00 : 28
[ special update for asramarians ]
since esok korang dah start nak masuk asrama, so today mama wany will give you one chapter for the last time')
I'll miss you, really ♡
p/s : this chapter takde humor and sedih dari mula sampai akhir. sebab mood sendu wany is turned on ')
special tags ;
cokelatsirap yaennnnv _lunastella thenrhidyah the_lee
recommended song ;
Wayo 왜요 – Bang Yedam
« sweeter than honey »
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
enjoy reading my blueberries ♡
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
KEHIDUPAN aku di sini semakin hari semakin membiak.
Eh, membaik.
Hubungan aku dan orang sekeliling aku berjalan dengan lancar dan tenang.
Baru aku rasa nikmat jadi remaja berumur 17 tahun. Kehidupan aku di asrama ni banyak yang pahit dari yang manis.
Tapi aku tetap bersyukur.
Allah timpakan aku dengan masalah yang banyak, tetapi Allah juga titipkan sahabat dan orang sekeliling yang banyak membantu aku untuk bangkit semula.
Ingat lagi pada Alisa?
Maaf.
Arwah Alisa.
Ya, aku dan dia memang tak pernah ada hubungan yang rapat. Tak pernah berkawan pun.
Tapi, jujur. Kehilangan Alisa bawa banyak perubahan pada diri dan emosi aku. Kehilangan Alisa buat aku sedih kerana...
Rindu pada orang yang sudah tiada buat selama lamanya seakan rindu yang tak berpenghujung.
Lebih sakit dari segala rindu yang ada. Kerana sebesar mana pun rindu aku pada dia, dia tetap takkan kembali lagi.
Jadi, tolong hargai orang yang ada di sekeliling kau. Ciptalah kenangan dan hubungan yang baik dengan semua orang.
Kerana manusia tak boleh janjikan hari esok.
Harini dia ada. Tapi esok? Kau yakin orang yang ada sekarang dengan kau tu akan selama lamanya bersama kau?
Maaf, tapi aku tak berani menaruh harapan pada manusia.
"Kau buat apa termenung dekat sini?"
Aku palingkan tubuh ke arah suara yang tiba tiba muncul.
Marina, berdiri kira kira 5 meter dari aku.
Aku mengetap bibir. Pantas, aku bangun dan betulkan kedutan pada baju kurung yang tersarung di tubuh.
Wajah Marina serius, tanpa secarik senyuman.
Sejujurnya, aku rindukan persahabatan palsu aku dan dia dulu. Walaupun persahabatan itu hanya atas dasar kepentingan diri Marina, tapi aku tetap bersyukur.
Kerana aku diberi peluang untuk buat Marina senyum.
"Kau buat apa termenung dekat sini? Sekarang waktu untuk solat Maghrib dekat surau."
Aku senyum tipis lalu mengangguk kecil.
Marina jalankan tanggungjawab dia sebagai ketua aspuri yang baru dengan baik. Aku bangga dengan dia.
"Maaf. Tadi aku..."
"Tak payah banyak cakap. Tutup mulut kau. Angkat kaki dan terus pergi surau sebelum aku ambil tindakan disiplin." belum sempat aku menutur kata, Marina lebih pantas memotong.
Aku diam membatu.
Marina hadiahkan satu jelingan tajam pada aku sebelum memalingkan tubuh, ingin berlalu pergi secepat mungkin dari situ.
"Arin," lembut, aku memanggil nama Marina.
Menghalang gadis itu dari terus menapak pergi.
Marina berpaling. Di dahinya timbul satu kerutan halus.
Perlahan, aku atur langkah menghampiri Marina. Aku menghentikan langkah apabila jarak yang tersisa di antara kami tinggal beberapa inci.
Aku senyum sendiri sebelum tangan aku naik membetulkan awning tudung Marina yang agak senget.
Marina diam, berdiri statik seperti tadi.
Dia hanya memerhatikan aku yang beria betulkan tudung dia tu.
"Okay dah." aku senyum puas apabila tudung Marina dah terbentuk elok.
Aku cubit pipi Marina sambil ketawa kecil. Sengaja nak hilangkan rasa kekok yang tiba tiba beraja di antara kami berdua.
"Aku gerak dulu okay? Hati hati jalan nanti." aku menghadiahkan satu senyuman manis buat Marina sebelum menapak pergi, meninggalkan Marina bersendirian.
Marina menggigit bibir bawahnya beberapa kali.
Maafkan aku, Laura.
Kau memang baik. Tapi disebabkan terlalu baik, kau sendiri akan terseksa.
Jadi, jangan salahkan aku atas apa yang akan terjadi nanti.
❀❀❀
FIRASH mengatur langkah lemah menuju ke kiosk.
Harini, dia bakal bertugas berseorangan.
Semua orang sibuk dengan tugas masing masing.
Firash sebagai pengerusi persatuan kiosk harus menjalankan tanggungjawab sepenuhnya dan tak boleh lepas tangan begitu sahaja.
Firash menolak gril yang tak berkunci sebelum meloloskan tubuh ke dalam ruangan kiosk yang sunyi sepi.
Tugas Firash pada petang itu cuma perlu merekodkan unit jualan barang barang dan makanan yang telah terjual agar mudah bagi guru penasihat kiosk untuk membuat senarai keperluan baharu.
Firash hidupkan suis lampu dan kipas di dinding sebelum menapak ke sebuah meja besar.
Di atas meja itu terdapat beberapa kotak alat tulis dan fail fail tebal.
Nasib baik tahun last dah jaga kiosk ni. Menderita aku kena handle semua benda.
Ada yang nak tolong Firash?
Nanti Firash belanja aiskrim sorang dua batang.
Pfft.
Jari runcing milik lelaki itu pantas menyeluk masuk ke dalam bekas pensel biru muda yang terletak elok di atas meja.
Baru sahaja pen Pilot biru diselit di celah jari, ketukan bertalu talu muncul di daun pintu.
Firash angkat wajah dan matanya terarah pada pintu yang tertutup itu.
Eh. Siapa?
Laura cakap dia tak dapat tolong aku harini sebab ada studygroup dengan Amelia dan yang lain.
Izwan pun sibuk dengan tugas dia.
"Siapa tu?" Firash mengerutkan dahi.
Dengan tiba tiba, pintu itu terkuak sendiri dari luar.
Riak wajah Firash berubah serta merta apabila seorang gadis menapak masuk ke dalam ruangan itu sambil memandang tepat ke arah wajahnya.
"Marina."
Marina lempar satu senyuman manis sebelum tangannya pantas menutup pintu tadi dengan rapat semula.
Firash terus berdiri.
Tidak senang dengan kemunculan Marina secara tiba tiba.
Dia pergi tutup pintu pulak tu. Kalau ada sesiapa datang ke sini, boleh jatuh fitnah.
"Kenapa kau tutup pintu tu?" Firash cuba mengawal nada suara yang dah bergetar.
Marina memeluk tubuh seraya meneruskan langkah menghampiri Firash.
"Kenapa? Takkan dengan aku pun kau takut? Kalau dengan Laura, kau okay je?"
"Sebab aku percayakan Laura. Dan aku tak percayakan kau, Marina Finanda." Tegas, Firash bersuara.
Marina menghentikan langkah betul betul beberapa meter dari Firash. Cuma meja di tengah yang menjadi penghalang.
Marina senyum sinis.
"Firash..."
Firash dan Marina saling berbalas pandangan.
"Kau hensem, kacak, baik, comel. Pandai dan soft-spoken orangnya. Jujur aku cakap, mana mana perempuan yang pandang kau, akan terus jatuh hati pada pandangan pertama."
Marina menghela nafas panjang.
"Tapi sayang kan? Lelaki sebaik kau, tak dihargai oleh sesiapa."
Firash mengetap bibir.
"Apa maksud kau?"
Marina pura pura ketawa.
"Tak payah nak buat buat tak tahu la, Firash. Laura tu perempuan paling bodoh yang pernah aku jumpa. Sebab sanggup tolak cinta lelaki sesempurna kau."
Firash kehilangan kata kata.
Suasana ruangan itu kembali sunyi sepi. Cuma terdengar bunyi kipas yang memecahkan kesunyian yang wujud di antara mereka berdua.
"Firash, sumpah aku cakap. Aku kesian dengan kau. Kau sanggup undur diri semata mata sebab Izwan? Sebab kau nak bagi ruang untuk mereka berdua?"
Marina mengeluh singkat.
"Firash, ini bukan drama akasia TV3. Ini bukan novel. Ini hidup kau. Kau perlu perjuangkan apa yang kau nak. Kau nak Laura? Jadi pergi dapatkan dia."
"Jangan jadi lelaki lemah. Zaman sekarang, dah tak ada istilah mengalah. Apa yang kau suka, kau kena rebut. Ambil secepat mungkin. Walaupun kau akan digelar perampas, tapi sekurang kurangnya kau bahagia."
Marina senyum suka apabila riak wajah Firash berubah tidak senang. Seakan setuju dengan kata kata yang keluar dari mulut Marina sebentar tadi.
"Firash, kau pun layak untuk bahagia. Ni bukan manuskrip novel. Hero dan heroin tak semestinya Izwan dan Laura. Kau pun boleh rebut tempat tu."
Firash meraup wajah kacaknya beberapa kali sambil melepaskan keluhan berat.
Tak mungkin aku dapat padam nama Laura dalam hati aku. Walaupun secara zahir, aku nampak macam lepaskan dia.
Tapi sejujurnya aku masih berharap. Berharap pada Laura Ameena. Ya, hanya dia.
Aku pun manusia biasa. Aku bukan malaikat.
Sekarang, aku tersepit di tengah.
Antara sahabat dan hati, mana yang perlu aku pilih?
❀❀❀
SUASANA di dalam perpustakaan sunyi sepi tanpa suara. Cuma suara pendingin hawa yang kian mengisi ruang udara.
Percaya tak?
Aku dah mula berubah hari demi hari.
Aku dah tak ponteng kelas, tak datang lambat, tak tidur masa cikgu mengajar dan aku dah tak malas belajar.
Dua minggu lagi, Peperiksaan Percubaan SPM akan bermula. Aku nak fokus sepenuhnya hanya pada pembelajaran.
Aku catat nota ringkas pada helaian kertas memo merah jambu sebelum melekatkannya pada muka hadapan buku teks Matematik Tambahan.
Dah pukul 5. Cukup lah untuk harini.
Aku lantas mengemaskan segala alat tulis dan buku buku di atas meja. Aku susun buku rujukan milik sekolah di rak perpustakaan sebelum melangkah keluar dengan barang barang kepunyaanku di tangan.
Aku berjalan melintasi beberapa budak junior yang sedang makan coki di depan pintu perpustakaan.
Eh maaf.
Coki coki lah!
Coki tu orang.
Eh korang ni macam tak ada tempat lain pulak nak makan. Kenapa tak makan je depan bilik disiplin biar kena rotan terus senang.
Mereka senyum ke arahku dan aku hanya membalas mesra.
"Kak Laura!"
"Kak Laura, tunggu!"
Aku memalingkan tubuh semula.
Dua orang budak perempuan berkaca mata petak berlari terkocoh kocoh ke arahku dengan wajah resah.
Kening aku serta merta bertaut. Kenapa pula ni?
Mereka berdua berhenti di hadapanku. Masing masing cuba mencari oksigen. Seorang lagi sibuk mengurut dada.
Lelah ke budak ni?
Kang pengsan tak pasal pasal aku pulak yang kena angkat.
"Eh korang berdua kenapa ni?" aku memandang wajah mereka berdua silih berganti.
"Abang..."
"Ab–Abang Izwan dengan Abang Firash!"
Jantung aku berombak laju apabila mendengar dua nama itu.
Izwan?
Firash?
Kenapa?
Apa yang berlaku?
"Akak pergi bilik pengawas sekarang."
❀❀❀
AKU menggenggam tangan yang dah sejuk membeku dan menggigil.
Aku meneguk liur. Termangu seorang diri di depan bilik pengawas yang tertutup rapat.
Nak masuk atau tak?
Sumpah, aku gementar.
"Weh dah lah tu! Rash, stop! Cukup!"
Bahu aku terangkat sedikit. Terkejut apabila mendengar suara tengkingan seseorang dari dalam ruangan bilik pengawas itu.
Suara Nazrul.
Jarang Nazrul menjerit dan marah marah.
Apa yang berlaku di dalam?
"Ya Allah, Firash. Dah lah weh!"
Itu pula suara Arfiq.
Arfiq bukan jenis yang suka ambil tahu pasal orang. Tak suka masuk campur. Tapi kalini dia bersuara.
Aku menggigit bibir bawah beberapa kali. Masih berfikir, nak masuk atau tak.
Aku pegang tombol pintu dengan debaran yang semakin menebal dalam diri.
Belum sempat aku berbuat apa apa, pintu dengan tiba tiba terbuka.
Anak mata kelabu itu menyapa pandangan aku.
Dada aku dengan tiba tiba terasa sesak.
"Allahuakbar, Izwan!"
Aku menekup mulut. Terkejut dengan apa yang aku saksikan.
Bahagian tepi bibir merah jambu milik Izwan pecah dan dibasahi cecair merah pekat. Terdapat beberapa kesan lebam pada serata wajah Izwan.
3 butang teratas baju kemeja Izwan terbuka. Tali leher Izwan juga dah terungkai, tak kemas seperti kebiasaan.
Rambut dia apatah lagi.
Messy.
"Tepi. Kau tak patut ada dekat sini."
Serak basah suara Izwan menambahkan lagi resah di hati aku.
"Siapa yang buat kau sampai macam ni?" tersekat sekat suara aku, cuba menyoal.
Baru satu tapak aku melangkah ke arah Izwan, Izwan lebih pantas berundur ke belakang.
Tak membenarkan aku untuk dekat dengannya.
Aku bertindak drastik. Aku meloloskan tubuh ke dalam ruangan bilik pengawas lalu pintu itu aku tutup rapat.
Aku menghalakan pandangan pada sekeliling kawasan.
Ada Adam, Nazrul, Arfiq, Amierul dan...
Aku meneguk liur yang terasa pahit.
Firash sedang bersandar pada meja sambil menghalakan pandangan pada tempat lain.
Wajah yang selalu tersenyum itu kini kelihatan mendung, tanpa segaris senyuman seperti kebiasaan. Malah, aku dapat lihat Firash juga dalam keadaan tak terurus.
Baju kemeja dan rambutnya lebih kurang sama keadaan seperti Izwan.
"Aku cakap keluar. Kau perempuan. Kau tak patut ada dekat sini." Izwan keraskan nada suara.
Cuba memberi arahan pada aku.
"Kenapa kau pukul Izwan, Rash..."
Firash terkedu. Dia dengan tiba tiba menghalakan pandangan pada aku.
Kami saling bertatapan buat masa yang lama sebelum akhirnya dia mengalihkan pandangan.
Wajah Firash bersih tanpa sebarang luka. Tak ada darah macam apa yang Izwan alami.
Tak.
Izwan tak lembik.
Aku kenal Izwan.
Dia bukan jenis yang akan balas balik kalau orang pukul dia. Sebab dia tak nak besarkan masalah.
Ya, Izwan aku yang dulu dah kembali.
Air mata aku bergenang.
Kalau Izwan sakit, aku pun dapat rasakan kesakitan yang sama.
"Aku cakap keluar. Kau jangan degil boleh tak?" Izwan meninggikan suara.
Aku agak tersentak. Terkejut apabila Izwan tiba tiba tengking aku tak tentu hala.
Tapi cepat cepat aku usir rasa tidak senang itu. Sekarang bukan masa untuk terasa hati dengan dia.
Tanpa bersuara, aku tarik hujung baju kemeja Izwan. Memaksa lelaki itu untuk mengikuti jejak langkah aku ke sebuah kerusi kosong.
"Duduk." Aku memberi arahan.
Izwan angkat kening.
Dia dahlah tinggi macam pokok kelapa. Aku pulak rendah macam pokok bunga raya.
Bila aku arah dia buat macam macam, nampak macam semut suruh zirafah ikut cakap dia.
Ha kan pelik tu.
"Kau—"
Belum sempat Izwan membebel, aku terlebih dahulu dah tolak tubuh Izwan dan dengan sekali tolak je, Izwan dah terduduk di atas kerusi itu.
"Rash, kau nak pergi mana pulak tu? Nak lari dari masalah?"
Suara Adam membuatkan semua mata terarah pada Firash yang telah pun berada di hadapan pintu.
Dia nak keluar dari bilik ni macam tu je? Nak lepas tangan?
Aku pijak kasut dia kang tahulah.
Dengan tiba tiba, Firash melepaskan genggaman tangan pada tombol pintu. Dia berjalan ke arah...
Aku.
Panahan mata Firash buat aku terkedu. Pandangan yang tak pernah dia berikan pada aku sebelum ini.
Baru satu langkah dia ingin merapatkan kedudukan kami, Izwan terlebih dahulu dah berdiri di tengah.
Aku perasan riak wajah Firash mula berubah tidak senang.
"Kau jangan berani sentuh Meena."
Izwan dan Firash saling berpandangan.
Bibir Firash terangkat, membentuk satu lekuk senyuman sinis yang sebelum ini tak pernah langsung dia tunjukkan.
Aku nampak sisi Firash yang lain.
Jujur, aku benci Firash pada sisi ini.
"Urusan kita belum selesai, Izwan Hakiem." Firash sempat mengerling pada aku sebelum akhirnya menapak keluar dari ruangan itu.
Aku dapat dengar dengan jelas keluhan berat yang dilepaskan oleh Izwan tatkala bayang Firash mula menghilang.
Aku masih hilang punca dengan apa yang berlaku. Tak percaya.
Firash bukan macam tu. Apa yang buat dia berubah sedemikian rupa?
"Wan, kau okay?" Arfiq tiba tiba bersuara.
"Soalan kau tu tolong bijak sikit. Dah berdarah darah macam tu. Okay lagi ke?" mendatar, Amierul menjawab.
"Apahal dengan Firash tu? Kenapa tiba tiba? Kau gaduh dengan dia pasal apa tadi, Wan? Nasib baik kitorang sempat sampai." Adam menghela nafas panjang.
Izwan sekadar menggeleng kecil. Menolak untuk menjawab.
Sumpah aku kesian tengok dia.
Darah mengalir, lebam merata rata tempat. Aku yang tengok pun boleh bayangkan kesakitan yang Izwan sedang alami.
Ya Allah, tolong kurangkan rasa sakit yang sedang dia alami. Pindahkan rasa sakit itu pada aku. Aku lebih rela menanggung rasa sakit tu dari tengok dia terseksa.
"Aku dengan Adam akan pergi tengok Firash. Aku takut budak tu buat benda bodoh." Amierul dan Adam dengan pantas bergegas keluar dari ruangan itu.
Meninggalkan aku, Izwan, Arfiq dan Nazrul.
"Kitorang pun kena pergi—"
"Dah. Korang berdua tak payah mengada ngada. Duduk sini. Teman aku bersihkan luka Izwan dulu." aku mencelah sebelum Arfiq menghabiskan ayat.
Aku tahu sangat taktik lapuk diorang. Nak aku berdua dengan Izwan.
Aku ketuk pakai Tupperware ummi kang.
Aku paksa Izwan untuk duduk kembali. Pada mulanya, Izwan tak nak. Tapi aku paksa juga sampailah dia akhirnya mengalah dan duduk juga dia kerusi itu.
Nazrul dan Arfiq dah bergerak ke kawasan papan kenyataan.
Sengaja nak jauhkan diri dari aku dan Izwan.
"Kau ada tisu ke?"
Aku mengangguk. Aku memang selalu bawak tisu sekarang.
Nak lap hingus. Al maklumlah, sejak kebelakangan ini aku mudah sangat emosi dengan tiba tiba. Simptom wanita nak habis sekolah, macam ni lah.
Aku keluarkan tisu corak muka Jungkook dari poket baju sebelum menarik sehelai tisu keluar.
Dengan profesional, aku layangkan tisu itu pada bahagian tepi bibir Izwan.
Aku pernah pergi kursus Bulan Sabit Merah. Aku kan pengerusi persatuan tu. Jadi alhamdulillah, aku tahu banyak benda.
Izwan tak berdecit sakit walau sedikit pun.
Aku tahu dia tengah tahan sakit sebenarnya. Tapi dia pendam.
Nak control macho la tu.
Aku tenyeh tisu ni kat luka dia kang baru menangis dia kat sini.
Dalam pada aku sibuk membersihkan luka yang agak serius itu, aku dapat rasakan panahan mata dari dia.
Perlahan, gerakan tangan aku terhenti dan pandangan kami saling bertaut.
Aku jarakkan diri apabila sedar bahawa jarak yang tersisa di antara kami cuma tinggal beberapa inci sahaja.
"Kenapa ni, Izwan? Kau gaduh apa dengan Firash? Berebut berus gigi?"
Izwan cuma diam. Dia sibuk menilik wajah aku tanpa bersuara.
"Jauhkan diri kau dari dia. Dia bukan lagi Firash yang sama."
Aku terkedu.
Apa?
"Tolong, dengar cakap aku kalini. Jauhkan diri dari Firash Edhan. Aku takkan selama lamanya boleh ada dengan kau. Jadi kau kena jaga diri sendiri mulai sekarang."
Air mata aku bergenang tiba tiba.
"Kau nak pergi mana?" aku cuba mengawal nada suara agak tak kelihatan terlampau sedih.
Izwan melepaskan keluhan kecil.
"Aku tak pergi mana mana buat masa sekarang. Tapi aku risaukan kau, Laura Ameena. Kalau aku tak ada, macam mana dengan kau? Kau boleh jaga diri?"
Pantas, aku menggeleng laju.
"Tak. Aku tak boleh jaga diri sendiri. Jadi kau kena ada dengan aku selama lamanya. Jangan berani tinggalkan aku, pabo."
Izwan diam.
"Kau kena faham. Ini dunia. Aturan Allah. Aku manusia. Aku pun akan pergi juga satu hari nanti. Jadi—"
"Baik kau berhenti mengarut sebelum aku pulak yang ganti tempat Firash untuk belasah kau."
Izwan kembali diam apabila mendengar amaran keras dari aku.
Akhirnya, lelaki itu ukir senyum tipis.
"Manusia boleh berubah. Jauhkan diri kau dari Firash. Itu je yang aku minta. Tak banyak pun, Meena."
"Firash bukan macam tu, Izwan. Aku kenal dia. Dia bukan jenis lelaki macam tu."
"Aku kenal dia dari sekolah rendah. Aku lebih kenal dia. Sebab tu aku biarkan dia pukul aku tadi. Firash cuma terlalu ikutkan perasaan."
Aku tunduk memandang lantai.
"Apa punca pergaduhan ni sebenarnya?" aku beranikan diri untuk tanya soalan maut itu.
Izwan terdiam. Cuba mencari kata yang bersesuaian.
"Seumur hidup aku, aku jenis mengalah. Kalau orang nak apa apa dari aku, aku akan beri. Aku akan dahulukan kepentingan orang lain dari kepentingan diri sendiri."
"Tapi..."
Aku dan Izwan saling berpandangan.
Tapi? Tapi apa?
"Tapi aku tak boleh mengalah kalini. Maafkan aku. Aku bukan pentingkan diri sendiri."
Dahi aku berkerut. Maksudnya? Apa yang Firash minta dari Izwan sebenarnya?
"Maaf, tapi aku tak boleh berkongsi kau dengan orang lain."
Aku terpanar mendengar kata kata Izwan. Ha? Berkongsi?
"Aku tak sanggup penuhkan keinginan Firash kalini. Aku lebih rela kena belasah dari hilang kau, Laura Ameena."
❀❀❀
DEWAN makan riuh macam pasar pagi.
Hari Sabtu macam ni, semua senyum sampai telinga. Yela, hari cuti.
Cuba kalau hari Isnin. Masing masing muncung panjang macam pembaris keluli dekat kedai buku yang RM1.20 tu.
"Bapak ah. Hari Sabtu yang indah macam ni, lauk ikan. Hm murung aku." Raysha mencebik sebelum meletakkan pinggan berisi nasi dan lauk ikan dengan kasar di atas meja.
"Eh kau ni aku tampar jugak kang. Makanan tu. Tak payah lah nak hentak macam tu." Afieya menggelengkan kepalanya beberapa kali.
"Bersyukur la. Bukan warden suruh kau makan batu. Ikan tu okay lah. Dasar manusia tak reti diuntung." Diyana sambung membebel.
Raysha buat muka sedih sambil duduk di kerusi bersebelahan aku.
Dia sempat peluk lengan aku sambil pura pura nangis macam baby baru lahir.
Aku pula hanya buat tak tahu sambil terus meneguk air sirap. Diorang ni makan pun lembap. Aku dah habis makan, diorang baru nak ambil lauk.
Kau rasa? Mau tak berapi aku.
"Kenapa dengan Firash eh?" aku berhenti dari meneguk air apabila mendengar soalan yang keluar dari mulut Syuhada.
"Ha? Firash? Kenapa?" Amelia menyoal dengan pipi kembung. Donat wasabi dan kuih lepat strawberi berada di tangan kiri dan kanannya.
"Korang tak perasan ke? Dia dah lain sejak dua menjak ni. Dalam kelas langsung tak fokus sampai kena marah dengan cikgu. Dia dah pindah tempat duduk. Dulu duduk sebelah Izwan. Sekarang pindah duduk sebelah Am."
"Dengar kata, dia buat permohonan tukar dorm. Tapi belum diluluskan. Mengikut pemerhatian dan firasat aku, dia dengan Izwan tengah ada masalah."
Aku tersedak mendengar kronologi yang tepat lagikan sahih dari Diyana.
"Kau tahu apa apa ke, Ara? Baik kau bagitahu kitorang sekarang. Sumpah dah curious gila ni." Afieya merampas donat wasabi di tangan Amelia lalu mengunyahnya dan kemudian menyerahkannya kembali kepada Amelia.
Aku menggeleng kecil.
Biarlah kalini aku berahsia. Banyak hati yang aku dah lukakan.
Aku sedih dengan perubahan drastik dari Firash. Aku masih rasa semua ni cuma mimpi.
Aku nak Firash aku yang dulu.
"Aku pergi tandas jap. Korang makan ni pastikan cepat sikit. Lambat, aku sumbat hidung korang dengan tulang ikan." aku beri amaran sebelum akhirnya berlalu ke pintu dewan makan.
Tiba tiba, pandangan aku terhala pada Izwan yang juga kebetulan ingin keluar dari dewan makan juga.
Jodoh ke ni?
Hshshshshshhs.
"Nak pergi mana?"
"Tandas." ringkas dan padat jawapan yang aku berikan.
Izwan angguk kecil.
Aku perhatikan wajah kacak milik Izwan. Luka haritu dah surut sikit. Cuma ada beberapa lebam lagi di bahagian dagu.
Padu jugak Firash belasah orang.
"Kau nak pergi mana ni?" soal aku pula.
"Warden nak jumpa. Aku busy sikit harini. Banyak benda kena settlekan sebelum busy dengan revision pulak. Next week dah trial kan."
Aku mengangguk kecil. Faham benar dengan Izwan yang sibuk 24 jam mengalahkan Perdana Menteri.
Izwan pandang aku lama.
Aku angkat kening.
"Pahal?"
"Comel."
Wajah aku mula membahang apabila sepatah kata itu keluar dari belahan bibir merah jambu milik Izwan.
Aku ke yang comel?
Ah takdenya. Nanti mesti dia cakap, 'eh kau jangan nak perasan. Baju tu yang comel, bukannya kau'.
Bruh, aku dah biasa kena fakehope.
"Tak. Kalini kau yang comel. Bukan baju tu."
Aku mati kata. Anak mata kelabu itu aku renung sepuas puasnya.
"Okay. Aku gerak dulu. Kau, jaga diri elok elok. Kalau ada apa apa, cari Nazrul atau Adam. Aku ada kat bilik warden."
Aku angguk senang.
"Lepas ni takyah pakai baju ni dah."
Aku mengerutkan dahi. Eh? Aku tunduk memandang baju kurung merah jambu yang tersarung di tubuh.
Kenapa? Baju ni sopan, tak ketat. Tak jarang. Kenapa tak boleh pakai?
"Asal pulak?" soal aku, tak puas hati.
"Sebab kau pakai baju warna pink, aura dia jadi lain macam. Buat lelaki lain nak pandang kau berkali kali."
"Jadi lepasni pakai baju warna gelap. Biar aku sorang je yang pandang kau."
Aku tergamam.
Izwan senyum kecil.
"I told you. I hate sharing."
❀❀❀
LEGA!
Nasib baik tandas tak ada orang. Aku dahlah tak tahan nak buang air.
Nak terkencing rasanya dengar ayat potong kaki dari Izwan.
Dia belajar dari mana agaknya?
Aku senyum sendiri sebelum membetulkan kedudukan tudung bawal hitam di kepala. Perlahan, aku menapak keluar dari tandas setelah merapikan diri beberapa kali.
"Laura."
Langkah aku mati.
Entah kenapa, jantung aku berombak laju apabila mendengar suara itu.
Aku gagahkan diri untuk berpaling ke belakang.
Bingo. Tekaan aku tepat.
Firash dengan tiba tiba ukir satu senyuman pada aku.
Jujur, aku dapat rasakan sesuatu yang aneh dari senyuman itu.
"Rash? Kenapa?" lembut, aku menyoal.
"Izwan panggil kau. Jom, ikut aku."
Kening aku bertaut. Eh?
Tapi tadi Izwan baru je pergi bilik warden kan?
"Dia panggil aku? Kat mana?"
"Ikut jelah. Kau akan tahu."
Ragu ragu pula aku dengan kata kata Firash. Seperti dia menyembunyikan sesuatu.
"Aku dengan Izwan nak betulkan keadaan. Aku nak minta maaf dengan korang berdua. Jom. Izwan dah tunggu dekat situ."
Aku menarik nafas lega.
Alhamdulillah! Akhirnya, berbaik juga mereka berdua. Dah seminggu insiden pergaduhan di bilik pengawas itu berakhir. Nasib baik pergaduhan ni tak sampai ke pengetahuan guru guru.
Kalau tak, jawatan Izwan dan Firash akan berada dalam keadaan bahaya.
"Jom!" aku tersenyum senang sebelum berjalan beriringan bersama Firash.
Aku hanya mengekori langkah Firash tanpa banyak soal.
Sampai di hadapan sebuah stor lama, Firash tiba tiba menghentikan langkah.
"Kenapa?"
"Cikgu suruh aku ambil barang sikit dalam stor ni. Kau tolong boleh?" Firash pandang wajah aku.
Aku angguk.
Perlahan, Firash tolak gril stor yang dah berkarat sebelum menapak masuk. Aku di belakang hanya ikut jejak Firash.
Mata aku meliar pada seluruh isi stor yang gelap dan berhabuk.
Barang apa pulak yang cikgu suruh ambil?
"Nak ambik apa ni, Rash?" aku berpaling ke belakang.
Firash sedang sibuk angkat kotak yang bertaburan di atas lantai.
"Kau pergi kat rak kelabu tu. Cari kotak warna kuning." arah Firash tanpa memandangku.
Aku tanpa banyak soal terus bergerak ke almari kelabu yang terletak di sudut stor.
Aku bersihkan habuk yang menebal di cermin almari sebelum menggeledah almari itu.
Cuma ada kertas kertas. Tak ada kotak pun?
"Tak ada pun, Rash. Mana kotaknya?"
"Entah."
Aku terkedu apabila mendengar balasan yang tak disangka sangka dari Firash.
Pantas, aku berpaling ke belakang dengan degupan jantung pada kadar maksimum.
Firash, berjalan menghampiri aku.
Pintu yang tadinya terbuka luas kini dah tertutup rapat tanpa aku sedar.
Aku berundur beberapa tapak ke belakang. Sumpah, aku cuak. Lagi cuak aku jadinya bila tubuh berlaga dengan almari di belakang.
"Fi—Firash..."
Izwan... aku takut.
Firash terus menapak. Menghapuskan jarak di antara kami berdua.
"Ya Allah..."
"Rash, kau buat apa ni?"
Firash dengan tiba tiba mengukir senyuman sinis buat aku.
" I don't know. Maybe... make you mine?"
To Be Continued 🌻
haih. makin lama makin hambar pulak novel aku ni. takpelah dah nak tamat so takpe hehee.
siapa still sokong firash? angkat bulu kaki!
HAHAHAHHHAHAHA chapter ni cam tak ada humor sangat sebab mood kelaut, guys. I is stress. study lagi, homework lagi dengan fikir pasal korang lagi hmmm.
take care, semua.
kalau ada apa², wany ada je kat sini. cuma memerhati semua orang tanpa update apa apa. just private message atau whatsapp je okay?
i have school tomorrow tho.
but here i am.
updating this for u guys ♡
mama wany love you guys, anak anakku.
sekian ')
kita jumpa lagi kalau panjang umur ehee!
bubye
love u ♡
borahae 💜
with love,
wany ♡
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top