bernafas.

"Ummi..." air mata mula bergenang apabila abah masih mengeraskan tubuh dan tidak mahu lepaskan ummi.

"Meena kata lepaskan ummi! Abah dah gila ke?" suara aku mula melengking tinggi, buat abah tersedar dari perbuatannya lalu terus bangun seraya melepaskan cengkaman pada leher ummi.

Ummi terbatuk batuk dengan wajah kebiruan dan leher yang dah memerah.

Aku ingat abah akan berhenti setakat itu sahaja.

Tapi telahan aku salah apabila abah menerpa ke arah aku dan tanpa amaran, pipi tembam milik aku ditampar kuat hingga aku jatuh terduduk di karpet bilik.

"Ameena! Sayang..." ummi meluru ke arah aku dengan tenaga yang masih bersisa.

Abah kaku. Tak sedar yang dia dah lukakan permata hatinya sendiri.

"Jangan sentuh dia!" ummi menolak tubuh abah yang tiba tiba menghampiri aku.

"Meena sayang..." tersedu sedan ummi menahan tangis.

"Ummi, Meena okay..." aku cuba senyum pada ummi walaupun pipi dan rahang aku sendiri dah mula berdenyut.

Aku ditarik masuk ke dalam pelukan ummi.

"Meena... abah minta maaf..." abah di belakang dah tak terkata. Rasa sesal mula menyelubungi diri.

Seumur hidup aku, abah dan ummi tak pernah sentuh aku dengan rasa marah hingga aku terpaksa tanggung sakit.

Kalau ummi, ummi akan membebel bila aku buat salah atau sengaja nak ponteng sekolah masa darjah enam dulu.

Abah pula bila marah akan terus bawa aku ke kedai aiskrim tapi sebelum pergi, aku kena janji yang aku takkan ulang kesalahan sama.

Entah kenapa rasa benci pada abah dah makin memuncak. Abah dah hancurkan perasaan dua orang wanita yang terpenting dalam hidupnya.

Hanya kerana perempuan lain yang baru muncul dalam hidup abah, abah sanggup sakitkan fizikal dan mental anak isterinya sendiri.

Aku merungkaikan pelukan antara aku dan ummi.

"Abah jahat!" hanya itu yang dapat aku ungkapkan sebelum bangun, melanggar bahu abah dengan kasar dan terus meluru ke pintu utama rumah.

Aku nak lari dari sini. Hanya itu yang aku fikirkan sekarang.

"Laura Ameena!" suara abah dan ummi sama sama naik.

Abah cuba mengejar dari belakang tapi aku lebih pantas meluru keluar.

Sampai sahaja di pagar rumah, aku berhenti melangkah apabila lihat hujan masih turun dengan lebat.

Macam mana ni?

"Ameena!"

Tersentak aku apabila suara abah kedengaran hanya beberapa meter di belakang aku.

Aku lihat abah sedang berada di pintu rumah sambil masih cuba mencari selipar Adidasnya untuk terus mengejar aku.

Tanpa fikir panjang, tangan aku ligat memegang pagar, memanjat melepasinya dan terus berlari dalam hujan meninggalkan kawasan rumah.

Aku dengar sayup sayup suara abah cuba menjerit memanggil namaku. Tapi disebabkan terlalu kecewa dengan apa yang abah lakukan, langkah kaki makin laju berlari melepasi lopak lopak dan dengan tubuh yang dah basah kuyup tertimpa hujan serta air mata yang dah dikaburi dengan hujan.

Abah pasti tak dapat kejar aku.

Lari rumah?

Mungkin dengan ketiadaan aku, ummi dan abah akan lebih menghargai sesama sendiri?




❀❀❀

HUJUNG mata menangkap satu perhentian bas di persimpangan jalan.

Kaki terasa lemah. Dah lama melangkah dan rasa lelah mula menguasai diri.

Masa lari tak ingat dunia tadi tak pula rasa penat atau nak berhenti. Cuma rasa nak pergi dari situ secepat yang mungkin.

Pantas aku meluru ke perhentian bas yang suram dan langsung tak ada sumber cahaya. Lampu jalan di sebelah juga dah rosak, tak berfungsi.

Sesaat lepas aku duduk di kerusi besi tersebut, rasa sebak dan sedih buatkan aku akhirnya tunduk memandang lantai sekaligus membiarkan air mata membanjiri wajah yang dah mula kemerahan, sejuk bahana berlari dalam hujan.

Aku meraup wajah yang basah dengan air mata dan air hujan yang dah bercampur baur.

Sekejap...

Baru aku perasan papan tanda di seberang jalan yang menunjukkan tanda 'Taman Perumahan Impian'. Taman perumahan ini berada jauh dari kawasan rumah aku.

Aku mula rasa seram sejuk. Baru sedar yang aku terlalu ikutkan perasaan hingga lari dari rumah dengan keadaan sehelai sepinggang.

Tabung unicorn atas laci pun tak sempat ambil!

Jadi sekarang macam mana? Rumah saudara mara pun jauh dari sini.

Aku mula memaki hamun diri sendiri yang buat keputusan melulu tanpa bawa sebarang duit walau 50 sen sekalipun.

Telefon!

Aku menyeluk tangan ke dalam ruangan poket pada bahagian hadapan baju tidur di tubuh.

Alhamdulillah telefon ada!

Hampir menangis keterharuan aku apabila memikirkan yang aku tak lah lembap sangat sebab masih bawa barang berguna ni.

Jam 10:30 malam.

Lagi beberapa jam, tarikh 4 September akan berakhir.

Hari lahir paling menyedihkan dalam sejarah hidup aku. Bateri telefon pun cuma ada 12 peratus sebab tadi marathon tengok BTS RUN! sampai episod terbaru.

Mantap.

Dahlah tak ada sesiapa ucapkan Selamat Hari Lahir. Rasa macam aku tak penting...

Dengan jari menggigil kesejukan, aku cuba cari nama Amelia di senarai kenalan di ruang dail.

"Mana ni..." rasa nak menangis bila nama Amelia aku tak jumpa. Mungkin sebab gelabah sangat.

Apabila rasa dah jumpa, cepat cepat aku lekapkan telefon pada telinga.

Dan pada saat itu juga, dunia terasa seakan berhenti berputar apabila aku sedari yang kepala aku berada dalam keadaan tidak bertutup.

Aku...

Lupa nak capai tudung.

Allahuakbar macam mana ni!

Aku terkedu tatkala dengar tanda talian telefon telah disambung. Cepat cepat aku kembali meletakkan fokus pada telefon, bukan lagi pada rambut panjang ikal mayang paras pinggang yang terdedah.

Harapnya tak ada orang lalu kawasan perumahan ni pada tengah malam.

"Hello! Mel... Mel tolong aku..." sebak, air mata mula kembali membasahi wajah apabila sedar yang aku dah tak tahu nak bergantung harap pada siapa selain Mel.

Piya, D, Syu dan Cha semuanya tinggal agak jauh. Mel je yang paling dekat dan ada motor sendiri. Bolehlah dia ambil aku dan belanja makan roti canai kuah banjir di kedai mamak hujung simpang.

Aku lapar ni...

Aku terdiam apabila Amelia tak beri respon apa apa. Dia hanya memilih untuk kekal diam dan membisu.

"Mel... kau dengar tak ni?" soal aku dengan suara serak, penat menangis lagi dan lagi.

"Mel, aku lari rumah. Mak ayah aku bergaduh teruk. Aku takut sangat... aku nak minta tolong kau. Ambil aku dekat Lorong Impian. Kalau kau lupa tempat, kau Google je nama Taman Perumahan Impian kat Petaling Jaya ni."

"Kau ambil aku tau? Naik motor pun tak apa aku tak kisah. Aku lupa nak ambil tudung kat rumah tadi. Aku terus lari keluar, tak fikir panjang. Jadi sebelum datang, boleh tak kau bawakkan satu tudung sarung dengan hoodie? Aku sejuk..." panjang lebar, aku mengatur kata.

Dengan Amelia kena cakap bagi detail. Aku suruh bawa tudung, tapi aku takut dia bawa tudung saji pula. Naya aku nak tutup rambut pakai benda alah tu.

Aku mengerutkan dahi, pelik kerana Amelia kekal diam.

Minah ni pengsan sebab aku telefon ke?

"Tunggu dekat situ. Jangan berani pergi mana mana." suara berat milik seorang lelaki di hujung talian tiba tiba menyedarkan aku dari lamunan panjang.

Suara lelaki?

Aku tak salah dengar kan?

Tapi kenapa suara tu-

Bib!

Talian diputuskan oleh lelaki tadi.

Aku halakan pandangan pada skrin telefon yang agak basah, tempias hujan.

Izwan Hakiem 🐯
Outgoing Call 45 seconds

Astaghfirullahalazim.

Allahuakbar.

Lailahaillallah.

Tadi aku gelabah cari nama Amelia. Tapi-

Macam mana pula aku boleh tertelefon lelaki bernama Izwan Hakiem?











❀❀❀

GRU-

Aku yang tadinya sibuk menghalakan pandangan pada bahagian luar kereta akhirnya tergamam sendirian apabila menyedari bunyi yang muncul itu adalah dari perutku yang kosong.

Perlahan, aku toleh ke bahagian kanan. Memandang wajah serius seorang lelaki yang masih tekun memandu.

Dia tak perasan kan bunyi tak yang memalukan tu? Perut aku ni pun satu. Masa macam ni lah dia nak berbunyi.

Aku memasukkan tangan ke dalam poket hoodie hitam yang berada di tubuh. Semestinya bukan kepunyaanku.

Tetapi kepunyaan lelaki di sebelahku ini.

Perlahan, tangan lelaki itu turun ke bahagian pendingin hawa di dalam kereta itu lalu terus dimatikan.

Macam tahu tahu aku hampir mati kesejukan walaupun hoodie ni tebal. Yelah, di luar hujan sedang turun dengan sangat lebat. Sejuk macam dekat Antartika.

Aku kekal diam.

Masih terkejut dengan apa yang telah terjadi. Rasa macam mimpi.

Bermula dari insiden antara ummi dan abah, setelah itu aku lari dari rumah dan menangis sendirian di perhentian bas jauh dari kawasan rumah dengan hujan yang turun mencurah curah.

Pada mulanya niat di hati cuma ingin telefon Amelia untuk ambil aku.

Tapi mungkin disebabkan faktor jari yang tembam akibat asyik makan mac and cheese pada tengah malam, aku tertelefon si ketua pengawas dan tak sangka dia sanggup datang ambil aku.

Sebaik sahaja tiba di hadapan sebuah bangunan restoran mewah lima tingkat, Izwan memberhentikan kereta di bahagian hadapan lobi.

Aku tercengang sendirian apabila seorang lelaki yang bertugas menjaga kawasan itu terus meluru ke arah kami berdua.

Izwan menurunkan cermin tingkap kereta di sebelah pemandu.

Dekat restoran mewah macam ni, petugas restoran yang akan parkir kereta pelanggan di kawasan tertentu.

"Saya park kereta sendiri." tutur Izwan tegas.

Lelaki itu mengangguk dengan senyuman.

"Baik, encik. Silakan, enjoy this night with your precious partner." lelaki itu tunduk lalu terus beralih ke lobi semula.

Izwan toleh memandang aku di sebelah sebelum terus ke hadapan, mencari kotak parkir kosong.

Aku mengetap bibir.

Partner?

Hey, cuba tengok aku elok elok. Layak ke perempuan macam aku ni jadi pasangan lelaki hebat di sebelahku ini?

Jawapannya, dalam mimpi pun takkan terjadi.

Heol.

Tiba tiba, aku menyedari sesuatu.

Boleh ke masuk pakai hoodie macam ni? Selekehnya aku! Dengan selipar jepun dan seluar tracksuit Adidas, macam baru lepas bangun tidur je!

Kalau dekat restoran lima bintang macam ni, ada peraturan piawaian baju yang telah ditetapkan. Tak boleh masuk dengan selamba siput je.

"Dah sampai. Kau order je apa yang kau nak makan. It's on me." Izwan tarik handbreak dengan tangan kiri apabila kereta telah diparkir sempurna.

Baru sahaja Izwan nak keluar dari perut kereta, aku terlebih dahulu dah tarik lengan kemeja lelaki itu, memaksa dia untuk menoleh ke arahku dengan wajah sebal.

"Apa?"

Aku geleng.

"Tak nak makan kat sini. Aku tak biasa..."

Aku melepaskan tautan pada lengan baju lelaki itu seraya tunduk memandang pakaian yang agak tidak diiktiraf untuk masuk ke kawasan orang orang berada.

Hoodie besar milik Izwan. Tadi terpaksa berhenti di tandas Shell sebab nak tukar baju. Tak sanggup aku pakai baju tidur yang dah basah dengan air hujan tu.

Nasib baik masa Izwan ambil aku tadi, dia sengaja pandang tempat lain sebab dia tahu aku tak bertudung masa tu.

Izwan tak ada adik beradik perempuan, jadi dia terus capai tudung sarung hitam milik pembantu rumahnya untuk aku.

Aku dengar keluhan yang terlepas di bibir lelaki itu.

"Habis nak makan mana?"

Aku tunduk, melayangkan fikiran pada tempat tempat makan yang menyajikan makanan sedap dan murah.

Ya, aku tahu Izwan mampu nak makan kat restoran mewah dan besar macam ni. Tapi aku tak selesa. Bukan sebab pakaian tapi aku memang tak suka. Aku lagi gemar makan dekat restoran yang bersih, sedap dan murah.

Alah, makan mahal mahal pun nanti kena keluarkan juga dekat mangkuk tandas!

Tiba tiba aku teringat satu lokasi makan yang aku rasa sangat sesuai untuk mengajar Izwan tentang makanan orang bertaraf sederhana.

"Aku tahu satu tempat ni..."

"Then lead the way," Izwan memotong percakapanku sambil memusing stereng kereta, meninggalkan kawasan orang orang kaya.

Aku senyum sendiri, memandang profil Izwan dari sisi kiri.




















■♡■

SLURPPPP-!

"Ah sedapnya!" rasa nak menangis pula bila dapat makan masa hujan macam ni.

Mi segera aku dah nak habis.

Tapi apabila aku memandang mangkuk mi segera milik Izwan, aku menggelengkan kepala sendirian.

Dah tahu. Mesti Izwan anggap tempat macam ni tak ada kelas kan?

"Makanlah. Ish kau ni membazir je," aku menggumam pada lelaki itu dengan mulut penuh.

Izwan asyik merenung mangkuk mi segera itu sambil memandang kawasan luar yang sedang dibasahi hujan lebat.

Macam dalam drama Korea pula, makan mi segera masa hujan hujan macam ni bersama-

Orang yang aku kagumi dalam diam.

Izwan capai chopstick di sisi mangkuk ramen perisa carbonara sebelum mengunyahnya buat beberapa ketika.

Baru sahaja aku nak sambung kunyah boba, aku lihat ada secalit sos carbonara di pipi lelaki beku itu.

Serta merta tersembur mi segera aku lalu dengan sekali sembur sahaja, mi segera tersebut tercampak masuk ke dalam mangkuk ramen Izwan.

Terus berubah riak wajah lelaki itu apabila melihat ada beberapa utas mi segera bersalut air liur milik aku telah bercampur dengan ramen miliknya.

Kecut jugalah perut apabila melihat riak serius yang dipamerkan lelaki itu pada aku. Macam ketua pengawas ni dah nak meletup tahan rasa marah terhadap aku. Huwa!

Pantas, Izwan tarik mangkuk mi segera aku lalu dia balas dendam dengan menyemburkan ramennya ke dalam mangkuk tersebut.

Membuntang mata aku melihat reaksi selamba Izwan.

EUW DUA DUA PENGOTOR!

Aku mencebik geram.

"Kau ni pengotor lah. Euw..." aku hilang selera dengan tiba tiba.

"Cepat makan. Lepas tu aku hantar kau balik rumah," lelaki itu dengan tiba tiba bersuara tanpa memandang wajah aku walau sekilas.

Aku terkedu.

Lah.

Aku ingat dia ikhlas nak tolong bawa aku pergi dari sini. Rupa rupanya dia cuma bawa aku makan dekat Seven Eleven lepas tu terus nak hantar aku?

Kejam.

"Aku tak nak balik. Kau tinggal lah aku dekat Rumah Mel atau tepi Petronas ke... nanti pandai pandai lah aku fikir macam mana nak hidup. Aku dah 17 tahun, dah besar." gumam aku dengan pipi kembung, masih mengunyah mi segera perisa boba itu.

Walaupun rasa mual nak muntah, aku tahan je sebab nak cuba...

"Kau 17 tahun, bukan 27 tahun. Kau ada dua pilihan. Balik rumah mak ayah kau dengan rela hati atau aku sendiri yang akan heret kau balik sana."

Aku hentak chopstick kayu yang berada dalam genggaman dengan wajah sugul, menahan rasa nak tumbuk lelaki di sebelah aku ni.

Kalau tumbuk pun, dia takkan rasa sakit sebab tangan aku sangat kecil... hmm.

"Kau tak rasa apa yang aku rasa. Kau lahir dalam keluarga yang sempurna, ada semuanya. Bukan macam aku..." aku tunduk, menahan empangan air mata dari tumpah ke pipi.

Aku dengar suara keluhan lelaki di sebelahku ini.

"Semua orang ada masalah masing masing. Allah dah tetapkan bahagian kita. Mungkin ada yang suka sorok masalah, tak nak orang lain tahu apa yang diorang tengah hadapi. Kita pula anggap dia tak ada masalah padahal dia pun tengah kusut."

"Keluarga aku tak sempurna. Mak kandung aku sendiri lari tinggalkan papa dengan aku macam tu je semata mata sebab nak ikut lelaki lain. Aku tak dapat rasa kasih sayang seorang ibu sampailah papa kahwin dengan mama tiri aku,"

Aku tergamam apabila dengar luahan tiba tiba dari Izwan. Pantas aku halakan pandangan padanya.

Izwan masih tenang, kekal tak menunjukkan sebarang reaksi wajah sama ada sedih atau kecewa.

Aku pelik. Mamat ni memang tak ada perasaan ke? Ataupun dia lebih suka memendam semuanya?

"Semua orang ada masalah. Beza di antara kita cuma sama ada kita selesaikan masalah tu dengan akal fikiran yang waras ataupun hati perasaan yang membinasakan." lelaki itu senyum tawar.

Aku terdiam.

Kagum dengan kata kata Izwan.

Izwan dan aku sebaya. Tapi kenapa cara aku berfikir lebih keanak anakan berbanding dia yang dapat mengawal marah dengan fikiran yang matang?

"Meena."

Aku kembali menumpukan perhatian pada lelaki itu apabila dia dengan tiba tiba memanggil namaku.

Terpaku kejap bila anak mata kelabu milik Izwan tepat merenung wajahku.

"YY-ya?" soal aku dengan suara tersekat sekat.

Apabila kami berdua saling bertatapan, lelaki itu ukir satu senyuman ikhlas yang buat aku gugup tiba tiba tanpa sebab.

"Kau tak boleh selamanya macam ni." tutur lelaki itu dengan jelas.

Aku mengerutkan dahi.

Hah? Apa maksud dia?

"Kau tak boleh selamanya ada sikap marah marah, ikutkan perasaan. Aku takut kau tak boleh kawal benda tu nanti bila nak masuk alam Universiti. Aku takkan selalu ada dengan kau. Kalau ditakdirkan satu hari nanti kita berdua bawa haluan masing masing, aku nak tinggalkan kau dengan hati tenang. Tak nak risau lagi."

Air mata aku mula gatal nak bertakung bila dengar kata kata lelaki itu yang seakan tahu apa yang akan berlaku pada kami berdua sehabisnya sesi persekolahan tahun ini.

"Nanti sebelum kau kahwin, bawa bakal suami kau jumpa aku dulu. Biar aku ajar dia cara nak tenangkan harimau bernama Laura Ameena ni." lelaki itu ketawa kecil.

Aku mula rasa nak mengamuk. Dia fikir lawak ke gurau pasal hal ni? Aku punyalah berusaha keras nak tahan diri dari mengalirkan air mata, dia boleh pula buat lawak hambar tahap budak darjah dua dia tu.

Izwan capai tin Nescafe di hujung meja sebelum menghirupnya sesudah kalimah bismillah dilafaz.

Kuat betul dia minum kopi. Kafein kan boleh buat kita tak mengantuk. Dia tak takut tak boleh tidur ke?

Aku lihat Izwan berusaha dengan sedaya upaya untuk capai chopstick. Dari tadi mi segera dia tak luak luak. Dia seakan... kekok.

"Kau tak selesa ke makan kat sini?" soal aku dengan mulut penuh.

"Habiskan makanan dalam mulut tu baru bercakap,"

Sentap seketika aku apabila ditegur sebegitu rupa oleh ketua pengawas hati batu ni. Cepat cepat mi segera yang tersisa di dalam mulut ditelan tanpa sempat aku kunyah.

Terciduk punya pasal!

Izwan masih leka merenung hujan di luar.

"Ameena,"

Sekali lagi aku berpaling ke arah lelaki itu.

Dan sekali lagi juga aku terpaku apabila dia memandang tepat ke arah wajahku tanpa berkelip.

Mata kelabu itu -

Aku angkat kening, cuba berlagak tenang sambil beri isyarat 'apa?' pada Izwan.

"Tak ada apa ah," Izwan kembali alihkan pandangan.

Aku mengetap bibir, tak puas hati.

Dey, nak cakap tu cakap jelah. Aku ingatkan dia nak ajak aku sambut hari lahir-

Cakap pasal hari lahir, aku terus kalih memandang jam dinding yang terdapat di kedai 24 jam itu.

Jam 11 malam.

Lagi satu jam, tarikh istimewa bagi aku ini akan berakhir dengan sia sia.

Seorang pun tak ada yang ucap selamat hari lahir. Rasa tak dihargai...

"Aku nak tanya sesuatu. Jawab soalan aku ni melalui pandangan kau,"

Aku bingung mendengar bicara tiba tiba yang diungkapkan oleh lelaki di sebelah aku ini..

"Apa dia?"

Izwan letak tin Nescafe di hujung meja sebelum melepaskan keluhan kecil.

"Apa yang kau akan buat kalau kau tersayang seseorang yang takkan dapat kau miliki?"

Terkedu aku mendengar pertanyaan yang aku tak pernah jangkakan dari Izwan.

Sayang?

Dia sayang siapa?

Rasa cemburu dalam hati mula membuak buak. Patutlah Izwan sekarang agak pelik dari kebiasaan. Kadang kadang senyum sorang sorang dalam kelas.

Dia tengah angau?

Perempuan mana yang dah cairkan hati beku milik ketua pengawas ni?

Nayli...

Atau Marina?

"Aku dah cuba lupakan perasaan mengarut ni. Sebab dah tentu perempuan tu layak dapat lelaki yang beribu kali ganda lebih baik dari aku. Tapi tak boleh lupa," Izwan teruskan kata apabila aku masih kekal diam tak bersuara.

Aku tolak mangkuk mi segera yang dah kosong ke arah lain sebelum air milo tin dicapai. Air milo sejuk itu diteguk rakus oleh aku sebelum akhirnya aku sengaja genggam tin milo sampai kemek.

Apa yang kau rasa kalau-

Orang yang kau suka, tanya kau soalan pasal perempuan lain?

Walaupun begitu, soalan yang diajukan oleh Izwan sedikit sebanyak sama dengan apa yang aku sedang rasakan pada seseorang...

"Mana kau tahu kau tak layak untuk dia?" soal aku dengan nada malas. Kena lah respon juga pada soalan Izwan tadi. Kalau tak rasa kesian pula.

"Aku tahu. Sebab aku lelaki biasa. Dia... bagi aku dia sempurna," tutur Izwan senada.

Mana ada manusia yang sempurna dalam dunia ni.

Aku mencebik. Eleh. Aku rasa Izwan yang terlalu sempurna. Sampai siapa pun yang dapat memiliki dia satu hari nanti akan jadi perempuan paling bertuah dalam alam semesta ni.

Dilindungi, disayangi sepenuh hati dan dijaga olehnya hingga hembusan nafas terakhir.

Aku senyum segaris.

"Giliran aku pula nak tanya sesuatu," ungkap aku tanpa memandang lelaki itu.

Izwan menghela nafas panjang sebelum mengangguk perlahan.

Aku mengetap bibir, gugup pula nak bertanya.

"Apa kau akan buat kalau kau tersuka seseorang yang bila kau dengan dia bersama, kau rasa selamat dan bahagia. Tapi kenyataannya dah terang lagi bersuluh lelaki tu layan kau sebagai kawan je. Kau yang simpan perasaan lebih lebih." aku senyum tawar.

Dan apa yang kau akan buat kalau kau orang yang aku maksudkan tu, Izwan Hakiem?

Adakah kau akan menjauh?

Ataupun mula bencikan aku?

Ya, untuk elak benda benda sebegitu, biarlah aku pendam semuanya. Daripada sakit di kemudian hari kan?

"Dalam hidup ni, ada waktunya kita kena belajar melepaskan."

Aku terkedu. Melepaskan-?

Terus wajah lelaki itu sekali lagi aku perhatikan dengan penuh minat. Menunggu dia habiskan kata.

"Sebab bukan semua benda akan jadi milik kita. Ada masanya kita perlu lepaskan sesuatu. Allah hadirkan seseorang dalam hidup kita ada peranan dan hikmah tersendiri. Dan Allah jauhkan seseorang daripada kita pula atas sebab dan hikmah yang lebih baik. Bersangka baiklah dengan Allah. Sebab dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, hamba dia ni."

Aku terus membisu. Masih cuba mencerna kata kata dari Izwan

"Tapi aku tak nak orang lain. Aku nak lelaki tu juga..." aku menggumam kecil sambil tunduk memandang lantai.

Aku nak Izwan. Tapi dia nak orang lain.

Kenapa hidup ni penuh dengan segitiga yang menyakitkan?

"Jadi, doa lah." tutur Izwan senada.

Aku mengerutkan dahi. Doa?

"Doa pada Allah kalau kau betul betul sukakan seseorang. Minta Allah jagakan orang yang kau sayang tu. Allah pemilik hati setiap hamba hamba-Nya. Jadi cuma dia yang boleh aturkan semuanya."

Aku senyum tawar.

Pandai betul lelaki ini berkata kata. Kadang kadang aku rasa nak cuba baca fikiran lelaki ini. Sebab dia simpan beribu rahsia. Dan aku...

Teruja untuk mengenali siapa lelaki ini yang sebenarnya. Maksud aku, personaliti dirinya. Ya... aku berminat dengan kau, Izwan Hakiem!

"Izwan..." aku panggil lelaki itu dengan nada rendah tetapi dia tetap berpaling memandang aku sambil angkat kening tanda bertanya.

"Macam mana nak cakap dekat seseorang yang kita suka orang tu?" terpacul soalan berani mati itu dari bibir aku tanpa diduga.

Berubah riak wajah Izwan setelah mendengar soalan aku tadi.

"Kau... suka siapa?" Izwan kalih memandang wajahku yang dah senyum seorang diri.

"Hmm... adalah! Cepatlah bagitahu! Macam mana nak bagitahu orang tu yang kita suka dia?" aku mencebik geram. Orang tanya dia soalan, dia tanya orang balik.

Izwan capai tin Nescafe lalu mengetuk tin itu dengan jari telunjuknya beberapa kali. Memikirkan jawapan yang ringkas tapi tepat.

"Cakap jelah yang kau suka dia." balas Izwan dengan nada malas.

"Yelah tapi nak cakap macam mana?" aku mengeluh kasar. Ish dia ni tak sporting langsung lah. Aku baru nak cuba main 'tarik tali' dengan dia.

"Cakap jelah 'aku suka kau' dekat orang tu." Izwan melepaskan keluhan berat.

Oh macam tu ya?

"Aku suka kau." aku senyum ikhlas.

Aku dan Izwan saling bertatapan buat beberapa saat.

Aku menikmati wajah blur Izwan yang masih tak faham dengan apa yang cuba aku sampaikan.

"Tak, bukan cakap dekat aku. Kau pergi cakap dekat orang yang kau suka tu." Izwan mengerutkan dahinya, keliru.

"Yelah aku tengah cakap kat orang yang aku suka lah ni."

Dan seketika kemudian, kerutan di dahi Izwan menghilang. Dia sendiri dah dapat tangkap apa yang aku maksudkan.

"Kau suka..." Izwan terdiam memandang aku yang sedang senyum sendiri.

"Tapi boong... pfft..." tawa aku meletus tengok riak terkejut yang dipamerkan lelaki itu.

"You are such a gamer and a liar," Izwan mengeluh lalu terus lemparkan pandangan pada tempat lain.

Aku senyum tawar.

Tak Izwan. Aku tak tipu...

Tapi tu lah.

Aku cuma mampu simpan.

Sebab kadang kadang cinta juga perlukan pengorbanan.

Aku suka tengok kau bahagia. Itu pun dah cukup buat aku.

Macam apa yang Izwan katakan tadi.

Dalam hidup ni, ada masanya kita kena melepaskan. Sebab bukan semua benda yang kita mahukan akan ditakdirkan untuk jadi milik kita.



























■♡■

SELEPAS insiden luahan perasaan yang agak memalukan di Seven Eleven sebentar tadi, aku dan Izwan langsung tak bercakap.

Lepas masuk dalam kereta pun masing masing masih lagi kekal diam. Sampai rasa teramat janggal sebab radio pun tak buka.

Daripada seawal aku masuk kereta, radio memang tak buka langsung. Tertanya tanya juga aku... radio dalam kereta mewah macam ni pun rosak ke?

Aku mengetap bibir. Sengaja wajah tegang Izwan yang sedang memandu dikerling sesaat dua. Sumpah seram...

Kenapa serius sangat dia ni? Marah sebab aku bergurau pasal hal suka tadi tu ke?

Eleh, gurau sikit pun nak sentap?

Disebabkan rasa sunyi macam siput yang dah jadi janda kesepian, tangan aku lincah menekan beberapa butang pada radio dan mencari frekuensi 103.3.

Siapa yang tahu frekuensi tu radio apa, kita geng!

Terus lagu Lonely nyanyian Justin Bieber memenuhi seluruh ruangan kereta.

Kena pula lagu ni dengan situasi aku sekarang. Rasa keseorangan dan rasa macam tak ada sesiapa yang kisah soal aku.

Sama lah juga dengan orang yang tulis novel ni. Dia dah sampai tahap diri dia yang paling rendah sampai sanggup nak tinggalkan dunia yang kejam ni. Apa yang dia tahu, dia terlalu sedih dan rasa keseorangan...

Aku melarikan pandangan pada luar kereta apabila air mata mula mengalir membasahi pipi.

Tiba tiba, lagu itu hilang dari pendengaran. Bukan sebab lagu dah habis, tapi sebab ada seseorang yang dah tutup radio tu.

Aku serta merta terus pandang Izwan di sebelah dengan wajah sugul.

Orang baru nak feeling feeling dengar lagu. Mamat ni potong betul lah.

"Ish tak payah lah tutup!" aku tekan semula butang ON pada radio itu.

Sekali lagi Izwan tutup radio itu tanpa rasa serba salah.

"Aku tak suka dengar radio. Can we keep this silentness please?"

Aku terkedu. Tak suka dengar radio? Seriuslah? Aku kalau masuk kereta, radio adalah benda pertama yang aku buka tau.

"Suka hati kau lah. Kereta ni kan kereta kau, bukan kereta aku pun. Buat je apa yang kau nak." nada suara aku sengaja di tinggikan tanda protes.

Buka radio salah, kedepankan kerusi salah, pegang cermin kereta salah, sentuh dashboard kereta pun salah. Banyak betul peraturan bila dengan Izwan Hakiem ni.

Dia ingat ni sekolah ke ada peraturan bagai?

Sayang betul dia dengan kereta ni. Nanti kalau dia ada isteri, mesti isteri dia tak boleh keluar sorang sorang, tak boleh bercakap dengan lelaki lain selain dia, tak boleh sentuh semua barangan kepunyaan dia, tak boleh senyum dekat orang lain selain dia...

Oh wow. Benda tu lagi susah woo. Baik tak kahwin!

"Seronok ke mengata aku dalam hati?"

Terasa seperti darah menyerbu ke muka apabila disergah sebegitu rupa oleh Izwan. Dahlah telahan dia betul!

Ya, Izwan. Aku memang tengah mengata kau pun. Geram sangat.

Tiba tiba, terasa satu gegaran pada poket hoodie. Gegaran daripada telefon milikku.

Dengan bateri yang bersisa cuma sembilan peratus, skrin telefon bersinar menunjukkan seseorang sedang menelefon.

Abah❤
Incoming Call

Dengan rasa kecewa yang masih menguasai diri, telefon terus dimatikan tanpa menjawab panggilan dari Abah tadi.

"Kenapa tak angkat?" soal Izwan sambil pusing strereng kereta dengan tangan kanan sementara tangan kiri dimasukkan ke dalam poket seluar slack.

"Tak rasa macam nak angkat." jawab aku.

Suasana sunyi mula memenuhi ruangan kereta kembali.

"Apa jadi sekalipun, dia tetap ayah kandung kau. Apa yang ibu bapa kita buat, bukan tugas kita sebagai anak nak menghukum. Cuba kau bayangkan kalau kau ada dekat tempat mak dengan ayah kau sekarang ni."

Aku kekal diam.

"Bayangkan kalau anak perempuan kau lari dari rumah tengah tengah malam, dalam hujan dan tak bawa sebarang pakaian atau duit? Apa yang kau rasa? Hm?"

Soalan Izwan buat air mata aku makin deras mengalir ke pipi.

"Ayah dengan mak kau mesti tak senang duduk sekarang. Lain kali sebelum buat apa apa keputusan, fikir juga pihak lain. Jangan fikir perasaan kau je." tegas, Izwan menutur kata.

Apabila rasa sedih dah tak mampu aku tahan, aku mula menangis sekuat hati sehingga esak tangis aku bergema dalam ruangan kereta.

Kenapa hari lahir aku berakhir dengan tragik sangat harini?

Aku cuma perlu seseorang peluk aku untuk cakap semuanya akan baik baik sahaja. Tapi apa yang terjadi ni buat aku mula tawar hati untuk teruskan hidup.

Izwan kekal diam.

"Menangislah kalau kau dah tak mampu tahan kesedihan kau. Menjerit lah kalau kau dah penat dengan apa yang terjadi. Walaupun masalah takkan selesai dengan cara tu, sekurang kurangnya beri ruang pada hati dan fikiran tu untuk berehat sekejap."

Aku tersedu sedan menahan tangis.

Ummi sendiri pernah cakap dekat aku, jangan menangis depan orang. Sebab nanti orang tahu yang kita ni lemah.

Tapi guru kaunseling aku di sekolah, Puan Sharafunnisa' beritahu yang kata kata ummi tu ada betulnya.

Bila kita menangis depan orang, ada dua jenis manusia yang akan respon. Pertama, orang yang simpati dan cuba bantu kita atasi masalah kita. Kedua, orang yang pura pura simpati dan sebenarnya bertepuk tangan sebab suka tengok kita jatuh.

Ini kali pertama aku menangis depan lelaki ini.

Dan bukan sama sekali untuk raih simpati. Tapi hanya sebab aku terlampau penat dengan apa yang terjadi.

Dengan tiba tiba, Izwan pusing stereng kereta menggunakan tangan kiri sementara tangan kanan sibuk mengurut dada.

Aku terkedu. Eh, dah kenapa pula berhenti di bahu jalan ni? Ada apa apa yang tak kena?

Aku kesat air mata dengan hujung jari.

"Kenapa berhen--"

"Uwek!"

Belum sempat aku habiskan pertanyaan, Izwan terlebih dahulu dah pusing mengadap aku dan serentak dengan itu juga lelaki itu muntah di atas riba dan tanganku.

Wajah aku serta merta berubah rona.

Izwan kenapa?

"Ya Allah, kau okay tak ni? Kenapa muntah?" aku halakan pandangan pada Izwan yang sedang mencari nafas.

Terkejut aku dengan apa yang terjadi. Izwan nampak lemah dengan bibir yang basah hasil muntah sebentar tadi.

Hoodie aku di bahagian riba terlihat basah dengan air kesan muntahan Izwan.

Muntah diri sendiri pun kita dah geli. Apatah lagi muntah orang lain kan?

Tapi tak. Aku tak geli langsung. Wajah Izwan dipandang dengan ikhlas.

"Feeling better?" sial aku, risau.

Wajah Izwan berubah riak apabila dengar soalan aku tadi.

Izwan angguk kecil.

"Tak apa. Kalau rasa nak muntah lagi, muntah je dekat aku. Aku ada ni." aku senyum meyakinkan si dia.

Yelah, kalau muntah tu terkena pada tempat duduk kulit yang ada dalam kereta ni, mesti lagi susah.

Baik muntah atas aku. Lepas ni aku boleh mandi, bersihkan semuanya.

Izwan geleng tanda dah tak nak muntah.

Tisu di bahagian dashboard kereta dicapai. Terus sahaja bahagian mulut dikesat bersih.

"Kau okay?" soal aku. Risau lah!

"Aku lupa aku tak boleh minum benda berkafein." mendatar, lelaki itu menjawab persoalan aku.

Aku tepuk dahi dengan perasaan geram.

"Ya Allah, Izwan Hakiem. Nasib baik tak keracunan ke apa ke... macam mana boleh lupa benda penting macam tu? Kalau sakit nanti kau tak dapat datang sekolah. Lepas tu tak ada lah ketua pengawas kat sekolah kita tu. Semua budak nakal tunjuk belang. Ha pastu botak kepala Firash sebab pening nak gantikan tugas kau..."

"Laura Ameena." Izwan mencelah sebelum aku selesai proses bebelan percuma.

Untuk pengetahuan kau, aku hanya bebel pada orang yang betul betul aku sayang je. Sebab aku nak yang terbaik untuk mereka.

Eh aku sayang dia ke?

"Maaf. Mesti kau geli kan? Ambil lah tisu ni. Lap sisa muntah dekat baju kau tu." Izwan hulur sekotak tisu pada aku.

Aku menggeleng dengan wajah mendung.

"Aku tak geli. Aku risau. Kau betul ke okay ni? Kalau tak okay, aku boleh bawa kereta ni."

Izwan ketawa lepas.

"Kalau kau bawa kereta, bukan kau hantar aku balik rumah. Tapi kau hantar aku ke alam barzakh terus."

Aku mencebik geram. Gurau kasar!

Kalau Izwan kat alam barzakh, siapa nak ada di sini bersama aku susah dan senang? Siapa yang mampu sabar dengan aku?

Siapa?

"Sekarang, nak aku hantar kau balik rumah?" soal Izwan sambil tarik handbreak kereta.

Aku terdiam.

Luka bekas tamparan abah tadi masih ada. Rasa sakit dan kecewa pada abah masih tersisa.

"Boleh tak kau bawa aku pergi jauh dari sini?"

Dahi Izwan berkerut dengar kata kata aku tadi.

"Nak pergi mana?" soal Izwan.

"Mana mana pun aku tak kisah. Asalkan ada kau, Izwan Hakiem."






























■♡■

"INI semua salah awak!"

Encik Amir yang sedang duduk di sofa berangkai tiga itu terus terusan cuba telefon jiran jiran untuk tanya andai kata ada sesiapa yang ternampak ke mana arah Laura menghilang tadi.

"Kalau awak tak menggatal nak pasang skandal lain, saya dengan awak takkan bergaduh teruk harini, Amir. Kalau awak setia dengan saya, semua takkan jadi macam ni."

"Saya boleh terima lagi kalau awak naik tangan pada saya. Tapi awak dah naik tangan pada Meena. Dia tak bersalah langsung dalam hal ni dan kenapa awak perlu libatkan dia, Amir? Ini semua salah awak!" suara Puan Anissa memetir memenuhi ruangan ruang tamu rumah.

"Sekarang bukannya masa untuk salahkan sesama sendiri, Anissa." tegas, Encik Amir bersuara.

"Oh, bukan masanya untuk saling salahkan diri? Dah memang semua ni salah awak. Tak perlu nak berdolak dalih lagi. Kalau apa apa jadi pada anak saya, saya tak akan maafkan awak sampai bila bila."

Encik Amir memicit kepala, pening.

Sudah lah anak dara nya lari keluar dari rumah dengan sehelai sepinggang dalam hujan begini, ini pula isterinya sibuk membebel salahkan dirinya atas apa yang terjadi.

Boleh naik gila.

Puan Anissa duduk di atas sofa dengan tangan naik meraup wajah berkali kali.

Ya Allah, tuhan maha pengasih lagi maha penyayang. Di mana pun anakku berada sekarang, lindungilah dia dengan kuasa-Mu. Kasihi dia dengan limpahan kasih-Mu. Rahmati lah dia dengan rahmat-Mu.

Berkali kali Puan Anissa mendoakan kesejahteraan anaknya. Ibu mana yang masih boleh tersenyum bila satu satunya anak yang dia punya hilang begitu sahaja dalam lebatnya hujan dan pekatnya malam?

Kring... kring...

Puan Anissa terus mendapatkan telefonnya di kabinet televisyen dengan keadaan gelabah. Sempat skrin telefon dikerling buat seketika.

01345678910
Incoming call


Nombor yang tidak dikenali.

Pantas panggilan tersebut di angkat dengan penuh debaran di dada.

"Hello, assalamualaikum." tenang, pemanggil di talian sana membuka kata.

"Waalaikumussalam. Siapa ya?" soal Puan Anissa, gugup.

"Saya Ira. Maaf ganggu malam malam macam ni. Saya ibu kepada Izwan Hakiem kawan Laura Ameena. Haritu saya ada berkunjung ke rumah Kak Nissa dengan suami dan anak saya. Kak Nissa ingat lagi?" lembut, suara Datin Sahira menyapa.

Terus berubah riak wajah Puan Anissa.

"Allahuakbar. Ya ya, saya ingat. Datin Sahira kan?" Puan Anissa senyum bila teringat wajah manis milik datin muda itu.

"Ya saya. Saya telefon ni sebab nak khabarkan pada Kak Nissa yang Laura ada di rumah saya."

Puan Anissa menekup bahagian mulutnya dengan tangan kanan, kelu. Ada rasa risau, lega dan bersyukur.

"Alhamdulillah..." Puan Anissa mengucapkan kalimah syukur berkali kali. Syukur kerana anaknya ada pada orang yang betul.

"Macam ni, kak. Boleh tak kalau Laura bermalam dekat sini malam ni? Esok saya sendiri yang akan hantar dia ke rumah. Saya tengok, Laura penat tu. Kalau akak benarkan Laura tidur sini, ada juga teman untuk saya bersembang." ramah, Datin Sahira mengatur kata.

Puan Anissa senyum lebar.

Syukur lah kalau Datin Sahira layan Laura macam anaknya sendiri. Dan syukur juga kerana Laura dipertemukan dengan orang yang baik seperti Datin Sahira dan keluarganya.

"Saya faham, Ira. Tak apalah kalau Laura ada dekat situ. Esok akak ambil dia kat rumah Ira. Ira tolong tengok tengokkan dia boleh? Akak risau." mengalir air mata seorang ibu milik Puan Anissa menahan sebak.

"Akak jangan risau ya? Ira dah anggap Laura macam anak Ira sendiri. Akak tu jaga diri baik baik. Kalau akak nak datang sini esok, kejap lagi Ira hantar location dekat Whatsapp. Nanti Ira masak istimewa untuk akak." Datin Sahira senyum suka.

"Susah susah je, Ira. Ira, boleh tak kalau akak nak cakap dengan Laura sekejap?"

"Oh, boleh kak. Sekejap ya?"

Puan Anissa gembira tak terkata. Telefon di tangan digenggam penuh teruja.

"Laura, ni ummi nak cakap." terdengar suara Datin Sahira di hujung talian yang sedang bercakap dengan pihak lain.

"Mama cakap jelah Laura dah tidur. Laura tak nak cakap dengan sesiapa."

Tersentak Puan Anissa apabila mendengar suara anak kesayangannya di sana. Sekali lagi bergenang air mata miliknya.

Syukurlah! Itu memang suara merdu milik Meena.

"Eh Ira tak apalah. Nanti kita bersembang lagi. Dah lewat ni. Kirim salam pada Laura. Assalamualaikum." Puan Anissa memutuskan talian serta merta.

Skrin telefon direnung beberapa kali.

Air mata tumpah membasahi skrin telefon.

Terasa seakan dunia berhenti berputar apabila jam di skrin telefon menunjukkan jam 11:20 malam, manakala tarikh tepat 4 September.

Astaghfirullahalazim.

Ya Allah, harini hari lahir Ameena!






































■♡■

SESUDAH mandi, aku berniat untuk turun ke dapur membantu Mak Jah, pembantu rumah keluarga ini untuk tolong apa yang patut.

Aku dah lah menumpang je dekat rumah ni. Takkan lah nak goyang kaki je kan? Ummi pun selalu pesan yang kita kena tunjukkan akhlak yang baik lebih lebih lagi pada orang yang dah tolong kita.

Aku basahkan rambut sebab tadi terkena hujan, jadi tak nak lah demam pula. Sedang sibuk mengelap bersih rambut menggunakan tuala, aku perasan telefon di atas katil sedang berkelip kelip memancarkan cahaya. Aku ubah telefon aku ke mod vibrate jadi memang tak dengar kalau ada apa apa notifikasi.

Aku duduk di birai katil setelah telefon di capai, melihat gerangan yang sedang menelefon tak henti henti tapi panggilan dah diputuskan. Skrin telefon ditatap penuh minat.

299 missed call
Abah ❤


345 missed call
Ummi 👑

111 missed call
Amelia 🦄

25 missed call
Firash Edhan 🦁

19347 missed call
Kim Taehyung 💜🐅

1 missed call
Marina Finanda 🍂

1 missed call
Izwan Hakiem 🐯

899 missed call
Jeon Jungkook 🐇

999 missed call
Alwani Aurora🕊[ actress, model, singer, wife KTH ]

Aku melopong sendirian. Terkejut tengok betapa banyaknya panggilan telefon yang aku dah terlepas.

Baru sahaja aku nak telefon Kim Taehyung semula, telefon terpadam dengan tiba tiba.

Ah! Bateri habis!

Baru sahaja aku nak telefon Tae untuk ucapkan selamat hari tua... Ah, nantilah pinjam telefon Izwan.

Aku bingkas bangun lantas merendahkan suhu pendingin hawa dalam bilik itu. Bilik ini juga bilik yang sama macam yang aku duduk sebelum ni. Alah, masa aku duduk rumah Izwan haritu. Ha, ni bilik yang sama.

Bilik Izwan di sebelah je.

Aku duduk di meja solek, melihat pantulan wajah yang sembap.

Ya, aku menangis sendirian masa mandi tadi.

Entahlah. Mungkin aku dah banyak sangat simpan semua masalah dan rasa hati. Hingga rasa macam dah tertahan. Mungkin orang lain akan nampak aku macam perempuan yang kuat. Macam perempuan yang paling juara dalam pendam semua benda.

Tapi semua orang tak tahu... betapa banyak cara aku cuba untuk bunuh diri sendiri. Rasa penat dan tawar hati dengan semua benda.

Aku pernah telan sabun masa mandi, cederakan diri dengan pisau dan gunting, makan sabun Dinamo, toreh tangan...

Tapi kat sekolah aku berjalan macam orang normal, gelak gelak macam orang yang bebas masalah...

Aku tak pernah pun beritahu sesiapa. Cuma cikgu kaunseling di sekolah sahaja yang tahu semuanya. Kawan kawan? Aku tahu mereka pun ada masalah sendiri. Apatah lagi nak dengar masalah aku, susahkan mereka je.

Kawan kawan mungkin lebih mengenali. Tapi mengenali tak bererti mereka memahami.

Kalau pun aku beritahu orang tentang apa yang aku dah buat, segala percubaan untuk tinggalkan dunia ni, mesti orang akan cakap...

"Dah banyak sangat ke amal kau sampai nak bunuh diri?"

"Lapar perhatian ke?"

"Tak ada iman ke?"

"Nak sangat ke mati?"

"Kau ni memang ahli neraka tahu tak?"

Semua anggapan orang tu aku dah pernah dengar. Dan disebabkan stigma sebegitu lah orang orang macam aku ni makin takut nak minta bantuan.

Yelah, orang pandai sembang kencang je.

Diorang tak tahu pun apa yang kita lalui, tapi cakap lebih macam dia tu sempurna. Mulut orang tak boleh nak tutup. Tapi disebabkan mulut, badan binasa tau. Jadi berpada padalah dalam menutur kata atau beranggapan buruk pada orang lain okay?

TOK TOK--

Ketukan bertalu talu pada pintu bilik buat aku tersedar dari lamunan panjang. Baru sahaja nak pergi buka pintu, satu nota kecil yang di tolak melalui bawah pintu.

Aku terus ambil kertas tadi tanpa banyak soal.

Can you come to me?
I'll wait here at the rooftop.
Jangan lupa pakai baju tebal sikit. Sejuk kat atas ni. Aku tunggu kau, makcik.

-IH-

Aku tarik muka.

Mak cik kau panggil aku? Apa? Nampak macam dah berusia ke hah?

Eh jap. Rooftop? Kat mana tu?

Aku capai jaket hitam tebal milik mama membaluti lengan dan sebahagian tubuh. Aku dah pakai Knitwear sebenarnya. Tapi takut pula kalau selesema kan.

Setelah merapikan selendang hitam di kepala, langkah kaki terus di atur ke luar bilik. Ceh. Dah agak Izwan mesti pergi dulu. Sengaja nak biar aku tertanya tanya macam orang dungu.

Sebaik sahaja aku menoleh ke kanan, di hujung sana terdapat satu rak buku antik. Terpaku juga aku lihat betapa banyaknya buku di situ.

Tanpa disedari, aku memang tengah melangkah ke rak tersebut dengan teruja. Namun begitu, sesampainya aku di sana, ada satu pintu di atas dinding sana.

Aku tertanya tanya sendirian. Pintu apa kat situ? Macam mana nak naik sana kalau tak ada tangga?

Aiyoo! Pelik lah rumah mewah ni!

Dan dengan tidak sengaja, aku terlanggar satu suis di sebelah rak buku tersebut. Membulat mata aku menahan rasa takut.

Weh, aku dah lah menumpang kat sini. Boleh pula terlanggar harta benda orang! Aduh kau ni buat hal lah, Laura Ameena. Memang betul pun Izwan cakap kau makcik. Makcik yang gelabah tak tentu pasal.

Baru sahaja aku nak cabut lari, sebuah tangga putih tersergam indah di depan mata. Aku terkedu.

Lah, suis tadi tu sebenarnya suis untuk turunkan tangga automatik? Dan tangga inilah yang akan menghubungkan orang di bawah dengan pintu tergantung di atas sana!

Kau ni lembap lah, Ara. Benda macam tu pun tak tahu?

"Hek eleh. Canggih sangat lah rumah si ketua pengawas ni. Dah macam anak perdana menteri! Ni tangga untuk ke mana? Ah, aku naik jelah. Untung untung dapat jumpa bilik harta karun milik keluarga ni, boleh aku usung bawak balik."

Aku ketawa terkekeh kekeh sendirian sambil menapak menaiki tangga putih itu. Apa benda lah yang aku merepek ni?

Sebaiknya tiba di tangga paling atas, aku menguak daun pintu yang berada di situ dengan penuh debar.

Eh entah entah Taehyung ada di balik pintu sana...

Allahuakbar, jangan merepek lah makcik. Bukak je pintu tu boleh tak? Jangan banyak songeh!

Aku melangkah masuk ke ruangan di sebalik pintu itu dan dengan takjubnya, aku melopong.

Ruangan Rofftop yang Izwan maksudkan tadi!

Wah, ini dah taraf rooftop sepuluh bintang!

Lah. Mamat tu nak ajak aku tengok movie ke? Aku baru ingat nak tolong Mak Jah. Macam macam lah dia ni ish.

"Kau pakai baju Nayli?" Izwan tiba tiba muncul dari belakang layar putih tersebut, buat aku sesak nafas.

Weh, aku ingat hantu cina mana tadi! Dahlah putih, mata kelabu. Dah macam kucing parsi lah!

"Wey, kot ya pun jangan lah muncul macam tu. Kalau aku ada sakit jantung, dah arwah aku kat sini tahu tak?" marah aku sambil mengurut dada.

"Jangan jadi arwah lagi. Aku nak kau teman aku tengok movie. Lepas habis movie, kau nak buat kuak lentang ke, nak jadi drakula atau nak jadi arwah... suka hati kau lah." Izwan sibuk membetulkan paparan di kain rentang putih itu.

Aku mencebik meluat. Poorah! Mulut tu betul betul main kasar. Nak sangat ke aku jadi arwah? Nanti dia juga yang rindu...

Eh. Dia takkan rindu lah. Siapalah aku ni hahaha. Mungkin kalau aku tak ada sekalipun, dia akan hidup aman damai. Di sekolah, tak payah dia nak marah marah bila aku lambat masuk sekolah atau bergaduh dengan orang. Di luar sekolah, dia tak payah lagi nak campur tangan dalam masalah aku... kan?

"Dah. Tak payah nak termenung macam tunggul kayu kat situ. Duduk sini, movie dah nak mula." Izwan menepuk nepuk tempat duduk di sebelahnya.

Tanpa berlengah, aku terus duduk di sebelah lelaki itu tapi berjarak lima meter.

Penjarakan takut dosa nama dia. Puih!

Izwan langsung tak respon apa apa bila tengok Laura duduk jauh macam ada sepuluh orang pula diantara mereka berdua. Biarkan jelah. Mungkin dia tak selesa?

Aku tercengang sendirian bila terlihat poster yang terpantul pada skrin layar itu.

The Crawl?!

Cerita pasal buaya tu ke? Allahu, aku dah tengok movie tu berkali kali. Mamat ni biar betul? Nak tengok movie buaya dengan aku? Tak realistik betul. Cuba lah tengok movie menarik sikit. Cerita Crawl ni kalau nak tengok dengan ahli keluarga boleh lah!

"Ish cerita ni aku dah tengoklah! Tukar!" aku menggumam pada lelaki itu yang dah teruja nak tengok buaya memburu manusia.

Riak wajah Izwan berubah.

"Potong lah kau ni. Habis, nak tengok cerita apa? Titanic? Love Story? The Nun? Atau nak tengok muka aku je?"

Aku menahan diri dari muntah mendengar pilihan terakhir yang diberikan oleh lelaki itu. Agak agaklah nak tenung muka lelaki tu. Kang tak pasal pasal aku termuntah keluar tahi bintang.

"Semua movie yang kau sebutkan tadi, aku dah tengok. Dah, sekarang ni biar aku yang pilih. Kau duduk diam diam. Kolot betul!" sengaja, aku mengutuk lelaki itu yang sedang makan popcorn tanpa pelawa aku langsung. Dasar Haji Bakhil!

Izwan kekal diam. Aku terus meluru ke komputer riba milik lelaki itu.

Ha! Clouds! Dah lama nak tengok tapi sibuk dengan sekolah. Sekarang lah masanya!

"Cerita apa ni?" soal Izwan.

Aku senyum sendiri. Yeay! Dapat tengok!

"Alah banyak tanya pula dia. Tengok jelah, jangan bising." aku menggesa lelaki itu untuk terus senyap supaya aku dapat menghayati movie itu dengan tenang.

Baru seminit movie tersebut ditayangkan, aku menoleh pada Izwan yang sedang fokus menonton.

"Em... Izwan."

Izwan menoleh spontan.

"Asal? Sejuk? Jap aku cari---"

"Eh eh. Tak. Aku tak sejuk, aku okay je. Cuma ada benda yang aku nak tanya dekat kau. Aku rasa benda ni penting. Tapi tak tahu lah pada kau, benda ni penting atau tak." ujar aku ragu ragu. Aku sememangnya perlukan jawapan dari Izwan.

"Go ahead and ask, i'm not gonna eat you anyway, makcik." selamba, Izwan membalas.

Aku ambil masa untuk dongak memandang langit. Tiada sebarang taburan bintang atau bulan yang indah. Yang ada cuma langit, gelap gelita dan kelam sekelam hati aku.

"Kenapa kau layan aku teruk lepas... em... lepas Rizuan Amsyar muncul?"

Izwan melepaskan keluhan berat. Wajahnya menunjukkan reaksi tidak senang dengan pertanyaan aku tadi.

Lima minit berlalu, masih tiada jawapan yang diberikan oleh lelaki itu. Kini, tumpuan kami berdua bukan lagi pada movie di depan mata. Masing masing melayan perasaan sendiri.

"Kau masih belum kenal siapa Rizuan Amsyar. Lebih baik kau jauhkan diri dari dia sebelum apa apa jadi." lelaki itu bersuara dengan nada mendatar.

Aku mengetap bibir sambil memandang wajah lelaki itu dari sisi.

"Kenapa pula? Kenapa aku tak boleh nak rapat dengan dia? Aku cuma nak tambah kawan. Itu je. Aku-"

"Kawan kau dah ramai, Laura Ameena. Dah, berhenti cakap pasal lelaki tu." tegas, Izwan menutur kata.

Aku menggenggam kedua dua belah tangan dengan riak wajah seakan menahan tangis. Kenapa dia selalu arahkan aku macam ni? Dan kenapa dia sesuka hati boleh suruh aku jauhkan diri dari orang yang aku nak berkawan?

"Kalau macam tu, aku nak kau jauhkan diri dari Marina. Fair and square."

Izwan mengerutkan dahi.

"Apa pula kaitan Marina dalam hal ni? Sekarang, isunya antara kau dengan si Rizuan Amsyar, budak cina tu." Izwan bungkam.

Aku senyum sinis.

"Apa hak kau nak halang aku? Cuba cakap, apa sebenarnya yang kau tak suka? Aku atau Amsyar? Ya, aku tahu kau tak suka aku. Tapi-"

"Suka hati kau lah. Aku malas nak cakap apa apa. Balik balik, aku juga yang akan dipersalahkan." tanpa nada, Izwan melontar suara.

Tapi dari cara lelaki itu meletakkan bungkusan popcornnya ke tepi, aku tahu dia kecewa dengan aku.

Aku sebak. Daripada satu permusuhan yang bermula dari satu insiden memalukan antara aku dan Izwan pada hari pertama pendaftaran aku ke sekolah itu, ketika masih tingkatan satu... kami dah mencipta jurang sesama sendiri.

Tak boleh bertembung, ada saja perkara nak digaduhkan. Dan kerana itu, aku membencinya.

Tapi aku mengaku. Cerita ni klise. Mula mula benci dan setelah tu berubah jadi sebaliknya.

Apa yang aku kesalkan, kenapa kami berhubungan baik hanya lepas kami dah nak melangkah keluar dari alam persekolahan? Kenapa tidak awal awal lagi?

Ya Allah, sesungguhnya lelaki di sebelah aku ini cuba berusaha untuk melindungi aku dengan sebaik baiknya. Kau lindungi dia, Ya Tuhan. Apa apa jadi sekalipun pada hubungan kami lepas habis sekolah...

Sama ada pura pura tak kenal sesama sendiri atau makin menjauh, aku akan tetap memuja dia tanpa lelah. Aku akan tetap mendoakan dia dalam diam dan aku akan tetap ingat jasa baik dia selama ni.

Tak mengapa. Kalau aku tak boleh memiliki dia, aku akan cuba cari lelaki serupa dengannya. Aku doakan yang terbaik untuk kau, Izwan.

"Maafkan aku," aku tunduk, cuba mengawal emosi.

Izwan masih kekal statik dengan kedudukannya. Mata masih tertancap pada layar putih yang menayangkan filem pilihan aku itu. Tapi aku tahu, dia tak fokus pun pada cerita tu.

Aku senyum.

"Izwan, aku tahu apa yang aku bakal cakap ni random. Tapi aku merayu pada kau. Lepas kita bawa haluan masing masing nanti, tolong ingat satu benda ni... mungkin pada kau, semuanya dah berakhir. Tapi pada aku, jujur aku minta kau tolong jangan lupakan aku."

"Sometimes it last long, but sometimes it hurt instead."

Izwan akhirnya menoleh ke sebelah, memandang wajah aku yang dah basah dengan air mata.

"Make sure you eat well, because it will all pass.
You will be able to sleep well like you did before
I really mean it from the bottom of my heart,
you have the right to become happier."

Air mata aku bergenang melihat mata kelabu itu turut berair mendengar kata kata aku.

Tapi aku tetap nak teruskan kata.

"Aku minta maaf selama ni susahkan kau selalu. Tapi aku janji yang semua ni akan berakhir tepat pada waktunya nanti. Jadi selagi ada masa yang tersisa, aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga untuk semuanya, selama 5 tahun perkenalan kita. Yang pahit aku akan jadikan memori dan yang manis... aku akan simpan di sini." aku meletakkan tapak tangan pada dada, serentak dengan air mata melimpah keluar ke pipi.

"Jangan mengarut malam malam macam ni boleh tak, Laura Ameena?" Izwan memalingkan wajah ke arah lain dan meraup kasar bahagian pipinya.

Aku senyum. Aku nampak cecair jernih yang keluar dari mata kelabu milik dia. Tapi dia tetap nak sembunyikan tangisan tu. Untuk apa sebenarnya air mata tu?

Kali pertama aku lihat raut wajah dia berubah kelam dan dia... mengalirkan air mata di depan aku.

"Why is it so hard for you to properly see me trying? Why its hard for everyone to see me trying? I shocked to see how i can get hurt because of you." sayu, aku meneruskan kata.

"Memang dah tak ada bahagia untuk aku ke, Izwan? Aku tak layak ke untuk rasa bahagia? Kenapa hidup aku terlalu menyedihkan? Berkali kali aku cuba untuk bunuh diri... aku tak kuat untuk hadapi semua ni." aku cuba mengawal nada suara yang bergetar.

"Laura Ameena." tegas, Izwan memanggil aku buat aku mengalihkan pandangan pada lelaki itu.

Dia memandang aku.

"Do you know how I'm doing these days? I can't even fall asleep. I can't even swallow anything
Do you know that I'm becoming more ruined
As I look at you? I feel like I'm dying.Even though I know you're looking somewhere else, I don't think I can let go of you"

Aku terkedu dengar kata kata dari Izwan sebentar tadi.

Pantas, aku halakan pandangan pada Izwan. Cuba meminta penjelasan.

Izwan menghela nafas panjang.

"Apa apa jadi sekalipun, masa takkan merubah kenangan yang ada. Kalaupun aku cuba untuk lupakan kau, aku berani jamin yang aku tak boleh. Jangan tanya kenapa, aku pun tak ada jawapan untuk tu." Izwan meraup rambutnya beberapa kali.

"Macam mana kalau aku tak ada? Macam mana kalau aku menghilang? Ataupun... mati? Kau masih akan ingat dan doakan aku?" soalan yang agak Kbat itu aku layangkan pada lelaki itu.

Izwan menoleh ke arah aku. Sekaligus membuatkan kami saling berpandangan.

"Kau tak boleh pergi." tegas, Izwan memberi arahan.

Aku mengelap hingus yang hampir masuk mulut dengan dahi yang berkerut.

"Kenapa pula?"

Izwan mengeluh.

"Kau tak boleh pergi. Sebab siapa yang nak jadi ibu kepada anak anak aku kalau ibu dia sendiri pergi tinggalkan aku sekarang? Kau ingat aku boleh bahagia tanpa kau?"

"Jangan pergi. Jangan cuba bunuh diri lagi. Seberat mana pun ujian yang kau tengah hadapi, anggap lah aku ni diari kau. Luahkan semuanya. Aku lebih suka duduk sini dengan kau daripada terpaksa datang majlis pengebumian kau, Laura Ameena."

Serentak dengan itu, hingus dan air mata aku meleleh lagi.

"Tte-Terima kasih." balas aku pendek. Selaju yang mungkin, aku alihkan pandangan pada layar putih di depan.

"Aku ni jenis yang hati batu. Kalau sesiapa nak pergi tinggalkan aku, aku takkan halang. Sebab manusia akan datang dan pergi. Tapi kau tahu tak apa yang aku takuti?"

Aku angkat kening, pelik dengan soalan Izwan.

"Apa dia?"

Izwan mengalihkan perhatian pada langit.

"Aku takut hilang tempat untuk bergaduh dan hilang seseorang yang mampu buat aku senyum walaupun  masa tu aku tengah ada dalam masalah besar. Aku takut hilang kau, Ameena."

Aku senyum kecil.

"Yelah, kalau aku tak ada... siapa kau nak jadikan teman gaduh kan? Dan siapa pula sanggup nak datang rumah untuk larikan aku kan?" aku perli lelaki itu dengan iringan tawa.

"Eh, nak tahu satu benda tak?" Izwan baru teringat satu perkara penting yang dia perlu cakap pada Laura.

Aku angguk.

"Harini, ada seseorang perempuan yang lahir. Dia istimewa di mata aku. Dan di mata orang orang lain yang mengenalinya juga."

Aku kelu. Iz... Izwan...

"Selamat hari lahir. Mungkin aku orang terakhir yang ucap. Tapi ucapan ni istimewa sebab jarang jarang aku nak ucap selamat hari lahir pada seseorang. Kau orang yang bertuah." tutur Izwan, senada.

Aku dah terkaku. Macam mana dia boleh ingat harini hari lahir aku? Dia stalk aku ke? Fuh... lain macam.

Aku senyum dengan hidung kembang kempis menahan rasa terharu bila jam di telefon Izwan tepat menunjukkan jam 12 pagi.

Maka berakhirlah hari lahir aku yang dirasakan sendu dan menyedihkan itu.

Izwan orang pertama yang ucapkan selamat hari lahir dan dia juga orang terakhir. Teruskan jadi yang pertama dan terakhir untuk aku, boleh tak?

Aku tersenyum simpul lihat Izwan yang ralit menonton kembali filem tadi.

Terima kasih, encik mata grey!

































-♡-

IZWAN meletakkan headphone dan telefon di atas laci bilik sebelum merebahkan tubuh di atas katil yang empuk macam baring atas awan.

Terasa seperti katil tersebut menyerap semua kelelahan dan kepenatannya hari itu.

Berbaringkan lengan dan bantal, Izwan mula termenung menghadap siling bilik yang putih bersih.

Hobi sebelum tidur, mula lah termenung fikirkan macam macam benda. Tu yang selalu tertidur lewat tanpa sengaja.

Rasa mengantuk mula menguasai diri. Izwan terus melelapkan mata, ingin berehat sebentar dari dunia yang nyata.

Baru sahaja mata tertutup, bunyi tangga automatik di buka menarik perhatian Izwan kembali. Siapa yang nak ke rooftop tengah malam buta macam ni? Dah pukul 1 pagi.

Jangan jangan pencuri?

Izwan berhati hati bangun dari katil dan berjalan perlahan menuju ke pintu bilik. Pintu dikuak dengan daya yang sedikit, mengelakkan geseran yang akan menghasilkan bunyi.

Ceh, tiba tiba masuk bab fizik!

"Siapa..." Izwan mengerutkan dahi apabila lihat tangga automatik dan pintu ke rooftop terbuka luas. Macam dah ada yang keluar dari situ.

Tanpa buang masa lagi, Izwan terus mendaki naik ke bahagian bumbung terbuka rumahnya itu.

Tiba sahaja di atas, wajahnya berubah riak. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tika ini.

Laura Ameena, berdiri di hujung balkoni bumbung tersebut dengan wajah yang merah padam, basah dengan air mata.

Laura masih berpaut pada pemegang kaca pada balkoni tersebut sambil pandang ke arah bawah. Masih berkira kira untuk terjun. Jika dia lepaskan pautannya pada pemegang kaca tersebut, dia akan terus jatuh ke bawah menimpa jubin mewah di tingkat paling bawah.

Jika jatuh, paling sikit sekalipun dia akan mengalami pendarahan teruk pada kepala dan terus mati.

"Laura Ameena!" lantang, suara Izwan memetir di ruangan itu sambil menapak ke arah Laura yang jelas kelihatan sangat sedih.

"Jangan dekat! Kau melangkah satu tapak lagi, aku terjun dari sini!" Laura memberi amaran, sekaligus mematikan hasrat Izwan untuk melangkah ke arah Laura dan menarik gadis itu.

Izwan makin hilang arah.

Laura masih memandang ke arahnya dengan mata sembap, seakan penat menangis.

"Laura Ameena, jangan macam ni. Turun dari situ dan kita bincang sama sama. Bunuh diri takkan selesaikan masalah." Izwan sekeras kerasnya cuba menghalang.

Tapi dia takut untuk melangkah. Laura akan terjun dan dia akan hilang arah untuk terus hidup.

Ya, dia mengaku yang dia memang perlukan Laura dalam hidupnya. Laura seakan udara yang diperlukan Izwan untuk terus hidup.

"Apapun yang aku cakap, tak ada sesiapa yang percayakan aku. Apa sekalipun yang aku cuba buat, tak ada sesiapa yang akan hargai aku. Jadi atas sebab apa aku perlu terus hidup?" sebak, Laura menahan tangis sambil saling berpandangan dengan Izwan.

"Aku. Aku akan percayakan kau. Aku akan hargai kau, Ameena. Please, don't do this. I need you. Aku janji lepas ni aku akan cuba buat kau bahagia. Dengan syarat, turun dari situ. Kalau kau tak nak turun demi aku, tolong turun demi mak dan ayah kau." entah kenapa rasa sedih mula menjalar dalam diri Izwan.

Dia bersumpah, apa pun yang jadi pada Laura, dia tidak akan dapat maafkan dirinya kerana membiarkan Laura pergi. Dia tak akan dapat meneruskan hidup seperti kebiasaan tanpanya.

"Terima kasih." Laura senyum dengan air mata yang melimpah tak henti henti.

"Terima kasih sebab ada dengan aku. Terima kasih sebab sudi cakap yang kau akan percaya dan hargai aku. Izwan, sampaikan salam sayang aku pada semua orang."

"Meena..." Izwan hilang kata kata.

Laura memejam matanya serapat yang mungkin. Ya tuhan, maafkan aku.

"Laura Ameena!"

Serentak Izwan melaungkan segaris nama itu, dia meluru ke arah Laura dan cuba untuk menggapai tangan gadis itu.

Tapi dia gagal, dia dapat capai tangan Laura tapi nasib tak menyebelahi Izwan apabila Laura terlebih dahulu dah melayang ke udara apabila dia melepaskan tautan pada pemegang kaca balkoni tersebut.

Izwan kaku tanpa suara.

Dengan langkah yang berat, dia menjengukkan kepala ke bawah.

Apa yang dia lihat cuma sekujur tubuh yang kaku di atas lantai tingkat paling bawah dengan darah yang melimpah keluar dari badan pemilik jasad itu.

"Aam- Ameena?"

Izwan terdiam seribu bahasa.

Terngiang kata kata Laura sebentar tadi.

'Macam mana kalau aku tak ada? Macam mana kalau aku menghilang? Ataupun... mati? Kau masih akan ingat dan doakan aku?'


contoh situasi yang berlaku, kot kot ada yang tak faham scene tu, boleh rujuk video atas ni ya?
















THE END.

eh maaf. tak tamat lagi.

TO BE CONTINUED ♡








yeay. dah habis. terima kasih sudi tunggu dan baca.
ily guys so muchh <3

oh ya, mama dah 18 tahun. form 5 pro max lagi. mama masih muda ya anak anak. spm dah makin dekat. jadi, mama nak anak anak mama doakan mama boleh? doakan kejayaan mama dan kawan ii mama yang bakal spm terlajak 'awal' tahun ni.

semoga nur alwani binti kamarul zaman memperolehi keputusan straight A untuk SPM 2021 nanti. aamiin.

terima kasih doakan !









pastu kan... hari apa tah haritu, wany terkejut sebab receive dua parcel ni tau. wany rasa cam semua barang online yang wany order dah diterima haritu. tetiba ada dua lagi parcel.

cokelatsirap

terima kasih sweetheart <3 serba salah nak terima sebab rasa tak layak. you shouldnt have gave this to me lah :(( baik simpan duit tu untuk keperluan diri eah je.. buat apa lah bagi akak :(( tapi bila pandang unicorn tu, terubat rindu dekat eah.
ily to the moon and star cokelatsirap





yang kedua pula thenrhidyah

seriously, i cried bila dapat parcel ni. masa tu tengah demam, pastu rasa better sikit alhamdulillah.

terima kasih sebab buat saya happy dan tersenyum. terima kasih untuk ucapan, gambar dan unicorn tu. dah hias almari. alhamdulillah, bila pandang gambar tu teringat dayah yang lawa ni. terima kasih dayah. susah ii je. terus baik sikit demam wany. ilysm.
thenrhidyah





baiklah itu sahaja buat setakat ini. maaf terkurang apa ii pada chapter kalini. harap bawa impak positif pada pembaca :))

uish chapter kalini lain macam panjang dia. 12 625 words. sampai 12 ribu words ×_× . tolong jangan muntah baca tauuu.

disebabkan dah nak SPM, wany akan berhenti menulis buat seketika. i mean, lepas SPM baru sambung balik kalau panjang umur.

nanti wany announce bila tarikh tetap wany nak stop menulis.

selamat tahun baru semua.
2021 >_<
assalamualaikum.

i love you.
borahae 💜.





yang dah nak spm tak lama lagi,
alwani aurora <3
















































































































Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top