00 : 34
hai assalamualaikum semua '))
maaf pada yg dah whatsapp wany, dm kat ig, telegram and also dekat private message wattpad.
I'm still recovering. feeling very low and small. i deleted all my social media platform and insyaallah kalau dah okay sikit, wany install balik.
doakan saya ❤.
maaf atas kesulitan. kalau ada benda penting, call je atau message kat telegram okay :))
maaf jugak sebab chapter kalini sangat hambar sebab takde mood langsung nak type tapi tetap siapkan untuk readers kesayangan saya semua. ❤
previous chapter wany dapat 1.5k comments. chapter ni nak dapat lebih boleh?
boleh spam comments tak?
sebab bila tengok comments korang sekurang kurangnya happy sikit :))
special tags orang yang selalu ada susah dan senang wany :
irzzaaaa popsicleso thenrhidyah cokelatsirap theinfatt srslyitsnothing yaennnnv dan amsyarhoney ❤
terima kasih sentiasa ada jatuh bangun wany.
terima kasih sudi buat wany senyum balik bila wany down teruk. moga allah balas kebaikan korang.
song recommended for this chapter. ❤
please tune up to this before start reading.
and you will feel Izwan and Laura in the air :))
enjoy ♡
« mencintai dia tanpa mampu memiliki »
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
enjoy reading my blueberries ♡
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SIAPA lelaki itu?
Kenapa dari tadi aku masih tertanya tanya soal dia?
Rizuan Amsyar.
Ya, naluri aku kuat mengatakan yang aku betul betul kenal dengan empunya nama itu.
Budak baru ke? Kenapa aku tak pernah nampak muka dia kat sekolah ni?
Aneh.
"Masih fikir pasal hero yang sambut kau tadi ke?"
Tersentak aku mendengar usikan nakal dari Raysha. Siulan nakal mula kedengaran, khas daripada Afieya dan Raysha yang kuat mengusik.
Aku yang sedang termenung di bucu katil akhirnya mengambil keputusan untuk pura pura bersihkan selimut. Sengaja aku kebas selimut dengan kuat dan kasar di hadapan mereka.
"Hensem jugak hero kau tu. Tapi tak pernah pulak nampak kat sekolah. Budak baru ke?" Diyana pula menyampuk.
Batch kitorang cuma ada 100 orang. Sangat sikit. Oleh sebab itu kami memang saling mengenali antara satu sama lain walaupun berlainan kelas dan bidang.
Tak mustahil kalau budak kelas sains berkawan rapat dengan budak perdagangan! Belajar sama sama pulak tu.
Alhamdulillah. Hubungan kami di sini dah macam satu keluarga. Saling menjaga antara satu sama lain.
"D, cuba lah pikat hero tadi tu. Mana tahu sangkut." Afieya galak mengusik.
Diyana menggeleng tegas.
"Tu Ara punya!"
Aku terus baling bantal unicorn di tanganku tepat pada kepala Diyana.
Suka hati dia je.
Diyana mencebik lalu baling semula bantal itu pada aku dengan kelajuan maksima. Tapi aku sempat menepis.
"Kau tak okay dengan Izwan ke, Ara?" Syuhada menyoal. Buat aku terpaku apabila nama Izwan menjadi topik perbualan secara tiba tiba.
Wajah aku berubah riak.
"Haahlah. Aku ingat, korang berdua dah berdamai. Tapi Izwan macam masih angkat bendera merah je." komen Afieya sambil kunyah keropok bika.
Aku terdiam.
Tak tahu nak cakap macam mana lagi.
Kadang kadang, aku rasa terlalu dekat dengan lelaki itu.
Tapi sekarang tanpa sedar...
Kami dah makin menjauh.
Lepas aku mula menyimpan pada dia, semuanya berubah.
Salah aku ke?
Salah aku sebab tersuka tanpa sengaja?
"Jauh betul mengelamun." Amelia memberikan satu tamparan manja pada bahuku sebelum duduk di sebelah, menyandarkan kepalanya pada aku.
Aku senyum tawar.
"Izwan benci aku kot..." lirih, aku bersuara.
Amelia melingkarkan tangannya pada pinggang aku sekaligus menarikku masuk ke dalam pelukan hangat milliknya.
"Janganlah fikir bukan bukan, Ara. Jangan overthinking. Aku tak rasa dia benci kau. Aku rasa sebaliknya..."
"Kalau dia benci kau, dia takkan ambil tahu pun pasal kau. Kau tengok lah. Mana ada dia kisah pasal perempuan lain macam mana dia kisah pasal kau. Sibuk mana pun dia dengan tugas dia, kau sentiasa dalam ingatan. Gitu!" Amelia sengih suka dengan teorinya yang dirasakan bijak.
Aku mencebik.
Ceh.
Izwan tu bukan boleh percaya. Dahlah pergi makan berdua dengan Marina.
Hello.
Fikir aku batu ke tak ada perasaan hah?
Aku nampak je macam tak kisah. Tapi hakikatnya aku tak boleh tidur tahu tak fikir pasal Marina dan Izwan.
"Hm dahlah tu gosipnya. Lima minit lagi nak lights off. Cha tak nak pergi tandas ke?" Diyana menepuk katilnya beberapa kali. Cuba membebaskan katil itu daripada habuk.
Raysha menggeleng." Dah pergi tadi."
Mereka semua kembali ke katil masing masing. Sesi bergosip dah tamat. Esok hari Selasa, masih hari persekolahan. Jadi ini saja masa untuk kami berehat.
Sebaik sahaja selesai mengurus diri, aku akhirnya merebahkan tubuh di atas katil.
Terkedip kedip mata aku memandang siling. Suasana dorm sunyi sepi. Semua kelihatan penat.
Aku pun penat. Tapi entah kenapa mata aku masih terasa cerah dan tak rasa nak tidur.
Apa yang buat Izwan berubah tiba tiba ya? Aku ada buat dia terasa hati dengan aku ke? Tak logik kalau dia marah hanya sebab bertembung dengan aku dan Firash haritu.
'Tinggalkan Izwan, untuk aku.'
Terkedu aku tatkala kata kata Marina kembali terimbas di ruang minda.
Tinggalkan Izwan?
Mampukah aku?
Izwan sebahagian dari hidup aku.
Jadi, tinggalkan Izwan sama maksudnya dengan tinggalkan kehidupan aku sendiri. Sanggup ke kau, Laura Ameena?
Tapi senyuman yang terukir di bibir Izwan tampak ikhlas. Mungkin dia bahagia dengan Marina. Mungkin Marina perempuan yang tak buat dia stress.
Bukan macam aku. Degil, tak dengar kata. Asyik buat Izwan marah.
Aku senyum kecil.
Mungkin Allah hanya nak aku belajar sesuatu dari pertemuan aku dan Izwan tanpa sebab lain.
Kan?
Tiba tiba, ruangan dorm menjadi gelap gelita hanya dalam sekelip mata.
Masa untuk lights off.
Dan masa untuk Laura Ameena berehat dari fikir pasal hal dunia.
Lebih lebih soal lelaki itu.
Lelaki yang buat aku rasa seperti sedang hidup dalam permainan puzzle, suai dan padan ikut mood lelaki itu.
❀❀❀
HARINI ada sedikit majlis. Ada qiamullail dan semua murid lelaki dan perempuan wajib menyertai program ini.
Kecuali yang bendera merah.
Aku melepaskan keluhan kecil tatkala melihat Syuhada dan Amelia menyarung telekung di tubuh dengan penuh semangat.
Kenapa lah masa masa penting macam ni aku period.
Seronoknya yang dapat buat solat sunat dan baca AlQuran hingga ke pagi beramai ramai...
"Ala, tak payah monyok monyok. Kau uzur tapi masih boleh berzikir sebagai ganti. Kau boleh dengar kitorang baca AlQuran jugak. Pahala tetap jalan, jangan risau. Allah kan Maha Adil." Diyana mencuit pipi aku dari sisi kanan sebelum terus bergerak ke luar dorm.
Aku masih membisu di birai katil. Baju kurung ungu lembut ditubuh aku ramas sepenuh hati. Geram.
Pastu nanti kena duduk sorang sebab semua member aku boleh solat.
Aku suruh siput jelah teman.
"Jom, nanti lambat." Amelia meraih lengan aku. Memaksa aku untuk berdiri meskipun aku mengeraskan anggota tubuh badan.
Sengaja, tanda protes.
Akhirnya, aku mengalah juga apabila melihat wajah bersungguh yang dipamerkan oleh Syuhada.
Aku sempat mengemaskan tudung bawal yang tersarung di kepala sebelum mengikuti jejak langkah Amelia, Syuhada dan Diyana.
Raysha dan Afieya terlebih dahulu dah ke surau bersama sama budak junior dorm kami kerana mereka harus bertugas bersihkan kawasan solat bahagian wanita.
Sebaik sahaja aku menutup pintu dorm dengan rapi, aku menoleh ke belakang dan tak semena mena tubuh aku berlanggar dengan tubuh seorang manusia yang tiba tiba berada di belakangku.
"Maaf maaf!" kalut aku memohon maaf apabila menyedari itu silap aku. Silap aku kerana tak berhati hati ketika berjalan.
Dan kata kata maaf aku hanya disambut dengan dengusan kasar seseorang.
Aku terkedu tatkala raut wajah Marina menyinggah penglihatan.
Dia yang aku langgar tadi?
"Laura, jomlah. Kita dah lambat ni." Diyana menarik lengan aku ke arahnya. Tak suka bila Marina tiba tiba muncul.
Aku mengetap bibir. Rasa bersalah apabila melihat buku buku milik Marina bertaburan di atas lantai.
Buku di tangan Marina jatuh kerana silap aku.
Jadi takkan aku nak pergi macam tu je?
Perlahan, aku rungkaikan tautan lengan aku dan Diyana sebelum aku tunduk, mengutip buku buku yang bertaburan di kaki Marina.
Marina tak menolak. Dia hanya berdiri tegak, tak bersuara.
"Weh tak payah kutiplah. Biarkan je Marina ni kutip sendiri. Bukan salah kau sorang. Dia pun dah kenapa tiba tiba nak muncul kat sini. Biar dia kutip!" Amelia turut tunduk, menepis tangan aku yang sibuk mengutip buku Marina.
Aku menggeleng.
"Tak apa. Kau bangun, Mel. Biar aku kutip. Sikit je ni. Tak ada apa sangat pun," aku menolak Amelia sehingga akhirnya Amelia mengalah. Dia berdiri, meninggalkan aku tertunduk tunduk mengutip kesemua buku Marina.
"Laura..."
Aku mendongak 90 darjah, memandang wajah Marina yang tidak menunjukkan sebarang reaksi wajah.
"Alihkan tangan kotor kau tu dari buku buku aku. Aku jijik dengan kau. Aku tak nak buku buku aku terjangkit dengan perangai jijik kau yang menyedihkan tu," Marina senyum sinis.
Aku tersentak.
Serta merta, tanganku yang tadinya ikhlas membantu tiba tiba rasa kaku. Niat ingin membantu hilang begitu sahaja apabila kata kata Marina menusuk jauh ke dalam jantung.
"Marina Finanda!" Amelia berdiri di tengah, antara aku dan Marina.
Wajah cerah Amelia merah padam menahan marah. Rasa nak tampar tampar je Marina sekarang ni lepastu lenyek buat rendang.
Eh, tapi nanti mesti tak ada siapa pun ada selera nak makan. Daging Marina mestilah pahit dan liat.
Orang dah buat baik dekat dia pun, dia masih lagi nak tunjuk lagak dan bongkak?
Itu tandanya hati kau dah mati.
"Apa masalah kau eh? Laura ni bukan main baik lagi dengan kau. Kau masih nak tunjuk lagak sombong kau tu ke? Shame on you, girl. Patutlah tak ada kawan. Lipas pun lari tengok perangai tak semenggah kau."
"Amelia Natasya-!" entah kenapa, aku rasa apa yang dilontarkan oleh Mel pada Marina adalah sangat melampau.
Amelia kelihatan terkedu apabila dijerkah oleh aku dengan nada suara yang tinggi. Aku sendiri tak pernah meninggikan suara pada Mel.
"Ara... dalam situasi macam ni pun kau masih nak bela minah bongkak ni ke?" Amelia menatap wajah aku, lama.
Mana perginya Laura Ameena yang dulunya tidak akan teragak agak untuk lawan balik? Kenapa Laura Ameena yang sekarang nampak lemah dan begitu mudah?
Aku tiba tiba sedar akan kesalahanku apabila mata Amelia mula berkaca. Mel memang mudah terasa dan sangat sensitif. Senang sahaja dia boleh menangis walaupun tanpa sebab.
Piya pun pernah cakap yang Mel boleh jadi heroin drama pukul 7 yang setiap episod mesti ada babak air mata tu.
Aku ingin meraih tangan Amelia tapi Mel lebih pantas mengelak.
"Sudahlah, Ara. Niat aku cuma nak bela kau je tadi. Kau sepatutnya hargai apa yang aku buat. Tapi tak. Marina ke yang ada masa kau menangis? Marina ke yang peluk kau masa kau down teruk? Marina ke yang sanggup buat apa sahaja untuk tengok kau senyum?"
Aku dapat lihat sudut bibir Amelia yang bergetar dengan linangan air mata membasahi pipi.
Rasa bersalah kian menyelubungi diri aku.
"Kitorang yang ada untuk kau. Bukan Marina. Bukan Marina, Ara..." lirih, suara Amelia buat aku memaki diri sendiri dalam hati.
"Mel..." Syuhada memaut bahu Amelia yang dah menangis kuat.
"Weh jangan lah macam ni, Mel." Diyana pula yang gelabah apabila wajah Amelia dah mula merah padam.
Aku? Masih berdiri tegak. Memandang Amelia yang menangis sesungguh hati. Seperti aku dah hancurkan hati dia seremuk remuknya.
Aku memang tak pandai pujuk orang.
"Tak apalah, Ara. Aku faham kalau aku bukan kawan terbaik untuk kau selama ni." Amelia senyum tipis sebelum akhirnya memilih untuk melangkah pergi.
"Mel.." aku bergumam dengan keadaan sebak.
"Ara, jangan risau. Mel kan memang sensitif. Biar kitorang pujuk dia. Kau pergi surau terus okay?" Diyana mengelus lembut pipi aku sebelum memeluk aku dan akhirnya pergi mengejar Amelia bersama Syuhada di sebelah.
Aku seka air mata yang tiba tiba mengalir di pipi.
Aku pun rasa macam sensitif sejak dua menjak ni.
"Lain kali cermin dulu diri kau. Kau sendiri pun masalah keliling pinggang, jadi tak payah nak acah acah buat baik dengan aku. Hidup kau tu berganda ganda lebih menyedihkan dari hidup aku."
Pedas.
Sentap.
Terasa.
Itu yang aku rasakan sekarang. Rasa macam benci sangat pada diri sendiri.
Serentak dengan itu, Marina terus melanggar bahu aku sebelum akhirnya berlalu pergi meninggalkan aku.
Betul ke?
Hidup aku...
Lebih menyedihkan dari hidup Marina?
❀❀❀
SUARA Ustazah Junaidah yang menyuruh murid perempuan yang uzur untuk berzikir mengejutkan aku dari lamunan singkat.
Dari tadi, aku asyik termenung tanpa hiraukan orang sekeliling.
Ya, betul.
Kalau aku jadi Mel pun aku akan terasa. Sebab aku terlalu pentingkan perasaan Marina sampai aku terlupa tentang rakan rakan aku yang lain, yang selalu ada susah dan senang bersama.
Dan tiba tiba aku terkedu tatkala suara lunak seorang lelaki menyinggah pendengaran.
Suara lelaki itu yang sangat merdu melagukan zikir di pagi yang hening hingga buatkan air mata aku berjaya tumpah sekali lagi membasahi pipi.
"Yang lain, ikut zikir. Jangan tidur. Pada pelajar perempuan yang uzur pun boleh ikut serta berzikir."
Itu Izwan.
Suara itu suara Izwan.
"Suami aku jadi imam la harini!"
Aku menoleh ke arah budak junior di sebelah yang sedang berfangirling dengan suara Izwan.
"Suami aku lah!" kawannya lagi sorang mencebik, tak puas hati.
"Eh, lelaki kan boleh kahwin 4. Kita boleh bermadu tapi bagi aku jadi isteri pertama."
Geram pulak aku dengar. Rasa cam nak sumbat je mulut dua orang budak ni dengan stokin basah Piya dekat dorm tu.
Malas nak berlama di situ, aku ambil keputusan untuk bangkit dari duduk dan terus keluar dari surau tanpa pengetahuan ustazah.
Hakikatnya aku nak merayau. Malas nak duduk kat situ.
Seram sejuk juga aku jadinya sebab sekarang pukul 4 pagi. Suasana sekolah memang hening dan gelap.
Cepat cepat aku melangkah ke tempat wudhuk perempuan untuk lepak berseorangan di situ.
Namun langkah aku terhenti sebaik sahaja aku terlihat kelibat putih sedang duduk di atas sebuah batu, di belakang tempat wudhuk pelajar lelaki.
Aku tergamam sendirian.
Hantu ke weh?
Tapi kenapa hantu pakai kopiah?!
Aku mengecilkan mata sebelum menggosoknya beberapa kali.
Ingatkan aku salah nampak. Tapi rupanya betul.
Ada seorang jejaka sedang duduk bersandar pada dinding dengan kedua matanya terpejam. Seakan sedang tidur.
Dan apabila aku amati wajah itu, aku terkedu sekali lagi apabila menyedari bahawa...
Itu Rizuan Amsyar.
Lelaki berkulit cerah macam mayat yang telah membantu menyambut aku daripada jatuh tersembam atas lantai kantin dua hari lepas.
Apa dia buat dekat situ? Nak kata uzur... dia lelaki.
Ponteng solat ke?
Perlahan, aku mendekati lelaki itu. Langkah demi langkah aku ambil dengan payah untuk mengelakkan lelaki itu dari menyedari kehadiranku disitu.
Apabila sampai betul betul di hadapannya, aku menghentikan langkah lalu tunduk, merenung wajah itu yang nampak pucat tak bermaya.
Siapa dia? Budak baru ke? Tapi kenapa aku rasa dia dan aku seperti ada ikatan yang kuat. Aura lelaki ini membawa aku terasa dekat dengannya walaupun hakikatnya kami tidak saling mengenali antara satu sama lain.
"Rizuan..." nama itu meluncur perlahan dari bibirku.
Namun walau perlahan, mata lelaki di hadapanku ini perlahan lahan terbuka. Dan pada saat itu, kami saling bertatapan buat masa yang lama.
Alunan zikir merdu dari Izwan yang sayup sayup kedengaran memecahkan kesunyian yang kekok antara aku dan lelaki di hadapanku ini.
"Apa kau buat ni?" kasar, lelaki itu mendengus lalu terus bangun. Seakan tidak senang dengan kehadiranku di sini.
Aku juga tergopoh gapah bangun, ingin mengejar lelaki itu.
"Rizuan!"
"Don't call me by that name."
Aku terpaku tatkala lelaki itu tiba tiba memusingkan tubuh lalu meninggikan suara pada aku.
Kenapa? Dia tak suka nama Rizuan tu ke?
"Saya minta maaf..." lirih, aku mengungkap kata maaf sambil memandang mata jernih lelaki itu.
Mata dia cantik.
Tapi aku lebih kagum dengan sepasang mata kelabu milik seseorang...
"Kita tak kenal antara satu sama lain. Jadi don't act like you know me, girl. Aku tolong kau haritu cuma atas dasar kesian. Jadi jauhkan diri kau tu dari aku."
Amsyar memandang wajah aku sekilas sebelum akhirnya melangkah lagi, ingin pergi secepat mungkin dari sini.
"Kenapa tak pergi solat?" soalan yang dari tadi bermain di benak fikiran akhirnya terluah di mulut aku.
Semua pelajar berada dalam solat untuk qiamullail. Kenapa lelaki ini masih bersandar pada dinding dan pura pura tidur?
Lelaki itu dengan berat hati menoleh lagi, memandang aku yang masih pegun ditempat sama.
Menanti lelaki itu untuk berikan aku segaris jawapan.
"Sebab aku tak percayakan tuhan,"
❀❀❀
AKU mengeluh tatkala Afieya meletakkan pinggan berisi nasi berlauk di hadapanku.
"Piya... kan aku dah kata aku tak nak makan. Kenapa kau ambilkan jugak? Membazir je nanti."
Afieya duduk berhadapan denganku sambil kunyah karipap pusing.
"Makan je lah. Penat mak ayah aku bayar duit makan kau kat asrama ni. Membazir kalau tak manfaatkan." Diyana mencelah.
Aku tahu niat baik rakan rakanku yang hanya inginkan yang terbaik buat aku.
Tapi perkara ini lah yang buatkan aku benci pada diri sendiri.
Rasa seperti aku tak layak dikelilingi orang orang sebaik mereka yang ada bersamaku sekarang.
"Mel..." aku memandang wajah mendung Amelia yang sedang tunduk memandang makanan di pinggannya tanpa menjamah sedikit pun hidangan itu.
Dia betul betul tak hiraukan aku lepas pergaduhan kecil yang berlaku minggu lepas.
Dah seminggu. Tapi Mel masih tak dapat hapuskan amarahnya pada aku walaupun dah berkali kali aku minta maaf.
Syuhada memaut lengan aku lalu menggeleng kecil. Memberi isyarat pada aku supaya beri Amelia masa untuk 'sejuk'.
Aku mengaku. Dalam ramai ramai kawan yang aku ada, Mel yang tahu segalanya. Dia tempat aku mengadu segala rasa hati kerana dia yang paling aku percayai.
Amelia ni dia jenis tak terlalu banyak kata kata yang boleh disusun untuk legakan hati aku bila aku mengadu sesuatu.
Tapi bila aku sedih, rasa down dan tiba tiba menangis...
Dia akan terus peluk aku tanpa sebarang kata. Dia akan peluk, usap belakang aku hingga aku rasa lega.
Kerana kadang kadang bila kau sedih dan sedang berduka, apa yang kau betul betul perlukan cuma satu pelukan dari orang yang kau sayang supaya resah di hati akan hilang.
Aku akhirnya menolak pinggan di hadapanku pada Raysha yang seronok menjamu selera sampai tak hiraukan orang sekeliling.
"Habiskan makanan aku," aku titip pesan pada Raysha sebelum akhirnya bangun, meninggalkan dewan makan.
Laungan suara Afieya dan Syuhada yang memanggil tidak aku hiraukan.
Aku rasa rasa rendah diri. Terlampau rendah hingga aku rasa nak bersendiri sekarang. Tak nak jumpa sesiapa.
Jumaat ni alhamdulillah kami, pelajar asrama dibenarkan pulang ke rumah.
Aku rasa aku cuma akan berkurung dalam bilik.
Sedang asyik aku melangkah untuk ke tandas perempuan, telinga aku menangkap satu bunyi.
Bunyi seakan batu kerikil di baling ke dalam kolam berdekatan dewan makan. Dan entah kenapa, aku mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi.
Perlahan, aku mengatur langkah ke kolam itu meskipun otak melarang keras diriku dari berbuat demikian.
Dan buat kesekian kalinya, aku melepaskan keluhan berat apabila mata aku menangkap jelas figura seorang lelaki yang sedang duduk berseorangan diri di hadapan kolam.
Walaupun hanya beberapa jarak, aku dapat kenal lelaki itu dengan hanya sekali pandang.
Dia Rizuan Amsyar.
Lelaki pelik yang tiba tiba muncul di sekolah ini. Suka menyendiri, tak suka bergaul. Kera sumbang agaknya. Apa yang aku tahu, dia budak aliran akaun.
Wajah lelaki itu yang pucat seakan tak bermaya buat aku resah kadang kadang. Bukan apa, walaupun tak kenal, aku tetap risau kalau dia sakit.
"Kau nak apa lagi ni?"
Suara keras milik lelaki itu mematikan lamunan singkatku.
Aku angkat wajah dan akhirnya kami saling bertentangan mata lagi.
Dia duduk agak jauh dari aku. Tapi yang peliknya, aku rasa seperti nak duduk di sebelah lelaki itu dan berbual dengannya.
Gila kan?
Entah, aku rasa kami saling mengenali.
"Maaf," aku tunduk memandang lantai dengan perasaan kesal.
Aku tak sepatutnya masuk campur privasi dia. Dia nak duduk sini seorang diri. Aku pulak yang tiba tiba menyibuk. Kalau aku jadi dia pun, aku akan marah.
"Pergi. Semak betul," dengan nada angkuh, lelaki itu akhirnya mengalihkan pandangan.
Macam benci sangat dia pada aku. Tapi apa salah aku? Dia kata aku semak?
"Kau dah makan? Muka kau nampak... pucat. Kalau kau tak sihat, aku boleh tolong bagitahu warden."
Sedang asyik aku menutur kata, lelaki itu menoleh memandangku sekali lagi. Tapi kali ini tatapan lelaki itu seperti helang yang lapar.
Er. Rilekslah!
"Muka aku memang macam ni." nada suara lelaki itu kembali kendur, membuat aku lega sedikit.
Aku mengetap bibir. Aku berminat dengan kau, Rizuan. Maksud aku, aku berminat nak tahu lebih lagi pasal diri kau.
Siapa kau dan dari mana kau sebenarnya.
"Aku tahu aku ni bukan sesiapa. Tapi aku boleh dengar masalah kau. Walaupun mungkin aku tak dapat selesaikan masalah tu, tapi sekurang kurangnya beban kau akan kurang sikit." aku cuba memujuk.
Sebab aku tahu macam mana sakitnya bila kita terpaksa pendam sesuatu kerana tak nak orang sekeliling risau dan bimbang soal kita.
It's killing you in the inside.
Dan aku nak tahu apa yang buatkan lelaki ini sanggup cakap yang dia tak percayakan tuhan sedangkan setiap nafas yang terhembus, semuanya atas kehendak yang Maha Esa.
Lelaki itu akhirnya mengangkat wajah.
Aku perhatikan lelaki itu sekali lagi. Dia kacak. Cuma seorang yang menyimpan pelbagai misteri dan rahsia dalam dirinya.
"Kau akan jauhkan diri kau dari aku kalau kau tahu kisah silam aku."
Aku mengerutkan dahi.
Gelap sangat ke masa silam lelaki ni? Sampai buat dia hilang kepercayaan pada tuhan. Ya Allah, berikanlah hidayahMu pada dia.
"Kisah silam tu cuma perkara yang berlaku dengan hikmah tersendiri. Allah nak kita belajar dari kisah silam yang berlaku supaya kita lebih berhati hati untuk teruskan hidup. Bukan tandanya Allah tak sayangkan kita," dengan penuh semangat, aku menjelaskan.
Bukankah itu fungsi kita sebagai khalifah di muka bumi ini? Saling mengingatkan bila ada yang terlupa.
"Kenapa nak ratapi kesedihan yang Allah bagi sedangkan nikmat yang Allah bagi dekat kita lagi berganda banyak. Setiap degupan jantung kita ni pun nikmat yang bila bila masa je Allah boleh tarik."
Aku lihat lelaki itu bungkam dan mula pandang tempat lain. Aku tahu dia tak selesa.
"Aku bukan nak sibuk hal kau. Tapi aku cuma nak tegur sebab aku tak nak kau semakin jauh dengan tuhan." aku senyum tipis.
Dan akhirnya, aku berjalan ke arah lelaki itu. Semakin hampir dan akhirnya aku berdiri betul betul di hadapan lelaki itu.
"Aku nak kau ingat benda yang aku nak cakap ni sampai kau mati,"
"Allah takkan selalunya beri apa yang kita nak. Tapi yang pasti, Allah akan beri apa yang kita perlu."
Serentak dengan itu, Amsyar kalih memandang aku. Mata lelaki itu sedikit sembap dan berkaca. Seperti tersentuh dengan kata kata aku sebentar tadi.
Aku menyeluk poket baju kurung dan mengeluarkan sebungkus Kitkat. Aku ingat nak makan benda ni tadi.
Tapi ummi pernah pesan. Selagi kita hidup, cubalah buat orang senyum dan gembira. Sebab orang orang ni lah yang akan mendoakan kita bila kita meninggal dunia satu hari nanti.
Buat baik dibalas baik. Kan?
Aku menghulurkan Kitkat tadi pada Amsyar.
"Sakit tu penghapus dosa. Jadi jangan pernah fikir Allah bencikan kau. Allah rindu nak dengar kau menangis merintih dekat Dia. Sebab tu dia bagi ujian dan dugaan."
Apabila lihat lelaki itu tak menyambut huluran aku, aku akhirnya memilih untuk terus letakkan Kitkat itu dalam poket bajunya.
Aku senyum tipis apabila lihat lelaki itu asyik memandang wajah aku tanpa berkelip.
"Semoga bermanfaat," tutur aku sebelum akhirnya memilih untuk melangkah ke tandas.
Amsyar tunduk memandang paket Kitkat yang berada dalam poket sebelum melepaskan satu keluhan berat.
Perempuan itu masih sama seperti dulu. Tak pernah berubah.
Amsyar senyum segaris.
Dah 10 tahun. Dia nampak lebih matang dan... masih cantik seperti dulu. Senyuman dia masih mampu buat aku berdebar.
Apa yang pasti, mesti dia dah lupakan aku.
Cinta pertama dia.
Ya, aku Rizuan Amsyar.
Cinta pertama Laura Ameena 10 tahun yang lepas.
❀❀❀
IZWAN menanggalkan dua butang atas baju kemejanya sebelum melepaskan lelah dengan meneguk air mineral di atas meja.
Setelah itu, dia duduk di birai katil sambil menyelak helaian fail untuk menyemak data murid yang telah direkodkan olehnya.
Tiba tiba, bunyi bunyi dikuak kedengaran membuatkan Izwan menoleh memandang ke arah pintu.
Sekarang waktu prep. Semua pelajar diwajibkan berada di bilik prep kecuali Izwan yang sibuk ulang alik ke bilik warden kerana ada sedikit masalah berkaitan pelajar yang membawa rokok elektronik ke sekolah.
Izwan terkedu tatkala kelibat seorang lelaki menyapa pandangan.
Lelaki itu berdiri tegak di hadapan pintu utama dorm sambil turut sama memandang ke arah Izwan.
Lima minit berlalu.
Izwan akhirnya mengalihkan pandangan. Fail di tangan cepat cepat di simpan dalam beg sekolahnya sebelum mencapai buku teks nota di atas meja.
Dia terus bangun dan berjalan ke pintu. Ingin pergi dari situ secepat mungkin.
"Wan..."
Langkah Izwan mati apabila lelaki yang berdiri di pintu tadi membuka bicara. Dia sedaya upaya cuba untuk tahan diri dari beremosi.
"Wan, aku minta maaf." Firash menutur maaf dengan penuh ikhlas.
Dia tahu dia yang patut dipersalahkan kerana membuta tuli buat sesuatu tanpa berfikir hingga persahabatan yang terjalin antara dia dan Izwan musnah begitu sahaja.
Izwan kekal diam.
Firash menghela nafas panjang. Sungguh, dia rindukan kawan karibnya ini. Dia rindu saat Izwan dan dirinya saling berkongsi cerita dan bergurau senda.
Izwan nampak je stone heart. Tapi dia sebenarnya tersangatlah lawak hingga mampu buat kau penat ketawa sampai jatuh berguling ke Sungai Klang.
Dan Firash rindukan saat itu...
"Siapa aku untuk menghukum."
Firash angkat wajah, memandang Izwan yang berdiri beberapa meter darinya. Izwan langsung tak pandang Firash. Dia cuma sibuk merenung ke luar dorm.
Dia cuma pura pura tak kisah. Tapi cuma tuhan yang tahu betapa sayangnya dia pada persahabatan kecil antara dia dan Firash.
"Semua manusia akan buat dosa. Tak kisah lah dalam sedar atau tak. Cuma beza di antara kita adalah sama ada kita bertaubat atau tak," Izwan bersuara dengan nada mendatar.
Firash akhirnya mengukir satu senyum manis.
Tahu yang Izwan tak menyimpan sebarang dendam.
Dan dengan tiba tiba, Izwan menoleh memandang Firash, membuat Firash terkejut siput lalu terus memadam senyuman di bibir. Rasa nak terkencing bila tengok wajah serius yang terpamer di wajah kacak milik Izwan.
"Maaf aku ni bukan percuma. Belanja aku makan selama seminggu. Denda sebab kau tumbuk aku haritu."
Firash kembali tersenyum apabila mendengar kata kata Izwan. Tahu yang lelaki itu cuma bergurau.
"Sebulan pun boleh, bro."
"Izwan Izwan!"
Izwan terkedu tatkala pintu dorm terbuka, ditolak kasar oleh seseorang dari luar.
Kelihatan Amierul dan Arfiq sedang berada di luar dorm sambil tercungap cungap mencari nafas. Seperti baru lepas berlari dari bilik prep di tingkat bawah.
"Ada apa ni?" soal Izwan.
"Ada budak pengsan depan bilik prep." Arfiq menjawab dengan nafas yang masih tidak teratur.
Riak wajah Izwan serta merta berubah. Pengsan?
"Budak mana? Junior?" soal Firash pula.
Amierul menggeleng.
"Budak baru. Nama dia Rizuan Amsyar,"
❀❀❀
HARI ini hari Khamis.
Esok dah boleh pulang ke rumah masing masing hingga hari Ahad. Ya Allah, rindu tak tertanggung pada ummi dan abah di rumah!
Dan...
Aku senyum lagi.
Esok 4 September.
Hari kelahiran aku.
"Ara Ara!"
Aku yang sedang asyik merenung kalendar pada loker akhirnya menoleh ke arah suara kanak kanak ribena milik Raysha.
Raysha duduk di atas katil aku dengan sengihan lebar. Anak patung unicorn aku dipeluk erat.
"Kenapa?"
"Esok keluar nak? Dah lama kita tak spend time sama sama kan? Kita keluar dinner." Raysha buat muka comel yang sedikit tak jadi.
"Haah lah. Rasa macam dah lama kan kita tak keluar berenam. Kali terakhir pun keluar makan cendol je." Diyana yang sedang melipat bajunya turut menyampuk.
Aku menggaru kepala yang tidak gatal.
Aduhai.
Diorang tak ingat ke? Esok kan hari lahir aku. Kalau boleh, aku nak luangkan sepenuh masa dengan ummi dan abah. Kalau keluar dengan kawan kawan pun mungkin hari Sabtu.
Jumaat paling indah bakal tercipta besok!
"On ke tak ni, Ara?" Afieya mencuit bahu aku dari belakang.
Eh, tak sedar pulak aku dah termenung jauh hingga ke Zuhal.
"Hari Sabtu lah. Esok aku busy sikit," aku memberi kata putus.
Masing masing mula buat muka kecewa.
"Alah maaflah. Hari Sabtu aku janji kita keluar makan sama sama okay?" aku cubit manja pipi gebu Raysha yang sedang buat wajah masam, merajuk la kononnya.
"Hari Sabtu pun okay jugak." Diyana senyum.
"Okay cun hari Sabtu. Nanti aku tanya Mel dengan Syu diorang on ke tak. Lama pulak budak dua orang tu pergi tandas." Afieya membebel sambil makan Apollo.
"Mel kan nak buang air besar. Dia kalau membuang, setahun lah jawabnya." komen Raysha selamba.
Aku ketawa kecil.
Betul lah tu.
"Oh ya, Ara. Aku ada benda sikit nak tanya kau ni." Diyana berhenti lipat kain lalu terus ke katilku dan duduk di sebelah Raysha.
"Apa?" aku kerutkan dahi.
"Kau kenal ke dengan budak baru tu? Budak baru kelas akaun yang jadi hero kau tu."
Riak wajah aku berubah dengar soalan tiba tiba dari Diyana.
Rizuan Amsyar ke?
"Kenapa dengan budak baru tu?" aku pura pura sibuk mengemas buku buku dalam loker.
"Aku tengok dia tu semacam je. Dahlah suka asingkan diri dari orang lain. Aku perasan masa kita makan kat dewan makan, dia asyik usyar kau je. Pelik jugak aku." Diyana meluah rasa.
Aku tergamam.
Usyar?
"Haahlah. Aku pun perasan. Mula mula aku ingat benda tu kebetulan. Tapi lama lama aku perhatikan memang betul dia pandang kau." Afieya pula mencelah.
"Semalam aku dengar dia pengsan depan bilik prep aspura."
Aku mengalihkan pandangan pada Raysha. Lelaki tu pengsan? Weh dah kenapa pula dengan lelaki tu? Muka dia pun pucat macam kurang darah.
"Izwan yang selesaikan masalah budak tu." sambung Raysha lagi.
Kali ini, tiba Piya, Diyana dan Raysha pura pura batuk dan bersiul nakal.
"Baiknya lah Izwan tu. Untung tau perempuan yang dapat dia." Afieya cuba memprovok dengan menyenggol lengan aku beberapa kali.
Aku buat muka tak minat.
Aku dan lelaki itu punya pendapat yang berbeza dalam semua benda.
Dan lama kelamaan, aku sedar tentang satu perkara.
Dia cuma 'mimpi' yang takkan aku miliki.
Biarlah aku di sini, kekal memendam rasa.
Kerana itu yang terbaik buat kami berdua.
"Aku nak pergi bawah jap. Jumpa budak junior." aku menarik tudung selendang hitam di bucu katil sebelum melilitnya kemas pada kepala sambil melihat pantulan wajah pada cermin yang tergantung elok di loker.
"Nak ikut!" Afieya berdiri lalu cepat cepat mencapai tudung bawalnya.
"Tak payahlah. Aku pergi sekejap je pun. Kau duduk lah sini. Lagipun aku nak jumpa budak junior yang kau pernah buli dua tahun lepas. Nanti dia pengsan pulak sebab trauma nampak kau," aku ketawa sendiri apabila teringat insiden pergaduhan Afieya dengan budak junior tu.
Nama dia Sara.
Afieya beratur nak beli makanan dekat kantin. Tiba tiba si Sara ni tumpahkan laksa panas atas kasut Piya. Memang menjerit lah dia jawabnya.
Budak tu kena buli dengan Piya. Piya suruh Sara basuh kasut Piya selama sebulan tanpa cuti dan tanpa gaji.
Raysha turut sama ketawa.
"Kalau aku jadi budak tu, aku ludah atas katil Piya masa Piya tak ada. Balas dendam!" Raysha terus terusan mengusik sambil menyepak kaki Afieya beberapa kali.
Aku menggeleng gelengkan kepala apabila Raysha dan Afieya mula bertumbuk.
Ah, layan minah minah gangster ni sampai bila pun tak habis!
Aku terus mencapai buku nota hijau di atas katil sebelum mengatur langkah ke tingkat bawah.
Sampai sahaja di Dorm Kenanga, aku terus melangkah masuk selepas memberi salam.
"Sara..." aku menyapa Sara yang sedang tunduk, mengelap air milo yang tumpah di lantai.
Sara mendongak.
"Kak Laura..." Sara nampak sangat teruja menyedari kehadiran aku di situ.
Aku senyum.
"Akak datang ni nak bagi buku nota Biologi yang Sara nak pinjam tu." aku hulurkan buku nota hijau di tanganku pada Sara.
Sara yang sedang mengelap air yang tumpah akhirnya menyuruh aku untuk membantu dia meletakkan buku itu di dalam lokernya.
"Mana budak dorm yang lain? Sara sorang je ke dalam dorm?" soal aku, cuba beramah mesra sambil mencapai kunci loker Sara pada bucu katil.
Sara mengangguk.
"Haah. Sara sorang je kak. Yang lain semua entah kemana. Masing masing buat hal sendiri." Sara yang mencangkung membelakangi aku masih sibuk membersihkan air yang tumpah.
Aku angguk faham sebelum kembali mengalihkan perhatian pada loker Sara yang agak susah untuk dibuka.
Aku menarik nafas lega apabila pintu loker berjaya ditarik apabila beberapa kali ditarik oleh aku.
Apabila pintu loker itu dibuka, riak wajah aku serta merta berubah.
Terpaku.
Terkedu.
Tergamam.
Aku tekupkan tapak tangan pada mulut. Tak sangka. Tak percaya dengan apa yang sedang aku saksikan di depan mata sekarang ini.
Di dalam loker Sara, gambar Izwan memenuhi segenap inci ruang sehingga buat aku terdiam sendiri.
Ada juga gambar Izwan yang kelihatan ditangkap secara curi curi.
Apakah—
"Abang Izwan tu nyawa Sara. Sara sayang dia."
Aku terkedu. Pantas, aku menoleh ke arah Sara yang dah selesai membersihkan air milo yang tumpah tadi.
Sayang?
Sara akhirnya membalikkan tubuh. Memandang aku dengan senyuman yang penuh misteri.
"Sara, apa semua ni?" soal aku dengan suara yang terketar ketar menahan gelodak rasa.
Sara senyum.
"Sara suka abang Izwan. Terlalu suka. Dia baik sangat dengan Sara. Dia selalu tolong Sara." Sara menapak, mendekati aku.
"Sara tahu abang Izwan rapat dengan akak kan? Tapi Sara tak suka. Sara tak suka tengok akak dengan abang Izwan. Lagi lagi bila dia asyik sebut pasal akak bila borak dengan Sara..."
"Apa benda yang kau merepek ni, budak?" belum sempat Sara menghabiskan kata, aku terlebih dahulu dah mencelah.
Kenapa aku rasa Sara ni psiko?
Sara menggeleng.
"Tak. Sara tak merepek. Sara cakap benda yang betul je. Sara rasa akak... penyibuk. Penyibuk sebab selalu menyemak dalam hidup abang Izwan."
Aku mengetap bibir. Aku penyibuk?
"Akak jangan lah jadi lembap. Abang Izwan tu memang baik dengan semua orang. Dia layan semua orang sama je. Akak bukan istimewa sangat. Akak tu bukan sesiapa dalam hidup dia."
❀❀❀
SEJAK dari pertemuan aku dengan Sara tadi, aku masih tak boleh lupakan apa yang telah dia katakan pada aku.
Semuanya.
Tentang perasaan dia pada Izwan.
Dan tentang layanan Izwan yang sama pada semua perempuan.
Masih terbayang gambar Izwan yang memenuhi segenap ruang inci loker milik Sara.
Izwan juga dah semakin menjauh dari aku. Mungkin betul apa yang dikatakan oleh Sara.
Aku bukan sesiapa.
Sedang asyik melangkah, tiba tiba diri terasa lelah.
Aku ambil keputusan untuk pergi beli air di mesin yang dah aku ceraikan haritu.
Terpaksa rujuk balik sebab aku betul betul dahaga dan malas nak pergi ke mesin air lain. Alang alang mesin ni je yang paling dekat, apa salahnya.
Sampai di depan mesin, senyum kecil aku terukir apabila air Oligo ada.
Kali ini, aku berhati hati untuk menekan butang di bawah air Oligo agar tidak salah tekan seperti hari itu.
Hari di mana Izwan korbankan diri untuk minum kopi Wonda sebab belikan aku air Milo.
Aku rindu.
Rindu saat dia masih peduli soal aku.
"Lama lagi ke?"
Aku tergamam apabila satu suara dingin milik seseorang menerjah halwa pendengaran.
Aku toleh ke belakang dengan kelajuan maksima.
Serta merta, pandangan aku dan anak mata kelabu milik seorang lelaki saling terpaut.
Izwan.
Ya, dia.
"Bukan kau dah ceraikan mesin air ni ke? Talak 10 mana boleh rujuk balik."
Air mata aku dengan tiba tiba bergenang apabila dengar usikan dari lelaki itu.
Tak tahu nak gelak ke nak nangis sekarang ni.
Izwan, aku rindu semuanya.
I'm sorry but I miss you.
And I miss us.
"Kau okay?"
Aku angkat wajah, menyatukan pandangan kami.
Dah lama tak dengar soalan tu dari dia.
Aku diam, tak rasa nak jawab soalan tu. Aku sendiri pun tak pasti aku ni okay atau tak.
"Laura..."
Sekali lagi, aku terkedu tatkala lelaki itu mengungkap segaris nama yang tidak terbiasa di bibir lelaki itu.
Dia panggil aku Ameena.
Bukan Laura.
Izwan menapak satu langkah menghampiri aku. Walaupun pada jarak sebegini, aku masih tak dapat percaya yang dia sedang berdiri depan aku.
Terasa sangat jauh.
Aku lihat lelaki itu seakan cuba mengatur kata. Aku pula memilih untuk kekal diam. Kekok dengan situasi seperti ini.
"I'm sorry, don't leave me."
Walaupun perlahan, aku dapat menangkap dengan jelas butir bicara lelaki itu yang seakan...
Merayu.
Jangan tinggalkan kau?
Kau yang tinggalkan aku dulu, Izwan.
Aku tatap anak mata kelabu itu sedalam dalamnya.
"I'm begging you, please. Just stick around."
Aku alihkan pandangan. Tak mampu bertahan kalau dia dah mula merayu macam tu.
Walau seteruk mana pun Izwan layan aku, aku tak tahu kenapa hati aku tetap menegaskan untuk aku terus sabar dan jangan pernah putus asa.
Sebab aku terlalu lemah...
Lemah bila dalam hal melibatkan Izwan Hakiem.
"Let me fix this. Please," tersekat sekat suara lelaki itu cuba untuk memujuk.
Kenapa aku rasa tak terpujuk? Kenapa aku rasa nak tumbuk je dia untuk lepaskan kemarahan?
"Aku sayang kau, Laura Ameena."
Aku membasahkan bibir.
Rasa sebak bila dengar pengakuan dari lelaki itu yang terasa palsu. Rasa seperti dia sengaja nak buat aku hilang rasa marah.
"Izwan, aku..." aku yang tadinya sibuk mengalihkan pandangan kini cuba memandang lelaki itu semula.
Aku nak cakap yang aku rindukan kau yang dulu.
Namun lidah aku kelu tatkala Izwan tiba tiba menghilang dari pandangan.
Izwan tadi betul betul berdiri di hadapan aku dan kami berdua sedang berdiri berhadapan sebuah mesin air yang pernah aku ceraikan.
"Iz..." aku mengetap bibir.
Dan baru aku sedar.
Itu cuma khayalan aku.
Tiada sesiapa di sini kecuali... aku.
Izwan takkan minta maaf.
Sebab semua ni bukan salah dia. Salah aku. Salah aku kerana mempunyai perasaan pada lelaki itu.
Rintik hujan tiba tiba turun, membasahi pipi.
Pantas aku dongakkan wajah menatap langit yang menangis, mengeluarkan air matanya.
Awan, kita sama.
Aku pun tengah menangis.
Bezanya cuma aku sedang menangis dalam hati supaya tak ada sesiapa pun yang tahu. Dan aku cuba sedaya upaya berlagak untuk pura pura okay.
Bencinya aku pada diriku sendiri, Ya Allah...
❀❀❀
AKU ponteng studygroup harini kerana kepala aku memusing sejak dari tadi.
Aku dah beritahu Firash tadi. Kata Firash, Marina pun tak dapat sertai sesi belajar secara berkumpulan hari ini kerana ibunya datang melawat.
Ada hal penting katanya.
Aku langsung tak sempat beritahu ketidakhadiran aku pada Izwan kerana aku terlebih dahulu dah ke tandas untuk muntah.
Aku rasa sebab aku makan tempoyak basi yang ada bawah katil Syuhada semalam kot.
Oh ya.
Hari ini hari ulangtahun kelahiran aku.
Ummi, abah, alhamdulillah puteri ummi dan abah ni dah masuk 17 tahun hari ni!
Memang rasa gembira dan teruja nak sambut.
Tapi apa yang buatkan semangat aku hilang ialah tak ada sesiapa pun yang ucapkan selamat hari lahir pada aku.
Pelik.
Selalunya, Mel dan Piya akan peluk aku pagi pagi dan ucapkan ucapan manis tahap potong kaki mereka pada aku.
Ummi dan abah pun kebiasaannya akan telefon aku subuh subuh lagi untuk ucap selamat hari lahir.
Mungkin aku dah tak sepenting dulu agaknya...
Aku atur langkah kaki yang memberat untuk ke dataran sekolah. Ustazah Junaidah nak jumpa aku. Katanya dia nak minta tolong aku.
Sampai sahaja di tempat hadapan bangunan aspura, aku terlihat kelibat Firash dan Izwan dari jauh.
Mereka berdua kelihatan seperti sedang berbual di hadapan pondok.
Aku senyum melihat senyuman bahagia yang terukir di bibir kedua lelaki itu.
Alhamdulillah, nampaknya mereka berdua dah berbaik semula seperti sediakala.
Hey, Izwan. Tolong senyum macam tu sampai bila bila boleh? Aku turut sama rasa tempias gembira bila nampak kau senyum.
"Kau dah pandai melawan aku pulak ke sekarang?"
Terangkat bahu aku apabila mendengar satu suara seorang wanita yang tiba tiba menjerit, marahkan seseorang.
Aku cepat cepat mencari arah suara itu tadi dan...
Akhirnya aku dapat lihat dengan jelas di sebalik semak, ada dua orang wanita sedang berdiri bersebelahan kereta mewah.
Wanita itu berkulit sawo matang dan wajahnya cantik dirias indah dengan alat solek yang agak tebal. Matanya dilindungi dengan cermin mata hitam yang menampakkan sisi elegan dalam diri.
Aku rasa wanita itu lebih tua dari abah.
Tapi gaya nya buat dia nampak 10 tahun lebih muda.
"Mommy, janganlah buat Rin macam ni. Sudah sudahlah burukkan Rin depan daddy. Apa lagi yang mommy nak sebenarnya ni?"
Aku terkedu tatkala mendengar suara milik seseorang yang sangat aku kenali.
Itu... suara Marina.
Melihat dari sisi, baru aku sedari yang perempuan di hadapan wanita bergaya tadi ialah Marina.
Jadi ini ke mak tiri Marina?
Aku cuba untuk menyorok di balik semak untuk mencuri dengar perbualan mereka berdua. Aku nak tahu lebih lagi tentang Marina dan kehidupannya yang terlihat sukar.
"Aku ni mak tiri kau. Bapak kau yang tua tu sayang aku. Dia percayakan semua cakap aku. Jadi bila bila masa je aku boleh buat dia benci dekat kau." wanita itu kelihatan cuba memprovok Marina.
Aku pulak yang geram sekarang ni. Nampaknya, mak tiri sebegini wujud juga di dunia nyata, bukan hanya dalam kisah dongeng Bawang Putih Bawang Merah!
"Dasar perempuan murah!" Marina menjerit sekuat hatinya. Seakan dah lama menahan sabar.
"Kurang ajar!"
Pang!
Wajah Marina terteleng ke tepi akibat satu tamparan yang dihadiahkan daripada ibu tirinya.
Aku menekup mulut yang terlopong melihat kejadian itu di hadapan mata.
Astaghfirullahalazim. Marina...
"Kau jangan nak melawan aku. Sedar diri kau tu sikit. Tak ada siapa yang sayangkan kau. Mak kau tu pun dah mampus! Yang ada sekarang aku. Jadi kalau kau nak hidup tenang, dengar cakap aku!" wanita itu menanggalkan cermin mata hitamnya.
Buat aku terpaku lihat wajah cantik yang dimiliki oleh wanita itu. Dia cantik tapi...
Kejam.
"Rin bagitahu daddy yang mommy lempang Rin!" Marina mula menangis tersedu sedan.
Ya tuhan, Marina...
"Bagitahu lah. Bapak kau tu takkan percayakan kau lah. Kau dengan mak kau yang dah mampus tu memang sama sama tak penting, tak patut wujud dalam dunia ni."
Wanita itu senyum sinis sebelum akhirnya meloloskan diri, masuk ke dalam kereta mewah itu dan kereta itu terus meluncur laju meninggalkan perkarangan sekolah.
Aku lihat Marina menundukkan wajah sambil lap bahagian tepi bibir yang berdarah. Tamparan wanita itu tadi nampaknya telah memecahkan bahagian tepi bibir Marina.
Aku terus menapak untuk memeluk Marina. Aku nak cakap dekat dia yang aku sayangkan dia dan dia tak keseorangan dalam dunia ni.
Ramai lagi yang sayangkan kau.
Tapi langkah aku mati. Aku baru ingat yang Marina tersangat benci pada aku. Dia tak suka aku.
Jadi buat apa aku nak kusutkan lagi kepala dia?
Akhirnya, aku cuma memerhati dari jauh gelagat Marina yang asyik menangis tanpa henti.
Ya Allah.
Kuatnya kau, Marina.
❀❀❀
"MAK ayah awak ambil awak pukul berapa harini?"
Lamunan aku terhenti apabila suara Ustazah Junaidah memecahkan kesunyian dalam kereta jenis Bezza itu.
"Pukul 6 lebih agaknya. Kenapa ustazah?" aku menoleh ke arah ustazah yang sedang memandu di sebelah.
"Alhamdulillah. Sekarang baru pukul 3. Sempat ni nak beli barang untuk hias surau. Terima kasih sebab teman ustazah."
Aku senyum ikhlas. Seronok lah dapat teman ustazah. Boleh jalan jalan!
Tadi ingatkan ustazah nak minta aku tolong kemas surau je. Tapi rupanya ada lagi barang yang lupa dibeli. Jadi ustazah terus ajak aku meneman dia ke pasar raya untuk beli beberapa keperluan.
Sampai sahaja di depan pasar raya Tesco, ustazah memarkirkan kereta pada kotak parkir berhadapan kedai hadiah.
Setelah itu, kami berdua turun dari kereta bersama sama.
"Laura naik tingkat atas dulu. Tapi hati hati ya? Ustazah nak pergi ambil duit dekat mesin ATM. Tunggu dekat depan KFC tau," ustazah kelihatan kalut mengeluarkan kad daripada beg tangannya.
Aku mengangguk lalu terus meninggalkan Ustazah Junaidah yang sedang beratur di hadapan mesin ATM. Ramai pula orang nak keluarkan duit. Ada lebih kurang 5 orang yang sedang beratur di hadapan ustazah. Jadi memang lambat lah jawabnya.
Aku menaiki eskalator untuk ke tingkat atas. Rasa macam nak ke Baskin Robins untuk beli aiskrim.
Dalam perjalanan, sempat aku diperlihatkan dengan beberapa orang pasangan kekasih yang kelihatan sangat manis.
Ada yang berpegangan tangan, ada yang saling suap aiskrim dan ada juga yang bergelak ketawa sesama mereka.
Aku senyum tawar.
Terasa single di sini.
Sampai di hadapan Baskin Robins, aku tarik nafas lega apabila tak ramai manusia sedang beratur.
Aku menyeluk beg silang yang berada pada tubuh untuk mencari duit. Kalau sampai kaunter duit tak ada memang aku buat buat pengsan depan kaunter tu.
Malu weh!
Tiba tiba pula dompet aku terjatuh ke lantai dan beberapa keping gambar Taehyung yang berada dalam dompet melayang jatuh sekali.
Haih, Laura. Kau memang cuai!
Apabila dompet sudah kembali ke tangan bersama gambar gambar tadi, aku berdiri tegak semula sambil pandang sekeliling. Cuba nak memastikan tak ada orang nampak.
Dan riak wajah aku berubah apabila aku dapat lihat dengan jelas figura abah yang sedang berdiri di hadapan butik Guess sambil memandang skrin telefon.
Aku senyum lebar.
Ya Allah, abah! Rindunya! Macam mana abah boleh ada dekat sini?
Baru sahaja aku hendak melambai pada abah, senyuman di wajah hilang begitu sahaja apabila seorang wanita datang menghampiri abah dan terus memeluk lengan abah tanpa segan silu.
Tak.
Perempuan itu bukan ummi... Ummi pakai tudung tapi perempuan itu tak.
Aku terkedu tatkala abah tiba tiba memasukkan telefonnya ke dalam poket seluar lalu terus menumpukan perhatian sepenuhnya pada wanita itu.
Abah...
Abah merangkul erat tangan wanita itu dan senyum lebar. Seakan sangat bahagia.
"Ab—abah..."
Tersekat sekat suara aku cuba untuk menahan gelodak rasa di jiwa.
Itu abah. Betul, aku tak salah orang.
Apabila wanita itu memusingkan tubuhnya, dunia terasa berhenti berputar buat aku apabila aku dapat lihat wajah perempuan itu dengan jelas.
Wanita yang berpeluk mesra dengan abah itu...
Allahuakbar, tak silap lagi.
Itu...
Itu mak tiri Marina.
To Be Continued ♡
selesai 7500+ words.
apa pula selepas ini?
konflik keluarga Laura pula?
nantikan. :))
chapter ni banyak scene Laura x Amsyar.
bagi chance kat amsyar pulak nak menyerlah. next chapter korang akan muntah tengok adegan bersepah antara Laura x Izwan.
oh ya. anak anak saya semua sihat? harap korang sentiaasa sihat dan happy okay.
maafkan saya sebab beri fakehope pada korang dah dua kali. takkk sengaja. jari ni yang terlalu tembam sampai tertekan button publish.
itu sahaja buat kali ini.
jaga diri okay?
selamat tinggal my beautiful readers :))
bubye
love you
borahae 💜
yang sayangkan semua readers² nya,
nur alwani kamarul zaman ♡
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top