00 : 30
H A P P Y E I D M U B A R A K
semoga segala amal ibadat kita diterima oleh allah swt dan semoga hidup korang semua diberkati aamiin ! ♡
thanks for a bunch of motivation words in the previous chapter. i really really really appreciate it and I'm still trying to be okay '))
enjoy this chapter yang hambar, like always la geng. cam tak biasa pulak baca novel hambar ni HAHAHAH.
°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°
GOALS
111+ votes
111+ comments
°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°
song recommended
Be Alright - Jada Facer
hiks okay dah boleh scroll bawah! ;)
« broke, hurt, lost »
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
enjoy reading my blueberries ♡
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
KEHIDUPAN aku semakin hari semakin jauh dari kebiasaan
Aku lebih banyak menyendiri dari bergaul dengan orang lain.
Walaupun aku cuba untuk lupakan semua yang terjadi, tapi aku tak mampu.
Aku bukan lagi Laura Ameena yang dulu.
Nasib baik harini dah boleh balik rumah. Hari Jumaat yang indah dan hari yang paling aku tunggu tunggu.
Aku mendengus kasar apabila botol ubat yang aku dah letakkan pada poket beg tiba tiba jatuh dan bergolek ke lantai.
Dah lah tengah pegang banyak barang ni. Boleh pulak botol ubat tu jatuh.
Aku dan ubat ibarat ARMY dan BTS. Sangat memerlukan antara satu sama lain. Kalau ubat ni tak ada, keadaan aku akan jadi lebih teruk.
Baru sahaja aku berusaha ingin tunduk untuk mengutip semula botol yang jatuh, dengan tak semena mena botol ubat itu terhenti betul betul di kaki seseorang.
Kasut sneakers hitam.
Aku terkedu tatkala botol ubat itu lebih pantas dikutip oleh pemilik kasut tadi.
Aku luruskan tubuh dan serentak dengan itu, pandangan kami saling bertaut.
Sumpah, aku rindukan panahan anak mata kelabu milik dia.
Aku dapat lihat kerutan halus yang muncul di dahi lelaki itu tatkala dia membaca bait bait tulisan yang tertera pada botol putih itu.
"Peptic ulcer?"
Pantas, aku meluru ke arah lelaki itu dan cuba merampas botol ubat milikku.
Tapi dia lebih pantas mengelak.
"Kenapa kau rahsiakan semua benda dari aku, Ameena?"
Aku diam. Perlahan, aku tundukkan wajah tatkala Izwan mengalihkan pandangan tepat pada wajah aku.
Macam mana aku nak bagitahu kau, Izwan?
Aku sendiri takut dengan apa yang dah terjadi. Aku tak kuat hadapi semua benda ni.
"Meena..." Izwan menapak satu tapak ke depan, menghampiri aku.
"Stop. Stop right there," Aku mengundur satu tapak ke belakang.
Aku lihat Izwan berhenti melangkah dengan drastik. Tapi dia masih kelihatan bingung melihat tingkah laku pelik aku.
"Apa yang dia dah buat dekat kau sampai kau jadi macam ni? Bagitahu aku sekarang." ada nada tegas dalam suara lelaki itu.
Aku melepaskan keluhan berat.
Aku keluar paling lambat tadi sebab nak elak bertembung dengan sesiapa.
Tapi aku lupa yang si ketua pengawas ni pun balik paling lewat. Lepas semua pelajar dah balik, baru dia akan beredar pulang.
Aku pun tak tahu kenapa dengan aku. Tapi aku takut nak dekat dengan orang. Aku takut nak cakap dengan sesiapa.
"Aku tengah bercakap dengan kau. Isn't you being rude right now?"
Aku buat wajah jengkel.
"Yes, I'm rude. So what? Just get of my way."
Aku beri satu panahan tajam buat lelaki itu sebagai amaran sebelum mengemaskan pegangan beg di bahu dan melangkah menjauhinya.
"Lari takkan selesaikan masalah, Meena."
Langkah aku mati bila lelaki itu bersuara lagi.
Ya, lari takkan selesaikan masalah.
Tapi sekurang kurangnya lari boleh buat aku lupakan masalah tu walau hanya untuk seketika.
Aku sebak.
"Aku dah kotor, Izwan..."
Perlahan, aku dapat rasakan pipi aku basah dengan genangan air mata yang berlinangan jatuh tatkala aku mengungkap kata.
Izwan diam, membatu di posisi sama.
Aku pantas palingkan tubuh, memandang lelaki itu yang berdiri hanya beberapa meter dari aku.
"Kenapa kau diam? Kau pun jijik dengan aku kan?"
Aku tunduk memandang lantai. Kesal apabila Izwan terus terusan tak bersuara.
Aku lupa.
Dia lelaki.
Semua lelaki mesti lah nak yang sempurna kan? Aku pula? Jauh dari erti kata sempurna. Dan aku tak layak untuk sesiapa.
Kenapa aku diuji dengan ujian sebesar ni, Ya Allah?
"Esok, pastikan kau ada kat rumah."
Dengan sebaris kata itu, Izwan akhirnya berjalan pergi meninggalkan aku termangu seorang diri.
Aku kesat air mata yang tersisa dengan belakang tapak tangan.
Aku pandang lelaki itu yang dah makin menjauh dan menghilang.
Apa maksud dia?
❀❀❀
HUJAN renyai renyai turun pada petang itu.
Seakan tahu, aku sedang berduka. Saat seronok melayan perasaan sambil memandang serata jalan raya, aku dapat rasakan seseorang duduk tidak jauh dari tempat duduk aku.
Aku mula resah.
Siapa pula ni? Mana mungkin ini Izwan. Dia berjalan masuk ke kawasan aspura tadi.
Aku nampak dengan mata kelapa aku sendiri.
Eh, maaf. Kepala.
Perlahan, aku beranikan diri untuk toleh ke sisi kiri.
Dan aku terkedu tatkala melihat Marina sedang duduk di perhentian bas ini, tidak jauh dari aku. Dia sedang sibuk dengan telefon dan beg dia.
Mak ayah dia tak ambil dia lagi? Pelik. Biasanya, dia yang selalu pulang awal.
"Hello daddy where are you?"
Aku dapat dengar nada suara Marina yang lain dari kebiasaan. Dia kedengaran ikhlas dan manja dengan ayah dia.
"Rin tunggu kat sini dah lama. Mana daddy? Rin takutlah tinggal sorang."
Rin? Nama panggilan dia dekat rumah ke?
"Apa? Outstation? Canada? Are you being serious right now, daddy? Habis siapa nak ambil Rin kat sini?"
Aku ketap bibir. Rasa bersalah pula curi curi dengar perbualan orang lain. Tapi bukan salah aku. Dia yang cakap kuat kuat dengan suara kalah speaker tu dah kenapa?
"Mommy? Daddy, you must be kidding me. She won't pick me up from school! Daddy, Rin nak daddy. Nanti Mommy..."
Aku menoleh ke sebelah semula apabila Marina tiba tiba berhenti berkata kata. Aku dapat lihat riak wajah Marina berubah. Dia gigit bibir bawah sebelum memandang skrin telefonnya, lama.
Ayah dia putuskan talian macam tu je ke?
Abah kalau nak putuskan talian, dia akan suruh aku jaga diri. Dia akan cakap dia sayang aku. Dia juga akan buat aku senyum dulu.
Sebab abah kata, kita tak pernah tahu bila seseorang akan tinggalkan kita.
Ya, sebab tu kita kena hargai semua masa yang ada dan luangkan dengan orang yang kita sayang. Cakap dekat dia yang kau sayangkan dia.
Sebelum semuanya terlambat.
"Seronok curi curi dengar perbualan orang?"
Tersentak aku apabila tiba tiba digertak sebegitu rupa oleh Marina.
Aku tak berniat pun, serius.
Aku alihkan pandangan. Tak nak cari gaduh. Jadi aku ambil keputusan untuk terus diam.
Langit dah makin gelap dan hujan yang tadinya hanya renyai renyai, kini dah makin lebat. Rasa sejuk makin mencengkam dada.
Sekarang, boleh dikatakan setiap petang mesti hujan. Musim kot.
Aku menarik nafas lega apabila tiba tiba kereta honda jazz merah berhenti di hadapan aku yang sedang duduk di perhentian bas itu.
Ummi dah sampai!
Aku pantas berdiri dan menggalas beg sandang di bahu sebelum melangkah ke kereta. Tapi baru satu tapak melangkah, aku menoleh kembali.
Lupa yang Marina masih di situ. Bahaya perempuan duduk sini sorang sorang. Hujan pun makin lebat dan hari dah makin gelap.
"Marina, kau nak aku tumpangkan?" soal aku. Kalini aku ikhlas. Sebab kesian tengok dia duduk sorang kat sini.
Marina angkat kening sambil senyum sinis.
"Kau balik jelah. Tak payah nak acah acah baik dekat sini. Sampah."
Aku kerutkan dahi.
Apa masalah minah ni sebenarnya? Aku cuma nak tolong. Dia panggil aku sampah?
Ha lantak kau la, Marina. Aku harap ada harimau datang pastu telan kau kat sini. Padan muka.
"Kesian. Kau duduk ah sini sampai minggu depan." aku balas kembali sebelum terus berjalan ke kereta.
Aku buka pintu di tempat duduk sebelah pemandu.
"Ummi..." aku salam ummi dengan penuh rasa hormat.
Ummi senyum sambil usap kepala aku lembut.
"Macam mana sekolah? Okay?"
Aku angguk lemah. Terpaksa angguk jela sebab aku malas nak cerita.
Walaupun aku rasa berdosa, tapi ini yang terbaik. Ummi dan abah tak boleh tahu apa yang terjadi pada aku.
"Alhamdulillah. Ummi buat kek coklat kat rumah tu. Nanti balik kita makan sama sama."
Weh kek coklat.
Rasa nak terbang pergi rumah terus je.
Aku senyum lebar tatkala tangan ummi bergerak menarik handbreak untuk meneruskan perjalanan pulang.
Tatkala aku melempar pandangan ke luar tingkap, kereta berhenti dengan tiba tiba.
Aku menoleh pada ummi di sebelah dengan kerutan di dahi.
"Kenapa ni, ummi?"
Ummi sedang memerhatikan sesuatu melalui cermin sisi kereta. Tanpa berlengah, aku ambil keputusan untuk mengerling pada tempat yang sama pandangan ummi sedang bertaut.
Eh.
Aku nampak pantulan Marina pada cermin sisi kereta. Dia sedang...
Menangis?
"Siapa tu, Meena? Meena kenal ke?" soal ummi.
Aku ketap bibir. Terlebih kenal, ummi. Kehadiran dia dalam sekolah ni mengubah hidup Meena 360 darjah.
"Kesian dia menangis sorang sorang. Mak dia lupa ambil kot?"
Aku pandang ummi yang asyik memerhatikan Marina dengan wajah sugul, seakan menyimpan simpati pada gadis itu.
"Nama dia Marina. Budak kelas Meena." pendek, aku menjawab.
Ummi pantas alihkan pandangan pada aku semula.
"La, tu kawan Meena ke? Ha pergilah panggil dia. Ummi hantarkan. Dah lewat ni. Bahaya dia duduk situ sorang sorang. Dahlah perempuan."
What the...
Seriously ummi?
"Termenung pulak dia. Ummi suruh panggil kawan tu masuk." ummi melayangkan satu tamparan manja pada bahu aku sekadar ingin menyedarkan aku dari lamunan.
Aku geleng.
"Tak nak. Kalau ummi nak sangat hantar dia balik, ummi jela yang panggil dia. Meena tak nak." Aku memeluk tubuh dan terus pandang tempat lain.
Terusik hati aku apabila ummi menawarkan diri untuk bantu Marina.
Kalau ummi tahu apa yang Marina lakukan pada aku selama ni, ummi masih akan layan dia baik macam sekarang ni ke?
Aku dengar bunyi pintu terbuka dan apabila aku menoleh ke sebelah tempat duduk pemandu, ummi dah tiada.
Ummi dah berada di perhentian bas tadi.
Bersama Marina.
Tipu la kalau aku tak rasa apa apa. Aku iri hati. Cemburu tengok ummi layan orang lain. Aku nak ummi untuk aku sorang je. Tak nak berkongsi kasih.
Mungkin sebab ini, Allah aturkan aku untuk jadi anak tunggal.
Sebab aku tak mampu merelakan jika kasih sayang ummi dibahagikan pada adik beradik yang lain.
Aku dapat lihat ummi menyapa Marina dan berbual dengannya.
Iee kenapa mesra semacam je? Ummi, Meena tarik ummi masuk dalam kereta balik kang.
Riak wajah aku berubah serta merta apabila dengan tidak semena mena, Marina menarik tubuh ummi ke dalam pelukannya.
Ya.
Marina dan ummi.
Berpelukan.
Darah aku mendidih apabila tangan ummi naik mengusap belakang tubuh Marina yang sedang menangis teresak esak.
Entah la Marina.
Kau menangis air mata darah sekalipun, aku tak rasa aku mampu lagi untuk percayakan kau.
Sebab bagi aku, bila seseorang tu dah menipu, tak mustahil dia akan ulang penipuan tu berkali kali tapi mungkin dalam bentuk yang lain.
Aku paling benci penipu dan juga aku benci ditipu.
❀❀❀
"OH jadi Marina ni budak baru la ya?"
Aku mengeluh singkat. Tak senang apabila ummi asyik berbual mesra dengan Marina yang duduk di tempat duduk belakang.
Marina ketawa lalu mengangguk.
"Haah budak baru. Satu kelas dengan... Ameena."
Aku tersentak apabila Marina dengan selamba memanggil aku dengan gelaran itu.
Sumpah, aku tak suka bila orang luar panggil aku dengan nama tu. Lagi lagi Marina. Dia buat aku rasa nak lambung dia keluar dari kereta ni.
"La, habis kenapa Meena tak pernah cerita pasal Marina dekat ummi?" ummi yang sibuk memandu tiba tiba menyenggol lengan aku. Memaksa aku untuk memandang ummi di sebelah.
Ummi nak aku cerita? Serius? Kalau aku cerita, aku akan cerita semua keburukan yang minah ni dah buat dekat aku. Sampai besok pun rasanya tak habis kalau nak bercerita tentang dia.
Nak?
"Sebab dia tak penting." balas aku sebelum terus melontar pandangan ke luar tingkap kereta.
Tengok pemandangan kat luar lagi bagus.
"Eh Meena, apa cakap macam ni? Marina, maaf la ya? Anak auntie ni memang cakap lepas je."
Dengan tiba tiba, aku dapat rasakan paha aku disentuh seseorang. Satu cubitan ketam dilepaskan pada paha aku seraya membuat aku terjerit kecil.
"Ah sakitlah, ummi!" aku menoleh pada ummi sambil gosok paha yang rasa berbisa.
Ummi buat muka menandakan dia sangat marah dengan kata kata aku yang dirasakan biadap sebentar tadi.
"Oh ya, rumah Marina dekat mana? Auntie nak hantar ke mana ni?" soal ummi mesra sambil terus memandu.
Aku dan ummi berpandangan sesama sendiri apabila mendengar esak tangis yang tiba tiba memenuhi ruangan kereta.
Eh?
Aku pantas menoleh ke belakang dan mengerutkan dahi tatkala melihat Marina sedang menangis teresak esak sambil menundukkan wajah.
"Kau dah kenapa? Emosi?" soal aku, kasar.
"Ya Allah, Laura Ameena! Jangan la cakap kasar macam tu dengan dia!" ummi tiba tiba menjerkah aku dengan nada suara yang tinggi.
Aku terdiam.
Mood aku seratus peratus terbang, hilang. Sekarang, aku nak abah.
Aku paling takut kalau orang tinggikan suara dekat aku. Sebab walaupun aku nampak kasar, tapi hati aku lembut, lembik dan lemah.
"Kenapa, Marina? Kenapa menangis ni?" soal ummi dengan nada lembut pula.
Aku menggenggam baju kurung yang tersarung di tubuh sekuat kuat hati. Cuba untuk menahan air mata dari tumpah ke pipi.
"Tolong saya, auntie. Saya tak nak balik... tolong la. Bawak saya pergi mana mana je. Please?"
"Eh, kenapa?" ummi menolehkan pandangan pada cermin pandang belakang kereta untuk memandang wajah Marina dengan lebih jelas.
Marina angkat wajah dan serta merta pandangan dia dan ummi bertaut mesra.
"Mommy pukul saya. Dia dera saya, auntie..."
❀❀❀
SATU satu masalah yang datang.
Aku baru nak rehat dekat rumah tanpa ada gangguan.
Tiba tiba pulak ada gangguan dari alien bernama Marina.
Masuk sahaja ke dalam rumah, aku bergegas naik ke bilik tanpa menegur abah yang sedang duduk di sofa sambil tengok kartun shin chan.
"Eh, Meena dah balik?" laung abah dari bawah.
Aku buat buat tak dengar lantas terus masuk bilik di tingkat atas.
Saat aku baru melangkah masuk, aku pantas duduk di birai katil dengan cadar comel corak unicorn.
Mak dia dera dia? Boleh percaya ke? Aku tak pernah pulak tengok ada kesan lebam atau kesan pukul dekat wajah atau badan dia.
Dasar penipu! Penipu penipu penipu!
Aku baling bantal ke lantai dengan perasaan sebal yang mula beraja di hati.
Makin mendidih darah aku apabila dari sini, aku dapat dengar dengan jelas suara Marina, ummi dan abah yang sedang berbual mesra di ruang tamu bawah.
Cuba cakap dengan aku.
Hati anak mana yang tak sakit bila mak dan ayah dia lebihkan orang luar dari anak sendiri?
Aku berdiri lantas bergerak ke meja solek di bilik itu. Aku memandang pantulan wajah aku di cermin.
Lama.
Aku tak perasan juraian air jernih gugur, perlahan lahan membasahi setiap lekuk wajah aku.
"Meena?" Ketukan bertalu talu tiba tiba muncul di pintu bilik.
Pantas, aku mengesat air mata dengan hujung lengan baju kurung yang tersarung pada tubuh.
Pintu bilik terbuka, tepat apabila aku menoleh memandang pintu itu.
Terpacul wajah ummi dan Marina di pintu bilik.
Ummi senyum.
"Marina tidur bilik ni ya dengan Meena malam ni?"
Kening aku serta merta bertaut.
"Kenapa pulak dia kena tidur sini? Bilik tetamu kan ada?"
Ummi menapak mendekati aku. Tangan aku diraih lalu digenggam erat.
"Ummi tak kemas lagi la bilik tu. Bersepah dengan kotak kotak. Tak larat ummi nak kemas harini. Lagipun, Marina kan kawan Meena jugak. Apa salahnya kalau dia tidur sini malam ni. Meena tak kesian ke tengok dia?"
Tak. Tak kesian langsung. Rasa nak tendang dia tidur dalam reban ayam kat belakang rumah jiran aku.
"Suka hati la." malas nak bertekak, aku pun setuju jelah. Nak buat macam mana kan?
Ummi senyum riang.
Sekarang ni kan...
Aku keliru.
Aku ke Marina anak ummi sebenarnya?
Oh no. Entah entah, Marina sebenarnya adik aku tapi kami terpisah sebab Marina diculik masa dekat hospital lepas ummi melahirkan kami berdua.
Gila.
Tu sinetron woi.
Lagipun, raut wajah kami 100 peratus berbeza. Nauzubillahiminzalik!
❀❀❀
SELESAI mandi dan makan malam, aku tiba tiba rasa nak siapkan kerja sekolah yang tertangguh.
Marina dah lah langsung tak tolong aku dan ummi masa sediakan hidangan makan malam tadi. Dia asyik terperap dalam bilik.
Katanya, sakit kepala.
Sakit kepala tapi tangan tu boleh pulak lincah belek Instagram? Ceh, kalau aku tendang kau sampai planet Zuhal kang baru tahu.
Aku lihat ummi dan abah sedang duduk di sofa sambil tengok ulangan siri drama Akasia 7 Hari Membencimu 2.
Cerita tu serius best gila. Aku rasa tu satu satunya drama melayu yang tak cliché.
Ummi dan abah tengok drama sambil berpelukan mesra atas sofa. Aku tersenyum tengok mereka berdua yang tetap mesra walaupun perkahwinan mereka dah mencecah 20 tahun.
Aku harap, aku akan dapat bina rumahtangga macam abah dan ummi satu hari nanti. Aku nak bahagia macam tu jugak.
Ceh.
Cara kau cakap tu macam kau dah ada calon pulak Ara. Padahal, semut pun reject kau tahu tak.
Aku menapak perlahan, cuba untuk buat ummi dan abah tak perasan akan kehadiran aku. Tak nak ganggu momen sweet mereka berdua!
Aku mendaki anak tangga untuk menuju ke bilik. Nak siapkan semua homework lepastu nak terus tidur.
Sebaik tiba di depan pintu bilik, langkah aku mati.
Baru ingat yang dalam bilik ni ada alien sesat yang tak diingini. Ah, hilang mood aku!
Aku cekalkan diri lalu terus menarik tombol pintu dan meloloskan tubuh masuk ke dalam bilik. Aku terus menutup pintu bilik itu kembali.
Saat aku menoleh saja pada katil, langkah aku sekali lagi mati dan terhenti begitu sahaja.
Rasa marah mula membuak buak dalam hati tatkala aku terlihat Marina, masih dengan baju kurung tadi dan sedang sedap landing atas katil aku sambil main telefon.
Darah aku mendidih.
Dah lah tak mandi lagi lepastu baring pulak atas katil aku. Habislah kotor cadar dan comforter aku! Aku paling pantang betullah dengan orang yang jenis macam ni ieeee!
"Iee Marina! Turunlah! Pergi mandi. Kotor la katil aku. Kau ni pengotor la." Aku menolak kasar tubuh Marina hingga dia jatuh tergolek ke bawah.
Padan muka!
Marina menjerit lalu mendengus geram. Dia bingkas bangun lalu berdiri di hadapan aku.
Okay aku mengaku. Antara aku dan dia, dia lebih tinggi. Jadi bila aku berdiri depan dia, aku terpaksa mendongak sikit.
Sikit je okay! Aku taklah rendah mana!
"Kau pahal nak tolak tolak aku? Dah lah pendek!" Marina langgar bahu aku lantas terus bergerak ke begnya yang terletak di hujung katil.
Nak pergi mandi dah agaknya.
Aku mendengus geram lalu terus membetulkan cadar katil yang dah berselerak, tak teratur.
Walaupun aku ni pemalas nak kemas bilik, tapi aku takdelah pengotor sangat sampai nak baring atas katil dengan baju sekolah.
Kuman weh.
"Kau tak payah nak membazir air. Mandi 5 minit je. Kau mandi lama ke sekejap ke sama je. Tak boleh jugak bersihkan hati kau yang kotor tu." sengaja aku memerli Marina apabila gadis itu baru nak melangkah masuk ke dalam tandas.
Aku buat buat pandang tempat lain bila Marina menoleh pada aku dengan wajah ketat, menahan marah.
"Kau cakap apa tadi? Ulang balik." mendatar, nada suara Marina buat aku tahu yang dia memang sedang marah.
Aku ketawa palsu.
"La tak dengar ke? Kesiannya kau. Dahlah busuk, pekak pulak tu. Aku simpati dengan kau, Rin." aku sengaja tekankan perkataan 'Rin'.
Entah kenapa mulut aku rasa nak memerli orang malam malam ni. Mungkin sebab aku baru lepas makan ayam masak sambal tadi.
Eh. Sekejap. Ayam masak sambal?
"Perempuan tak guna!" Marina dengan tiba tiba meluru pada aku dengan kelajuan maksima.
Dia menolak aku, buatkan perut aku terlanggar bucu laci di sebelah katil dan aku akhirnya rebah dengan perasaan sakit yang memuncak.
Allahuakbar.
Baru aku ingat, Ya Allah.
Aku tak boleh makan makanan pedas. Aku sedang sakit. Dan rasa sakit tu makin berganda bila perut aku berlanggar dengan bucu katil.
Aku memegang perut yang mula rasa tak selesa dan sakit yang amat sangat.
"Kau memang mencabar kesabaran aku kan, perempuan."
Marina menindih tubuh aku lalu rambut aku direntap kasar tanpa belas ihsan.
"Ya Allah. Sakitlah, Marina. Apa kau buat ni? Lepaslah!" aku cuba menolak tubuh Marina tapi ternyata dia lebih kuat dari aku.
"Rasakan!" Marina menolak kepala aku ke arah bucu katil, membuatkan kepala aku terhentak sekaligus air mata tumpah membasahi pipi aku.
Aku boleh melawan.
Tapi...
Rasa sakit pada perut aku kini mengatasi segala galanya. Sumpah, aku tak mampu lagi untuk melawan.
"Lembik. Kau ni acah je kuat sebenarnya. Padahal lemah. Mulut je lebih." Marina menolak aku buat kali terakhir sebelum akhirnya bangun dan menjauhi aku.
Aku masih di posisi sama.
Terbaring sambil menggenggam baju, cuba untuk meraih kekuatan. Mata aku terpejam rapat menahan sakit.
"Kau acah berani sebab ada Izwan. Sekarang Izwan tak ada. Member member kau pun tak ada. Cuma ada kau dengan aku. Memang terbukti la yang kau lembik." Marina senyum sinis lalu menghadiahkan satu sepakan pada kaki aku yang masih berlunjur di lantai.
Aku gagahkan diri untuk berdiri. Aku menarik nafas lega apabila Marina dah menghilangkan diri di balik tandas.
Aku dengan payah cuba untuk bergerak ke meja belajar. Perlahan, aku sisipkan tangan pada poket beg.
Mana pulak ubat aku ni, Ya Allah?
Astaghfirullahalazim.
Serta merta, tangan aku berhenti bergerak dan dada aku berombak kencang.
Ubat aku ada pada Izwan.
Ya Allah, macam mana aku boleh lupa nak ambil ubat tu dari dia?
Meena, kau memang cuai.
Aku mengetap bibir, cuba berpaut pada kerusi apabila tubuh aku hilang keseimbangan. Rasa sakit ni lebih sakit dari period pain. Lagi sakit dari gastrik dan masuk angin.
Menyesal pula sebab tak jaga pemakanan dulu. Aku memang hantu makanan pedas.
Bila terlalu banyak makan makanan yang pedas, sedikit sebanyak dinding perut akan terhakis dan menyebabkan lapisan perut pun jadi lemah.
Adik adik yang sedang membaca ni, sila jaga pemakanan korang dengan baik okay? Jangan jadi macam Laura Ameena yang degil.
Tak dengar kata naa!
Sama la macam orang yang tulis novel ni.
Eh. HAHAHAH.
Aku kembali ke sisi katil, mencapai telefon yang berada di atas laci.
Buka saja aplikasi whatsapp, beribu mesej dari group Gadis Limited Edition masuk.
Ah. Diorang ni memang suka spam. Masing masing kaki gosip.
Aku cari satu nama dengan dahi berkerut menahan sakit.
Jumpa!
Aku taip mesej dengan jari yang terketar ketar. Aku nak bagitahu ummi dan abah yang aku tengah sakit.
Tapi nanti mesti abah bawa aku pergi hospital.
Huwa aku dah serik kena warded! Mereput sorang sorang dalam ward.
Izwan Hakiem 🐯
online
Aku menarik nafas lega apabila nampak Izwan sedang berada dalam talian.
Tak perlu la aku nak spam dia macam orang gila kan? Tapi, dia layan ke mesej aku?
Adam pernah cakap yang Izwan ni suka bluetick orang. Dia online WhatsApp pun sebab nak chat dengan orang yang penting.
Aku penting ke?
Ah lantaklah!
Aku tengah sakit ni. Tak ada masa nak overthinking!
Aku taip mesej dengan perasaan berdebar yang dah tahap maksimum.
You
Izwan, ubat aku!
Aku mengetap bibir setelah menekan butang 'send'.
Ah. Tolonglah baca mesej aku sekarang!
Jantung aku berdebar debar semasa tunggu tanda right kelabu itu berubah menjadi warna biru.
Cepatlah woi.
Wajah aku berubah riak apabila tanda right tadi bertukar biru.
Dia dah baca, dia dah baca!
Omo omo ottoke!
Aku tunggu untuk Izwan membalas. Tapi aku hampa apabila dah 5 minit berlalu tapi masih tak ada sebarang balasan dari dia.
Sah.
Aku kena bluetick!
Mata aku kembali tertancap pada skrin telefon.
izwan Hakiem 🐯
Last seen today at 10:30 pm
Weh serius lah?
Dia baca je? Lepastu terus off?
Okay ni melampau. Dia memang nak tengok aku kena heret pergi hospital ke malam ni?
Aku menekan perut yang tiba tiba memulas. Rasa seperti bahagian dalam perut aku panas. Tak rasa macam nak buang air besar.
Tapi serius, sakit ni rasa lebih dari rasa sakit perut yang biasa tu.
Sedang asyik melayan rasa sakit yang menguasai diri, telefon di tangan tiba tiba bergetar, membuatkan aku mengalihkan perhatian sepenuhnya pada skrin telefon.
Izwan Hakim 🐯
Ringing
Serentak itu juga, air mata aku mengalir buat kali kedua.
Kenapa kau telefon ni, Wan?
Aku tak boleh bercakap dengan suara yang terketar ketar macam ni.
Aku ketap bibir serapat rapatnya, cuba menahan diri dari terus menangis.
Kau kuat, Laura Ameena.
Jangan nangis lagi okay? Aku pun sedih tengok diri aku yang lemah macam ni.
Aku tekan butang hijau dengan harapan Izwan akan dapat membantu.
"Bukak pintu."
Aku terkedu apabila mendengar suara Izwan di hujung talian yang kedengaran keras tanpa nada.
Dia salah telefon orang ke ni?
Bukak pintu?
"Kau dengar tak? Aku cakap bukak pintu."
Aku menjauhkan telinga dari telefon lalu terus terusan menatap skrin telefon. Betullah ni Izwan. Tapi kenapa dia suruh bukak pintu pulak ni?
Aku nak ubat lah, gila.
"Kau nak ubat kau ke tak nak?"
Aku tersentak. Eh? Macam mana dia tahu—
Oh lupa. Dia memang pro bab bab baca fikiran orang ni. Menyampah pulak aku.
"N—nak..." balas aku, pendek.
Izwan diam.
"Kalau nak, keluar. Sekarang."
Tit!
Talian diputuskan begitu sahaja oleh lelaki itu.
Aku terlopong sendirian. Weh dia ni nama je anak Dato' tapi kedekut kredit. Puih!
Nasib baik dia tak telefon aku pakai WhatsApp. Kalau tak memang aku rendam muka dia dalam kari daging korban.
Perlahan, aku gagahkan diri untuk bangun dan menuju ke jendela bilik yang menghadap ke ruangan garaj dan pagar rumah.
Aku menolak langsir yang menutupi keseluruhan jendela untuk memudahkan aku melihat ke arah luar.
Ternganga aku apabila melihat sebuah kereta jenis Audi A8L hitam tersadai di hadapan pagar rumah aku.
Oh man.
Jangan cakap yang tu...
Anak Dato' Syukri?
❀❀❀
Setelah menyarung hoodie, aku menyelempang shawl hitam secara ala kadar pada kepala. Sempat aku tilik muka di depan cermin beberapa minit.
Izwan je pun.
Dia dah lali tengok aku selekeh. Dah kenapa aku beria nak nampak kemas depan dia malam ni?
Aku capai lipbalm strawberi di atas meja solek lalu mengolesnya nipis ke bibir.
Lipbalm ni colourless. Jadi lipbalm ni cuma bekalkan kelembapan pada bibir tanpa meninggalkan sebarang warna.
Hehe, beli kat Watson! Pau abah haritu.
Sempat juga aku capai botol minyak wangi dengan bauan vanilla. Aku sembur sedikit pada tubuh.
Ceh, beria kau!
Setelah membetulkan tudung beberapa kali, aku menoleh pada pintu tandas.
Bunyi pancuran air dari dalam tandas masih jelas kedengaran. Lama betul minah ni mandi. Kalau aku masak nasi, nasi pun sempat siap dulu tahu tak.
Tapi bagus jugak dia berlama dalam tu. Dia keluar kang mula la nak cari pasal dengan aku.
Kau tidur jela dalam tandas tu, Marina. Tak payah keluar!
Apa agaknya benda yang buatkan dia benci dan iri dengan aku? Kalau nak diikutkan, dia tu lebih kaya dari aku. Dia ada semuanya. Apa lagi yang tak cukup?
Aku capai telefon di hujung katil lalu mengorak langkah ke luar bilik dengan langkah perlahan. Tak nak abah dan ummi sedar yang aku sedang berusaha untuk keluar rumah secara senyap senyap.
Sampai sahaja di ruang tamu, aku menarik nafas lega apabila melihat abah dan ummi sedang bergelak ketawa sambil tengok cerita Pujaan Hati Mr Headprefect 2.
Eh ada PHMH 2 ke? Aku suka jugak tengok cerita tu kadang kadang bila bosan.
Nama hero dia Abdul Patah dan nama nama heroin dia Tipah Terlatah. Unik gitu.
Sedang asyik melangkah menuju ke pintu utama, aku tiba tiba terlanggar meja yang berada di sisi tangga.
Ah. Laura Ameena!
"Eh, Meena? Nak pergi mana tu?"
Aku menoleh ke arah ummi dan abah sambil tersengih, cuba untuk menutup rasa gugup dan rasa sakit perut yang alhamdulillah dah makin berkurang lepas aku minum air suam tadi.
"Eh abah dengan ummi kenapa tak tidur lagi? Kan dah lewat ni?" aku cuba tukar topik.
Ummi dan abah berpandangan sesama sendiri dengan riak wajah yang nyata pelik dengan pertanyaan aku.
"Dah lewat? Pukul 11 pun belum. Kita sekeluarga kan memang selalu tidur lewat setiap malam minggu?" abah angkat kening.
Aduh, Ara. Kau ni memang tak pandai cover line!
Eh. Line? Okay aku ada idea!
"Eh bukan. Meena nak keluar kat depan tu je. Nak cari line. Kat dalam rumah ni line slow kalah siput cacat. Meena keluar jap eh?"
Ummi mengangguk.
"Pergi duduk kat garaj je. Jangan keluar sampai depan pagar pulak. Bahaya malam malam macam ni."
Aku menarik nafas lega. Fuh! Selamat!
Aku angguk lalu terus ke pintu utama apabila ummi dan abah dah kembali alihkan pandangan pada televisyen. Tengok TV pun pegang tangan. Sila hormat golongan single macam saya dan semua readers yang tersakiti.
Aku lega juga sebab sliding door di bahagian tepi ruang tamu juga dah ditutup rapi dengan langsir biru tua. Jadi, ummi dan abah tak nampak la bahagian luar rumah.
Aku cepat cepat ke luar rumah dan sarung selipar jepun corak kepala semut sebelum melangkah ke hadapan.
Langkah aku mati apabila terlihat satu kelibat lelaki yang bersandar pada bahagian badan kereta Audi hitam itu dengan hoodie hitam dan seluar tracksuit adidas di tubuh.
Mata lelaki itu tertancap pada skrin telefon, tak menyedari bahawa aku sedang berdiri tak jauh darinya.
Aku mengagumi lelaki itu dari jauh.
Dalam dunia ni, tak ada manusia yang sempurna.
Tapi di mata aku, dia dah melengkapi segala ketidaksempurnaan aku. Dia buat aku rasa lengkap.
He is my missing piece that I've been searching for all this while.
Tapi malangnya, dia bukan untuk aku.
Aku senyum kelat. Beruntungnya perempuan yang bakal miliki hati kau nanti, Izwan.
Pada bakal jodoh Izwan, tolong jaga lelaki ini dengan baik. Aku gembira walau hanya dapat mengagumi dia dari jauh.
"Tak penat ke jadi patung cendana kat situ?"
Aku terkedu tatkala lelaki itu tiba tiba bersuara.
Izwan menoleh pada aku. Iris kelabu menggoda itu kelihatan lebih bersinar dalam kegelapan malam.
Izwan memasukkan telefon tadi ke dalam poket hoodienya seraya berjalan mendekati aku.
Langkah lelaki itu berhenti di hadapan pagar yang masih tertutup rapat. Abah biasanya tutup pagar lepas tengok TV. Pukul 12 lebih la.
Aku juga berjalan menghampiri lelaki itu setapak demi setapak.
Ada sesuatu pada lelaki itu yang buatkan aku yakin dengan dia.
Cuma pagar di tengah yang memisahkan kami berdua tika ini. Pagar ni macam garisan takdir.
Takdir yang menyuratkan bahawa kami tak ditakdirkan untuk bersama.
Aku tergamam apabila tangan Izwan tiba tiba bergerak, lincah. Membuka pagar dengan wajah selamba dan beku seperti kebiasaan.
Aku pantas memegang pagar itu, mengelakkan Izwan untuk membukanya dan menapak masuk.
"Mana ubat aku?" soal aku tanpa memandang wajahnya.
"Dekat rumah aku. Aku lupa nak bawak."
Aku mengumam geram. Habis? Yang dia datang jauh jauh sampai ke rumah aku ni kenapa? Setakat nak tayang muka kacak dia tu?
Bro, baik tak payah!
"Let me in."
Izwan cuba untuk menolak pintu pagar itu tapi aku lebih pantas menghalang.
"No. Tak payah."
Izwan melepaskan keluhan berat.
Lelaki itu tiba tiba mengeluarkan sesuatu dari poket hoodie sebelah kanannya.
Aku senyum lebar. Ubat aku!
Aku ingin merampas botol itu, tapi Izwan tiba tiba menjauhkan botol ubat itu dari aku. Aku buat riak wajah tak puas hati.
"Bagilah!"
"Kalau aku tak nak?" Izwan senyum sinis.
"Kau tak nak, aku bagitahu abah."
"Bagilah tahu. Nanti aku cakap dekat abah yang kau ni cuai, ubat pun lupa nak ambil. Nasib baik aku ni baik tolong COD ubat ni sampai depan rumah kau."
Aku mencebik lantas menjeling Izwan dengan jelingan setajam pedang dalam cerita Iron Man 3.
Eh Iron Man lawan pakai pedang ke?
"Kau yang selamba badak curi ubat tu. Dah tahu aku lupa, kau tolonglah bagi balik. Saje nak tengok aku sakit kan?" aku naikkan kening. Cuba menduga.
"Miss, kalau aku nak tengok kau sakit, aku takkan hantar ubat ni." Izwan peluk tubuh.
Aku mengeluh. Tak nak kalah!
"Apa apa jelah. Bagi ubat tu."
"Kau kena cakap kod rahsia dulu."
Ah sudah. Kod rahsia apa benda pulak ni woi. Aku rasa nak makan orang sekarang ni.
"Tak payah main main la, Izwan. Ummi dengan abah aku ada kat dalam. Kau nak aku panggil diorang?"
"Sound good. I planned to meet you. Tapi kalau dapat jumpa bakal mertua pun apa salahnya." Izwan masukkan kedua dua tangan pada poket hoodie. Cuaca malam sebegini memang agak sejuk.
Wajah aku mula membahang.
What the fish.
"Oh kau pakai hoodie jugak?" Izwan tiba tiba pandang pakaian aku.
Aku alihkan pandangan. Cuba hilangkan rasa kekok dengan berdehem perlahan.
"Kenapa? Salah pakai hoodie?"
Izwan geleng.
"Tak salah tapi..."
Aku memandang Izwan kembali. Tapi apa?
"Tapi aku tak tahu kenapa bila aku nampak kau, aku rasa macam tengah tengok bakal ibu kepada anak anak aku."
Aku dan dia saling bertatapan buat masa yang lama.
Jap.
Dia tengah cuba bagi pickupline ke ni? Kenapa...
Kenapa aku rasa—
"Pfft!" tawa aku akhirnya meletus. Tak tahan apabila tengok level confident Izwan yang tinggi macam Gunung Kinabalu.
Kening Izwan bertaut. Pelik tengok aku gelak sampai tak cukup nafas.
"Pahal kau gelak?" nada Izwan berubah tidak senang.
Aku geleng sambil menekup wajah yang dah merah padam.
"Okay dah." aku tarik nafas berkali kali sebelum berhenti ketawa dan memandang wajah beku milik lelaki itu.
"Tak jadi eh?" Izwan ajukan soalan dengan muka kecewa.
Aku diam. Tak weh. Bukan tak jadi. Ada lah jugak rasa cair tu tapi...
Aku terbayang muka Izwan yang bengis marah marah budak budak kat sekolah. Pastu tiba tiba pulak dia bagi ayat potong kaki dekat aku.
Tak ke buang habitat namanya?
Eh buang tabiat.
"Laura Ameena."
"Ya?" aku angkat wajah, dan sekali lagi pandangan kami berdua bertaut.
Izwan membasahkan bibir, seakan cuba mencari kata yang sesuai.
"Aku tak pandai sweet sweet macam lelaki lain. Aku tak pandai buat kau cair atau buat kau senyum sepanjang hari. Aku tak pandai senangkan hati kau."
Izwan memandang aku lagi.
"Tapi satu benda yang aku pandai. Aku pandai jaga hati dan perasaan aku. Aku mengaku dekat kau yang dah ada seorang perempuan dah berjaya tempah tempat dalam hati aku."
Aku menelan liur yang terasa pahit. Jadi betullah kan yang dia dah suka orang lain?
"Oh yeke? Tahniah lah. Mesti perempuan tu lawa, kaya. Setaraf dengan kau kan? Nanti kahwin jangan lupa bagi aku tempat duduk VVIP tau, bro." aku cuba melawak dengan air mata yang dah mula bergenang di pelupuk mata.
Izwan senyum tipis.
"Macam mana kau nak duduk dekat tempat duduk VVIP sedangkan kau kena duduk dengan aku atas pelamin?"
Eh?
Aku pandang wajah itu untuk kesekian kalinya.
"Perempuan yang aku maksudkan tadi tu ada depan aku ni. Perempuan yang degil, tak makan saman. Suka buat aku marah."
Riak wajah aku berubah.
Izwan ukir satu senyuman, buat jantung aku berdebar seribu kali ganda lebih laju.
"Bersaksikan bulan dan bintang pada malam ni, aku janji yang aku akan wartakan hati aku sepenuhnya hanya untuk seorang perempuan bernama Laura Ameena binti Amiruddin."
"Tak ada yang kedua, ketiga atau keempat. Aku janji, aku akan halalkan kau hanya untuk aku satu hari nanti, Ameena. Dengan izin Allah."
To Be Continued ♡
eh eh senyum senyum pulak korang HAHAHAH
happy ke tu? ceh. next chap kita payung sedih sedih kasi hingus korang meleleh. padan muka!
ha ok gerak lu pape jangan roger sksksk ok gurau. pape spam je message board atau whatsapp. akan ku balas dengan penuh kasih sayang. gitchewww.
sekian.
jumpa next chap kalau panjang umur ya?
have a nice day ahead, all my pretty little readers!
bubye
borahae 💜
love you ♡
with love,
wanymadubuingbuingpujaanhatikorang
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top