00 : 19
♪ ♬ ♬ ♪♪ ♬ ♬ ♪♪ ♬ ♬ ♪♪ ♬ ♬ ♪♪ ♬ ♬ ♪
song recommendation
SAY YES - LOCO AND PUNCH
♪ ♬ ♬ ♪♪ ♬ ♬ ♪♪ ♬ ♬ ♪♪ ♬ ♬ ♪
« all alone »
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
enjoy reading my blueberries ♡
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"S—SAKIT."
"Apa? Tak dengar."
Air mata aku jatuh berlinangan membasahi pipi. Terasa sakit di bahagian telapak tangan. Mungkin, aku jatuh terlalu kuat.
Tak.
Aku bukan jatuh.
Tapi aku ditolak dengan kasar.
"Piya, dah." Syuhada merangkul lengan Afieya.
Memaksa Afieya untuk berhenti.
Aku mendongak. Memandang satu persatu wajah mereka.
"Piya..." aku pandang wajah bengis Afieya. Cuba meraih simpati.
Afieya berdecit.
"Tahu pulak sakit? Yang kau pergi tolak Marina sampai macam tu sekali, kau fikir dia tak sakit?"
Air mata aku bergenang.
"Kau ni memang kawan tak guna!"
Afieya menyepak kaki aku dengan agak kuat. Hingga aku terbaring. Sekali lagi.
"Piya, dah lah tu!" Raysha menarik tubuh Afieya menjauhi aku.
Aku? Masih di situ. Di atas lantai.
Bukan aku tak boleh melawan. Bukan aku tak boleh pukul dia balik.
Tapi aku tak nak keruhkan keadaan. Kalau dengan cara ni boleh buat diorang maafkan, aku rela.
Pukul lah aku lagi.
"Kenapa kau tak melawan? Nak acah acah baik? Dasar munafik. Weh, aku tak perlukan kawan munafik macam kau lah! Kau berambus je lah dari sini. Aku jijik tengok muka kau tahu tak!"
Aku mengesat air mata yang berlinangan di pipi.
Serius. Sampai sekarang, aku tak tahu apa yang Marina dah ceritakan dekat diorang semua tentang aku sampai diorang bencikan aku macam ni.
Aku cuba gagahkan diri untuk berdiri. Tapak tangan aku berdarah. Dan aku dapat rasakan lutut aku turut luka akibat jatuh terhentak di atas simen.
Ditolak oleh Piya.
Aku pandang wajah Piya. Lama. Dia mengalihkan pandangan. Tak mahu bertentang mata dengan aku.
"Kenapa kau berubah sampai macam ni sekali?"
Dengan suara tersekat sekat, aku berusaha untuk menanyakan soalan yang sudah sekian lama beraja dalam minda aku.
Apa salah aku?
Piya melemparkan satu senyuman sinis ke arahku.
"Kau tanya kenapa aku berubah? Serius kau nak tahu?"
Air mata aku melimpah keluar. Perlahan lahan, aku mengangguk kecil.
Lebih baik tahu daripada mulut Piya. Daripada aku tahu dari mulut orang lain yang tak kenal pun siapa aku.
Fitnah ni tersebar satu sekolah. Semua orang dah mula pandang sinis pada aku.
"Piya, dah lah tu. Kalau kau bising bising macam ni, nanti orang tahu la kita ada kat sini. Ni kawasan larangan."
Aku mengesat air mata menggunakan belakang tapak tangan.
Tadi, lepas je Marina jatuh, dia dah tak sedarkan diri. Dan dia mengalami pendarahan yang agak teruk. Piya dan yang lain cepat cepat panggil warden dan warden dah bawa Marina ke bilik rawatan aspuri.
Aku pun turut serta ikut Marina ke bilik rawatan. Setelah berada agak lama di sana, aku ambil keputusan untuk kembali ke dorm. Dan ketika aku sedang berjalan, aku ditolak dengan kasar oleh seseorang dari arah belakang.
Ya.
Orang yang aku maksudkan ialah Piya.
"Kau nampak macam ada orang ke kat sini sekarang ni? Malam malam macam ni, siapa je yang nak lalu dekat kawasan ni?" Piya senyum sinis ke arahku.
"Kau jerit sekalipun, belum tentu ada orang dengar."
Aku meneguk liur. Seram.
Aku kenal Piya ni macam mana. Dan aku tahu apa yang dia boleh buat.
Aku menapak setapak ke belakang.
Aku cuba pandang ke sekeliling kawasan ini. Belakang blok aspuri. Siapa je yang nak lalu dekat sini malam malam macam ni?
"Kalau aku dengar, macam mana?"
Aku tersentak. Tergamam.
Suara tu.
Aku berpaling ke belakang. Serta merta air mata aku tumpah, membasahi pipi.
"Hero datang selamatkan heroin ke?" soal Afieya dengan nada sinis.
Lelaki itu dengan pantas menarik lenganku membuatkan aku terdorong ke arahnya.
Aku memandang wajah lelaki itu yang serius, tanpa sebarang senyuman atau apa apa riak wajah.
Apa yang dia buat di sini? Di kawasan aspuri? Kawasan larangan? Pada waktu malam pulak tu.
Atau aku yang tengah bermimpi sekarang ni?
"Baik kau berambus sekarang. Pelajar lelaki tak dibenarkan ada dalam kawasan aspuri. Lebih lebih lagi pada waktu waktu macam ni." Afieya mencerlung tajam ke arah kami berdua.
"Sudah la tu, Piya. Jangan cari pasal lagi." Diyana berdiri di tengah tengah. Cuba untuk menjernihkan keadaan.
"Aku? Aku cari pasal? Perempuan ni yang cari pasal dulu. Kau nak sebelahkan dia ke apa sekarang ni? Lepas apa yang dia dah buat, kau masih nak bela dia?" soal Afieya dengan nada keras.
"Kenapa semuanya jadi macam ni?"
Semua mata kini terarah pada lelaki itu.
Aku juga.
Aku memandang wajah lelaki yang sedang berdiri di sebelahku. Masih menunggu dia untuk meneruskan kata.
"Korang semua lebih percayakan budak baru tu dari Meena? Lebih percayakan fitnah mengarut tu? Korang lebih lama kenal dia. Meena bukan orang yang macam tu."
Air mata aku bergenang.
Jangan la nangis lagi. Aku dah penat nampak lemah.
"Jujur aku cakap. Meena layak dapat kawan yang lebih baik dari korang semua. Piya, kau ingat kau hebat sangat? Kau pukul dia. Kau maki dia. Kau ingat sekolah ni sekolah mak bapak kau? Tak ada peraturan? Macam tu?"
"Izwan, dah. Jangan..." aku merangkul lengan Izwan. Memaksa lelaki itu dari berhenti berkata kata.
Izwan melepaskan keluhan berat.
"Biar aku habiskan." Izwan pandang aku sekilas sebelum kembali memandang ke arah rakan rakan aku di hadapan kami.
"Kita semua dah besar. Sepatutnya dah tak payah bergaduh macam ni. Kalau ada masalah, bincang. Usaha selesaikan masalah. Kalau kau berterusan macam ni, masalah takkan selesai."
"Aku tak nak bela sesiapa. Tapi dalam hal ni, aku tahu Meena tak salah. Aku kenal dia. Dia bukan macam tu."
Raysha mengalihkan pandangan ke arahku.
"Kau yakin ke kau lebih kenal dia ni? Kitorang kawan dengan dia lebih lama dari kau kenal dia."
Izwan memandang aku.
Aku hanya tunduk memandang lantai.
"Aku kenal dia lebih lama dari korang semua kenal dia."
Aku terkedu. Apa?
"Macam ni jelah. Kalau korang semua tak boleh nak hargai dia dan layan dia dengan baik, biar aku yang gantikan tempat tu. Biar aku yang jaga dia."
"Mulai sekarang, dia tanggungjawab aku."
Izwan merangkul lengan aku lalu menggenggamnya erat.
Aku memandang tautan itu dan memandang wajah serius milik Izwan.
"Kalau aku nampak korang buat apa apa dekat dia, aku akan pastikan korang semua dikenakan tindakan disiplin yang paling berat."
"I'll keep my promise."
Belum sempat aku bersuara, Izwan dengan pantas menarik lengan aku. Meninggalkan mereka semua yang masih berdiri di situ dengan riak tak puas hati.
"Izwan..."
Air mata aku mengalir lagi.
"Izwan, stop."
Aku cuba menarik lengan aku dari pegangan Izwan. Tapi malangnya, dia makin kuatkan pegangan. Dan kakinya terus melangkah. Membawa aku ke suatu tempat.
"Izwan, dah lah tu. Berhenti."
Kami berdua tiba di sebuah pondok di dalam kawasan aspuri.
"Izwan Hakiem."
"Apa dia, Laura Ameena!" Izwan akhirnya menghentikan langkah.
Aku tersentak apabila Izwan meninggikan suara dan menoleh, memandang aku yang masih dalam tangisan.
Dia...
Dia tak pernah tinggikan suara dekat aku.
"Jangan tinggikan suara kau. Ak—aku takut."
Izwan melepaskan sebuah keluhan berat. Wajahnya diraup kesal.
"Jangan marah aku..."
Aku mula menangis teresak esak. Badan aku rasa sakit dan sengal. Hati aku hancur. Bila kawan kawan aku sendiri buat aku macam tu.
Bukan ke sahabat sepatutnya saling melindungi?
Tapi kenapa diorang lukakan aku? Fizikal dan mental. Macam aku tak ada perasaan. Dan sekarang, Izwan tinggikan suara dia.
Aku bukan barang. Aku bukan binatang. Aku manusia biasa.
Manusia biasa yang ada perasaan.
"Aku tak marah kau." Suara Izwan mula mengendur.
Aku tunduk memandang lantai dengan tangisan yang masih sama. Aku dah tak kisah pasal malu. Aku dah tak mampu tahan semua ni.
"Kenapa kau tak melawan? Kenapa kau tak pukul diorang balik? Kau bukan Laura Ameena yang aku kenal sebelum ni. Kau dah lain."
Aku mengangkat wajah. Memandang wajah lelaki itu dengan tangisan yang masih bersisa.
"Aku tak melawan sebab aku sayang kawan kawan aku. Aku tak nak diorang makin bencikan aku. Aku sayang diorang, Izwan."
Izwan mengeluh. Dia melangkah menghampiri aku.
"Sayang? Habis kawan kau tak sayang kau ke?" Izwan menyoal sambil terus terusan memandang aku.
Aku geleng perlahan.
"Tak. Diorang tak sayang aku..." aku mengetap bibir.
"Ameena..."
"Kau tak patut ada dekat sini. Aku tak nak kau pulak yang kena hukuman apa apa."
"Aku ada dekat sini sebab aku ada hal yang nak diuruskan dekat pejabat aspuri. Pasal hal Marina dengan kau." jelas Izwan segaris.
Aku memandang wajah kacak itu.
"Aku tahu kau tak salah, Meena."
Aku tak tahu nak rasa apa. Aku cuma rasa bersyukur sekarang ni. Sebab masih ada yang percayakan aku.
"Kau tak patut masuk campur, Izwan. Aku tak nak susahkan sesiapa lagi. Tolong lah."
"Sekarang ni kau nak apa sebenarnya? Aku cuba tolong kau. Aku cuba lindungi kau. Kenapa kau tak nampak semua tu?"
Izwan tinggikan suara dia lagi. Dan aku tundukkan wajah. Air mata aku jatuh membasahi pipi.
"Macam mana aku nak berdiam diri bila aku nampak orang yang paling aku sayang dilayan macam tu?"
Aku terkedu.
A—apa?
Aku angkat wajah. Serta merta pandangan aku dan Izwan bertembung.
Dan aku nampak...
Mata kelabu milik Izwan bergenang.
Dia menangis?
"Izwan..."
"Aku benci kau. Sebab kau buat aku rasa perasaan yang aku tak pernah rasa dengan mana mana perempuan. Bila dengan kau, semua benda jadi lain."
Izwan merapatkan jarak diantara kami.
"Aku tak pernah risaukan mana mana perempuan selain mama macam mana aku risaukan kau. Aku tak sanggup tengok orang lain layan kau macam tu. Aku tak nak orang lain sakitkan hati kau. Aku sorang je yang boleh buat kau nangis."
Jantung aku berdegup kencang. Aku masih tergamam.
Apa benda yang dia cakap ni?
"Jangan berani dekat dengan mana mana lelaki. Lebih lebih lagi, Firash. Aku tak suka tengok kau rapat dengan sesiapa."
Izwan mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.
Tisu?
Tisu itu dihulurkan kepadaku.
Aku hanya memandang huluran itu tanpa menyambutnya.
"Jangan nangis lagi. Aku tak boleh tengok kau menangis. Sebab aku rasa aku gagal jaga kau."
Dengan tangan yang masih terketar ketar, aku menyambut huluran itu dengan perasaan yang masih berbelah bahagi.
"Aku buat semua benda ni bukan sebab kesian. Tapi sebab..."
Kami saling berpandangan.
Aku nampak sesuatu dalam anak mata kelabu itu.
Aku nampak cahaya keikhlasan.
"Sebab kau dah lama ada dekat satu tempat istimewa dalam hati aku, Meena."
❀❀❀
AKU menarik nafas lega. Alhamdulillah.
Sekarang, dah tak ada apa apa yang perlu aku risaukan.
Nak dengar satu cerita?
Kalau korang tak nak dengar pun, aku tetap akan cerita.
Okay macam ni.
Izwan.
Dia tolong aku selesaikan semuanya. Disebabkan pertolongan dia, aku tak dikenakan apa apa hukuman walaupun aku dah cederakan Marina. Dia bela aku depan ketua warden. Dan aku dah bebas dari segala tuduhan tuduhan yang tak berasas tu.
Aku bersyukur sangat sangat. Walaupun kawan kawan aku masih sama. Tak berubah.
Tapi sekurang kurangnya...
Aku senyum simpul.
Izwan ada dengan aku.
Cakap pasal Izwan, mana dia ni? Dia janji nak makan cendol dengan aku. Tapi sampai sekarang tak muncul muncul.
Tadi, dia kata dia ada hal. Jadi, dia suruh aku pergi dulu.
Aku kerling jam tangan di pergelangan tangan sambil jari aku bermain main dengan bekas tisu yang ada di atas meja itu.
Korang ingat lagi kan pasal janji Izwan yang dia nak bawa aku makan cendol tu?
Ya. Aku dapat jawab semua soalan yang dia bagi tu dengan betul. Jadi, Izwan yang akan belanja harini.
Yeay. Nak makan banyak banyak! Biar Izwan bankrap.
"Nak..."
Aku angkat wajah. Aku membalas senyuman Pak Melan yang turut melempar senyum ke arahku.
"Sorang je? Nak order apa?" dengan ramah, Pak Melan menyoal.
"Saya tunggu kawan. Kejap lagi dia datang. Bagi saya cendol biasa satu."
Pak Melan mengangguk.
"Tunggu sekejap ya?"
Aku hanya tersenyum sebelum Pak Melan beredar ke bahagian dapur kedai itu.
Iee mana si Izwan ni? Jangan kata dia lupa. Memang aku baling mangkuk cendol ni dekat kepala dia.
Tak ramai sangat orang pada masa ni. Ada lah lebih kurang lima meja yang penuh. Masing masing meluangkan masa bersama keluarga.
Aku je yang sorang sorang. Sedih!
"Hai. Sorang?"
Aku terkedu. Perlahan lahan aku angkat wajah dan pandangan aku bertembung dengan seseorang.
Dia melempar satu senyuman sinis.
Aku melepaskan keluhan berat.
Dugaan apa pulak yang datang di hari Sabtu yang indah ni?
"Sombongnya. Dah alone pun nak sombong lagi? Tak penat ke?"
Aku cuma mendiamkan diri. Malas nak balas. Nanti jadi lain.
Perempuan itu menarik kerusi di hadapan ku lantas duduk berhadapan denganku.
"Ada aku pelawa kau duduk ke? Tch. Tak malu." Aku senyum sinis tanpa memandang wajah perempuan itu.
Tak boleh nak pandang. Rasa benci.
"Aku rasa, kau lagi tak malu kot. Satu sekolah dah bercakap pasal kau. Semua orang benci kau. Apa lagi yang kau tunggu? Baik kau berambus je dari sini. Tak ada sesiapa yang perlukan kau."
Aku memandang wajah sinis perempuan itu. Elok bagi minum clorox je minah ni. Biar putih sikit hati yang hitam tu.
"Oh ya? Jadi? Ni masalah aku. Kau tak payah nak baik hati sangat tolong fikirkan masalah ni untuk aku. Aku tak perlukan pertolongan dari kau. Aku sendiri pun jijik dengan kau."
Perempuan itu ketawa kecil.
Ceh. Kena marah pun nak gelak lagi?
"Sombongnya kau, Laura Ameena. Sombong tak kena tempat. Mulut kau tu. Disebabkan mulut, badan binasa. Mulut kau jangan nak lancang sangat. Bila bila masa, aku boleh buat apa yang aku suka dekat kau." Perempuan tadi memeluk tubuh sambil memandang aku.
"Kau nak buat apa? Nak langgar aku pakai kereta sorong? Lupakan je lah Bella. Cuba bersihkan sikit hati kau tu. Jangan asyik nak cari pasal dengan orang."
Bella memandang benci ke arahku.
"Kau ingat, kau akan selamat sebab kau ada Izwan? Aku ada ayah aku. Pengetua sekolah. Jawatan ayah aku beribu kali ganda lebih besar dari jawatan dia. Kalau ikutkan hati aku, daripada dulu lagi memang aku dah suruh ayah aku tu gugurkan nama kau dari senarai pelajar sekolah ni."
"Tapi, aku tak adalah kejam sangat. Aku nak tengok kau terseksa. Sampai kau sendiri yang ambil keputusan untuk blah dari sekolah ni tanpa paksaan."
Aku mengepal penumbuk.
"Kau—"
"Nak, ni cendol yang anak pesan tadi." Pak Melan tiba tiba muncul dan mematikan hasrat aku untuk memaki hamun gadis tak bermoral yang sedang duduk di hadapan aku ini.
Pak Melan meletakkan mangkuk berisi cendol tadi di hadapan aku.
Aku menghadiahkan satu senyuman buat Pak Melan.
"Terima kasih, pakcik."
Pak Melan mengangguk mesra. Dia menoleh pula ke arah Bella.
"Nak, nak pesan apa? Dekat sini ada cendol, ABC, rojak buah. Ha. Pasembor pun ada jugak."
Bella ketawa mengejek.
"Cendol? Ieew. Tak class langsung. Kedai dahlah kecik. Kotor. Jijik la makan kat sini. Rasa macam makan tepi longkang."
Riak wajah aku dan Pak Melan serta merta berubah mendengar kata kata yang keluar dari mulut Bella.
"Bella Wardeena!" aku memekik. Dah tak boleh nak sabar dengan perangai dia.
Aku boleh terima lagi kalau dia nak hina aku. Tapi jangan hina kedai ni. Jangan hina Pak Melan. Ni tempat Pak Melan cari rezeki.
Semua mata di dalam kedai itu mengalihkan perhatian ke arah kami.
Bella senyum sinis.
"Apa? Memang betul pun. Entah entah, dekat dapur tu penuh lipas dengan tikus. Yelah, kedai orang miskin kan? Kau pun sama je, Laura. Menjijikkan dan menyedihkan!"
Serentak dengan itu, Bella menolak mangkuk cendol itu dan tak semena mena, seluruh isi mangkuk itu tumpah membasahi baju ku.
"Ya Allah!" spontan, aku bingkas bangun. Terkejut dengan tindakan drastik Bella.
"Panas lah kat sini. Rasa macam duduk neraka. Cau." Bella sempat ketawa sebelum berlalu pergi meninggalkan kedai cendol Pak Melan itu.
"Ya allah, nak. Ambil tisu ni. Lap baju yang basah tu." Pak Melan dengan pantas menghulurkan beberapa keping tisu ke arahku. Dia kelihatan risau.
Aku paksa diri untuk kekal tersenyum walaupun macam macam perasaan bercampur baur. Aku marah dan malu.
"Tak apa, pakcik." Air mata aku dah bergenang. Rasa hina sangat sekarang ni.
Nampaknya, terpaksa la aku kembali ke sekolah dengan baju yang basah ni. Dah tak sanggup aku nak menahan malu.
Izwan? Biarkan jela dia. Mesti dia lupa pasal janji dia ni. Dia kan sibuk.
"Pak cik, maafkan kawan saya tu. Dia tak sengaja cakap macam tu. Pak cik jangan ambil hati ya?" aku pandang wajah Pak Melan dengan rasa sayu.
Pak Melan senyum.
"Tak apalah. Pak cik dah biasa. Betullah apa yang dia kata. Pak cik orang miskin. Hina. Jangan risau. Pak cik tak ambil hati pun."
Allah. Rasa bersalah menyelubungi hati aku.
"Pak cik, biar miskin harta. Jangan miskin budi bahasa. Pak cik jangan risau. Tahu la saya nak ajar dia nanti."
Minda aku mula mengeluarkan bermacam macam idea. Idea untuk membalas dendam terhadap apa yang telah dilakukan oleh Bella.
"Jangan begitu, nak. Biar orang buat kita. Jangan kita buat orang."
Aku terdiam.
Ya. Betul. Tapi—
"Kita doakan sahaja moga dia diberikan hidayah. Doa orang yang dizalimi kan mustajab."
❀❀❀
HARI Isnin yang membosankan tiba lagi. Egh. Paling benci nak pergi perhimpunan pagi. Dengar cikgu marah marah.
Asyik ulang benda sama pulak tu.
Sampah, kantin kotor, pelajar tak hormat guru.
Iee mana pulak buku nota unicorn aku ni?
Aku menyeluk ruangan poket hadapan beg sekolah dengan dahi yang berkerut kerut. Nak kata buku nota tu ada kaki, tak ada pulak. Mana pulak buku tu pergi?
Dahlah semua orang dah bergerak ke dataran perhimpunan. Aku sorang je yang masih berada dalam kelas. Nampaknya, memang kena denda la aku kejap lagi. Huwaaaaa.
Ting.
Aku terkedu.
Jap. Aku sorang je kan yang ada dalam kelas ni?
Tapi kenapa aku dengar bunyi pen jatuh?
Omg.
Perlahan lahan aku dongakkan wajah dan–
Aku nampak Izwan sedang berdiri di pintu kelas sambil memandangku.
Pandangan mata aku dan dia bertembung.
Weh. Bila masa pulak dia ada kat sini? Dah lama ke? Kenapa aku tak perasan? Ke aku yang fokus sangat menggeledah beg sekolah aku ni?
Izwan berdehem.
Okay ni awkward.
Tak tahu kenapa. Aku sekarang kalau boleh nak jauhkan diri dari dia. Sebab aku rasa janggal. Sejak apa yang jadi Jumaat lepas.
"Kenapa kau ada dekat sini?" aku menyoal, cuba hilangkan rasa gugup.
Yela. Dia dari tadi pun diam. Baik aku yang tanya. Selalunya, dia orang penting yang kena berada di dataran lebih awal daripada orang lain.
Ketua pengawas kan?
"Aku ada benda nak cakap dengan kau."
Dahi aku berkerut. Izwan mengatur langkah ke arahku. Jantung aku dah mula nak meletup tatkala Izwan berdiri betul betul di hadapan aku.
Kami saling berbalas pandangan sebelum aku akhirnya mengalihkan pandangan.
"Aku nak minta maaf."
Aku pandang anak mata kelabu itu lagi. Apa? Maaf?
"Sabtu haritu. Aku janji dengan kau tapi aku lambat. Masa aku datang dekat kedai tu, Pak Melan cakap kau dah balik."
Oh. Pasal tu. Nasib baik aku dah pesan dekat Pak Melan supaya jangan ceritakan apa apa pasal Bella kalau Izwan datang ke kedai.
Aku tak nak besarkan masalah lagi. Kalau Izwan tahu, memang si Bella tu kena la.
"Tak apa. Aku tak kisah pun." Balas aku senada.
"Kau merajuk ke?"
Aku buat muka menyampah. Iee dia ni.
Aku sekadar menggeleng.
Sebenarnya, memang aku merajuk pun. Aku paling tak suka dengan orang yang tak tepati janji.
Kalau tak yakin, jangan berjanji.
Sebab aku kalau dah berharap, susah.
Izwan mengangkat kening.
"Serius ah? Asal cam merajuk ni? Aku tak pernah ada girlfriend. Jadi, aku memang tak pandai bab bab pujuk ni."
Aku gelak ikhlas.
"Weh. Aku bukannya girlfriend kau pun. Tak payah pujuk pun tak apa. Kau pun setiap hari buat aku sakit hati." Bidas aku selamba.
"Main kasar."
Tawa aku dan Izwan meletus. Kenapa tiba tiba rasa macam rapat dengan dia?
"Kenapa kau ada kat sini? Kau bukan sepatutnya uruskan perhimpunan ke?"
Izwan menggeleng.
"Harini Firash handle. Aku pass baton dekat dia. Sebab harini aku tiba tiba rasa macam nak merasa kena denda. Dah lama rasanya aku tak kena denda."
Aku cepuk jugak dia ni kang. Nak merasa kena denda? Ya Allah.
Memang la dah lama tak merasa. Sebab selama ni kau yang sibuk mendenda orang.
Pikir comel ke hah?
Okay la aku mengaku. Comel. Comel sikit je! Aku lagi comel hehe.
"Rehat ni kau ikut aku."
Aku menaikkan kening. Hah? Ikut? Pergi mana pulak?
"Nak pergi mana?"
"Kau ni nak kata lembab, budak kelas depan. Dah nama pun waktu rehat. Pergi makan lah."
Aku mencebik. Ceh.
"Tak nak lah." Aku melontarkan pandangan ke tempat lain.
Okay kalini aku betul betul merajuk. Tak payah la nak libatkan gelaran budak kelas depan tu. Aku masuk kelas ni pun bukan atas dasar rela. Semuanya sebab rezeki je.
Nak merajuk sampai SPM la camni.
"Nah." Izwan meletakkan satu bungkusan coklat di hadapan ku.
Cadbury?
Kenapa?
"Senyum okay? Sebab bila aku ada masalah, senyuman kau je boleh hilangkan semua masalah yang aku ada, Meena."
Aku terkedu.
Izwan menghadiahkan satu senyuman manis buatku.
Perlahan lahan, aku turut mengukir senyum.
Dia ni suka buat aku rasa pelik. Rasa macam naik roller coaster. Macam macam perasaan ada.
Tapi aku lebih suka dia yang sekarang.
Hm. Aku rasa, dia ni tertelan satu kawah gula. Boleh kencing manis aku kalau macam ni hari hari.
❀❀❀
AKU merapikan buku buku teks dan meletakkannya di dalam laci meja.
Rehat!
Izwan kata, dia tunggu aku dekat pondok sebelah kantin.
Aku cepat cepat menolak kerusi masuk ke bahagian meja dengan rapi sebelum membuka langkah untuk berlalu dari kelas.
"Laura."
Aku menoleh. Riak wajah aku serta merta berubah keruh.
Mereka berlima berdiri di hadapan aku. Apa pulak kali ni?
"Aku dah lambat. Kita borak lain kali je." Belum sempat aku berlalu, Diyana lebih pantas merangkul tangan aku.
Aku melepaskan keluhan berat.
"Apa? Apa yang korang nak?"
Diyana memandang wajah aku. Lama.
"Disebabkan kau, Marina jadi macam tu. Dia terpaksa ambil cuti untuk seminggu ni. Kau tak rasa kau patut minta maaf?"
Serius. Aku muak. Muak dengar nama Marina. Asyik asyik dia.
Boleh buang dia dari watak novel ni tak?
Eh mana boleh. Mana tahu Marina nanti naik pangkat jadi heroin ke...
"Kenapa aku yang kena minta maaf? Aku yakin, aku tak salah. Dia yang cari pasal dulu. Kenapa korang tak nampak semua tu? Kenapa korang letakkan semua kesalahan atas bahu aku?"
Nafas aku turun naik menahan marah.
Nasib baik dah tak ada orang dalam kelas ni. Tak adalah malu sangat bila orang nampak aku jerit macam tarzan ni.
Luahan perasaan insan yang tersakiti.
"Laura..." Syuhada cuba mendekati aku tapi aku melangkah setapak ke belakang.
"Aku dah penat pura pura lemah. Aku kuat sebenarnya. Aku pura pura lemah sebab aku fikir, aku sayang kan persahabatan ni."
Aku senyum sinis.
"Tapi, aku dah malas nak fikir. Tahap sabar aku dah habis. Suka hati korang la nak buat apa pun. Nak benci aku? Silakan. Ajak la seramai mana orang pun untuk benci aku."
"Allah ada dengan aku. Aku tahu tu. Jangan menyesal dengan apa yang korang dah buat. Aku doakan, kebenaran akan terbongkar suatu hari nanti. Baru korang akan nampak. Mana satu kaca, mana satu permata."
Aku pandang mereka berlima silih berganti.
"Sumpah. Aku dah tawar hati. Jadi mulai sekarang, aku takkan lagi ambil peduli."
❀❀❀
MATA aku membuntang.
Weh.
"Makan makan!" Arfiq meletakkan satu mangkuk mi kari di hadapanku.
Aku ternganga.
"Ya Allah. Banyaknya!"
Ada mi kari, mi sup, donut, wedges, kentang goreng dan juga kek coklat.
Macam kenduri pun ada ni.
"Kau kena makan banyak banyak, Laura. Kena happy. Makan eh?" Amierul melempar senyum ke arahku.
Aku meneguk liur. Ada rasa awkward disebabkan aku sorang je perempuan dekat sini.
Izwan la ni. Hasut aku lepak dengan member dia semua.
Cakap pasal dia, dia pun tak tahu ke mana. Menghilang tanpa jejak.
Bertugas ke?
"Kalau kau tak makan, aku suap."
Aku menoleh ke arah Firash. Selamba je nak suap orang.
"Aku happy. Sebab kita ada pertambahan member baru." Adam senyum nipis.
"Thanks to Izwan." Nazrul menyampuk dengan mulut yang penuh dengan donut.
Comel HAHAHA.
Sekarang ni, aku rasa macam makan dekat awan. Sebab sekeliling aku semua hensem hensem weh. Tak rasa lapar. Aku terus kenyang.
Euw gediknya aku.
Ara, behave!
"Eh, cakap pasal Izwan. Mana dia? Tadi kata nak jumpa Alisa kejap je."
Aku terdiam. Tak suka dengar nama tu. Alisa. Penolong ketua pengawas yang suka membuli pelajar lain.
Eh tak baik benci orang, Ara.
"Sorry lambat."
Aku menoleh. Izwan.
Dia duduk berhadapan denganku di pondok itu.
"Sampai pun. Ingat kan, dah lupa kitorang dekat sini." Adam menyuap beberapa keping kentang goreng ke dalam mulutnya.
"Mana boleh lupa. Someone special ada dekat sini, bro." Arfiq ketawa lepas.
Yang lain pun turut serta gelak. Kecuali Izwan, aku dan...
Firash.
Wajah aku membahang tatkala Izwan memandang aku.
"Meena."
"Hm?" aku membalas pandangan itu dengan perasaan takut takut.
"Mulai harini, kau rehat dengan kitorang. Abaikan kawan kawan kau tu."
Aku sekadar mengangguk.
Tapi tapi tapi.
Em.
Macam pelik je kalau aku rehat dengan diorang tiap tiap hari. Nanti macam macam cerita keluar. Diorang ni dahlah idol dalam sekolah ni. Tak pasal pasal aku kena serang.
"Tak apa, Laura. Kitorang akan jaga kau. Mulai sekarang, kau sebahagian dari kitorang." Nazrul mengukir senyum untuk meyakinkan aku.
Aku balas senyuman itu.
"Thank you."
Aku harap, semuanya akan okay. Aku dah penat la sedih sedih.
Tutup buka lama. Buka buku baru.
Diorang, kawan baru aku sekarang.
❀❀❀
PENATNYA! Aku ada kelas tambahan tadi. Lepas kelas tambahan, aku tolong Puan Anita dekat bilik disiplin.
Rasa nak patah bahu aku ni tahu tak?
Aku melangkah malas untuk ke aspuri. Dah pukul 3 lebih. Aku solat zohor pun belum ni.
Aku menunduk hormat tatkala berselisih dengan warden yang berjalan keluar dari aspuri.
"Laura."
Aku mengerutkan dahi lalu menoleh. Siapa?
"Firash?"
Firash menghentikan langkah di hadapan aku. Aku angkat kening.
"Kau buat apa dekat sini?" soal aku.
Firash pandang aku lama.
Okay aku pelik. Kenapa ni?
"Laura."
"Ya, Firash. Kenapa ni? Kau ada masalah ke?"
Firash mengangguk.
Masalah apa pulak ni? Kenapa dia nampak sedih?
"Aku ada masalah dengan diri aku."
Riak wajah aku berubah. Apa maksud dia? Tadi dia okay je.
Cuma dia agak pelik. Sebab masa kitorang makan masa rehat tadi, Firash cuma senyap. Dia tak bercakap sepatah pun. Bila Arfiq dan Adam buat lawak, dia sorang je yang tak gelak.
Dia berubah bila—
Bila Izwan ada.
"Kau gaduh dengan Izwan?" tebak aku.
Firash menggeleng sambil melepaskan keluhan berat.
"Habistu, kenapa? Cuba cerita dekat aku. Mana tahu kalau aku boleh tolong ke? Kau kan kawan aku."
Firash angkat wajah dan pandangan kami bertembung.
"Aku tersuka dekat seseorang."
Aku terkedu.
Se–serius?
"Serius ah weh? Ya Allah. Sejak bila kau suka dia? Budak kelas mana?" aku teruja. Tak sabar nak tengok gadis pilihan hati Firash.
Firash ni tak pernah sukakan mana mana perempuan. Tu yang aku excited sangat sekarang.
Siapa perempuan bertuah tu? Adakah anda orangnya wahai readers sekalian?
HAHAHAH.
"Aku rasa pelik. Sebab aku tak pernah sukakan sesiapa. Tapi bila dengan dia, lain."
Aku ketawa bila nampak muka Firash mula bertukar kemerah merahan.
Blushing pulak dia.
"Biasalah tu. Fitrah manusia ada perasaan suka dekat seseorang. Tu benda normal, Firash. Jangan fikir sangat masalah ni okay?" aku menghadiahkan satu senyuman meyakinkan.
"Tak. Tak normal." Firash merenung anak mata aku.
"Kenapa pulak?"
"Sebab aku..."
Firash tunduk memandang lantai.
"Ya Allah. Kenapa ni, Firash? Aku risau tengok kau macam ni."
"Aku tahu aku tak patut simpan perasaan dekat dia. Tapi, aku tak mampu lagi tahan perasaan ni. Aku–"
"Firash, cakap dengan aku siapa perempuan tu. Aku nak belasah dia sebab buat kawan aku macam ni."
Serius aku tengah geram. Siapa berani buat Firash macam ni hah? Memang aku cubit cubit minah tu nanti.
Firash ni dahlah baik gila. Hensem. Full package.
"Takkan lah–"
Aku pandang wajah Firash dengan kerutan di dahi.
Takkan lah apa? Sila sambung ayat anda wahai Firash Edhan.
Firash kembali memandang aku dan kami saling berbalas pandangan.
"Takkan lah kau nak belasah diri kau sendiri."
Degupan jantung aku seakan terhenti. Aku terkedu.
A—apa?
"Orang yang aku maksudkan tu ialah kau, Laura Ameena."
To Be Continued ♡
omg tak sangka chapter ni ada dua confession HAHAHAH.
cepat vote.
IZWAN HAKIEM
or
FIRASH EDHAN
bubye
love u ♡
borahae 💜
with love,
wany ♡
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top