00 : 24
« badboy »
bersedia untuk jumpa Izwan versi baru?
badboy version 2.0 √
untuk chapter kalini, tiada sebarang special tags kerana semua yang sedang membaca sekarang ni special bagi wany ♡
terimakasih untuk semuanya.
terima kasih sebab selalu ada untuk sokong wany :')
°°~°°~°°~°°~°°~°°~°°~°°
sebelum mula, nak tanya sikit boleh?
apa yang buatkan korang masih lagi baca buku ni sampai sekarang even wany selalu update lambat?
pilih jawapan dekat bawah ;
a) sebab bosan. corona kan duk umah je.
b) taknak baca pun. terbuka tanpa sengaja.
c) siapa wany? HAHAHAHAH
d) jawapan lain (sila nyatakan) -----------------
°°~°°~°°~°°~°°~°°~°°~°°~°°~°°
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
enjoy reading my blueberries ♡
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
APA perasaan aku sekarang?
Kosong.
Sakit.
Itu yang aku rasakan.
Sebelum keluar dari perkarangan hospital, aku sempat ke bilik doktor bagi mendapatkan perincian yang lebih tepat tentang apa yang sedang menimpa Izwan tika ini.
Izwan disahkan menghidapi transient global amnesia. Ia bermaksud kehilangan input memori otak secara total dalam beberapa perkara yang pernah dilalui oleh Izwan sepanjang hidupnya.
Lebih menyedihkan, doktor tidak dapat menjanjikan yang Izwan akan pulih dalam masa terdekat. Penyakit ini akan mengambil masa yang lama disebabkan kecederaan parah pada bahagian kepalanya.
Doktor cuma beritahu aku yang aku perlu selalu berada bersama Izwan untuk mengembalikan semula memori yang hilang.
Macam mana nak selalu bersama dia kalau dia sendiri halau aku?
Nasib baik tiada orang di perhentian bas ketika ini. Kalau tak, orang lain mesti pelik tengok aku menangis macam ni.
Aku kesat air mata yang mengalir.
Cliché. Semua ni cliché!
Apahal pulak dia boleh hilang ingatan ni? Ingat ni drama akasia tv3 ke?
Telefon aku yang berada di dalam beg silang tiba tiba berdering rancak. Mematikan lamunan aku.
Aku menyeluk beg dengan tangisan yang masih bersisa.
firash edhan 🦁
Maaf, Rash. Tapi buat masa sekarang, aku tak nak bercakap dengan sesiapa.
Aku matikan telefon lantas menghalakan pandangan pada kereta yang lalu lalang.
Tak.
Sekarang ni...
Macam mana aku nak balik?
Aku mana ada duit.
Nak jalan kaki? Memang tak la jawabnya. Dahlah jauh. Kalau dekat tak apalah jugak. Ni bukan drama korea nak jalan jalan kaki bagai. Ni Malaysia weh.
Call abah? Itu sama sahaja seperti nak menempah maut. Dah lah aku lompat tingkap bilik tadi.
Call ummi? Hm sia sia. Sebab ummi takkan on phone masa waktu bekerja.
"Mommy! Tengok kakak tu. Iee dia nangis la. Tak malunya. Dah besar pun nak nangis. Tu mesti nangis sebab kena tinggal dengan pakwe tu."
Darah aku mendidih bila dengar satu suara comel yang tiba tiba muncul.
Aku nampak seorang budak lelaki lingkungan umur 4 tahun yang sedang berpimpinan tangan dengan seorang wanita. Mereka berdua ingin melalui kawasan perhentian bas itu. Tapi terserempak pula dengan aku.
Budak ni nak kena smackdown dengan aku ke?
"Hish. Affan, apa cakap macam tu. Tak baiklah. Mommy tak ajar." Wanita itu kelihatan serba salah apabila aku menunjukkan riak tak puas hati dengan kata kata budak lelaki tak cukup umur tu.
Aku menjeling mereka berdua.
"Iee tengok tu. Jeling jeling orang pulak. Patutlah pakwe dia tinggalkan dia. Suka jeling orang rupanya. Padan muka kena tinggal."
Astaghfirullahalazim.
Budak kecik ni dah kenapa?
Aku lantas berdiri lalu mencerunkan pandangan pada kedua dua mereka.
"Hoi budak. Sebelum aku cili mulut kau yang busuk tu baik kau diam. Kecik kecik dah biadap. Besar besar nak jadi apa? Kau jadi wartawan jela, dik. Suka sangat sibuk hal orang kan?" Aku tinggikan suara.
Geram. Sumpah.
Budak kecil ni mulut dia boleh tahan puaka jugak.
"Hey. Kenapa awak tinggikan suara dekat anak saya? Saya sendiri pun tak pernah tinggikan suara dekat dia. Awak ni kurang ajar." Wanita tadi memeluk anaknya di hadapan aku.
Budak lelaki tu tiba tiba menangis.
Dia buat drama pulak. Sepatutnya aku yang menangis sekarang ni.
Hello. Anak makcik yang kurang ajar. Salahkan aku pulak? Ya. Aku memang kurang ajar. Tapi aku akan kurang ajar bila orang lain cross my limit.
"Makcik, anak makcik yang kurang ajar. Dua dua sama. Drama." Aku sempat tolak bahu budak lelaki tu sebelum berlalu pergi.
Aku dapat dengar dengan jelas suara tangisan budak lelaki tu yang makin kuat lepas kena tolak dengan aku.
Mak budak tu pulak jerit jerit maki aku.
Ceh. Kisah apa aku.
Lepas satu, satu. Lepas ni apa pulak?
Aku lajukan langkah. Malas dah nak kisah pasal semua benda. Jalan kaki pun jalan kaki lah. Janji sampai rumah. Harap, abah belum balik. Kalau tak, mati aku.
Tiba tiba, bunyi guruh sabung menyabung kedengaran kuat.
Aku dongakkan wajah sambil berhenti melangkah.
Rasa nak nangis bila langit perlahan lahan mula gelap menandakan hujan akan turun.
Ya Allah, dugaan apa lagi kali ni?
Aku terus melangkah. Tak hiraukan langsung titisan air hujan yang mula jatuh membasahi bumi.
Serentak dengan itu juga, hati aku jadi sebak.
Kenapa dunia ni terlalu kejam? Kenapa aku perlu lalui semua ni? Aku ni jahat sangat ke? Apa salah aku?
Aku kesat kasar lipbalm yang masih tersisa di bibir. Semua ni sia sia. Kenapa kau nak jadi orang lain, Ara? Jadi diri kau sendiri je.
Aku takkan sesekali lagi sentuh lipbalm tak guna tu.
Air mata aku menitis lagi.
Orang lain mungkin akan cakap aku lemah sebab asyik menangis. Tapi hakikatnya, aku dah terlalu lama pura pura kuat. Pura pura macam aku ni boleh lalui semuanya.
Tapi kalini.
Aku nak menangis sepuas puasnya sambil terus menapak pulang.
Sebab apa?
Sebab hujan ni yang akan mengaburi air mata aku.
❀❀❀
SETIBANYA aku di rumah, abah dah tercegat di depan pagar. Menanti aku dengan wajah bengis.
Teruk jugak la aku kena marah. Sebab ada jiran report dekat abah yang aku panjat keluar dari tingkap bilik. Kalau aku tahu siapa yang report, memang aku cincang kau 18.
Sekarang, aku dalam bilik.
Cuma baring, termenung, menangis.
Aku benci perasaan kosong ni. Aku rasa hidup aku dah makin teruk. Lepas satu, satu. Ni belum lagi dekat sekolah.
Agaknya, macam mana Izwan akan layan aku nanti? Mesti lebih teruk dari tadi.
"Meena..."
Aku dengar ketukan halus di muka pintu bilik. Aku tahu, itu abah. Sebab ummi tak balik kerja lagi.
Pantas, aku selubungkan tubuh dengan selimut tebal lantas terus pura pura tidur.
Aku masih rasa merajuk dan marah pada abah. Dahlah aku balik tadi dengan keadaan basah kuyup. Abah tak kesian langsung. Abah terus marah aku dekat situ.
Hm ternangis jugak la aku.
"Abah masuk ya?"
Diam.
Aku dengar bunyi pintu dikuak dari luar. Seseorang menapak masuk dan duduk di birai katil.
Abah melepaskan keluhan berat sambil memandang aku.
"Abah tak sengaja tadi. Abah minta maaf sebab termarah princess abah ni."
Aku cuba tahan air mata dari mengalir. Aku masih terasa.
"Meena, maaf kan abah ya?"
Tak nak. Abah jahat.
"Meena dah tidur ke?"
Nampaknya, lakonan aku menjadi. Aku terus diam tak berkutik.
"Tak apalah. Abah keluar dulu. Malam nanti, abah bawak Meena makan pizza ya?"
Serentak dengan itu, abah bingkas bangun. Sebelum keluar, abah sempat usap kepala aku lembut.
Aku membuka kelopak mata apabila dengar bunyi pintu ditutup dari luar.
Abah... Meena takut.
Kenapa semua orang yang Meena sayang buat Meena macam ni?
Kenapa hidup aku terlalu menyedihkan?
Tiba tiba, telefon aku berdering nyaring. Aku mencapainya.
marina finanda 🍁
Marina telefon? Kenapa pula ni?
Aku berkira kira sendiri. Nak angkat ke tak?
Angkat jela. Mana tahu ada hal penting ke?
Perlahan lahan, aku menekan punat hijau pada skrin telefon.
"Hello, Laura! Kau okay tak ni? Kau tengah menangis ke sekarang?"
Dahi aku serta merta berkerut. Jap. Macam mana dia tahu-?
"Kau lupa ke? Dulu, kau pernah cakap dengan aku. Kalau hujan turun, tu maksudnya kau tengah menangis."
Aku tersentak. Seraya mata aku terhala pada jendela bilik yang terkatup rapat. Dapat aku lihat hujan yang turun dengan makin lebat.
Aku pernah bergurau dengan Marina dulu. Aku cakap dengan dia, kalau hujan turun maksudnya aku tengah menangis.
Tak sangka dia percaya.
Dan tak sangka benda tu betul betul terjadi sekarang.
"Laura, kau okay tak?"
Aku geleng. Tak. Aku tak okay. Dan aku perlukan seseorang untuk luahkan semua ni.
"Tak, weh. Aku tak okay..." aku mula menangis teresak esak.
"Ya Allah, Laura. Tak apa. Shh aku ada ni. Jangan nangis..."
Aku letakkan satu tangan pada dada. Sakit. Hati aku sakit sangat dengan apa yang terjadi.
"Kau cerita dengan aku apa yang jadi. Aku dengar. Jangan sedih sorang sorang. Kita kan kawan?" Marina cuba memujuk.
Aku mengangguk.
Ketika awan sedang turut sama menangis bersama sama aku, aku menceritakan segala galanya pada Marina.
Tapi.
Aku lupa satu perkara.
Aku sedang bercerita pada seorang yang-
Munafake.
❀❀❀
MARINA menapak perlahan ke suatu arah dengan beg plastik merah jambu di tangannya.
Bibirnya menguntum senyum manis.
Tak sabar.
Sesampainya dia di sebuah pintu dengan tulisan 101, dia menjengukkan wajah ke arah tingkap lutsinar yang terdapat pada pintu bilik.
Marina senyum lagi.
Tak ada orang! Cuma ada dia.
Marina menarik nafas sedalam dalamnya sebelum menolak daun pintu seraya meloloskan diri ke dalam.
Baru sahaja masuk, anak mata hitam milik Marina bertembung dengan satu iris kelabu yang dingin.
Marina meneguk liur tatkala lelaki itu mencerunkan pandangan ke arahnya.
Pandang macam nak telan pun ada.
"Siapa kau? Siapa yang benarkan kau masuk dalam bilik ni?" Tegas, suara lelaki itu bergema memenuhi ruangan bilik.
Marina tak mengendahkan lelaki itu. Dia menghampiri lelaki itu lantas menarik kerusi untuk duduk bersebelahan katil.
"Keluar." Suara lelaki mendatar namun ada nada tegasnya.
"Sabar, Izwan. Saya Marina. Mungkin, awak tak kenal saya sebab..."
Marina senyum simpul.
"Awak amnesia? Am i right?" sambung Marina lagi.
Izwan membatukan diri.
"Izwan, awak betul betul tak ingat langsung pasal saya ke?" Marina dan Izwan bertatapan untuk masa yang agak lama.
Dahi Izwan berkerut.
"Aku tak kenal kau. Aku nak kau keluar dari sini sebelum aku panggil security."
Marina tunduk memandang lantai.
"Sampai hati awak nak halau saya. Sampai hati awak nak halau teman wanita awak sendiri, Izwan?"
Izwan terkedu. Terkejut dengan kata kata Marina.
"Ap-apa yang kau merepek ni?" Suara Izwan mula mengendur.
Marina merenung anak mata Izwan sedalam dalamnya. Cuba untuk meyakinkan lelaki di hadapannya tika ini.
"Ya, Izwan. Sebelum awak ke kem, awak luahkan perasaan awak pada saya. Awak cakap yang awak betul betul sukakan saya."
"Sejak tu, kita sama sama ada hubungan istimewa. Awak tak ingat semua tu? Macam mana awak boleh ingat Nayli tapi awak tak ingat langsung pasal saya?"
"Tak payah libatkan Nayli. Aku tak ingat pasal dia. Tapi dia yang jaga aku masa aku dekat sini. Aku tahu dia baik."
Izwan mengalihkan pandangan.
Terasa sukar untuk percaya semua ni. Tak mungkin lah. Kalau betul aku sukakan perempuan ni, mesti aku dah rasa sesuatu bila berada berdekatan dengan dia.
Tapi tak.
Aku tak rasa apa apa. Rasa nak halau dia keluar adalah.
Izwan tersentak apabila mindanya ligat memikirkan sesuatu.
Laura Ameena.
Siapa dia? Kenapa aku dapat rasakan sesuatu bila dia pandang aku? Kenapa jantung aku berdegup lebih pantas dari biasa bila dia ada?
"Izwan... awak dengar tak ni?" Marina merengek kecil.
Izwan memusingkan tubuh. Memandang wajah Marina dengan riak serius.
"Siapa Laura Ameena?"
Soalan dari Izwan buat Marina terdiam seribu bahasa. Rasa marah makin membuak buak.
Kenapa Izwan boleh ingat pasal Laura pulak ni? Perempuan tu dah bomohkan Izwan ke?
Marina menunjukkan riak tak puas hati.
"Kenapa awak nak kena sebut nama perempuan tak guna tu?"
Kening Izwan bertaut. Tak faham dengan semua ni. Perempuan tak guna?
"Izwan, kalau awak nak tahu, Laura tu bukan perempuan yang baik. Dia cemburu bila awak pilih saya. Dia sukakan awak. Dia tu obses dengan awak! Saya tak suka dia!" Wajah Marina merah padam menahan marah.
Izwan tergamam. Apa?
"Tolonglah berhenti. Berhenti sebut nama dia."
Serentak dengan itu, air mata Marina tumpah membasahi pipi.
"Saya dah cukup terseksa selama ni, Izwan. Tolong percayakan saya. Laura bukan perempuan baik. Dia tu manusia bertopengkan syaitan." Wajah Marina menunduk. Bahunya terhinjut menahan tangis.
Izwan yang memerhati mula rasa serba salah.
"Marina."
Marina angkat wajah. Memandang wajah kacak milik Izwan.
"Tolong ceritakan lagi semua hal mengenai dia. Aku nak tahu." Kali ni, nada suara Izwan agak lembut berbanding tadi.
Marina senyum lalu mengesat air matanya.
Ya.
Bagus.
Banyak yang aku nak ceritakan pada kau, Izwan.
Laura Ameena? Ketepikan dia.
Marina menarik nafas lega.
Allah dah dengar doa aku.
❀❀❀
"WAN..."
Izwan tersedar dari lamunan panjang. Wajah ayu Datin Sahira dipandang.
Datin Sahira mengukir senyuman manis sebelum mengusap lembut rambut anak terunanya.
"Hey kenapa ni sayang? Wan tak happy ke dapat balik rumah semula?"
Izwan menggeleng.
"Habis? Kenapa?" tangan Datin Sahira ligat menyusun beberapa helai baju milik Izwan ke dalam sebuah beg.
Harini Izwan dibenarkan oleh doktor untuk pulang ke rumah. Namun begitu, Izwan masih perlu menghadiri temujanji bersama doktor secara berkala.
"Ma."
Datin Sahira melabuhkan punggung di sebelah Izwan.
"Ya, sayang. Kenapa ni?"
Izwan dan Datin Sahira saling bertatapan buat masa yang lama.
"Wan nak pindah sekolah."
Wajah Datin Sahira berubah riak. Seakan tak percaya dengan apa yang baru didengari.
"Kenapa tiba tiba ni? Hm? Dulu, mama pernah suruh Wan pindah sekolah yang lebih dekat dengan rumah kita. Tapi Wan tak nak. Kenapa tiba tiba sekarang?" Soal Datin Sahira, lembut.
Izwan melepaskan keluhan berat.
Datin Sahira terdiam sejenak. Sukar untuk ditunaikan.
Tapi Izwan satu satunya anak tunggal dia dan suaminya. Walaupun hanya anak angkat, Datin Sahira amat menyayangi Izwan lebih dari dia menyayangi dirinya sendiri.
Datin Sahira akhirnya mengangguk. Membuahkan satu senyuman di bibir Izwan.
"Kejap lagi kita singgah mall. Mama nak beli barang sikit. Senyum la. Mama nak tengok anak mama yang hensem ni senyum."
Izwan ukir satu senyuman ikhlas.
Datin Sahira mengelus lembut wajah kacak milik anaknya.
"Macam tu baru anak mama. Nanti mama uruskan semua hal berkenaan pindah sekolah tu. Wan jangan risau."
Izwan angguk.
Aura Laura Ameena terlalu kuat untuk aku tolak. Jika benar Laura Ameena tu memang perempuan jahat seperti yang diceritakan oleh Marina tempoh hari, jadi...
Aku perlu jauhkan diri dari dia.
Sebab aku takut.
Takut perasaan lain pula yang kian bercambah.
❀❀❀
AKU melangkah menuju ke sebuah kedai coklat di sebuah pusat membeli belah terkemuka itu.
Hari lahir Amelia lusa. Jadi, aku nak beli hadiah sikit untuk dia. Abah dan ummi hantar aku ke sini dan terus ke pejabat abah. Abah tertinggal fail penting di pejabat.
Ceh.
Macam la abah tak boleh pergi sorang je. Hm dah tak tahu dah taktik diorang. Nak dating sebenarnya tu. Aku tak kisah pun. Lebih suka jalan dekat Mall sorang sorang.
Kejap lagi, abah dan ummi akan ke sini.
Abah dah janji nak belanja makan pizza!
Aku senyum lebar tatkala melihat pelbagai jenis coklat yang tersusun rapi di rak kedai. Aku suka beli coklat dekat sini. Sebab lebih banyak pilihan.
Aku sendiri obsess dengan coklat.
Sebab apa? Sebab coklat ni boleh buat aku lupakan masalah masalah aku.
Kalau korang nampak aku makan benda bercoklat, maksudnya aku tengah stress lah tu. Tapi aku tipu semua orang, cakap aku cuma craving.
Padahal tak.
Aku capai coklat Noka yang terletak di rak atas. Satu kotak coklat ni ada 24 bar coklat. Disebabkan coklat ni amat eksklusif, harga dia pun cekik darah jugak.
Satu kotak RM150.
Tapi aku tak kisah keluarkan duit banyak macam ni demi kawan aku. Apalah sangat duit ni kalau nak dibandingkan dengan persahabatan kami.
Pfft. Sweet jugak aku ni kan?
Aku senyum sendiri.
Aku mengambil beberapa jenis coklat Van Houten, Ritter dan Volcano sebelum menapak ke kaunter.
Tak ramai pula orang harini. Kedai coklat yang selalunya sesak ni pun agak lengang. Aku lemparkan senyuman tipis pada petugas kaunter.
Coklat coklat tadi aku letakkan di atas kaunter.
"Banyaknya. Nak bagi buah hati ke ni?" sempat wanita penjaga kaunter itu mengusik aku sambil mengimbas barcode coklat coklat itu.
Aku ketawa kecil.
"Haah untuk buah hati." Aku senyum manis.
Mel kan buah hati aku?
Wanita tadi senyum lagi sebelum meletakkan kesemua coklat tadi ke dalam plastik.
"Semuanya RM 173.90,"
Aku dengan pantas menyeluk tanganku ke dalam beg silang yang berada di bahuku.
Senyuman aku hilang.
Jantung aku berdegup kencang secara tiba tiba.
Aku cuba merungkai beg itu dengan kasar. Namun, aku hampa.
Allah.
Aku tertinggal beg dompet dalam kereta!
"Kenapa, dik?"
Aku angkat wajah memandang wajah wanita itu.
Aku geleng.
"Tak. Tak ada apa apa. Kejap ya kak?"
Aku cuba membuka semua zip di dalam beg itu. Mana tahu ada selit duit sikit sikit ke?
Ah jumpa!
Kejap.
Aku jumpa 20 sen.
20 sen ni nak beli karipap separuh pun tak lepas, wahai Laura Ameena.
Ya Allah, Ara. Kenapa kau cuai sangat?
Benda penting macam tu pun boleh tertinggal ke? Kenapa kau tak tinggal je otak kau dalam kereta tu tadi?
"Biar aku bayar dulu. Dasar lembap."
Aku terkedu tatkala mendengar satu suara yang tiba tiba menyapa dari belakang.
Suara tu macam kenal. Tapi disebabkan rasa malu yang mula menebal tatkala orang orang di situ mula mengalihkan pandangan pada aku, aku terus tundukkan pandangan dan duduk di tepi kaunter.
Lelaki tadi berdiri betul betul disebelah aku. Dia meletakkan coklat Cadbury dengan kasar di atas kaunter kedai.
Tak ada adab ke? Makanan kot. Agak agak ah.
"Err semuanya RM11.50," tergagap gagap akak yang jaga kaunter kedai coklat tu.
Takut agaknya dengan lelaki sebelah aku ni. Dahlah suka hati mak bapak tiri dia je nak cakap aku lembap.
"I'll pay for this girl. Keep the change."
Lelaki tadi meletakkan beberapa not ungu di atas kaunter sebelum terus berlalu pergi dengan coklat Cadbury di tangannya.
Eo?
Jap. Aku tak salah dengar kan?
Dia bayarkan untuk aku sekali? Siap tak ambil duit baki lagi.
Aku berpaling. Memandang bayangan lelaki tadi yang semakin menghilang di balik orang ramai.
Aku tersentak apabila baru sedar sesuatu.
Aku capai plastik coklat tadi lalu dengan pantas terus berlari mengejar lelaki itu.
Aku kenal dia.
Aku kenal lelaki tu!
"Berhenti!"
Langkah lelaki tadi terhenti betul betul di hadapan kedai coklat itu.
Air mata aku bergenang.
Aku tenung susuk lelaki itu dari belakang. Hoodie hitam yang membaluti tubuh lelaki itu, aku kenal. Semua tentang lelaki itu aku tahu. Dari suara dia, perfume yang dia guna dan juga aura dia.
Aku tahu semua tu.
Lelaki itu melepaskan keluhan berat sebelum berpaling.
Walaupun jarak di antara kami hampir 1 meter, aku tak kisah. Aku tetap bersyukur sebab aku diberi peluang untuk bertatapan dengan lelaki beku itu sekali lagi.
Izwan Hakiem.
Satu satunya lelaki yang berjaya curi tempat di hati aku.
"Nak apa?" kasar, Izwan berbicara tanpa memandang wajah aku walau sekilas.
Aku mengetap bibir. Walaupun terasa dengan nada kasar Izwan, tapi aku tetap memanjatkan rasa syukur.
Dapat dengar suara Izwan sekali lagi. Aku ingat, aku betul betul akan hilang dia.
"Bila kau discharged?" soal aku.
Izwan berdecit.
"Kau tak perlu sibuk hal aku."
Tak perlu sibuk? Tapi...
"Jauhkan diri kau dari aku, stranger."
Izwan berpaling semula sebelum terus menapak meninggalkan aku.
"Tunggu!"
Izwan terus menapak tanpa menghiraukan panggilan aku.
"Berhenti." Aku capai hoodie Izwan dari belakang lalu menariknya perlahan.
Izwan berpaling ke arah aku. Anak mata kelabu miliknya merayap pada wajahku dengan agak lama.
"Don't you ever dare to touch me once again."
Izwan merentap hoodienya yang berada dalam genggaman aku.
Aku mengetap bibir. Cuba menyimpan perasaan sedih yang bersisa.
Tapi aku tak mampu.
Perlahan lahan, air mata yang bertakung tadi gugur membasahi pipi.
Dengan tiba tiba, Izwan merapatkan jarak kami berdua. Buat aku hilang arah dengan apa yang terjadi.
Aku dapat tangkap dengan jelas bau wangian yang menguar dari tubuh lelaki itu.
Lelaki itu menarik aku ke arahnya rapat.
Aku terkedu.
"Aku tak suka perempuan lembik yang kuat menangis macam kau ni." Perlahan, Izwan berbisik di telinga ku.
Aku dapat rasakan tangan Izwan yang bergerak di bawah-
Dia letak sesuatu dalam poket hoodie aku.
Izwan menjarakkan tubuh. Sempat berbalas pandangan dengan aku sebelum menapak pergi.
Aku kaku. Tak boleh bergerak. Rasa macam kena jampi.
"Oh ya."
Izwan tiba tiba berpaling semula. Memandang wajah aku yang merah padam menahan malu.
"Cik stranger, jangan lupa. Kau hutang dengan aku RM173.90 dan aku nak kau langsaikan hutang kau secepat mungkin. Urusan aku dengan kau masih belum selesai."
Izwan terus berlalu pergi tanpa berpaling lagi.
Aku letakkan kedua dua tangan pada dada.
Ya Allah. Lajunya jantung. Debaran ni kalah berdebar nak dapat result exam.
Oh. Tadi, dia ada letakkan sesuatu dalam poket hoodie aku. Apa dia-
Aku selukkan tangan ke dalam poket. Terkedu tatkala mendengar bunyi plastik.
Ca-cadbury?
❀❀❀
"ARA..."
Aku tersedar dari lamunan apabila seseorang duduk di sebelahku.
Mel.
Amelia meletakkan kepalanya di bahuku. Manja.
"Sampai bila kita kena pura pura macam ni? Apa kata kita sama sama reveal perangai marina tu dekat semua orang? Biar semua orang pulaukan dia." Amelia mencebik dan menggenggam erat lenganku.
Aku merungkaikan genggaman itu sambil terus menyambung tugasan melipat beberapa helai baju milikku untuk dimasukkan ke dalam loker.
Entahlah. Aku pun penat jugak. Sebab aku rindukan kehidupan dan kawan kawan aku yang dulu.
Pura pura gaduh depan Marina? Aku pulak yang rasa sakit hati.
Adil ke semua ni?
"Mel." Diyana secara tiba tiba duduk berhadapan dengan kami berdua.
"Kita tak tahu apa masalah Marina. Mana tahu kalau dia ada masalah dia sendiri yang buatkan diri dia jadi macam tu? Sebab tu la kita kena buat baik dengan semua orang walaupun orang tu buat jahat dengan kita." Diyana senyum tipis.
Aku turut senyum. Suka dengan kepositifan D. Betul juga tu.
"Ikutkan hati aku memang aku dah baling minah tu dalam kolam belakang aspuri." Afieya mencebik lalu duduk di atas riba aku.
"Yah. Berat la, makcik. Kau fikir kau ringan macam kapas ke? Bangun!" aku menolak tubuh Afieya hingga gadis kurus itu jatuh terjelepok di atas lantai.
Afieya peluk lutut aku dengan erat.
"Sampai hati kau tolak aku, Ara. Aku benci kau."
"Benci? Habis yang kau peluk aku ni kenapa? Tepi la." Aku menepis tangan Afieya.
Afieya sengih lalu sambung peluk lutut aku balik.
"Benci tapi sayang."
Aku terdiam.
Aku pernah rasa perasaan tu. Pada seseorang.
"Oh ya. Cha dengan Syu mana? Dorm ni pun sunyi je. Mana semua orang?" Soal Amelia. Pelik. Selalunya dorm ni la dorm paling riuh.
Marina pun tak ada.
"Aku rasa-"
"Korang korang!" belum sempat Diyana menghabiskan ayat, muncul susuk tubuh Raysha dan Syuhada yang kelihatan tercungap cungap sedang mencari nafas.
Ya Allah. Ni dah kenapa pula? Merentas desa ke kak?
"Ya Allah. Korang ni dari mana? Dengan peluh peluhnya. Iee mesti peluh korang busuk." Afieya buat muka geli.
"Diam ah kau. Aku lap muka kau pakai peluh aku kang." Raysha melangkah masuk ke dalam dorm dengan nafas yang masih tak teratur. Syuhada hanya mengekori dari belakang.
Oh ya. Baru perasan. Di tangan Cha, ada satu helai kertas. Macam pamphlet. Apa dia agaknya?
"Okay kami berdua ada berita tergempar, sensasi dan lebih panas dari gosip dekat Melodi." Raysha dan Syuhada berdiri di hadapan kami semua.
Aku mengerutkan dahi.
"Apa dia?"
Raysha dan Syuhada saling berpandangan sesama sendiri.
"Okay sebelum tu, korang kena tarik nafas dulu. Aku takut korang sakit jantung dengar berita ni." Syuhada menggigit bibir bawahnya. Resah.
Entah kenapa aku turut sama berdebar.
"Baik kau bagitahu sekarang sebelum aku sumbat mulut kau dengan stoking Marina." Afieya mengugut.
Dah kenapa pulak stoking Marina jadi mangsa ni woi.
"Macam ni..."
"Disebabkan Alisa dah meninggal dunia, terdapat kekosongan untuk jawatan Penolong Ketua Pengawas. Dan... ish. Syu, kau sambung la. Aku menggigil la." Raysha menyerahkan pamphlet tadi kepada Syuhada.
Syuhada menarik nafas panjang.
"Marina. Dia yang akan dilantik menggantikan posisi Alisa."
❀❀❀
KECOH satu sekolah dengan berita pencalonan baru untuk posisi Penolong Ketua Pengawas Sekolah dan Ketua Aspuri.
Kedua dua posisi penting itu dahulunya milik Alisa. Namun setelah ketiadaannya, posisi itu lompong.
Lebih menggemparkan, Marina turut tercalon. Aku pun pelik juga. Dia tu bukan pengawas. Murid baru pula tu.
Aku tenung senarai nama yang terpampang pada papan kenyataan aspuri. Keluhan kecil aku lepaskan.
Calon pertama, Rabi'atul 'Adawiyah.
Calon kedua, Nurul Athirah Umairah.
Calon ketiga, Marina Finanda.
Semua budak kelas aku. Aku sokong Raby dengan Umai.
Tapi Marina-
"Tch. Hancur sekolah kalau Marina pegang jawatan tu."
Aku terkedu. Eh. Siapa pula? Bukan aku sorang je ke kat sini?
Aku berpaling.
Kening aku bertaut apabila terlihat Bella sedang bersandar pada satu tiang di belakang aku sambil memeluk tubuh.
"Bella?"
Dah lama aku tak bersua muka dengan Bella. Geng dia tu lagi la dah lama tak nampak. Masing masing jauhkan diri dari aku. Kalau terserempak pun, semua lari.
Durra, Rania, Nadya dan Elvira dah dipindahkan ke kelas lain kerana salahlaku disiplin.
Bella kekal di kelas sama. Anak pengetua la katakan.
Aku pandang Bella sekilas sebelum terus melangkah ingin ke dorm semula. Tak nak lama lama dengan dia.
Jujur aku cakap. Aku masih terasa hati dengan apa yang dia dan semua kawan kawan dia pernah buat pada aku dulu.
Tiada maaf.
Malah, diorang jauhkan diri dari aku macam tu je. Adil ke kalau aku maafkan diorang?
"Laura."
Aku terkedu. Tatkala sepasang tangan merangkul lenganku dari belakang.
Aku berpaling.
Dengan tiba tiba, Bella menarik aku masuk ke dalam pelukannya.
"Maafkan aku, Laura. Maafkan aku..."
Aku tersentak apabila mendengar esak tangis yang keluar dari mulut Bella. Dia mengemaskan pelukan. Aku dapat rasakan tudung aku basah dengan air mata Bella.
"Be-Bella..."
"Aku jahat. Aku tak patut buat kau macam tu semata mata hanya sebab lelaki. Aku mengaku, Laura. Aku yang berpakat dengan Marina untuk buat kau keluar dari sekolah ni. Aku yang jahat. Aku, Laura."
Ya, Bella. Aku tahu. Aku tahu semua tentang rancangan kau dan Marina.
Entah entah, acara minta maaf ni pun adalah salah satu dari rancangan kau dan Marina.
Siapa tahu kan?
Aku merungkaikan pelukan itu dengan lembut. Mata Bella yang berkaca dengan air mata aku tatap lama.
"Sudah lah, Bella. Aku penat dengan semua ni. Berhenti pura pura baik depan aku. Berhenti bodohkan aku."
Bella menggeleng. Tak. Aku tak pura pura.
"Apa salah aku, Bell? Kenapa kau buat aku macam ni? Aku ni nampak senang sangat ke untuk dibodohkan?" Air mata yang aku tahan dari tadi lagi kini turun membasahi pipi.
Dari form 1, Bella dan aku memang tak pernah sebulu. Ada je masalah yang berlaku antara kami.
"Tak, Laura. Percayalah. Sumpah. Aku bersumpah dengan nama Allah. Aku ikhlas minta maaf dekat kau. Sebab aku tahu, kau baik. Tolong, percayakan aku kalini." Bella meraih tangan aku lalu menggenggamnya erat.
Aku geleng. Tak. Aku takkan percayakan sesiapa lagi.
Aku leraikan pegangan tadi.
"Kau buat hal kau, aku buat hal aku."
Serentak dengan itu, aku melangkah pergi dengan air mata yang masih bersisa di pipi.
Maafkan aku, Laura. Aku tahu, tak senang untuk kau maafkan aku lepas apa yang dah jadi antara kita.
Bella senyum tipis.
Tapi tak apa. Aku janji, Laura.
Aku sendiri yang akan buktikan yang aku dah betul betul berubah.
❀❀❀
"KAMU dah fikir masak masak ke, Izwan?"
Izwan mengangkat wajah. Pandangannya dan Puan Anita saling bertembung.
Izwan mengangguk yakin.
Puan Anita melepaskan keluhan berat.
"Izwan, kamu dah masuk tahun akhir di sekolah ni. Kamu ketua pengawas. Ketua semua pelajar di sini. Saya merayu, jangan tinggalkan sekolah ni. Kami semua perlukan awak." Lirih, Puan Anita bersuara.
"Tolong hormat keputusan saya." Izwan bersuara dengan nada mendatar.
Puan Anita menanggalkan cermin matanya lalu memicit batang hidungnya perlahan.
Pening. Ketua pengawas tak ada. Penolong ketua pengawas pun tak ada.
Ah. Robohkan jela sekolah ni terus!
"Saya mohon, pertimbangkan balik keputusan awak ni. Demi sekolah. Demi saya."
Izwan berdecit.
"Demi sekolah? Demi puan? Apa yang saya dapat? Dapat duit tak?" Izwan mengangkat kening.
Tersentak Puan Anita mendengar kata kata Izwan.
Ini-
Ini bukan Izwan yang dia kenal.
"I got to go." Izwan berdiri, membetulkan kemeja pengawas yang tersarung di tubuhnya.
"Oh ya. Saya datang ni bukan untuk minta izin puan untuk pindah sekolah. Tapi saya cuma bagitahu awal awal. Supaya puan boleh cari pengganti untuk jawatan saya. Ketua pengawas? Tch. Macam budak sekolah rendah."
"Izwan Hakiem!" Puan Anita meninggikan suara. Bergema suaranya dalam ruangan bilik disiplin itu.
Izwan tidak mengendahkan panggilan itu.
Dia terus menapak keluar dari bilik disiplin dengan wajah bersahaja.
Baru sahaja satu langkah diambil meninggalkan bilik disiplin itu, Izwan menghentikan langkah.
Ya.
Aku ada di hadapan bilik disiplin.
Aku memandang wajah beku yang berjarak satu meter dariku itu.
Tadi aku nak pergi tandas. Kejap lagi perhimpunan pagi akan bermula. Baik buang air awal awal.
Tak sangka. Aku dapat dengar perbualan hangat antara Izwan dan Puan Anita.
Pindah sekolah? Dia dah hilang akal ke apa?
"Tepi."
Suara itu menyedarkan aku dari lamunan singkat.
Serentak dengan itu, Izwan berjalan untuk melintasiku.
Tapi aku lebih pantas menghalang.
Izwan dan aku saling berpandangan. Kalau tadi jarak kami hampir satu meter, kini jarak yang tersisa hanya 5 inci.
Dekat.
"Kau nak mati ke?" tegas, Izwan mencerunkan pandangan pada aku.
"Aku tak benarkan kau pindah sekolah." Aku tenung anak mata kelabu itu sedalam dalamnya.
Izwan menjarakkan semula jarak kami.
"Apa kau merepek ni budak pendek? Kau siapa nak tentukan pilihan aku?" sinis, Izwan melontar kata.
"Selamat berkenalan. Aku, Laura Ameena. Kau boleh panggil aku Meena. Cuma kau yang ada kebenaran untuk panggil aku dengan nama tu." Aku senyum tipis.
Dia hilang ingatan kan? Jadi, biar aku perkenalkan diri aku balik.
Dia cakap aku pendek? Hello. Dia tu yang tinggi macam galah! Aku pendek sikit je.
153 CM!
"Ada aku tanya? Kau tetap stranger. Jauhkan diri kau dari aku."
Aku pandang baju dan kot pengawas yang tersarung pada badan Izwan.
Hm. Dah jadi badboy sepenuh masa ke ni?
Dengan tie longgar. Baju pun tak masuk dalam seluar. Kot tak butang.
Okay aku tahu nampak hot.
Tapi aku tak nak orang lain nampak Izwan macam ni. Nanti semua menggatal. Lagi lagi budak junior.
Entah kenapa tiba tiba aku ada idea nakal.
Aku dekatkan semula jarak kami. Izwan terkedu tatkala tangan aku mendarat pada tali leher Izwan.
Aku terpaksa jengket sikit sebab perbezaan tinggi kami yang agak ketara.
Susah la jadi pendek ni.
"Kau buat apa ni?" Izwan melangkah satu langkah ke belakang.
Aku lebih pantas mendekatkan semula jarak kami.
Tangan aku ligat membetulkan tali leher tadi dengan selamba.
"Kau ketua pengawas, Izwan. Bukan ketua geng mafia. Tolong betulkan sikit sikap kau ni sebelum aku hentak kepala kau pakai kuali mak aku. Mana tahu ingatan kau boleh pulih balik ke. Kan?"
Aku senyum sinis.
Puas apabila tali leher tadi dah kemas.
Izwan pula dari tadi pandang aku tak berkelip.
"Okay dah siap. Pastikan nanti kau masukkan balik baju kau dalam seluar. Kot ni pun jangan lupa butangkan." Pesan aku sambil menggaru pelipis.
Rasa awkward pula bila Izwan asyik tenung wajah aku.
Kau la ni, Ara. Gila ke? Yang kau pergi betulkan tie dia tu dah kenapa weh?
"Kalau aku tak nak?" nakal, Izwan senyum sambil pandang aku.
Aku senyum kembali. Tak nak kalah!
Dia jadi badboy, aku boleh jadi badgirl. Tak ada hal la, bro.
"Ke kau nak aku yang betulkan?" aku menapak perlahan mendekati lelaki itu.
Sumpah lawak. Izwan terus kecut. Dia menapak ke belakang dengan muka pucat.
"Perempuan gila." Izwan sempat sepak kaki aku sebelum melangkah pergi.
Eleh. Dia sepak lembut je. Aku tahu, dia tak sekejam tu.
Aku memandang dari jauh susuk tubuh Izwan yang semakin menjauh.
Kalau dulu si beku tu boleh jatuh hati pada aku buat kali pertama...
Tak mustahil kan kalau aku boleh cuba buat si badboy ni jatuh hati pada aku buat kali kedua?
❀❀❀
KELAS bising macam pasar.
Cikgu Latiff tiba tiba pula ada hal. Menantu dia nak bersalin.
Cikgu Latiff sebagai bapa mertua yang mithali kena la ada bersama dengan menantu dan anaknya ketika momen momen indah itu.
Lepu. Dahlah fizik tiga masa harini.
Sedang sibuk aku menconteng buku teks fizik, satu susuk tubuh duduk berhadapan denganku.
Aku angkat sudut wajah.
"Laura. Rasa macam dah lama tak borak borak kan?" Marina senyum menampakkan barisan giginya teratur.
Aku sekadar bergumam kecil.
"Aku sibuk. Sebagai bakal penolong ketua pengawas, banyak benda yang aku kena selesaikan." Marina mencebik.
"Okay." Pendek, aku menjawab.
Marina capai tangan aku. Menghentikan jari jemari aku dari terus melakar gambar doraemon pada muka surat hadapan buku fizik tersebut.
"Ala jangan la merajuk. Aku janji, nanti kita spend time sama sama eh?" Marina mencubit pipi aku.
Aku mengangguk lemah.
Sebenarnya, aku tak ada mood nak layan orang. Semuanya sebab Firash.
Aku tak tahu kenapa. Dia macam-
Emosi semacam je. Tadi aku cakap dengan dia pun, dia macam nak tak nak je layan aku. Pastu harini pun nampak moody je.
Aku halakan pandangan pada Firash yang sedang duduk di tempat duduknya sambil belek buku fizik.
Izwan dekat sebelah tengah makan lollipop.
Ya Allah. Parah budak ni.
"Aku nak pergi tandas." Aku berdiri lantas mengemaskan meja.
"Nak ikut!" Marina turut berdiri.
Aku menggeleng.
"Tak payah. Biar aku pergi sorang je."
Marina pada mulanya beria nak ikut. Tapi lepas aku keraskan nada suara, dia akhirnya mengalah.
Aku ke meja Amierul untuk dapatkan pas keluar sebelum berjalan melintasi meja Izwan dan Firash yang terletak betul betul di hadapan pintu kelas.
"Nak pergi mana?"
Aku mengharap bahawa suara tadi adalah suara Izwan. Tapi bila aku menoleh, rupa rupanya Firash yang tanya.
Hm.
"Tandas." Aku tayangkan pas tandas yang berada dalam genggaman tangan aku.
"Lepas waktu sekolah, aku nak jumpa kau. Dekat tepi kiosk," ujar Firash tanpa sebarang riak wajah.
Aku kemudiannya menoleh pada Izwan. Lelaki tu nampak khayal dengan lollipop dia. Dia pandang tempat lain. Tak hiraukan aku dan Firash.
Aku angguk kecil.
Aku dapat rasakan yang hubungan Izwan dan Firash tak berada dalam keadaan yang baik.
Serentak dengan itu, aku mengatur langkah ke tandas murid perempuan yang terletak di Blok B.
Firash dengan Izwan gaduh ke? Tapi kenapa?
Aku melepaskan keluhan kecil sambil terus menapak. Hm murung aku. Dahlah tak boleh nak gosip gosip dengan member aku masa dalam kelas sebab tak nak kantoi dengan Marina.
Atiqah dan Nana tak datang sekolah harini.
Firash pula macam tu.
Aku kawan dengan batu je la senang.
Sedang asyik aku termenung, tiba tiba...
"Ahh-!"
Aku tersadung satu batu besar yang ada pada lantai lalu tubuh aku serta merta hilang keseimbangan.
Aku memejamkan mataku serapat rapatnya.
Dah redha.
Padan muka kau, Ara. Kau nak sangat kawan dengan batu kan? Ha tu dah terlanggar betul betul.
Batu pun tak nak kawan ngan aku. Sedih.
Belum sempat tubuh aku nak cium lantai, sepasang lengan lebih pantas menyambut aku, mengharamkan tubuh aku dari jatuh tersungkur.
Baru sahaja aku ingin melepaskan diri dari pegangan seseorang yang tidak aku ketahui itu, sekali lagi aku tergelincir membuatkan aku disambut buat kali kedua.
Tapi kalini pegangan dan tautan itu lebih kemas dari tadi.
Ah. Siapa pula ni?
Tanpa aku sedari, aku menggenggam erat kemeja lelaki itu dengan mata yang masih terpejam.
Takut jatuh buat kali yang ketiga.
"Best ke peluk aku?"
Satu suara kedengaran betul betul dekat dengan aku.
Aku buka kelopak mata perlahan lahan.
Perkara pertama yang aku lihat apabila pandangan aku mula jelas ialah-
Sepasang iris kelabu yang berada hanya beberapa inci dari wajahku.
Oh man.
Izwan senyum sinis.
Aku tolak kasar tubuh Izwan menjauhi aku.
Bila masa pula aku peluk dia?
Macam mana dia boleh ada dekat sini? Suka hati je keluar kelas. Dengan tak ada pas keluar nya.
Aku cepat cepat mengalihkan pandangan pada kawasan sekeliling.
Fuh selamat!
Nasib baik tak ada pelajar atau guru yang melalui kawasan itu. Kalau sesiapa ternampak babak ala ala drama Hindustan aku dengan Izwan tadi, tak ke naya?
Cuma ada seorang makcik cleaner yang sedang membersihkan sampah tidak jauh dari tempat Izwan dan aku sedang berdiri sekarang ni.
Makcik tu tak nampak, alhamdulillah!
"Tak reti nak cakap terima kasih?"
Izwan mengeluarkan sebatang lollipop dari poket seluarnya. Setelah mencabut pembalut pada lollipop itu, dia memasukkannya ke dalam mulut.
Dia memang tauke kedai lollipop ke apa? Sehari berapa ribu batang lollipop dia makan?
"Kau ikut aku?" soal aku, cuba untuk tukar topik.
Tolong sikit eh. Memang tak la nak cakap terima kasih dekat dia ni.
Aku lebih rela cakap terima kasih dekat anak tupai.
Izwan memasukkan tangan kanannya ke dalam poket seluar seraya bersandar pada tiang di belakangnya.
"Haah. Ikut kau. Sebab kau tak bayar hutang aku lagi."
Tch. Hutang? Dasar ah long.
Eh haah lah. Aku pun tak ingat langsung pasal hutang tu. Mana aku nak korek duit? Duit tu aku tinggal dekat rumah. Aku cuma bawa duit belanja yang abah beri.
Tak cukup la sampai RM 173.90 tu weh.
"Pergi masuk kelas. Kau tu tak ada pas keluar. Kalau Cikgu Nizaf nampak nanti, dia heret kau pergi bilik disiplin."
Sekali lagi, aku cuba tukar topik.
Ah tolong lah. Aku tengah pokai ni!
"Aku heret kau sekali." Izwan menaikkan keningnya. Bersandar dengan wajah bersahaja.
Aku mengetap bibir.
"Kau ni-"
"Apa yang kamu berdua buat dekat sini?"
Aku dan Izwan sama sama mengalihkan pandangan pada suara yang tiba tiba muncul tadi.
Ya Allah ya rabbi ya fattahu ya alim.
Jantung aku bagai nak melurut keluar apabila nampak Cikgu Nizaf sedang berdiri di suatu arah dengan rotan di tangannya serta wajah yang tiada walau secarik senyuman.
Sila ucapkan takziah pada Laura dan Izwan.
Arwah dulu nakal orangnya.
❀❀❀
"KAMU berdua buat apa dekat situ tadi? Berdua duaan pulak tu."
Aku ketap bibir.
Walaupun bilik disiplin ni ada pendingin hawa, aku hanya dapat rasakan aura panas. Cikgu Nizaf ni seram weh.
Aku mengerling ke arah Izwan sekilas.
Kucing betul.
Izwan selamba je berdiri dengan tangan kanannya di dalam poket seluar. Mata Izwan pula melilau memerhati segenap inci bilik disiplin itu.
Ceh macam tak pernah masuk pulak.
Oh lupa. Mamat lollipop ni hilang otak.
Eh hilang ingatan. Maaf maaf.
"Kamu berdua dating ke?"
Wajah aku serta merta membahang.
"Mana ada! / haah."
Aku dan Izwan saling berpandangan sesama sendiri.
Terkejut bila kami sama sama serentak mengungkap kata.
Dia cakap 'haah'?
Ada yang kena sembelih dengan aku jadi lauk hari raya pertama kang!
Rendang Izwan.
Mesti pahit daging dia.
"Kecik kecik dah ada hati nak bercinta?" Cikgu Nizaf memeluk tubuh sambil memandang kami berdua silih berganti.
Kecik? Hello. Aku dah 17 tahun okay. Tahun depan dah tak sekolah.
[Batch 03 can't relate. Jom join saya menangis di bucu jamban.]
"Maafkan saya, cikgu." Aku mengangkat wajah. Memandang wajah serius milik Cikgu Nizaf.
"Saya kesal. Ketua pengawas buat hal. Kamu memang dah tak sayang jawatan kamu ke, Izwan?" Cikgu Nizaf berdiri.
"Tak."
Mata aku terbeliak dengar jawapan berani mati yang keluar dari mulut Izwan.
Cikgu Nizaf dah mula mengerutkan dahinya tanda tidak senang dengan jawapan yang diterima daripada Izwan.
"Cikgu! Tak tak. Dia gurau je ni. Kan Izwan kan?" aku cuba untuk selamatkan Izwan.
Aku berikan panahan maut pada Izwan sebagai cara untuk memaksa Izwan untuk mengangguk dan mengiyakan apa yang aku cakap tadi.
Tapi lain yang jadi.
"Bila masa pulak aku gurau? Aku cakap benda betul. Buat apa nak sayang jawatan tu? Bukan boleh bawak mati pun."
Izwan mengalihkan pandangan pada Cikgu Nizaf.
"Jawatan cikgu pun tak kekal lama. Nanti dah mati, jadi arwah jugak. Tak ada beza dengan orang lain."
APA YANG DIA MEREPEK NI?!
"Izwan Hakiem!"
Terangkat bahu aku kerana terkejut apabila Cikgu Nizaf meninggikan suara seraya menepuk meja di hadapannya dengan kuat.
Betul betul marah dengan kata kata biadap yang dilontarkan oleh Izwan sebentar tadi.
Aku menoleh. Memandang Izwan yang masih dengan riak wajah sama. Tak rasa bersalah langsung.
Tak takut langsung ke mamat ni?
Lu langsi lu mati, Izwan. Malas aku nak backup kau dah!
"Kamu berdua keluar dari sini sekarang! Saya nak kamu berdua bersihkan stor sukan Blok Kenanga lepas waktu sekolah. Saya akan buat pemeriksaan esok. Kalau stor tu masih kosong, saya takkan teragak agak akan lucutkan jawatan kamu, Izwan."
Aku ternganga mendengar kata kata Cikgu Nizaf.
Jap.
'Kamu berdua?'
Maksudnya, aku dan Izwan ke?
Tapi apa salah aku? Aku keluar tadi pun pakai pas. Aku tak melawan cikgu weh. Sumpah rasa nak nangis.
"Tapi cikgu, saya tak salah." Aku bersuara. Cuba untuk menegakkan keadilan.
Cikgu Nizaf senyum sinis.
"Tak salah? Kamu backup dia tadi. Tu dah dikira bersubahat."
Aku telan jugak cikgu ni kang.
"Jom. Aku panas duduk dalam bilik orang yang banyak dosa ni." Dengan tiba tiba, Izwan meraih lengan aku lalu menggenggamnya erat.
"Apa kamu cakap?" suara Cikgu Nizaf memetir. Bergema di ruangan bilik disiplin itu.
Aku tergamam. Nampak urat urat yang mula timbul pada leher Cikgu Nizaf, menandakan dia betul betul sedang marah.
Izwan angkat kening.
"Kenapa cikgu terasa pulak ni? Ni bilik disiplin. Tempat pelajar bermasalah dihukum. Diorang yang banyak dosa. Bukan cikgu." Selamba, Izwan menutur kata.
"Siapa makan cili, dia rasa pedas."
Dengan kasar, Izwan menarik tangan aku meninggalkan ruangan bilik disiplin itu. Tidak menghiraukan Cikgu Nizaf yang sedang menjerit memanggil nama Izwan berkali kali.
Fuh, recik.
Jangan risau. Nanti aku bagi Izwan minum air rebusan buku akhlak budak darjah lima. Mana tahu akhlak dia boleh dikembalikan ke?
❀❀❀
AKU menggigit bibir bawah.
Resah.
Seumur hidup aku, aku tak pernah rasa sedih atau terkilan bila kena denda dengan cikgu disiplin.
Tapi sekarang lain.
Sebab bukan aku sorang. Tapi ada-
"Kau termenung apa lagi tu? Cepatlah, Laura. Kita kena balik dorm. Lepas ni, aku ada perjumpaan bola jaring." Marina menarik narik lengan aku sambil merengek manja.
Aku tersedar dari lamunan.
Lah. Baru aku perasan. Kelas dah kosong. Cuma ada aku dan Marina.
Aku cepat cepat mengemaskan meja dan memasukkan semua barang di dalam beg semula.
Eh jap.
Aku melontarkan pandangan pada sebuah kerusi di suatu arah.
Tempat duduk Izwan pun dah kosong. Mana pulak dia pergi? Kitorang kan kena kemas stor sukan.
Jangan cakap dia lari dari tanggungjawab sudah!
Memang aku cincang dia pastu bagi yeontan makan.
Eh.
Marina membetulkan lipatan tudungnya sambil tersenyum sendiri.
"Jom." Aku berjalan melintasi Marina sambil menggalas beg sekolah di bahu kanan.
"Laura."
Aku terpaku. Langkah aku terhenti betul betul di hadapan pintu kelas. Marina di belakangku turut menghentikan langkahnya.
Firash sedang berdiri di sebelah pintu kelas dengan beg hitam NIKE yang tersandang di bahunya.
Dia pandang aku dan mengeluh kasar apabila sedar kehadiran Marina di belakangku.
"Eh Firash. Maaf buat awak tunggu lama. Jom kita pergi." Marina dengan tiba tiba melanggar bahuku kasar lantas berdiri berhadapan dengan Firash.
Eh eh. Diorang ni ada apa apa ke?
"Sedihnya jadi kau. Perasan." Serentak dengan itu, Firash menarik lenganku lembut. Memaksa aku untuk berdiri bersebelahan dengannya.
Marina mengetap bibir.
"Aku nak jumpa Laura. Bukan jumpa kau." Firash mengemaskan tautan pada lengan aku.
Marina senyum tawar.
"Saya gurau je la, Firash. Saya tahu awak nak jumpa Laura. Saya pergi dulu. Laura, jumpa kat dorm nanti ya." Marina menepuk bahu aku sekilas sebelum menapak pergi.
Kesian pula aku tengok Marina.
"Jom. Teman aku study dekat library. Lepas tu aku belanja kau aiskrim dekat kiosk." Firash senyum seraya memandang wajah aku.
Alamak. Macam mana ni?
Takkan aku nak cakap dekat Firash yang aku...
Aku menarik lengan aku yang berada dalam genggaman Firash.
Firash angkat kening.
"Maaf, Rash. Tapi, aku kena jumpa Puan Aiza dekat bilik warden. Ada hal sikit. Kalau esok boleh tak?"
Serba salah aku dibuatnya apabila Firash dah tarik muka. Terasa agaknya. Tadi kan aku dah janji dengan dia nak jumpa sebelah kiosk. Aku rasa, dia ada benda penting nak cakap dekat aku.
"Tadi kau dah janji kan..." nada suara Firash kedengaran kesal.
Aku menggigit bibir bawah. Alahai. Comel la pulak dia ni.
Aku senyum simpul sambil menepuk beg Firash dengan kasar.
"Ala jangan la merajuk. Esok eh? Aku janji."
Firash dan aku saling berbalas pandangan sebelum akhirnya Firash mengangguk lemah.
"Kau okay tak ni, Rash?"
Firash menundukkan pandangan. Aku dapat dengar dengan jelas keluhan kecil yang dilepaskan olehnya.
"Izwan."
Balasan pendek dari Firash buat aku faham tentang apa yang mengganggu emosi dan fikiran lelaki itu sejak dari tadi.
"Kau biarkan je la dia tu. Kita sama sama tolong dia untuk pulihkan ingatan dia balik okay?" aku kemaskan tali beg yang tersandang di bahu.
"Masalahnya sekarang ni, dia tu bukan setakat hilang ingatan. Aku rasa, otak dia dah tertukar dengan otak ketua gengster. Semalam dekat dorm, dia bergaduh dengan budak dorm sebelah. Aku jugak yang kena leraikan." Firash memicit kepalanya. Pening kot.
Ya Allah. Apa masalah mamat tu?
Dahlah hilang ingatan macam dekat sinetron. Mengarut je novel ni.
"Aku bagitahu kau ni bukan untuk buat kau risau, Laura."
Aku angkat sudut wajah dan serta merta pandangan aku dan Firash bertaut.
Firash senyum.
"Kau nak aku hantarkan pergi bilik warden tak?"
Entah kenapa aku tersenyum sendiri mendengar pelawaan Firash.
Untungnya girlfriend Firash nanti.
Aku geleng.
"Tak apa. Aku pergi sorang je. Kau nak pergi bertugas kat kiosk terus ke ni?" Soal aku apabila menyedari di tangan Firash ada segugus kunci.
"Haah. Adam dengan Naz dah tunggu dekat sana."
Aku sekadar mengangguk. Baguslah. Sekurang kurangnya taklah Firash buat semua benda sorang sorang. Nazrul dan Adam semestinya akan membantu.
Kalau Arfiq, em aku tak boleh jamin.
Dia lebih rela push rank ML dari tolong orang.
Aku rasa kalau ada orang nak terberanak dekat sebelah dia pun, dia buat buat tak nampak je. Bertuah punya budak.
"Okay. Hati hati," aku senyum tipis sebelum memusingkan tubuh lalu menapak perlahan meninggalkan kawasan kelas.
"Laura."
Aku berpaling semula. Hm. Kenapa pula ni?
Dengan tiba tiba, Firash berjalan mendekati aku. Rapat. Sehingga buat aku menapak dua langkah ke belakang.
Terkejut punya pasal.
"Fi-Firash..." aku cuba untuk melangkah setapak lagi ke belakang namun Firash dengan pantas meraih lengan aku. Memaksa aku untuk berhenti.
Aku dah cuak habis ni weh.
Kau jangan macam macam, Rash!
Firash menyembunyikan senyumannya. Wajahnya sengaja diseriuskan.
Aku memejam mata serapat rapatnya apabila menyedari Firash semakin hampir.
Aku dapat rasakan poket beg aku dipegang oleh Firash.
Ummi tolong!
Firash tertawa halus.
"Asal muka kau merah cam tomato ni?"
Aku membuka kedua kelopak mata apabila terasa Firash semakin menjarakkan diri.
"Jangan biar perut kau kosong. Jumpa esok." Firash menghadiahkan satu senyuman yang mampu buat segala organ dalaman aku cair sebelum melangkah pergi.
Meninggalkan aku yang masih tercengang.
Aku meraba poket beg yang dipegang oleh Firash tadi.
Apa benda ni?
Aku ambil plastik yang terdapat pada poket beg. Tadi tak ada pun.
Aku terkedu.
Roti coklat!
Firash, kau jangan macam macam. Susah nanti kalau aku tersuka dekat kau.
Eh bukan. Aku tak susah.
Penulis cerita ni yang susah nak kena tukar watak Hero.
HAHAHAHAHHAHSHSJSJKSK.
❀❀❀
OKAY.
Jadi ini ke stor yang Cikgu Nizaf maksudkan tu?
Aku berdiri di hadapan sebuah pintu bergril. Tombol pintu pun macam nak tercabut dah.
Ini stor lama. Dah tak digunakan. Ada juga ura ura mengatakan bahawa stor ni berhantu.
Apa apa jelah. Tu khabar angin je. Tak semestinya betul.
Aku bersandar pada gril besi itu seraya mengerling jam tangan pada pergelangan tangan kiriku.
Eh melampau. Dah pukul 4. Mana pulak budak lollipop tu?
Tadi aku singgah surau. Solat zohor.
Ingatkan Izwan dah ada kat sini. Tapi malangnya, batang hidung mancung dia tu pun aku masih tak nampak.
Ah. Malas aku nak tunggu dia.
Aku memusingkan tubuh. Aku menarik gril yang berhabuk itu. Terkejut juga bila gril dan pintu stor tu tak berkunci.
Aku tarik nafas sedalam dalamnya sebelum melangkah ke dalam.
Gelap macam gua.
Aku cuba meraba raba dalam kegelapan untuk cari suis lampu.
Tapi entah di mana silapnya, baru satu tapak melangkah, aku dah jatuh tersungkur di atas lantai apabila tersadung sesuatu benda yang tak dapat aku kenal pasti.
"Ah-!" Mata aku berair.
Lutut dan tapak tangan aku terasa pedih. Namun, aku tetap gagahkan diri untuk berdiri. Aku meneliti benda yang buatkan aku terjatuh tadi.
Aku mengecilkan mata.
Beg?
Aku capai beg hitam Adidas itu lantas duduk bersimpuh di atas lantai.
Eh. Ni beg Izwan!
Aku menghalakan pandangan pada segenap inci stor sukan itu. Tak ada tanda tanda yang Izwan ada di situ. Tapi tak tahu la kalau dia menyorok ke? Sebab gelap. Aku tak dapat tengok dengan jelas.
"Izwan?" aku beranikan diri untuk memanggil.
Tiada sahutan.
Aku pandang beg Izwan yang berada dalam genggaman aku.
Tak salah kan kalau aku nak tengok kejap. Mana tahu ada coki coki ke dalam ni. Boleh juga buat modal mengunyah!
Sedang leka aku menyeluk ruangan zip hadapan beg itu, aku terkedu tatkala tangan aku berlaga dengan satu kotak kecil.
Kotak jajan ke ni?
Perlahan, aku menggenggam kotak itu dan menariknya keluar dari beg.
Riak wajah aku berubah bila aku dapat kenal pasti benda yang sedang aku pegang.
Terketar ketar tangan aku.
"Kau buat apa?"
Aku tersentak apabila satu suara tiba tiba menjerkah. Aku angkat sudut wajah. Dapat aku lihat tubuh tinggi seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapan pintu stor.
Dia melangkah masuk dan berdiri betul betul di hadapan aku.
"Yang kau duduk dalam gelap ni dah kenapa? Tak reti nak bukak suis lampu?" Izwan mengangkat kening. Pelik bila lihat aku masih tak berganjak dari situ.
Aku sedang duduk sambil merenung kotak di tangan aku dengan perasaan yang bercampur baur.
Izwan tak mengendahkan aku. Dia malah pergi ke bahagian dalam stor untuk mencari suis lampu.
Dengan sekelip mata, ruangan stor yang tadinya gelap gelita kini tiba tiba dah jadi terang benderang.
Dapat dilihat dengan jelas bakul bakul yang bertaburan, lantai yang berhabuk, beberapa jenis bola yang bertaburan. Bukan sahaja itu, ada banyak kekotoran yang melekat pada dinding dan lantai stor.
Macam dah 10 tahun tak kemas.
Izwan melepaskan keluhan berat sambil menghalakan pandangan pada kawasan stor yang dah rupa macam kawasan perlupusan sampah.
Nak kemas semua ni, mahu makan masa 3 jam.
"Kau memang nak duduk dekat situ sampai tahun depan ke?" kasar, Izwan menegur aku sambil melipat lengan kemejanya hingga ke siku. Nak bersiap sedia untuk operasi kemas stor.
Hot skdmdkdkd.
Aku menundukkan wajah.
Aku bangun dan dengan perlahan mengatur langkah ke arah Izwan. Aku berdiri betul betul di hadapan lelaki itu.
Izwan dan aku saling berbalas pandangan.
"Kau dah kenapa?" Izwan mengerutkan dahi.
Aku menghela nafas panjang.
Aku angkat kotak yang berada dalam genggaman aku tadi.
Serta merta wajah beku Izwan mula mengendur. Dia nampak terkejut bila kotak itu ada pada aku.
Tangan Izwan tiba tiba diangkat, ingin merampas kotak itu dari aku.
Tapi aku lebih pantas mengelak.
"Bagi balik." Keras, nada suara Izwan buat aku takut. Tapi aku ketepikan perasaan takut tu dan beranikan diri.
"Are you smoking?" bibir aku bergetar tatkala mengutarakan pertanyaan itu.
Izwan dengan cepat mengalihkan pandangan. Tak mahu bertatapan dengan aku.
"Jawablah!" sebak, aku cuba tahan emosi.
Aku tahu Izwan dah berubah. Dia dah jadi diri dia yang lain.
Tapi kenapa perlu sentuh benda haram ni?
"Bukan urusan kau."
Sekali lagi, Izwan cuba merampas kotak rokok yang ada pada aku dan kalini aku masukkan kotak rokok itu ke dalam poket baju kurung.
"Izwan, apa dah jadi dengan kau ni? Benda ni haram. Kau pun tahu kan?" aku memperlahankan nada suara. Tak nak jerit jerit. Nanti sakit tekak.
Izwan cuma diam. Dia sikit pun tak pandang aku.
Malu sebab kantoi?
Nasib baik kantoi dengan aku. Kalau kantoi dengan Cikgu Nizaf?
Aku memandang belahan bibir merah jambu milik Izwan.
Orang merokok bukan bibir dia biru kehitaman ke? Tapi Izwan tak.
Tapi kalau betul Izwan tak salah, kenapa dia tak nafikan?
"Aku kecewa dengan kau, Izwan."
Serentak dengan itu, aku melangkah menjauhi Izwan. Beg sekolah merah jambu milikku yang berada di atas lantai, aku capai kasar lalu aku menggalasnya di bahu.
Baru sahaja aku ingin melangkah keluar dari stor itu, Izwan lebih pantas menghalang aku. Dia bersandar pada pintu stor hingga pintu yang tadinya terbuka luas kini telah tertutup rapat.
"Pulangkan. Tu bukan kau punya, budak kecik."
Air mata aku bergenang. Aku ingat, Izwan nak minta maaf.
Tapi tak.
Dia malah suruh aku pulangkan balik benda ni? Dah ketagih sangat ke apa?
"Aku bagitahu mama." Aku mengugut. Untung jugak rapat dengan mama Izwan.
Senang nak mengadu kalau dia buat hal.
Izwan menunjukkan riak wajah serius dan dingin. Dia dengan tiba tiba melangkah mendekati aku. Buat aku menapak ke belakang.
"Apa yang kau-"
"Pulangkan balik benda tu kalau kau tak nak apa apa jadi dekat kau."
Aku terkedu. Apa yang dia maksudkan?
Tiba tiba, langkah aku terhenti apabila aku berlanggar dengan dinding pada bahagian belakang.
Ah. Jalan mati!
Izwan masih meneruskan langkah.
"Izwan-"
"Aku suruh kau pulangkan je. Susah sangat ke?"
Izwan berdiri berhadapan denganku. Iris kelabu yang dulunya nampak polos itu kini dah berubah. Aku pulak yang seram dengan dia ni.
Aku mengumpul semua kekuatan yang ada lalu menolak kuat tubuh Izwan menjauhi aku dan aku terus panjangkan langkah ke pintu stor.
Nak lari.
Namun, wajah aku bertukar pucat apabila tombol pintu yang aku pulas tadi terasa keras dan kejung.
"Kenapa?" Izwan muncul dari belakang.
"Pintu ni. Pintu ni tak boleh bukak." Aku cuba menarik pintu itu sekali lagi namun hampa apabila tiada sebarang tindakbalas positif.
Izwan berdiri bersebelahan aku.
"Tepi."
Aku mengundur satu tapak ke belakang. Harap, Izwan dapat buka pintu tu. Tenaga lelaki dan tenaga perempuan berbeza.
Izwan menarik tombol pintu itu dengan kasar.
Dia menggoncang pintu itu dengan seluruh tenaga yang ada. Namun usaha tadi tidak membuahkan sebarang hasil. Pintu tadi statik, kelihatan tidak terusik.
"Izwan..."
Aku mencapai hujung baju kemeja Izwan lalu menggenggamnya erat.
Izwan berpaling. Iris kelabu milik Izwan dan iris coklat milikku bertaut.
Serentak dengan itu, air mata aku gugur.
"Izwan, aku takut..."
To Be Continued ♡
8000+ words done!
maaf atas update yg super duper lambat even sedang dalam cuti. banyak benda yang berlaku dalam dua tiga hari kebelakangan ni :')
korang suka Izwan yang sekarang ke korang nak Izwan yang dulu? hoho.
terima kasih semua ♡
hari raya nak dekat dah kan?
jom ah share baju raya korang tahun ni warna apa.
ada yang team maroon macam wany tak? sila angkat ibu jari kaki anda HAHAHA.
RUANGAN PROMOTE
hai semua. okay macam biasa. kalini, wany akan promote karya dan account orang lain pulak.
1) Mieyaaaa_
okay ni jujur eh. korang kena follow acc ni. pastu korang kena baca novel ii dia. sumpah semua best best ! this is my current fav novel ! wany tertunggu tunggu sis Mie update hehe ♡
jangan lupa baca, vote and also spam comment banyak banyak okay ! sekali korang baca novel dia, serious takleh moveon ♡
2) cokelatsirap
korang kena follow acc ni. Insyaallah, dia akan followback hehee.
even dia cakap dia masih baru lagi tulis novel, but novel dia pun dah jadi one of my fav novel rn ! keep it uppp ♡
jangan lupa baca dan leave your votes !
also korang spam comment banyak banyak okayy? keep updating, cokelatsirap ♡
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO miss17nazaa
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
yeayy happy birthday ayuuu ♡
birthday ayu 17 may haritu.
hariru wish kat chat jee. now nak wish kat sini hehe.
sayang ayuuu !
sweet 15 sweetieeeeee i love youuuu ♡
SELAMAT MENGAKHIRI BULAN RAMADHAN AL MUBARAK !
semoga kita semua ditemukan lagi dengan bulan yang mulia ni di masa akan datang.
آمين ♡
SELAMAT HARI RAYA JUGA PADA SEMUA!
borahae 💜
bubyeeeee !
terima kasih <3
insyaallah, next chapter kita jumpa lagi !
with love,
wany ♡
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top