00 : 18
special tags :
popsicleso afiqahabdul_ Azunte18 gadishazel liyyyyyah irzzaaaa
assalamualaikum ! anyeong 💜🐯
fuh... punyalah lama tak update, wany pun dah lupa siapa nama hero dengan heroin.
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
GURAU!
tak adalah sampai lupa but agak lupa jalan cerita sampai kena baca balik novel sendiri.
thanks for those yang still support cerita ni !
love you to the moon and back ♥
also, i miss you ♡
song recommended
♡ sweet night - bts v ♡
« sweet and sour »
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
enjoy reading my blueberries ♡
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
AKU mengetuk jari jemari pada buku teks addmath di depan mata.
Bab pengamiran.
Aku tak tahu kenapa tapi aku suka bab ni. Sebab nampak macam lebih mudah dari bab lain.
Mula mula je ni senang. Lama lama susah la tu.
Addmath ni boleh dikatakan lebih kurang macam manusia. Suka bagi fake hope.
Ah. Tapi kenapa sekarang tiba tiba blank ni? Aku nak siapkan sekarang. Kang tak pasal pasal esok kena berdiri dalam kelas.
"Laura~" aku dengar satu suara merdu memanggil nama aku.
Aku angkat wajah lalu tersenyum kecil.
"Mochi~"
Atiqah tersenyum bahagia. Dia memusingkan kerusinya ke belakang. Nak teman aku buat kerja ke tu?
Sekarang waktu Sejarah. Tapi Cikgu Salmiah tak dapat masuk sebab ada check up baby. Iee tak sabar nak tunggu cikgu bersalin! Anak cikgu mesti comel macam cikgu.
Nana turut tarik kerusi untuk pusing ke belakang. Maklumlah. Aku sorang je yang duduk kat belakang ni.
Loner sejati.
Sempat juga aku mengerling ke arah Marina yang sedang sibuk bergelak ketawa dengan Diyana di tempat duduk yang dulunya milik aku.
Aku mengeluh. Cepat cepat aku menghalau perasaan iri yang mula beraja dalam hati.
Tak baik iri hati dengan orang. Buat hal kau je. Tak payah kisah pasal hal orang lain.
"Kau dah dapat jawapan soalan nombor 8?" soal Atiqah sambil menekan nekan kalkulator di tangannya beberapa kali.
Aku menggeleng.
"Tak. Dah la. Aku malas nak belajar."
Aku menutup buku teks di hadapan aku. Lantak lah kalau esok kena berdiri dalam kelas sekali pun. Aku penat dah nak perah otak.
Nana dan Atiqah berpandangan sesama sendiri.
"Laura."
Aku memandang mereka berdua silih berganti.
"Kau ada masalah? Kongsi lah dengan kitorang. Kitorang selalu ada untuk kau." Atiqah merangkul tangan aku lalu menggenggamnya erat.
Entah kenapa tiba tiba perasaan sebak tu datang balik.
Ya. Aku ada masalah. Masalah yang terlalu besar untuk aku hadapi seorang diri.
Kawan kawan aku.
Aku pandang ke suatu arah. Di tempat duduk Marina. Semua kawan kawan aku mengelilingi Marina dan saling bergelak ketawa dan bercerita.
Diorang sedang berseronok.
Aku?
Duduk sini sorang sorang. Macam aku pulak yang jadi budak baru.
Yang aku paling pelik, Piya yang dari dulu berdendam dengan Marina tu pulak dah jadi yang paling rapat dengan Marina sekarang.
Aku melepaskan keluhan berat dalam hati.
Aku patut tanya diorang sendiri lepas ni. Aku tak boleh buat andaian sendiri. Husnuzon tu penting.
"Jangan sedih sebab diorang. Kitorang kan ada."
Aku halakan pandangan kembali pada mereka berdua lalu aku ukir satu senyuman lemah.
Allah ambil mereka berlima dari aku. Tapi Allah kirimkan dua orang untuk menemani aku hadapi semua masalah ni.
Itu konsep adil dalam Islam.
❀❀❀
AKU mempercepatkan langkah kaki menuju ke surau sekolah.
Okay sekarang ni memang masa rehat. Tapi tak tahu kenapa, sejak dua menjak ni aku lebih suka luangkan masa rehat aku dekat surau.
Tak makan.
Tapi solat dhuha. Dan aku rasa tenang.
Sampai di laluan ke surau, aku melepaskan keluhan berat. Segerombolan budak lelaki sedang melepak dekat situ.
Weh memang tak lah aku nak lalu situ. Dah lah aku sorang je ni.
Aku mengundurkan langkah sebelum perlahan lahan memikirkan jalan alternatif lain untuk ke surau tanpa perlu berjalan di hadapan lelaki lelaki itu.
Aku akhirnya teringat suatu perkara.
Jalan belakang tandas lelaki!
Itu satu satunya jalan alternatif paling singkat untuk ke surau.
Aku terus menuju ke bahagian belakang blok tandas lelaki yang agak sunyi. Tapi dari jauh, aku dengar riuh rendah suara budak lelaki sedang bergelak ketawa.
Okay aku tak sedap hati.
Aku menghentikan langkah.
Nak teruskan jalan atau tak?
Aku memejam mataku serapat rapatnya. Tak apa, Ara. Kau tengah menuju ke surau, rumah Allah.
Allah akan lindungi kau!
Aku meneruskan langkah walaupun sebenarnya ada perasaan ragu ragu.
Okay. Akhirnya, jangkaan aku tepat. Ada lebih kurang 5 orang budak lelaki sedang lepak dekat belakang blok tandas lelaki ni. Tapi semuanya budak junior.
Form 2 mungkin?
Aku pun mula sedapkan hati sendiri.
Budak form 2 je. Diorang takkan berani buat apa apa kan?
Aku meneruskan langkah dan akhirnya melintasi mereka untuk masuk ke perkarangan surau. Belum sempat aku melintasi mereka, salah seorang budak lelaki ditolak kasar ke arah aku.
Aku terdorong ke belakang. Hampir ke dinding dan budak lelaki itu begitu hampir dengan aku hingga membuahkan rasa tak selesa yang tinggi dalam diri aku.
Aku menajamkan pandangan ke arah kelima lima mereka.
"Kau pahal?" soal aku, tegas.
Nada aku masih dikawal. Tak nak nampak lemah.
Seorang budak lelaki berbadan gempal ketawa sambil memandangku. Budak lelaki ni lah yang tolak kawan dia sampai langgar aku.
"Kau ni. Kenapa kau tak peluk je dia hah?"
Mata aku membuntang. Apa?
Budak form 2 dah pandai cakap macam macam? Okay, kalini aku dah tak boleh sabar lagi.
"Kau kenapa kurang ajar sangat?" soal aku dengan kerutan di dahi.
Sumpah budak ni kurang ajar. Dahlah pendek. Ketuk kepala dia kang baru tahu.
Budak lelaki itu tersengih.
"Taklah. Mana ada kurang ajar. Biadap sikit je."
Eh eh budak ni! Parang mana parang? Bagi aku. Aku nak sembelih budak ni.
Aku mencerlung tajam ke arah wajah budak lelaki itu. Sempat aku mengerling ke arah tanda nama budak pendek tu. Tanda nama dia berwarna merah dan putih. Menandakan dia budak form 2.
Firhad.
Nama dah sedap. Kalau perangai tu elok, rasanya lagi bagus kot.
"Perangai kau ni macam budak tak sekolah tahu tak? Baik kau masuk kelas. Belajar sikit pasal adab."
Disebabkan aku malas nak membesar besarkan masalah, aku pun terus angkat kaki untuk pergi dari situ sebelum kejadian tidak diingini berlaku.
Dari jauh, aku masih lagi dengar budak pendek tu mengata dan menjerit mengejek aku.
Ada aku kisah?
Budak, aku pernah kena lagi teruk dari ni. Setakat caci maki kau tu, apalah sangat.
Cuma, menggigil jugak la badan aku sekarang ni. Rasa nak nangis pun ada. Sebab aku tak sangka budak budak tu berani cakap macam tu dekat aku.
Apa? Muka aku ni nampak macam senang dibuli sangat ke?
Sampai sahaja di surau, aku tak dapat tahan diri. Aku sandarkan tubuh pada dinding bahagian surau wanita dan mula menangis teresak esak.
Aku tak dapat terima kenyataan yang-
Aku sekarang sorang sorang.
Tak ada Mel, Piya, D, Cha dan Syu. Semua tinggalkan aku untuk budak baru tu.
Apa hebatnya dia? Apa kurangnya aku?
"Jahat. Korang jahat..." aku menangis lagi.
Aku menarik nafas sedalam dalamnya. Mungkin, aku tak patut kembali. Mungkin, aku tak patut pun sedar dari koma tu. Lebih baik aku mati. Dari terpaksa tanggung semua ni.
Itu yang korang nak kan?
Sedang aku leka melayan perasaan, aku nampak satu kelibat.
Syu!
Aku pantas berdiri dan mengesat air mata yang berlinangan di pipi.
"Syu!" aku berlari ke arah Syuhada yang sedang berjalan menuju ke suatu arah.
Syuhada berpaling. Dan ternyata. Dia kelihatan tidak senang apabila nampak kehadiran aku di situ.
"Syu. Kau nak pergi mana?"
Syuhada memandang ku sekilas.
"Mana mana jelah."
Kening aku bertaut. Hah?
"Syu, kenapa ni? Kenapa kau nampak lain? Kenapa kau dengan diorang macam cuba nak jauhkan diri dari aku?"
Okay sejujurnya, aku rasa nak nangis. Tapi aku tahan diri.
"Kau tanya dulu soalan tu dekat diri kau. Kau yang buat kitorang jadi tawar hati dengan kau, Laura."
Aku tersentak. Apa?
"Apa yang aku dah buat? Aku tak faham, Syu."
Syuhada pandang wajah aku. Lama.
"Tak sangka. Pandai kau berlakon kan? Depan kitorang, bukan main baik lagi. Belakang? Nauzubillah. Nasib baik Marina ceritakan dekat kitorang semuanya. Kalau tak, sampai bila bila kitorang kena tipu hidup hidup dengan kau."
Lidah aku kelu. A-apa?
"Apa yang kau cuba cakap ni, Syu? Sumpah, aku tak faham. Cuba jelaskan dekat aku. Jangan buat aku macam ni." Dada aku sesak tiba tiba.
Syuhada memandang wajah aku. Lama. Dan aku hanya membalas pandangan itu dengan kerutan di dahi.
"Entah. Macam yang aku cakap tadi. Tanya diri kau sendiri apa yang kau dah buat. Yang penting..."
Syuhada merenung anak mata aku.
Aku menunggu Syuhada menghabiskan kata.
Yang penting? Yang penting apa?
"Yang penting, aku menyesal kenal kau, Laura Ameena."
❀❀❀
"BAIKLAH. Cikgu ada pengumuman penting. Petang ni, aktiviti belajar secara berkumpulan akan dimulakan. Cikgu harap, semua dapat beri kerjasama. Semua kumpulan dah tahu ahli kumpulan masing masing kan?"
"Dah."
"Okay bagus." Cikgu Fauzi senyum meleret.
"Cikgu!"
Cikgu Fauzi mengalihkan pandangan ke arah Atiqah yang sedang mengangkat tangan.
Nak tanya apa wahai mochi kesayangan?
"Ha mochi. Kenapa?" soal Cikgu Fauzi.
Atiqah sengih.
"Cikgu, kalau tak pergi boleh tak? Van saya ambil sampai pukul 4 je. Studygroup kan habis pukul 5."
Cikgu Fauzi menggeleng.
"Tak boleh. Semua kena ikut serta. Siapa tak hadir, cikgu akan bagi nama dekat pengetua."
Mata aku membuntang. Hah? Bagi nama dekat pengetua? Aduh, baru ingat nak ponteng petang ni.
Aku meraup wajah.
Petang yang pishang.
Dahlah aku satu kumpulan dengan-
OMG.
Ah. Aku dapat rasakan petang ni akan jadi petang terburuk dalam sejarah hidup aku.
❀❀❀
"MANA yang lain?"
Aku mengangkat wajah. Jantung aku berdegup kencang tatkala pandangan aku dan sepasang mata kelabu itu bertaut.
Kami berpandangan buat seketika.
Serius. Dah lama aku dan dia tak bertegur. Sejak kejadian pada malam tu.
"Aku tanya kau ni,"
Aku tersedar dari lamunan.
"Tak tahu."
Izwan menarik kerusi dan duduk berhadapan denganku di perpustakaan itu.
Okay. Aku awkward!
Semua mata di dalam perpustakaan dah pandang kami berdua lain macam. Sebab kitorang duduk berdua.
"Izwan."
Izwan mengangkat wajah. Memandang aku.
"Hm?"
Aku mengeluh. Izwan ni sebenarnya pura pura buta ke? Dia tak nampak ke semua orang tengah pandang aku dengan dia sekarang ni.
"Kau duduk la tempat lain dulu. Semua orang tengah pandang kita sekarang ni."
Izwan mengangkat kening seraya memandang sekeliling kami. Ada yang memandang sambil berbisik bisik antara satu sama lain. Ada yang pandang Izwan sambil senyum senyum. Ada yang pandang aku macam nak telan.
Weh, fikir aku nak sangat ke dengan ketua pengawas korang ni? Tch.
"Abaikan diorang." Balas Izwan ringkas sebelum tunduk memandang buku teks kimia.
Aku berdecit.
Abaikan? Kau boleh la cakap macam tu, brader. Sebab diorang semua akan cakap aku yang gatal nak duduk dengan kau.
Okay cukup. Sekarang ni, mana Firash dengan budak baru tu? Nak kata sesat, sekolah ni tak adalah besar mana pun.
Aku mengerling jam di pergelangan tangan kiri aku. Dah pukul 3.
Aku mengeluh dan mengetuk ngetuk buku teks di hadapan mata. Tak rasa semangat nak belajar. Sebab aku masih teringat semua kata kata Syu tadi.
"Kau okay?"
Aku dan dia saling berpandangan. Sekali lagi.
Dah lama aku tak dengar soalan tu.
'kau okay?'.
Walaupun soalan tu nampak ringkas, tapi aku selalu anggap soalan tu soalan yang penting. Sebab aku rasa masih ada yang ambil kisah pasal aku.
Walaupun aku tahu, Izwan tak ambil tahu lagi soal aku. Dia cuma ambil tahu pasal budak baru tu.
"Oh aku lupa. Aku tak patut tanya kau soalan tu. Sebab Firash lagi berhak tanya."
Dahi aku berkerut. Apa maksud dia?
"Apa yang kau cuba sampaikan?"
Izwan senyum sinis.
"Korang berdua kan ada hubungan. Kau fikir aku tak tahu?"
Aku menggenggam pen di tanganku dengan sekuat hati.
Kau gila ke, Izwan? Macam mana aku nak ada hubungan dengan orang lain sedangkan hati aku ada dekat orang lain.
Bukan Firash.
Tapi kau.
Aku menahan sebak.
"Kau pun apa kurangnya. Dengar cerita, kau dengan Marina pun ada hubungan. Tahniah."
Aku paksa diri untuk senyum.
"Kalau ada pun, tak ada kaitan dengan kau."
Jantung aku rasa macam nak meletup sekarang ni. Aku ingat, dia akan nafikan benda tu. Tapi tak sangka pulak tekaan aku betul.
Bukan setakat readers, aku pun dah mencarut carut dalam hati ni.
Nasib baik sekarang ni kitorang kat dalam perpustakaan. Kalau tak, aku dah smackdown si ketua pengawas berhati beku ni.
"Maaf lambat!"
Aku alihkan pandangan pada satu suara yang tiba tiba muncul.
Satu lagi dugaan dah sampai.
Marina Finanda.
Watak kesayangan anda semua kan?
"Kenapa lambat?" soal Izwan dengan nada mendatar.
Marina buat muka comel.
"Sorry, Wan. Tadi Arin tolong cikgu. Sebab tu lambat sikit."
Aku buat buat pekak. Sengaja aku selak buku teks kimia dengan kasar. Protes.
Ha? Apa? Jealous?
Mana ada! Aku tak jealous la!
"Tak apa. Kitorang tak mula lagi. Firash pun belum sampai." Jelas Izwan.
Marina senyum lebar.
"Okay!"
"Laura."
Aku mengangkat wajah apabila mendengar nama aku diseru.
"Aku nak duduk sini. Kau duduk tempat lain."
Okay ni melampau. Dia nak halau aku? Ewah ewah. Dah la datang lambat. Lepastu ada hati nak rampas tempat duduk aku.
Kau fikir kau raja?
"Ni tempat aku. Pandai pandai la duduk tempat lain. Hidup tu jangan suka sangat jadi perampas. Tak berkat." Aku senyum paksa.
Puas hati aku apabila melihat riak wajahnya berubah.
Marina memandang aku tajam.
"Aku nak duduk sini. Depan Izwan. Kau bangun. Pergi cari tempat lain."
Weh, dia ni memang nak makan kasut aku ke apa? Gedik gila. Nak duduk depan Izwan? Asal tak duduk atas Izwan terus?
Aku tampar dia kat sini kang baru tahu.
"Sampai mati pun aku takkan bangun. Berlambak lagi kerusi dekat sini. Setahu aku, kau bukan OKU. Ada tangan, ada kaki. Jadi rasanya, boleh kot ambil sendiri. Cuma satu je la kecacatan kau. Dekat otak."
Marina menjegilkan mata ke arahku.
Lol. Kau fikir aku takut ke?
"Meena, mengalah je boleh tak?"
Aku pandang Izwan. Ni lagi satu.
"Kau nak suruh aku mengalah? Memang tak lah. Lagi lagi dengan minah tak cukup sel otak ni. Aku dah cakap kan tadi. Aku takkan berganjak dari sini. Kalau korang nak sangat duduk berdua, pergi cari meja lain. Aku pun malas nak kotorkan mata tengok drama pukul 7 korang."
Siapa kisah ni perpustakaan ke apa. Mulut aku. Suka hati la nak bising ke nak senyap ke. Kalau kena halau keluar, aku dengan rela hati boleh angkat kaki dari sini.
Okay maaf. Teremosi pulak.
"Aku ke kau yang tak cukup sel otak? Patutlah semua orang jauhkan diri dari kau. Toksik. Mulut puaka. Itik pun tak nak kawan dengan kau."
"Marina, dah. Cukup."
Aku pandang Izwan yang tiba tiba mencelah. Okay sekarang, kita tengok. Dia nak menangkan siapa. Aku atau Marina.
"Marina, pergi ambil kerusi lain. Duduk sebelah Meena. Kalau gaduh macam ni, sampai esok pun studygroup ni tak mula."
Aku menarik nafas lega dalam hati. Fuh!
Marina mencebik. Dia pergi ke meja belakang dengan kaki yang sengaja dihentak hentak.
Eh. Protes ke tu kak? Tak comel okay!
Aku senyum kecil. Yeay! Menang!
"Meena."
Aku angkat wajah dan pandang wajah serius milik Izwan.
"Kau nak apa?" soal aku, kasar.
Tak boleh nak berlembut dengan dia. Sebab nanti makin sakit hati.
Izwan pandang aku dengan agak lama.
Aku angkat kening. Hm?
"Mana buah hati pengarang jantung kau? Sesat?"
What the-
"Bila masa pulak aku ada buah hati?" soal aku dengan nada menyampah.
Kau tu ha yang ada buah hati. Buah hati yang menyakitkan hati.
"Firash Edhan."
Aku menggulingkan mata ke atas.
"Aku dengan dia tak ada apa apa. Kau tak payah nak buat cerita."
Aku pusingkan tubuh ke belakang. Mana budak baru yang kurang yang sel otak tu? Ambil kerusi ke buat kerusi? Lama bebenor.
Hm patutlah. Dah jumpa geng.
Aku nampak Marina sedang duduk di meja belakang sambil berbual dengan beberapa orang perempuan. Budak kelas akaun.
Gosip la tu.
Aku pandang ke hadapan kembali. Izwan dari tadi sibuk buat latihan kimia.
Aku?
Sibuk conteng buku. Cuba nak lukis gambar Taehyung. Tapi keluar muka beruang.
Nampak sangat aku memang tak ada bakat melukis.
"Em Izwan~"
Telinga aku terasa panas apabila mendengar suara gedik itu.
Iee boleh tak tak payah nak lenggokkan suara macam tu? Geli!
Aku pandang wajah Marina di sisi meja. Izwan mengangkat wajah.
"Kenapa?"
"Em. Arin minta maaf. Tapi, Arin kena pergi bilik kaunseling. Dengan budak kelas akaun."
"Oh. Pergi jelah."
Aku terkedu. Semudah tu?
Hey mana boleh!
"Suka hati kau je nak merayau. Sekarang ni masa untuk studygroup. Kau tak payah mengada nak pergi bilik kaunseling bagai." Aku memandang Marina dengan perasaan jengkel.
Tak tahu malu. Dahlah tadi pun datang lambat. Bila sampai, nak pergi tempat lain pulak. Bengang aku.
"Aku ada alasan kukuh. Aku ada temujanji dengan cikgu. Kau tak payah nak sibuk hal aku sangat lah." Marina senyum senget.
Aku dah malas nak layan dia, jadi aku cuma senyap. Suka hati kau la. Sikit pun aku tak kisah.
"Arin pergi dulu. Wan jaga diri tau."
Wek. Muntah kuning aku kat sini. Dasar miang.
Izwan sekadar mengangguk sebelum Marina mengatur langkah keluar dari ruangan perpustakaan itu.
Okay.
Sekarang.
Aku dengan dia je?
Weh Firash, mana kau?
"Nak study subjek apa?" Izwan pandang aku.
"Suka hati kau lah. Aku ikut je." Aku membalas tanpa memandang wajah lelaki itu.
Buku teks kimia ditolak ke hadapan aku.
"Harini kita belajar chemistry. Chemistry kau dengan aku."
Aku tercengang.
Hah? Jap. Aku tak salah dengar kan?
Aku pandang Izwan dengan muka pelik.
"Apa yang kau merepek ni?"
"Jap."
Izwan merenung wajah aku. Aku terkedu. Okay dia ni dah kenapa? Sekarang ni aku rasa nak menyorok bawah lantai tahu tak?
"Asal muka kau merah macam tomato?"
Aku ambil buku latihan kimia lalu menutup wajahku.
"Mana ada!"
Izwan ketawa kecil.
"Jom."
Aku turunkan buku dari wajah. Jom?
"Nak pergi mana?"
Aku dan Izwan saling berpandangan. Izwan senyum simpul.
"Jom belajar chemistry kau dengan aku."
❀❀❀
"APA fungsi mangkin?"
Aku pandang wajah Izwan.
"Em. Mempercepatkan kadar tindak balas?" jawab aku dengan penuh yakin.
Betul kan? Cuba selak buku kimia jap.
Izwan terdiam. Buku rujukan kimia diselak perlahan. Dia mencapai satu kertas dan menulis sesuatu di atasnya.
Aku cuma memerhati sambil cuba mengamati tulisan milik Izwan.
Hm. Dia lelaki. Tapi tulisan lawa gila. Kemas. Kalah tulisan aku.
Kertas tadi ditolak ke hadapan aku. Aku mengamati kertas itu sambil bergumam perlahan. Hah? Apa-
"Apa ni?"
Izwan senyum sinis.
"Kertas."
Aku buat muka meluat. Kalau aku sumbat kertas ni dalam mulut dia, jangan tanya kenapa.
"Jawab semua soalan tu. Anggap lah aku cikgu chemistry kau untuk harini. Kalau semua jawapan kau betul, aku belanja kau cendol sabtu ni."
Mata aku bersinar sinar tatkala mendengar perkataan cendol.
Serius ah?
"Kita berdua je. Aku tak nak kau ajak sesiapa."
Senyuman aku mati. Hoi. Berdua? Tak nak aku.
"Tak nak lah. Kau gila ke? Nanti nak jawab apa dekat warden? Kalau ada orang nampak kita keluar berdua macam mana? Kau tak sayang title 'ketua pengawas' tu ke?"
Izwan pandang aku. Lama. Aku meneguk liur.
Okay ni seram.
"Kau tak payah banyak bunyi boleh tak? Bab tu, biar aku yang uruskan. Kau cuma perlu datang. Dekat kedai cendol haritu."
Aku terdiam seketika. Dengan pantas, otak aku mula membuahkan idea idea nakal.
Dia cakap, kalau aku betul semua soalan kan? Jadi, kalau aku salah, aku tak payah la keluar dengan dia?
Bijak dan bernas, wahai encik otak!
"Kalau kau salah, kau tetap kena keluar dengan aku. Cuma bezanya, kau yang kena belanja."
Aku berdecit halus.
Kurang asam.
Dasar lelaki pelik. Macam mana dia boleh baca fikiran aku pulak ni?
"Kalau aku tak jawab?" aku cuba menduga. Kertas itu aku tolak ke arah Izwan kembali.
"Kalau tak jawab, kau yang kena mintak izin dari warden. Pilih."
Gila. Mintak izin warden tu dia punya susah, ibarat kena jawab soalan addmath tahu tak?
"Buat apa aku kena dengar cakap kau hah?" aku peluk tubuh.
Izwan mengambil sesuatu dari dalam poketnya.
Aku tergamam.
I-Itu-
Aku cuba merampasnya dari tangan Izwan. Namun gagal apabila Izwan lebih pantas mengelak.
"Bagi balik!"
"Tak nak."
Aku buat muka menyampah. Aku gigit tangan kau kang, Izwan.
Izwan membelek barang kepunyaan aku yang berada dalam genggamannya itu.
"Kesalahan kau ni termasuk dalam kategori membawa bahan larangan ke sekolah dan barang ni ada dalam nombor 12 mengikut senarai barang larangan. Ada pada mukasurat 32 buku peraturan sekolah."
"Hukuman paling ringan, barang ni akan dirampas dan tak akan dikembalikan. Hukuman paling berat, kau akan dipanggil ke bilik disiplin untuk berjumpa Cikgu Nizaf, ketua guru disiplin sekolah kita untuk tahun ni."
Aku ternganga.
Woi woi. Asal serius sangat ni? Macam la aku bawak bom pergi sekolah.
Aku bawak cermin je pun!
"Bagilah balik. Tak rasa bersalah ke ambil barang orang tanpa izin? Dahlah anak patung aku pun kau simpan lagi."
Huwa tata! Mama miss you!
Jap. Macam mana cermin aku boleh ada dekat dia?
Ah. Aku tertinggal atas meja kelas tadi. Gelabah sangat nak pergi tandas. Lupa nak ambil cermin tu.
Tch. Tak sangka ada orang yang 'baik hati' tolong ambilkan untuk aku.
"Tak. Tak rasa bersalah. Sebab semua barang kau, automatik akan jadi barang aku."
Aku menjeling tajam. Fakta karut!
"Kau pun hak aku."
Aku dan Izwan berpandangan buat seketika.
A-apa?
❀❀❀
"WALHAMDULILLAH hi rabbil alamin."
Aku tekupkan telapak tangan pada wajah.
Aku melempar senyum. Rasa lega lepas dah solat. Rasa macam semua masalah hilang.
Poof!
Sebab semuanya aku dah ceritakan pada Dia.
Allahu rabbi.
Aku senyum lagi.
Saat paling indah ialah apabila kau mengadu dan merintih pada Allah. Dan ketika kau menangis semasa menghadapnya dalam solat. Terutamanya ketika sedang bersujud.
Allah adalah sebaik baik pendengar. Tiada sesiapa mampu menandingi kekuasaan dan kehebatan-Nya.
Sebab tu kalau aku ada masalah, aku akan mengadu pada Allah. Sebab Allah lebih memahami segala isi hati hamba hamba-Nya.
'Jom belajar chemistry kau dengan aku.'
Dalam tak sedar, aku mengukir senyuman kecil. Aku tekupkan tapak tangan pada kedua belah pipi yang makin membahang. Malu weh.
Kali pertama, aku dan dia belajar berdua. Kalau sebelum ni, aku selalu tidur je dalam kelas kimia. Cikgu tengah sibuk ajar kat depan, aku membuta dekat belakang. Lepastu gelabah bila cikgu panggil nama aku.
Hoho.
Tapi semalam, semuanya lain. Rasa semangat nak belajar kimia. Sikit pun tak mengantuk.
Aku senyum lagi.
Aish. Dia suka buat aku rasa benda pelik pelik.
Aku menguap kecil. Ngantuk gila! Aku mengerling ke arah jam di dinding. Pukul 3 pagi.
Aku tersedar dari tidur pukul 2 pagi tadi. Dan terus tak boleh tidur. Daripada termenung, baik aku solat tahajjud.
Ada juga faedahnya.
Aku memerhatikan keadaan sekeliling yang gelap gelita. Semua orang tengah tidur. Aku rasa seram sikit. Tapi aku buang perasaan seram tu jauh jauh dan terus menanggalkan telekung yang tersarung di tubuh.
Aku ni dahlah tak boleh langsung dengan kegelapan. Aku memang tak boleh tidur gelap. Tak tahu kenapa. Memang dari kecik lagi aku macam ni.
Bilik aku dekat rumah tu memang 24 jam bukak lampu. Lagi lagi malam. Abah, mohon tabah kerana kena bayar bil elektrik yang melambung. Hehe.
Tapi kalau dekat asrama ni lain lah. Nak tak nak, kena jugak bergelap. Asrama ada peraturan. Aku pun buat buat berani je sebenarnya ni. Padahal dalam otak aku sekarang ni, dah terbayang macam macam jenis hantu.
Pocong, toyol, pontianak dan yang sewaktu dengannya.
Okay. Baik kita berhenti cakap pasal topik ni. Aku dah meremang habis ni weh.
Aku bangun dan duduk bersimpuh di atas katil. Beg sekolah merah jambu milikku yang berada di atas lantai dicapai.
Nak ambil tisu yang berada di dalam bekas pensel.
Aku mengerutkan dahi tatkala melihat satu bungkusan coklat yang semestinya bukan milik aku.
Bungkusan itu aku ambil.
Roti coklat?
Siapa punya ni? Bila masa pulak aku beli roti?
Ah. Baru perasan. Ada kertas memo yang tertampal pada bahagian belakang bungkusan roti itu.
Jap. Takkanlah-
IH?
Bila masa Izwan-
Oh. Mungkin, masa rehat tadi. Aku pergi surau dan dia letak benda ni dalam beg aku?
Aku tak tahu kenapa. Tapi bibir aku mula menguntum senyuman nipis.
Aku tahu kau buat semua ni bukan atas dasar perasaan apa apa.
Tapi aku tetap bersyukur.
Sebab kau masih ambil berat soal aku. Sekurang kurangnya, atas dasar-
Sahabat.
❀❀❀
AKU melentokkan kepala di atas meja. Aku mengantuk gila sekarang ni.
Hari kedua untuk studygroup.
Dan kalini, semua orang ada. Kalau semalam, hanya ada aku dan Izwan, hari ni ada Firash dan Marina sekali.
"Kau mengantuk ke?"
Aku angkat wajah. Memandang Firash yang duduk berhadapan dengan ku. Dengan mata kuyu dan lesu, aku mengangguk kecil.
"Semalam mesti tidur lewat tengok drama."
Tch. Ada je minah sebelah aku ni nak tuduh aku macam macam. Aku cuma diam.
Korang pun tahu kan. Kalau aku menjawab nanti, jadi perang dunia kelapan. Mulut aku ni bukan jenis boleh dikawal kalau tengah marah.
Daripada gaduh, baik diam.
"Minggu depan ujian bulanan satu."
Aku agak terkedu apabila suara tenang itu memasuki ruang pendengaran aku. Dari tadi, lelaki tu cuma diam dan sibuk baca buku Biologi.
Tiba tiba je bersuara.
Tatkala aku masih asyik merenung wajah Izwan dari sisi, lelaki itu tiba tiba alihkan pandangan ke arah aku.
Aku yang dah gelabah tahap maksimum, terus pura pura baca buku fizik yang aku tarik dari tangan Firash.
Firash pun nampak pelik kenapa aku tiba tiba rampas buku dia.
Maafkan aku ya, Firash. Hehe.
"Meena."
Aku angkat wajah. Izwan panggil aku ke tadi?
Ya. Memang betul. Izwan sedang pandang wajah aku tanpa sebarang riak wajah.
Aku angkat kening.
"Ya?"
"Duduk dengan aku."
Aku tergamam. Hah? Du-duduk dengan dia? Jap. Aku tak mimpi kan sekarang ni?
"Kenapa pulak?" soal Marina, tak puas hati.
Dari ekor mata, aku dapat lihat wajah cemberut Marina.
"Kita bahagikan kumpulan. Kita ada sebelas subjek. Aku akan ajar addmath, chemistry, biology dan physics. Firash akan ajar subjek Bahasa Arab, Pendidikan Quran Sunnah dengan Syariah Islamiah."
"Marina akan ajar subjek Sejarah dengan Matematik."
Aku mengerutkan dahi. Habis aku nak ajar apa?
"Kau, Meena." Izwan pandang aku. Kalini lebih lama.
"Kau ajar subjek Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris."
Aku menarik nafas lega. Nasib baik BM dengan BI. Kalau Izwan suruh aku ajar addmath, memang aku terus pindah sekolah agaknya. Aku dah lah tak boleh langsung dengan addmath tu. Apatah lagi nak ajar orang.
Tak pasal pasal aku ajar ajaran sesat.
"Kenapa tiba tiba kau agihkan macam ni?" Soal Firash.
"Aku dah bandingkan markah peperiksaan akhir tahun kita berempat. Orang yang dapat markah tertinggi untuk sesuatu subjek, dia akan jadi mentor untuk subjek tu."
Aku angguk faham. Padanlah. Sebab dua subjek tu je yang aku paling okay. Yang lain, hancur.
"Habis, kenapa awak suruh Laura duduk dengan awak?"
Aku pandang Marina di sebelah. Dah macam nak nangis dah minah ni. Takut aku rampas buah hati kesayangan kau ni ke, Cik Marina?
Gila.
Aku dah maki maki dia dalam hati.
"Sebab harini, Meena belajar addmath dengan aku. Firash, harini kau ajar Marina subjek Bahasa Arab."
Firash cuma mengangguk. Dia tak membantah, malah hanya menurut tanpa sebarang komen. Dia pun memang dari dulu selesa dengar arahan Izwan.
Arahan si ketua pengawas yang berdedikasi ni. Okay nak muntah.
Izwan berdiri.
"Meena, jom."
Hah? Nak pergi mana pulak ni?
Izwan dah berlalu. Tinggalkan kami.
Iee dia ni.
Kalau ya pun, tunggu lah aku. Aku masukkan beberapa batang pen yang bersepah di atas meja ke dalam bekas pensil merah jambu milikku. Buku buku aku rapikan sebelum aku mengangkat semua barang barang aku.
Belum sempat aku ingin berlalu pergi, lengan aku ditarik kasar membuat aku terdorong ke belakang.
Nasib baik tak jatuh.
Kalau jatuh, memang aku kejar minah ni pakai penyapu.
Aku pandang wajah Marina yang masih menunjukkan riak tak puas hati.
Apa lagi yang budak kurang sel otak ni nak?
"Kau nak apa lagi? Nak kena tumbuk?" soal aku, kasar.
Marina peluk tubuh.
"Kau jangan nak lebih lebih dengan Izwan. Dia aku punya. Kalau aku tahu kau menggedik dengan dia, siap kau aku kerjakan."
Wuuu takutnya!
Aku senyum mengejek.
"Oh, dia kau punya? Tapi yang peliknya, aku tak nampak pulak ada cop dekat mana mana bahagian badan dia yang menyatakan dia tu kau punya. Ni kes syok sendiri ke apa ni?" aku tahan diri dari gelak apabila lihat Marina mula naik angin.
Aku suka tengok dia marah. Sebab aku rasa muka dia macam singa.
Tak payah pergi zoo, guys. Sekolah aku dah ada singa. Kalau nak jumpa, meh datang sini. Aku bawak korang jumpa cik singa ni. Free of charge.
"Dan untuk pengetahuan kau, Laura ni aku punya. Jadi, jangan berani cari pasal dengan dia kalau kau rasa nak hidup lama."
Aku terkedu. Tak percaya dengan kata kata yang tiba tiba keluar dari mulut Firash.
Asal rasa macam drama korea ni?
Marina tarik muka. Nampak muka dia merah padam menahan malu dan marah.
"Laura."
Aku pandang wajah Firash walaupun aku rasa segan.
Firash berikan satu senyuman manis buatku.
"Take care, okay!"
Aku senyum lalu angguk.
"Kau pun."
Setelah saling berbalas senyuman, aku perlahan lahan mengatur langkah pergi dari situ untuk mencari sang ketua pengawas yang tiba tiba menghilang entah ke mana.
Perpustakaan sekolah kita ni besar, Izwan. Mana aku nak cari kau hah? Nak cari pakai apa? Teropong? Kanta pembesar?
Aku membebel dalam hati sambil berjalan di sekeliling perpustakaan sambil mencari Izwan yang hilang.
Dah tua tua pun nak menyusahkan orang.
Dahlah buku buku aku ni berat. Patah jari jemari aku yang comel ni. Mana kau weh?
"Aku kat sini."
Aku tolehkan wajah ke suatu arah. Izwan. Dia sedang duduk di satu kerusi di meja yang cuma ada dua kerusi. Tempat tu agak tersorok.
Ruang pembelajaran privasi.
Kenapa dia pilih tempat ni? Nampak pelik tahu tak bila aku berdua dengan dia. Nanti macam macam gosip liar yang keluar.
Izwan memang la tak kisah. Sebab orang tak berani cari pasal dengan dia. Aku ni ha. Insan yang lemah. Aku yang kena serang nanti.
"Kau memang nak berdiri dekat situ sampai tahun depan ke?"
Aku mencebik.
Aku meletakkan kesemua barang barang kepunyaanku di atas meja itu.
"Kenapa pilih tempat ni?"
Izwan angkat wajah. Memandang wajah sugul aku.
"Kenapa?"
Aku mengeluh. Dia ni memang tak faham ke buat buat tak faham?
"Cuba kau tengok sekeliling kau."
Izwan menurut. Dia pandang ke sekeliling tempat duduk kami. Dahi Izwan berkerut.
"Kenapa? Tak ada apa apa yang pelik pun."
Aku menepuk dahi. Dasar lembap.
"Tak ada orang selain kita dekat kawasan ni, Izwan. Pelik bila kita berdua duaan macam ni. Kalau orang nampak, macam mana? Kau tak takut kena gosip? Tak takut kena fitnah?"
Izwan cuma beri reaksi tenang.
"Pengawas perpustakaan akan buat rondaan dekat kawasan ni. Jadi, apa masalahnya? Kita tak berdua. Allah ada."
Tch. Dia nak berhujah pulak kat sini.
"Memanglah. Masalahnya-"
"Baik kau duduk sekarang sebelum aku-"
"Iee yelah yelah!"
Aku tarik kerusi di yang terletak berhadapan dengan Izwan lantas duduk di atasnya. Aku memeluk tubuh.
Protes.
Sikit pun wajah Izwan aku tak pandang.
"Pandang aku."
"Tak nak!"
"Macam mana kita nak belajar kalau kau tak nak pandang aku?"
Aku mengeluh. Ada je alasan dia.
Cili mulut kang.
Aku alihkan pandangan pada wajah kacak itu. Dahi aku sengaja dikerutkan.
"Cepatlah. Aku malas nak duduk lama lama dengan kau." Aku menyelak helaian buku teks matematik tambahan dengan kasar.
"Kau suka addmath?"
Aku memandang Izwan. Okay ni pelik. Asal tiba tiba tanya?
This is so random.
Aku menggeleng dengan penuh yakin.
"Macam mana aku tak suka kau, macam tu jugak la aku tak suka addmath." Balas aku, selamba.
Izwan menghela nafas panjang.
"Pandang aku jap."
Aku mengeluh. Iee dia ni kan. Wajib ke pandang memandang ni? Dosa tau tak.
Aku cuma menurut. Malas nak panjangkan isu. Pandang je kan. Tak apa kot.
Anak mata aku bertembung dengan anak mata kelabu milik lelaki itu.
"Kau tak boleh bencikan sesuatu yang dah memang dah jadi takdir hidup kau. Aku bagi contoh yang paling senang. Kau benci addmath. Tapi dalam pada masa yang sama, kau tetap kena jawab exam addmath masa SPM nanti."
"Daripada kau benci, baik kau usaha untuk baiki gred dan markah kau. Sekurang kurangnya, lulus untuk subjek ni."
Aku berdecit. Kau cakap memang la senang. Kau dah memang dilahirkan pandai, Izwan.
Aku? Bab kira mengira ni memang bukan bidang aku.
"Jangan mengalah sekarang. Banyak lagi masa untuk kau cuba dan usaha. Aku akan tolong kau. Tapi sekarang, kau kena tolong diri kau sendiri. Tu yang paling penting."
Aku mengerutkan dahi.
"Tolong diri aku sendiri? Macam mana?"
Izwan senyum.
"Betulkan persepsi kau terhadap subjek ni."
Aku menggulingkan mata ke atas. Susah weh. Aku tak suka addmath do. Jujur aku cakap. Aku ni jenis yang boleh muntah bila tengok digit digit yang banyak.
"Tengoklah macam mana nanti." Balas aku dengan nada malas.
"Okay. Target kita sekarang, Ujian Bulanan Satu. Aku nak, kau sekurang kurangnya, lulus."
Aku menggaru kepala aku yang tidak gatal. Hah? Lulus? Okay yang ni aku tak boleh nak janji.
Seumur hidup aku, aku memang tak pernah lulus addmath.
Tak payah gelakkan aku.
Aku tahu aku tak pandai.
Tapi aku pun ada perasaan okay.
"Kalau kau lulus, aku akan bagi hadiah. Kalau kau gagal, ada hukuman."
Aku rasa macam nak terjun bangunan je sekarang ni tahu tak. Hukuman apa pulak ni? Jangan macam macam. Izwan ni bukan boleh percaya pun.
"Hukuman apa?" soal aku.
Aku tak tertarik langsung dengan hadiah tu. Sebab aku tahu aku takkan lulus pun.
Izwan senyum.
"Lepas kau gagal, baru aku bagitahu."
Aku mencebik. Sepak kang.
"Okay dah. Fokus. Harini kita belajar pasal linear law. Bukak buku kau."
Aku mengeluh perlahan sebelum menyelak helaian buku teks dengan perasaan malas yang beraja di dalam hati.
Sesiapa, boleh tolong culik Izwan tak? Bawak lari pergi Thailand terus.
Aku tak suka dia weh!
❀❀❀
AKU lajukan langkah untuk ke aspuri. Tadi, aku rasa dahaga gila. Jadi, aku turun ke bawah untuk beli air dekat kiosk.
Aku genggam tin air Oligo itu. Tak sabar nak minum!
Biasanya, aku akan beli air milo. Tapi tak tahu kenapa malam ni tiba tiba teringin nak minum air ni.
Aku mendaki anak tangga untuk ke dorm aku di tingkat tiga. Sampai sahaja di tingkat dua, aku dah dengar gelak tawa yang agak kuat.
Macam...
Suara Piya.
Dah lama aku tak dengar suara dia. Aku senyum tawar. Rindu.
Bayangkan. Kau ada kawan baik. Kau dengan dia rapat gila. Lepastu secara tiba tiba korang tak bertegur sapa. Jadi macam stranger. Sejak ada orang lain yang muncul dalam persahabatan korang.
Aku pernah rasa benda ni. Banyak kali.
Tapi kalini, sedih dia lain macam. Sebab aku sorang sorang. Boleh dikatakan, semua orang memulaukan aku.
Cuma Nana dan Atiqah yang setia teman aku. Malangnya, diorang berdua bukan budak asrama. Diorang sekolah harian. Jadi, malam malam memang aku tak ada kawan nak borak.
Borak dengan dinding je.
Sedihnya jadi aku.
Aku melepaskan keluhan berat. Sebak pulak tiba tiba. Aku pandang pintu dorm dengan agak lama. Nak masuk ke tak? Ke nak tidur dekat dorm sebelah je?
Aku agak rapat dengan budak dorm sebelah. Sebab sebahagian dari diorang, budak kelas aku.
Ah. Malas lah. Dah tiga hari aku tidur dorm diorang. Entah entah, diorang pun dah muak tengok muka aku.
Aku pejamkan mata dan perlahan lahan menolak pintu itu. Serta merta, suara gelak tawa tadi terhenti.
Semua mata kini terarah pada aku.
Aku buat buat tak nampak dan terus ke katil milik aku. Air Oligo tadi aku letak di atas katil.
"Semak lah."
Aku terkedu. Piya?
Di-dia cakap aku semak?
"Abaikan je dia. Jom sambung."
Tu pulak suara Mel.
Cepatnya diorang berubah. Semuanya sebab fitnah.
Fitnah yang dilontarkan oleh Marina terhadapku.
Air mata aku mula bergenang di pelupuk mata. Tipu la kalau aku tak terasa.
Abaikan aku. Aku kan tak penting.
Yang penting, diorang bahagia.
"Wah."
Aku dongakkan wajah. Marina sedang berdiri di hadapanku dengan tangan disilangkan pada tubuh.
Dia nak apa pulak ni?
"Sedapnya air. Minum sorang je ke? Tak nak share?"
Pandangan Marina tertumpu pada tin air milik aku yang 'tersadai' di atas katil.
Tch. Mati hidup balik pun aku takkan kongsi apa apa dengan kau!
Marina capai tin air itu. Aku tak halang. Sebab aku nak tengok sejauh mana buruknya perangai dia.
"Hm. Sedapnya! Tiba tiba aku teringin pulak nak minum air ni. Aku ambil eh? Kau beli baru je lah."
Amboi amboi.
Kau fikir kau anak raja ke? Suka hati mak bapak tiri dia je nak ambik air orang. Minah ni memang melampau.
"Kau dah miskin sangat ke? Air pun tak mampu beli? Kesiannya." Aku pandang sinis ke arah perempuan itu.
Marina pandang wajah aku.
"Kau memang tak sedar diri eh?"
Aku mengerutkan dahi. Aku yang tak sedar diri ke dia yang tak sedar diri sekarang ni?
Marina membuka langkah ke arah tingkap yang berada di sebelah katilku.
Aku cuma memerhati.
"Kitorang semua tak perlukan orang macam kau. Toksik. Kau tak sedar diri lagi ke? Tak malu? Kau pandang la sekeliling kau sekarang ni. Diorang semua memang dah tak ambil kisah langsung pasal kau. Kau tu menyedihkan."
Aku pandang suatu arah. Tempat dimana kawan kawan baik aku sedang berkumpul.
Oh maaf.
'Bekas' kawan baik.
Mereka semua memang sedang pandang aku. Tapi dengan pandangan benci.
Aku sendiri tak tahu fitnah apa yang Marina dah sebarkan pasal aku.
Sampai budak budak junior yang dulunya rapat dengan aku pun dah mula menjauhi aku.
"Sekurang kurangnya, aku bukan pembawa fitnah. Dosa fitnah lagi besar dari dosa membunuh, Marina Finanda." Sengaja aku tekankan perkataan fitnah. Untuk membuktikan bahawa aku sememangnya tak bersalah.
Marina ketawa mengejek.
"Nasib kau sekarang ni, macam tin air dekat tangan aku ni."
Aku pandang tin air Oligo kepunyaanku yang sedang berada dalam genggaman Marina.
"Kau layak dibuang. Macam ni."
Marina senyum sinis sebelum membaling tin air itu ke luar tingkap tanpa ragu ragu.
Aku tergamam.
A- air aku!
Aku berdiri. Kalini, dia dah melampau.
Aku menuju ke arah Marina lalu menolak tubuhnya sekuat hati.
Marina hilang keseimbangan. Sempat dia menjerit sebelum tubuhnya jatuh tersungkur di bucu katil aku.
Aku dapat dengar bunyi hantukan yang jelas. Kepala dia terhantuk pada bucu katil aku.
"Apa yang kau dah buat ni?"
Raysha tiba tiba datang ke arah kami dan kemudiannya bergegas membantu Marina.
Lol. Jatuh sikit je. Drama yang lebih. Dasar lembik.
"Sa-sakit."
Tch.
Apa? Sakit? Padan muka kau. Siapa suruh cari pasal?
Tapi aku pelik jugak. Sebab Marina dari tadi terbaring. Dia tertiarap di atas lantai. Jadi, aku tak dapat nak melihat wajahnya. Dia cuma mengaduh kesakitan dan tak mampu untuk bangun.
Kawan kawan aku yang lain bergegas ke arah Marina.
Dari sudut tempat aku berdiri, aku dapat melihat dengan jelas cecair merah yang mengalir di bawah kepala Marina.
Cecair merah yang semakin lama semakin banyak. Hingga cecair itu akhirnya mengalir hingga ke kaki ku.
Aku terkedu. Tangan aku secara tiba tiba menggigil.
Takkanlah-
"Ya Allah. Da-darah!"
To Be Continued ♡
ruangan pendapat dan soalan
(next chapter nak mood apa? nangis? sedih? happy? atau nak marina lebih mengganas?)
and also, happy belated birthday jungkoookwifeu dia mintak hadiah birthday dia sambungan tiga chapter PHMH. lagi dua on the way tau hehe
bubye
love you ♡
borahae 💜
with love,
wany ♡
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top