00 : 26


SUPRISEEEEEEEE !
TRIPLE UPDATE FOR EVERYONE
PECHUW PECHUWWWWW !

huwaaa harap korang semua tak muntah la bila wany update banyak banyak ni. each chap yang wany update is about 5000+ words so sebab tu lama sikit nak update.

okay la janji lepas ni dah tak update banyak banyak dah.

i nak menghilangkan diri HAHAHAHAH BYE KORANG.

« bad liar »

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

enjoy reading my blueberries ♡

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

SUMPAH tak kelakar.

Aku, Laura Ameena.

Budak biasa yang selalu buat masalah dekat sekolah. Aku banyak kali buat hal. Tapi rekod disiplin aku masih bersih sebab ada seorang ketua pengawas yang tutup segala kesalahan aku.

Tapi sekarang...

Aku bakal dicalonkan sebagai penolong ketua pengawas?

Layakkah aku?

Tiba tiba, rasa rindu aku pada Alisa makin menebal. Aku rindu kau, Lis.

Walaupun ramai yang tak suka cara kau jalankan tanggungjawab kau pada semua murid di sekolah ni, tapi aku tahu.

Cuma kau sorang yang layak pegang jawatan ni, Lis.

Aku memegang bahagian dada yang tiba tiba terasa sesak.

Rindu pada orang yang dah tiada nyata beribu kali ganda lebih menyakitkan.

Aku terus menapak ke aspuri dengan langkah yang kecil dan lemah. Serius rasa tak ada mood sekarang ni.

"Laura!"

Aku berpaling.

Mengucap panjang aku apabila nampak Marina terkocoh kocoh menghampiri aku dengan wajah ketat.

Eh. Marah aku ke?

"Ya. Kenapa?" Soal aku, malas.

Marina berhenti di hadapan aku. Dia memeluk tubuh. Wajahnya merah padam menahan amarah.

"Macam mana kau boleh tercalon?"

Dah agak. Mesti Marina nak tanya soalan tu. Izwan yang tiba tiba calonkan nama aku. Tak tahu la kenapa dia tu. Cari pasal.

Aku angkat bahu tanda tidak tahu.

"Tipu! Izwan yang calonkan kau!" Marina mengetap bibir.

Aku mengerutkan dahi. Dah tahu kenapa tanya lagi? Peliklah dia ni.

"Aku penat. Aku nak balik aspuri." Aku memalingkan tubuh.

Namun tangan aku pantas direntap kasar oleh seseorang dari belakang.

"Weh sakitlah!" aku menarik tanganku dari genggaman kasar Marina.

Suka hati je tarik tangan orang.

"Aku nak kau undur diri dari pencalonan tu."

Darah aku mula mendidih. Bengang aku bila Marina suka hati je bagi aku arahan macam tu.

Ingat aku ni apa? Orang suruhan dia?

"Kita bincang nanti. Aku pergi dulu." Aku sengaja nak mengelak.

Sebab aku tahu, kalau aku layan nanti takut timbul pergaduhan. Hancur la rancangan aku dan rakan rakan aku yang lain.

"Kau pekak ke?"

Aku tersentak apabila Marina tiba tiba meninggikan suara. Aku halakan pandangan pada wajah Marina yang nyata nampak betul betul marah dengan aku.

"Aku cakap, undur diri kau dari pencalonan tu. Kau pekak ke apa?!"

Serentak dengan itu Marina tiba tiba menolak tubuh aku hingga buat tubuh aku hilang keseimbangan dan akhirnya aku jatuh betul betul di atas tar jalan.

Ah.

Aku menggigit bibir apabila tubuhku terasa sakit akibat terhentak dengan agak kuat pada permukaan jalan.

"Tak guna! Semua benda kau nak rampas dari aku!" Marina melayangkan satu sepakan pada kaki aku.

Menambahkan rasa sakit yang sedia ada.

"Sakitlah, Marina!" Aku mengesot ke belakang. Takut Marina bertindak di luar batasan.

Aku sempat melihat lihat ke sekeliling.

Tak ada ke orang nak lalu lalang?

"Sakit? Hati aku lagi sakitlah!" Marina mengangkat botol air di tangannya.

Aku memejam mata serapat rapatnya.

Kalau botol besi tu kena kepala aku, tak tahu la apa yang akan terjadi.

"Budak tadika je main baling baling botol air."

Aku terpanar apabila mendengar satu suara yang tiba tiba muncul. Perlahan, kelopak mata aku dibuka dengan jantung yang masih berdegup kencang.

Marina dengan pantas menyorokkan botol air tadi dibelakangnya.

"Izwan." Marina senyum kekok.

Izwan berdiri betul betul di hadapan Marina. Wajah Marina ditilik lama.

"Kau buat apa ni?" Soal Izwan, tegas.

Marina angkat wajah.

"Tadi Laura jatuh! Arin cuma nak bagi air dekat dia je sebab dia kata dia haus." Marina membela diri.

Aku dekat belakang dah mula rasa meluat.

Nak bagi air? Baiknya kau, Arin!

"Aku sebenarnya malas nak gaduh dengan perempuan. Lagi lagi yang dua muka macam kau ni." Izwan berdecit.

Aku bingkas bangun. Sempat aku membersihkan bahagian belakang baju kurung yang mungkin kotor akibat jatuh tadi.

Riak wajah Marina berubah. Dan aku dapat lihat air mata yang bertakung di tubir mata gadis itu. Dia nampak takut.

"Dah. Tak payah besarkan masalah." Aku tarik Izwan menjauhi Marina.

Izwan yang sekarang ni lain macam sikit. Cara dia jalankan tugas pun pelik. Kalau dulu, dia tulis nama pelajar yang melakukan kesalahan dan dia akan bawa pelajar tersebut ke bilik disiplin.

Tapi Izwan yang sekarang akan terus belasah dan pukul sesiapa sahaja yang melanggar peraturan sekolah.

Siapa yang nak cuba rasa macam mana sakitnya kena belasah dengan Izwan, sila langgar peraturan sekolah.

Aku pandang bahagian tepi bibir Izwan.

Ada sedikit kesan lebam.

Aku menarik nafas panjang. Dia tak penat ke bergaduh?

"Izwan. Arin minta maaf." Marina memandang wajah Izwan. Lama.

"Siapa Arin?" Izwan menoleh pada aku.

Aku tergelak.

Izwan punya skill humor makin lama makin improve.

"Awak tak kenal saya ke awak pura pura tak kenal?" Marina mencebik, tak puas hati.

Izwan mengeluh.

"Nama kau dah sedap dah, Marina. Geli bhai Arin. Macam jenama makanan kucing."

Astaghfirullah. Izwan!

Mula mula, aku rasa nak tergelak tapi niat aku mati apabila nampak riak wajah Marina yang nyata terasa dengan kata kata Izwan.

Marina nampak kesal dan sedih.

Aku tarik hujung baju kemeja di tubuh Izwan perlahan. Membuatkan lelaki itu menoleh memandangku.

"Dah. Pergi balik aspura. Pelajar lelaki tak dibenarkan berada berdekatan dengan kawasan aspuri." Ujar aku, tegas.

Izwan buat muka selamba.

"Jom ah ikut aku pergi aspura. Nanti minah ni buli kau lagi." Izwan mengerling ke arah Marina yang masih berdiri statik.

Eh eh dia ni. Suka hati dia je nak ajak orang.

"Korang berdua..."

Aku dan Izwan sama sama alihkan pandangan pada Marina yang tiba tiba bersuara.

Ya?

"Berhenti perlekehkan aku. Aku tahu semua orang nampak aku yang jahat. Termasuk semua readers. Tapi..."

Marina senyum sinis.

"Aku takkan berdiam diri. Laura, kau jangan nak gembira sangat. Kalau aku tak boleh menang dengan cara halus, aku boleh cuba cara kasar."

Marina sempat menepuk bahu aku sebelum akhirnya berlalu pergi meninggalkan kami berdua.

Aku pandang Izwan yang tiba tiba membisu.

Pahal pulak ni? Takkan dia takut dengan ugutan Marina tadi?

"Kau takut ke?" Soal aku seraya mengerdipkan mata beberapa kali.

Izwan mengeluarkan lollipopnya dari poket seluar.

Aku menggumam geram.

"Kencing manis lah nanti kalau hari hari makan lollipop!" Aku merampas lollipop itu dari tangan Izwan.

Izwan pandang aku dengan pandangan sinis.

"Marina tu lawa jugak kan?"

Kata kata yang keluar dari mulut Izwan nyata buat aku tersentak. Aku lihat Izwan sedang sibuk pandang Marina yang dah berjalan makin menjauh dari kami.

Aku mengetap bibir.

"Dasar lelaki miang." Aku melempar lollipop tadi ke atas lantai lalu memijaknya beberapa kali hingga pecah.

Padan muka.

"Rileks ah. Gelabah la kau ni." Izwan tunduk lalu mengutip cebisan lollipop tadi.

Aku mengalihkan pandangan. Muka aku membahang.

Gila tak marah.

Selama ni, Izwan bukan jenis suka puji perempuan. Kenapa tiba tiba puji Marina? Takkan dia dah jatuh hati?

"Pandang aku jap."

Aku tak mengendahkan Izwan.

Dengan tiba tiba, hujung kasut aku terasa seperti dipijak seseorang.

"Kau pahal nak pijak kasut aku?" Tinggi, suara aku buat beberapa pelajar yang lalu lalang akhirnya mengalihkan pandangan pada kami.

Aku dahlah jenis malas nak basuh kasut. Mentang mentang kasut hitam, basuh pun sebulan sekali je.

Izwan yang tadinya menunduk akhirnya berdiri tegak berhadapan dengan aku.

Dia tinggi.

Hingga membuatkan aku terpaksa mendongak untuk memandangnya.

"Aku suruh kau pandang aku je. Apa yang susah sangat?"

Aku menggulingkan bebola mata.

"Dah pandang la ni."

Wajah Izwan dengan tiba tiba bertukar riak serius.

"Dalam banyak banyak perempuan dalam sekolah ni, aku tak tahu kenapa aku boleh tertarik dekat kau."

Aku meneguk liur.

Iris kelabu itu merenung wajahku. Lama.

"Tapi tulah. Tertarik je. Suka tu jauh sekali. Siapa je nak suka perempuan macam kau ni? Bagi kau secara percuma dekat orang gila pun, orang gila tu tak nak dekat kau."
























❀❀❀

KESAL?

Marah?

Tak. Aku dah biasa dihina orang.

Tapi kalini lain. Sebab dihina oleh orang yang aku sendiri dah menaruh perasaan padanya.

Mata aku memang tertancap pada helaian buku teks Sejarah. Tapi fikiran aku jauh menerawang ke tempat lain.

"Laura."

Aku mendongak. Memandang wajah Firash di hadapanku.

"Asal ni? Kau tak sihat?"

Aku geleng. Aku okay. Cuma pening sikit je.

"Lembik."

Aku melontar pandangan pada Izwan yang sedang duduk di sebelah Firash sambil membelek buku rujukan Biologi.

Ada je ayat yang keluar dari mulut dia untuk menyakitkan hati aku.

"Izwan." Firash menoleh pada Izwan di sebelahnya.

"Jaga mulut kau." Tegas, Firash melontar kata.

Aku menunduk.

Kami tengah mengadakan sesi studygroup. Tapi entah kenapa aku rasa Izwan ni macam nak adakan sesi gaduh dengan aku.

Kalau Marina ada, mesti lagi 'panas'.

Marina kata dia sakit perut. Jadi dia tak join studygroup harini.

"Kau nak bela sangat perempuan ni kenapa? Aku member kau. Bukan dia," Keras, Izwan bersuara sambil menutup buku teks biologi dengan kasar.

Ni la yang paling aku malas. Bila Firash dan Izwan bergaduh.

"Kalau kau berterusan bersikap macam ni, sesiapa pun tak nak ada member macam kau." Firash turut menutup buku teks di tangannya.

Mereka berdua saling berpandangan. Tak nak kalah.

"Dahlah weh. Orang tengok lah." Aku melepaskan keluhan berat.

Izwan menoleh pada aku.

"Aku tak tahu apa yang ada dekat kau sampai kawan kawan aku ketepikan aku untuk kau. Dasar perempuan lemah."

Serentak dengan itu, Izwan berdiri. Dia sempat mengerling ke arahku sebelum akhirnya berlalu pergi dengan barang barang kepunyaannya.

Aku memerhatikan Izwan yang makin menjauh, keluar dari perpustakaan itu.

"Takyah layan dia." Firash menghela nafas panjang.

Apa masalah Izwan tu sebenarnya? Kecelaruan emosi ke? Aku perempuan ke dia perempuan ni?

Takkan lah.

Dia marah aku sebab aku tak nak jadi girlfriend dia?

Dia gurau je kan tadi?

"Marina dah 3 kali tak join studygroup kita. Dia memang lagi pentingkan jawatan dari pelajaran ke?" Firash mendengus geram.

Tersenyum sendiri aku tatkala Firash menyebut nama Marina.

"Rash..."

Firash angkat kening.

"Hm?"

Aku senyum lebar.

"Aku mimpi kau dengan Marina kahwin."

Riak wajah Firash dengan tiba tiba berubah drastik. Nyata tidak senang dengan apa yang aku katakan.

"Apa kau merepek ni? Marina? Mati hidup balik pun aku tak ingin kahwin dengan dia."

Aku sengih mengejek.

"Eleh. Jual mahal pulak. Marina tu lawa apa. Kau nak dapatkan dia senang je, Rash. Kau hensem, baik."

"Aku tak nak kahwin dengan sesiapa selain kau."

Senyuman aku mati. Tak menyangka  Firash akan membalas sedemikian rupa.

Firash akhirnya senyum tipis.

"Aku gurau. Dah pukul 4. Kita bersurai," Firash memasukkan semua alat tulis kepunyaannya ke dalam bekas pensel hitam.

Aku mula serba salah.

Firash ni kan.

"Kau tak nak balik aspuri ke?"

Aku angkat wajah dan pandangan kami bertembung. Pantas, aku mengemaskan segala buku dan alat tulis kepunyaanku.

"Kau pergi lah dulu. Aku nak pinjam buku sekejap." Firash berdiri.

Aku mengangguk. Sempat aku layangkan satu senyuman tipis buat dia sebelum terus melangkah keluar dari perpustakaan itu.

Setibanya aku di kawasan letak beg, langkah aku mati.

Eh.

Tadi, aku letak beg aku dekat sini.

Aku mengerutkan dahi tatkala melihat hanya botol air hitam milikku yang masih ada di rak. Beg aku hilang.

Aku mula rasa tak sedap hati.

Saat aku palingkan wajah, aku dapat melihat beberapa orang budak junior yang baru sahaja keluar dari perpustakaan itu.

"Eh jap. Korang nampak tak beg pink kat sini?"

Mereka bertiga dengan serentak menggeleng.

"Tak nampak lah, kak. Kami tak perasan pulak masa masuk tadi." Seorang gadis berkaca mata petak menggaru kepalanya berkali kali.

Aku mengetap bibir.

Siapa pulak nak sabotaj aku kalini?

Marina ke? Atau Bella?

Aku terfikir nak masuk minta tolong Firash carikan beg aku. Tapi malas menyusahkan dia. Jadi, aku mula berjalan ke koridor perpustakaan.

Tak hiraukan beberapa orang pelajar yang memerhatikan aku.

Dengan tiba tiba, aku berhenti melangkah.

Entah kenapa, hati aku bagai disiat siat bila nampak...

Beg merah jambu kepunyaanku sedang tersadai elok di dalam tong sampah hitam bersebelahan tangga.

Allah.

Air mata aku bergenang.

Pantas, aku berlari ke arah tong sampah itu dengan hati yang sebak.

Aku sayang gila beg tu. Sebab abah belikan khas untuk aku.

Sesampainya di tong sampah, luluh hati aku bila nampak beg aku dah kotor dan basah.

Terkoyak rabak. Dah tak rupa beg.

Keychain teddybear yang ada pada zip beg pun dah tercabut kepalanya.

Aku dapat dengar bunyi orang orang ketawa di belakang aku.

Ketawa bila nampak aku dalam keadaan macam ni. Ikutkan hati, memang aku maki sekor sekor. Tapi disebabkan terlampau sedih, aku hanya diam.

Dengan tangan yang masih terketar ketar, aku capai beg sekolah aku. Mengeluarkannya dari kawasan tong sampah yang jijik dan busuk itu.

Kedua kening aku bertaut tatkala terlihat satu nota kecil yang tertampal pada poket beg.

Aku mencapai kertas nota itu sambil mengesat kasar air mata dari terus mengalir.

Aku terpaku—


























❀❀❀

"WEH Ara..."

"Dah lah tu menangis. Jangan ah camni."

Aku tak hiraukan pujukan lembut Syuhada dan Amelia. Tangan aku terus terusan menyental beg sekolah aku dengan menggunakan berus kepunyaan Diyana.

Pinjam. Berus aku masuk lubang jamban haritu.

"Ara..."

Ketukan halus muncul di pintu bilik air.

Aku berhenti menyental. Aku sembamkan wajah pada kedua dua lututku sambil terus menangis.

Aku terlalu sedih dengan apa yang terjadi.

"Ara, aku ada beg sekolah lebih. Nanti kau pinjam tau." Lembut, Syuhada cuba menolak daun pintu namun gagal.

"Aku nak beg aku jugak..."

Aku melontar pandangan pada beg sekolah aku yang dah nazak. Terkoyak sana sini. Zip pun dah tercabut.

Semuanya sebab seorang manusia tak berhati perut bernama...

Izwan.

"Ala, nanti kau suruh la abah kau belikan yang baru. Buat masa sekarang, kau pakai je beg Syu dulu." Amelia seakan merayu.

Aku pula yang rasa serba salah.

Kalau abah tahu beg ni rosak, mesti abah sedih. Aku ingat lagi betapa terujanya abah nak beli beg sekolah untuk aku memandangkan tahun ini merupakan tahun terakhir sesi persekolahan aku.

Aku dah tua, guys.

Macam mana agaknya reaksi abah bila tahu beg ni berkeadaan sebegini rupa?

Mesti abah kesal sebab aku tak jaga beg ini dengan elok.

Aku mengelap air mata yang mengalir dengan hujung baju t shirt biru yang tersarung di tubuhku.

Perlahan, aku gagahkan diri untuk berdiri.

Beg ni memang tak dapat diselamatkan lagi.

Aku buka selak pintu tandas sebelum melangkah keluar.

Pantas, tubuh aku dirangkul erat oleh Syuhada dan Amelia yang setia menanti di luar.

Tahu apa yang aku rasa sekarang ni?

Aku rasa makin sedih dan sebak.

Esak tangis aku bergema memenuhi setiap inci ruangan tandas. Nasib baik tak ada orang masuk tandas. Malu je nanti.

Aku dapat rasakan usapan lembut pada bahagian belakang tubuh.

"Shh... jangan sedih, Ara. Allah ada dengan orang yang dizalimi."

Tapi kenapa aku tak berhenti dizalimi? Satu persatu masalah muncul. Apa yang Izwan benci sangat dengan aku sampai sanggup buat macam ni?

Kenapa semua bencikan aku?

Aku lingkarkan tangan pada tubuh Syuhada dan Amelia. Memeluk mereka dengan lebih erat.

Sumpah, aku perlukan kekuatan sekarang ni.

Apa yang buatkan aku lagi kesal ialah, di dalam beg itu ada fail penting yang mengandungi kertas kertas peperiksaan aku yang lepas.

Habis semuanya lunyai dan basah.

Nasib baik tak ada buku teks dalam tu.

Kalau tak, tak pasal pasal kena pergi bilik SPBT pastu dapat ceramah free dari Bonda selaku ketua guru SPBT.

"Aku tak akan maafkan dia..."






























❀❀❀

HARI ini merupakan hari yang agak memenatkan bagi aku.

Balik je sekolah tadi, ada kelas tambahan selama 3 jam. Selepas itu, ada sesi belajar secara berkumpulan bersama ahli kumpulan masing masing.

Ahli kumpulan aku yang paling okay pun, Firash sorang.

Lagi dua orang tu, no comment.

Aku membetulkan lipatan tudung bawal yang tersarung di kepala sambil terus melangkah malas ke dewan asrama.

Entah apa yang penting sangat sampai semua pelajar yang tinggal di aspuri dan aspura perlu berkumpul di dewan selepas makan malam.

Ada pengumuman penting katanya.

Sempat aku menundukkan tubuh tatkala beberapa orang warden berjalan melintasi aku.

"Ara."

Aku berpaling. Resah aku apabila Afieya, Amelia, Diyana, Raysha dan Syuhada berlari ke arahku.

Bukannya apa. Kalau kantoi dengan Marina, macam mana?

"Comelnya kau malam ni." Sempat Amelia layangkan satu cubitan manja pada pipi aku.

Aku mencebik.

"Weh, nanti Marina nampak."

"Abaikan dia lah. Dia dengan kau pun dah tak rapat macam dulu, Ara." Afieya meletakkan tangannya di sekeliling bahuku.

Aku senyum tawar.

Betul juga. Sejak kejadian baling botol haritu, Marina memang dah jauhkan diri dari aku. Malah, dia dah pindah dorm sebelah.

Pada mulanya, aku rasa gembira juga sebab terlepas dari genggaman gadis licik itu.

Tapi pada masa yang sama, aku turut rasa kesian pada dia. Sebab dia memang tak ada kawan lain selain kami.

"Haah. Takyah layan minah tu. Sampai bila nak sorok sorok?" Raysha meraih pinggangku lalu memeluknya erat.

Aku senyum sendiri.

Bahagia bila dapat rasa kehidupan macam dulu.

Baru sahaja kami ingin melangkah terus ke dewan, mata aku terhala pada tali kasut aku yang terlerai.

Ah. Aku dah ikat ketat ketat tadi!

Malas nak ikat balik, jadi aku terus melangkah sambil bergelak ketawa dengan rakan rakanku.

Secara tiba tiba, aku dapat rasakan kasut aku bagai ditarik oleh sesuatu dan—

"Ah—!"

Aku tersadung dan akhirnya jatuh tersembam pada permukaan jalan tar.

"Weh Ara!"

Syuhada dan Amelia sibuk membantu aku bangun. Manakala Diyana, Afieya dan Raysha ketawakan aku.

Kurang asam punya member.

Orang yang lalu lalang turut singgah untuk ketawakan aku secara berjemaah.

Apabila aku angkat wajah, pandangan aku bertembung dengan iris kelabu yang dari tadi memandangku dengan senyuman sinis menghiasi bibirnya.

"Sedap ke baring atas tar?"

Aku mengetap bibir.

Pantas, aku bingkas bangun walaupun permukaan tapak tangan aku masih rasa pedih.

"Apa masalah kau?"

Izwan memasukkan kedua dua tangannya ke dalam poket baju melayu biru laut yang tersarung di tubuhnya.

"Yang kau pemalas sangat nak ikat tali kasut kenapa? Salah aku ke kau jatuh?"

Aku menggumam geram.

Salah la. Kau pijak tali kasut aku pahal?

"Dasar buta. Aku syorkan kau buat pembedahan mata. Sedih betul hidup jadi buta macam kau ni. Bukan setakat mata buta. Hati pun buta jugak."

Bidas aku selamba. Senyum suka aku apabila riak wajah Izwan berubah.

"Pendek." Izwan sempat pijak kasut aku sebelum berlalu pergi dengan lagak sombong.

"Kurang ajar! Woi! Lelaki tak guna!" aku tanggalkan kasut aku lalu dengan pantas membaling kasut itu ke arah Izwan yang semakin menjauh.

Namun darah aku makin menggelegak apabila kasut tu tak kena Izwan. Malah, kasut tadi tersasar jatuh ke dalam longkang.

Aku benci kau, sumpah!

Aku menoleh pula pada rakan rakan aku yang galak gelakkan aku dari tadi lagi.

"Apa gelak gelak? Dahlah tak backup aku. Malas aku nak kawan dengan korang. Baik aku kawan dengan siput."












































❀❀❀

DAH masuk sepuluh kali aku menguap sambil buat muka toya.

Tak suka betul berada dalam majlis rasmi macam ni.

Pengetua ni pun. Dari tadi berucap tak berhenti. Tak lelah ke?

Aku halakan pandangan pada seorang gadis yang duduk seorang diri di satu sudut. Agak jauh dari aku. Tapi dari sini, aku dapat lihat dengan jelas wajah dia.

Ramai yang bencikan dia. Tak suka dia.

Begitu juga aku. Sebab dah terlalu banyak perkara jahat yang dia buat pada aku dan kawan kawan aku yang lain.

Tapi.

Aku yakin, semua perkara yang dilakukannya sudah semestinya bersebab.

"Kau tengok apa?"

Aku toleh ke sebelah kiri apabila lenganku dicuit seseorang.

"Marina." Pendek, aku menjawab soalan Afieya sambil terus memandang Marina dari jauh.

"Yang kau pandang dia tu dah kenapa? Dah. Pandang depan," walaupun berbisik, aku dapat dengar nada tegas dalam suara Piya.

Aku terus pandang depan balik. Bukan takut pada ugutan Piya. Tapi aku dah penat tenung Marina lama lama.

Macam tenung crush.

Laura, mohon jangan jadi serai.

Entah kenapa, aku rasakan ucapan pengetua langsung tak menarik hati aku. Aku halakan pandangan pada bahagian tempat duduk lelaki.

Mana tahu nampak lelaki hensem.

Boleh buat stok skandal.

Sebaik sahaja aku melontar pandangan ke arah tempat duduk lelaki, aku terkedu kerana seperti dijampi, pandangan aku cuma tertancap pada seorang lelaki segak berbaju melayu biru laut.

Segala gerak geri dia, memukau pandangan aku.

Jujur, aku susah nak sukakan seseorang. Tapi Izwan berjaya buat aku jadi diri aku yang lain.

Aku tersenyum sendiri tatkala Izwan menguap lebar. Firash dekat sebelah yang tolong tutupkan mulut Izwan.

Tak senonoh betul.

"Al Fatihah."

Hah? Al Fatihah?

Terkejut aku tatkala semua orang di sekeliling aku mula menadah tangan dan berdoa.

Walaupun masih blur, aku tetap tadahkan kedua dua tapak dan ikut berdoa.

"Semoga Arwah Alisa ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman." Lembut, suara pengetua bergema di dalam dewan itu.

Jauh sangat aku mengelamun. Sampai tak sedar yang pengetua dah masuk topik Alisa.

"Pihak sekolah sangat terkesan dengan ketiadaan Alisa. Arwah memegang dua jawatan penting iaitu penolong ketua pengawas dan juga ketua aspuri. Sekarang, kedua dua jawatan besar ini lompong tanpa pengganti."

"Jadi, tujuan perjumpaan malam ini dijalankan adalah untuk pelantikan baru ketua aspuri. Saya mohon wakil pelajar perempuan dari kalangan pelajar tingkatan 5 yang sukarela nak pegang jawatan ini, sila tampil ke hadapan."

Aku terkedu tatkala semua mata di dalam dewan mula terhala pada kawasan tempat duduk aku.

Sebab sekeliling aku semua budak perempuan form 5.

Aku dengan pantas tundukkan wajah.

"Saya!"

Aku angkat wajah. Terkejut tatkala melihat Marina dah berdiri dengan penuh yakin.

"Sumpah gila kuasa." Afieya sempat berbisik di telinga aku sambil memaki hamun Marina.

Aku cuma diam. Tak tahu nak respon apa.

Marina tampil ke hadapan pentas. Tak menghiraukan semua yang sedang memerhati.

"Kita dah ada sorang calon. Ada calon lain?" pengetua memandang wajah pelajar pelajar di hadapannya silih berganti.

Semua diam.

"Kalau tiada, saya akan tutup pencalonan. Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa—"

"Nanti!"

Aku tersentak.

Terkejut tatkala Firash tiba tiba berdiri. Memancing perhatian semua orang hanya padanya.

"Kamu nak volunteer? Kamu lelaki ke perempuan? Ke dah lupa jantina?"

Kata kata pengetua mengundang tawa seisi dewan.

Firash masih beriak serius. Dengan tiba tiba, dia melangkah meninggalkan tempat duduknya.

Dan berjalan ke arah...

Eh!

Dia berjalan ke arah aku?

Firash akhirnya berhenti betul betul di sebelah tempat duduk aku.

Jantung aku rasa macam nak tercabut bila semua orang asyik memerhatikan kami berdua.

Firash memandang aku dengan senyuman tipis di bibirnya.

"Ikut aku."

Pantas, aku menggeleng. Tak nak!

"Jangan degil." Firash dengan spontan menarik hujung lengan baju kurung aku. Memaksa aku untuk bangun.

Amelia dan Raysha dengan nakal bersiul mengejek kami berdua.

Firash meraih lengan aku lalu menarik aku dengan lembut menuju ke atas pentas.

"Saya calonkan Laura Ameena untuk jadi ketua aspuri yang baharu." Firash melempar satu senyuman meyakinkan pada aku sebelum meninggalkan aku dan Marina berdua di atas pentas utama.

Aku ternganga.

Wajah aku membahang bila semua orang mengalihkan perhatian sepenuhnya pada aku.

"Ni lagi dahsyat. Sampai kena tarik dengan boyfriend naik atas pentas."

Kata kata pengetua buat aku rasa nak sorok muka bawah jalan. Malu do. Dahlah member member aku semua galak ketawakan aku.

Tunggulah. Aku sumbat mulut korang dengan botol budu nanti.

Aku dapat rasakan pandangan tajam dari Marina di sebelah. Aku buat buat tak nampak je sebab malas nak kisah.

"Baiklah. Ada pencalonan lain?"

Senyap. Dewan tu senyap seperti tidak berpenghuni. Ikutkan hati, nak je aku turun bawah balik.

"Kalau macam tu, pencalonan ditutup."

Aku angkat wajah. Dan serta merta pandangan aku dan sepasang iris kelabu bertembung.

Dia jeling aku lantas terus alihkan pandangan. Dah lah tak minta maaf lagi pasal beg. Kalau aku hempuk kau, apa pun tak dapat, Izwan.

"Kamu berdua boleh perkenalkan diri dulu. Berikan nama penuh, nama panggilan, nama kelas dan berikan sedikit ucapan. Sikit je jangan banyak."

Aku dan Marina sama sama mengangguk mendengar arahan pengetua.

Pengetua berjalan ke arah kami dan menyerahkan mikrofon pada aku.

Belum sempat aku ingin mencapai, Marina terlebih dahulu merampas mikrofon itu dengan senyuman sinis di bibirnya.

"Hai semua. Selamat malam! Saya Marina Finanda. Korang semua boleh panggil saya Arin. Saya dari kelas pertama dalam ranking sekolah iaitu 5 Ibnu Rushd."

Beberapa pelajar bersorak.

Rata ratanya pelajar lelaki. Maklumlah, Marina lawa.

Marina senyum lebar.

"Saya murid baru. Tapi, saya yakin yang saya dapat menjalankan tugasan dengan baik. Saya janji. Jadi saya harap semua akan undi saya."

Ah. Aku mula rasa nak terkencing. Paling tak suka bila nak berucap depan orang ramai.

Marina senyum sebelum berjalan menghampiri aku. Dia mendekatkan diri pada aku sambil menghulurkan mikrofon.

"Bersedia untuk kalah?" perlahan, Marina berbisik. Cukup hanya aku yang mendengarnya.

Senyuman sinis yang tersungging di bibir Marina buat aku menggumam geram.

Bila aku angkat wajah, semua mata tertumpu pada aku. Menunggu aku untuk bersuara.

Aku terpandang Firash.

Dia berikan aku satu senyuman meyakinkan. Aku membalas senyuman itu tanpa ragu ragu.

Walaupun tangan aku masih terketar ketar, mikrofon tadi aku genggam seeratnya.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Seisi dewan menyambut salam aku dengan baik.

"Saya Laura Ameena dari 5 Ibnu Rushd. Boleh panggil saya Laura."

Kawan kawan aku semua bersorak nakal sambil tepuk tangan.

"Saya tak rasa saya boleh gantikan tempat arwah Alisa. Sebab selama ni, arwah jalankan tanggungjawab dengan baik."

Aku tersenyum lagi.

"Lagipun, saya mengaku yang saya tak mampu galas tanggungjawab ni dengan baik. Jadi, saya galakkan anda semua undi Marina. Dia lebih layak berbanding saya,"

Riak wajah Firash berubah. Tak puas hati dengan ucapan aku.

Pantas aku serahkan semula mikrofon tadi pada pengetua dengan tangan yang masih menggigil.

"Baiklah. Kamu semua boleh keluar dari dewan ni sekarang. Sesi mengundi akan dijalankan. Bila dah selesai, saya akan panggil kamu berdua semula."

Aku dan Marina mengangguk faham dengan arahan yang dikeluarkan oleh pengetua.

Baru sahaja melangkah ke luar dewan, tangan aku direntap kasar oleh seseorang.

"Sakitlah!"

"Diam! Ikut aku!"

Marina mencengkam lengan aku dengan lebih kuat lantas menarik aku menjauhi dewan. Menuju ke kawasan yang agak gelap dan tersembunyi.

Sesampainya disitu, dia melepaskan genggaman.

Aku menggosok lengan yang terasa kebas.

Cara dia tarik aku macam tarik benda. Fikir aku tak ada deria sakit ke?

Marina menyilangkan kedua dua tangannya pada dada.

"Kau fikir aku akan terharu ke dengan ucapan kau tadi? Kau fikir aku ni bengap macam kau ke?"

Dahi aku berkerut.

Apa benda yang dia mengarut ni? Kira okay la tu aku suruh semua orang undi dia. Apa yang tak puas hati lagi ni?

Marina dengan tiba tiba menghampiri aku. Menghapuskan jarak diantara kami. Tangannya naik, mencengkam dagu aku. Buat tubuh aku tersandar pada dinding di belakang.

"Lepaslah."

"Diam!"

Aku tersentak apabila Marina mengeluarkan sesuatu daripada poket baju kurungnya.

Pisau lipat.

Aku meneguk liur yang terasa pahit di kerongkong.

Di—dia nak buat apa ni?

Marina senyum tipis.

"Kalau aku toreh muka kau, mesti seronok kan?"

Aku memejamkan mata tatkala bilahan tajam besi pisau lipat itu dilayangkan oleh Marina pada sekitar wajahku.

Ngilu.

Dia dah gila ke? Takkan dia nak—

"Buat apa ni?"

Aku dan Marina pantas mengalihkan pandangan pada suara yang tiba tiba muncul tadi.

Marina memasukkan semula pisau lipat tadi ke dalam poketnya.

"Iz—Izwan..."

Izwan memandang aku.

Aku mengelap kasar peluh yang merintik di dahi.

"Em Izwan, semua ni salah faham. Arin—"

Belum sempat Marina menghabiskan ayat, Izwan terlebih dahulu menghampiri aku.

Dia menundukkan wajah agar wajahnya bertentangan dengan wajah aku.

"Pandang aku,"

Air mata aku bergenang. Sumpah, aku takut.

Perlahan, aku angkat sudut wajah dan dengan serta merta iris coklat gelap milik aku bertembung dengan sepasang iris kelabu yang sedang memandang setiap inci wajahku.

Izwan menoleh ke arah Marina.

"Asal tak toreh je muka dia?"

Aku terpaku tatkala soalan itu meluncur laju dari belahan bibir Izwan.

"H—hah?" Marina angkat kening. Pelik dengan soalan itu.

Izwan menjarakkan diri dari aku. Kemudian, dia mengatur langkah ke arah Marina.

Mereka berdua saling berbalas pandangan. Membuahkan rasa tidak senang dalam diri aku.

"Kalau kau nak pukul dia, make sure kau pukul kuat sikit. Jangan kesiankan dia."

Jantung aku bagai direntap mendengar kata kata Izwan.

Aku ingat, dia datang untuk selamatkan aku.

Tapi rupanya tak.

Dia datang untuk berikan pesanan pada Marina supaya pukul aku dengan lebih kuat.

Air mata aku mengalir tatkala Marina dan Izwan sama sama tersenyum.

Tanpa menoleh pada aku buat kali terakhir, Izwan terus melangkah pergi dengan satu tangan diselukkan di dalam poket seluarnya.

"See?"

Aku mengalihkan pandangan pada Marina yang perlahan lahan mendekati aku semula.

"Sedihnya hidup kau. Izwan pun dah tak kisah langsung pasal kau, Laura. Kau mati jela senang weh."

Aku menepis tangan Marina yang selamba mendarat pada pinggang aku.

"Izwan kau nak, Firash pun kau nak rembat. Murahnya kau, Laura."

"Diam! Aku cakap diam!" serentak dengan itu, aku menolak tubuh Marina dengan sekuat tenaga aku.

Membuat tubuh Marina hilang keseimbangan lantas mendarat pada lantai dengan kelajuan maksima.

"Ah!" Marina merengus sakit.

"Apa yang kamu berdua buat ni?"

Aku dan Marina sama sama tergamam tatkala ternampak susuk tubuh pengetua yang sedang memandang kami sambil bercekak pinggang.

"Awww sakit! Tolong saya, cikgu."

Marina mengurut betisnya sambil pura pura menangis.

Aku cuma berdiri di suatu sudut sambil memerhati Marina yang sedang buat drama air mata.

Entahlah. Sedih.

Lepas ni, mesti pengetua akan lebih percayakan kata kata Marina berbanding aku.

Allah akan lindungi orang yang dizalimi, Laura.

Letakkan kepercayaan kau sepenuhnya pada Dia.


























❀❀❀

"SIAPA yang mulakan?"

Senyap.

Hanya bunyi pendingin hawa yang memenuhi segenap inci ruangan bilik itu.

"Jawablah!"

Bahu aku dengan spontan terangkat sedikit. Terkejut tatkala pengetua dengan tiba tiba meninggikan suara.

Aku menoleh pada Marina yang sedang berdiri di sebelahku.

Dia cuma diam. Tak bersuara langsung.

"Laura Ameena."

Aku halakan pandangan pada pengetua yang sedang duduk bersandar pada kerusi besar sambil mencerlung tajam ke arahku.

"Ya, cikgu."

"Kamu tolak Marina tadi? Atas sebab apa?"

Aku mengetap bibir. Dah agak. Pengetua akan nampak salah aku je. Semua ni tak adil tahu tak.

"Saya—"

"Dia tolak saya sebab dia cemburu dengan saya, cikgu."

Kata kata aku terputus apabila Marina mencelah dengan tiba tiba.

Apa? Cemburu? Bila masa?

"Dia cemburu dengan apa yang saya ada. Dia cakap dengan saya yang saya rampas semua benda dari dia,"

Marina menghambur tangis.

Terkedu aku melihatnya. Nangis pulak dah?

"Apa yang kau cemburu sangat dekat aku, Laura? Sampai hati kau buat aku macam ni. Aku tahu aku ada semua benda yang kau tak ada. Tapi jangan la cemburu." Marina mula menangis teresak esak.

Dahi aku berkerut seribu. Eh?

"Sudah, Marina. Berhenti menangis." Lembut, pengetua cuba memujuk Marina.

Amboi. Dengan Marina bukan main lembut bercakap. Dengan aku, tengking tengking.

"Cikgu, dia cuba cederakan saya tadi. Dia cuba toreh muka saya dengan pisau lipat."

Riak wajah aku serta merta berubah apabila Marina dengan selamba badak fitnah aku.

Weh.

Korang saksi kan? Dia yang cuba toreh muka aku lah! Kenapa aku pula yang dipersalahkan?

"Fitnah! Semua tu fitnah! Dia ni gila, cikgu. Dia yang nak toreh muka saya. Kalau cikgu tak percaya, cikgu boleh cek poket baju kurung dia." Aku pantas membidas.

Aku tak bersalah!

"Marina, betul ke apa yang dia cakap?" Nada suara pengetua bertukar tegas.

Marina gelabah. Dia pantas menggeleng.

"Tak, cikgu! Sumpah!"

Eh eh. Dia main sumpah? Tak takut tuhan ke? Keluar je bilik ni kena panah petir kang.

Marina menyeluk poket baju kurungnya. Membuktikan bahawa poket itu sememangnya kosong.

Poket Marina memang kosong.

Jadi mana pergi pisau tadi?

Marina dengan tiba tiba menapak ke arahku dengan senyuman sinis.

"Apa kau buat ni?" aku menapak satu tapak ke belakang tatkala Marina makin hampir dengan aku.

"Diam!" Marina menarik lengan aku dengan kasar lantas menyelukkan tangannya ke dalam poket baju kurung aku.

Tak.

Tak mungkin.

Terpanar aku tatkala pisau lipat tadi memang ada di dalam poket baju kurung aku. Bukan Marina tapi aku!

"Ni buktinya, cikgu." Marina meletakkan pisau lipat tadi di atas meja berhadapan dengan pengetua.

Pengetua memandang aku.

Aku menggeleng. Jangan percayakan dia, cikgu.

Saya difitnah.

"Laura Ameena."

Aku dan pengetua saling berbalas pandangan.

"Mulai esok, kamu digantung sekolah selama 7 hari."

Allahuakbar.

Abah, ummi. Meena tak salah.

"Cikgu, tolonglah. Saya tak salah. Semua ni fitnah. Perempuan ni fitnah saya!" Aku melirik ke arah Marina yang sedang buat muka tak bersalah.

"Keluar sekarang. Keputusan saya muktamad. Marina, pergi bilik rawatan. Kaki kamu masih sakit lagi kan?"

Marina mengangguk senang. Pantas dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu keluar dari ruangan bilik pengetua itu.

"Kamu pekak ke? Saya cakap keluar!"

Empangan air mata aku pecah lagi tatkala ditengking sebegitu rupa. Aku memang cepat terasa kalau orang tinggikan suara.

"Cikgu, tolonglah. Bagi saya peluang kedua."

Peluang kedua? Apa kau merepek ni, Ara? Kau tak salah. Kenapa perlu merayu?

"Tak ada peluang! Keluar!"

"Bagi saya 3 hari cikgu. 3 hari untuk saya buktikan pada cikgu yang saya tak bersalah. Tolong, cikgu. Saya merayu."

Pengetua memandang aku buat masa yang lama.

"Baik. 3 hari. Kalau dalam masa 3 hari ni kamu tetap tak dapat nak buktikan yang diri kamu tak bersalah, kamu akan digantung sekolah serta merta. Faham?"














































❀❀❀

"MARINA dah melampau, guys. Tolong jangan halang aku. Kali ni memang aku nak hentak muka dia kat sinki tandas."

"Ish. Jangan. Nanti kau pulak yang kena tindakan disiplin, Piya." Syuhada pantas menegah.

"Ara..."

Aku diam. Tak berkutik. Rasa macam tak ada tenaga nak buat semua benda.

"Kak Laura, kitorang tahu akak tak salah. Jangan la macam ni. Kita sama sama cari bukti tu ya?" lembut, Mia mengusap bahu aku dengan penuh kasih.

"Haah, Ara. Kau tak salah. 3 hari dah cukup untuk kita sama sama cari bukti. Percayalah cakap aku." Amelia menarik aku ke dalam pelukannya.

"Macam mana pisau tu tiba tiba pulak boleh ada dalam poket kau? Perempuan tu ahli sihir ke apa?" Raysha buat muka tak puas hati.

Riak wajah aku berubah. Betul juga. Macam mana Marina boleh—

Ah lupa. Dia ada tarik pinggang aku masa tu. Jadi dia gunakan kesempatan yang ada untuk letak pisau tu dalam poket aku?

"Kau cakap, Izwan ada dekat situ?"

Aku mengangguk lemah.

"Aku ada idea."

Semua mata terhala pada Diyana. Idea? Idea apa?

"Kau kena suruh Izwan jadi saksi. Izwan je yang boleh tolong kau sekarang, Laura. Sebab dia ada dekat tempat kejadian."

Ya Allah. Izwan? Lelaki tu? Dia bencikan aku weh. Macam mana dia nak tolong aku?

"Tak payah! Mamat tu dahlah berlagak. Dia yang koyakkan beg Ara lepastu baling dalam tong sampah. Nak minta tolong dekat lelaki macam tu ke?" Piya memeluk tubuh. Tak setuju dengan idea Diyana.

"Kita tak ada pilihan. Ni je satu satunya cara untuk selamatkan Laura dari digantung sekolah." Tegas, Syuhada memberi kata putus.

Tadi, diorang ceritakan pada aku apa yang berlaku semasa proses pengundian aku dan Marina berlangsung.

Katanya, Izwan dengan yakin mengangkat tangan ketika nama Marina disebut. Lepas tu, ramai pelajar perempuan undi Marina. Terpengaruh dengan Izwan.

Sekarang, Marina dah menjadi ketua aspuri yang sah.

Aku tak kisah. Sebab aku pun tak nak jawatan tu.

Masalahnya sekarang ni, macam mana nak minta tolong?

Izwan yang sekarang bukan lagi Izwan yang dulu.

"Kita cuba, Laura. Kau tak ada pilihan lain."





































❀❀❀

SELEPAS sahaja tamat waktu persekolahan, aku orang pertama yang keluar dari kelas. Kawan kawan aku yang lain sekadar melambai dari jauh.

Diorang dah tahu rancangan aku.

Sekarang, aku cuma perlu tunggu di sekitar tandas lelaki. Sebab Izwan selalu pergi tandas dulu sebelum ke dorm. Aku perlu jumpa dia harini jugak.

Sedang aku termenung seorang diri, aku nampak Izwan melangkah masuk ke dalam tandas setelah meletakkan beg adidas hitamnya di atas rak kayu yang terdapat di luar tandas.

Aku menarik nafas lega apabila Izwan tidak menyedari keberadaan aku di sebalik semak.

Ceh.

Gaya macam nak culik orang bhai.

Setelah lebih kurang 10 minit menunggu, Izwan akhirnya keluar dari tandas.

Aku tak gelojoh. Jadi, aku mula mengekori Izwan dari belakang dengan jarak 5 meter. Tak nak kantoi.

Izwan terus melangkah, langsung tak berpaling ke belakang. Dari arah dia jalan ni, aku tahu yang dia sedang menuju ke bangunan aspura.

Sampai sahaja di kawasan yang tak ada orang, aku pantas menarik beg Izwan dari belakang.

Memaksa lelaki tinggi itu untuk berpaling.

"Kau nak apa, perempuan pendek? Tak penat ikut aku dari belakang?"

Eh. Dia perasan?

Izwan merenung wajah aku. Lama.

"Kau nak apa?"

"Izwan, tolong aku. Tolong jadi saksi. Kau je yang ada masa tu. Kau nampak kan Marina yang cuba nak cederakan aku? Bukan aku."

"Jangan libatkan aku dalam masalah kau, budak kecik."

Riak wajah aku berubah mendung. Terasa dengan kata kata Izwan.

"Aku sebaya dengan kau. Aku bukan budak kecik."

"Tak kisah. Kau tetap kecik. Pendek. Gedik."

Aku mengetap bibir. Kurang ajar!

Izwan berpaling dan terus melangkah ingin meninggalkan aku. Namun aku lebih pantas memaut beg yang tersandang di bahu lelaki itu.

"Apa lagi ni?" Izwan menoleh pada aku dengan malas.

"Tolong lah, Izwan. Aku merayu."

Aku menundukkan wajah. Aku sanggup melutut. Aku cuma nak dia tolong aku je. Apa susah sangat?

"Betul ni kau nak aku tolong kau?"

Aku angkat wajah. Macam orang gila, aku angguk laju.

Izwan akhirnya mengangguk.

"Okay. Aku tolong kau,"

Aku senyum lebar. Alhamdulillah! Bersinar sinar mata aku memandang wajah Izwan. Terlampau teruja.

"Tapi dengan satu syarat."

Senyuman aku mati. Lah. Syarat pulak.

"Hm? Apa dia?" aku angkat wajah untuk memandang wajah itu dengan lebih lama.

"Kau kena jadi hamba aku selama 14 hari."

Aku tercengang.

"Hah?"

Izwan menghela nafas panjang. Stress bercakap dengan orang blur macam aku.

"Kau pekak ke? Dahlah kontot, pekak pulak tu. Kesian kau."

Aku mengerutkan dahi. Suka hati mak bapak tiri dia je nak hina hina aku. Aku pendek pun comel apa. Kau tinggi tinggi nak pergi mana?

Dengan tiba tiba, Izwan menarik tali beg aku. Memaksa aku dan dia untuk berdiri rapat.

"I said, be my slave."

Darah aku berderau mendengar suara serak basah itu.

Kau dah gila ke, Izwan Hakiem!

Aku pantas menjarakkan tubuh.

"Tak nak!"

"Tak nak sudah. Aku pun tak ingin nak tolong kau." Izwan berpaling semula lalu terus melangkah pergi.

Aku menggigit bibir bawah beberapa kali.

Ah macam mana ni? Aku terdesak, Ya Allah. Apa nak buat ni?

"Izwan!"

Izwan mematikan langkah. Sesaat kemudian, dia menoleh semula pada aku.

Ini semua sebab terpaksa!

"Aku terima syarat kau,"

Izwan senyum tipis.

"Bagus."

Aku menundukkan wajah tatkala Izwan berjalan menghampiri aku.

Dia ni bukan boleh dijangka!

"Sambut."

"Ah—!" Aku dengan spontan menyambut beg sekolah Izwan apabila Izwan tiba tiba baling beg adidas hitam itu ke arah aku.

"Tu kerja pertama kau. Bawakan beg aku sampai ke blok aspura."

Izwan memandang aku sekilas sebelum terus menapak pergi tanpa berpaling lagi.

Aku mendengus geram.

Eeee! Dahlah beg aku sendiri pun berat. Tambah lagi dengan beg ketua pengawas berlagak tu. Nasib baik beg mamat tu ringan.

Yelah. Buku teks pun tak bawak, guys. Buku tulis pun bawak sekeping je. Macam mana nak berat?

Beg ni berat dengan lollipop je kot!

"Jalan tu cepat sikit boleh tak? Lembab,"

Ish. Tak reti sabar betul mangkuk ayun ni. Dia tu kaki panjang boleh la jalan laju laju. Kaki aku pendek je woi.

Aku mengomel dalam hati sambil terus mengekori Izwan dari belakang.

Izwan tiba tiba menghentikan langkah dengan mengejut. Fuh. Nasib baik aku sempat brek. Kalau tak, memang dah 'accident'.

"Kenapa berhenti pulak ni?" aku berdecit geram.

Izwan pandang wajah aku dengan riak tak bersalah. Dia hulurkan satu batang lollipop perisa blueberry pada aku.

Uish. Asal tiba tiba baik ni? Lain macam.

Aku menyambut huluran itu dengan senyuman manis tersungging di bibir.

"Bukak kan untuk aku."

Senyuman aku mati. La! Aku ingat dia nak bagi aku. Hm.

Aku tarik muka.

"Kau tu hamba. Jangan buat muka macam tu depan tuan kau."

Kisah pulak aku? Eee macam mana aku nak hadap perangai dia selama 14 hari ni weh? Tercirit aku.

Izwan merampas lollipop yang aku dah buka.

Ceh. Dahlah langsung tak cakap terima kasih. Dasar lo!

Kami terus berjalan ke aspura. Izwan di depan, aku di belakang.

Sedang aku melangkah, beg Izwan yang ada di tanganku tiba tiba terlucut. Aku mengeluh geram.

Dugaan apa lagi ni? Aku dahlah penat!

"Kau ni lembik betullah. Aku baru suruh bawak beg dah jatuh. Kalau lepas ni aku suruh kau dukung aku ke apa ke macam mana?"

Hoi. Kau fikir kau ringan macam semut ke hah?

Aku ingat, Izwan nak tolong angkat. Sebaliknya—

"Aku tunggu depan aspura. Pastikan kau sampai cepat. Kaki dahlah pendek."

Setelah puas memaki aku, Izwan terus berjalan meninggalkan aku terpinga pinga di belakang.

Sebak pula tiba tiba.

Aku rindu kau yang dulu, Izwan. Tolong la berhenti sakitkan hati aku. Aku takut aku akan mula bencikan kau.

Aku menyeka air mata yang bergenang. Tak nak menangis lagi sebab dia.

Aku gagahkan diri untuk mengambil beg Izwan yang dah 'terbaring' atas jalan tar.

Dengan tidak semena mena, sehelai kertas melayang keluar dari poket beg Izwan yang dah terbuka sedikit.

Eh. Kertas apa pula ni?

Aku mengutip kertas coklat muda itu lantas membuka lipatan pada kertas itu dengan penuh rasa ingin tahu.

Bait bait tulisan yang tertera pada kertas itu buat dunia terasa seakan terhenti berputar.

✿✿✿✿✿

Ke hadapan Marina Finanda,

aku harap kau terima cinta aku. aku betul betul sukakan kau dari kali pertama kita berjumpa.

please be mine.

your man,
Izwan Hakiem.


✿✿✿✿✿



To Be Continued

takyah scroll dah. dah takde update HAHAHAHA tiga chapter je pun bengkak jari aku menaip.

bye korang ! kalau panjang umur, kita jumpa lagi okay?

izinkan wany berehat dan cari ketenangan hidup. tak lama pun.

give me one year

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

taklah gurau. since sekolah dah nak start, banyak benda kena prepare so maybe update pun jadi triple times late.

THANKYOU BLUEBERRY SAYA SEMUAAA!







bubye
anyeong
borahae 💜



with love,
wany ♡

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top