00 : 17

rindu Izwan?
rindu Meena?
rindu Arin?
rindu Nayli?

atau rindu Bella and the gang?

ke ada yang rindu wany ? okay gurau ')

recommended song
Younha - Love U


« i have you always in my mind »

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

enjoy reading my blueberries

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"BE- BETUL ke ni?"

"Alhamdulillah. Akhirnya, Ara dah sedar." Syuhada menarik nafas lega.

Amelia senyum lebar.

"Insyaallah dalam dua tiga hari lagi, Laura akan masuk sekolah macam biasa. Mak dia yang bagitahu Cikgu Suraya tadi. Lepastu Cikgu Suraya bagitahu aku." Afieya sengih.

"Aku tak sabar nak tengok budak budak gedik tu berambus dari sekolah ni. Parents Ara mesti dah saman diorang kan?" Raysha duduk di birai katil Diyana.

D sedang sibuk baca novel.

Tajuk novel tu-

Cinta Botol Budu?

"Apa benda kau baca buku Cinta Botol Budu ni? Ya Allah. Dah tak ada tajuk lain ke nak letak." Afieya merampas novel di tangan D dengan selamba badak.

Diyana mencebik.

"Kau pahal main rampas rampas? Aku tampar kang."

Diyana merampas kembali buku itu dari tangan Afieya.

"Bagus la kalau Ara dah nak masuk sekolah balik. Boleh budak baru tu berambus dari sini." Amelia senyum segaris.

Syuhada melepaskan keluhan berat.

"Tak habis habis lagi dengan topik yang sama? Dia dah 3 minggu duduk satu dorm dengan kita. Tak pernah pun dia buat masalah. Apa yang kau tak suka sangat dengan dia? Aku yakin dia tu baik orangnya." Syuhada kesal.

Dia amat terkesan bila Afieya dan Amelia membuli budak baru tu. Macam macam. Suruh basuh baju, suruh siapkan kerja sekolah. Macam macam lagi lah.

Budak baru tu pun ikut je. Sebab takut.

Amelia dan Afieya 100% berubah lepas ketiadaan Laura. Dan itu yang merunsingkan.

"Kalau kau nak bela dia sangat, apa kata kau pun ikut dia berambus keluar dari dorm ni."

Seluruh isi dorm terdiam mendengar kata kata Afieya.

"Piya..." Raysha cuba meraih tangan Afieya namun Piya lebih pantas menepis.

"Bila Ara masuk sekolah balik, aku akan cerita kat dia semua yang jadi. Termasuk sikap korang yang senang senang terima orang lain untuk gantikan dia."

"Piya! Piya!"

Afieya tak mengendahkan laungan suara Amelia. Dia terus melangkah keluar dari dorm itu dan dengan tak semena mena-

"Ah!"

Afieya duduk terjelepok di atas lantai. Afieya mendongakkan wajah. Mahu memandang gerangan manusia yang sesedap kari kepala ikan je langgar bahu dia sampai dia terjatuh tadi.

"Kau-!"

Marina perlahan lahan menapak ke belakang apabila melihat Afieya bangun dan ingin menuju ke arahnya.

"Maaf!"

"Maaf? Kau dengan maaf kau tu boleh pergi berambus dari sini!"

"Weh dah lah tu! Dia tak sengaja kan." Diyana berdiri dan berdiri di tengah.

Di antara Afieya dan Marina.

"Suka lah ramai backup kau? Perlahan lahan kau ambil semua hak Ara. Mula mula kau ambil tempat dia dalam kelas. Lepastu kau ambil tempat dia dalam dorm ni. Dan sekarang ni kau mula rapat dengan Izwan pulak kan."

Marina meneguk liur yang terasa pahit.

"Izwan cuma tolong saya sesuaikan diri dekat sekolah ni. Itu je."

Afieya senyum sinis sambil memeluk tubuh.

"Kau ni bengap ke? Ya. Memang mula mula dia tolong kau sesuaikan diri dekat sekolah. Lama lama nanti apa pulak? Dia tolong kau sesuaikan diri dekat dalam hati dia pulak? Macam tu?"

Air mata Marina mula bertakung di pelupuk mata.

"Jaga bahasa kau, Piya." Diyana mengeraskan suara.

"Kau dengar sini budak baru. Kau tak layak ada dekat sini. Sedar diri kau tu sikit. Tak payah sibuk nak tunjuk muka kesian kau. Sikit pun aku tak rasa kesian. Lagi rasa nak tampar adalah."

Afieya perlahan lahan menapak keluar dari dorm itu. Sempat dia melanggar bahu Marina hingga gadis itu terdorong ke kiri.

"Kau okay?" Diyana mendapatkan Marina dengan wajah risau.

Marina senyum simpul.

"Saya okay."

Okay luaran. Dalaman tak ada siapa yang tahu.


































❀❀❀

AKU meneliti setiap baris bangunan yang tersergam indah di hadapan aku.

Keluhan kecil aku lepaskan.

"Meena."

Aku menoleh. Memandang wajah ummi yang sedang tersenyum manis.

"Betul tak nak ummi hantar sampai dalam dorm? Nanti-"

"Meena okay. Hantar sini je." Aku membalas dengan nada mendatar.

Senyuman ummi berubah kepada wajah kesalan.

Abah yang berada di sisi tiba tiba merangkul tangan mulus ummi dan menggenggamnya erat. Cuba menyalurkan kekuatan.

"Meena, nanti kalau sakit kepala ke apa, terus panggil warden. Ubat semua jangan lupa makan on time." Abah memandang wajahku.

Aku mengangguk kecil.

"Meena..."

Secara tiba tiba, ummi menarik aku ke dalam pelukan hangat miliknya. Aku kaku.

"Ummi sayang Meena. Jaga diri."

Aku cuma membatukan diri. Tak berniat untuk membalas. Seketika kemudian, pelukan itu terlerai.

"Nanti apa apa, terus telefon ummi atau abah." Abah berpesan sekali lagi.

Ni dah masuk 20 kali abah pesan benda yang sama dan aku cuma mengangguk faham.

"Ummi dengan abah balik dulu. Jaga diri, sayang."

Aku perasan air mata yang bertakung di tubir mata ummi sebelum wanita itu memasuki perut kereta.

Mata aku menghantar kepergian mereka yang semakin menjauh.

Kebelakangan ni, aku tak dapat rasa diri aku yang sebenar. Ini bukan aku. Tapi aku tak tahu macam mana nak betulkan keadaan.

Aku tak nak bercakap tapi mata aku sentiasa memerhati segala yang berlaku di sekeliling aku.

Jangan tanya mana Laura Ameena yang dulu.

Keadaan memaksa aku berubah sebegini rupa.

























❀❀❀

"AH-!"

Belum sempat tubuh aku mendarat di atas lantai, sepasang tangan lebih cekap menarik aku ke arahnya. Menyelamatkan aku dari terjatuh.

Aku dan dia saling berbalas pandangan.

Firash.

Perlahan lahan, aku menarik lengan aku yang berada di dalam genggamannya.

"Weh. Sorry sorry. Tadi aku gelabah jalan tak pandang kiri kanan."

Aku senyum tawar.

"Tak apa."

Belum sempat aku ingin melangkah pergi, Firash menghalang aku. Dia berdiri di hadapan aku tanda tidak membenarkan aku untuk pergi.

Aku mengerutkan dahi.

"Kenapa?"

"Kau baru masuk aspuri harini? Dah betul betul sihat ke ni? Muka kau-"

Firash merendahkan badan dan wajahnya di rapatkan ke arah wajah aku. Membuat aku terkedu.

"Muka kau pucat. Are you sure you're doing just fine? "

Aku dengan pantas melangkah satu tapak ke belakang sambil mengangguk.

"Aku okay. Betul."

Firash akhirnya melempar senyuman manis miliknya.

Senyuman Firash mampu buatkan perempuan lain sanggup tinggalkan boyfriend diorang semata mata hanya untuk Firash.

Firash alihkan pandangan pula ke arah dua buah beg di tanganku.

Okay sebenarnya beg ni agak berat. Aku pun cuma berniat nak pergi pejabat warden untuk lapor diri dan kemudian terus ke aspuri. Tak sangka boleh bertembung dengan Firash dekat depan perpustakaan asrama ni.

"Kau nak pergi mana ni?" soal Firash sambil memandang wajah aku.

"Pejabat warden." Balas aku ringkas.

Firash secara tiba tiba mengambil kedua dua beg di tangan aku tanpa sepatah kata. Aku tercengang.

"Eh. Kau nak buat apa dengan beg tu?"

"Kau tak sihat sepenuhnya lagi. Biar aku tolong. Jom. Aku teman kau pergi pejabat warden."

Aku nak menolak. Tapi bila fikirkan badan aku yang penat ni, aku cuma turutkan je. Dia cuma nak tolong. Tak salah kan?

Firash sempat mengukir satu senyuman ikhlas sebelum menapak menuju ke pejabat warden di blok kenanga. Aku cuma mengekori dari belakang.

Sampai di suatu tangga, langkah aku terhenti. Aku tergamam.

"Fi-Firash." Aku memanggil nama itu perlahan.

Firash yang berada di hadapan aku menoleh pantas.

"Asal?" soal Firash dengan kerutan di dahi.

"Kau dengar tak..." kata kata aku putus di situ apabila bunyi yang aku dengari tadi semakin kuat.

Aku cuba pandang ke kiri dan ke kanan tapi aku hampa apabila tiada seorang pun yang berada di situ. Cuma ada aku dan Firash.

Firash berjalan ke arah aku.

"Kau tunggu sini. Aku pergi tengok."

"Jangan!" belum sempat Firash ingin menapak pergi, aku lebih pantas mencapai lengan baju sweatshirt milik Firash. Menghalang lelaki itu dari pergi.

Kami saling berbalas pandangan.

"Aku pergi tengok sekejap je."

"Aku ikut."

Firash melepaskan keluhan berat lalu akhirnya mengangguk.

Kini, jantung aku sedang berdegup laju. Aku mengekori langkah Firash dari belakang.

Aku yakin apa yang aku dengar tu betul.

Suara perempuan tengah menangis!

Bunyinya macam datang dari belakang kawasan bangunan ni.

"Jangan nangis lagi."

Aku tersentak apabila mendengar satu suara lelaki.

Aku cukup cukup kenal dengan suara tu.

Tapi tak mungkin-

Dari tempat aku dan Firash sedang berdiri, aku nampak dengan jelas figura seorang perempuan yang dan seorang lelaki yang sedang duduk di sebuah bangku bersebelahan sebuah pokok.

"Izwan?"

Aku memandang Firash apabila suatu nama terpacul dari mulutnya.

"Apa dia buat dekat sini? Tadi dia cakap dengan aku dia ada hal dekat bilik kawalan pelajar."

"Firash, jangan."

Aku menarik baju Firash dari belakang. Menghalang lelaki itu dari berjalan menghampiri Izwan dan seorang gadis yang tak aku kenali.

"Kenapa? Aku cuma nak-"

"Kita tengok dari jauh je boleh?" pinta aku.

Firash melepaskan keluhan berat dan akhirnya mengalah. Kami berjalan ke hadapan sedikit untuk memastikan kami tak terlepas satu pun perbualan Izwan dengan gadis itu.

Izwan nampaknya sedang memujuk gadis itu.

"Menangis takkan selesaikan masalah, Marina."

Marina mengesat air mata dengan hujung lengan bajunya.

"Habis awak nak saya buat apa? Bunuh diri? Macam tu?"

Izwan menghela nafas panjang.

"Kita umat Islam. Ada pegangan. Jangan pernah terlintas untuk buat benda benda mengarut macam tu."

"Saya tak tahu apa lagi yang patut saya buat untuk puaskan hati diorang. Saya ikut semua yang diorang suruh. Tapi akhirnya... saya tetap kena maki. Kena caci. Saya pun ada maruah. Saya pun ada perasaan, Izwan."

Izwan terdiam apabila Marina kembali menangis teresak esak.

"Hidup ni bukan cuma untuk puaskan hati orang. Betulkan tanggapan kau tentang erti hidup yang sebenar. Tetapkan hati kau untuk terus hidup dan jadi hamba Allah yang lebih baik. Lepastu baru kau dapat rasa kebahagian yang sebenar benarnya."

Marina mengeluh kecil.

"Dari hari pertama saya masuk sekolah, sampai la sekarang. Awak je yang ada untuk saya."

Marina dan Izwan saling berbalas pandangan.

"Terima kasih, Izwan. Terima kasih untuk segala galanya. Saya tak mampu balas jasa awak."

"Ada satu cara untuk kau balas jasa aku." Izwan bersuara mendatar.

Marina mengerutkan dahi.

"Cara? Cara apa?"

"Senyum untuk aku."

Marina akhirnya mengukir senyuman manis lalu ketawa perlahan.

"Gelak lagi senang dari menangis." Izwan senyum.

Marina mengangguk setuju.

Hati nya yang tadi penuh dengan rasa gundah dan celaru, kini telah kembali normal. Malah, lebih dirasakan indah dari sebelum ini.

Kerana ada seorang lelaki yang sentiasa di sisi. Kacak pula tu.

Marina senyum lagi.

Tak salah kan kalau aku buka sedikit ruang dalam hati aku untuk Izwan. Sebab dia semestinya layak untuk itu.

"Laura."

Aku mengalihkan pandangan. Aku ralit memandang 'pasangan bahagia' itu. Aku mendengar setiap butir bicara mereka dengan jelas.

Wajah Firash aku pandang dengan senyuman pahit yang terukir di bibir.

"Jom." Belum sempat aku ingin berlalu pergi, Firash lebih pantas menarik lengan aku.

"Aku tahu kau tak okay."

Aku paksa diri untuk ketawa kecil.

"Aku okay, Firash."

Firash merenung anak mata aku sedalam dalamnya. Buat aku makin rasa tak selesa.

"Kalau kau okay, kenapa kau menangis?"

Aku terkedu. Aku pegang pipi kananku dengan menggunakan hujung jari.

Pipi aku basah.

Sejak bila...

"Izwan dengan Marina tak ada apa apa hubungan pun. Jangan salah faham." Firash serba salah.

Aku paksa diri untuk senyum sambil mengelap air mata tadi dengan hujung lengan baju.

"Kalau diorang ada apa apa pun, aku tak kisah. Tak ada kaitan dengan aku."

"Laura..."

Aku pandang anak mata coklat gelap milik Firash.

"Jangan risau. Aku janji aku akan jaga kau."







































❀❀❀

"ARA..."

Aku dongakkan wajah. Memandang wajah kelima lima gadis di hadapan aku dengan pandangan kosong.

"Kitorang rindu kau. Rindu sangat sangat." Amelia senyum.

Aku paksa diri untuk membalas senyuman itu. Aku pandang pula nasi berlaukkan sambal ayam dan sayur campur di hadapan aku.

Sumpah aku tak ada selera. Tapi aku tengok kawan kawan aku yang lain semua makan macam dah tak ada hari esok.

"Kenapa tak makan? Aku suap kang." Afieya sengih.

Diyana di sebelah cuma tersenyum. Puas hati melihat Afieya akhirnya boleh mengukir senyum macam dulu. Dah tak marah marah sejak Laura masuk asrama petang tadi.

"Korang makanlah. Aku nak pergi tandas sekejap."

Mereka semua menggangguk sambil terus makan. Aku berdiri dan terus melangkah ke tandas.

Aku sebenarnya tak nak pun pergi tandas. Tapi aku tak tahu kenapa aku nak pergi. Makin pelik pulak diri aku sekarang ni. Ni tanda tanda makin tua ke apa?

"Ya. Awak pergi makan dulu. Kejap lagi saya makan."

Aku menghentikan langkah. Sekali lagi. Suara perempuan tadi menerobos masuk ke dalam telinga aku. Suara tadi datangnya dari arah sebelah pondok di belakang bangunan dewan makan.

Aku menapak perlahan ke arah suara itu. Samar samar, aku dapat melihat kelibat seorang lelaki dan gadis sedang berdiri di sebelah pondok itu.

Aku sorokkan tubuh di balik dinding bangunan. Aku dapat melihat mereka berdua dengan jelas. Tapi kehadiran aku tak disedari oleh mereka berdua.

Dan aku dapat mendengar dengan jelas segala perbualan mereka.

"Aku nak kau makan sekarang. Jangan degil. Aku tahu kalau aku tak paksa, kau takkan makan pun."

Gadis itu ketawa kecil.

"Saya tak lapar. Awak pergi la makan. Lagipun dalam dorm, ada roti dengan biskut. Nanti kalau saya lapar, saya makan la."

Lelaki itu melepaskan keluhan berat.

"Kau memang suka buat aku risau ke?"

Aku tersentak. Ayat tu-

Dulu dia selalu cakap ayat tu dekat aku.

Tapi lepas 4 minggu, dia dah ada yang baru?

Oh. Aku lupa. Aku lupa siapa aku di hati dia. Dia risaukan aku selama ni cuma sebab kesian. Kalau aku tahu benda akan jadi macam ni, baik aku lupakan je dia haritu. Tak payah sibuk nak cuba ingat dia balik.

Lebih baik melupai dari sakit hati.

"Saya suka tengok awak risau. Comel."

Lelaki itu cuma beriak serius.

"Jangan cuba alihkan perhatian aku. Baik kau makan sekarang. Kalau tak, aku pun takkan makan. Jadi, adil."

Gadis itu mencebik.

"Sikit sikit merajuk. Saya tak ada selera lah, awak." Gadis itu buat muka comel.

Aku tak sedar yang makin lama aku makin menghampiri mereka. Dengan air mata yang laju mengalir di pipi aku.

Kepala aku semakin rasa memberat.

KREK-

Aku tergamam.

Ah. Aku terpijak ranting kayu. Kenapa masa masa macam ni jugak nak kena terpijak semua benda?

"Me-Meena..."

Aku sebak. Aku halakan pandangan ke hadapan.

Izwan. Dia sedang pandang aku dari pondok itu.

Aku ingat kau dah lupa nama aku, Izwan.

Dengan pantas, aku menoleh ke belakang semula dan berjalan terus ke tandas perempuan. Aku cuba tahan air mata aku untuk terus mengalir.

Aku usap pipi aku perlahan menggunakan belakang tapak tangan sambil terus menapak.

"Laura Ameena..."

Lengan aku ditarik dari belakang. Memaksa aku untuk menoleh ke belakang dengan tangisan yang masih bersisa.

Dada aku sakit. Rasa sesak.

Wajah Izwan aku pandang sambil menangis.

"Meena, aku..."

Aku pandang anak mata kelabu itu.

Aku ada simpan rasa rindu. Tapi aku tak rasa kau rasa benda yang sama.

"Meena, jangan nangis."

Aku tak tahu kenapa air mata aku makin gatal nak keluar. Makin lama makin deras.

Izwan menarik aku perlahan. Menghampirinya.

"Aku minta maaf."

Ucapan maaf itu buatkan aku makin sebak. Aku pandang wajah itu sepuas puas hati. Aku rindu. Tapi aku tahu rindu ni tak bawa apa apa makna untuk dia.

"Aku rindu kau."

Aku tersentak. Tak. Semua ni tak betul. Dia tipu aku. Dia cuma cuba nak main kan perasaan aku lagi. Dia cuma nak raih simpati aku.

Kali ni aku takkan mengalah dengan kau.

Aku menarik lengan aku dari dalam genggaman Izwan.

"Meena..."

Aku mengelap air mata yang masih bersisa. Jangan panggil nama aku dengan nada macam tu.

Aku lemah.

"Laura!"

Aku dan Izwan sama sama berpaling ke arah suara tadi.

Firash?

Firash melangkah perlahan lahan menghampiri aku dan Izwan.

"Laura, saya cari awak dekat meja makan tadi. Tapi kawan kawan awak cakap awak pergi tandas. Dah pergi ke belum?"

Aku mengerutkan dahi.

Saya? Awak? Firash ni dah kenapa?

Firash memberi isyarat mata kepada aku. Tanda menyuruh aku kekal dalam 'permainan' yang dia cipta.

Aku senyum.

"Tadi je rasa nak pergi tandas. Sekarang rasa nak makan. Awak teman saya boleh?"

Firash senyum meleret sambil mengangguk kecil.

"Jom."

Aku dan Firash berjalan melintasi Izwan. Ingin menuju semula ke dewan makan.

Aku perasan perubahan wajah Izwan yang agak ketara. Marah? Tapi untuk apa?

Aku menghentikan langkah secara tiba tiba.

"Oh ya. Izwan, apa kata kau simpan rindu kau untuk perempuan yang dari tadi berdiri belakang kau tu? Dia perlukan kau." Aku senyum lalu terus berjalan bersebelahan Firash meninggalkan Izwan.

Izwan mengerutkan dahi.

Perlahan lahan dia menoleh ke belakang. Melihat wajah merah padam menahan tangis milik Marina.

Riak wajah Izwan berubah.

Marina.


































❀❀❀

"WOI blah lah. Kau tak nampak ke Ara nak duduk? Ni tempat duduk dia. Kau tu cuma menumpang. Kau bangun sekarang sebelum aku sepak kerusi ni."

"Piya. Weh dah la do. Jangan bising bising. Jap lagi mesti Izwan dengan geng geng dia tu masuk kelas. Kau nak dapat merit ke ha?" Raysha menolak tubuh Afieya menjauhi Marina yang sedang duduk di tempat duduknya dan pura pura tak dengar.

Dia membelek buku teks biologi.

"Kau tak payah nak berlagak baik la depan aku. Dah lah buat buat pekak. Lepastu buat buat pandai pulak. Iee kecik besar kecik besar je aku tengok kau ni la!" Afieya cuba menghampiri Marina sekali lagi tapi Diyana dan Amelia lebih pantas menghalang.

Dalam kelas tengah tak ada orang sangat. Ada la dalam sepuluh orang. Sebab baru pukul 7 pagi.

"Eh eh apa gaduh gaduh ni?" tiba tiba, seorang gadis comel molek datang ke arah kami dan berdiri di sebelah aku.

"Weh Atiqah, baik kau jangan masuk campur. Aku gigit pipi kau kang." Afieya memberi amaran keras.

Atiqah mencebik.

"Tak payah layan diorang. Jom duduk." Nana menarik tangan Atiqah untuk duduk di tempat duduk mereka.

"Atiqah..."

"Ya?" Atiqah pandang aku sambil senyum ikhlas.

"Belakang kau ada orang tak?"

Atiqah mengangguk.

"Ada. Ni tempat duduk Durra. Tapi, Durra, Nadya, Elvira dengan Rania kena gantung sekolah. Dua minggu bermula minggu ni. Jadi secara automatik, tempat ni kosong!"

Aku tersenyum lebar. Duduk belakang Atiqah dengan Nana pun best. Tak adalah aku stress je.

"Marina." Aku rasa agak janggal bila panggil nama tu. Tapi aku tetap panggil sebab aku nak cakap sesuatu.

Marina mendongak. Memandang aku.

"Terima kasih sebab ambil semuanya."








































❀❀❀

"AP-APA maksud cikgu?" jantung aku seakan terhenti apabila mendengar perkhabaran itu.

"Maafkan cikgu, Laura. Tapi, cikgu terpaksa buat keputusan ni. Kamu tak sihat sepenuhnya lagi. Jadi kamu tak boleh ikut bertanding untuk pertandingan bola jaring peringkat daerah di Sekolah Alam Damai minggu depan."

Tak. Semua ni cuma mimpi kan? Tak mungkin aku tak dapat sertai pertandingan bola jaring ni.

Ini tahun terakhir aku dapat sertai pertandingan ni.

Tolong bangun kan aku dari mimpi buruk ni.

"Tapi cikgu-"

"Laura, ni untuk kebaikan awak. Saya tak nak awak cedera lagi. Kecederaan yang awak alami haritu dah cukup merisaukan saya."

Aku pandang wajah tegas Cikgu Suraya. Sampai hati cikgu hampakan aku.

"Cikgu! Saya dah hantar semua surat penyertaan dekat pengetua tadi. Dia dah cop semuanya dan surat tu dah boleh dihantar ke PPD."

Aku mendengar satu suara di belakang aku.

Suara yang selalu aku dengari sejak beberapa hari ini.

Cikgu Suraya mengukir senyuman manis.

"Cepat awak buat kerja. Bagus! Cikgu suka."

Aku menoleh ke belakang dan serta merta riak wajah aku berubah.

"K-kau?"

Aku dan dia saling berpandangan sesama sendiri.

Aku mengepal penumbuk.

Apa semua ni?

"Laura, nama dia Arin. Dia pengganti posisi kamu untuk pertandingan bola jaring ni. Cikgu latih dia dari minggu pertama dia masuk ke sekolah. Sebab dia ada pengalaman mewakili sekolah masa dekat sekolah lama dulu."

Marina menghadiahkan satu senyuman buat aku.

"Saya Marina. Awak boleh panggil saya Arin."

Marina menghulurkan tangan kanannya. Ingin berjabat tangan denganku.

"Kalau aku tak nak panggil kau Arin boleh?"

Marina mengerutkan dahi.

"Tak apa. Awak nak panggil Rina ke, Arina ke. Saya okay je awak nak panggil apa apa pun."

Aku senyum sinis.

"Kalau macam tu, mulai sekarang-"

Aku berjalan menghampiri Marina. Senyuman gadis itu mati.

"Aku panggil kau perampas."


































❀❀❀

AKU mengetuk ngetuk kalkulator di atas meja itu. Apa KBAT sangat soalan ni?

Oh aku lupa.

Belajar dalam keadaan serabut, ini la jadinya.

Aku meletakkan kepala di atas meja seraya memejamkam mata buat seketika. Baru 3 hari aku masuk sekolah lepas kejadian haritu. Tapi macam macam dah jadi.

Seolah olah 4 minggu pemergian aku, semua dah ada pengganti. Semua dah tak perlukan aku lagi.

Ah. Dah lah.

Sedih sedih pun tak ada guna. Hakikatnya aku memang berseorangan sekarang ni. Orang lain yang tengah duduk dekat library ni semua ada teman. Aku je sorang sorang.

"Ada orang?"

Aku tegakkan kepala kembali.

Aku melepaskan keluhan berat. Disebabkan malas nak cari gaduh, aku menggeleng perlahan.

Marina senyum simpul lalu menarik satu kerusi berhadapan dengan aku.

Okay sekarang apa aku nak buat? Duduk Semeja dengan musuh sendiri. Rasa nak menyorok bawah meja pun ada.

"Nama awak Laura kan?"

"Kau 17 tahun ke 7 tahun ni? Ini library. Tempat belajar bukan tempat bersembang." Aku membalas dengan nada suara perlahan.

Kang kena halau keluar library buat malu je.

Marina tersengih lalu cuma mengangguk.

Aku pelik. Apahal minah depan aku ni? Kena marah pun sengih.

Aku dah tak garang macam dulu lagi ke?

"Marina."

Aku dan Marina sama sama mengalihkan pandangan ke arah suara tadi.

Aku mengeluh kasar.

Drama pukul tujuh dah nak start la kalau macam ni.

"Izwan! Meh duduk sebelah Arin." Marina tersenyum riang sambil menarik kerusi di sebelahnya. Mempelawa Izwan untuk duduk.

Izwan memandang aku tapi aku sengaja pandang tempat lain.

Perlahan lahan, lelaki itu menarik kerusi tadi dan duduk di atasnya. Bersebelahan dengan Marina dan sejujurnya ia mengganggu konsentrasi aku.

Dan lebih tepat, ia menghancurkan hati aku.

"Mana soalan yang tak faham tu?" soal Izwan. Dia memandang wajah Marina di sebelahnya.

Tak terlalu dekat posisi diorang duduk. Tapi hati aku ni sakit.

Marina menolak buku teks matematik tambahan di hadapannya ke arah Izwan.

"Ni. Soalan nombor 3."

Yah. Aku pun tengah buat soalan tu! Soalannya memang susah. Tapi aku tak pernah terfikir pun nak mintak tolong orang.

Tch.

Diorang berdua memang drama.

Sempat jugak aku curi curi dengar masa Izwan sibuk buat penerangan tentang soalan tu. Dan sekarang ni aku rasa macam aku tunggul kayu. Macam diorang berdua tak nampak pun aku sedang duduk kat sini.

Sedihnya jadi aku.

Rasa macam jadi orang ketiga.

Aku cepat cepat hilangkan perasaan sedih yang beraja di hati. Aku capai buku teks dan buku tulis serta bekas pencil pink milik aku. Nak beredar dari sini.

Biarlah homework tak siap pun. Aku tak boleh bertahan lagi.

Aku bangun dan terus melangkah keluar dari perpustakaan asrama itu.

See?

Diorang berdua sikit pun tak pandang aku masa aku keluar tadi. Sibuk berbual.

Aku tutup pintu perpustakaan dengan hati yang berat.

Sebenarnya susah bila kau pura pura kuat sendirian tapi sebenarnya benda tu sangat menyakitkan.

Aku atur langkah perlahan menuju ke aspuri. Nak baring je sekarang ni. Aku penat mental dan fizikal. Ubat pun aku tak makan lagi. Kalau ummi tahu, mesti dia mengamuk.

"Meena."

Aku menghentikan langkah lalu berpaling ke belakang.

Izwan menghampiri aku dan akhirnya berdiri betul betul di hadapan aku.

"Aku nak cakap dengan kau sekejap."

Aku senyum sinis.

"Tak takut orang dalam library marah?"

Izwan melepaskan keluhan kecil.

"Berhenti libatkan dia."

"Macam mana aku nak berhenti libatkan dia kalau tindakan kau yang paksa aku libatkan dia dalam hal ni. Izwan, aku baru tak ada 4 minggu. Dan semua posisi aku dalam sekolah ni, dia rampas. Kau fikir aku tak ada perasaan ke?"

Izwan terdiam.

Aku menggenggam penumbuk.

"Nasib baik Firash ada."

Izwan tersentak. Dia memandang aku.

"Apa kaitan Firash? Apa sebenarnya hubungan kau dengan dia?" Soal Izwan separa keras.

Aku senyum simpul.

"Sebenarnya, aku dengan dia dah lama suka sama suka. Tapi mungkin sekarang baru masa yang tepat untuk kitorang-"

Aku dan Izwan saling berpandangan sebelum aku meneruskan ayat.

"Kitorang ada hubungan yang lebih dari seorang kawan dan aku happy dengan dia. Aku tak terasa pun dengan kau dan Marina. Sebab aku dah ada Firash."

"Dia baik, hensem."

Aku merenung anak mata kelabu di hadapanku. Aku perasan perubahan ketara riak wajah Izwan yang tidak senang apabila aku mengaitkan Firash.

"Dan yang paling penting dia setia."










































❀❀❀

"BAIKLAH murid murid. Seperti yang kamu semua tahu, kita akan adakan program belajar secara berkumpulan bermula minggu depan. Sebelum kita menghadapi peperiksaan ujian bulanan satu."

Afieya pantas mengangkat tangan. Nak tanya soalan lah tu.

"Ha Piya. Ada apa?" soal Cikgu Fauzi yang sedang berdiri di hadapan kelas.

"Cikgu, kita boleh pilih ahli kumpulan sendiri ke?"

Cikgu Fauzi tersenyum penuh makna.

"Satu kumpulan ada empat orang dan cikgu dah tetapkan sendiri."

Semua murid mula dalam kelas itu mengeluh. Tak suka bila cikgu yang aturkan. Sebab nanti nama yang diletakkan bersama mesti bukan geng kita. Yelah. Ni kan kumpulan belajar. Bukan kumpulan membawang.

Tapi aku tak kisah. Mana mana pun aku okay. Asalkan tak ada lelaki. Haih. Aku tak suka satu kumpulan dengan lelaki.

"Okay semua. Cikgu akan tampalkan senarai nama di papan kenyataan tepi papan putih ni. Nanti kamu semua boleh tengok."

"Ala bagitahu sekarang lah, cikgu." Atiqah mencebik.

"Amboi Mochi. Tu nak mengelat belajar lah tu. Tak ada tak ada. Nanti kamu baca sendiri. Harini cikgu nak masuk bab 2. Esok cikgu tak ada sebab cikgu pergi latih budak budak ragbi."

Atiqah memuncungkan bibir. Cikgu ni tahu tahu je.

Siapa agaknya ahli kumpulan aku? Haih. Harap harap, semuanya jenis baik baik dan peramah. Lagi bagus kalau ahli kumpulan aku Mel, Piya, D, Cha atau Syu.

Tapi tak mungkin la kan?





























❀❀❀

TOLONG...

Tolong lah sesiapa.

Tolong cakap semua ni cuma mimpi!

Aku pandang nama aku di papan kenyataan itu beberapa kali. Aku gosok mata berkali kali untuk pastikan apa yang aku sedang lihat tu betul.

Aku kumpulan 3. Aku satu kumpulan dengan-

"Laura!"

Aku berpaling ke belakang. Aku ingat, aku sorang je dalam kelas. Diorang semua dari tadi dah keluar rehat. Aku sorang je tengah menempel dekat papan kenyataan ni.

Masih tak percaya dengan apa yang aku lihat.

Minah ni lagi. Apa yang dia nak?

Marina menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan aku. Aku cuma pandang huluran itu tanpa menyambutnya.

"Tak sangka kita satu kumpulan. Saya harap, saya dapat jadi lebih rapat dengan awak lepas ni. Dan saya harap, kita dapat berkawan."

Kau fikir aku hadap sangat nak satu kumpulan dengan kau? Maaf lah tapi sikit pun tak.

Aku nak jumpa Cikgu Fauzi lepas ni. Nak tukar kumpulan. Aku tak rasa aku boleh bertahan duduk dalam satu kumpulan dengan dia ni untuk setahun.

Aku takut aku maki dia je nanti.

Sebenarnya apa yang merunsingkan aku tika ini bukan sahaja Marina. Tapi dua lagi ahli dalam kumpulan ni.

Aku menghela nafas panjang.

Kenapa mesti kitorang berempat ditakdirkan berada dalam satu kumpulan?

Semua ni macam drama Akasia dekat TV3 tu tahu tak.

"Saya harap sangat saya dapat sesuaikan diri untuk berada satu kumpulan dengan awak, Firash dan jugak Izwan."

"Kau diam boleh tak? Tak payah teruja sangat. Kau ingat aku nak sangat satu kumpulan dengan kau? Aku tak hadap pun lah." Aku memberikan jelingan tajam sebelum kaki pantas meninggalkan Marina berseorangan di dalam kelas itu.

Mata Marina mengekori setiap gerak langkah Laura yang makin menjauh.

Marina senyum kecil.

"Sombong,"






































❀❀❀

"ARA, jap lagi kita outing nak? Esok hari Sabtu. Aku dah lama teringin nak makan ABC dekat kedai yang kita pergi haritu." Raysha memuncungkan bibir.

Aku menggeleng.

"Kalau korang nak pergi, pergilah. Aku ingat, nak tidur la petang ni. Aku penat." Balas aku sambil berjalan beriringan bersama mereka untuk keluar dari perpustakaan sekolah.

"Alah, Ara. Dah lama kan kita tak keluar keluar macam ni. Apa salahnya? Kejap je." Diyana pula cuba memujuk.

Aku mengeluh. Diorang ni kan.

"Eh kejap. Betul ke budak budak tu dah kena gantung sekolah?" soal aku.

Korang faham kan siapa yang aku maksudkan?

"Sepatutnya, diorang semua kena buang sekolah terus tau. Suka hari je nak cederakan anak dara orang. Nasib baik kepala kau tak ada parut." Amelia mencebik tak puas hati.

Aku terdiam.

"Bella je yang tak kena gantung. Pasal hal tu kena tanya pengetua. Dasar pilih kasih! Tahu la tu anak dia. Tapi agak agak lah do. Bella tu dah melampau kot." Afieya pula meluahkan rasa tidak puas hati.

"Dia tak kena gantung sekolah? Tapi kenapa sepanjang aku masuk sekolah ni, aku tak nampak dia pun?" Soal aku pelik.

Raysha menjongketkan bahunya tanda tidak tahu.

"Entah entah, dia menyorok bila dia nampak kau. Sebab takut campur malu." Diyana buat kesimpulan sendiri.

Aku mengeluh. Biar lah dia. Janji dia tak kacau aku sudah.

Aku capai beg sekolah merah jambu milik aku yang berada di atas rak di luar perpustakaan. Yang lain juga begitu. Mereka sedang sibuk memasukkan alat tulis dan buku ke dalam beg sekolah masing masing yang memang diletakkan di atas rak itu.

Aku buka beg sekolah dan dahi aku serta merta berkerut.

Dalam tu ada beberapa buku teks dan buku tulis serta kalkulator.

Dan aku yakin 100% yang tu bukan beg aku.

Aku tilik beg itu perlahan.

Sebijik macam beg aku! Siap ada keychain beruang yang tergantung di zip hadapan beg itu. Secara fizikal memang nampak sama dengan beg milik aku. Tapi bila tengok isi beg tu, aku tahu yang beg tu bukan beg aku.

"Kenapa, Ara?" Syuhada menggalas beg ungu miliknya di bahu.

Pelik melihat aku yang dari tadi sibuk membelek beg itu.

"Tu beg kau kan. Apa yang pelik?" Soal Amelia pula.

Aku menggeleng.

"Tak. Ini bukan beg aku."

Dengan tiba tiba, beg tadi dirampas oleh seseorang. Aku memandang ke arah gadis itu.

Marina?

"Ni beg kau?" soal aku.

Marina mengangguk sambil memeluk beg sekolah itu.

Tapi kenapa sebijik sama dengan beg aku? Takkan lah kebetulan.

"Jadi mana beg kau?" soal Afieya pelik.

"Haah. Tadi kau letak beg kau dekat sini kan?" Amelia mengerutkan dahi.

Aku gerakkan bebola mata untuk terus mencari. Dan akhirnya aku nampak. Beg merah jambu milik aku.

Di atas lantai.

"Beg aku!" aku terus berlari ke arah beg itu dan mencapainya. Ada beberapa kesan tapak kasut pada beg itu. Menandakan kasut itu dah dipijak berulang kali.

Air mata aku bergenang.

Tengok beg ni, teringat dekat abah. Abah yang belikan beg ni untuk aku dekat Lazada haritu.

Aku pegang beg itu sambil memandang Marina.

"Kau yang letak beg ni dekat bawah?" soal aku dengan nada mendatar.

Marina menggeleng polos.

"Tak. Bukan saya."

"Kalau bukan kau siapa? Hantu?" soal Afieya pula.

"Sebelum aku pijak kau macam mana orang lain pijak beg aku ni, baik kau mengaku." Aku memberi amaran keras. Tahap kesabaran aku dah tak ada. Bila bila masa aku boleh meletup.

Marina buat muka tak bersalah sambil menggeleng.

"Awak semua jangan fitnah saya macam ni. Saya bukan orang yang macam tu."

"Apahal ni?"

Satu suara keras tiba tiba muncul. Kami berpaling ke arah suara tadi.

Okay aku penat.

"Izwan..."

Marina berlari ke arah Izwan lalu berdiri di belakang lelaki itu.

Woi woi. Ni bukan cerita Hindustan okay. Yang kau nak menyorok nyorok belakang lelaki ni dah kenapa?

Iee aku sepak kang.

"Izwan, tolong saya. Diorang nak pukul saya."

Aku ternganga. Weh. Sejak bila pulak aku nak pukul dia? Ni dah melebih.

Fitnah!

"Woi, mulut kau tu jaga sikit. Sejak bila kitorang nak pukul kau ha? Nak sentuh kulit kau pun aku fikir beratus ratus kali tau. Takut berjangkit perangai mazmumah tu." Afieya senyum sinis.

"Afieya, jaga mulut kau." Izwan memandang wajah Afieya. Cuba memberi amaran.

"Kau fikir aku takut?" soal Afieya lagi.

Aku capai tangan Afieya. Memaksa dia untuk berhenti bercakap.

"Dah lah Piya. Macam mana pun kita bela diri, Izwan tetap akan sebelahkan dia." Aku senyum tawar.

"Aku sebelahkan dia sebab aku faham perangai kau macam mana." Beku, suara Izwan bagai menyentak tangkai hati aku.

"Betul ke, Izwan? Betul ke kau faham perangai aku macam mana? Sebab kalau kau betul betul faham aku, kau takkan buat macam ni."

Aku dan Izwan saling berpandangan.

"Tapi tak apalah. Ni bukan sekali kau sakitkan hati aku. Betullah kata orang. Alah bisa tegal biasa. Sebab sekarang, aku dah tak rasa apa apa. Buatlah apa kau suka, Izwan."

"Sebab kau memang tak pernah hargai aku pun. Sakitkanlah hati aku selagi ada masa ni."

"Bagi kau, aku kan tak ada perasaan."

Aku senyum lagi.

Korang rasa aku ada masa untuk sakit kepala?

"Firash, jom. Sorry buat awak tunggu lama."

Izwan mengerutkan dahi. Dia berpaling dan kelihatan kelibat Firash yang sedang berdiri di belakangnya.

Firash melempar senyum ke arah aku sebelum aku berjalan ke arahnya.

Belum sempat aku sampai, Izwan terlebih dahulu mencapai lenganku dan menggenggamnya erat.

"Meena, jangan."

Aku tarik tangan aku kasar.

"Jangan sibuk hal aku." Aku meneruskan langkah dan berjalan beriringan bersama Firash meninggalkan kawasan perpustakaan.

Kalau dia boleh buat, aku boleh buat 20 kali ganda lagi dahsyat.

Kau tunggu je, Izwan.
















































❀❀❀

"EMM Ara."

Aku menoleh ke kiri. Memandang wajah serba salah milik Syuhada.

"Asal?"

Syuhada mengetap bibir.

"Aku nak tanya sikit. Pasal kau dengan Firash."

Aku yang sedang sibuk menyusun buku di atas rak belajar terus berhenti. Pelik bila Syu tiba tiba tanya macam ni.

"Kenapa dengan Firash?" soal aku.

Syuhada melepaskan keluhan berat sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Aku cuma pelik. Kau dengan dia ada apa apa ke?"

Aku terdiam.

Sejujurnya, aku tak suka soalan ni.

"Kalau ada, kenapa?" aku cuba mengelak dari menjawab. Sebaliknya aku menyoal kembali.

"Aku tahu aku tak ada hak nak cakap apa apa. Tapi aku tahu kau sengaja buat macam tu sebab nak balas dendam dekat Izwan."

Aku ketawa kecil.

"Apa kaitan Izwan? Aku selesa dengan Firash. Sebab dia tak macam lelaki lain dan yang paling penting, dia tak sama macam Izwan."

Syuhada memandang aku lantas dia duduk berhadapan denganku. Tangan aku diraih lalu digenggam erat.

"Jangan simpan dendam pada Marina."

Aku merenung anak mata hitam milik Syuhada sedalam dalamnya.

"Macam mana aku tak simpan dendam kalau semakin lama, dia makin dekat dengan semua orang yang aku pernah rapat? Dia ambil semuanya yang dulunya hak aku. Macam mana aku tak simpan dendam? Cuba kau cakap dengan aku, Syu."

Syuhada tunduk memandang lantai.

"Aku tahu."

Aku meleraikan tautan tangan kami.

"Dah tu? Kalau kau tahu, kenapa kau cakap macam ni? Kau lebih sebelahkan dia dari kawan baik kau sendiri?"

Syuhada pantas menggeleng.

"Tak tak. Bukan macam tu. Aku tak berniat untuk sebelahkan sesiapa. Tapi, aku cuma tak suka bila kau dengan dia bermasam muka. Dia baik orangnya, Ara."

Aku mengeluh.

"Kau yakin dia baik? Kau yakin perempuan tu tak ada niat jahat?"

"Aku yakin, Ara. Marina baik orangnya. Kau cuba dulu berbaik dengan dia okay."

Aku pandang wajah penuh berharap milik Syuhada.

"Kali ni, aku dengar cakap kau. Aku akan maafkan dia. Tapi semuanya sebab aku sayang kau."

Syuhada mengukir senyuman lega. Alhamdulillah!

Perlahan lahan Syuhada menarik aku ke dalam pelukannya. Aku terkedu.

"Aku sayang kau, Ara."

Aku tersenyum lalu membalas pelukan itu.

"Aku sayang kau lebih dari tu, Syu."

"Ala apa ni. Main peluk peluk tak ajak! Aku merajuk sampai SPM!"

Pelukan kami berdua terlerai apabila mendengar satu suara di muka pintu dorm.

Kelihatan Diyana, Amelia, Raysha dan Afieya sedang berdiri di pintu dorm sambil memandang aku dan Syuhada.

Aku ketawa.

"Alololo. Jangan merajuk. Meh sini!"

Mereka semua ketawa sambil berlari ke arah kami berdua.

Kami berpelukan mesra dan erat.

Ya Allah, kalau dah habis sekolah nanti, momen momen macam ni lah yang akan selalu ada dalam memori aku. Kau kekalkan lah persahabatan kami selama lamanya.

Aku sayangkan korang. Lebih dari aku sayangkan diri aku sendiri.

"Best friends forever?"

Kami semua ketawa bahagia.

"Best friends forever!"
































❀❀❀

"FIRASH."

Firash yang baru sahaja hendak melangkah keluar dorm terus berpaling apabila namanya diseru.

Firash menaikkan kening.

"Wan. Asal?"

Izwan menapak perlahan lalu berdiri berhadapan dengan Firash. Wajahnya tegang tanpa secarik senyuman.

"Aku nak cakap sikit dengan kau."

Firash meneguk liur. Okay aku takut. Wan kalau dia dah cakap macam ni, maksudnya benda tu serius.

"Apa dia? Cakap jelah."

"Laura."

Segaris nama itu membuatkan Firash tersentak. Dah agak dah. Itu yang Izwan nak tanya.

"Hm. Kenapa dengan dia?" Firash memeluk tubuh.

Cuba berlagak berani. Padahal, dia pun kecut tengok wajah serius Izwan.

"Aku tak suka tengok kau rapat rapat dengan dia."

Firash paksa diri untuk ketawa. Apa? Tak suka?

"Bro, dia bukan kau punya pun. Kau bukan dengan Arin ke sekarang? Satu sekolah dah mula bukak cerita pasal korang berdua. Tak salah kalau aku rapat dengan Laura. Dia baik, cantik-"

"Thats enough."

Firash terdiam.

"Aku dengan Arin tak ada apa apa. Jangan buat cerita. Aku cuma nak kau jauhkan diri dari Laura."

Firash senyum sinis.

"Kalau aku tak nak?"

Izwan merenung wajah Firash sedalam dalamnya.

"Aku akan buat kau menyesal."









































❀❀❀

"MARINA!"

Marina berpaling. Siapa pulak yang panggil ni? Setahu dia, tak ada sesiapa yang sudi panggil nama dia selain Izwan.

Tapi, tadi tu suara perempuan.

Marina mengerutkan dahi apabila terpandang seorang gadis berambut lurus paras bahu yang sedang melangkah ke arahnya.

"Marina kan?" soal gadis itu.

Marina mengangguk.

" Ya saya Marina. Awak siapa?"

Gadis itu mengukir senyum.

"You sibuk? Nak pergi mana ni?" soal gadis itu lagi.

Marina mengangkat beberapa buah buku di tangannya.

"Nak hantar buku dekat Cikgu Suraya kejap. Awak siapa? Macam mana awak boleh tahu nama saya?"

Gadis itu mengukir senyuman lebar.

"Siapa yang tak kenal you? You kan girlfriend Izwan. Dah tersebar satu sekolah."

Marina tersentak lalu tersenyum malu.

"Terima kasih." Marina senyum meleret.

Tak sangka baru tiga minggu sekolah dah jadi famous macam ni.

"Tapi kan, you boleh tolong I tak?"

Dahi Marina berkerut.

"Tolong? Tolong apa?"

"You kenal Laura?"

Marina terkedu. Dia mengangguk. Mestilah kenal. Lebih dari kenal sebenarnya.

"Tolong I hapuskan Laura. I nak dia berambus dari sekolah ni. I tahu, you pun memang tak suka dengan dia kan? Jadi macam mana? Nak bekerjasama dengan I?"

Marina terkedu. Pucuk dicita ulam mendatang!

Marina mengukir senyum lalu mengangguk. Aku dah lama tunggu saat saat ni.

Kalau Laura dah tak ada, lagi senang aku nak curi posisi dia dalam sekolah ni. Dan lepas ni dah tak ada Laura Ameena.

Yang ada cuma Marina Finanda.

Marina senyum lebar. Puas!

"So, deal!"

Marina berjabat tangan mesra dengan gadis itu.

"Oh ya. Nama awak siapa?" Soal Marina lagi.

Gadis itu tersenyum.

"Bella. Nama I, Bella."
















To Be Continued

bubye
love you ♡
borahae 💜



with love,
wany ♡

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top