00 : 33
SPECIAL UPDATE SEMPENA 100k ANNIVERSARY OF PHMH
cakkkkkk! ehhh rindunya kat awak yang tengah baca novel ni heheeee ♡
please follow this account; amsyarhoney <3
baca sekali talk am tau! spam comment banyak ii biar dia tak dapat reply comment HAHAHAH. korang cuba la tackle dia ni au. mana tahu sangkut? hhshsh.
hey,
miss me?
i miss you, a lot ♡
haih, tetiba rindu gila kat korang sampai sanggup update even tengah trial. trial so far so good. wany dah habis 3 paper which is PQS dengan Bahasa Arab.
lagi 22 paper. haih..
doakan saya tau semua ♡
korang, thankyou tau for 1k+ comments on the previous chapter.
can i get 1k comments too for this chapter please? >_<
get ready with a new character. character yang bakal buat Laura dan Izwan makin jauh hati dan akhirnya akan pilih untuk tidak bersama.
bunyi macam menyakitkan kan?
its sad but it's true.
cinta tak semestinya harus memiliki.
mark my word.
« old love come to take away me from you, honey. hold my hand. don't let me go »
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
enjoy reading my blueberries ♡︎
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
PELUH yang merintik di dahi aku kesat menggunakan belakang tapak tangan.
Bayangkan, baru je sihat dari demam dah kena lari pusing padang dengan uniform sekolah.
Penat, geram, marah, kecewa dan sedih bercampur jadi satu.
Aku cuba mengatur gerak nafas untuk menjadi kembali normal.
Perlahan, aku angkat bahagian belakang baju putih sebelum duduk di atas rumput pada bahagian tepi padang.
Memang tak ada orang langsung dekat padang sekarang ni. Maklumlah, waktu rehat. Semua tengah berpusu pusu dekat kantin. Aku sorang yang lari macam orang gila dekat padang ni.
"Kau dah gila ke?"
Tersentak, aku dongakkan wajah 90 darjah dengan wajah berkerut menahan panahan matahari yang kian memancar.
Dapat aku tangkap wajah tegang milik Firash yang turut memandang aku.
Kejap. Sejak bila dia ada dekat sini?
"Yang kau pergi ikut cakap dia kenapa? Asal kau tak lawan cakap dia macam selalu?"
Jujur, aku tak senang dengan pertanyaan yang diajukan oleh Firash padaku. Kenapa dia nak marah marah aku pulak ni?
"Jangan jadi bodoh semata mata sebab perasaan kau pada dia,"
Aku mengetap bibir. Geram.
Pantas, aku berdiri dan memandang wajah Firash buat kesekian kalinya.
"Aku bodoh?" soal aku dengan nada sarkastik.
Firash angguk, selamba. Lelaki itu memasukkan tangan kiri ke dalam poket seluar dengan riak wajah kosong.
"Izwan denda kau atas sebab tak munasabah. Kau ada hak untuk menolak. Tapi kenapa kau tak tolak? Sebab kau sayang sangat dengan dia?"
Aku terdiam, membisu tanpa sebarang kata.
Betul juga. Mana diri aku yang dulu? Laura Ameena yang dulunya akan pertahankan diri walau apa pun yang terjadi.
Izwan. Dia dah ubah diri aku jadi berbeza dari sebelumnya.
"Aku tak suka tengok orang yang aku sayang kena buli macam ni."
Tergamam aku tatkala Firash meneruskan kata.
Sayang?
Aku lihat lelaki itu melepaskan keluhan berat sebelum melarikan pandangan, tak sanggup bertentangan mata denganku.
"Rash..." aku panggil lelaki itu.
Firash akhirnya menoleh, memandang aku dengan riak wajah yang sama.
"Hm?"
Aku melangkah setapak mendekati lelaki itu.
Riak wajah Firash berubah.
Akhirnya, aku mematikan langkah betul betul di hadapannya.
Uish, dia nervous ke? Kenapa berpeluh peluh?
Dapat aku lihat rintik peluh membasahi dahi Firash. Wajah putih lelaki itu agak kemerahan. Sama ada sebab panas atau sebab malu.
"Pandang aku kejap boleh?" pinta aku, seakan merayu.
Aku perlu manfaatkan kelebihan yang ada pada diri aku dengan sebaik baiknya.
Firash akhirnya membalas pandangan aku.
Jujur kata, naluri wanita aku agak tergugat dengan panahan anak mata lelaki ini.
Firash kacak, pandai, punya jawatan tinggi dalam sekolah, kaya dan yang paling penting dia baik. Sanggup letak diri sendiri dalam keadaan berisiko demi orang yang dia sayang.
Jadi pada bakal pemilik hati Firash, tolong jaga dia dengan baik. Tolong sayang dia sepenuh hati dan jangan sesekali cuba untuk curangi dia.
"Kau sayang Izwan?" soal aku, spontan.
Aku lihat riak wajah lelaki itu berubah. Serta merta berubah apabila mendengar nama Izwan.
Dan dengan tiba tiba, Firash larikan pandangan.
Namun, dapat aku lihat cecair jernih di tubir matanya.
Sekali lagi, Firash ego.
Dia ego kerana tak mahu mendedahkan perasaan sebenar. Dia sayangkan Izwan dan aku tahu itu. Persahabatan antara Izwan dan Firash sangat utuh.
"Kau sayangkan persahabatan kau dan dia kan?"
Firash akhirnya senyum dan melontar pandangan pada aku.
"Aku sayang persahabatan aku dan dia lebih dari aku sayangkan diri aku sendiri. Dan aku benci diri aku sebab tak mampu pertahankan hubungan baik aku dan dia,"
Akhirnya.
Kata kata itu terluah jua dari bibir lelaki itu. Kan senang macam tu.
Kalau rindu, cakap.
Kalau sayang, cakap.
Mana tahu orang yang kau rindu dan sayang tu sebenarnya juga menyimpan rasa yang sama terhadap kau?
Aku yakin Izwan tak simpan dendam. Dia mudah memaafkan.
"Perbetulkan semuanya, Firash. Kau masih ada masa dan peluang." senyum, aku membalas.
Firash melepaskan keluhan kecil.
"Ini kali pertama aku dengan Izwan gaduh teruk. Sebelum ni, terasa hati pun tak pernah. Apatah lagi bertumbuk."
"Kalini, aku rasa Allah nak uji persahabatan aku dan dia. Izwan tu satu dalam sejuta. Aku rasa aku takkan jumpa dah lelaki macam dia dalam dunia ni."
Aku angkat kening. Pelik.
"Kenapa?"
Firash senyum tipis.
"His action works louder than words. Ada satu hari tu, aku demam. Tapi aku sorang kat rumah. Masa tu memang tak larat gila nak buat semua benda."
"Aku mesej Izwan suruh dia datang hantarkan ubat. Kau tahu tak dia buat apa? Dia bluetick aku."
Aku terkedu.
Weh seriuslah? Apa yang aku tahu, Izwan memang suka bluetick orang. Jenis yang tak suka berbalas mesej.
Tapi takkan lah bila dengar hal sepenting tu pun dia masih nak tunjuk ego?
Aku pulak yang panas sekarang ni.
"Tiba tiba, Izwan muncul depan pagar rumah aku. Dia bawak ubat pastu bawak sekali makanan. Dia suruh mama dia masak untuk aku."
Aku terdiam mendengar kata kata Firash.
Allah.
Aku salah sangka.
Firash ketawa tiba tiba.
"Kesimpulannya, Izwan ni jenis yang lebih suka bertindak dari bercakap. Dia nampak je tenang macam tu. Tapi sebenarnya dia simpan semua yang dia rasa."
"Kalau dia diam, bukan bermakna dia marah. Kalau dia marah, dia akan jauhkan diri dari kau. Sebab dia nak kau fikir sendiri apa salah kau pada dia. Biasalah tu, ego lelaki."
Tiba tiba pula aku terbayang wajah Izwan. Lelaki itu selalu layan aku dingin. Dia macam marah pada aku sepanjang masa.
Tapi dalam pada masa yang sama, dia juga sering ambil berat soal aku. Dia tetap tolong aku masa aku dalam kesusahan. Sedia untuk ceriakan aku masa aku sedih.
"Izwan tak pernah layan mana mana perempuan macam mana dia layan kau, Laura."
Terkedu, aku pantas alihkan pandangan kembali pada Firash yang sudah senyum sendiri.
"Kau yang pertama. Yang pertama berjaya yakinkan Izwan soal hati dan perasaan."
"Dulunya, Izwan tak percayakan semua tu. Tapi bila kau muncul dalam hidup dia, semua perkara tu berubah. Bahagiakan dia, Laura. Kau satu satunya perempuan yang mampu buat Izwan jadi sisi diri dia yang lain."
❀❀❀
HABIS sahaja waktu prep, aku berniat untuk ke mesin air. Nak beli air Oligo kegemaran aku.
Nak ajak Mel, tapi Mel nampak penat. Nak ajak yang lain, aku risau menyusahkan mereka.
Jadi aku ambil keputusan untuk pergi seorang diri.
Sampai sahaja di tangga, langkah aku terhenti tiba tiba.
Meremang bulu roma aku apabila mendengar suara esak tangis seseorang. Suara itu datang dari bawah.
Sunyi pula suasana aspuri malam ni. Semua penat kerana lambakan kelas tambahan diadakan bagi memperbaiki gred dan markah semua pelajar. Peperiksaan pula semakin menghampiri.
Jujur, aku pun penat. Rasa macam terbeban dengan semuanya. Kena fokus dalam kelas, balik tu kena hadir studygroup. Petang tu riadah tapi kadangkala sambil jogging pun kena pegang buku. Malam pun semua cikgu berebut nak buat kelas tambahan.
Macam tak percaya je bulan depan Peperiksaan Percubaan SPM akan bermula.
Lagi 4 bulan aku akan menghadapi peperiksaan SPM yang sebenar.
Rasa macam tak percaya.
Lepas ni, hidup aku harus ditentukan sendiri. Tak ada lagi bebelan cikgu cikgu di sekolah suruh belajar. Tiada lagi kehidupan di asrama. Tiada lagi peluang untuk aku teruskan kehidupan seperti sekarang.
Yang pasti, mestilah kehidupan selepas sekolah akan menjadi lebih sukar. Ramai yang sibuk dan gedik nak habis sekolah awal.
Aku?
Aku kalau boleh nak ulang balik masa masuk tingkatan 1 haritu. Tak sanggup nak keluar dari sekolah yang menyimpan seribu satu kenangan dalam hidup aku.
Eh, lama pula aku mengelamun. Suara tangisan tadi pun dah hilang secara tiba tiba.
Rasa seram semakin bertamu.
Pontianak ke yang menangis tadi?
Allahuakbar, Laura! Mulut cabul betul kau ni. Kang terserempak betul betul dengan makhluk allah yang satu itu, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah!
"Kau buat apa dekat sini?"
Terangkat bahu aku apabila tiba tiba disergah seseorang. Pantas aku luruskan ke hadapan dan dengan serta merta wajah cantik milik Marina terlihat jelas beberapa meter di hadapanku.
Wajah cantik itu kelihatan sembap. Seakan baru lepas menangis.
"Kau... okay?" soal aku.
Marina meraup kasar wajahnya sebelum memeluk tubuh, memandang aku dengan pandangan angkuh.
"Kau ni memang bodoh. Nama je kelas depan. Aku tanya tu jawab. Bukan soal aku balik."
Eh. Terkejut aku apabila Marina tiba tiba maki hamun aku tak tentu arah.
Period ke?
"Aku nak pergi mesin jap. Beli air. Nak kirim?" balas aku dengan nada ikhlas.
Kalau dia tengah sedih, entah kenapa hati aku rasa terusik. Walaupun kadang kala rasa benci pada Marina, tapi aku tetap sayangkan dia sebagai kawan.
Dan aku tak nak orang yang aku sayang, sedih.
Marina geleng.
Aku senyum sebelum terus melangkah, ingin menuju ke mesin air yang terletak berhadapan kiosk.
Mesin air belambak berdekatan aspuri. Tapi sengaja aku pergi jauh jauh sebab nak jalan jalan sambil menikmati angin malam. Ceh!
"Puas?"
Langkah aku mati.
Dengan segera, aku palingkan tubuh kembali.
Puas? Puas apa pulak ni, Marina?
Marina senyum sinis lalu ketawa. Macam psikopat.
"Kau puas kan tengok aku macam ni? Kau puas tengok aku menangis sorang sorang bawah tangga ni macam orang gila. Dan kau mesti puas bila tengok sedih macam ni kan?"
Aku terkedu.
Allahuakbar. Apa maksud dia?
Aku tak pernah fikir sampai macam tu sekalipun. Apa yang aku harapkan cuma Marina akan berubah menjadi lebih baik dan dia akan lembut hati untuk menerima aku.
"You're a piece of trash. Munafik. Kau tak payah acah baik sangat la, Laura Ameena. Kau pernah tengok cerita munafik 2? Kalau pernah, cuba kau tengok watak Abuja. Sebijik perangai macam kau. Kau adalah salah satu contoh perempuan akhir zaman, Laura."
Tersentak aku mendengar kata kata hinaan yang meluncur laju dari mulut Marina.
Sumpah, aku sangat sangat terasa bila dihina sedemikian rupa.
"Get lost, boomer." Marina langgar bahu aku sebelum melangkah ingin ke dorm semula.
"Marina Finanda." dengan nada mendatar, aku panggil gadis itu semula.
Marina menoleh sambil angkat kening.
Aku senyum kecil.
"I'm sorry but I'm not your mirror. Apa yang kau cakap tadi tu semua sikap mazmumah yang ada pada diri kau, Marina."
Wajah Marina mula berbahang merah.
"Berubahlah weh. Mati tak kenal usia. Bila bila masa Allah boleh 'jemput' kau. Dosa dengan manusia ni lain dari dosa dengan Allah. Kau kena minta maaf dengan seseorang yang kau dah sakiti tu. Kalau dia tak redha, kau takkan tenang sampai bila bila, Marina."
Marina mengetap bibir. Malu.
Aku melayangkan satu senyuman buat gadis itu sebelum terus berlalu pergi.
Lepas ceramah orang ni, tiba tiba rasa dahaga.
Nak beli 10 tin oligo.
Kalau tak habis, aku siram air tu atas katil Marina. Biar semut teman dia tidur.
❀❀❀
SAMPAI sahaja di mesin air, aku menarik nafas lega.
Tak ada orang beb!
Kebelakangan ni semua murid dah jarang sangat merayau di luar pada waktu malam. Aku pun tak tahu lah kenapa.
Pantas aku halakan pandangan pada mesin air di hadapanku. Eh, banyak pulak air yang dah habis. Owner mesin air ni malas nak refill ke?
Aku perasan ada air anggur. Air anggur tu merupakan air kegemaran Marina.
Aku tahulah. Aku pernah rapat dengan dia.
Senyum tawar aku terukir apabila teringat soal Marina. Apalah agaknya dendam dia pada aku ya? Bila agaknya dia akan berubah?
Eh. Sekejap.
Weh.
Oligo tak ada!
Aku terlopong sendirian apabila lambang ikon di bawah tin Oligo itu menunjukkan warna merah menandakan air itu telah habis.
Hoi.
Macam mana boleh habis pulak. Siapa yang borong air kegemaran aku ni?
"Iee apa ni? Semua benda tak ada. Baik buang je mesin air ni dalam Tasik Chini!"
Akhirnya, aku mengalah. Daripada membebel kat sini sorang sorang macam orang gila, baik aku beli je air apa yang ada.
Aku masukkan dua keping not seringgit lalu aku mengambil keputusan untuk beli air Milo.
"Milo pun milo la. Hm,"
Pergerakan aku terhenti apabila aku sedar yang...
Aku tersalah tekan butang air kopi Wonda Extra Presso.
Omg.
"Allahuakbar! Ahh!"
Ya tuhan, Laura Ameena! Pahal jari kau tembam sangat sampai tersasar tekan benda lain?!
Aku tunduk lalu mengambil air tin Wonda di dalam mulut mesin sambil mengeluh kasar. Tak tidur la kau malam ni kalau minum air kopi ni.
"Iee aku takkan beli air dekat mesin ni dah! Wahai mesin air, aku ceraikan kau dengan talak 10!"
Padan muka kau kena cerai dengan aku.
Aku membentak lalu terus membalikkan tubuh, ingin berlalu pergi dari situ.
"Mak kau kopi Wonda!"
Aku tekup mulut, pantas. Macam mana boleh terlatah pulak ni ya Allah ya tuhanku.
Wajah beku di hadapan aku tika ini kian menyapa pandangan. Raut wajah itu buat aku kehilangan kata kata dan akhirnya hanya diam, memerhati lelaki itu yang turut memandang aku.
Mata kelabu itu...
Buat aku hampir naik gila.
"Iz-Izwan."
"Tepi."
Aku meneguk liur mendengar kata kata lelaki itu yang agak kasar walaupun tanpa nada.
Jangan terasa, Laura. Kentalkan hati kau untuk hadapi semua benda ni. Untuk kau biasakan diri dengan sikap dingin milik lelaki di hadapan kau ni.
Seram aku tengok wajah serius yang dipamerkan oleh Izwan. Aku terus bergerak ke tepi, membenarkan Izwan untuk buat urusan pembelian di mesin itu.
Aku tunduk memandang air kopi di tangan.
Rasa nak nangis pulak. Tak pasal pasal kena buang air yang tak berdosa ni. Aku bukan penggemar kopi. Perut aku akan meragam kalau minum kopi ni. Takut esok tak larat je nak pergi sekolah.
Nanti kena sound dengan Puan Anita.
"Ambil."
Aku angkat wajah. Memandang wajah Izwan dan akhirnya aku melarikan pandangan ke arah tin milo di tangannya.
Eh kenapa?
Izwan mengeluh. Tak tahan tengok kebluran aku. Dia akhirnya terus mencapai tin Wonda di tangan aku lalu menggantikannya dengan tin Milo ditangannya.
Aku terkedu.
"Lain kali tengok dulu betul betul sebelum tekan." tegas Izwan.
Aku hanya diam. Tak sangka yang dia dah ada di belakang aku lama. Jadi dia dengar la semua bebelan aku tu? Ah, malu!
Izwan pandang aku sekilas lalu terus menapak pergi.
"Tu-tunggu!"
Langkah lelaki itu mati. Dia akhirnya menoleh memandang aku yang masih berdiri tegak di sebelah mesin air macam tiang elektrik.
Aku menggigit bibir bawah apabila melihat dua tin air di dalam genggaman tangan Izwan. Kopi Wonda dan juga...
Air tin berperisa anggur.
Aku memberanikan diri untuk menatap anak mata lelaki itu yang bagiku amatlah menggoda.
"Air anggur tu untuk siapa?" soal aku, polos.
Takkan Izwan nak telan dua dua tin air tu kot?
Izwan angkat kening sambil melontar pandangan pada air tin anggur di tangannya.
"Untuk Marina." lancar, bibir merah delima lelaki itu menyebut satu nama yang buat aku hilang kata kata.
Aku terkedu.
Untuk...
Marina?
Aku tak salah dengar ke ni?
Kenapa-
"Sakit?" mendatar, suara Izwan buat aku mengangkat wajah, merenung lelaki itu buat kesekian kalinya.
Aku kerutkan dahi. Sakit? Apa maksud dia-
"Macam tu la yang aku rasa bila nampak kau dengan Firash. What you give, you got back."
Belum sempat aku memotong ayat lelaki itu, dia terlebih dahulu dah berlalu pergi tanpa riak bersalah.
Rasa macam diri aku ditampar dengan kata kata dingin daripada lelaki itu.
Eh, dia ada perasaan ke?
Baru aku tahu.
Aku bungkam, diam tak berkutik.
Perlahan, aku membasahkan bibir yang terasa kering. Takkan lah dia nak balas dendam?
Dia nak buat aku...
Cemburu juga?
❀❀❀
TAK ada apa apa yang menarik berlaku pada hari ini. Entah kenapa hidup aku makin membosankan.
Hingga aku rasa novel ni patut ditamatkan sekarang juga...
Eh, seronok jugak kalau novel ni tergantung. Biar pembacanya semua meroyan dan penulis novel ni akan depressed kerana menerima mesej kecaman dari semua orang.
Okay hambar.
"Piya, kau pahal termenung dari tadi? Senyum senyum pulak tu. Dah macam orang tak betul,"
Suara nyaring milik Raysha berjaya menyedarkan aku dari lamunan singkat.
Pantas, aku alihkan perhatian pada Afieya yang nyata sedang tersenyum sambil pandang nasi goreng di hadapannya.
Eh haahlah. Piya nampak pelik sejak kebelakangan ni. Asyik senyum. Kalau tak, muka ketat je ditayangkan pada semua.
Tak cukup dengan itu, Piya asyik termenung dan selalu ajak kami ke kantin walaupun cikgu sedang sibuk mengajar di depan.
Sesiapa boleh beritahu tak apa yang buat Piya jadi kemaruk nak pergi kantin? Letih betul kami layan kerenah Piya yang dah makin pelik ni.
Kalah ibu mengandung!
Macam lah Jimin yang jadi abang kantin. Ceh! Oli London adalah kot...
Pfft.
"Haah lah, Piya. Nasi goreng tu dari tadi tak luak. Kau okay ke tak ni?" Syuhada meluahkan rasa, lebih kepada risau sebenarnya.
Piya memandang wajah kami silih berganti sambil menggaru kepalanya, spontan.
"Eh mana ada apa apa. Aku okay je."
Afieya menarik pinggan nasi goreng sebelum mula makan dengan gelabah tahap dewa sampai sudu dan garfu melompat ke pinggan Diyana.
Sayur sawi di dalam nasi goreng juga mendarat di dalam cawan air teh ais milik Ameliya.
"Weh Afieya Humaira! Habis air teh ais aku jadi teh sawi!" Amelia mencebik dengan mulut penuh dengan burger daging special air tangan pakcik kantin rambut pacak.
Rambut pakcik kantin pacak macam tanduk Ultraman do. HAHAHAHA. Ish tak baik!
"Eh, tak perasan! Aku ingat air kau dah habis! Straw basah dengan air liur. Pastu penyet straw tu kau gigit. Euw. Tak apa, aku pergi belikan air untuk kau. Nak air apa?"
Aku, Diyana, Amelia, Syuhada dan Raysha saling berpandangan sesama sendiri.
Pelik kuasa 16.
Ini bukan Piya. Piya yang aku kenal bukan macam ni. Dia bukan jenis baik hati tolong belikan orang barang atau makanan.
Dia...
Kenapa?
"Pahal korang pandang aku camtu? Tudung aku senget ke? Atau ada cili kat gigi aku? Mana? Aduh." cepat cepat Piya selukkan tangan pada poket aku untuk ambil cermin sebelum layangkan cermin di hadapan wajah cantik miliknya.
"Okay dah. Aku pergi beli air kejap. Korang tunggu sini tau!" Piya dengan selamba semut baling cermin aku dalam kuah soto milik Diyana sebelum terus berlalu pergi.
"Piy-"
"Sabar, Ara. Aku rasa ada yang tak kena dengan dia tu." Syuhada tutup mulut aku menggunakan tapak tangannya sebelum sempat aku menjerit.
Haih kurang asam punya Piya. Habis cermin aku basah dengan kuah soto.
"Gaya Piya tu macam orang tengah mabuk cinta." komen Diyana selamba.
Aku terkedu. Piya mabuk cinta?
"Mengarut je kau ni. Si Piya tu mana ada perasaan. Dia hati batu lah. Memang taklah dia ada masa untuk fikir soal hati perasaan semua ni." Raysha menggeleng, tak setuju.
Aku diam.
Betul juga. Piya bukan jenis suka bazirkan masa fikir pasal perasaan. Jenis selamba dan chill.
"Tapi manusia boleh berubah bila dah jumpa seseorang yang betul betul dapat menepati citarasa dia."
Kami semua menoleh ke arah Syuhada yang membidas kata kata Raysha dengan selamba. Eh dah macam doktor cinta.
Syuhada senyum.
"Tengok tu." Syuhada menunjuk ke satu arah.
Dan terlihatlah kelibat Afieya yang sedang berdiri di sebelah kaunter sambil berbual dengan seorang jejaka merangkap anak pemilik kantin.
Mereka nampak...
Mesra.
"Anak acik kantin bukan kera sumbang ke? Dia tak suka bergaul dengan orang kan? Macam mana boleh rapat dengan Piya?" bertubi tubi soalan keluar dari mulut Amelia.
Aku senyum, entah kenapa rasa bahagia tengok Piya dan lelaki itu.
Mana ada lelaki pernah buat Piya ada masa untuk fikir soal benda benda sebegini. Lelaki itu yang pertama.
Sangkut dengan abang kantin ke tu, Piya!
"Ara..."
Aku tersentak apabila lengan aku dicuit lembut oleh Diyana. Pantas aku menoleh dan mengangkat kening.
"Kenapa?"
Syuhada, Amelia, Raysha dan Diyana berpandangan sesama sendiri dengan riak wajah yang sukar aku tafsirkan.
"Cakaplah. Kenapa ni?" makin tak sedap hati aku apabila Amelia mula berhenti makan dan serba salah hendak menatap mata aku.
"Tu..."
Amelia menjuihkan bibir ke arah suatu arah. Tanpa berlengah, aku menoleh laju ke arah yang dimaksudkan.
Dan serentak dengan itu juga, senyuman manis yang tadinya terukir cantik di bibir aku hilang begitu sahaja.
Aku asyik memerhati dan tak sedar yang aku dah menggenggam baju kurung sekolah dengan agak kuat. Rasa seperti aku dicabar.
"Ara... kau okay tak ni?"
Aku tak menghiraukan pertanyaan itu. Aku terus memerhati hingga aku sendiri mengetap bibir, geram.
Kenapa lelaki itu tak senyum macam tu bila dia dengan aku? Kenapa wajah dingin dan beku yang asyik ditayangkan?
Dan kenapa dia tak layan aku macam mana dia layan Marina Finanda.
Korang diam. Aku cemburu ni.
Aku lihat dengan jelas bayang Izwan dan Marina yang berjalan mesra berdua menuju ke sini. Ke kantin.
Sakit mata aku lihat kemesraan yang dipamerkan kedua manusia itu.
Apa hubungan korang berdua sebenarnya?
"Ala Ara. Rilekslah. Diorang jalan sama sama sebab baru lepas bertugas lah tu. Marina kan dah jadi Penolong Ketua Pengawas yang baru. Dulu Izwan dengan arwah Alisa pun macam tu kan."
Ya, memang Izwan dengan arwah rapat. Tapi masalahnya aku tak percayakan perempuan yang sedang berdiri di sebelah Izwan tu.
Berbual mesra, gelak ketawa.
Aku yang duduk sini dah macam siput kepanasan.
"Haah. Izwan tak pandang pun lah perempuan macam Marina tu."
Aku terus alihkan pandangan.
Jangan cemburu. Jangan. Dia bukan milik kau pun. Kau tak ada hak nak rasa apa apa bila nampak dia dengan perempuan lain.
"Aku okay lah. Chill," aku ketawa paksa.
Tak mahu kawan kawan risau lihat aku yang asyik diam tak bersuara.
Diyana meletakkan tangannya di atas tanganku.
"Maaf tau. Tak berniat pun nak tunjuk tadi. Terkejut aku tengok Izwan dengan Marina rapat macam tu."
Aku senyum tanda 'tak apa'.
Aku sempat alihkan pandangan pada segelintir orang yang sedang menjamu selera di kantin. Masing masing sibuk perhatikan Marina dan Izwan yang duduk berdua di sebuah meja.
'Wow. Abang Izwan dengan Kak Marina ke? Comelnya diorang!'
'Entah entah lepas SPM terus dapat kad jemputan kahwin dari diorang berdua.'
'Sama cantik sama padan lah!'
Runtun hati aku dengar perbualan budak junior yang duduk di meja sebelah. Suara bukan main kuat.
Macam sengaja nak aku dengar.
"Izwan ni pun satu. Yang pergi duduk berdua dengan Marina tu dah kenapa? Cari pasal betul ketua pengawas tu." Amelia mencebik geram.
Mata aku mula berkaca.
Aduh, benda kecil pun nak nangis ke Laura Ameena? Ah, biarlah. Hati aku memang hati tisu pun.
Pantas, aku berdiri.
Nak pergi dari sini. Tak sanggup lagi tengok drama mereka berdua di depan mata. Takut makin sakit.
"Eh Ara, nak pergi mana?"
Aku tak pedulikan soalan itu. Pantas, aku pusingkan tubuh dan serentak dengan itu juga, kaki pendek milik aku tersadung pada bangku kantin itu dan spontan, jeritan kecil keluar dari mulut aku.
Kaki aku kan pendek.
Macam mana boleh tersangkut pada bangku kantin ni!
"Ah-!" jeritan kecil aku terhenti apabila bahagian pinggang aku dirangkul erat oleh seseorang, menghalang tubuh aku untuk menyembah bumi di khalayak ramai.
Izwan...
Tolong cakap yang sedang pegang aku sekarang ni Izwan. Dia yang selalu sambut aku bila aku jatuh, yang selalu ada untuk aku.
Tapi kenapa aku tak dapat rasakan perfume Izwan yang selalu? Kenapa perfume dia kali ni rasa lebih menunjukkan bauan maskulin?
Aku sangat peka terhadap bau, jadi aku tahu.
Ini bukan Izwan. Kan?
"Hey, are you dead?"
Suara asing milik seorang lelaki menerpa deria pendengaran. Buat jiwa aku makin gundah.
Sah, ini bukan Izwan.
Aku buka kelopak mata dan serta merta raut wajah lelaki asing menghiasi pandangan. Wajah putih milik lelaki itu tiba tiba bertukar kemerahan dengan tiba tiba apabila kami saling berbalas pandangan.
Apabila sedar akan kenyataan, aku serta merta tolak tubuh lelaki itu menjauhi diri aku. Wajah aku berbahang bila teringat yang lelaki itu mendaratkan tangan pada bahagian pinggang aku.
Oh, tolong katakan semua ini cuma mimpi!
Rasa pelik mula beraja di hati apabila suasana kantin yang tadinya bising kini senyap sunyi macam ada pengetua sekolah lalu.
Aku mengalihkan pandangan pada pelajar yang sedang berada di kantin.
Rasa nak sorok muka bawah akuarium apabila aku lihat seluruh pelajar sedang asyik melihat aku dan lelaki asing ini.
Aku dan dia pula yang menjadi perhatian selepas Izwan dan Marina.
Eh sekejap.
Izwan...
Aku menoleh ke arah Izwan dan Marina yang duduk bersama di sebuah meja.
Bam!
Jantung aku rasa seperti hampir terhenti apabila dengan serta merta pandangan aku bertaut dengan anak mata kelabu milik lelaki itu.
Makin gundah hati aku apabila Izwan tiba tiba sahaja mengalihkan pandangan dengan wajah ketat sebelum akhirnya bingkas bangun, meninggalkan kantin dan Marina yang setia duduk di hadapan Izwan sebentar tadi.
Marina panggil Izwan beberapa kali namun lelaki itu tak menoleh walau sedikit pun.
"Watch your step next time. I won't be able to hold you forever."
Suara asing itu sekali lagi menyedarkan aku.
Apabila sudut wajah diangkat, aku pantas membaca tanda nama yang ada pada baju kemeja putih lelaki itu.
Rizuan Amsyar.
Serentak dengan itu, lelaki berwajah pucat itu terus memusingkan tubuh dan berlalu pergi.
Begitu sahaja.
"Ara, kau okay? Ada cedera kat mana mana ke tadi?" Afieya tiba tiba berlari dari kaunter ke arah aku. Tangan dan kaki aku dibelek, diperiksa agar tiada sebarang luka.
Manakala Diyana, Amelia, Syuhada dan Raysha masih ternganga di tempat duduk masing masing. Terkejut.
"Tak. Aku tak sempat jatuh." aku membalas, dengan nada suara rendah.
Rasa sedikit terkilan apabila dengar suara orang orang di kantin yang mula berbisik sesama mereka melihat adegan antara aku dan lelaki tadi.
Aku melihat ke suatu arah.
Arah di mana Izwan pergi berjalan meninggalkan kantin lepas lihat aku disambut tanpa sengaja oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.
Dan selepas itu, pandangan aku terarah pula pada lelaki yang tadi menyelamatkan tubuh aku dari menyembam lantai kantin yang sejuk.
Siapa kau?
Dan kenapa aku...
Kenapa aku rasa seperti kita saling mengenali?
Sesiapa pun kau, kau dah buat hati seorang Laura Ameena binti Amiruddin goyah dengan perasaan yang tiba tiba hadir menjengah sanubari.
To Be Continued ♡
hai korangggggg ahhhhh rindunyaaaaaaa hm..
korang rindu wany tak? wany rindu gila dengan izwan, laura.. marina..
i wonder. if one day i want to make PHMH published ada ke yang sudi beli? i mean nak terbitkan PHMH as novel fizikal.
saje nak buat survey dulu, insyaallah lepas SPM wany fikirkan balik kalau ada sambutan ♡
oh ya!! and we got a new character! ehe.
entah entah lelaki yang sambut laura tu hero sebenar cuma dia baru muncul. apa first impression korang pada amsyar?
vote jap :
lzwan Hakiem
atau
Rizuan Amsyar
[ siapa yang vote 'atau' tu or tak vote langsung, wany akan santau online ]
eh korang sihat tak?
wany sihat alhamdulillah.
jaga diri dan keluarga.
sekarang covid pun dah cecah 300+ kan?
dan maaf lah pada siapa yg message dekat message board atau private message. dekat ig pun sama. serius i received alotttttt of messages but tak sempat reply'(
maaf ya? nanti free wany reply..
oh ya, kalau wany hilang dari wattpad ni sekejap, korang jangan la hilang jugak. stay with me okay? korang spam laaa message board or private message. mana tahu wany tergerak hati nak update banyak ii ke kan >_< .
okay lah. cukup sampai sini dulu.
nak tahu apa hubungan Laura dan Amsyar yang sebenar? nantikan next chap!
bubye
love you ♡
borahae 💜
yang merindui readers ii tanpa henti,
wanyhoneystar ♡
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top