00 : 27

[ LAST UPDATE ⚠️ ]

I'll be missing u guys :)
TAKE CARE !

ehem ehem !

nak tahu satu rahsia?

I LOVE YOU ♡

« secret crush »

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

enjoy reading my blueberries ♡

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

AKU penat.

Sumpah, aku penat.

Tapi, sepenat mana pun aku, aku takkan pernah giveup dengan kau, Izwan.

Aku senyum lemah.

"Ara, tidur lah. Dah lewat ni."

Aku melontar pandangan ke arah suara tadi. Syuhada sedang duduk bersimpuh di atas katilnya sambil terpisat pisat menggosok mata.

Suasana dorm sunyi dan kelam. Semua dah terbongkang tidur.

Aku?

Masih duduk meniarap di atas katil dengan buku latihan dan buku teks di tangan.

"Tidur lah, Syu. Kejap lagi aku tidur."

Aku lihat riak wajah Syuhada berubah tidak senang dengan kata kata aku.

"Ara, tengok jam tu. Dah pukul 3 pagi. Esok nak sekolah. Nanti kau terbabas tidur macam mana?"

Aku mengeluh singkat. Ish. Syu ni pun satu. Cakap tu tak boleh slow sikit ke? Kang terjaga satu dorm ni satu hal pulak.

"Cik Syuhada, kau tidur je dulu okay? Lagi sikit je ni. Dah nak siap. Lepas siap, aku janji aku tidur." Aku mengangkat tangan kanan.

Kononnya macam tengah berikrar lah.

Syuhada akhirnya mengalah. Dia pun nampak penat dan mengantuk. Dia terjaga tadi pun mungkin sebab pen aku jatuh.

Ceh. Pen jatuh pun kau boleh tersedar, Syu?

Kalau aku, orang goncang katil pun belum tentu aku bangun. Tidur mati.

Syuhada menarik selimut meliputi tubuhnya. Dia sempat pesan pada aku untuk baca doa sebelum tidur. Setelah itu, Syuhada terus lena dibuai mimpi.

Aku menghela nafas panjang.

Aku alihkan pandangan pada buku latihan Biologi yang berada di hadapan aku.

Lagi satu soalan. Alhamdulillah.

Kalau ikutkan, daripada tadi lagi aku boleh tidur.

Ni bukan kerja sekolah aku.

Tapi.

Aku sedang siapkan kerja sekolah Izwan.

Ya, buku yang sedang aku pegang sekarang ni ialah buku latihan milik Izwan. Sebabkan dia dah sanggup bersihkan nama aku depan pengetua, dia minta aku untuk jadi 'hamba' dia selama 14 hari.

Kenapa 14 hari? Entah. Mana lah aku tau. Tanyalah Izwan.

Apa yang dia suruh, semua aku buat.

Ikatkan tali kasut dia, basuhkan kasut dia, siapkan semua kerja sekolah dia, bahkan aku kena angkat beg dia setiap hari ke aspura selepas tamat waktu persekolahan.

Aku nampak cam orang bodoh kan?

Tapi, aku tak ada pilihan lain.

Aku tak sanggup tengok Izwan kena denda lagi. Disebabkan tu, aku sanggup bersengkang mata siapkan semua homework dia.

which of these organelles are found in abundance in pancreatic cell ?

A) lysosomes, endoplasmic reticulum and golgi apparatus
B) endoplasmic reticulum and golgi apparatus
C) lysosomes and golgi apparatus
D) golgi apparatus only

Egh. Apa jawapan dia?

Blank la pulak malam malam ni.

Aku menggaru kepala yang tidak gatal beberapa kali. Malas nak selak buku teks. Jadi, aku capai telefon yang berada di atas laci sebelum terus bukak google.

Baru sahaja bukak telefon, telefon aku berdeting. Menandakan ada satu pesanan mesej dari whatsapp masuk.

Eh.

Firash?

Buat apa pulak 3 pagi tak tidur lagi ni?

Aku tekan ikon whatsapp sebelum terus buka pesanan yang dikirimkan oleh Firash sebentar tadi.

Firash Edhan 🦁
Hoi. Tidur.

Aku terkedu.

Macam mana Firash tahu yang aku tak tidur lagi?

Aku tepuk dahi sendiri. Ah. Baru ingat. Dia mesti tengok last seen whatsapp aku.

Aku senyum tipis. Firash pun tengah online. Baik aku mesej ngan dia sekejap. Hilang stress.

You ♡
Jap lagi aku tidur. Kau tengah buat apa?

Aku tekan butang send sebelum senyum sendiri apabila tengok Firash sedang typing.

Tak sampai seminit, mesej baru dari Firash masuk.

Firash Edhan 🦁
I like you.
A lot.
Mark my word.
Sleep well, stranger.

Aku tergamam. Hah? Apa benda yang Firash mengarut ni? Dia panggil aku stranger?

Aku mencebik. Kurang asam punya Firash!

Aku baru nak balas, tapi hasrat aku dibiarkan begitu sahaja bila Firash tiba tiba offline.

Aku menggulingkan bebola mata. Tengoklah esok.

Aku belasah kau, Rash.

































❀❀❀

"BAIKLAH murid murid. Cikgu ada pengumuman penting."

Cikgu Fauzi senyum meleret memandang kesemua pelajar di hadapannya.

Aku menguap kecil. Pengumuman apa ni? Ah. Aku dahlah ngantuk gila sekarang ni. Tidur pukul 3:30 pagi. Bangun pukul 5:30.

2 jam je tidur.

Aku mengerling ke arah Izwan yang sedang bersandar tenang di tempat duduknya sambil main pen.

Tak guna. Disebabkan kau aku tak cukup tidur.

Sabar, Ara. Sabar.

Nasib aku sayang kau, Izwan.

Eh. Aku ke yang cakap tu?

"Pengumuman apa, cikgu?" soal Nana.

"Minggu depan, Unit Bimbingan dan Kaunseling akan anjurkan lawatan sambil belajar ke Zoo Negara."

Wah. Zoo Negara? Weh bestnya! Ada panda kan?

Macam macam reaksi ditunjukkan oleh rakan rakan sekelas aku. Ada yang menguap, buat muka blur dan ada yang bebel tak puas hati.

Eh. Best apa Zoo Negara. Dapat tengok haiwan. Tak menghargai alam betul korang ni.

"Diam. Dengar dulu apa yang cikgu nak cakap,"

Kelas yang tadi bingit kini senyap sunyi seperti sediakala.

"Tapi, cikgu cuma nak buka penyertaan untuk 20 orang terawal sahaja. Sebab cikgu akan tanya kelas lain juga. Jadi, siapa yang berminat boleh bagi nama pada cikgu."

Senyuman aku melebar bila tengok tak ramai yang teruja nak turut serta.

Pantas, aku angkat tangan dengan perasaan teruja.

Serentak dengan itu, aku terkedu.

Terkejut tatkala Izwan dan aku angkat tangan secara serentak.

Seisi kelas memandang kami berdua.

"Laura dan Izwan je yang berminat?"

Izwan dengan tiba tiba menoleh ke belakang. Memandang aku tanpa sebarang ekspresi wajah.

Aku pantas menurunkan tangan kembali.

Tak ada mood dah nak pergi zoo bila nampak monyet tu angkat tangan jugak.

Ish. Tak baik la kau ni, Ara.

"Saya!"

Aku palingkan wajah ke arah suara tadi.

Aku mengeluh bila nampak Marina sedang angkat tangan sambil senyum simpul.

Dia nak ikut?

Serius?

"Izwan, Laura dan Marina sahaja?" soal Cikgu Fauzi lagi.

Aku baling pemadam faber castell milik aku ke arah Amelia yang duduk bersebelahan dengan Marina.

Ya. Marina masih duduk dekat tempat aku tu. Malas nak layan. Jadi, aku biarkan je.

Amelia menoleh ke arah aku dengan wajah sebal.

"Apa?" soal Amelia dengan nada suara seakan berbisik.

"Cepatlah bagi nama!"

Amelia geleng.

"Tak nak pergi zoo. Bosan!" Amelia jelir lidah pada aku sebelum terus mengalihkan pandangan.

Aku menggumam geram.

Iee minah ni. Kalau dia duduk kat sebelah aku, memang aku dah cubit bibir dia sampai bengkak.

"Cikgu!" aku angkat tangan.

Seluruh isi kelas mengalihkan pandangan pada aku.

Kecuali Izwan. Dia masih statik di tempat duduknya sambil sibuk main pusing pusing pen Pilot ditangannya.

"Ya, Laura?"

Aku mengetap bibir.

"Saya tak jadi lah nak join."

Aku menjerit dalam hati. Nak pergi! Kenapa lah member aku semua bukan pencinta alam? Aku teringin gila nak cubit pipi panda dekat Zoo Negara tu. Huwaa.

"Pulak dah? Jadi Izwan dengan Marina je la yang akan pergi?"

Aku sempat memandang ke arah Marina. Dia sedang senyum seorang diri di tempat duduknya. Suka lah tu dapat pergi dengan Izwan.

"Saya pun tak nak,"

Eh.

Aku alihkan suara pada suara tadi.

Izwan.

Dah kenapa tiba tiba tarik diri jugak ni?

"Kamu pun tak nak pergi, Izwan?" Cikgu Fauzi bergerak ke meja Izwan.

Tanpa sebarang amaran, Izwan tiba tiba menoleh ke belakang.

Serentak dengan itu, iris kelabu miliknya dan iris coklat gelap milikku bertembung.

Eh. Kenapa?

"Kalau budak pendek dekat belakang tu pergi, baru saya pergi."

Aku rasa macam pipi aku membahang bila satu kelas mula ketawakan aku.

Izwan buat muka selamba lalu terus sambung main pen.

Aku merancang nak bunuh Izwan malam ni. Siapa nak join?

"Ha Laura. Kamu pergi ya? Cikgu akan daftarkan nama kamu bertiga,"

Aku terkedu. Bertiga?

Aku, Izwan dan Marina?

Aku dapat rasakan akan tercetusnya perang dunia kelapan dekat Zoo Negara nanti. Perang antara aku dan Marina.

Kalau si Izwan tu masuk campur, lagi lah teruk. Dia mesti backup Marina.

Aku buat muka pasrah sebelum terus tunduk memandang buku teks di depan mata.

Sekarang ni, aku tak faham.

Izwan luahkan perasaan pada Marina. Tapi pada masa yang sama, dia terus terusan bagi aku harapan.

Aku penat la macam ni.

Jangan sampai aku giveup dengan kau, Izwan.

Aku terima Firash kang.
































❀❀❀

AKU menyusun kotak air soya di sebuah rak besi berwarna biru seraya mengeluh panjang.

Otak aku masih fikirkan hal yang sama.

Pasal surat yang aku jumpa dalam beg Izwan. Surat yang Izwan tulis khas untuk Marina.

Aku senyap senyap ambil kertas tu dan simpan. Habis kertas tu basah dengan air mata aku.

Lepas basah, aku ronyokkan kertas tu sepuas hati. Tak boleh koyak. Sebab itu bahan bukti yang penting.

"Termenung je kerja kau."

Aku palingkan tubuh.

Halamak Firash ni. Aku hempuk pakai air kotak ni kang.

Firash lemparkan senyuman tipis pada aku sebelum duduk di atas kerusi lalu meneguk air kopi ais di tangannya.

Eh eh. Selamba badak je dia ni. Dahlah datang kiosk lambat. Aku jugak yang kena kemas semua benda.

"Asal ni? Kau okay?"

Aku pandang wajah Firash lalu dengan pantas mengalihkan pandangan kembali.

"Tak payah cakap dengan aku. Aku kan stranger."

Riak wajah Firash berubah. Terkedu tatkala mendengar kata kata aku.

"Hah?"

Aku menggulingkan bebola mata ke atas sebelum menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan lelaki itu.

Malas nak gaduh.

"Kau tidur lambat semalam buat apa? Main ML ke? Push rank tak ajak aku." aku mencebik.

Firash mengerutkan dahi.

"Eh. Tidur lambat? Bila masa pulak? Semalam aku tidur awal sebab penat gila."

Aku tergamam. Ha?

Aku dan Firash saling berbalas pandangan. Nyata, dari riak wajah Firash, aku tahu dia tak menipu.

Kalau bukan Firash yang mesej aku semalam, habis siapa?

Tiba tiba, otak aku mula membayangkan wajah mamat lollipop acah badboy a.k.a ketua pengawas pujaan ramai tu.

Dia sorang je yang panggil aku stranger.

Tak syak lagi. Izwan orangnya!

"Kau kenapa ni? Ada yang tak kena ke?" Firash angkat kening.

"Kau letak password tak kat phone kau?"

Firash geleng sambil capai Kitkat yang terdapat di atas meja itu.

Aku melepaskan keluhan berat. Patutlah.

Aku rasa aku tahu apa yang Izwan sedang buat. Dia cuba beri aku harapan palsu. Dia cuba sakitkan hati aku. Dia nak aku menangis sebab dia.

Dan tak dapat dinafikan, dia berjaya.

Dia berjaya buat aku rindukan dia. Berjaya buat aku sakit hati sebab dia. Berjaya buat aku hilang arah tanpa dia.

Dan dia, lelaki pertama yang mampu buat aku rasakan perasaan yang tak pernah aku rasakan pada mana mana lelaki.

Abah, Meena dah tersuka dekat dia. Macam mana ni, bah?

"Nah,"

Aku angkat wajah.

Firash sedang hulurkan sekeping Kitkat pada aku. Kitkat kan ada dua batang. Jadi, dia bagi aku satu.

Aku geleng.

"Aku kenyang."

"Tak payah tipu aku la, Laura. Kau tak makan lagi. Macam mana boleh kenyang?" Firash tatap wajah aku, lama.

Aku hela nafas panjang seraya merenung anak mata Firash sedalam dalamnya.

Aku tahu, aku boleh percayakan Firash. Dia satu satunya lelaki yang boleh aku percayai selain abah.

Izwan?

Maaf. Tapi aku dah hilang kepercayaan pada dia.

"Aku tak pandai nak pujuk perempuan. Aku tak pernah ada girlfriend. Aku tak pandai nasihatkan orang. Sebab hidup aku sendiri pun huru hara."

Aku pandang wajah Firash. Menunggu lelaki itu meneruskan kata.

Firash angkat sudut bibir merah jambu miliknya seraya membentuk satu senyuman yang manis.

"But I'm a good listener. Kau cerita semua masalah kau dekat aku. Aku tak nak kau pendam semua benda sorang sorang. At least, you still have me,"

Aku terdiam.

"Kau tak pernah bagi aku peluang, Laura. Aku tak pernah kisah pasal perempuan macam mana aku kisah pasal kau."

Aku alihkan pandangan tatkala perasaan bersalah mula menyelubungi hati aku.

Aku tolak Firash.

Aku hampakan dia.

Dia lelaki yang baik. Tapi aku sia siakan dia.

"Pandang aku, please."

Aku akur dengan kehendak Firash. Perlahan, aku angkat wajah dan pandangan kami kembali bertembung.

"If i can't have you, at least please just let me protect you."

Aku tundukkan wajah apabila air mata mula bertakung di tubir mata.

Aku tak layak dapat kau, Firash. Aku banyak kali sakitkan hati kau. Aku minta maaf.

"Aku akan happy kalau kau happy. Jadi, aku janji dengan kau. Aku sanggup undur diri untuk bagi kau ruang dengan Izwan. Sebab aku tahu, dia lebih layak."

"Firash, dah. Berhenti."

Firash dan aku sama sama diam.

Aku kesat kasar air mata yang mengalir di pipi.

"Aku minta maaf, Rash. Aku minta maaf..."

"Asal nangis pulak ni? Jangan ah. Aku serba salah nanti." Firash gigit Kitkat di tangannya sambil memandang aku.

Aku tengah beria nangis. Dia boleh lagi makan Kitkat?

Sorang hantu lollipop, sorang lagi hantu Kitkat. Aku kahwinkan diorang berdua nanti kang.

Astaghfirullahalazim, Ara. Apa kau merepek ni?

"Izwan buat apa kat kau? Bagitahu aku. Biar aku azan kat telinga dia. Mana tahu terus insaf ke?" Firash menawarkan pertolongan.

Aku mengetap bibir.

Nak bagitahu ke tak nak?

Tapi sampai bila aku nak kena pendam semuanya sorang sorang?

Perlahan, aku selukkan tangan pada poket seluar track lalu menarik keluar sekeping kertas yang dah separa hancur.

Macam mana hancurnya kertas ni, macam tu jugak lah hancurnya hati aku sekarang ni.

Aku letakkan kertas itu di hadapan Firash tanpa sebarang kata.

Firash pandang aku sekilas sebelum mencapai kertas kecil itu dan membacanya.

Muncul kerutan halus di dahi Firash.

"Apa benda ni?"

"Aku jumpa dalam beg Izwan."

Firash dengan tiba tiba mengeluh panjang. Dia melipat kertas itu lalu meletakkannya ke dalam poket seluar.

Eh. Suka hati je ambil.

"Bagi balik,"

"Tak boleh. Nanti kau telan kertas ni sebab terlampau overthinking."

Aku tarik muka. Aku ni masih waras. Banyak lagi benda sedap yang boleh dimakan selain kertas tu.

Paling tak pun, aku rebus kertas tu lepastu kunyah sampai lunyai dan terus ludah atas kerusi tempat duduk Izwan di dalam kelas.

Baik kan aku?

"Kau masih tak kenal Izwan sepenuhnya, Laura Ameena."

Aku terkedu. Apa maksud Firash?

Firash ukir senyum tipis.

"Aku kawan dengan dia sejak sekolah rendah. Membesar sama sama. Dah macam adik beradik. Semua benda pasal Izwan luar dan dalam, aku dah hafal."

Itu aku tahu. Firash dan Izwan memang dah lama berkawan. Persahabatan mereka lebih kukuh dari perasaan minat aku pada V.

V mana? Eh entahlah. Mana mana jelah.

"Termasuk tulisan dia, Laura. Aku kenal dan tahu semuanya."

Wajah aku berubah riak.

"Apa maksud kau?"

Firash sandarkan tubuh pada kerusi itu sambil memeluk tubuh. Memerhatikan aku yang masih buat muka blur.

"Itu bukan tulisan Izwan Hakiem Dato' Syukri."

Apa?

Bukan tulisan dia? Habistu—?

Marina?

"Aku kahwin jugak kang dengan Marina ni. Kalau aku kahwin dengan minah tu, dia dah takkan kacau kau dengan Izwan kan?"

Terhambur tawa aku apabila mendengar kata kata yang selamba keluar dari mulut Firash.

SPM pun belum lepas, ada hati nak cakap pasal kahwin. Aku sumbat plastik Kitkat ni dalam mulut dia baru tahu.

"Walau apa pun yang jadi, aku nak kau ingat satu benda, Laura."

Aku angkat kening seraya mengalihkan pandangan pada Firash.

"Apa dia?"

Firash senyum.

"Mungkin Izwan hilang ingatan. Otak dia dah tak dapat ingat sebahagian dari apa yang pernah terjadi sepanjang hidup dia."

"Tapi hati dia masih sama. Cuma kau satu satunya perempuan yang dah berjaya curi tempat dalam hati dia, Laura."








































❀❀❀

AH alhamdulillah!

Aku berjaya pujuk Mel untuk ikut aku ke lawatan Zoo Negara tu.

Yang lain tak nak ikut.

Jadi, aku akan dating berdua je dengan Mel. Okay la tu dari tak ada member langsung.

Kebanyakan pelajar yang turut serta dalam lawatan ni adalah budak junior. Senior tak ramai.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Mohon kepada semua pelajar yang terlibat dalam lawatan sambil belajar ke Zoo Negara untuk berkumpul di Dataran Seri Permata sekarang juga. Terima kasih,"

Teruja tak terkata aku apabila mendengar pengumuman yang bergema serata kawasan sekolah itu.

Zoo Negara, here we go!

"Ish Mel, cepatlah! Lembab la kau ni. Nanti kalau kita lambat, tak dapat tempat duduk yang best."

Aku tarik tangan Amelia yang jalan macam siput yang baru lepas patah kaki.

Lembap.

"Sabar lah. Tak menyempat la kau ni," Amelia redha apabila aku menarik tangan dia dan terus heret dia ke dataran sekolah.

Sesampainya kami di dataran, dah ada beberapa orang pelajar yang sedang beratur dan berkumpul.

Aku dan Amelia turut sama beratur.

Sambil itu, mata aku meliar ke serata kawasan itu untuk mencari seseorang.

Eh tak tak. Aku tak cari Izwan.

Aku cari Firash ah.

Ya. Aku paksa Firash join lawatan ni sekali. Dia mula mula tak nak. Tapi aku bodek dia sampai dia setuju.

"Hoi."

Aku tersedar dari lamunan panjang tatkala Amelia cubit lengan aku dengan tiba tiba.

"Apa?"

"Kau nak termenung kat sini sampai esok ke? Semua orang dah masuk bas."

Aku halakan pandangan pada pintu bas yang dah dikerumuni para pelajar. Semuanya sedang berpusu pusu untuk masuk ke dalam.

Aku mengekori langkah Amelia untuk masuk ke dalam bas. Amelia jalan di depan, aku di belakang.

Baru satu tapak aku melangkah menaiki tangga, langkah aku terhenti. Aku berpaling.

Mana dia?

Mana Izwan?

Ya. Aku tipu. Aku tak cari Firash. Tapi aku cari Izwan.

Aku mengeluh seraya menggeleng beberapa kali. Apa kau buat ni, Ara? Tak payah berharap. Kalau dia tak pergi, bukan ke kau lagi suka ke?

Kau kata dia monyet?

Ya. Dia memang monyet.

Sebab dia sedang bergayut dalam hati aku dan tak nak turun walau aku dah paksa dia keluar dari hati aku.

Allahuakbar. Siapa ajar aku ni?

Aku betulkan tali beg di bahu dan terus melangkah untuk mencari tempat di dalam bas.

Satu langkah aku ambil tanpa dan akhirnya kaki aku tersadung pada karpet merah yang terdapat di dalam bas.

"Ah—!" tanpa amaran, tubuh aku terdorong ke belakang.

Aku cuba berpaut pada pintu bas tapi malangnya, tangan aku terlalu pendek untuk itu.

Betullah kata Izwan.

Aku memang kontot.

Aku pejamkan mata serapat rapatnya. Jatuh dari tangga bas. Bukannya rendah. Tinggi.

Eh.

Kejap.

Kenapa aku tak jatuh jatuh ni?

Kenapa aku rasa aku terapung?

Apa yang dapat aku rasakan sekarang ialah kehangatan yang tiba tiba menerpa diri.

Perlahan, aku buka kelopak mata dan serentak dengan itu, iris kelabu itu bertembung dengan iris coklat gelap milik aku.

Pantas, lelaki itu menolak aku lembut menjauhinya.

Wajah itu kosong tanpa sebarang ekspresi. Tapi dia memandang aku dengan pandangan yang tak dapat aku tafsirkan maksudnya.

Aku telan air liur tatkala Izwan menghampiri aku. Sangka aku, dia dah mula nak cari gaduh.

Tapi sangkaan aku meleset sama sekali.

Izwan dengan tiba tiba berjalan melintasi aku lalu terus melangkah masuk ke dalam bas tanpa sepatah kata.

Aku terkedu.

"Laura."

Aku alihkan pandangan pada Firash yang datang bersama Izwan.

Firash pakai sweater biru gelap dipadankan dengan slack hitam.

Okay hensem kbai.

"Kau okay? Ada sakit kat mana mana ke?"

Tergelak aku mendengar pertanyaan Firash. Macam mana nak sakit? Aku tak sempat jatuh pun tadi.

"Aku okay. Asal lambat?" soal aku, sekadar berbasa basi.

Cikgu pun masih tak naik bas. Pemandu bas pula ada di belakang bas, sedang menghubungi seseorang.

Firash terdiam.

Aku mengerutkan dahi tatkala Firash tak jawab soalan aku. Dah kenapa pulak ni?

"Tak ada apa apa. Jom ah naik."

Belum sempat Firash masuk ke dalam bas, aku lebih pantas menghalang.

Firash dan aku saling berpandangan.

"Kenapa?" soal Firash.

"Kenapa dengan Izwan? Dia okay tak? Kenapa nampak pelik?"

Firash terkedu apabila dengar soalan aku.

"Bagitahu aku, Rash. Kenapa dengan dia? Aku ada buat salah apa apa ke?" aku cuba mendesak.

Setahu aku, aku tak pernah pula buat Izwan terasa dua tiga hari ni. Dia je yang kerap sakitkan hati aku.

Tapi aku tak terasa.

Sebab tahap sabar aku masih ada, alhamdulillah.

"Dia demam."

Hah? Apa?

Izwan demam?

Patutlah tadi aku rasa bahang kepanasan menguar dari tubuh lelaki itu. Dia nampak penat, letih dan lemah.

"Jangan risau ah. Aku dah sumbat ubat dalam mulut dia tadi. Kejap lagi baik lah tu."

Aku menarik nafas lega mendengar kata kata Firash. Sekurang kurangnya, dia dah makan ubat. Kurang sikit rasa risau aku.

"Jom,"

Aku mengekori langkah Firash untuk masuk ke dalam bas itu.

Bising gila. Semua orang sedang rancak bersembang. Cikgu kan tak ada lagi. Jadi semua memekak.

Aku memandang sekeliling. Cuba mencari Mel.

Dan mata aku tiba tiba tertancap pada seorang lelaki yang duduk berseorangan di suatu sudut. Dia menutup sebahagian wajahnya dengan cap hitam pada kepalanya.

Di tubuhnya, tersarung hoodie hitam yang agak tebal. Dia mesti sejuk kan?

Dia pakai earphone.

Dan matanya terpejam rapat, menandakan dia sedang lena dibuai mimpi. Wajah lelaki itu pun agak kemerahan.

Terbit rasa sayu di hati aku.

"Ara, sini!"

Aku mengalihkan pandangan pada Amelia yang sedang duduk di sebuah kerusi bersebelahan tingkap bas.

Firash sempat senyum tipis pada aku sebelum duduk di sebelah Izwan.

Diorang duduk dekat kerusi yang agak belakang. Manakala aku dan Amelia duduk di kerusi pada barisan keempat.

"Mel, nak duduk tepi tingkap." Aku buat muka comel.

Duduk tepi tingkap boleh tangkap gambar pemandangan luar. Boleh sandar!

"Ah takde. Aku yang dapat dulu. Duduk jela sini." Amelia menepuk tempat duduk kosong di sebelahnya.

Aku mengeluh kasar sebelum terus menghenyakkan punggung dengan di sebelah Amelia.

Harini entah kenapa aku buang tabiat pakai blouse. Ummi yang belikan blouse merah jambu ni untuk aku. Aku baru pertama kali pakai. Jadi, aku teruja sikit.

Aku betulkan selendang yang tersarung di kepala sebelum menoleh ke arah Amelia di sebelah. Dia sedang sibuk main candy crush.

Tak habis habis dengan game dia tu.

Perlahan, aku cuba toleh ke belakang tanpa disedari oleh sesiapa. Semua orang sedang sibuk buat hal sendiri.

Izwan.

Kalau dia tak sihat, kenapa dia pergi jugak? Dia perlu rehat. Kalau demam dia makin teruk macam mana?

Firash di sebelah Izwan tiba tiba bergerak sedikit, membetulkan kedudukan kepala Izwan yang nampak tak selesa.

Aku mengetap bibir.

Risau, sumpah.

Baru sahaja aku hendak bangun untuk ke tempat Izwan dan Firash...

"Ah—!"

Cecair hangat mengalir di sekitar bahagian perut aku.

Aku dapat rasakan bahagian tubuh aku panas dan melecur dengan tiba tiba.

Semua orang di dalam bas mula menghalakan pandangan pada aku dan suasana menjadi sunyi sepi.

"Eh maaf! Tak sengaja,"

Aku tunduk memandang baju aku yang dah basah dan melekit.

"Apa benda yang kau buat ni?" Amelia berdiri, mencerlungkan pandangan pada Marina yang sedang berdiri di sebelah tempat duduk kami dengan cawan di tangannya.

Sah.

Dia yang tumpahkan kopi panas itu di tubuh aku.

Mata aku berair, menahan rasa pedih yang makin menyengat. Air panas weh. Kena pulak dekat bahagian perut aku.

"Aku tak sengaja kan. Apa yang kau tak puas hati sangat?" Marina memeluk tubuh.

Perlahan, aku cuba untuk berdiri walaupun rasa pedih masih bersisa. Wajah Marina aku tatap lama. Aku tak hiraukan orang lain yang sedang memandang kami berdua.

Aku memegang bahagian perut yang rasa macam dah terbakar.

Ya Allah, sakit.

"Marina..."

Belum sempat aku menutur kata, lengan blouse ditarik oleh seseorang dari belakang.

Aku terkedu.

Terkejut tatkala Izwan sedang berdiri betul betul di sisi aku.

Wajah dia tegang, tanpa sebarang riak. Tapi aku tahu, dia pun sedang tahan sakit.

"Kau ni memang suka cari pasal ke?" Izwan bersuara, mendatar.

Suara Izwan agak lain dari kebiasaan. Mungkin sebab dia sedang demam.

Riak wajah Marina berubah.

"Jangan berani kacau dia lagi," Izwan mengeratkan genggaman pada lengan baju aku.

"Kenapa? Kenapa Arin tak boleh kacau dia? Kenapa awak berubah, Izwan? Saya—"

"Sebab dia girlfriend aku. Kau kacau dia, aku belasah kau."

Aku terkedu. Wajah Izwan aku pandang dengan pandangan tak percaya.

Apa benda yang dia merepek ni?

Semua orang di dalam bas itu terlopong mendengar kata kata seorang ketua pengawas yang tak ada perasaan tu.

Dengan tiba tiba, Izwan menoleh ke arah aku dan menarik aku mendekatinya.

Marina hilang punca dengan apa yang terjadi. Wajah aku ditenung oleh gadis itu. Macam nak makan aku je.

"Ikut aku." Izwan menarik lengan baju aku. Memaksa aku untuk mengekori langkahnya turun dari bas itu.

"Izwan..."

Aku cuba merungkaikan genggaman itu namun gagal apabila Izwan makin mengeratkan tautan.

Aku akhirnya mengalah dan cuma mengekori jejak langkah lelaki itu.

Kami tiba di hadapan tandas perempuan.

Aku pandang wajah Izwan dengan muka blur 2.0.

"Apa kita buat dekat sini?"

Tandas tak ada orang. Sebab harini hari Sabtu. Semua pelajar berada di asrama.

Izwan tekan suis lampu dan suasana tandas itu terus berubah menjadi terang benderang.

Tanpa memandang aku, Izwan dengan tiba tiba menanggalkan hoodie yang tersarung di tubuhnya. Selamba.

Aku terkedu. Apa yang dia buat ni?

Aku mengundur satu tapak ke belakang.

Aku tarik nafas lega apabila terpandang kemeja biru gelap yang tersarung pada tubuhnya Izwan.

Dia pakai baju dua lapis. Sebab sejuk ke? Kesiannya dia.

"Masuk dalam. Letak air dekat tempat yang kena air panas tadi. Lepastu, tukar baju kau." Izwan hulurkan hoodie tadi pada aku.

Aku terdiam. Tak menyambut huluran itu.

Kalau aku ambil, nanti Izwan macam mana? Dia mesti sejuk.

"Ambiklah."

Teragak agak, aku menyambut huluran itu. Dah tak ada pilihan lain. Nak pergi aspuri pun takut tak sempat.

Kang bas tinggal, terkubur harapan aku nak pergi Zoo.

Aku pandang Izwan sekilas sebelum terus masuk ke dalam tandas.

'Cuma kau satu satunya perempuan yang berjaya curi hati dia, Laura.'

Aku mengetap bibir. Perlahan, aku genggam hoodie di tangan.

Serius hoodie ni wangi gila. Bau perfume Izwan.

Maafkan aku. Tapi aku ketagih dengan bau ni.

I'm sorry.

But.

I'm addicted.
















































❀❀❀

PENAT!

Pusing pusing zoo sampai 3 jam. Aku teruja dapat tengok pelbagai jenis haiwan yang terdapat di situ.

Panda, harimau, singa.

Sekarang, kami semua ada di Aeon Mall. Waktu untuk makan tengah hari!

Tadi dekat zoo, serius aku rasa nak pengsan. Sebab panas. Aku pulak pakai hoodie. Memang bahang la jawabnya.

Tapi, aku pelik. Izwan macam nak jauhkan diri dari aku. Bila dia nampak aku dan Mel, dia terus ajak Firash pergi.

Kenapa? Aku tak faham. Tadi okay je. Siap bagi aku pinjam baju dia.

"Makanlah. Termenung pulak kau."

Aku angkat wajah. Amelia sedang sibuk kunyah ayam KFC.

Aku halakan pandangan pada tempat lelaki. Cuba cari Izwan. Tapi tak jumpa.

"Kau ambiklah," aku meletakkan seketul ayam milikku di atas pinggan Mel.

Aku lapar. Tapi tak ada selera.

"Takyah ngada ngada la, Ara. Baik kau makan sebelum aku sumbat ayam ni dalam mulut kau." Amelia meletakkan kembali ayam tadi di atas pingganku.

Aku menghela nafas panjang. Tiba tiba rasa nak membuang pulak.

"Aku nak pergi tandas kejap. Kau jagakan tempat aku tau." Aku bingkas bangun. Aku menyandang beg kecil milikku di bahu.

Amelia mengangguk dengan mulut yang penuh ayam. Di sekeliling bibir Mel ada sos cili. Astaghfirullahalazim Mel.

Aku terus berlalu pergi ke tandas setelah meminta izin pada Cikgu Fauzi.

Dalam perjalanan ke tandas, aku sempat jalan jalan di sekeliling pusat membeli belah itu sambil cuci mata.

Bonia, Skechers, Typo.

Jenama jenama yang gah. Aku tak pernah masuk kedai kedai berjenama macam tu.

Sebab apa?

Sebab aku bukan jenis suka shopping. Kalau aku keluar beli baju, aku akan cari tempat yang murah dan dekat dari rumah.

Tapi aku lebih suka shopping secara online. Tak payah keluar rumah. Abang Pos Laju yang akan hantar depan rumah.

Kolot kan aku?

"Meena."

Langkah aku mati. Meena? Aku?

Perlahan, aku palingkan tubuh ke belakang.

Wajah pucat Izwan menyapa pandangan aku. Dia ada di belakang aku.

Dari tadi ke?

"Izwan."

Dia panggil aku Meena ke tadi? Cuma Izwan yang panggil aku dengan nama tu.

Tapi sejak kemalangan yang berlaku tempoh hari, Izwan dah tak pernah panggil aku dengan nama tu. Dia panggil aku dengan dua nama je.

Laura atau stranger.

"Nak pergi mana?"

Sayu hati aku dengar suara Izwan. Dia selesema weh. Ya Allah.

"Nak pergi tandas. Izwan, kau okay?"

Izwan angguk kecil seraya memasukkan tangannya ke dalam poket seluar dan memandang aku.

"Ikut aku kejap." Izwan memautkan tangan pada lengan aku dengan lembut.

Aku tak membantah. Aku mengekori jejak langkah Izwan tanpa sebarang soalan. Nanti banyak tanya takut dia berubah jadi singa. Tak sanggup aku nak tengok Izwan marah marah dalam keadaan sakit macam ni.

Aku pandang wajah Izwan dari sisi.

Hidung dia merah. Mata dia pun macam berair sikit. Dia pegang lengan aku secara berlapik, tapi aku dapat rasakan haba yang sedang mengalir dalam tubuh dia.

Ya Allah, kau pindahkan lah rasa sakit yang Izwan sedang lalui sekarang kepada aku. Aku tak sanggup tengok dia macam ni.

Izwan tiba tiba menghentikan langkah secara mengejut.

Aku pandang Izwan. Dia sedang menghalakan pandangan ke suatu arah. Aku mengalihkan pandangan pada arah yang Izwan sedang perhatikan.

Kedai beg.

"Kenapa? Kau nak— eh!" terkejut aku tatkala Izwan dengan tiba tiba menarik aku masuk ke dalam kedai serba mewah itu.

"Selamat datang." seorang wanita berpakaian seragam ungu lembut menyapa kami berdua dengan ramah.

Aku membalas senyuman pekerja wanita itu.

"Weh, kita buat apa kat sini?"

Soalan aku dibiarkan tergantung tanpa jawapan. Izwan berjalan melintasi aku dan terus ke suatu sudut kedai.

Tak selesa aku bila pekerja wanita tadi memandang Izwan sambil senyum senyum.

Hei. Jangan nak lebih lebih. Dia aku punya. Aku gigit kang.

Aku dengan malas terus menapak ke arah Izwan. Dia sedang belek sebuah beg merah jambu yang terletak di atas rak putih.

Beg tu mengingatkan aku pada beg sekolah pemberian abah yang dah rosak dan hancur.

Tapi tak dinafikan. Taste Izwan memang gempak. Beg yang Izwan sedang pegang tu memang cantik.

Mewah, simple dan elegan. Saiznya agak besar. Macam beg sekolah pun ada. Cuma kecil sikit lah kalau nak dibandingkan dengan saiz beg biasa.

Takkan nak beli untuk mama?

Aku sempat jeling tanda harga yang terlekat pada tali beg itu.

RM 439.

Gila. Beg ni diperbuat dari tahi bintang ke? Harga yahudi betul!

"I'll take this."

Terlopong mulut aku mendengar kata kata yang keluar dari mulut Izwan.

Selamba badak je.

Dia ada duit ke?

Eh lupa. Anak Dato'. Kedai ni pun dia mampu beli agaknya.

Ah lantaklah dia nak beli apa pun. Guna duit dia, bukan guna duit aku.

Izwan bergerak ke kaunter dan terus mengeluarkan dompet dari dalam poket seluar.

Dia bayar pakai kad.

Yelah. Takkan dia pegang cash banyak banyak. Kalau hilang, satu hal pulak nanti.

Selesai buat pembayaran, Izwan terus melangkah keluar kedai tanpa sepatah kata. Aku hanya mengekori jejak langkah lelaki itu dari belakang.

Dah lah tinggi.

Aku nak pandang dia pun kena dongak 90 darjah.

Langkah Izwan terhenti betul betul di depan tandas wanita. Dia berpaling, memandang aku.

Beg kertas putih itu dihulurkan pada aku.

Dia nak suruh aku pegang ke? Oh ya. Lupa. Aku masih dalam kontrak hamba 14 hari. Masih ada masa 3 hari berbaki sebelum kontrak kami tamat.

Aku menyambut huluran itu tanpa teragak agak.

"Gantikan beg kau yang rosak."

Aku angkat wajah. Hah?

Izwan menghela nafas panjang.

"Aku tahu kau fikir aku yang rosakkan beg kau. Tapi aku berani sumpah yang aku tak buat. Kau kenal aku kan? Aku bukan lelaki macam tu."

Aku sebak tiba tiba.

Habis? Nota yang terlekat pada beg tu?

"Aku tak kaya macam kau. Tapi aku tak nak apa apa dari kau pun, Izwan. Aku tak boleh terima benda ni. Ambik balik." Aku serahkan kembali beg kertas itu pada Izwan.

Aku tak nak beg mahal ni.

Aku cuma nak kau selalu ada dengan aku, Izwan.

Tapi Izwan tak menyambut huluran aku. Dia masih pandang wajah aku tanpa berkelip.

"Benci sangat ke kau dekat aku?"

Soalan Izwan buat aku terdiam seribu bahasa.

Benci?

Aku benci Izwan?

Aku dan dia saling berbalas pandangan. Masih ada perasaan ragu dalam hati aku sekarang ni.

Kenapa dia tiba tiba berubah jadi pelik? Simptom demam ke?

"Kau nak tahu apa yang aku rasa?" aku bersuara dengan nada mendatar.

Izwan kekal diam. Seakan memberi ruang untuk aku bersuara.

"Aku rasa macam aku ni tak ada nilai pada sesiapa. Kau kejam, Izwan. Kau kejam. Kau buat aku macam aku ni patung, tak ada perasaan. Kalau kau nak, kau ambil. Bila kau dah bosan, kau campak."

Aku senyum tawar.

"Kau jadikan aku hamba kau? Kau ingat aku ni apa? Kau cuba nak rasuah aku dengan beg mahal ni ke? Maaf. Tapi aku bukan perempuan materialistik. Kau layan aku kasar. Aku perempuan, Izwan. Aku nampak je macam tak kisah. Tapi serius aku terasa sangat dengan kau."

Riak wajah Izwan berubah.

"Tak apalah. Abaikan je apa yang aku cakap tadi. Kau bukannya kisah pun pasal apa yang aku rasa."

Perlahan, aku menunduk. Beg plastik tadi aku letakkan di bawah, berdekatan dengan kaki Izwan.

"Jangan bazirkan duit kau untuk aku, Izwan. Hutang kau yang lepas pun aku tak bayar lagi. Aku tak nak terhutang budi dengan kau."

Aku lemparkan satu senyuman tipis pada Izwan sebelum palingkan tubuh. Melangkah menjauhi lelaki itu.

"Kau ni bodoh ke?"

Langkah aku mati serta merta.

Bodoh?

Dia panggil aku bodoh?

Pantas, aku berpaling semula. Memandang wajah selamba Izwan yang sedang berdiri lebih kurang 2 meter dari ku.

"Aku bodoh?"

Izwan mengangguk, mengiyakan.

Aku mengetap bibir. Kurang ajar.

"Kau bodoh sebab kau tak perasan yang seorang lelaki berhati batu dah lama simpan perasaan dekat kau."

Aku terkedu. A—apa?

Izwan menghela nafas panjang.

"Semua benda yang aku buat, bersebab. Aku jauhkan diri dari kau masa dekat zoo tadi sebab aku tak nak terlalu rapat dengan kau. Aku takut demam aku ni berjangkit dekat kau."

"Aku minta kau jadi hamba aku selama 14 hari bukan sebab aku nak sakitkan hati kau. Aku cuba nak rapat dengan kau. Aku nak kau selalu ada dengan aku. Aku tak nak kau rapat dengan lelaki lain."

Air mata aku bergenang.

Izwan dengan tiba tiba menapak mendekati aku. Kalau tadi jarak kami hampir 2 meter, sekarang jarak yang tersisa cuma beberapa inci.

"Kau berjaya buat aku jadi diri aku yang lain. Sumpah, aku cuma nak kau."

"Izwan..."

Serentak dengan itu, butiran air mata aku gugur membasahi pipi.

Eh. Dia tengah confess ke ni?

Dia dah ingat semua benda ke? Ingatan dia dah pulih?

"Ya. Aku tengah confess. Kau perempuan pertama yang dengar aku cakap benda benda pelik macam ni."

Aku ketawa kecil.

Dia cuba nak bagi fakehope lagi ke?

I'm so sick of this fake love.

"Aku suka kau, Laura Ameena."

Aku dongakkan wajah. Anak mata kelabu itu memandang aku dengan pandangan redup. Buat jantung aku rasa nak tercabut.

Tak senonoh betul. Nak confess dekat depan tandas pulak tu. Macam tak ada tempat lain je.

Izwan tiba tiba ukir satu senyuman manis.

"Kau tahu tak kenapa aku confess depan tandas?"

Aku terkedu. Eh. Macam tahu tahu je aku tengah fikir pasal benda tu.

"Kenapa?"

Izwan tarik aku mendekatinya.

"Sebab tandas ni tempat yang kau akan selalu pergi, tiap tiap hari."

"Dan aku nak kau ingat pasal benda ni hari hari. Aku tak nak kau lupakan aku, Meena."

Aku meneguk liur.

Okay seram.

"Kau dah ingat pasal semua benda?" soal aku.

Izwan diam. Dia masih pandang wajah aku.

"Macam mana aku nak lupa kau? Kau sedang pegang hati aku, Meena. Dan aku harap kau akan pegang hati aku untuk selama lamanya."

Aku ukir senyuman tipis buat Izwan.

"I want you, Meena. Only you."

































To Be Continued ♡



bye semuaaaaa !
have a nice day aheaddddd!

story ni belum tamat tau.
banyak lagi konflik menanti ~

ingat marina akan berdiam diri ke?
HAHAHHAHAHAA.

bye semuaaa i love youuuuuu <3










bubye
love u
borahae 💜




with love,
wany ♡

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top