00 : 21


special thanks pada semua readers kesayangan saya ! korang semua sumpah awesome gilaaa! wany terharuuu!

tak expect korang boleh capai goals yang wany buat kat previous chapter tu dalam masa sehari je.

pecah rekod, beb. korang memang power ah. tepuk tangan untuk diri sendiri!

terima kasih pada yang rajin comment.
wany akan mention beberapa orang yang rajin comment pada setiap chapter. untuk chapter kalini, wany nak tag 5 orang bertuah.

SPECIAL TAGS : Ehhhwahhhh anisrosdie Azunte18 yaennnnv siyemss

next chapter, wany tag orang lain pulak. orang yang active ! ♡

kepada silent readers, sila munculkan diri anda. wany nak berkenalan dengan semua readers wany <3

maaf tau sebab lambat gila update even cuti :( wany tak merasa nikmat cuti sebab SPM tak dibatalkan macam PT3 dengan UPSR. ditangguhkan ke tahun 2021 je.

online classes dengan homeworks berlambak !

huwaaaaa!

anyone batch 03? sila luahkan perasaan anda. mari kita menangis bersama sama :'(

ooh ya! eunwoo kirim salam kat semua ! hehe ♡

sepatah dua kata sebelum mula.
kalau wany buat group whatsapp, ramai tak yang nak join?

kalau ramai, insyaallah wany buat. tapi kalau boleh wany nak member group semua active. tak nak ada yang jadi cctv tau. sebab all of you are important to me ♡

*●*●*●*●*●*●*●*●*●*●*●*●*●*●*
GOALS FOR NEXT CHAPTER
105+ VOTES
200+ COMMENTS
*●*●*●*●*●*●*●*●*●*●*●*●*●*●*


« open up your heart »

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

enjoy reading my blueberries ♡

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

AKU mengorak langkah menuju ke bilik rawatan dengan perut berkeroncong.

Lapar nya.

Sekarang waktu rehat. Tapi semalam, cikgu penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah jumpa aku dan dia suruh aku untuk selesaikan beberapa perkara di bilik rawatan mengenai BSSM.

Mungkin, dia nak suruh aku bantu untuk perjumpaan kokorikulum yang seterusnya.

Aku tak kisah bab nak tolong. Masalahnya sekarang ni, aku tengah lapar.

Tadi aku nampak batu dekat tepi jalan. Tapi yang mengejutkan, aku nampak batu tu seakan akan macam ayam goreng kat kyochon.

Pergh. Lapar sangat ni. Batu pun boleh nampak macam ayam.

Apa apa jelah. Baik aku cepat. Cepat siap, cepat aku boleh makan.

Aku lajukan langkah ke bilik rawatan.

"Laura!"

Aku kerutkan dahi sebelum berpaling ke belakang.

Eh.

Marina?

Marina sengih dan terus berdiri di hadapanku.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal aku, pelik.

Aku sekarang berada betul betul di hadapan bilik rawatan sekolah.

Tak pasal pasal jadi pengerusi. Sedih. Ni semua sebab budak junior berpakat untuk lantik aku.

Aku cincang sorang sorang kang baru tahu.

"Nah."

Aku memandang plastik berisi sandwich dan sebotol air mineral di tangan Marina.

"Ambil lah. Aku tahu kau sibuk uruskan hal persatuan tu. Tapi kau tetap kena makan. Nah, ambil ni. Aku ikhlas."

Aku pandang Marina. Betul ke ni Marina? Kenapa dia layan aku macam ni? Tiba tiba?

Marina ketawa ikhlas.

"Jangan risau. Aku tak letak racun pun dalam ni. Ambil lah. Kau lupa ke? Aku dah minta maaf haritu. Jadi, kita berdua kosong kosong kan?"

Aku akhirnya ukir satu senyuman tipis buat Marina.

Ya, aku ingat. Marina dah minta maaf. Dan aku dah maafkan dia.

Aku sambut huluran itu walau aku masih teragak agak.

"Terima kasih."

Marina angguk."Sama sama."

"Kau dah makan?" Soal aku, mesra.

Marina senyum.

"Dah. Aku dah makan kat kantin tadi. Aku nampak kau tergesa gesa pergi bilik rawatan ni. Jadi, aku sengaja belikan makanan lebih untuk kau."

Baik gila do Marina ni! Macam tahu tahu je aku tengah lapar sekarang ni.

"Laura."

Aku dan Marina sama sama mengalihkan pandangan ke suatu arah.

Firash. Dia sedang menuju ke arah kami berdua dengan wajah tegang. Serius. Tanpa secarik senyuman seperti selalu.

Aku terkedu tatkala Firash menarik lengan aku agar aku menjauhi Marina. Lalu, Firash berdiri di tengah. Di antara aku dan Marina.

"Apa lagi kau nak?" Tegas, suara Firash menerobos masuk ke dalam pendengaran aku.

Firash pandang Marina dengan kerutan di dahinya.

"Firash." Aku pantas mengambil langkah untuk berdiri di sebelah Marina tatkala aku perasan perubahan riak wajah Marina yang nyata terkejut dengan kehadiran Firash.

"Kau sentuh dia, aku akan pastikan kau lenyap dari sekolah ni selama lamanya."

"Firash, dah. Jangan la macam ni."

Firash alihkan pandangan pada aku.

"Laura, biar aku selesaikan benda ni. Aku tak nak dia kacau kau lagi."

Aku menggeleng pantas.

"Tak, Firash. Marina dah minta maaf dekat aku. Aku dengan dia dah berbaik. Tolong, jangan macam ni."

Aku mula tak senang duduk apabila beberapa orang pelajar yang lalu lalang curi pandang ke arah kami bertiga.

Mana taknya. Bergaduh depan bilik rawatan.

"Saya minta maaf kalau awak tak selesa saya berkawan dengan Laura. Tapi izinkan saya untuk saya tebus balik kesalahan saya sebelum ni, Firash." Marina angkat wajah. Memandang wajah kacak Firash.

Firash berdecit.

"Kau tak layak sebut nama aku."

"Firash, dah la weh. Dah. Hentikan semua ni. Dia dah berubah lah." Wajah dingin Firash aku tenung lama.

Firash tak pernah macam ni. Selama ni, dia lelaki paling cool. Tak suka marah marah. Selalu senyum.

Tapi kalini lain. Ni bukan Firash yang aku kenal.

"Tak apalah, Laura. Aku pergi dulu. Jumpa dalam kelas nanti. Jangan lupa makan. Nanti perut kau masuk angin, aku jugak yang risau." Marina lebarkan senyuman.

Marina curi pandang wajah Firash di hadapannya.

"Firash, saya pergi dulu." Marina senyum sebelum berlalu pergi.

Meninggalkan aku dan Firash berdua.

"Apa kau buat ni, Firash? Kenapa kau layan dia macam tu?" aku tinggikan suara seoktaf. Geram dengan perilaku Firash yang dingin.

Aku baru je nak bina hubungan yang baik dengan Marina.

Firash memandang wajah aku. Lama.

"Dia nak apa? Kenapa dia datang jumpa kau? Dia nak aku belasah dia dulu baru dia nak insaf ke?"

Astaghfirullahalazim. Budak Firash ni. Dia nak belasah perempuan? Bapak ah!

"Dia bagi ni. Aku dah cakap kat kau tadi kan? Dia dah berubah. Marina Finanda dah berubah. Salah ke kalau aku maafkan dia?"

Firash pandang sandwich dan air mineral di tanganku.

Dalam sekelip mata, sandwich dan air mineral tadi dirampas oleh Firash dengan kasar.

Aku tersentak.

"Firash! Apa kau buat ni?" aku mengetap bibir. Geram!

Pahal dia ni?!

Firash tenung kotak sandwich itu.

"Aku nak tengok racun apa yang dia letak dalam sandwich ni."

"Ya Allah, Firash. Marina tu tak adalah jahat sangat sampai nak racunkan aku. Kau gila ke? Bagi balik!" aku cuba mencapai sandwich tadi tapi Firash lebih pantas mengelak.

Aku dah mencarut dalam hati.

Iee dia ni!

Aku dahlah tengah lapar. Kang aku makan dia baru tahu!

Dengan selamba, Firash baling sandwich dan air mineral itu ke dalam tong sampah berhampiran.

"Ya Allah! Firash Edhan!" aku ternganga.

Firash masih beriak selamba. Tanpa sekelumit pun rasa bersalah.

Aku rasa nak baling je dia masuk dalam tong sampah sekali. Biar dia duduk dengan sandwich tu.

"Nah. Ambil ni."

Aku pandang huluran di tangan Firash dengan kerutan di dahi.

Kek coklat dan air mineral.

Dari tadi dia pegang kek coklat dan air mineral tu. Tapi, aku tak tahu pulak tu untuk aku. Ingatkan, tu dia punya.

"Ambil lah. Ke kau nak aku suap?"

Aku masih buat muka tak puas hati. Walaupun kek coklat tu memang di antara makanan kegemaran aku dekat sekolah ni, tapi aku tetap tak nak terima.

Dahlah dia baling sandwich yang tak berdosa tu dekat dalam tong sampah!

Tahulah dia anak orang kaya. Tapi tak payah lah baling makanan selamba dalam tong sampah macam tu.

Firash tiba tiba tarik lengan aku dan meletakkan kek coklat dan air mineral itu ditangan aku.

"Makan. Kalau kau buang, aku bagitahu Izwan."

Aku ketawa sinis.

Dah kenapa nak kena bagitahu Izwan? Tibe je mamat ni. Ketuk kepala satgi kang baru tahu.

"Aku pergi dulu. Izwan mesti dah tunggu aku. Kitorang kena bertugas jaga blok B."

Aku hanya angguk.

Firash sempat lemparkan satu senyuman manis buat aku sebelum mengatur langkah meninggalkan aku.

Baru dua tapak melangkah, Firash berpaling.

"Jaga diri. Jangan biar Marina kacau kau. Kalau dia buat apa apa, panggil aku. Biar aku smackdown dia."

Aku ketawa.

"Baik kau pergi sekarang sebelum aku baling kek coklat ni dekat kau."

Firash turut sama ketawa sebelum menyambung langkah untuk ke Blok B.

Suka hati dia je nak smackdown anak dara orang.

Aku kahwinkan si Firash ni dengan Marina baru tahu.

Korang setuju tak?

Firash + Marina = FINA

Ke korang ada nama lain? Boleh sumbangkan idea anda di sini. HAHAHAH.



























❀❀❀

MARINA senyum tipis.

Wajah Marina mula membahang merah. Menahan rasa sesak di dada.

Kacak.

Firash kacak.

Walaupun dia layan aku teruk, entah kenapa aku rasa dia dan aku sesuai.

Marina gelengkan kepala perlahan.

Tak tak. Firash bukan pilihan aku.

Target aku sekarang, Izwan.

Ya. Dia.

Marina senyum lagi. Terbayang wajah kacak Izwan di fikiran. Lelaki pertama yang dah membantunya menyesuaikan diri di sekolah baharu itu.

"Marina!"

Marina berhenti menapak tatkala mendengar satu suara. Dia baru sahaja ingin masuk ke dalam tandas.

Nak betulkan tudung. Aku kena nampak cantik di mata semua.

Marina terkedu tatkala Bella menghampirinya dengan wajah merah padam menahan marah.

"Bella?"

"Sini kau!" Bella merangkul tangan Marina lalu menariknya ke bahagian belakang blok tandas perempuan.

"Aww! Apa tarik tarik ni? Sakitlah!" Marina menarik tangannya kembali sambil mengusap tangannya perlahan.

Kuku Bella dahlah panjang macam kuku langsuir. Berbisa.

Bella memeluk tubuh. Menjegil memandang wajah polos Marina.

"Bodoh. Sepatutnya, aku tak patut percayakan perempuan bodoh macam kau. Pengkhianat!" Bella bersuara, lantang.

Marina mengerutkan dahinya.

"Apa yang kau cuba sampaikan ni? Aku tak faham lah."

Bella ketawa dengan nada mengejek.

"Kau tak faham ke kau buat buat tak faham? Kau lupa? Kau dah bersubahat dengan aku untuk kenakan Laura. Fitnah yang tersebar pasal Laura tu pun kita yang sama sama rancang dan sebarkan."

"Tapi sekarang ni. Kau dah mula berkawan dengan perempuan tak guna tu? Kau tak ada otak ke? Kau letak otak kau dekat mana hah perempuan?"

Marina memeluk tubuh sambil senyum sinis.

Entah kenapa, rasa suka pulak tengok Bella meroyan macam ni. Dah macam psiko.

"Kau yang lembab."

Bella mengecilkan matanya. Apa? Dia cakap aku apa tadi? Lembab?

"Kau fikir aku ni hadap sangat ke nak berkawan dengan budak tu?" soal Marina, selamba.

Kerutan di dahi Bella beransur hilang.

"Apa maksud kau? Aku nampak dengan jelas apa yang berlaku antara kau dengan Laura dekat depan bilik rawatan tadi. Siap bagi makanan bagai. Kau dah jadi kuli batak budak tu ke apa?"

Marina melepaskan keluhan kecil.

"Bella, ni semua namanya strategi. Aku ada rancangan aku sendiri. Kalau aku dan dia terus terusan bermusuh, aku takkan dapat buat apa apa sebab Laura tu kuat. Jenis melawan."

"Tapi kalau aku berkawan dengan dia, lebih mudah untuk aku jalankan semua rancangan aku. Senang untuk aku jatuhkan dia secara perlahan lahan. Biar dia terseksa dalam diam."

Bella terdiam. Cuba menghadam dengan baik segala kata kata Marina.

Ada betulnya juga. Laura tu lain sikit. Kalau orang buat jahat, dia akan terus balas. Tapi kalau orang buat baik, dia akan senang tunduk.

Bella akhirnya senyum puas.

Faham.

"Sekarang siapa yang bodoh? Aku atau kau?" Marina peluk tubuh.

Bella mengetap bibir. Tak puas hati.

"Pastikan semuanya berjalan lancar. Aku takkan pernah puas selagi perempuan tu tak tinggalkan sekolah ni."

Marina ketawa kecil.

"Jangan risau. Marina Finanda yang akan uruskan semuanya."































❀❀❀

IZWAN capai songkok hitam di atas meja lalu meletakkannya dengan kemas di atas kepala.

Baju melayu ungu lembut yang tersarung di tubuh dibetulkan beberapa kali.

"Wan. Dah siap? Jom ah gerak." Arfiq tepuk belakang Izwan perlahan sebelum bergerak ke luar dorm untuk menyarung kasut.

"Siapa imam malam ni?" soal Izwan sambil memandang rakan rakannya yang lain.

"Nazrul. Esok Arfiq." Balas Adam sambil sibuk mengatur langkah ke luar dorm bersama Amierul.

"Ha Fiq. Kau jangan silap terbaca doa makan pulak. Kau tu bukannya boleh percaya." Nazrul ketawa bersama Adam dan Amierul.

Arfiq tarik muka.

"Korang jangan macam macam. Aku kalau kat rumah, tiap tiap malam jadi imam. Korang apa tahu?"

"Imam PUBG ke?"

Segaris kata dari Izwan membuatkan mereka semua ketawa apabila wajah Arfiq bertukar kelat.

"Eh. Mana Firash? Kita dah lambat ni." Amierul mengerling jam di tangannya yang menunjukkan tepat jam 7:20 malam.

Dah nak masuk waktu Maghrib.

"Korang semua pergi dulu. Aku ada hal sikit nak bincang dengan Izwan."

Firash tiba tiba muncul dari pintu tandas dan mengorak langkah ke arah mereka semua.

"Kau nak bincang apa? Nak dengar jugak!" Arfiq buat muka comel.

"Dasar lo. Fikir comel ke hah? Aku siku kang baru tahu." Adam menggeleng gelengkan kepalanya.

Macam budak budak sia Arfiq ni.

Wajah Arfiq mengendur dan dia mencebik. Nak manja manja pun tak boleh! Nampaknya, aku kena cari girlfriend ni. HAHAHAH.

"Tak apalah kalau macam tu. Kitorang gerak dulu. Si Nazrul ni kena jadi pak imam. Tak boleh lambat. Korang pun jangan lambat sangat." Pesan Amierul sambil memasukkan tangannya ke dalam poket baju melayu.

Firash angguk.

"Jangan lupa kunci pintu dorm ni sekali. Nanti semut masuk." Pesan Arfiq pula.

Nazrul ketuk kepala Arfiq. Dasar gila. Semut memang la boleh masuk.

Bahenol betul.

"Kitorang gerak dulu."

Izwan dan Firash mengangguk serentak dan hanya memandang gelagat mereka berempat berjalan meninggalkan dorm sambil tarik songkok Arfiq.

Menjerit budak tu.

Arfiq memang. Keanak anakan sikit.

Nasib la hensem dan comel.

"Ada apa, Rash? Macam penting je?" Izwan duduk di birai katil miliknya.

Firash lepaskan keluhan berat sebelum duduk di birai katil Adam yang terletak berhadapan dengan katil milik Izwan.

"Pasal Laura."

Izwan mengerutkan dahinya.

"Kenapa dengan dia?"

"Aku rasa, kau patut nasihatkan dia. Dia tu sekarang dah makin pelik. Dia dengan Marina dah makin rapat. Macam kawan baik."

Izwan terdiam. Ya. Betul. Dia pun ada ternampak Marina dan Laura rehat sama sama semalam.

Dalam kelas pun, mereka berdua dah duduk sebelah menyebelah. Mereka duduk di meja belakang Atiqah dan Nana.

"Kek coklat yang aku suruh kau bagi dia haritu, dia ambil tak?" soal Izwan tiba tiba.

Firash angguk.

"Masa tu, aku terserempak dengan dia dan Marina. Marina bagi dia sandwich. Entahlah Wan. Aku tak percayakan Marina tu."

Izwan alihkan pandangan ke pintu dorm sambil berfikir.

"Wan, Laura tu kawan kita. Aku tak nak apa apa jadi dekat dia. Aku tak percaya yang Marina tu dah berubah. Aku rasa, dia ada muslihat."

"Tapi masalahnya sekarang ni, Laura tak nak percayakan aku. Aku rasa, kau je yang boleh tolong untuk sedarkan Laura tu. Dia akan ikut cakap kau, Wan."

Izwan menghela nafas berat.

"Rash, kau pun tahu kan? Aku sekarang busy uruskan hal pengawas. Semuanya kena diselesaikan sebelum ujian bulanan satu. Kalau tak, nanti jadual belajar aku clash dengan jadual bertugas."

"Jadi, aku nak minta tolong kau. Tolong jagakan Meena untuk aku."

Izwan dan Firash saling bertatapan.

"Kau serius ke ni? Takkan kau tak ada masa langsung?"

"Sabtu sampai Isnin, aku tak ada dekat sekolah. Sebab aku kena attend kem kepimpinan dekat SMK Jalan Kebun dengan Alisa."

Firash raup wajah.

"Jangan biar Marina buat apa apa dekat Meena. Sebelum aku pergi, aku akan jumpa Meena. Aku cuba nasihatkan dia."

"Aku harap, kau dengan diorang boleh tengok tengokkan Meena untuk aku bila aku tak ada nanti."

Firash angguk.

"Dah ah. Jom gerak." Izwan berdiri.

Takut solat Maghrib dah mula. Tak sabar nak jadi makmum Nazrul.

Makmum perempuan dekat surau mesti dah jerit jerit bila tahu Nazrul jadi imam.

Nazrul kan antara hot stuff jugak dekat sekolah ni.

Malangnya, single.

Pfft. Single lagi best okay dari couple maple ni. Bebas dan bahagia.

































❀❀❀

SYUHADA melepaskan keluhan berat.

Dia cuba fokus mengulangkaji pelajaran tapi malangnya, dia langsung tak boleh fokus.

"Kau dah kenapa? Okay tak?" Afieya menepuk perlahan belakang tubuh Syuhada.

"Haah. Pelik semacam. Kalau kau tak sihat, pergi la balik dorm. Rehat. Nanti boleh sambung ulangkaji." Raysha yang duduk di meja sebelah turut mengalihkan pandangan pada Syuhada.

Syuhada menggeleng pantas.

"Aku okay."

Diyana mengerutkan dahi.

Sekarang waktu prep. Waktu untuk ulangkaji pelajaran di asrama.

"Kau pelik la, Syu. Kenapa ni? Cuba cerita." Amelia selak buku biologi perlahan.

Cuba mengawal suara juga. Sebab bukan mereka sahaja yang ada di situ. Ada budak lain jugak. Tapi tak ramai. Ada budak junior je.

Laura dan Marina pun tak ada.

"Ak-aku sebenarnya..." Syuhada mengetap bibir.

"Sebenarnya apa? Bila masa kau jadi gagap ni? Cuba cakap. Kau kenapa sebenarnya?" Giliran Afieya pula yang menyampuk.

Syuhada tunduk memandang lantai.

"Aku dah tahu semuanya. Aku dah dengar semuanya."

Dengan tak semena mena, Syuhada menangis. Menangis teresak esak hingga memaksa Amelia untuk memeluk tubuh Syuhada.

"Weh, kau kenapa? Kenapa nangis ni, Syu? Cuba cerita dekat kitorang. Apa yang jadi ni?"

"Ara tak salah..."

Mereka semua berpandangan sesama sendiri tatkala mendengar segaris kata yang keluar dari mulut Syuhada.

Apa?

"Masa tu, aku dekat tandas. Aku dengar perbualan Marina dengan Bella. Diorang yang rancang semua ni. Kita dah buat silap besar sebab percayakan Marina." esak tangis Syuhada semakin lama semakin kuat.

Amelia mengusap perlahan bahagian belakang tubuh Syuhada.

"Apa? Maksud kau, semua tu cuma fitnah? Bagitahu aku Syu! Bagitahu kitorang semuanya. Aku nak dengar dari A sampai Z." Afieya berang. Matanya mula berkaca.

Tak sangka.

Persahabatan mereka semua hancur disebabkan satu fitnah.

Dan lebih teruk lagi, sekarang Laura sedang berkawan rapat dengan si pembawa fitnah.





























❀❀❀

AKU selak helaian buku nota bahasa arab.

Hm. Harini nak ulangkaji tajuk apa?

Ha. Tajuk balaghah! Haritu, masa Ustaz Sheikh terangkan pasal tajuk ni, aku sibuk conteng buku.

Tak fokus. Sebab masa tu lapar. Nasib baik ustaz tak perasan. Kang tak pasal pasal dia suruh aku berdiri.

Nana selalu kena. Tapi aku suka tengok hubungan Nana dengan ustaz. Macam ayah dengan anak. Comel je!

"Laura!"

Aku angkat wajah.

"Eh. Marina!" aku lemparkan satu senyuman manis.

Marina membalas senyuman aku.

"Boleh aku duduk?"

Aku angguk pantas. Marina tarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan aku.

Di tangan Marina, ada beberapa buah buku teks dan buku rujukan. Dia datang ke perpustakaan untuk ulangkaji juga agaknya.

Ujian bulanan satu semakin hampir. Semestinya, semua murid sibuk buat persiapan.

Memang tiap petang lepas habis waktu sekolah, aku akan ke perpustakaan untuk belajar. Sorang je. Sebab aku kan dah tak ada kawan.

"Sorang?" soal Marina separa berbisik. Kat perpustakaan kan. Mana boleh berborak dengan rancak.

Tak pasal pasal kena halau dengan si pengawas perpustakaan. Aku dahlah pernah buat hal dengan pengawas tu. Masih ingat apa yang aku buat? Hehe.

Aku angguk dengan senyuman.

Aku tundukkan wajah kembali. Menatap buku rujukan bahasa arab. Cuba mencari input penting tentang tajuk yang tidak aku fahami.

"Em. Laura?"

Aku dongakkan wajah kembali tatkala suara halus milik Marina memanggil nama aku.

"Eo? Kenapa?"

Marina ketap bibir.

"Em. Aku tak tahu sama ada aku patut beritahu atau tak tentang perkara ni. Tapi, aku rasa aku perlu bagitahu kau. Sebab kita dah jadi kawan. Dan aku tak nak lagi bersubahat dengan diorang."

Dahi aku berkerut. Apa maksud dia?

"Okay. Cuba cakap. Kenapa?" aku tutup buku rujukan dan mengalihkan perhatian sepenuhnya pada Marina.

Marina melepaskan keluhan berat.

"Sebenarnya tadi, masa aku dalam perjalanan untuk ke perpustakaan, aku terserempak dengan kawan kawan kau."

Aku terdiam. Kawan kawan aku? Siapa?

Mel, Piya... mereka semua tu ke?

"Aku dengar yang diorang semua tengah bercakap perkara buruk tentang kau. Diorang mengumpat kau. Bukan tu je, diorang sempat rancang cara nak sabotaj kau nanti."

Hah? Apa?

Tak- takkanlah...

"Aku tahu susah untuk kau percayakan aku. Tapi, aku sebagai kawan, aku nak yang terbaik untuk kau, Laura."

Marina tiba tiba mencapai tangan aku di atas meja lalu menggenggamnya erat.

Aku tak mampu balas apa apa. Sebab aku masih cuba hadam semua benda ni.

Serius ke? Mereka semua cuba untuk sabotaj aku?

Tapi...

"Aku bukan apa, Laura. Kau baik. Aku tak nak kau jadi mangsa diorang. Jangan biar diorang sakitkan hati kau lagi. Kalau diorang betul betul ikhlas, mesti diorang ada dengan kau masa susah senang kau."

"Tapi tak. Diorang tinggalkan kau bila diorang dengar pasal fitnah tu. Tu bukan kawan namanya, Laura. Diorang semua munafik."

Aku menelan liur yang terasa pahit.

Pahit untuk aku menelan kenyataan.

"Habis, kau nak aku buat apa?" aku tak tahu kenapa, jantung aku berombak laju sekarang ni.

Aku marah. Marah dan sedih bercampur jadi satu.

Marina pandang anak mata aku. Lama.

"Aku nak kau jauhkan diri kau dari diorang semua. Kalau diorang minta maaf, jangan percayakan diorang. Sebab aku tak nak aku terluka lagi disebabkan diorang semua tu."

Aku terdiam.

Aku seka air mata yang bergenang di pelupuk mata.

Tak sangka yang diorang semua sanggup buat aku macam ni.

"Borak apa?"

Aku terkedu tatkala seorang lelaki dengan selamba mengambil tempat di sebelah aku.

Izwan!

Wajah Izwan kosong tanpa riak.

Marina senyum simpul.

"Hai, Izwan."

Izwan diam. Asyik merenung wajah Marina tapi masih tak bersuara.

"Izwan, kau buat apa kat sini?" aku menoleh. Memandang wajah Izwan di sebelahku.

Izwan mengalihkan pandangan ke arah aku.

"Aku nak jumpa kau. Kenapa? Tak boleh?"

Aku mengerutkan dahi. Dia demam ke apa ni? Tiba tiba je. Dah lah dalam beberapa hari ni dia dan aku tak bertegur langsung.

Nak bertegur macam mana kalau Izwan asyik sibuk. Habis je kelas, dia ke bilik pengawas untuk menguruskan tugasnya. Dah tak macam dulu.

Sedih.

Bila orang yang dulunya rapat dengan kita, tiba tiba menjauh.

Tapi aku cuma diamkan. Sebab aku tak nak kacau. Dia sibuk dengan tugasan dia. Aku pun sibuk dengan ulangkaji.

"Ehem. Aku pergi dulu lah. Laura, kita jumpa dekat dorm je lah nanti."

Marina ni pun satu. Dari tadi, asyik pandang Izwan. Izwan pula, asyik pandang Marina.

Diorang ni ada apa apa ke?

Aku ketap bibir.

"Okay." Balas aku, ringkas.

"Izwan, saya pergi dulu. Jaga diri." Marina senyum dan halakan pandangan pada Izwan.

Izwan tak beri sebarang reaksi. Dia cuma alihkan pandangan dan diam.

Dah kenapa pula ni?

Marina melambai kecil ke arah kami berdua sebelum atur langkah meninggalkan perpustakaan itu.

Aku kerutkan dahi. Sumpah pelik.

"Dah makan?"

Aku terkedu. Aku toleh memandang Izwan. Izwan tak pandang aku. Tapi dia pandang pintu perpustakaan.

Dia tak suka Marina pergi?

Eh. Kejap. Dia tanya aku ke tadi?

"Ya, Laura Ameena. Aku tanya kau. Kau dah makan ke belum?"

Izwan tiba tiba alihkan pandangan dan perhatian sepenuhnya pada aku. Buat aku terpaku.

Aku angguk.

Aku tipu. Aku tak makan lagi sebenarnya. Tak ada selera.

"Dah. Kau dah makan?"

Izwan turut angguk.

Jap. Jantung aku berdebar. Aish. Rilekslah, encik jantung. Izwan je pun.

"Sejak bila kau dengan dia rapat?"

Aku terdiam. Siapa yang Izwan maksudkan? Marina ke?

"Bukan ke dia tu musuh ketat kau? Sejak bila kau boleh jadi rapat dengan musuh ketat kau sendiri?"

Aku dan Izwan bertatapan. Lama.

"Dia minta maaf. Dan aku dah maafkan dia."

"Kau pasti ke dia dah betul betul berubah?" Soal Izwan, sinis.

Aku pelik. Kenapa dengan Izwan sebenarnya ni?

"Meena, aku tak nak kau percayakan dia sepenuh hati. Sebab aku tak percayakan dia."

Aku angkat kening.

"Apa maksud kau? Dia okay je aku tengok. Kitorang rehat sama sama. Dia selalu tanya aku okay ke tak. Dia kisah pasal aku."

"Aku pun kisah pasal kau. Lebih dari dia. Aku dah janji yang aku akan jaga kau. Dan aku akan tepati janji aku, Meena." Tegas, suara Izwan seakan cuba menahan amarah.

Aku lepaskan keluhan berat.

"Izwan, aku penat dengan semua ni. Aku penat nak bermusuh dengan semua orang. Aku nak kehidupan normal macam dulu balik."

"Aku tak nak nampak macam kera sumbang dekat sekolah ni. Semua benda aku buat sendiri. Tanpa sesiapa. Aku pun teringin nak ada kawan macam dulu."

Entah kenapa aku sebak balik.

Rasa nak nangis. Tapi aku cuba tahan. Tak nak menangis depan Izwan.

"Aku faham. Tapi please, bukan dia. Ramai lagi orang yang kau boleh kawan. Atiqah, Nana..."

Aku menghela nafas panjang.

"Mulai Sabtu ni, aku tak ada."

Pantas, aku menoleh. Memandang wajah serius dan beku milik Izwan.

Dia nak pergi mana pulak ni? Takkan dia merajuk dengan aku sebab aku kawan dengan Marina?

"Kau nak pergi mana?" aku cuba mengawal nada suara.

Tak nak la nampak macam terlampau risau. Tak pasal pasal Izwan ingat aku syok kat dia pulak.

Susah pula nanti.

"Kem. Tapi aku dah suruh Firash tengok tengokkan kau untuk aku. Kau jangan buat hal. Aku tak ada. Jadi, jaga diri elok elok."

Aku mencebik.

"Aku bukan budak budak lah. Tak payah suruh Firash tengok tengokkan aku. Aku boleh jaga diri aku sendiri."

Fikir aku ni budak darjah dua ke hah?

"Jangan mengada ngada. Dengar cakap aku. Kalau ada apa apa, cari Firash. Atau, cari je member aku yang lain. Diorang akan tolong kau."

Aku terdiam sejenak.

Kenapa aku tiba tiba rasa tak sedap hati?

"Izwan."

Izwan angkat kening, menoleh memandang aku.

"Kenapa?"

"Kalau kau tak pergi tak boleh ke?"

Izwan dan aku berpandangan untuk masa yang agak lama.

Entah kenapa aku rasa berat nak lepaskan dia pergi. Pergi kem je pun. Tapi aku tetap berat hati.

Rasa macam ada sesuatu akan berlaku.

"Kalau kau rindu aku, call. Aku bawak phone."

Aku buat muka menyampah. Tak ada masa nak rindu kau!

Em. Mungkin rindu. Tapi sikit je la. Rindu nak gaduh.

"Berapa lama kau pergi?" soal aku.

"Sebulan."

"Hah?!"

"Shh! Laura Ameena, perlahankan suara. Amaran pertama!"

Aku halakan pandangan pada kaunter perpustakaan.

Pengawas perpustakaan haritu! Talia.

Ceh. Aku tembak kang. Dasar gila kuasa.

"Aku tipu. Aku pergi 3 hari je. Sabtu sampai Isnin."

Aku ambil bekas pensel lalu ketuk bahu Izwan dengan bekas pensel unicorn milik aku itu.

"Kau nak gurau pun agak agak ah."

Hampir pengsan aku tadi.

Gila. Sebulan? Lama weh. Tu bukan kem namanya. Tu dah dikira pindah sekolah.

Izwan senyum simpul.

Aku baru perasan. Sekarang, Izwan kerap senyum. Dah tak macam dulu. Kalau dulu, nak tengok dia senyum, bukan main susah.

Sekarang, alhamdulillah.

Hubungan dia dan aku pun dah makin baik.

"Beg pink yang ada keychain teddy bear atas rak kat luar tu, kau punya kan?"

Aku angguk.

"Aku dah letak roti dengan air dalam beg tu tadi. Kau tak payah nak tipu aku. Aku tahu kau tak makan lagi."

Aku tergamam. Macam mana dia tahu?

"Pastikan kau makan. Nanti aku tak ada, jangan lupa makan. Jaga diri kau baik baik."

Weh. Asal rasa macam Izwan nak pergi buat selama lamanya ni?

Ya Allah, Ara. Husnuzon! Tak. Izwan ada. Izwan takkan pergi mana mana.

"Izwan."

Aku dan Izwan saling bertatapan sekali lagi.

Dan kalini mata aku berkaca.

"Kau pun jaga diri kau. Jangan lupa makan. Hati hati kat sana."

Izwan pandang aku lama sebelum dia akhirnya ukir satu senyuman manis.

"Ya. Nanti tiap malam, aku message kau. Aku nak pastikan kau makan. Kau ni degil. Keras kepala. Orang cakap bukan nak dengar. Kalau Firash suruh kau makan pun, belum tentu kau ikut cakap dia."

Aku mencebik.

"Izwan..."

Izwan ketawa kecil.

"Ada lagi?"

Aku angguk. Mestilah ada. Kalau boleh, aku nak suruh dia tak payah pergi terus.

Tapi siapalah aku ni. Aku cuma kawan dia yang paling comel.

Pfft.

"Jangan layan perempuan lain. Kalau ada perempuan menggatal dengan kau, jangan layan walaupun perempuan tu cantik macam Ryujin sekalipun."

Izwan mengerutkan dahi.

"Ryujin? Siapa tu?"

Egh. Ryujin pun tak kenal.

"Ryujin Itzy lah. Yang lagu I wanna be me me me~" aku menyanyi kecil.

"Tak habis habis dengan kpop." Izwan alihkan pandangan lalu memeluk tubuh apabila terpandang photocard Taehyung yang berada di dalam bekas pensil aku.

Eleh. Biar lah.

Kpop ni happy pills aku. Boleh buat aku lupa kejap pasal semua masalah yang aku ada.

"Kenapa? Kau jealous?"

Pantas aku geleng.

"Iee memang tak ah nak jealous. Buang masa. Aku cuma tak nak kau jatuh cinta di usia muda. Sebab nanti kau hilang fokus pasal pelajaran. Tu je." Aku cuba menegakkan benang yang basah.

Walaupun alasan aku nampak tak logik, bedal je lah.

"Aku suka kau. Tapi aku tak hilang fokus belajar pun?"

Aku tergamam.

Walaupun suara Izwan perlahan gila nak mati, aku tetap boleh tangkap setiap butir bicara dia tadi.

Dan sekarang wajah aku dah membahang.

"Ap- apa kau cakap?" Aku pandang anak mata kelabu itu lagi.

Izwan geleng.

"Tak ada apa apa."

Pelik. Aku salah dengar kot tadi.

"Kau belajar apa ni? Bahasa Arab?" Izwan tarik buku rujukan Bahasa Arab yang berada di hadapan aku.

Aku angguk.

Dan sekarang jantung aku berdegup sepuluh kali ganda lebih pantas tatkala Izwan merapatkan jarak di antara kami.

Aku dapat tangkap dengan jelas bau perfume dia.

Izwan fokus menyelak helaian buku bahasa arab. Manakala aku, sibuk tenung keindahan ciptaan tuhan di sebelah aku ni.

"Tajuk apa yang kau tak faham?"

Aku tersedar dari lamunan.

Gila. Kau dah kenapa ni, Ara?

"Em. Balaghah." Aku garu kepala yang tidak gatal.

"Kacang je tu. Sini. Aku ajar kau."

Aku buat muka menyampah. Kacang konon. Sepak kang. Tahu la pandai.

"Tak payahlah. Aku boleh belajar sendiri. Lagipun, orang pelik nanti tengok kita duduk sama sama macam ni."

Aku tak selesa. Izwan ni tumpuan ramai. Susah kalau peminat fanatik dia nampak aku dan Izwan kat sini.

Izwan angkat wajah dan pandangan kami bertembung.

"Tadi kau kata, kau dah tak nak jadi kera sumbang dekat sekolah ni. Tak nak sorang sorang. Jadi aku teman kau. Tak salah kan? Ni tempat terbuka."

"Elok sangat la tu. Kau kera betina. Biar aku jadi kera jantan."

Iee! Dia panggil aku kera betina? Kurang ajar lo!

Izwan tahan gelak. Dia buka buku rujukan tepat pada mukasurat tentang tajuk balaghah.

Hm. Macam mana nanti Izwan tak ada? Aku tak boleh bayangkan.

Kalau apa apa jadi dekat aku dan dia tak ada?

Aku melepaskan keluhan berat.

Firash takkan boleh gantikan Izwan.

































❀❀❀

MARINA menapak perlahan menuju ke kantin.

Waktu rehat.

Tadi, dia nampak Laura rehat bersama Izwan dan kawan kawan Izwan yang lain.

Tch. Diorang rehat bersama?

Tak apalah. Kalini, aku bagi peluang untuk kau rapat rapat dengan Izwan.

Bila tiba masanya nanti, aku akan buat kau dengan dia jadi macam orang asing. Senang je semua tu.

Aku boleh buat macam macam untuk hancurkan hubungan baik kau dan dia.

"Marina Finanda."

Marina berpaling. Senyuman palsu di berikan pada kelima lima gadis di hadapannya.

"Eh. Korang. Nak pergi kantin jugak ke?"

"Dasar munafik." Afieya mengorak satu langkah untuk menghampiri Marina tapi Diyana lebih pantas menghalang.

Panas baran Piya tak boleh dibuat main.

"Kenapa ni? Ada apa apa yang tak kena ke?" Marina melunakkan suara.

Cuba untuk berbasa basi.

"Eh perempuan. Kau tak payah tunjuk baik sangat la kat sini. Kau jangan sampai aku belasah kau biar hilang semua gigi kau tu." Afieya mengetap bibir.

"Piya, orang pandang la. Perlahankan sikit suara kau." Amelia mencelah.

Murid yang lalu lalang untuk ke kantin turut mengalihkan pandangan pada mereka kerana kebingitan suara Piya.

"Biar. Biar orang pandang. Biar orang nampak manusia bertopengkan syaitan macam perempuan tak guna ni."

Senyuman Marina mula pudar.

"Apa kau cakap?" Marina bersuara, mendatar.

"Kau tahu apa yang aku maksudkan kan?Jangan nak pura pura baik sangat. Kitorang dah tahu semuanya. Kau yang sebarkan fitnah pasal Laura. Kau yang buruk burukkan dia. Kau cakap dekat kitorang yang dia burukkan kitorang dekat semua orang."

Dengan tiba tiba, tawa Marina meletus.

"Lembab. Korang semua memang lembab. Korang baru sedar benda tu?"

Amelia berdecit.

Marina yang di hadapan mereka kini adalah Marina yang berbeza. Bukan lagi Marina yang polos dan naif ketika dia baru sahaja memasuki sekolah ini.

Tapi Marina yang sekarang adalah Marina yang licik. Marina yang penuh dendam dan semestinya berbahaya.

"Nampak sangat semangat setiakawan korang lemah. Korang lebih percayakan orang luar macam aku ni dari Laura? Kawan baik korang yang dah bertahun tahun tu?"

"Aku rasa, baik korang cermin diri korang dulu sebelum nak tuding jari pada aku 100%. Kalau tak ada angin, masakan pokok akan bergoyang. Ya aku mengaku. Aku yang sebarkan fitnah tu."

"Tapi yang korang bodoh sangat pergi percaya cakap aku tu dah kenapa?"

"Kau-!" Afieya menerpa ke arah Marina sebelum cuba untuk menolak Marina agar dia jatuh tersungkur ke lantai.

Namun, Marina dengan lebih pantas mengelak dan tak semena mena, Afieya jatuh dengan agak kuat di atas lantai simen itu.

"Piya!"

Raysha dan Diyana cuba untuk membantu Afieya agar dia dapat bangun kembali.

Marina senyum senget.

"Aku bukan naif macam dulu. Aku yang sekarang, adalah aku yang sebenar."

"Dan korang semua cuma parasit yang aku akan hapuskan satu persatu."



























❀❀❀

AKU menguis nasi ayam di pinggan yang masih berbaki.

Tak ada selera.

Hari Sabtu yang paling suram.

Entah kenapa, selera aku mati. Rasa tak ada mood nak buat semua benda.

Izwan dah berangkat ke kem pagi tadi. Dia janji nak mesej aku bila dia sampai dekat sana.

Pabo.

Kau memang pabo, Izwan.

Kau tak mesej aku langsung. Aku malas nak mesej dulu. Sebab nanti nampak macam aku yang terhegeh hegeh dekat dia.

Tapi sebenarnya, aku tengah risaukan dia. Risau sangat.

Sekurang kurangnya, mesej la aku sepatah. Cakap 'Meena, aku dah sampai.'

Tu pun dah okay. Aku tak minta banyak pun. Susah sangat ke?

Dewan makan ni pun aku dah tak nampak macam dewan makan. Aku rasa macam tengah makan kat kem.

Wahai Izwan, sila mesej aku sebelum aku cari kau kat sana!

"Laura."

Aku angkat wajah.

Tak rasa apa apa. Aku tunduk kembali untuk pandang nasi ayam yang masih tak luak di pinggan.

"Nak apa?"

Amierul dan Nazrul saling berpandangan sesama sendiri. Mungkin, terkejut dengan perubahan mood aku yang dah macam angin monsun ni.

"Kau okay tak ni, Laura? Kenapa duduk sorang?" Soal Nazrul, prihatin.

Aku angkat bahu.

Entah. Aku pun tak tahu kenapa aku duduk sorang. Tadi, ada budak junior yang datang nak duduk sini. Maklumlah, meja yang aku sedang huni sekarang ni agak besar.

Nampak pelik bila aku duduk dan makan seorang diri di sini.

Aku cakap dekat budak junior tu yang meja ni dah ada orang cop. Ya. Aku tipu. Sebab aku nak bersendirian.

"Entahlah. Aku suka duduk sorang sorang."

Ooh. Aku lupa la. Aku kan kera sumbang. Tapi sekarang, kera jantan aku tak ada sebab dia pergi kem. Jadi, aku duduk la sorang sorang.

Apa aku merepek ni?

Amierul dan Nazrul tiba tiba tarik kerusi dan duduk berhadapan dengan aku.

Aku angkat wajah dengan wajah sugul.

"Pergilah makan kat kat meja korang. Aku boleh makan sorang sorang." Aku capai air sirap lalu meneguknya perlahan.

"Izwan dah pesan supaya kitorang tengok tengokkan kau."

Tch.

Kisah apa aku. Dahlah pergi kem pastu terus lupa aku.

Hm aku tak patut rasa macam ni. Dia tu cuma kawan aku je. Tak lebih dari tu.

"Makan makan!"

Terlongo aku tatkala Arfiq, Adam dan Firash tiba tiba muncul dan sempat meletakkan beberapa pinggan berisi popia, kuih lapis dan beberapa jenis kuih yang lain di atas meja.

"Wow. Padu ah. Macam tahu tahu je kitorang semua ni perut belanga." Mata Amierul dah bersinar sinar memandang hidangan yang terhidang.

"Eh. Ni semua Laura punya. Kau nak, pergi ambil sendiri." Adam ketuk tangan Am yang dah mula mencapai seketul popia.

Amierul buat muka tak puas hati.

"Makan je la, Am. Aku tak nak. Aku kenyang." Aku menolak pinggan popia ke arah Amierul.

"Laura, asal ni? Kau tak sihat ke? Sakit perut?" Giliran Firash pula yang sibuk bertanya.

Sekarang ni, aku rasa agak tak selesa.

Sebab semua mata di dewan makan dah mula terarah pada kami.

Maklumlah, aku sorang je perempuan. Dikelilingi pulak dengan para lelaki.

Jatuh fitnah nanti.

"Aku okay. Korang pergilah sambung makan dekat meja korang."

"Sampai hati kau halau kitorang." Arfiq tunduk memandang lantai.

Eh eh budak ni. Ni 17 tahun ke 7 tahun?

"Izwan ada mesej korang tak?"

Adam angguk.

"Ada. Dia mesej Firash."

Aku halakan pandangan pada Firash. Firash angguk mengiyakan.

"Dia bagitahu aku yang dia dah selamat sampai dekat SMK Jalan Kebun tu. Dia penat sangat agaknya. Sebab dia mesej aku pun sepatah je."

"Aku tanya dia macam mana keadaan dekat sana. Okay ke tak. Tapi dia tak balas lagi."

Nazrul bergumam.

"Nama pun kem. Mesti la tak boleh nak berlama lama dengan phone. Dapat tengok phone pun sekejap je."

Aku menghela nafas panjang.

Ya tak ya jugak. Izwan bukan pergi lawatan suka suka. Dia pergi kem.

"Kau jangan risau lah. Malam nanti, mesti dia mesej kau." Nazrul senyum.

Aku paksa diri untuk ketawa.

"Aku tak kisah pun la pasal dia. Aku saje je tanya tadi. Sebab rasa pelik dia tak ada."

Sekali lagi, aku berbohong. Haih. Orang sibuk kutip pahala. Tapi aku tambahkan dosa dengan menipu.

"Kesian Firash ni hah. Izwan tak ada, dia yang kena uruskan hal hal berkaitan sekolah. Kau okay tak, Rash?" Amierul mengunyah popia kegemarannya.

Popia carbonara.

Firash angguk.

"Aku okay. Tapi sekarang kan, aku kagum gila dengan Izwan. Dia tak pernah mengeluh pasal tugasan dia. Aku baru gantikan posisi dia sehari. Rasa macam nak tercabut lutut aku sebab kena ulang alik bilik disiplin jumpa Cikgu Nizaf."

"Kalau dia ada, mesti dia suka. Nasi ayam ni kan favourite dia." Arfiq mencelah.

Aku pandang nasi ayam di pinggan aku. Makanan kegemaran dia ke ni?

Aku suka jugak nasi ayam. Tapi aku lebih suka nasi tomato. Yum yum!

"Korang rasa dia okay tak kat sana?" spontan, mulut aku mengeluarkan bicara.

Aku risaukan Izwan sebenarnya.

"Jangan risau ah, Laura. Izwan okay je kat sana. Aku jamin 100%. Malam ni, dia mesti call kau."

"Ni baru setengah hari Izwan pergi. Ada baki lagi dua setengah hari." Adam mengeluh.

Walaupun Izwan serius memanjang, ada kalanya dia tu pandai jugak melawak. Dia selalu ambil berat pasal kawan kawan dia.

Dua setengah hari lagi? Tapi kenapa aku dapat rasakan yang-

Izwan akan pergi lebih lama dari tu?









































❀❀❀

"TU bukan Kak Laura ke?"

"Haah la. Iee tengok la tu. Keliling dia semua lelaki. Macam tak ada maruah je."

"Dah senior tu tunjuk la contoh yang baik."

"Dasar miang. Dia gunakan rupa dia hanya untuk tarik perhatian lelaki."

Marina senyum lebar.

Suka.

Suka dan gembira tatkala mendengar segala umpatan dan cacian yang keluar dari mulut budak budak junior yang duduk di meja bersebelahan dengannya.

Marina melontar pandangan pada Laura yang sedang berbual mesra bersama Firash, Adam, Arfiq, Amierul dan Nazrul.

Izwan tak ada.

"Adik."

Keempat empat budak junior perempuan di meja sebelah mengalihkan pandangan pada Marina. Serta merta mereka ternganga.

"Eh. Kak Arin!"

"Maaf, kami tak bermaksud pun nak bercakap benda buruk pasal Kak Laura. Kak Arin tolong jangan adukan hal tadi pada Kak Laura ya!"

Gelabah budak 4 orang tu. Macam baru lepas nampak hantu.

Takut kena belasah dengan Laura la tu. Yela, kalau Laura tahu budak junior ni mengumpat dia, habis la.

Meletup dewan makan ni.

"Eh tak apalah. Akak tak kisah pun." Marina senyum simpul.

Mereka berempat berpandangan sesama sendiri.

"Eh. Tapi bukan ke Kak Arin dengan Kak Laura berkawan rapat? Haritu Didi nampak Kak Arin dengan Kak Laura rehat sama sama."

Didi? Nama budak selekeh depan aku ni Didi? Didi apa?

Didi and friends?

Marina geleng.

"Sebenarnya, akak pun tak suka dengan dia. Dia tu berlagak. Panas baran pulak tu. Tengoklah macam mana rapatnya dia dengan budak lelaki. Akak tak selesa."

"Akak ni bukannya nak mengata dia. Cumanya, akak tak suka dengan perangai dia. Korang semua bila dah jadi senior nanti, jangan jadi macam dia tau."

Didi dan kawan kawannya mengangguk pantas. Budak hingusan semua ni. Macam muka budak darjah satu. Marina ketawa dalam hati.

"Jadi la macam akak. Cantik, baik dan yang semestinya, layan junior dengan baik." Marina senyum lebar.

Didi dan yang lain ketawa kecil.

"Kalau boleh, sebarkan dekat kawan kawan korang yang lain tau pasal apa yang akak cakap tadi. Biar satu sekolah tahu siapa Laura yang sebenarnya."

Didi mengangguk polos.

"Baiklah, Kak Arin."

Dasar nerd. Dahlah nerd, lembab pulak tu. Pergi percaya je semua cakap aku.

Tak apalah. Yang penting sekarang ni, aku dah berjaya sebarkan khabar angin tak elok pasal Laura.

Eh haahlah.

Izwan tak ada kan?

Ni la masanya untuk aku kenakan Laura cukup cukup.

Izwan dah tak ada sebagai pelindung.

Aku senyum tipis sambil memandang figura Laura di suatu sudut.

Aku minta maaf, Laura.

Tapi.

Kau bukan watak utama.

Aku. Aku yang layak jadi perhatian semua orang.












To Be Continued




HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO MY LOVES
HAPPY BIRTHDAY TO YOU

yeay! happy belated birthday wany ucapkan pada ketiga tiga orang ni

🐯 nrlraisyah on 12th April
🐯 ayomochii on 22nd April which is today!
🐯 xxrfxxx on 23rd April which is tomorrow!

happy birthday ♡

may allah bless you and protect you whenever you are.

kepada nrlraisyah maaf sebab lambat wish. tapi issokay la kan.

ayomochii ni pulak one of my classmate dalam kelas and also my bestie! dia pun ada pegang watak dalam novel ni. hehe. YTJT !

korang cuba teka. ayomochii pegang watak siapa?

xxrfxxx happy birthday! esok kan? tapi wish awal tak apa en? happy birthday tauu !

enjoy your day ahead pretty ladiess ! ♥


RUANGAN PROMOTE

hai. okay untuk ruangan promote kalini, wany akan promote satu account ni.

frihae_

dia ada 3 published books which is sangat sangat menarik untuk dibaca!

first : REALITY


second : FARIHAN'S TALK


third : SWEET BUT PSYCHO


korang jangan lupa support dia tau! follow account dia dan serbu semua buku buku dia okay? jangan risau. farihan ni baik dan friendly orangnya. kan farihan kan? hehe.

okay untuk sesiapa yang nak wany promote kan account atau buku dia, boleh drop comment kat sini. atau boleh private message. wany akan reply dalam 24 hours.

tapi sorang ada limit tiga buku je.

okay dah banyak sangat bebel ni.
jumpa next chapter!







pstt! nak tahu tak apa yang jadi dekat Izwan dekat kem tu? okay wany bagi klu.

Klunya, perkara tak baik akan menimpa Izwan.

okay dah tu je. Nak tahu lebih lanjut, tunggulah next chapter okay ! ♡





bubye

love u ♡
borahae 💜




with love,
wany ♡

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top