00 : 29


I'm back :')

can you guys help me?

spam comment on this chapter boleh? spam banyak² pun takpe. i don't mind.

tetiba pulak rasa down out of sudden'))

song recommended ;
Natalie Taylor – Surrender

« trauma »

.

.
.
.
.
.
.
.
.

enjoy reading my blueberries ♡

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

AKU membuka kelopak mata yang terasa memberat.

Aku halakan pandangan pada seluruh kawasan di sekeliling aku sebelum akhirnya melepaskan keluhan berat.

Kepala aku pening dan memusing sejak semalam.

Dengan tiba tiba, tekak aku terasa loya dan kaki aku sepantas kilat membawa aku ke tandas.

Di sinki tandas itu, aku memuntahkan segala isi perut. Apabila tubuh terasa lemah, pantas aku pautkan tangan pada sinki untuk mengelakkan aku rebah ke lantai.

Mata aku berair.

Satu je yang aku nak sekarang.

Aku nak balik. Nak ummi.

"Eh Kak Laura?"

Aku pantas mengelap sisa muntah yang ada pada mulut apabila terlihat kelibat Mia yang berada di pintu utama tandas.

"Akak okay tak ni?"

Aku paksa diri untuk senyum seraya mengangguk kecil.

"Mia nak guna toilet ke?" soal aku.

Mia mengangguk sambil berjalan ke arahku.

Aku menutup pili air lalu berjalan melintasi Mia untuk kembali ke dorm. Nasib baik terserempak dengan Mia. Kalau terserempak dengan member member aku yang lain, mesti diorang pelik tengok aku macam ni.

Tiba tiba, tangan aku dipaut dari belakang oleh seseorang.

Aku berpaling.

"Kenapa ni, Mia?"

Aku nampak wajah Mia berubah mendung. Perlahan, dia tarik aku masuk ke dalam pelukan hangat miliknya.

Walaupun aku agak terkejut, tapi aku juga tak menolak. Sebab aku terlalu lemah untuk itu.

Aku dapat rasakan usapan lembut yang diberikan oleh Mia pada bahagian belakang tubuhku. Nyata, usapan itu membuatkan aku rasa tenang sedikit demi sedikit.

"Akak, stay strong. Mia tahu akak kuat."

Serentak dengan itu, air mata aku melimpah, membasahi pipi dan aku tautkan tangan pada Mia. Cuba untuk meraih kekuatan.

"Abang Firash jahat. Kenapa dia buat akak macam tu..." Mia bergumam sendirian.

Aku cuma diam.

Tak mampu untuk berkata apa apa lagi.

Dengar nama Firash pun, dah buat hati aku sakit. Aku tak tahu kenapa tapi...

Apa yang dia buat haritu, takkan mungkin dapat aku lupakan.

Mia je yang tahu apa yang terjadi. Sebab aku hanya ceritakan pada dia. Nak cerita pada kawan kawan aku, aku terlalu takut. Sebab aku tahu diorang akan mengamuk dan buat kecoh.

Cukuplah hanya aku, Mia dan Firash sahaja yang tahu apa yang berlaku.





































❀❀❀

HARI Khamis yang cerah.

Tapi hati aku mendung, gelap dan langsung tak ceria seperti hari kebiasaan.

Dalam kelas, aku langsung tak fokus. Aku dah mula datang lewat ke sekolah macam dulu. Dah mula tidur dalam kelas.

Bukan sebab aku tak serius nak hadapi peperiksaan SPM.

Tapi sebab ada satu perubahan yang sedang berlaku dalam diri aku.

Trauma.

Ya.

Aku trauma dengan apa yang dah terjadi.

"Laura."

Aku tersentak. Aku mengangkat wajah dan semua mata di dalam kelas memandang aku yang duduk di bahagian belakang kelas.

"Yy–ya?"

Aku nampak Cikgu Latiff berjalan menghampiri aku. Tapi dia berhenti di sebelah meja Marina.

"Kamu okay ke tak ni? Kenapa nampak macam tak sihat?"

Aku angguk kecil sambil cuba ukir senyuman tipis.

"Saya okay, cikgu."

Cikgu Latiff memang baik. Prihatin dengan keadaan semua anak muridnya. Dan itu yang buatkan aku lebih selesa dengan Cikgu Latiff berbanding cikgu lain.

Dengan tiba tiba, aku dapat rasakan anak tekak aku loya. Seperti ada sesuatu yang berada di kerongkong. Jujur, aku tak selesa bila perasaan ini datang.

"Uwek." pantas, aku menekup mulut dengan kedua dua tapak tangan. Tak nak lah termuntah pula dalam kelas.

"Eh Ara!" Amelia yang duduk di sebelah Marina dengan pantas menerpa ke arah aku. Dia tahu aku tak sihat sangat sejak kebelakangan ni.

"Kenapa ni? Laura, kamu okay ke tak ni? Cepat pergi tandas. Amelia, teman Laura." arah Cikgu Latiff tegas.

"Meh sini, beb. Aku pegang kau." Amelia memautkan lengannya pada lengan aku, sekaligus membantu aku untuk meneruskan langkah yang lemah.

Sempat, aku menoleh pada meja Izwan yang kosong tak berpenghuni.

Izwan, Adam dan Firash dipanggil ke bilik kaunseling untuk membantu Cikgu Sharafunnisa.

Izwan, kenapa kau selalu tak ada masa aku betul betul perlukan kau?

Baru satu tapak melangkah, pandangan aku tiba tiba berbalam.

Pandangan aku kelam dan kabur.

Wajah terakhir yang dapat aku lihat adalah wajah Amelia yang betul betul rapat dengan wajah aku.

Selepas itu, aku terus rebah.

Tak sedarkan diri.

























❀❀❀

"ALLAHUAKBAR. Izwan, dah. Berhenti!"

"Lepaskan dia, Izwan!"

Dengan sekali tolak, tubuh Firash rebah ke bumi.

Tanpa membuang masa, Izwan tunduk memandang wajah Firash yang dah teruk dengan darah dan lebam di serata wajah.

Firash mengetap bibir. Cuba menahan rasa sakit yang kian beraja.

Kolar kemeja putih Firash direntap kasar oleh Izwan.

"Ya Allah, Izwan. Sudah lah tu. Nanti kalau ada pelajar lain nampak kita dekat sini macam mana?" mata Nazrul mula meliar ke seluruh kawasan.

Cuba memastikan tiada sesiapa di situ selain mereka berenam.

Kawasan belakang blok aspura memang sunyi.

Dan Izwan memang bijak kerana berjaya umpan Firash ke kawasan ini demi melaksanakan misinya.

"Apa yang kau dah buat dengan Ameena?"

Pandangan Firash dan Izwan saling bertembung.

Masing masing menyimpan dendam dan iri sesama sendiri.

Firash berdecit kasar.

"Apa yang kau merepek ni?"

Izwan mengepal penumbuk. Kalau ikutkan rasa hati, memang dia dah belasah Firash sampai masuk ICU.

Tapi dia masih ada tahap pertimbangan dan waras yang optimum.

Cukuplah pukul sebagai pengajaran, dan jangan berlebihan hanya kerana ingin mengikut rasa hati.

"Firash, baik kau bagitahu aku sekarang. Apa yang kau dah buat dengan Laura Ameena? Bagitahu sekarang sementara aku masih boleh bersabar." mendatar, suara Izwan semakin terkawal dari sebelum ini.

Firash senyum tipis.

"Serius kau nak tahu apa yang aku dengan dia buat dalam stor tu?"

Riak wajah Izwan berubah tegang. Jantungnya berdegup laju apabila mendengar kata kata sinis yang keluar dari mulut Firash.

Firash mengangkat lekuk bibir, membentuk satu senyuman sinis.

"Kau rasa apa yang berlaku bila perempuan dan lelaki duduk berduaan dalam satu ruangan tanpa ada orang lain?"

Serentak dengan itu, Izwan melayangkan satu tumbukan padu pada bahagian pipi kanan Firash. Membuatkan wajah Firash terteleng ke tepi dan darah terhambur keluar.

"Ya Allah, dah lah tu weh!" Pantas, Arfiq dan Amierul menarik tubuh Izwan menjauhi Firash. Cuba meredakan pergaduhan itu.

Nazrul dan Adam pula meluru ke arah Firash yang dah hampir tak sedarkan diri. Wajahnya cedera teruk.

Ini kali pertama Izwan naik tangan.

Dan mangsa Izwan yang pertama ini adalah sabahat dunia akhirat yang dulunya disanjung tinggi dan sentiasa bersama di sisi.

Izwan menghalakan pandangan pada Firash yang dah terbaring lemah.

"Kau dengar sini baik baik."

Firash angkat wajah. Pandangan mereka berdua bertaut.

"Kalau apa apa jadi pada Meena, aku bunuh kau."







































❀❀❀

"PUAN jangan risau. Dia dalam keadaan stabil. Cuma dia perlukan rehat dan dia dijangka dah boleh discharge besok pagi."

Puan?

Discharge?

"Terima kasih banyak banyak, doktor."

"Sama sama, puan. Kalau tak ada apa apa, saya pergi dulu."

Tiba tiba, aku dapat rasakan satu genggaman hangat pada tangan kanan aku. Tangan aku diusap lembut oleh seseorang.

"Ya Allah, sayang. Apa yang dah jadi ni? Kenapa Meena tak bagitahu ummi yang Meena sakit?"

Suasana ruangan yang tadinya sunyi kini dipenuhi dengan esak tangis yang keluar dari mulut ummi.

Hati aku terusik.

Ummi, janganlah nangis.

Perlahan, aku buka kelopak mata walaupun masih rasa memberat.

Aku dapat lihat figura ummi yang sedang lap air mata dengan hujung bahagian tudung sambil duduk di sisi katil.

"Um–ummi." panggil aku, lemah.

Drastik, ummi menoleh ke arah aku.

"Ya Allah, Meena dah sedar?" ummi melayangkan tangan ke arah kepala aku. Mengusap pipi aku dengan tangisan yang masih bersisa.

"Jangan nangis, ummi..." lirih aku.

Ummi sebak lalu pantas menundukkan wajah.

"Macam mana Meena boleh ada dekat sini?" kepala aku mula berdenyut. Cuba untuk mengingat kembali apa yang dah berlaku.

"Meena pengsan masa nak pergi tandas tadi. Cikgu terus bawa Meena pergi hospital dan telefon ummi. Esok Meena dah boleh discharge. Kita balik rumah."

Aku menggeleng perlahan.

"Meena tak nak balik. Ummi hantar lah Meena masuk asrama balik."

Mesti Piya, Syu, Mel, Cha dan D risaukan aku.

"Doktor dah bagi MC tadi. Buat masa sekarang, Meena kena rehat kat rumah. Kejap lagi abah sampai. Ummi suruh abah ambil baju dengan barang barang Meena dekat rumah." ummi bingkas bangun lalu mencium ubun ubun aku lembut.

"Meena sakit apa, ummi?"

Ummi terdiam lepas dengar pertanyaan aku. Wajah wanita itu mendung, tak seperti kebiasaan.

Aku nampak ummi menggenggam bahagian baju kurung di tubuhnya, seakan cuba memberi kekuatan pada diri sendiri.

Aku sakit apa sebenarnya?

Baru sahaja aku ingin memaksa ummi untuk menyatakan kebenaran, hasrat aku terhalang.

Bahagian kerongkong aku terasa mual dan loya dengan tiba tiba.

Bahagian perut aku pula rasa seakan akan panas dan terbakar.

"Um–uwek!" aku yang tadinya bersandar pada kepala katil, kini dah menegakkan tubuh apabila sesuatu cecair melonjak keluar dari anak tekak.

"Allahuakbar, Ameena!" ummi pantas mendapatkan aku dan membantu mengusap bahagian belakang tubuh sambil sibuk menjerit memanggil doktor.

Mata aku berair dan pandangan aku mula kabur.

Apa yang aku dapat lihat, cuma cecair merah yang terhambur membasahi selimut dan cadar katil hospital.

Ya.

Aku muntah darah.








































❀❀❀

KINI, dah masuk empat hari aku duduk di rumah. Bercuti sakit.

Sepanjang duduk di rumah, aku berdikari jaga diri sendiri walaupun rasa sakit dan tak larat nak buat semua benda.

Sebab ummi dan abah sibuk bekerja. Waktu malam dan pagi sahaja abah dan ummi akan temankan aku.

Selebihnya, aku jaga diri sendiri.

Aku melontar pandangan pada bahagian luar jendela bilik.

Hujan renyai renyai mula turun membasahi bumi.

Tanpa sedar, 'hujan' juga mula turun dari hujung bahagian kelopak mataku. Menangis tanpa sedar.

Aku percayakan dia.

Aku dah selesa dengan dia.

Tapi tak sangka dia nodai kepercayaan yang aku dah berikan.

Firash, maaf. Tapi kau yang buat aku bencikan kau.

Dengan tiba tiba, aku dapat rasakan pegangan kuat pada bahagian bahuku.

Drastik, aku menoleh ke belakang dengan pantas sambil menjerit kecil. Akibat daya yang terlalu kuat dikenakan pada bahagian kerusi yang sedang aku duduk sekarang, akhirnya tubuh aku melayang jatuh ke lantai.

Aku terdiam seribu bahasa bila nampak kelibat Firash yang berada begitu hampir dengan aku tika ini.

Ma–macam mana Firash boleh ada dalam bilik aku?

Aku bingkas bangun apabila Firash mula menapak menghampiri aku.

"Berhenti..."

Firash akhirnya hentikan langkah apabila bahagian belakang tubuh aku berlaga dengan meja di belakang hingga beberapa buah buku jatuh menghempap lantai.

"Macam mana kau boleh masuk?" aku cuba mengawal nada suara yang dah mula bergetar.

Sumpah, aku takut.

Firash angkat bahu, selamba.

"Pintu tak kunci. Aku masuk jelah."

Aku mengetap bibir. Mustahil dia boleh ada dekat sini dengan tiba tiba. Hari ni hari persekolahan. Mana mungkin dia boleh terlepas keluar dari kawasan sekolah.

Dan macam mana dia boleh tiba tiba ada dalam rumah aku sedangkan ummi dan abah dah kunci pintu gril dan pagar?

"Kalau kau terima aku dulu, benda takkan jadi seteruk ni, Laura. Semua ni berpunca dari diri kau sendiri."

Rasa marah aku mula memuncak bila dengar kata kata biadab yang keluar dari mulut Firash.

"Jaga sikit mulut kau tu, Firash Edhan. Semua ni berpunca dari kau. Semuanya salah kau!" aku beranikan diri untuk meninggikan suara pada lelaki itu.

Di dalam hati, aku berdoa supaya ummi dan abah tiba tiba balik awal.

Biar terbongkar segala galanya.

Firash dengan tiba tiba ketawa, buat aku rasa makin takut dengan dia.

Aku tak tahu apa yang buatkan dia berubah sedemikian rupa. Hanya kerana secebis perasaan yang dia simpan pada aku?

Semua ni tak masuk akal.

Aku perempuan biasa. Tak layak dan tak berbaloi untuk direbut oleh sesiapa.

"Firash, bawak mengucap. Ingat Allah. Apa yang kau buat ni, salah. Jangan buat aku macam ni, please."

Tanpa sedar, aku menangis lagi.

Menangis apabila Firash sambung langkah yang terhenti tadi. Dia berjalan menghampiri aku, sekali lagi.

"Izwan..."

"Berhenti sebut nama dia."

Saat jarak di antara kami semakin terhapus, aku mengambil keputusan untuk melarikan diri terlebih dahulu.

Namun, malang tidak berbau.

Baru sahaja aku membuka langkah untuk lari, kaki aku tersadung pada hujung bahagian katil sebelum aku akhirnya rebah ke lantai.

Aku tundukkan wajah dan mula menangis teresak esak. Tubuh aku menggigil dengan kuat hinggakan tapak tangan aku mula berpeluh.

"Sayang..."

Aku tekupkan tangan pada kedua dua belah telinga. Tak mahu mendengar suara itu lagi.

"Ya Allah, Laura Ameena."

"Jangan sentuh aku!" aku menepis sepasang tangan yang tiba tiba mendarat pada bahagian bahu aku.

"Allahuakbar, Laura Ameena. Ini ummi lah!"

Dengan esak tangis yang masih bersisa, aku buka kelopak mata dan wajah ummi menyapa pandangan aku.

"Ummi..."

Aku merangkul tubuh ummi, menarik ummi ke arahku dan aku terus memeluk tubuh ummi erat.

"Astaghfirullahalazim, kenapa ni? Meena mengigau ke? Tu lah, ummi dah kata jangan tidur lepas asar." Ummi mengusap belakang tubuh aku sambil memujuk aku untuk berhenti menangis.

"Ummi baru balik. Ummi baru bukak pintu rumah, ummi dah dengar suara Meena jerit jerit minta tolong. Terus ummi lari cari Meena."

Aku halakan pandangan pada meja belajar di hadapanku.

Rupanya, aku cuma bermimpi.

Aku tertidur di meja ini ketika hujan lebat turun tadi. Dan tak sangka mimpi tadi membawa pertemuan aku dengan Firash.

"Kenapa menggigil ni? Dah makan ubat ke belum?" Ummi meleraikan pelukan lalu memandang wajah aku.

Aku menggeleng tanda belum.

Kesian ummi. Balik kerja penat penat, kena layan aku. Kena jaga aku yang sedang sakit. Kena pastikan aku makan ubat ikut masa yang dah ditetapkan.

Aku ni cuma menyusahkan semua orang.

Kehadiran aku buat Izwan dan Firash yang dahulunya sangat rapat, kini dah berpisah dan jauh antara satu sama lain.

Marina, Nayli, Arwah Alisa...

Mereka semua bencikan aku.

Ummi melepaskan keluhan berat. Ummi bingkas bangun dan terus ke laci bersebelahan katil. Sebuah botol ubat dicapai.

Ummi meletakkan botol ubat itu di hadapan aku.

Botol itu berlabel 'Lantsid'.

Aku telah disahkan menghidap penyakit Peptic Ulcer ataupun dalam erti kata lain, Ulser Perut.

Kata doktor, lapisan perut aku dah menipis dan lemah menyebabkan ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan pada bahagian dalaman perut aku.

"Kalau tak makan tak boleh ke?" lemah, aku bersuara apabila ummi mula membuka penutup botol ubat itu.

Ummi menggeleng.

"Tak boleh. Kena makan juga. Meena sanggup kena operate?"

Aku sugul.

Oh. Aku lupa. Penyakit yang sedang aku alami sekarang ini adalah peringkat awal kepada kanser perut.

Kalau aku tak menjaga diri aku dengan baik, aku bakal diserang kanser dan lepas tu aku pun akan mati.

Lepas tu, seorang perempuan bernama Wany akan jadi gila sebab tak tahu nak gantikan watak heroin dengan siapa kalau aku mati.

Pfft.

"Cuba cerita dekat ummi. Meena mimpi apa tadi?"

Aku memandang ummi dengan perasaan serba salah.

Ya Allah, aku dah cukup membebankan ummi selama ni. Kalau aku cerita apa yang berlaku, masalah ni akan jadi lebih besar.

Aku takut.

"Meena mimpi Meena jatuh longkang." balas aku.

Ummi angkat kening seraya ketawa kecil.

"Jatuh longkang pun menangis? Kata anak didik Jackie Chan?"

Aku mencebik mendengar usikan ummi.

"Cepat sihat, Meena. Ummi sedih tengok Meena sakit macam ni."

Sebak, aku mengangguk sambil senyum tawar.

Aku kuat hanya sebab ummi dan abah.





















































❀❀❀

FIRASH mengatur langkah menuju ke aspura dengan sebuah fail ditangan.

Fail itu dibelek seketika lalu dibaca sambil terus berjalan.

"Firash Edhan."

Firash angkat wajah. Dan serta merta pandangannya bertembung dengan pandangan seorang gadis berwajah manis.

"Jom lepak. Aku ada benda nak cerita." Marina senyum lebar.

Firash melepaskan keluhan kecil.

"Apa lagi ni, Marina? Aku dah buat apa yang kau suruh. Aku dah record benda tu dan bagi dekat kau. Apa lagi yang kau nak ni?"

Marina menyilangkan kedua dua tangannya pada dada.

"Aku tak puas lagi."

Firash mengerutkan dahi.

"Apa lagi yang kau tak puas? Laura dah tak ada. Tu yang kau nak kan? Apa yang kau tak puas hati lagi ni? Aku tak faham lah dengan kau."

Marina menggigit bibir bawahnya.

"Apa yang kau buat dengan dia?"

Firash berdecit.

"Kau tak payah tahulah. Tu antara aku dengan Laura. Kau rasa apa yang aku buat kalau dia dah sampai trauma macam tu?"

Riak wajah Marina berubah, tidak senang.

"Hati aku tak tenang, Firash..." Marina merengek dengan tiba tiba.

Firash angkat kening. Eh, dah nak insaf ke?

Serius?

"Ya, aku memang sukakan Izwan. Aku obsess dengan dia. Aku nakkan dia. Tapi..."

Dengan tiba tiba, Marina menapak mendekati Firash selangkah demi selangkah.

Firash masih di situ, berdiri statik dengan posisi yang sama.

"Aku nak kau jugak, Firash. Aku nak dua dua. Aku nak Izwan, dan aku nak kau."



















































❀❀❀

"KALAU tak pergi sekolah, tak boleh ke abah?"

Setelah seminggu diberi MC, harini aku akan mula bersekolah semula seperti biasa.

Semasa dalam perjalanan ke sekolah tadi, aku asyik menggigil dan badan aku rasa sejuk dengan tiba tiba. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk capai earphone dari dalam beg dan terus sambungkan pada telefon.

Aku pasang surah Al Rahman. Dan nyata, aku jadi lebih tenang dan mula beransur pulih dari menggigil yang melampau.

"Mana boleh tak pergi. MC seminggu je. Lagipun, peperiksaan percubaan SPM tu dah nak dekat kan? Kalau Meena tertinggal pelajaran macam mana?" Abah memujuk.

Aku mengeluh lalu terus berlari ke dalam pelukan abah.

"Ala anak manja abah ni..." Abah beri usapan halus pada kepala aku, lembut.

"Jangan lupa makan ubat tu. Makan on time. Abah dah pesan dekat warden suruh tengok tengokkan princess kesayangan abah ni."

Aku mengangguk lalu tersenyum kelat.

Aku benci makan ubat. Tapi kalau aku tak makan, sakit yang aku alami akan jadi lebih teruk. Semalam, aku lupa nak makan ubat.

Malam tu, aku terus dikejarkan ke hospital sebab sakit yang melampau pada bahagian abdomen.

Ingatkan, dapat MC lagi. Rupa rupanya, doktor cuma beri suntikan pada lengan aku sebelum membenarkan aku pulang macam biasa.

Iee doktor ni pun. Berkomplot lah sikit dengan aku!

"Nanti kirim salam dekat ummi tau, abah." aku mula rasa nak nangis.

Ummi tak dapat ikut hantar aku ke asrama sebab perlu menghadiri kursus. Jadi, cuma abah yang hantar aku harini.

Abah angguk sambil senyum dan aku terus salam abah. Sempat aku hadiahkan dua ciuman pada kedua dua pipi abah.

"Baik baik jalan tu."

Aku sengih lalu melambai kecil pada abah yang dah mula masuk ke dalam perut kereta.

Abah suruh aku masuk dulu. Jadi, aku terus palingkan tubuh dan mengorak langkah masuk ke dalam kawasan aspuri. Sempat aku memandang para pelajar yang berjalan ke hulu ke hilir dengan buku di tangan.

Ni semua set set dah ready nak SPM.

Aku pulak masih steady main congkak. Sksk.

Aku menoleh ke belakang apabila dengan tiba tiba abah melaung nama aku.

Aku lihat abah menjengukkan sebahagian kepala keluar dari tingkap kereta.

"Jaga diri, jaga maruah. Abah sayang Meena."

Riak wajah aku berubah.

Abah...

Maafkan Meena.




































❀❀❀

FIRASH menolak daun pintu dorm itu lantas terus melangkah masuk.

Tadi dia baru lepas buang air dekat tandas.

Masuk masuk je, semua orang dalam dorm dah pandang dia macam dia baru lepas kentut.

Nazrul, Adam, Arfiq dan Amierul sedang duduk di katil masing masing sambil pandang Firash.

Firash angkat kening seraya memandang mereka berempat silih berganti.

"What?" soal Firash dengan bingung.

Firash melontarkan pandangan pula pada katilnya yang terletak di sebelah katil Izwan. Katil itu hanya tinggal tilam.

Cadar tak ada, bantal tak ada.

Eh. Mana pulak perginya? Tadi sebelum pergi tandas, semua ada macam biasa.

"Mana barang aku woi?" Firash melangkah ke katilnya.

Dia menoleh pula pada katil Izwan yang nampak kemas seperti kebiasaan. Katil je ada. Tuannya tak ada.

Mana pulak ketua pengawas kerek tu pergi?

Dengan tiba tiba, darah Firash menyirap. Jantungnya rasa seakan terhenti bila nampak...

Cadar dan bantal miliknya berada di balkoni dorm.

"Siapa yang letak barang aku kat luar?" Firash menoleh pula pada rakan rakannya yang lain.

Semua macam dah mula boikot Firash. Mereka menyebelahi Izwan sepenuhnya.

"Izwan yang baling cadar dengan bantal kau kat luar. Dia cakap kau kena tidur luar malam ni."

Heh. Comel betul dia ni.

Marah, suruh aku tidur luar?

Nanti dia dah kahwin lepastu gaduh dengan isteri, dia akan campak isteri dia tidur luar ke?

Kejam!

"Mana Izwan?" soal Firash.

"Dorm sebelah.  Dia tidur situ malam ni." Balas Nazrul ringkas sebelum terus baring dan lelapkan mata.

Firash labuhkan punggung di atas birai katilnya sambil toleh pada katil Izwan di sebelah.

Di bawah katil itu, ada anak patung unicorn.

Anak patung milik Laura yang Izwan tak pulang kan sampai sekarang.

Hati lelaki Firash tersentuh melihat bagaimana Izwan sangat sayang dengan anak patung tu.

Dan Firash cukup tahu yang Izwan benar benar ikhlas dengan Laura.

Ah aku penat!

Firash merebahkan diri ke atas katil dengan kasar.

Aku penat berlakon jadi jahat semata mata sebab Marina Finanda.










To Be Continued 🌻

chapter ini adalah amaaaaaaaaaat hambarrrrr
maafkan saya tapi serius langsung tak ada mood ni.

sebab chapter ni sebenarnya dah siap dari hari Rabu.

tapi hilang dalam draft :)

jadi terpaksa type balik semuanya.

maafkan saya, anak anak.

tolong spammmmmm i needdddd your motivating wordsssss ')

how to be okay?
ahhhhhhhhhhhhhhh


ha singgah la dekat my second book which is my talk♡

kat sini, I'll share my daily life and all about me so feel free to check it out okay ')








bubye
love u
borahae 💜








with love,
wanymadu ♡

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top