00 : 22


selamat menyambut bulan ramadhan ♡
maafkan salah silap wany selama ni.
kosong kosong !
semoga ramadhan kalini lebih baik dari ramadhan sebelum ini <3

jangan ponteng puasa!
nanti wany suruh Izwan dengan Firash masuk dalam mimpi korang. HAHAHAH.

maaf sebab lambat update. wany kurang sihat sejak beberapa harini.

NikSyafiqah9 <3
terima kasih yaa.

SPECIAL TAGS : littleyunrin_ zirasofeyya najihaaa_ chimchimed-- marin---xx

my euphoria : popsicleso

next chap, wany nak reveal semua account wattpad member ii wany. hehe get ready eh geng jalan kebun pfft.

i'm updating this novel because of him ;
(ytjt beomgyu_1331 popsicleso sksksk)



















*•*•*•*•*•*•*•*•*•*•*•*•*•*•*•*•*•*•*
GOALS
120+ VOTES
250+ COMMENTS

*•*•*•*•*•*•*•*•*•*•*•*•*•*•*•*•*•*

« gone,  forever »

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

enjoy reading my blueberries ♡

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TIK TIK TIK.

12 pagi.

Aku mengesat kasar air mata yang berlinangan di pipi.

Dalam fikiran aku kini cuma ada dia. Aku pantas lajukan langkah tanpa menghiraukan mata-mata yang mula memandang aku pelik.

Berlari macam orang gila dalam kawasan kecemasan hospital.

Pabo.

Tak guna.

Kau janji nak jaga diri kau dekat sana. Tapi kau mungkiri janji kau, Izwan Hakiem.

"Laura."

Aku berpaling apabila mendengar suatu suara memanggil namaku dari belakang.

Firash.

"Firash, mana Izwan? Aku nak jumpa dia. Dia tak apa apa kan?" Dengan pantas, aku berlari ke arah Firash yang sedang berdiri di hadapan sebuah pintu bilik rawatan kecemasan.

"Banyakkan bersabar, Laura." Dengan perlahan, Firash menutur kata.

Aku terkedu.

Sabar?

Kenapa? Apa yang jadi pada Izwan?

"Keluarga dia dalam perjalanan ke sini untuk selesaikan proses pengecaman mayat."

Aku terpanar.

Proses pengecaman mayat? Apa semua ni?

Aku tatap wajah Firash. Lama.

"Apa yang kau merepek ni, Firash? Iz–Izwan hidup lagi lah!" aku tinggikan suara. Wajah aku merah padam menahan marah.

Firash bergurau kan? Tak mungkin—

Firash melepaskan sebuah keluhan kecil.

"Tak. Aku tak bergurau, Laura. Izwan dan Alisa terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan balik dari kem. Cikgu Aliatun yang jadi guru pengiring dan dia yang bawa kereta. Cikgu cuma alami kecederaan ringan."

"Alisa pula sekarang dalam ICU. Dia dalam keadaan kritikal. Izwan pula..."

Aku tahan air mata dari terus mengalir.

"Izwan pula?" aku tatap anak mata coklat milik Firash. Cuba menagih jawapan.

Firash menundukkan pandangan.

"Aku akan ganti tempat Izwan untuk jaga kau, Laura. Allah lebih sayangkan dia."

Diam.

Aku terdiam.

Tadi, aku dapat berita dari warden bahawa Izwan, Alisa dan Cikgu Aliatun terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kecoh satu asrama dengan berita tersebut.

Ketua pengawas dan penolong ketua pengawas terlibat dalam kemalangan yang sama.

Dan aku beruntung kerana aku mempunyai hubungan rapat dengan ketua warden aspuri. Dia yang membawa aku ke sini. Dia sekarang berada di kaunter hospital untuk menyelesaikan beberapa perkara.

Tubuh aku melurut jatuh ke lantai.

Sumpah, aku tak kuat dengan berita ni.

Tolong katakan yang semua ini cuma mimpi. Aku tak sanggup kehilangan orang yang aku sayang, Ya Allah.

Ya. Aku mengaku. Aku sayangkan dia.

Aku sayangkan Izwan.

Firash pantas memapah aku untuk duduk di sebuah kerusi.

"Firash, jangan la tipu aku. Tak lawak. Cepat bagitau aku. Mana Izwan? Aku nak jumpa dia." Air mata aku jatuh lagi. Dan kalini lebih deras.

"Laura, tolong terima kenyataan ni. Izwan dah tak ada. Izwan dah tinggalkan kita semua. Jangan macam ni." Dengan tegas, Firash menutur kata.

Aku geleng. Tak. Firash tipu.

"Kalau betul dia dah tak ada, mana mayat dia? Mana? Jangan tipu aku la, Firash. Izwan ada lagi. Dia ada, aku tahu. Aku tahu dia takkan tinggalkan aku."

Aku lantas berdiri. Sekarang bukan masa untuk duduk.

Aku nak cari Izwan lepastu belasah dia cukup cukup.

Semua ni mesti prank kan? Dia sengaja nak prank aku. Dia saje nak tengok aku cuak.

Serentak dengan itu, sebuah pintu wad ICU terbuka luas. Beberapa orang jururawat menolak sebuah katil keluar dari bilik itu.

Terdapat sekujur tubuh di atas katil itu. Terbaring lemah. Seluruh tubuh itu dilitupi sehelai kain putih.

Pada mulanya, aku hanya memerhati. Namun jantung aku bagai direntap kuat tatkala mata aku menangkap dengan jelas sebuah nama yang tergantung pada kepala katil.

Izwan Hakiem bin Muhammad Syukri.

Air mata aku yang bertakung sejak tadi akhirnya tumpah membasahi pipi.

"Berhenti!"

Ketiga tiga jururawat tadi menghentikan langkah dan berpaling memandangku.

Lutut aku terasa lemah. Tapi aku gagahkan jua. Sebab aku nak tengok dengan mata kepala aku sendiri.

Betul ke Izwan dah tak ada?

"Ya, cik?" Salah seorang jururawat menyapa aku yang semakin mendekat.

Aku abaikan jururawat tadi. Dengan tangan yang masih terketar ketar, aku tarik selimut putih yang menutupi tubuh tadi.

Allahuakbar.

Terasa seakan dunia berhenti berputar. Dan masa berhenti berdetik.

Wajah pucat kebiruan milik seorang lelaki menyapa pandangan aku.

Lelaki yang menjadi pujaan hati aku sejak sekian lama.

Lelaki yang dengan sukarela melindungi dan menjaga aku.

Sekarang, dia dah tiada.

Yang ada cuma jasad. Roh dan jasad lelaki ini telah terpisah dari badan.

Tanpa aku sedar, aku mula menghambur tangis. Aku dah tak peduli pasal orang orang yang memandang. Aku tak kisah.

Aku nak Izwan aku.

Beberapa luka dan lebam kecil pada wajah Izwan seakan menyayat hati aku. Menandakan yang Izwan pastinya dah terseksa dengan teruk.

Aku tak salahkan takdir.

Tapi aku kecewa. Ni semua salah aku.

Kalau aku halang dia dari pergi kem haritu, Izwan mesti dah selamat.

Kau yang salah, Laura. Kau.

Air mata aku tumpah di pipi pucat milik Izwan. Bahu aku terhinjut menahan tangis. Tak mampu rasanya aku untuk pandang wajah Izwan dengan lebih lama.

"Izwan, bangun. Jangan tidur macam ni. Bangun untuk aku. Aku janji aku takkan gaduh dengan kau dah. Aku janji aku takkan degil dah. Aku dengar cakap kau. Please. Jangan buat aku macam ni."

"Laura."

Aku dapat dengar dengan jelas keluhan berat yang dilepaskan oleh Firash. Dia berdiri rapat di sebelahku.

Firash senyum tawar.

"Izwan dah pergi ke tempat yang lebih baik. Kita sama sama doakan dia ya?"

Aku geleng. Wajah Firash aku tatap dengan tangisan yang masih bersisa.

"Firash, aku sayang dia. Aku sayang Izwan. Aku tak nak hilang dia. Tolong aku. Tolong kejutkan Izwan untuk aku. Kenapa dia tidur lama sangat? Aku takut, Rash..."

Aku capai hujung baju T shirt hitam milik Firash lalu menggenggamnya erat. Seakan merayu.

Firash ketap bibir.

"Izwan pun sayang kau, Laura. Dia pernah cakap dengan aku. Dan dia pesan dekat aku supaya jaga kau untuk dia. Aku akan jaga kau, Laura."

Tak sama.

Firash Edhan dan Izwan Hakiem tak sama.

"Maafkan kami. Tapi kami kena bawa mayat ke bilik mayat untuk proses bedah siasat."

Ketiga tiga jururawat tadi akhirnya bergerak meninggalkan aku dan Firash.

Dan mereka bawa Izwan.

"Izwan! Izwan! Jangan bawa Izwan!"

Belum sempat aku ingin mengejar mereka, tangan Firash lebih pantas menghalangku. Dia pegang erat lengan aku. Memaksa aku untuk terus di situ bersamanya.

Aku meronta.

"Lepaskan aku, Firash. Aku nak ikut Izwan. Tolong..."

"Laura, Izwan mesti sedih kalau dia nampak kau macam ni." Firash mengeratkan pegangan.

Tubuh aku akhirnya lemah. Aku terus menangis dan berhenti meronta.

Korang kenal tak ketua pengawas yang berjaya cairkan hati aku tu?

Ketua pengawas yang banyak jaga aku sepanjang aku di sini. Selalu marah aku kalau aku buat salah. Selalu tolong aku. Selalu pastikan aku makan.

Ya.

Dia dah tiada.

Yang ada cuma kenangan.

Pandangan aku berbalam dan akhirnya aku rebah ke lantai.

Yang sempat aku dengar buat kali terakhir cuma suara Firash yang memanggil nama aku sebelum semuanya gelap.

Setiap pertemuan ada perpisahan.

Dan dalam setiap pertemuan, Allah dah selitkan hikmah.

Allah nak mengajar kita sesuatu daripada sebuah perkenalan yang tercipta antara kita dan seseorang.

Tapi apa yang aku pelajari dari perkenalan aku dan Izwan Hakiem ialah...

Aku takkan dapat jumpa lelaki seperti dia.

Dan cuma dia satu satunya lelaki yang berjaya curi tempat dalam hati aku.


TAMAT

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

okay rileks. jangan mencarut. tak baik mencarut bulan puasa ni tau HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

tak tamat lagi la guyssss. jangan spam whatsapp aku HAHA.

sambung baca yaa hehe ♡

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"ALLAHUAKBAR!"

Dada aku turun naik menahan resah.

Jantung aku seakan berdenyut denyut secara tiba tiba.

Pantas, aku halakan pandangan pada kawasan sekeliling.

Dahi aku berkerut tatkala aku sedar yang sekarang aku berada di aspuri. Dalam samar samar kegelapan, aku dapat lihat semua orang sedang nyenyak tidur.

"Akak?"

Aku tersentak. Terkejut tatkala mendengar satu suara dari katil sebelah.

Aku menoleh ke sebelah. Mia sedang menggosok gosok matanya sambil memandang aku.

"Kenapa kak? Kenapa akak jerit? Ada hantu ke?"

Aku ketuk jugak budak Mia ni kang. Mulut tu laju je sebut hantu. Kang hantu betul betul muncul, pengsan aku.

Aku geleng.

"Mia..."

Mia pandang aku dengan mata sepet sebelah. Mengantuk sangat tu.

"Ya kak? Akak nak Mia teman pergi tandas ke? Jomlah."

Aku halang Mia dari bangun. Mia menaikkan keningnya. Pelik.

"Mia, akak nak tanya. Pasal Izwan."

"Akak nak tanya apa pasal abang Izwan?"

Aku menarik nafas sedalam dalamnya sebelum terus bersuara.

"Arwah dikebumikan dekat mana?" suara aku tersekat sekat menahan perih.

Dahi Mia berkerut.

"Hah? Arwah? Siapa pulak yang meninggal ni kak? Kucing akak ke?"

Eh.

Kucing aku pulak jadi mangsa?

"Tak. Arwah Izwan. Diorang kebumikan arwah dekat mana? Akak ingat, nak melawat dia esok. Akak tak sangka akak pengsan masa tu." Aku pandang wajah Mia.

Mia melopong.

"Akak! Mia tahu akak tak suka abang Izwan. Tapi agak agak ah kak. Abang Izwan tak jadi arwah lagi. Sampai hati akak. Mia bagitahu abang Izwan kang."

Hah?

Jap. Aku tak salah dengar kan?

Aku pantas mencapai telefonku di sebelah bantal.

3:03 a.m

Ahad.

Lol. Izwan tak bertolak balik pun lagi! Apa benda aku merepek ni.

Jadi tadi tu cuma mimpi?

Kenapa rasa macam semuanya betul betul terjadi?

"Kak? Akak okay tak ni?" Mia menyoal kembali. Prihatin.

Aku angguk.

"Akak okay. Akak cuma mimpi buruk." Aku tundukkan wajah.

Seumur hidup aku, ni mimpi paling buruk yang pernah aku alami.

Tiba tiba, Mia melabuhkan punggung di sebelahku.

Jari runcing milik Mia menyapu lembut air mata yang mengalir di pipiku. Air mata tu seakan dah kering.

Kejap. Bila masa aku nangis?

Tadi aku nangis dalam mimpi. Dan disebabkan terlalu sedih, air mata aku betul betul keluar.

Mimpi yang boleh buat aku menangis di alam nyata.

Aku takut, Ya Allah.

"Akak jangan nangis. Abang Izwan okay je kat sana. Tak percaya? Cuba check phone akak."

Hm? Kenapa dengan telefon aku?

Aku tatap skrin telefon dan aku terkedu.

11 missed call.

Dari Izwan.

"Dia telefon akak tadi. Tapi akak tidur awal. Mia kejut akak tapi akak tak bangun pun. Jadi, Mia sempat angkat lepastu Mia cakap dekat abang Izwan yang akak dah tidur."

Mamat ni sumpah nak kena belasah dengan aku.

Masa aku free, tak nak pulak call. Masa aku tidur baru muncul.

"Dia risaukan akak. Dia tanya Mia akak dah makan ke belum. Pastu dia suruh Mia tengok tengokkan akak untuk dia."

Tch. Ingat aku budak kecik ke?

Mia senyum tipis.

"Akak, dalam banyak banyak perempuan dalam sekolah ni, abang Izwan tak pernah care pasal seseorang macam mana dia care pasal akak. Akak beruntung sebab dapat perhatian dari dia."

Aku terdiam. Beruntung ke aku?

"Mia tidur dulu. Nanti mengantuk masa Subuh. Akak pun tidur okay? Mimpi cuma mainan tidur. Mia sayang akak. Selamat malam kak!" Mia sempat cium pipi aku sekilas sebelum berlari ke katilnya.

Aku gelak kecil.

Comelnya si budak Mia ni. Junior aku yang paling ngam. Aku anggap dia ni dah macam adik aku.

Aku hela nafas panjang. Lega.

Lega sebab itu cuma mimpi.

Aku tatap skrin telefon kembali. Aku mengetap bibir.

Izwan, kau dah tidur ke?

Aku rebahkan tubuh ke atas katil kembali. Hm. Mestilah dia dah tidur. Kat kem kan peraturannya ketat sikit.

Kenapa dia telefon? Sekadar nak tanya aku dah makan ke belum je?

Esok pagi, aku nak telefon dia.

Sebab petang esok, dia dah bertolak ke sini. Jadi, aku nak pastikan yang dia selamat.

Sejak bila kau risau pasal dia ni, Ara?

Sejak mula mula aku kenal dia. Cuma aku tak tunjuk sebab–

Sebab aku keliru. Keliru dengan perasaan aku sendiri.





















❀❀❀

FIRASH menggeliat kecil.

Terasa gegaran pada bahagian hujung bantal.

Apa pulak ni? Hantu raya ke?

Firash bangun dari perbaringan lalu duduk bersila di atas katil.

Lol. Telefon aku ke?

Firash capai telefon miliknya di hujung bantal. Dia menggosok mata sambil melihat skrin telefon.

Izwan?

Dah kenapa telefon orang pukul 3 pagi ni? Takkan dia rindu aku kot.

Dasar kunyit.

Dengan malas, Firash jawab panggilan seraya telefon tadi dilekapkan di bahagian tepi telinga.

"Hm." Firash bergumam dengan mata yang tertutup.

"Hm je?"

Firash melepaskan keluhan kecil.

"Kau pahal call orang pukul 3 pagi ni? Buang tabiat ke? Kau rindu aku ke apa ni?"

Tawa halus kedengaran di hujung talian.

"Gelak pulak. Cikgu kat situ tak marah ke kau main phone ni? Tengok jam tu dah pukul berapa. Aku ngantuk kau tahu tak?"

"Dahlah aku yang kena gantikan kau. Kerja berlambak. Nasib baik aku ni chill orangnya. Cepatla balik. Aku terseksa dengan semua kerja ni."

Firash mengeluh lagi. Ni la yang paling dia tak suka bila on call dengan Izwan. Izwan suka diam.

Oi. Orang nak dengar kau bercakap. Bukan bernafas, bro.

"Kalau kau rasa susah, minta tolong Nazrul. Dia dah biasa ikut aku buat kerja."

Firash sekadar mengangguk.

"Rash..."

"Hm. Kenapa? Kau rindu aku ke ni?" Firash angkat kening.

"Baik aku rindu pokok dari rindu kau."

Dasar ketua pengawas hati batu. Sampai hati kau.

"Kenapa Meena online whatsapp? Dia tak tidur lagi ke?"

Dahi Firash berkerut tatkala Izwan tiba tiba menyebut nama itu.

"Mana la aku tahu. Dia terjaga la tu kot. Aku tidur kat aspura. Bukan kat aspuri. Jadi aku tak tahu." Selamba, Firash menutur kata.

"Mangkuk."

Firash ketawa lepas. Suka dengar Izwan marah.

"Esok, kau pastikan dia makan. Pastu kau tolong ajarkan dia addmath. Ujian bulanan dah nak dekat."

Firash hanya angguk kecil.

Dah agak. Izwan telefon ni mesti sebab Laura. Tak ada sebab lain.

"Asal suara kau lain, Wan? Demam ke?" Firash kerutkan dahi. Suara Izwan agak lain dari kebiasaan. Macam suara orang selesema.

"Demam sikit. Nanti okay la."

"Jaga diri kau kat sana, bro. Makan ubat. Bukan aku tak tahu kau ni. Makan ubat pun lupa. Ke kau nak aku bagitau Laura? Biar dia bebel kat kau. Nak?"

"Tak payahlah, gila."

Firash ketawa lagi.

"Rash."

"Ya. Cakap je apa kau nak cakap. Aku dengar ni, Wan. Baik kau cakap sekarang sebelum aku terlena." Firash sandarkan tubuh pada kepala katil.

Terdengar keluhan berat di hujung talian.

"Aku tak sedap hati." Izwan akhirnya bersuara.

Firash terdiam.

"Tak sedap hati? Tak sedap hati kenapa? Ada apa apa yang jadi dekat sana ke? Alisa buat hal?"

Alisa tu bukan boleh percaya. Nama je penolong ketua pengawas. Perangai kalah budak tak sekolah.

Maksud aku, tahap kematangan dia tu la. Dahlah kaki gaduh.

Jangan tanya aku macam mana dia boleh terlantik untuk pegang jawatan tu. Tu semua kerja pengetua.

"Aku rasa macam ada sesuatu akan jadi."

Izwan dan Firash sama sama diam. Masing masing sibuk melayan perasaan.

Sejujurnya, Firash turut merasakan hal yang sama. Tapi dia sengaja tak nak menyuarakan benda tu. Sebab takut fikiran Izwan makin terganggu.

"Jaga diri kau kat sana, Izwan. Ramai orang perlukan kau dekat sini. Terutamanya 'dia'." Ringkas, Firash menitip pesan.

Izwan menghela nafas panjang.

"Jaga dia untuk aku."


























❀❀❀

AKU senyum sendiri sambil menatap skrin telefon. Tiba tiba rasa rindu pula pada Yaya.

Ingat Yaya lagi tak? Bukan Yaya Boboiboy.

Yaya comel adik kepada timbalan ketua pengawas, Encik Firash Edhan.

Aku sempat tangkap gambar Yaya masa dia minum air yang Izwan belikan untuk dia.

Cakap pasal Izwan, aku tengah marah dengan dia. Tadi aku telefon dia. Lepas subuh.

Tapi dia tak angkat. Sibuk sangat agaknya dekat sana. Tapi aku telefon sekali je. Sebab tak ada credit.

Pfft.

Nak tengok tak gambar Yaya?

Okay la nah.

Teringin gila nak ada adik!

Huwa. Tak ada peluang lagi ke ummi nak bersalin? Kalau aku ada adik, boleh main gusti gusti dengan dia.

"Laura!"

Dari jauh, aku nampak kelibat Marina yang sedang berjalan ke arahku dengan dua tin air ditangannya.

Aku senyum kecil sebelum memasukkan telefon ke dalam poket seluar semula.

Marina melabuhkan punggung di bangku itu. Bersebelahan dengan aku.

"Nah! Air oligo. Kau suka air ni kan?" Marina menghulurkan satu tin oligo ke padaku.

Aku senyum.

"Thankyou!"

Aku sambut huluran itu dengan riang. Air favourite aku kalau dekat mesin gedegang.

Harini aktiviti gotong royong dijalankan serentak untuk semua pelajar aspuri dan aspura.

Sekarang waktu rehat.

Aku dapat tugas bersihkan tandas weh.

Nasib baiklah tandas aspuri tu tak lah kotor sangat.

Puan Jannah yang bagi tugas. Tch. Nampak sangat dia tak suka aku. Aku kena bersihkan tandas sorang sorang pulak tu.

Ceh. Sumbat dia dengan botol budu kang baru tahu.

"Kau nak aku tolong bersihkan tandas tak?" Soal Marina sebelum menghirup air teh ais di tangannya.

Aku geleng.

"Tak payahlah. Dah siap dah."

Untung ah Marina. Dia dapat tugas sapu sampah dekat belakang blok aspuri je.

Ah. Tak kisah lah. Sekarang ni, aku tetap lega. Tugas bersihkan tandas tu dah siap.

Bersihkan tandas sorang sorang bukannya senang. Nak sental lantai, nak sental mangkuk tandas.

Patah pinggang aku kalau hari hari macam ni.

"Hm kau duduk la sini dulu. Aku nak jumpa warden kejap. Ada hal sikit. Jangan pergi mana mana tau. Duduk sini."

Aku gelak kecil.

"Baik bos!"

Marina sengih sebelum perlahan lahan menghilang di sebalik orang ramai.

Tak sangka kan aku boleh berkawan rapat dengan musuh sendiri?

Betullah apa yang ummi pernah cakap dekat aku dulu.

Musuh kita tu kadang kadang boleh jadi kawan yang paling rapat dengan kita satu hari nanti.

Alhamdulillah, semuanya dah berakhir.

Sejujurnya, aku dah mula sayangkan persahabatan kecil aku dan Marina.


























❀❀❀

MARINA tersenyum puas.

Puas dengan pemandangan yang 'indah' di depan matanya tika ini.

Kau jangan nak happy sangat la, Laura. Kerja kau banyak lagi ni.

Dengan kekuatan maksima, Marina menyepak sebuah baldi yang mengandungi air kotor lalu air tadi membanjiri kawasan lantai tandas yang tadinya berkilat hasil sentalan Laura.

Marina capai beberapa batang mop dan penyapu lalu membaling batang mop dan penyapu itu secara berselerak.

Hm. Bersih jugak budak tu basuh tandas. Tapi jangan risau.

Biar aku tolong kotorkan balik.

Marina senyum simpul sebelum mencurahkan serbuk pencuci di bahagian lantai tandas.

Sesiapa yang masuk, pasti akan terus tergelincir.

Nak jugak tengok Laura masuk hospital sebab patah pinggang.

Marina senyum lagi.

Okay. Cukup la ni kot. Aku tak lah kejam sangat. Aku ni baik hati orangnya.

Marina perlahan lahan menapak meninggalkan tandas itu apabila sudah puas dengan hasil 'seninya'.

Sampai sahaja di tangga untuk turun ke bawah, entah dari mana seorang lelaki tiba tiba muncul dan tanpa sengaja, Marina merempuh bahu lelaki itu kuat sehingga masing masing terdorong ke belakang.

Ah. Sakit.

Marina menggosok bahagian bahunya.

"Kau tak ada mata ke?"

Marina mengerutkan dahi tatkala mendengar suara sarkastik milik seseorang.

Marina yang masih terduduk di atas lantai akhirnya mendongak seraya pandangan dia dan seorang lelaki kacak bertembung.

Marina terkedu tatkala sepasang mata coklat itu merenungnya dalam.

"Maaf. Saya tak sengaja." Marina mengetap bibir.

Berdebar.

Lelaki itu tersenyum sinis.

"Tak sengaja? Kau ni bukan boleh percaya pun."

Marina mengerutkan dahi. Sumpah tak faham. Kenapa Firash dari dulu bencikan aku? Aku tak pernah buat salah pun.

"Firash. Kenapa dengan awak ni? Saya ada salah apa dekat awak sampai awak layan saya macam ni?" Marina menggagahkan diri untuk bangun meskipun kakinya masih sakit.

Firash tatap lama wajah Marina di hadapannya.

"Kau tak buat salah dengan aku. Tapi kau buat salah dengan orang yang aku sayang."

Marina tergamam.

Siapa?

Takkan–

Laura?

"Blah. Aku nak lalu." Firash sempat berikan satu jelingan tajam pada Marina sebelum melintasi gadis itu untuk berlalu pergi.

Namun Marina lebih pantas memagut lengan lelaki itu.

"Firash..."

"Lepas." Firash merentap lengannya dengan kasar.

Serius. Firash tak suka berkasar dengan orang. Lebih lebih lagi dengan perempuan. Semua orang akan dilayan dengan baik.

Tapi tak tahu kenapa dengan Marina, dia langsung tak boleh nak berkompromi. Rasa benci bila ingat balik apa yang dia pernah buat pada Laura dulu.

"Kenapa awak bencikan saya? Hiks..."

Marina mula menangis.

Firash dah gelabah. Eh. Dah kenapa pulak minah ni menangis? Aku tak buat apa apa pun kan?

"Awak tak nak pujuk saya ke? Saya nangis ni sebab awak tau." Marina tatap wajah Firash dengan linangan air mata.

Hensemnya kau, Firash.

Firash dengan tiba tiba merapatkan jarak antara mereka.

Marina senyum.

Sangkanya, lelaki itu mahu memujuknya.

Tapi—

"Simpan je la air mata palsu kau tu. Takyah nangis. Buruk ah."

Firash sempat senyum sebelum akhirnya melangkah pergi.

Marina mengetap bibir. Seumur hidupnya, ni kali pertama seorang lelaki memanggilnya buruk.

Pantas, Marina menyelukkan tangan pada poket seluar dan mengeluarkan satu cermin merah jambu miliknya.

Terpacul pantulan wajah cantiknya pada cermin itu.

Aku cantiklah!

Putih, hidung mancung, kening lawa.

Jap. Firash suka Laura juga ke? Izwan pun?

Marina senyum sambil otaknya ligat menyusun strategi.

Hm. Menarik.

Cinta tiga segi.

Biar aku yang jadi pengarah untuk drama tu.

























❀❀❀

"BAIKLAH. Jutaan terima kasih saya ucapkan pada semua warga aspura dan aspuri yang telah bertungkus lumus menjayakan aktiviti gotong royong pada hari ini. Berikan tepukan pada diri sendiri."

Bergema Dataran Seri Permata itu apabila semua murid masing masing memberikan tepukan gemuruh.

Aku duduk pada barisan paling belakang. Aku terdengar juga suara Arfiq yang sedang jerit jerit di bahagian tempat duduk pelajar lelaki. Aku juga dengar suara Amierul dan Adam yang sedang suruh Arfiq diam.

Kanak kanak ribena sungguh!

Puan Jannah tersenyum sambil memandang semua wajah di hadapannya.

"Penat?"

"Penat!" laung semua murid.

Gila tak penat? Gotong royong sehari suntuk. Sekarang dah pukul 3 petang. Tak sedar masa dah berlalu dengan begitu pantas.

Eh. Kejap. Izwan bertolak dari sana pada pukul 6 petang kan?

Sempat aku nak telefon dia sekali lagi lepas ni. Entah kenapa rasa tak sedap hati pula.

Dengan perlahan, aku mengeluarkan telefon milikku dari poket seluar. Nak tengok. Mana tahu ada notifikasi dari Izwan.

"Laura Ameena."

Aku tergamam. Terkejut tatkala semua mata terarah pada aku.

Jantung aku berdegup kencang tatkala Puan Jannah meninggalkan mikrofon dan pentas utama lalu membuka langkah ke arahku.

Dengan pantas, aku masukkan semula telefon tadi pada kocek seluar.

Akhirnya, susuk tubuh Puan Jannah berhenti di hadapanku. Dia memeluk tubuh.

"Saya bercakap dekat depan, awak main telefon dekat belakang?"

Omg. Dia nampak ke? Matilah.

"Ma–maafkan saya, puan." Aku tundukkan wajah. Malu.

"Bagi saya."

Aku terkedu. Aku angkat wajah lalu pandangan aku dan Puan Jannah bertembung.

"Bagi saya telefon tu."

Aku ketap bibir. Dengan berat hati, aku hulurkan juga telefon tadi.

Puan Jannah menatap skrin telefon aku dengan senyuman sinis tersungging di bibirnya.

"Gambar lelaki plastik mana yang kamu letak sebagai wallpaper telefon kamu ni?"

Aku dah tak boleh tahan sabar.

Aku letak gambar Tae.

Dia cakap bias aku lelaki plastik?

Dia nak aku suap plastik dalam mulut dia ke apa sekarang ni?

"Saya rampas telefon kamu. Kalau nak tebus telefon ni, jumpa saya secara peribadi di bilik warden lepas habis majlis." Puan Jannah sempat berikan satu jelingan pada aku sebelum bergerak ke pentas semula dengan telefonku di tangannya.

Ummi, tengok dia.

Suka hati je nak ambil telefon Meena.

Gigit kang.

"Baiklah. Sambung balik." Puan Jannah kembali berdiri di hadapan pentas.

Mata aku tiba tiba terarah pada sepasang mata yang turut memandang aku. Firash.

Dia duduk tidak jauh dari tempat duduk aku.

Firash nyata risau melihat wajah sugul aku. Yelah. Phone kena rampas. Siapa je yang tak sedih? Bukan tu je.

Sempat pulak Puan Jannah kutuk Taetae aku.

Hm murung.

Aku senyum ke arah Firash dan buat lambang 'ok' menggunakan jariku.

Aku okay je sebenarnya. Cuma terkilan sebab tak sempat tengok kalau tiba tiba ada mesej dari Izwan ke?

"Sebelum kamu semua boleh pulang ke aspuri dan aspura untuk berehat, saya akan adakan spotcheck pada semua kawasan untuk pastikan kamu semua dah bersihkan semua kawasan dengan sepenuhnya."

"Puan Aiza akan bantu saya untuk buat spotcheck di aspura. Manakala saya akan buat spotcheck di aspuri."

Murid lelaki mula bersorak riang. Suka bila Puan Aiza ditugaskan untuk handle aspura. Hm. Tahulah Puan Aiza tu lawa gila orangnya. Muka macam barbie.

Budak perempuan dapat Puan Jannah yang garang. Mohon tabah.

Nasib baik lah aku dah bersihkan tandas tadi dengan sebaik baiknya. Boleh la aku tarik nafas lega kan?

Aku senyum. Haraplah Puan Jannah akan puji aku nanti. Walaupun sekali, aku nak jugak dengar dia puji aku. Penat aku bersihkan tandas tu tadi untuk buktikan pada Puan Jannah yang aku ni bukannya jahat sangat.

Cepatlah check tandas! Hehe.




















❀❀❀

"LAURA Ameena,"

Aku yang sedang sibuk mengemas katilku tergamam.

Terkejut tatkala wajah Puan Jannah tiba tiba tersembul di pintu dorm aku.

Kenapa pula ni? Apa yang tak kena kalini? Aku dah bersihkan tandas tu dengan sehabis baik kan?

"Ish. Laura. Warden panggil tu. Pergilah. Nanti dia marah, lagi susah." Marina menyinggul bahu aku. Menyedarkan aku dari lamunan.

Aku angguk lalu dengan perlahan, mengatur langkah ke arah Puan Jannah yang beriak serius tanpa secarik senyuman.

Marina senyum kecil.

Tak sabar nak tengok drama air mata lepas ni. Maaf, Laura. Ni baru sikit. Aku boleh buat lebih lagi lepas ni.

Ah. Cepatlah mulakan drama!

Marina bersorak keriangan dalam hati.

"Bagus. Saya bangga dengan kamu."

Eh?!

Aku tatap wajah Puan Jannah di hadapanku. Dia tengah puji aku ke sekarang ni?

"Walaupun kamu bersihkan tandas tu seorang diri, kamu berjaya bersihkan dengan baik. Tahniah." Puan Jannah mengukir senyum ikhlas kepadaku.

Aku akhirnya turut tersenyum.

Alhamdulillah!

Rasa nak nangis pun ada. Ish. Ingatkan apa tadi. Rupanya dia nak puji aku.

Pertama kali dia puji dan senyum dekat aku.

"Saya minta maaf pasal tadi. Tak seharusnya saya kutuk wallpaper telefon awak. Nanti tak pasal pasal Army serang saya."

Aku ketawa kecil.

Ada ada je la.

Tiba tiba, Puan Jannah merapatkan wajah kami berdua. Aku terkedu tatkala Puan Jannah membisikkan sesuatu.

"Jangan bagitahu sesiapa. Sebenarnya, saya ni minat kumpulan Ateez. Hiks. Saya dan Puan Aiza sama sama Atiny!"

Mulut aku melopong. Serius ah?!

Omo. Virus kpop dah semakin menular pada golongan berusia!

Jsjsjsjsj.

Bahaya ni. Kalau tiba tiba balik rumah, ummi dengan abah tengah layan Mnet—

Pengsan aku HAHAHA.

Puan Jannah menepuk perlahan bahuku seraya tersenyum.

"Ni rahsia kita berdua ya! Saya pergi dulu."

Aku angguk kecil lalu anak mataku menghantar kepergian Puan Jannah.

Puan sihat ke tak sebenarnya tu? Risau gue.

"Akak!"

Bahu aku terangkat sedikit akibat terkejut tatkala Mia secara tiba tiba menepuk bahu aku dari sisi dengan perlahan.

"Mia ni. Terkejut akak." Aku layangkan satu cubitan ketam pada pinggang Mia yang sedang senyum sambil menayangkan sebaris gigi putihnya yang tersusun rapi.

"Aduh sakit la kak!" Mia mencebik manja.

Aku buat muka toya sebelum melangkah keluar dari aspuri untuk ke tandas.

"Kak! Nak ikut!" Mia menjerit sebelum menyendeng di sebelahku.

Menemani perjalanan aku untuk ke tandas.

Tak mungkin.

Tadi aku dah sepahkan tandas tu. Aku dah kotorkan semua sudut dalam tandas.

Kenapa tiba tiba Puan Jannah boleh puji perempuan tu?

Marina memicit batang hidungnya perlahan. Pening. Takkan lah—

Marina tergamam. Serta merta, wajahnya bertukar pucat lesi.

Firash ke?























❀❀❀

"CHA! Kau jalan tu boleh cepat sikit tak? Jalan bukan main lembap. Macam anak itik." Afieya mula membebel apabila melihat gelagat Afieya yang sengaja berjalan paling lambat di belakang.

Raysha mencebik.

"Aku cantik la. Macam rama rama. Anak itik tu kau!"

Afieya menggulingkan matanya ke atas. Malas nak layan. Makin dilayan makin menjadi jadi si bubur chacha tu.

"Dah lah tu. Sehari tak gaduh tak sah agaknya korang berdua ni." Diyana menggeleng gelengkan kepala.

Langkah mereka masih diatur perlahan menuju ke dewan makan.

Minum petang!

"Lepas ni kita main batu seremban nak? Aku dah jahitkan batu serembannya semalam." Syuhada senyum tipis.

Diyana mengangguk setuju.

Lagipun, lepas ni waktu riadah. Asyik main bola beracun je. Sekali sekala main batu seremban, best jugak.

Tiba tiba, langkah mereka semua terhenti. Serentak.

"Korang nampak apa yang aku nampak?"

Dengan suara tersekat sekat, Amelia bersuara sambil melontarkan pandangan ke suatu arah.

Mereka semua menghalakan pandangan ke arah yang sama.

Keluhan berat dilepaskan.

Tatkala melihat Laura sedang seronok bergelak ketawa bersama Marina di hadapan dewan makan. Mereka berdua baru sahaja ingin masuk ke dalam dewan makan tersebut.

"Sumpah. Aku rindu gila dekat Ara." Lirih, Raysha bersuara.

"Rindu nak dengar dia marah marah pagi pagi bila dia lewat bangun. Lepastu rindu nak dengar dia bebel bila kita bising malam malam." Diyana senyum tawar.

"Kita kena jauhkan Ara dari perempuan munafik tu. Aku tak nak dia buat benda bukan bukan dekat Ara." Tegas Afieya.

Amelia menghela nafas panjang.

"Tak senang. Ara pun dah tak nak percayakan kita lepas apa yang kita dah buat. Salah kita. Kita tak patut percayakan minah dua muka tu."

Diyana mengangguk setuju.

"Korang sendiri pun tahu kan perangai Ara tu macam mana. Lepas apa yang kita dah buat, aku tak rasa semudah tu dia boleh maafkan kita."

Afieya mengerutkan dahi. Tak puas hati.

"Habis tu? Boleh pulak dia maafkan perempuan munafik tu?" suara Afieya naik secara tiba tiba.

Syuhada meraih tangan Afieya. Cuba meminta Piya untuk bertenang.

Syuhada tersenyum ikhlas.

"Semua benda ni ada hikmahnya. Allah akan tunjukkan kebenaran suatu hari nanti. Aku ada idea."

Semua mata terarah pada Syuhada.

Idea?

"Kita jaga Ara dari jauh. Kita yang akan lindungi dia dari Marina."


















































❀❀❀

"LAURA..."

Aku angkat wajah sambil sibuk mengunyah karipap.

Aku angkat kening memandang wajah muram Marina.

"Asal? Kau okay tak?" soal aku.

Marina ketap bibir.

"Kenapa? Cuba cerita. Tadi okay je. Asal tiba tiba sedih ni?" aku kerutkan dahi.

Marina melepaskan keluhan kecil. Wajah aku ditatapnya lama.

"Aku buruk ke?"

Marina masih dihantui kata kata Firash sebentar tadi.

'Simpan jela air mata palsu kau tu. Tak yah nangis. Buruk ah.'

Tiba tiba rasa geram kian memuncak.

Tak guna punya Firash!

Soalan dari Marina buatkan aku terkedu seketika. Soalan jenis apakah ini?

"Eh. Kenapa dengan kau ni? Kenapa tiba tiba je tanya soalan macam ni?"

Marina menundukkan wajah.

"Aku rasa Firash tak suka aku."

Aku terdiam. Firash?

Hm. Firash memang pelik. Dengan orang lain, dia mudah mesra alam. Tapi dengan Marina, ada je yang tak kena. Aku pun pelik. Padahal, Marina dah minta maaf.

Takkan nak suruh Marina pindah keluar dari sekolah ni pula?

Sksksksk.

"Aku rasa, dia mesti akan burukkan aku dekat kau supaya kau bencikan aku. Jadi..."

Eo?

Secara tiba tiba, Marina menarik tangan aku lalu menggenggamnya erat. Dia merenung anak mata aku.

"Jangan percayakan Firash. Aku sayangkan persahabatan kita, Laura. Walau apa pun yang dia cakap nanti, jangan percaya cakap dia. Janji dengan aku."

Kenapa tiba tiba je ni? Macam ada benda yang tak kena.

Aku melepaskan tautan genggaman tangan tadi.

"Apa kau cakap ni, Marina? Aku kenal Firash lebih lama dari kau kenal dia. Dia bukan jenis yang suka buruk burukkan orang lain untuk kepentingan diri dia sendiri. Firash tu baik."

Marina tersentap. Terasa seakan Laura sedang menyindirnya.

"Maaf. Tapi aku percayakan Firash." Aku tundukkan pandangan.

Marina merenung wajah Laura. Lama. Dia mengepal penumbuk.

Percayakan Firash? Aku akan buat kau hilang kepercayaan pada dia, Laura.

Marina senyum sinis.

"Aku nak pergi tandas ah. Lepas ni, aku terus naik aspuri. Kau boleh jalan sorang kan?" aku berdiri. Dah hilang mood nak makan.

Aku tak bodoh la. Kalau dibandingkan Firash dengan Marina, aku tanpa berfikir panjang akan terus pilih Firash.

Marina senyum sambil mengangguk.

"Jalan elok elok!"

Aku sekadar senyum tipis sebelum membuka langkah meninggalkan dewan makan.

Marina cuma memandang dari jauh. Senyuman tadi hilang. Yang ada cuma wajah menahan geram.

Rancangan aku habis hancur. Ah!

"Sorang ke?"

Marina angkat wajah. Pandangan dia dan seorang jejaka bertaut.

Wajah Marina mula mengendur.

"Nak join."

Dengan selamba, Firash tarik kerusi untuk duduk berhadapan Marina tanpa menunggu balasan dari gadis itu.

Marina mengetap bibir.

"Siapa benarkan kau duduk hah?"

Firash buat muka selamba. Tak kisah bila sebilangan pelajar di dalam dewan makan itu mula memandang ke arah mereka berdua.

"Cuba tengok pada bahagian belakang kerusi yang kau tengah duduk sekarang ni. Ada cop 'hak milik kerajaan'.  Bukan 'hak milik Marina Finanda'. Mohon sedar diri."

Marina mencerunkan pandangan pada Firash.

Lelaki ni memang sengaja nak naikkan darah aku! Sikap dia yang biadap ni memang jauh sekali dengan sikap Izwan.

Izwan baik. Izwan layan aku seribu kali ganda lebih baik dari si Firash ni.

Firash ni pun satu. Dengan Laura bukan main baik. Dengan aku, terus bertukar jadi bapak singa. Tak boleh ke dia layan aku macam mana dia layan Laura?

Ya. Aku nakkan layanan tu. Aku nak gantikan tempat Laura!

"I wonder..."

Marina terkedu tatkala mata Firash tiba tiba merenung wajahnya lama.

Eh. Takkan lah—

Firash dah jatuh hati dekat aku ke?

"Kau ni manusia jenis apa? Suka tengok orang lain menderita? Suka tengok hubungan persahabatan orang lain hancur disebabkan perangai kau?"

Riak wajah Marina berubah tatkala sindiran pedas itu menusuk halwa pendengarannya.

Firash senyum sinis.

"Kau boleh bodohkan semua orang dengan muka innocent kau tu. Tapi semestinya bukan aku. Dan untuk pengetahuan kau, semua rahsia kau dengan Bella ada dalam tangan aku."

Marina tergamam. Apa?! Tapi bagaimana?

"Ni Firash la. Semua benda aku tahu." Firash senyum bangga.

Marina mengerutkan dahinya. Geram bercampur malu.

"Perangai kau ni macam budak budak. Kau sanggup kotorkan tandas tu untuk balas dendam?"

"Selagi aku masih hidup, kau jangan berani nak sakitkan hati Laura."

Firash secara tiba tiba berdiri.

"Aku blah dulu."

Marina genggam erat kedua dua belah tangannya. Habis. Semua rancangan aku dah hancur.

Apa yang patut aku buat lepas ni?

Racunkan Firash supaya dia mati?

Lepas Firash mati, dia takkan dapat beritahu semua rahsia aku pada Laura.

"Marina."

Marina tersentak. Dia dan Firash saling berbalas pandangan.

"Sia sia je semua benda yang kau buat ni. Jadi diri kau sendiri. Banyak mana pun usaha kau, kau tetap takkan dapat gantikan tempat Laura."

"Belum terlambat lagi untuk kau berubah, Marina. Aku dan yang lain boleh tolong kau untuk berubah. Baik kau berubah sebelum maut menjemput."


























❀❀❀

MATA aku melirik pada permukaan jam tangan di tangan kiriku.

Aku gigit bibir menahan resah.

7 malam.

Mana Izwan? Dia sepatutnya dah sampai ke kawasan sekolah 20 minit yang lepas.

Aku nak telefon dia pun tak boleh. Telefon aku kan kena rampas. Bila aku ke bilik warden, Puan Jannah dah pulang ke rumah. Terpaksa lah aku tuntut telefon kesayangan aku tu besok.

"Eh. Laura?"

Aku menoleh.

Puan Aiza?

Manisnya Puan Aiza bertelekung. Macam bidadari la. Cair aku.

Puan Aiza mengerutkan dahi.

"Kamu buat apa dekat luar surau ni sorang sorang? Solat Maghrib dah nak mula sekejap lagi. Mari masuk." Lembut, Puan Aiza meraih lengan aku.

Aku geleng.

"Puan masuk lah dulu. Kejap lagi, saya masuk."

Puan Aiza terdiam. Asyik melihat aku yang sedang sibuk menghalakan pandangan pada bahagian tempat solat lelaki.

Puan Aiza senyum tipis.

"Awak cari siapa?"

Aku tatap lama wajah Puan Aiza di depan mata.

"Puan, malam ni siapa jadi imam?"

Izwan cakap dengan aku yang dia akan mengetuai solat maghrib hari ni sebaik sahaja dia pulang dari kem. Tapi, batang hidung dia pun aku tak nampak.

"Hm. Entah. Saya pun tak pasti. Tapi tadi, saya nampak Firash dekat tempat Imam. Dia yang jadi imam malam ni agaknya. Kenapa?"

Aku mengetap bibir. Firash jadi imam?

Mana Izwan ni? Jantung aku berdebar laju. Seakan memberi satu petanda tak baik.

"Mari ikut saya. Kita masuk. Ambil wudhu'. Insyaallah, hati awak akan tenang." Puan Aiza menggenggam erat tanganku.

Aku hela nafas panjang sebelum mula mengikut jejak langkah Puan Aiza untuk masuk ke dalam surau.

















❀❀❀

FIRASH melepaskan sebuah keluhan kecil. Sudut bibirnya terangkat sedikit tatkala satu tangan menepuk perlahan bahunya.

"Rash, kau okay tak?"

Firash angkat wajah.

Adam.

Firash angguk kecil.

"Aku kenal kau bukan tadi. Aku kenal kau dah lama, bro. Kau tengah fikir pasal Wan?"

Firash meraup wajahnya kasar. Kusut.

Sekarang dah pukul 9 malam. Izwan masih tak muncul. Bukan tu je. Dah beratus ratus kali dia menghubungi Izwan.

Telefon Izwan tak aktif. Yang ada, cuma suara operator wanita. Nak telefon Alisa?

Terima kasih jelah.

"Mana dia? Sepatutnya, dia yang jadi imam untuk solat maghrib kita tadi. Tapi dia tak ada. Aku tak sedap hati, Dam."

Amierul menanggalkan songkok di kepalanya sebelum mengatur langkah ke katil Firash.

"Mungkin jalan jammed?" tebak Amierul. Sekadar ingin sedapkan hati sendiri.

Kalau nak ikutkan logik, tak mungkin jalan jammed sampai macam ni sekali. Ni melampau.

Dah lepas waktu Isyak.

"Insyaallah, semua okay. Dah ah. Jangan fikir sangat." Adam senyum tipis.

"Eh. Mana Fiq dengan Naz?" Amierul menghalakan pandangan pada katil Arfiq dan Nazrul yang masih kosong.

Selalunya waktu waktu macam ni, diorang berdua akan lepak dekat katil sambil tengok movie.

"Tadi Naz kata, dia nak hantar laporan dekat Puan Aiza kat bilik warden. Kejap lagi muncul la tu." Firash mencapai telefonnya yang terletak di laci bersebelahan katil.

Ingatkan ada apa apa panggilan dari Izwan.

Malangnya, tiada.

Tiba tiba, telefon Firash bergetar. Menandakan ada satu panggilan baru masuk.

Nombor yang tak dikenali.

Firash dengan pantas menekan butang hijau.

"Hello?"

"Hello, Rash?"

Firash mengerutkan dahi. Suara ni macam kenal.

"Rash, ni aku. Laura. Aku pinjam telefon Mia ni."

Firash angguk kecil. Oh, patutlah.

"Laura. Kenapa? Kau okay tak?" Soal Firash, prihatin.

Laura di hujung talian hanya diam.

"Izwan tengah mandi ke? Kenapa dia tak jawab call aku?"

Firash terkedu. Jadi, Laura ingat Izwan dah balik?

Belum, Laura. Izwan belum balik lagi.

"Rash, aku takut. Aku mimpi yang... Izwan kemalangan masa perjalanan untuk balik ke sini."

Lirih, suara Laura mengendur perlahan.

Firash menghela nafas panjang.

"Sebenarnya Izwan belum—"

"Firash!"

Secara tiba tiba, muncul kelibat Arfiq dan Nazrul yang tercungap cungap mencari nafas.

Nampak seperti mereka sibuk berlari dari bilik warden tadi. Macam ada perkara mustahak.

Wajah Nazrul dan Arfiq pucat lesi.

"Kenapa ni? Apa yang jadi?" soal Adam, resah.

Nazrul memandang wajah sahabatnya silih berganti.

"Izwan—"























❀❀❀

DUM!

Jantung aku seakan terhenti berdenyut tatkala telefon milik Mia yang berada di genggaman tanganku melurut jatuh ke lantai.

"Ma–maaf, Mia!" dengan pantas, aku ambil telefon di lantai itu lalu menggosoknya perlahan.

Iphone pulak tu.

Mia senyum.

"Eh. Takpelah kak."

Aku pegang bahagian dada yang secara tiba tiba terasa sesak. Firash tiba tiba tamatkan panggilan telefon. Dan tangan aku seakan menggigil tiba tiba. Hingga pegangan telefon tadi menjadi longgar.

"Kak, akak okay tak ni?" Mia menyentuh lembut bahuku yang berbalut baju pijama merah jambu.

Aku angguk.

"Muka akak pucat ni, kak!" Mia dah mula gelabah bila lihat wajah aku mula bertukar rona.

"Laura! Laura! Mana Laura?"

Aku tergamam. Terkejut tatkala mendengar suara seseorang dari luar dorm.

Suara lelaki? Lelaki dalam aspuri?

Aku bangun dan terus capai selendang hitam pada kepala katil sebelum melilitnya di kepala.

Sesampainya di koridor dorm, aku lihat beberapa orang pelajar perempuan dah berkerumun di situ.

Kenapa kecoh kecoh ni?

Secara tiba tiba, tubuh aku dipeluk dari belakang oleh seseorang.

"Ara..."

Aku terkedu. Mel?

Amelia mengemaskan pelukan.

"Banyakkan bersabar, Ara."

Seakan dejavu, kata kata yang keluar dari mulut Mel membuatkan jantung aku seakan berhenti mengepam darah pada seluruh organ tubuh.

"Kenapa?" aku pelik tatkala semua pelajar perempuan mula mengalihkan pandangan pada aku.

Dengan langkah perlahan, aku berjalan ke hujung koridor lalu menjenguk ke bahagian bawah.

Fi–Firash?

Apa dia buat dekat aspuri tengah tengah malam macam ni?!

"Firash..."

"Laura, aku minta maaf."

Dahi aku berkerut. Maaf? Tapi sekarang belum raya. Kenapa tiba tiba nak bermaaf maafan ni?

Firash tundukkan wajah.

"Pergi bersiap. Aku tunggu kau dekat pejabat warden. Kita pergi sama sama."

Eh? Pergi mana pula ni?

"Apa maksud kau?" soal aku dengan nada mendatar.

Firash dan aku saling bertatapan. Lama.

Tak tahu kenapa. Tapi aku dapat lihat cecair jernih bertakung dalam anak mata coklat milik Firash.

"Mimpi kau jadi kenyataan, Laura."














To Be Continued

sorry kalau hambar or anything, wany minta maaf awal awal.

type dengan keadaan tak sihat :'(

maaf yaa.

tapi jangan risau. chapter seterusnya, wany akan pastikan lagi better dari this one.



HAPPY BIRTHDAY

zirasofeyya
niaaaaaa___

may allah bless you two and bring endless happiness to both of you <3

stay beautiful and cutee my qtpieee!

me loveeee you so much ♡










RUANGAN PROMOTE

hai. harini wany akan promote satu account ni.

unclishestory

follow account ni tau! owner dia baik plus friendly gilaaa ♡

jangan lupa juga untuk baca semua cerita dia. semua best weh! seriussss!

sweet but psycho


tomboy vs playboy

jangan lupa add to reading list korang and votee also riuhkan ruangan comment ya!

bubyeee.





setiap chapter, wany promote satu acc je. next time wany promote yang lain pulak. sila beratur ikut barisan yaa! hehe.

bubye
love u ♡
borahae 💜




with love,
wany ♡

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top