00 : 14
song recommended
NOTHING LIKE US - COVER BY BTS JUNGKOOK
« I'm sorry but I love you »
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
enjoy reading my blueberries ♡
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
PERNAH rasa kena fakehope?
Aku pernah. Baru je tadi.
Mood sendu on.
Aku melepaskan keluhan berat. Dalam banyak banyak lelaki, kenapa lah hati aku boleh terpaut dekat si ketua pengawas yang tak ada perasaan tu.
Betul ke kau suka dia?
Tak. Tak mungkin.
Ingat balik, Ara. Ingat balik apa yang dia pernah buat dekat kau sebelum ni.
Masa tingkatan satu, dia pernah sorok kasut sekolah aku masa hari sukan sekolah sampai penyertaan aku untuk lumba lari 400 meter dibatalkan.
Tingkatan dua, dia pernah report dekat cikgu yang aku dengan Amelia panjat pagar sekolah untuk ponteng sampai aku dengan Mel kena cuci tandas sekolah seminggu.
Tingkatan tiga, dia pernah letak kumbang dalam bekas pensil aku masa hari peperiksaan. Egh. Aku menjerit sampai bangunan sebelah pun boleh dengar. Aku dah lah trauma dengan kumbang.
Masuk je tingkatan 4, dia dah jadi lebih matang. Lepas dia diberikan jawatan ketua pengawas pelatih. Tapi, perangai kuat menyakat dia masih ada. Menyampah aku.
"Maafkan Nayl."
Aku menoleh ke arah suara tadi.
Adrean.
Dia sedang berdiri tidak jauh dari bangku yang sedang aku duduki sekarang sambil memandang aku dengan pandangan redup.
Nayl? Nayli?
Jejaka itu mengeluh. Dia menghampiri aku.
"Nayl memang macam tu. Dulu dia okay. Dia mula berubah sejak mama dengan papa dia meninggal setahun yang lepas."
Aku tersentak. Jadi, minah yang aku selalu kutuk dalam hati tu...
Anak yatim piatu? Ya Allah.
Adrean duduk berhadapan denganku.
"Awak jangan ambil hati sangat dengan apa yang Nayl cakap. Anggap je yang dia tak sengaja."
Aku terdiam. Habis? Pasal hal pertunangan tu? Dia tak sengaja jugak ke?
Mustahil.
"Betul ke awak nak balik ni? Tak nak duduk dekat sini untuk sehari dua lagi?"
Gila. Sehari dua lagi? Sehari dua untuk apa? Sehari dua untuk kena maki dan sakit hati?
Terima kasih. Tapi aku tak berminat.
"Saya dah call ayah saya. Dah hantar location rumah ni sekali. Kejap lagi dia sampai lah tu."
Aku melontarkan pandangan pada beg beg milikku yang berada di sebelahku. Agak banyak. Cuti seminggu kot. Banyak harta dekat asrama yang kena angkut bawak balik rumah.
"Awak suka Izwan?"
Tersedak aku apabila mendengar soalan bertaraf mintak penampar tu.
Adrean senyum.
"Pernah rasa sup kasut saiz 37?"
Adrean ketawa mendengar soalan aku. Mood aku dah lah tengah swing. Soalan tak boleh annoying lagi. Memang kena lah.
"Meena."
Aku angkat wajah dan menoleh ke suatu arah.
Izwan. Dia sedang berdiri sambil memandang aku. Dengan langkah perlahan, dia menghampiri aku dan Adrean.
Tanpa memandangnya, aku terlebih dahulu sudah bangun. Ingin berlalu dari situ secepat yang mungkin.
"Please."
Izwan berdiri di hadapan aku. Menghalang aku dari pergi. Dia merenung jauh ke dalam anak mata aku.
Mengharap aku membalas pandangannya.
Aku cuba mengelak darinya. Namun, aku gagal apabila dia asyik menghalang aku.
"Bagi aku peluang untuk explain."
Aku memandang sepasang anak mata kelabu itu.
"Tepi."
"No."
Aku memeluk tubuh sambil memandang wajah Izwan tanpa perasaan.
"Tak takut cik tunang marah ke ha?"
Izwan melepaskan keluhan berat. Aku cuma memandangnya, menunggu dia untuk bersuara. Nak menafikan atau tak.
"Dia takkan marah."
Nampak? Dia tak menafikan benda tu pun. Jadi betullah.
"Aku minta maaf kalau kau terasa dengan aku."
"Sejak bila kau kisah pasal aku ni?"
Riak wajah Izwan berubah.
"Kenapa kau nak rasa serba salah? Perlu ke? Cuba ingat balik macam mana hubungan kita selama ni. Pernah okay ke?"
"Aku tahu. Aku cuma minta maaf kalau kau salah sangka pasal hubungan aku dengan kau."
"Kau dah minta maaf tadi. Sekarang kau nak bagi aku mengamuk balik ke apa? Kau ni bodoh ke? Berhenti ulang benda yang sama sebelum aku maki kau depan sepupu kesayangan kau ni." Aku mengerling ke arah Adrean yang dari tadi menjadi pendengar setia.
Izwan memandang sekilas wajah Adrean sebelum kembali memandangku.
"Maki lah aku kalau tu yang boleh buat kau tak sakit hati lagi."
Aku senyum sinis.
"Betul ni? Kau tak menyesal?"
Izwan ragu ragu. Dia masih memandang aku dengan muka serba salah. Apa? Fikir aku nak kesian kan kau? Sikit pun tak.
"Kau lelaki paling tak guna yang pernah aku kenal. Nak tahu sebab apa? Sebab semenjak aku kenal kau, semua masalah datang. Bermula dengan budak sekolah kita yang selalu cari pasal dengan aku sebab kononnya aku rapat dengan kau."
"Kau lelaki tak guna. Sebab kau satu satunya lelaki yang buat aku rasa pelik. Aku tak tahu nak terangkan macam mana. Tapi jujur, aku benci perasaan tu."
Izwan mengerutkan dahi.
"Perasaan?"
Aku mengepal penumbuk. Dasar lembab.
Tiba tiba, aku merasa gegaran di dalam poket seluarku. Aku terus menyeluk poket dan mengeluarkan telefon milikku.
Abah ❤
"Hello, abah."
"Ha. Hello, Meena. Abah ni."
Aku gelak dalam hati. Ya. Aku tahu lah ni nombor abah. Aku save kot nombor dia. Apalah abah ni! Comel je.
"Ya, abah. Meena tahu ni abah. Kenapa? Abah dah sampai ke?" soal aku. Aku perasan pandangan Adrean dan Izwan terhadapku. Oleh sebab tak selesa, aku palingkan tubuh ke untuk membelakangi mereka berdua.
"Abah sesat ni."
Ternganga aku dibuatnya. Biar betik abah sesat? Abah bukan ke pro bab jalan ni? Macam mana pulak boleh sesat?
"La. Habis, abah kat mana?" soal aku cemas.
Aku tahu abah berseorangan. Ummi kena jaga cafe'. Jadi, ummi tak ikut untuk ambil aku. Risau pulak aku. Abah dahlah comel. Kang abah kena culik satu hal pulak.
Okay aku tahu aku mengarut. Pfft.
"Abah pun tak tahu macam mana. Abah ada dekat Lorong Violet. Meena bagi location dekat Lorong Emerald kan?"
Ha sudah. Lorong Violet mana pulak ni?
Aku menoleh semula. Memandang Izwan yang masih setia di situ. Erk.Nak tanya ke tak?
"Lorong Violet. Kau tahu lorong tu?"
Apa punya soalan lah aku ni. Dah dia duduk sini. Mestilah dia tahu.
Izwan mengangguk.
"Sini telefon kau. Biar aku yang cakap dengan abah kau."
Aku mengelak apabila Izwan ingin mencapai telefon yang masih di genggaman aku.
"Tak payah cakap dengan abah aku. Cakap je dekat aku."
Izwan mengeluh. Degil.
"Lorong Violet ni agak jauh dari sini. Kalau naik kereta, akan ambil masa 15 minit. Sebab lorong ni dekat taman perumahan yang lain."
Waaa. Abah ku!
Aku dah rasa tak senang hati. Macam mana ni?
Aku halakan pandangan ke arah langit yang makin gelap. Menandakan hujan akan turun bila bila masa sahaja lagi.
"Jom. Aku teman kau pergi sana. Suruh abah kau cari Taman Violet. Tunggu dekat situ."
Aku mengerutkan dahi. Taman Violet pulak dah. Pelik pelik lah rumah orang kaya ni. Tergeliat otak aku.
"Tak payah nak buat muka blur. Taman Violet tu ada dekat dalam taman perumahan tu jugak. Bagi je tahu abah kau tu dulu. Kesian dia."
Aku mencebik. Eleh.
Aku lekapkan kembali telefon di telinga.
"Abah, abah ada nampak taman tak dekat situ? Nama taman tu Taman Violet. Ada tak?"
Abah senyap di hujung talian.
"Abah?"
"Ha. Ada ni ha. Baru jumpa. Kenapa?"
"Abah tunggu Meena dekat situ okay? Kejap lagi Meena datang sana."
"Ha okay. Hati hati sikit."
"Abah tu yang kena hati hati." Aku mencebik.
Aku terdengar tawa abah di hujung talian.
"Alah. Abah dah tua. Siapa yang nak?"
"Meena nak. Abah mana ada tua. Abah hensem. Macam Park Bogum. Kalau abah tackle Meena, mesti Meena terima punya. Hehe."
Abah ketawa lagi. Nasib lah dapat anak kuat menyakat.
Sedang sibuk aku bergelak tawa, aku terpandang wajah Izwan yang masih memandang aku dengan muka tahan gelak. Terus hilang senyuman dan gelak tawa aku tadi.
"Okay lah, abah. Kita jumpa dekat sana okay? Bye. I love you,"
Setelah abah membalas ucapan 'cinta' aku, baru lah aku memutuskan talian.
"Nampaknya, kita berdua kena jalan kaki untuk pergi lorong tu. Kau okay?"
Soalan Izwan buat aku terlopong. Hah? Jalan kaki? Kenapa pulak? Dekat garaj kereta tu ada empat buah kereta mewah kot.
Takkan tu kereta mainan? Lagi satu, takkan Pak Mat tak boleh hantarkan aku? Ke Pak Mat cuti bersalin?
"Kenapa?" soal aku, pendek.
"Pak Mat ada hal. Dia mintak cuti harini. Mama tak pandai drive. So kita berdua kena jalan kaki."
Aku sebenarnya tak kisah pun pasal nak jalan kaki tu. Aku lagi suka jalan kaki. Boleh menikmati pemandangan.
Tapi—
Dengan Izwan? Berdua? Apa pulak kata jiran jiran dia kalau diorang nampak aku dengan Izwan berdua macam tu?
Dan bagaimana pula dengan Nayli?
"Awak jangan risau. Saya boleh temankan awak sekali."
Aku pandang wajah Adrean yang tiba tiba bersuara. Dia menghadiahkan senyuman manis buatku.
"Tak payah. Kau duduk rumah. Jaga mama, jaga papa. And also jaga Nayl."
Aku memberontak dalam hati apabila nama itu meluncur keluar dari bibir merah delima milik Izwan. Riak wajah aku serta merta berubah.
Adrean tidak membantah. Malas nak gaduh kot. Dia pun tahu Izwan ni jenis macam mana. Semua arahan dia, kau kena ikut. Kalau tak, habislah.
"Eh Laura!"
Aku palingkan wajah ke suatu arah. Terpacul wajah manis mama Izwan yang sedang berlari terkocoh kocoh ke arahku.
"Kenapa beg beg semua ada dekat sini? Laura dah nak balik ke?" soal wanita itu sambil meraih tangan aku lalu menggenggamnya erat.
Aku senyum lalu mengangguk.
"Abah yang datang ambil. Terima kasih, auntie. Sebab layan Laura dengan baik selama Laura duduk dekat sini. Laura minta maaf kalau Laura ada buat apa apa salah sepanjang duduk rumah ni."
Pantas wanita itu menggeleng.
"Laura tak pernah buat salah apa apa pun. Auntie suka sangat dengan Laura. Laura baik orangnya." Wanita itu mengusap perlahan kepalaku.
Sebak pulak tiba tiba. Aku teringat dekat ummi. Ya Allah. Rindunya dekat ummi.
Secara tiba tiba wanita itu memegang kedua belah pipi aku dengan tangannya yang hangat. Menyalurkan keselesaan yang tak dapat aku gambarkan.
Aku merenung sepasang anak mata hitam itu.
"Boleh auntie minta sesuatu?"
Aku terkedu. Minta? Minta apa pulak ni?
Secara tiba tiba, satu ciuman hangat singgah di dahiku. Membuat aku terdiam seribu bahasa. Lidah aku kelu.
Wanita itu kembali memandangku.
"Panggil auntie Mama."
Mama?
Aku pandang wajah wanita itu yang memandang aku dengan penuh harapan.
Aku pandang pula Izwan yang nyata terkejut dengan apa yang berlaku.
Perlahan, aku mengangguk kecil.
Aku lihat air mata di tubir mata wanita cantik itu. Dia pantas merangkul aku ke dalam pelukannya. Dia memeluk aku erat. Aku kaku di dalam pelukan itu.
Kenapa ni?
"Mama sayang Laura."
Perlahan lahan, aku melingkarkan tangan di pinggang wanita itu. Mengeratkan lagi pelukan kami berdua.
Entah kenapa, aku berasa selamat dan nyaman berada di dalam pelukan itu. Hangat pelukan itu persis dengan pelukan milik ummi.
"Laura pun. Laura sayang mama."
Wanita itu meleraikan pelukan kami. Air mata membasahi pipi gebu itu. Secara spontan, aku mengelap air mata itu dengan hujung jariku.
"Mama jangan lah nangis."
Aku agak kekok dengan perkataan baru tu. Selama ni, cuma 'Ummi'. Sekarang, aku dah ada mama angkat.
Tapi, mama angkat aku ni pula mama kepada Izwan.
Kiranya, aku dengan dia adik beradik angkat?
Uish dahsyat.
Wanita itu tersenyum.
"Nanti jangan lupa datang lagi. Mama tunggu Laura datang."
Aku mengangguk senang. Sengaja ingin buat wanita itu senyum kembali.
Sebenarnya, aku sendiri tak pernah berhajat untuk jejakkan kaki lagi dekat sini. Satu malam dekat sini pun macam macam dah jadi.
Cukuplah. Aku penat.
"Wan hantar Laura sekejap ya, ma."
Wanita itu memandang Izwan dengan pandangan pelik.
"Hantar? Hantar ke mana?"
❀❀❀
SELEPAS menjelaskan semuanya pada mama Izwan sebentar tadi, aku pergi ke bilik papa Izwan pula untuk mengucapkan terima kasih dan meminta diri.
Tapi, lelaki itu sedang lena diulit mimpi.
Izwan cakap, ayahnya di bawah pengaruh ubat. Sebab tu mengantuk. Aku cuma menitipkan salam buatnya melalui mama Izwan.
Aku galas beg silangku di bahu. Baru sahaja tangan aku ingin mencapai dua lagi beg milikku yang berada di atas bangku itu, tangan Izwan lebih pantas mencapainya. Dia menyilangkan beg itu di bahunya tanpa bersuara.
Aku protes dalam hati.
"Tak payah buat muka tak puas hati. Aku tolong. Tak salah kan?"
Aku ingin mencapai beg itu dari Izwan tapi dia lebih pantas mengelak.
"Tak payah. Aku boleh angkat sendiri."
"Jangan degil boleh tak?"
Aku pandang wajah serius Izwan. Heh. Sikit pun aku tak takut. Aku memeluk tubuh.
Tapi aku mengaku. Dia hensem gila harini. Hari hari dia hensem. Tapi harini macam terlebih sikit hensem dia. Mungkin.
Sebab dia pakai T – shirt hitam dan cap hitam. Warna favourite aku untuk lelaki. Sebab nampak smart.
"Biar lah dia tolong. Laura jalan hati hati tau? Nanti kirim salam pada ayah dengan mak." Mama mencubit manja pipi aku.
Buat aku tersengih sendiri.
Aku mengangguk sambil meraih tangan wanita itu lalu menyalaminya.
"Laura..."
Aku tolehkan wajah ke arah Adrean. Dia sedang memandang aku dengan senyuman yang sentiasa tersungging di bibirnya. Aku senyum kembali.
"Jaga diri."
Aku mengangguk.
"Awak pun,"
Izwan berdehem tiba tiba.
"Jom. Kita dah lambat." Izwan bersuara tanpa memandang aku.
Dia ni kenapa sebenarnya? Aku yang merajuk ke dia yang merajuk ni? Mood angin monsun dia dah keluar lah tu.
"Elok elok ya jalan tu. Wan, jaga Meena baik baik tau."
Izwan mengangguk. Aku mengekori langkah Izwan yang berjalan keluar dari perkarangan rumah banglo mewah itu dari belakang.
"Izwan!"
Aku dan Izwan sama sama berpaling. Begitu juga dengan mama dan Adrean.
Nayli.
Aku mengeluh. Dah agak.
"Izwan, nak pergi mana ni?" soal Nayli sambil terkocoh kocoh berlari ke arah kami.
"Nayl. Duduk rumah. Wan keluar kejap. Hantarkan Meena." Izwan menjawab.
Nayli memandang aku. Aku tak balas langsung pandangan tu. Aku cuma pandang tempat lain sambil cuba menghilangkan rasa panas di hatiku.
"Berdua? Tak boleh. Bagi Nayl ikut."
Iee apa masalah dia ni sebenarnya? Aku bukan perampas okay. Muka aku ni nampak macam suka rampas hak orang ke?
Izwan menarik nafas sedalam dalamnya.
"I said no. No means no. Duduk rumah. Jangan keluar. Jom, Meena. Kita dah lambat. Dah nak hujan ni."
Aku terkebil kebil memandang Izwan yang tiba tiba serius. Nayli pun nyata terkejut dengan kata kata Izwan.
Izwan berjalan melintasi aku. Mendahului untuk keluar dari rumah itu. Aku? Masih berdiri tegak disitu macam patung cendana.
Aku memandang Nayli. Dia turut memandangku dengan pandangan tak puas hati.
Ummi cakap, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Kalau tak, kita sama je dengan orang tu. Tak ada beza.
Aku memandang wajah cantik milik Nayli.
"Aku pergi dulu. Maaf kalau aku ada buat kau terasa. Aku cuma—"
Belum sempat aku menghabiskan ayat, lengan aku diraih oleh satu tangan.
Aku memandang wajah Izwan yang sedang berdiri di sebelah aku sambil memandang wajahku.
"Jom."
Izwan menarik aku untuk berjalan bersamanya. Aku yang masih terpinga pinga hanya mengikuti langkah Izwan tanpa soal. Kalau banyak tanya nanti, aku takut dia naik angin pulak.
Dah 5 minit kitorang berdua berjalan dengan keadaan macam ni. Aku tak selesa. Muka Izwan ketat. Dia tengah marah. Aku tahu tu.
Tapi.
Lengan aku sakit. Dia genggam lengan aku kuat sangat.
"Izwan. Sakit..."
Izwan menghentikan langkah. Dia menoleh. Memandang aku. Perlahan lahan Izwan meleraikan pegangan tadi.
"Aku minta maaf. Sakit lagi ke?"
Aku dan Izwan berpandangan seketika.
"Gila. Mestilah sakit. Yang kau genggam lengan aku tadi kenapa? Boleh je jalan elok elok kan."
Aku memegang bahagian lenganku yang sakit tadi dengan tangan kiriku.
Okay ni aku serius. Serius sakit.
"Bagi aku tengok."
"Tak payah. Jom cepat. Aku nak balik."
Aku melintasi Izwan dengan langkah yang lebih pantas. Walaupun sebenarnya aku tak tahu nak pergi mana. Sampai di sebuah simpang empat, aku berhenti.
Ha. Nak belok mana ni?
Aku berpaling ke belakang. Melihat Izwan yang sedang berjalan macam Perdana Menteri sambil pandang kiri kanan.
Iee mamat ni. Saje je nak buat aku marah. Sengaja lah tu nak jalan lambat lambat. Geramnya aku.
"Woi. Cepatlah! Lembap lah kau ni." Aku jerit. Biarlah nampak macam tarzan pun. Aku nak balik. Tak kira.
"Tak dengar." Izwan senyum.
Aku jeling dia dengan jelingan paling tajam.
"Iee cepatlah. Tak lawak lah."
"Siapa yang cakap lawak?"
Aku memeluk tubuh. Memandang figura Izwan yang masih melangkah dengan langkah sekecil kura kura.
"Kau lambat, aku panggil Adrean. Aku suruh dia yang hantar aku."
Riak wajah Izwan mula berubah. Senyuman manis milik lelaki itu hilang tiba tiba.
Okay aku seram.
Erk.
"Gurau gurau. Cepat lah. Aku penat ni." Aku menggigit bibir bawah.
Izwan menghentikan langkah. Buat aku makin meroyan. Aku akhirnya mengalah. Aku berjalan menghampiri Izwan dengan langkah malas.
"Kau kenapa ni? Kau period eh? Asal mood kau swing ni?"
Izwan memandang wajah aku. Lama.
"Kau sebut nama dia sekali lagi, aku tinggal kau dekat sini."
Aku menelan liur. Wajah Izwan serius. Tak menunjukkan dia bergurau langsung. Aku dah seram sejuk.
"Cepat. Tadi beria nak balik sangat."
Izwan melintasi aku. Berjalan lebih laju dari tadi. Dia marah aku ke?
Aku pula masih berdiri di situ. Memerhati Izwan yang makin menjauh. Perlahan lahan, aku atur langkah mengikuti Izwan dari belakang. Tapi dengan jarak yang agak jauh.
Tengok dia dari belakang pun boleh buat aku rasa tenang. Boleh buat aku rasa bahagia. Tapi. Entah kenapa aku rasa, banyak lagi benda yang aku tak tahu pasal Izwan Hakiem ni.
Dia banyak berahsia.
Buat apa pulak kau nak tahu pasal jodoh orang ni, Ara?
Aku pandang langit yang semakin mendung. Bila bila masa saja, hujan akan turun.
Aku mengeluh.
Aku menyesal kenal dia.
Aku menyesal gaduh dengan dia.
Aku menyesal tentang segala galanya yang pernah terjadi antara aku dan dia.
Sebab aku tak sangka semua tu dapat membuahkan suatu perasaan yang pelik. Perasaan yang tak pernah aku rasakan dengan mana mana lelaki selain dia.
"Argh!"
Aku dapat rasakan kaki aku tersadung sesuatu benda yang keras sebelum akhirnya aku hilang keseimbangan dan—
Buk!
Aku jatuh tertiarap di atas tar jalan itu.
Saat itu, apa yang aku rasakan cuma sakit dan pedih.
Aku mendongak.
Izwan masih meneruskan langkah ke hadapan. Sama ada dia tak dengar yang aku jatuh ataupun—
Dia sengaja buat buat tak dengar.
Aku mengetap bibir apabila air mata perlahan lahan membasahi pipiku. Aku menggagahkan diri untuk bangun dan duduk di atas jalan raya itu.
Aku pandang sekeliling. Nasib baik tak ada orang nampak. Kalau tak, dapat pakej malu dengan sakit la aku harini.
Aku melihat tapak tangan ku yang terasa pedih. Ya Allah. Darah.
Izwan...
Aku tak tahu kenapa tiba tiba aku nangis teresak esak. Aku peluk lutut sambil menangis tak berhenti. Aku sembamkan wajah pada lutut aku. Aku tak kisah kalau orang nampak. Tak tahu apa yang buat aku sedih sekarang ni.
Sakit campur sedih.
Aku menangis lagi.
"Boleh stop buat aku risau pasal kau tak?"
Aku mendongak dengan tangis yang masih bersisa.
Izwan.
Dia memandang aku. Dia sedang melutut di hadapan aku yang masih menangis.
"Jangan nangis."
Izwan meraih lengan aku dan memandang tapak tangan aku yang berlumuran darah.
"Aku minta maaf okay. Aku patut jalan sebelah kau tadi."
Tanpa memandang aku, dia meniup tapak tangan aku. Sama seperti apa yang dia lakukan masa aku jatuh ditolak oleh Bella dulu.
"Tak payah. Kau bukan kisah pasal aku pun."
Aku tarik tangan aku kembali.
Dia memandang aku sambil melepaskan keluhan berat.
"Aku kisah pasal semua orang yang aku sayang."
Kami saling berpandangan untuk seketika.
Tengok. Dia kejam. Suka bagi harapan palsu dekat aku.
Dia mengalihkan pandangan pada tapak tangan kecil milikku.
"Luka ni dekat tempat yang sama macam masa Bella tolak kau haritu."
Aku terdiam. Dia ingat lagi?
Izwan menarik aku untuk duduk bahagian bahu jalan. Aku bersyukur jugak sebab tak ada kenderaan yang lalu lalang tadi. Kalau aku kena langgar ke apa, satu hal pulak.
"Ada tisu?"
Aku mengangguk.
"Dalam poket beg hitam tu."
Izwan pantas menyeluk bahagian poket beg milikku yang berada bersamanya. Dia mengambil tisu itu lalu mencapai lenganku.
"Aku rasa, tanah ni dah jatuh cinta dekat kau. Sebab tu kau asyik jatuh je."
Tch. Sempat pulak dia nak menyakat aku. Ketuk kang.
Aku pandang wajah kacak Izwan yang sedang sibuk membersihkan luka aku. Ini dah kali kedua.
Kali kedua dia tolong aku masa aku sakit macam ni.
Air mata aku bergenang tiba tiba.
"Iz—Izwan..."
Aku genggam hujung bahagian lengan baju Izwan. Memaksa dia untuk berhenti. Berhenti dan mengalihkan perhatian sepenuhnya pada aku.
Izwan mendongak. Memandang aku.
Air mata aku jatuh akhirnya.
"Jangan kahwin dengan dia."
Izwan masih memandang aku. Kami saling bertatapan buat masa yang agak lama.
"Please. Jangan."
Aku menangis lagi.
Buat kali keseratus, aku terasa bodoh. Sebab nangis lagi depan dia. Aku tak nak nampak lemah. Tapi, aku terpaksa.
Izwan mengalihkan pandangan tiba tiba. Dia tunduk kembali. Menyambung membersihkan luka aku. Sekaligus tidak menghiraukan kata kata aku tadi.
Aku merentap lenganku yang berada di genggamannya.
Dia memandang aku kembali.
"Ameena..."
"Izwan. Tolonglah. Kali ni je. Dengar cakap aku. Jangan kahwin dengan dia." Aku memandang tepat ke dalam anak mata kelabu itu.
Izwan melepaskan keluhan berat.
"Tak ada sesiapa yang dapat lawan takdir. Kalau memang ditakdirkan aku dengan dia memang ada jodoh, aku tak boleh tolak kenyataan tu."
"Takdir apa? Kau dengan dia belum ada apa apa ikatan lagi. Tolonglah. Jangan bertunang atau kahwin dengan Nayli."
Izwan mengerutkan dahinya.
"Aku tak faham. Apa maksud kau sebenarnya?"
Aku mengepal penumbuk. Dasar lembap.
"Kau tak nampak lagi ke?"
Izwan masih memandang aku. Cuba menagih jawapan.
Aku berdiri. Tiga buah beg milikku yang berada di sebelah Izwan, aku ambil dan terus berjalan pergi.
Walaupun aku tak tahu di mana terletaknya Taman Violet tu, aku tetap nak pergi tanpa dia. Tak nak bergantung harap pada lelaki tu lagi.
"Ameena."
Izwan berdiri di hadapan aku. Menghalang aku untuk pergi.
Pandangan kami bertembung.
"Terima kasih untuk semuanya. Dan maaf. Maaf sebab sibuk pasal hal personal kau. Aku janji, aku takkan masuk campur lagi."
Aku tunduk memandang tar jalan apabila aku merasa air mata aku yang hampir melimpah keluar.
"Tak. Kau tak pernah masuk campur. Sebab kau pun sebahagian dari hal personal aku."
Aku dongakkan wajah dan pandangan kami bertembung lagi.
Takkan kau tak nampak, Izwan? Kau tak dapat rasa langsung ke yang aku ada simpan perasaan untuk kau? Kau ni ada hati ke tak?
"Biar aku bagitahu kau buat kali yang terakhir."
Aku genggam tali beg yang tergalas di bahuku erat. Cuba mencari kekuatan.
"Aku suka kau."
Izwan dan aku saling bertatapan.
Dia tak nampak terkejut dengan kata kata aku. Aku dah agak. Dia memang tak ada perasaan.
"Aku tak tahu sejak bila. Jangan tanya aku. Sebab aku tak ada jawapan untuk tu."
Aku mengesat kasar air mata yang tiba tiba membasahi pipi.
"Tapi kau jangan risau. Aku sedar siapa kau dan siapa aku. Aku berterus terang pasal perasaan aku bukan sebab aku nakkan balasan perasaan yang sama dari kau."
Aku tersenyum kelat.
"Tapi aku cuma nak hilangkan beban yang aku pendam selama ni. Dan kau jangan risau. Aku boleh lupakan semua ni."
"Macam yang kau cakap. Kau tolong aku selama ni semuanya atas dasar kesian. Tak lebih dari tu. Aku harap, benda ni berhenti setakat dekat sini je."
Aku pandang iris kelabu itu lagi.
"Jaga dia, Izwan."
Perlahan lahan aku menapak melintasi Izwan. Berjalan menjauhinya setapak demi setapak.
Yang mengiringi setiap langkah aku cuma rintikan hujan yang seakan tahu aku memerlukannya untuk mengaburi air mata yang membasahi pipiku.
Dan aku dapat rasakan Izwan masih di situ. Hanya memilih untuk memandang aku yang makin menjauh.
Setiap langkah aku menapak, perasaan yang aku simpan buat Izwan semakin terpadam dan akhirnya hilang. Dikaburi dengan dendam.
Yang ada cuma perasaan benci. Perasaan benci yang semakin lama semakin dalam.
❀❀❀
"MEENA... "
Abah dan ummi saling berpandangan.
"Ameena..."
Ummi memandang wajah aku yang masih termenung. Memandang nasi tomato yang masih tidak terusik di hadapanku.
Aku pandang wajah ummi dengan pandangan kosong.
"Kenapa?"
Ummi melepaskan keluhan berat.
"Meena kenapa ni? Sejak balik dari rumah kawan tu dua hari yang lepas, asyik termenung je. Bercakap pun tak nak. Kalau duduk dekat rumah pulak, asyik berkurung dalam bilik."
"Kita kan tengah makan dekat restoran kegemaran Meena. Tu. Nasi tomato tu. Favourite Meena kan? Kenapa tak makan?"
Aku mengeluh.
"Meena merajuk sebab kita tak jadi balik kampung?"
Aku menggeleng apabila mendengar pertanyaan abah.
"Habis? Kenapa? Cuba cerita. Mesti ada yang tak kena dengan anak abah sorang ni. Siapa kacau anak abah? Bagitahu abah. Biar abah jumpa dia."
Aku menggeleng lagi.
"Meena okay. Tak ada selera. Jom lah balik."
Kosong. Itu yang aku rasakan sekarang. Semua benda tak kena di mata aku.
Kenapa semua benda mengingatkan aku pada lelaki tu?
Nasi tomato ni. Dia pernah bungkuskan untuk aku masa kat asrama haritu. Aku tak sanggup nak makan dah lepas apa yang jadi antara aku dengan dia.
Aku ni pun satu. Yang aku pergi confess dekat dia tu dah kenapa?
Ah, aku stress.
"Abah minta maaf pasal balik kampung tu. Abah dah dapat cuti. Lepastu tiba tiba boss abah suruh abah kerja pulak. Emergency."
Aku memandang wajah kacak abah.
"Meena okay. Boleh kita balik? Meena mengantuk."
Aku meletakkan sudu dan garfu di dalam pinggan sebelum kembali tunduk.
"Lepasni abah tak nak Meena pergi rumah kawan Meena tu lagi."
Aku tersentak mendengar suara tegas abah.
"Kenapa?" Aku memang berniat tak nak jejakkan kaki lagi ke rumah tu.
Tapi aku tetap tak faham kenapa abah cakap macam tu.
"Masa Meena jalan kaki datang jumpa abah dekat Taman Violet tu, abah nampak seorang lelaki. Dia jalan belakang Meena. Agak jauh. Tapi abah rasa dia ikut Meena."
Aku tergamam. Hah? Ada orang ikut aku? Kenapa aku tak perasan langsung masa tu?
Mungkin aku terlalu fokus tengok papan tanda untuk ke Taman Violet tu agaknya. Aku dahlah tak tahu jalan. Kalau sesat, naya je. Nasib baik jumpa jugak akhirnya.
"Kenapa abah baru bagitahu Meena sekarang?" soal aku tak puas hati.
"Abah tak nak Meena risau. Dah. Dengar cakap abah. Tempat tu bahaya. Nasib baik tak jadi apa apa dekat anak abah ni." Abah menyambung acara makannya yang tergendala sebentar tadi.
Pergh. Aku halakan pandangan ke pinggan abah yang dah hampir kosong. Tadi penuh dengan nasi kerabu. Sekarang, tinggal tulang ayam dan timun.
Abah memang. Memilih. Timun pun tak makan.
Erk. Aku pun tak makan timun.
Itu dinamakan mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke lantai.
"Dia pakai baju warna apa?" soal aku sambil menghirup air milo ais yang dah jadi warna putih. Ais dah cair. Tawar gila.
"Warna hitam. Pakai topi. Abah tak nampak sangat muka dia. Tapi macam hensem budaknya."
Aku tersedak. Tersembur air milo tawar itu ke muka abah.
"Allahuakbar. Laura Ameena!"
Aku dongakkan wajah. Melihat wajah abah yang dah basah dengan air milo dan juga air liur aku.
Aku menelan liur.
"Ah—abah! Meena tak sengaja!"
Aku terus berlari ke sisi abah lalu mengelap wajah abah dengan tisu yang tersedia di atas meja.
"Nasib baik sayang." Abah buat muka redha.
Pfft. Aku ketawa sambil pandang ummi yang sedang tahan gelak.
"Gelak je ummi. Jangan tahan tahan. Tak elok tahan gelak." Seloroh aku.
"Tak boleh. Nanti tak pasal pasal ummi kena tidur luar." Ummi mencebik.
"Kalau abah halau ummi tidur luar, datang je bilik Meena. Meena sentiasa menanti ummi."
"Eh eh. Kang dua dua abah suruh tidur dekat garaj kereta nanti baru tahu."
Aku cium pipi abah sekilas. Manja betul lah abah ni.
"Apa cium cium? Tak ada tak ada. Abah nak merajuk macam Meena."
Aku terus duduk balik di kerusi tadi.
"Meena merajuk comel. Abah merajuk tak comel. Jadi, abah tak boleh merajuk." Aku mengusik.
Abah dah pasrah habis dengan perangai aku. Abah mencicip secawan teh setelah meniup wapnya yang masih panas.
Aku melihat wajah abah dan ummi yang sedang berbual berdua. Aku tak fokuskan apa yang diorang berdua tengah bualkan.
Cuma.
Aku tak percaya. Betul ke? Betul ke apa yang abah cakap?
Baju hitam. Topi hitam.
Itu Izwan.
Takkan dia ikut aku dari belakang? Tapi untuk apa?
Dan...
Kenapa?
❀❀❀
CUTI seminggu rasa macam setahun. Sumpah aku bosan. Ummi sibuk dekat cafe'. Abah pulak busy dekat office.
Aku?
Duduk dekat rumah. Bangun tidur, makan, layan BTS, tidur. Lepastu ulang benda yang sama sampai lebam.
Aku mengeluh sambil memandang skrin televisyen. Cerita Wanita Hari Ini.
Egh. Boleh gila aku kalau hari hari macam ni. Nasib baik lagi 3 hari je dah nak sekolah balik.
Cuti yang sia sia.
Group whatsapp Gadis Limited Edition pun senyap je. Masing masing sibuk bercuti agaknya.
Aku meraup wajah.
Aku sedang masak nuget kat dapur. Lambat sangat masak. Aku duduk lah dekat sini sekejap.
Nanti korang jangan lupa ingatkan aku pasal nuget tu tau. Nanti tak pasal pasal hangit.
Deringan telefon mengejutkan aku yang sedang syok termenung.
Aku capai telefon di atas meja kopi dengan perasaan malas setebal kamus dewan.
Amelia 🦄
Mimpi apa minah ni tiba tiba call aku? Aku tekan button angkat.
"Hah? Nak apa?" Soal aku.
"Hello, Meena! Aku call ni saje je. Saje nak bagitahu kau. Aku dalam kapal terbang ni. Nak flight pergi Korea!"
Aku mengerutkan dahi.
"Kau gila? Lagi 3 hari nak sekolah. Baliklah. Kau tak payah mengada nak ponteng ponteng. Aku cari kau kat sana nanti baru tahu. Balik!"
Aku mendengar tawa Amelia di hujung talian.
"Tak nak. Nak ponteng jugak. Aku nak jumpa oppa aku!"
"Oppa acik kau lah. Balik sekarang. Suruh driver kapal terbang tu patah balik hantar kau kat sini."
Amelia ketawa lagi.
"Aku call sebab nak jealous kan kau je. Aku kat Korea! Kau ada? Kau mesti tengah mereput kat rumah. Bertabah lah, wahai seketul Laura Ameena!"
Aku mencebik.
Kurang asam.
"Blah lah kau." Aku memutuskan talian. Geram. Saje nak sakitkan hati aku. Kau tengok lah nanti kat sekolah.
Aku letak gam gajah dekat kerusi kau dekat kelas tu. Biar kau tak boleh bangun.
Aku letak telefon milikku di atas meja kopi itu kembali.
Telefon aku tiba tiba berdering lagi. Tertera nama Amelia 🦄.
Aku dengan pantas menolak panggilan itu dengan menggunakan ibu jari kaki. Malas punya pasal.
Tiga kali.
Tiga kali telefon aku berdering dan sekarang aku dah bertukar jadi Hulk.
Aku capai telefon itu lalu tanpa melihat nama pemanggil di paparan skrin, aku terus menjawab panggilan itu dan melekapkan telefon itu di telingaku.
"Kau nak apa lagi hah, monyet? Blah boleh tak? Suka hati kau lah nak pergi Korea ke nak pergi Myanmar ke. Aku tak kisah. Pergi sana. Jangan balik. Kalau aku jumpa kau kat sekolah nanti, aku gigit ibu jari kau sampai putus. Faham?"
Diam.
Aku mengerutkan dahi. Lah? Takkan kena tengking sikit dah sentap? Selama ni dah berjuta kali aku tengking Si Mel ni. Tak pernah pulak nak sentap bagai.
"Woi. Hello. Marah ke? Aku tak nak pujuk pun." Aku memeluk tubuh.
Masih diam.
Aku makin pelik.
"Hello? Weh, Mel. Kau kenapa ni? Aku tutup eh?"
Tiada jawapan.
Aku mengeluh kasar.
"Dahlah. Malas aku layan kau. Bye!"
"Meena..."
Aku terkedu.
Su—suara tu.
"Hello? Meena, ni aku."
Air mata aku gatal nak keluar. Tapi cepat cepat aku kesat kasar menggunakan hujung lengan baju.
"Salah nombor."
"Meena, kejap."
Belum sempat aku memutuskan talian, suara itu memanggil nama aku lagi. Aku melepaskan keluhan berat.
"Kau nak apa?" soal aku. Kasar.
"Aku nak tanya."
Aku memeluk tubuh.
"5 minit je. Lebih, aku tutup."
Aku mendengar keluhan di hujung talian.
"Anak patung unicorn warna putih. Kau punya?"
Mata aku terbeliak. Hah? Anak patung unicorn?
OMG TATA!
Tanpa menjawab pertanyaan itu, aku terus berlari mendaki anak tangga untuk ke bilik aku.
Buka je pintu bilik, aku terus menuju ke katil aku yang dah tak rupa katil tu. Dengan plastik keropok bika, keropok twisties dengan botol coca cola yang bersepah di atas lantai. Selimut pun ada dekat depan pintu tandas di bilik aku tu.
Pagi tadi sejuk. Tu yang aku heret selimut aku pergi tandas sekali. Jangan tiru aksi ini di rumah.
Tata tak ada! Ya Allah. Dah berapa hari berlalu. Macam mana aku boleh lupa pasal Tata? Aku tak pernah lupakan anak patung kesayangan aku tu.
Mesti tertinggal dekat rumah dia!
"Hello?"
Aku tersentak. Terlupa dia masih ada di talian.
"Bagi balik Tata aku."
Izwan diam.
"Siapa tu?"
Aku mengeluh. Dia ni memang nak kena.
"Anak patung aku lah, lembap."
"Datang rumah aku. Baru aku bagi."
Aku buat muka menyampah.
"Tu barang aku. Hak aku. Kau ambik, kau dikira mencuri." Aku duduk di bucu katil.
"Aku tak ambik. Kau yang tinggal dekat rumah aku. Jadi, Tata kau ni dah jadi hak milik aku yang sah."
Aku mengerutkan dahi. Fikir lawak ke hah?
"Kau tak bagi, aku bagitahu abah aku."
"Abah takkan marah."
Aku mencebik.
"Jangan risau. Aku akan jaga Tata kau ni elok elok. Nanti aku mandikan dia lepastu aku bagi makan sekali. Dia pesan kat aku suruh cakap, ' Mama Meena jangan lah risau. Papa Izwan boleh jagakan Tata.' Jadi, kau jangan risau."
Aku kat sini dah rasa nak muntah kuning.
Papa Izwan? Mama Meena? Cringe gila.
"Jaga dia macam kau jaga nyawa kau. Kalau apa apa jadi dekat dia, aku pastikan kau yang jadi arwah."
Aku putuskan talian sebelum sempat Izwan berkata apa apa.
Aku termenung sendiri di bucu katil. Ameena. Kau ni memang nyanyuk lah. Macam mana kau boleh lupakan Tata? Ni mesti sebab sibuk nak cepat balik.
"Tata, maafkan mama."
Aku rindu Tata.
Aku pandang skrin telefon kembali. Melihat log panggilan yang paling terkini. Nombor Izwan. Aku tak save number dia.
Aku memang jenis yang tak save number lelaki. Walaupun lelaki tu budak sekelas aku.
Mana Izwan dapat number aku?
Oh. Lupa.
Mestilah dari group kelas. Aku hanya bersuara dalam group kelas tu kalau ada hal penting. Yang paling bising semestinya budak budak IG tu. Meluat aku. Masing masing hantar gambar selfie. Saje nak suruh Izwan save lah tu.
Aku tekan nombor Izwan itu agak lama dan akhirnya timbul tiga pilihan.
Block, call, save.
Aku tekan butang block tanpa ragu ragu.
'Are you sure you want to block this number?'
Mestilah sure.
Aku tekan butang yes.
The number has been blocked.
Aku baring di atas katil sambil memejam rapat mata aku yang semakin memberat.
Tiba tiba, bau hangit menerpa hidung aku.
Mata aku terbuka kembali.
Jap. Aku lupa.
Ya Allah. Nuget aku!
Kenapa korang tak ingatkan aku? *emoji baling pisau.
❀❀❀
CUTI yang menyakitkan akhirnya dah berakhir.
Tepuk tangan untuk Laura yang berjaya habiskan tengok semua episod BTS Run sepanjang cuti ni.
Yeay.
Aku senyum sendiri sambil memandang pemandangan sawah padi di luar tingkap kereta. Dah nak sampai!
"Kesian Meena. Cuti ni duduk rumah je. Nanti lain kali kita pergi travel ya?"
Ummi tiba tiba bersuara.
"Tak payah lah ummi. Dapat balik kampung pun best. Rindu dekat opah dengan atuk. Lagi lagi dengan sepupu sepupu Meena yang bising tu."
Ummi menoleh ke belakang sambil tersenyum memandang aku.
"Yelah. Nanti cuti panjang sikit, kita balik kampung."
Aku mengangguk riang.
"Meena duduk sekolah ni jangan nakal nakal. Kalau ada lelaki nak mengorat, jangan layan. Cakap je Meena dah ada yang punya." Abah menyampuk.
Aku buat muka pelik.
"Berpunya?"
"Yelah. Meena kan abah punya."
Aku ketawa kecil. Abah ni kan.
Ummi dekat sebelah abah dah buat muka merajuk. Jealous ke tu?
"Ala sayang. Sayang pun abang punya. Jangan lah merajuk." Abah sempat mencubit pipi kanan ummi sambil meneruskan pemanduan.
"Mana ada merajuk lah." Ummi mencebik.
"Habis? Muncung muncung macam itik nak menyudu tu kenapa?"
Aku di belakang hanya tahan gelak.
"Malam ni abang tidur luar! Si itik yang abang kata nak menyudu ni dah malas nak kawan dengan abang."
Aku ketawa akhirnya. Haih. Macam macam!
"Ala sayang ni. Abang gurau gurau jelah."
Abah dah mula gabra. Tahu takut. Takut lah tu nak tidur luar sorang sorang.
Ah. Rasa malas pulak nak balik asrama. Nanti mesti aku rindukan ummi dengan abah.
Bak kata Ustaz Sheikh Salim, ustaz yang mengajar aku subjek Bahasa Arab, kita mesti hidup berhijrah. Jadi, aku kena teruskan kehidupan aku dekat asrama. Biarlah jauh sikit dari keluarga.
Nanti dah berjaya, baru boleh tidur lena.
Aku senyum bangga.
Ustaz Sheikh mesti bangga dengan anak murid dia sorang ni. Pfft.
Saya harap sangat ustaz baca novel saya ni. HAHAHAH. YTJT.
❀❀❀
AMELIA memang cari pasal.
Kau tahu minah tu buat apa?
Dia pergi curi semua makanan aku. Aku dah lah tengah kebuluran sebab aku tak turun makan malam dekat dewan makan tadi.
Sekarang ni, aku tengah jalan sorang sorang di tengah tengah malam ni untuk pergi Kiosk Asrama. Nak beli jajan. Sumpah aku lapar.
Tadi, Syu dengan Diyana nak teman. Tapi, aku malas nak susahkan diorang. Diorang berdua pun sibuk siapkan kerja rumah.
Cuti seminggu. Kerja rumah dilupakan, percutian diutamakan.
Baru pukul 10 malam. Tapi, kawasan Kiosk dah sunyi. Semua diet ke malam ni? Ke semua tengah sibuk siapkan homework dekat dorm?
Aku menjenguk ke dalam Kiosk yang terang benderang. Tapi tak ada orang. Aku dahla pakai selekeh ni. Dengan baju tidur corak teddybear. Lepastu aku main sarung je tudung sarung hitam yang tersangkut di hujung katil Raysha.
Aku tahu tu Cha punya. Ah. Pandai pandai lah aku cakap dengan dia nanti.
Selalunya malam Isnin, perempuan yang jaga Kiosk. Sebab tu aku berani pergi Kiosk dengan pakai baju tidur ni.
"Assalamualaikum. Ada orang tak?"
Aku ketuk perlahan pintu Kiosk yang dah sedia terbuka.
"Masuklah."
Aku tergamam. Erk. Tu suara lelaki.
Tak mungkin. Weh. Malu 7 keturunan aku kalau aku jumpa budak lelaki dengan berpakaian macam ni. Dah rupa budak tadika pun ada.
"La. Kau ke, Laura? Aku ingat siapa tadi."
Firash tiba tiba berdiri tegak di hadapan aku. Aku terkedu. Terkejut dengan kemunculan Firash yang hensem tu.
Okay maafkan kegedikkan saya.
"Kau ke yang jaga Kiosk malam ni?"
Aku tahu si Firash ni budak Kiosk. Tapi, dia bertugas malam rabu. Dah kenapa dia yang jaga malam ni?
"Haah. Amira, Sofea dengan Hanna yang sepatutnya jaga malam ni. Tapi, diorang kata diorang ada hal. Sebab tu aku jaga malam ni."
Aku mengangguk faham. Nasib baik si Firash ni tak cakap apa apa pasal baju aku. Kalau tak, aku tak tahu nak sorok muka aku kat mana.
"Eh Laura!"
Aku pandang figura seorang lelaki di belakang Firash. Adam!
"Adam! Kau pun ada?" Aku tak tahu kenapa aku teruja. Alah biarlah. Diorang classmate aku kot.
"Haah. Aku teman Firash. Dia ni muka je hensem. Tapi penakut."
"Eh kau. Kau yang beria ia nak ikut aku tadi." Firash naik darah.
Aku hanya menggeleng gelengkan kepala melihat tindak tanduk kanak kanak ribena di hadapan aku ni.
"Ha. Kau nak beli apa? Masuk ah. Pilih pilih. Jangan segan segan." Firash memberi laluan untuk aku masuk.
Aku menjenguk ke dalam kawasan Kiosk.
"Tak ada orang lain ke? Kenapa sendu sangat malam ni? Biasanya, Kiosk kecoh. Ni kan port lepak paling best."
Aku pelik. Serius sunyi.
Firash tersengih.
"Malam ni memang sendu. Sebab, ada orang tu asyik badmood je. Marah orang sana sini. Orang datang Kiosk nak lepak pun, kena marah."
Aku mengerutkan dahi.
Hah? Tak faham.
"Eh. Masuk lah, Laura. Kau nak beli apa? Macam macam ada." Adam menyampuk.
Aku mengangguk lalu terus masuk ke dalam Kiosk itu. Aku ke ruangan roti. Pelbagai jenis roti ada. Roti keju, roti bawang, roti sosej. Tapi semua tak menarik perhatian aku.
Aku pergi pula ke ruangan biskut. Pun sama. Semua aku dah pernah makan. Bosan.
Aku terpandang deretan aiskrim di dalam peti ais. Serta merta nafsu makan aku naik semula.
Aku buka peti ais lalu terus mencapai lima batang aiskrim berperisa choki choki.
Aku lapar. Hehe.
"Malam malam kau makan aiskrim?" Adam tiba tiba berdiri di sebelah aku.
Aku hanya sengih.
"Aku craving do. Nah. Letak dalam plastik." Aku menghulurkan aiskrim itu kepada Adam. Hampir beku tangan aku menahan kesejukan aiskrim ni.
Kau sabar jap wahai aiskrim aiskrim sekalian. Kejap lagi aku sumbat kau semua dalam perut aku
"Mintak plastik kat kaunter."
Aku mengangguk. Pantas aku berjalan ke kaunter Kiosk yang terletak agak dalam di ruangan itu. Kaunternya agak tersorok. Nak sorok duit kot.
Aku pelik lagi sekali. Kaunter Kiosk kosong. Tak ada orang. Firash pun dah hilang entah ke mana.
Aku kembali ke peti ais tadi tapi yang peliknya, Adam pun dah lenyap tiba tiba. Aku mula seram sejuk. Diorang ni nak kenakan aku ke apa? Aku ni dahlah penakut.
"Weh. Adam. Firash. Mana korang?"
Aku tak dapat apa apa jawapan. Cuma bunyi kipas Kiosk yang kedengaran. Buat aku makin seram. Aku berjalan semula ke kaunter tadi. Aiskrim di tangan ku aku letakkan perlahan di atas meja kaunter.
Aku halakan pandangan ke arah pintu kiosk yang masih terbuka. Aku berdiri membelakangi kaunter tadi.
Aku tak tahu nak buat apa sekarang.
Ke tadi tu bukan Adam dengan Firash tapi cuma hantu yang menjelma sebagai diorang?
Tolong pengsankan aku please. Aku tak kuat nak jumpa hantu malam malam macam ni.
"RM 5,"
Aku tergamam. Aku dengar dengan jelas suatu suara yang tiba tiba muncul dari belakang aku. Aku tak berani weh nak pusing belakang sekarang ni. Rasa nak terkencing, nak terkentut, nak terberanak semua ada.
"Cik teddy bear? "
Okay aku pasti ni manusia. Perlahan lahan, aku menoleh ke belakang dengan perasaan gugup yang masih bersisa.
Lidah aku kelu.
Aku dan dia saling berpandangan.
Dia ada?
Aku ingat, cuma ada Firash dan Adam. Ah. Malunya! Dia nampak aku dengan baju tidur aku yang macam budak tadika ni.
"Semuanya RM 5."
Aku tersentak apabila lelaki itu tiba tiba bersuara. Memecahkan kesunyian.
Aku lihat dia telah pun siap memasukkan kelima lima aiskrim aku ke dalam sebuah plastik merah.
Aku cuba untuk bertenang.
Rileks. Izwan je. Kenapa jantung aku berdebar debar ni?
Aku selukkan tangan ke dalam poket seluar.
Okay ni tak lawak.
Aku selukkan tangan aku lebih dalam. Tiada!
Aku mula gelabah.
Ah. Aku tak bawak duit! Tu la, Ara. Tadi gelabah sangat nak pergi Kiosk. Sampai tak sempat nak capai duit.
Aku tahu aku nyanyuk.
"Kenapa? Tak bawak duit?" Soal lelaki itu dengan suara yang agak lembut bagi aku.
Aku mengangguk tanpa memandangnya.
"Kau tunggu sini kejap. Aku pergi ambil duit dekat atas."
"Aku bayarkan."
Belum sempat aku berlalu pergi, suara itu kedengaran lagi.
Aku pantas menggeleng. Aku dah berjanji dengan diri aku yang aku takkan terima bantuan dia lagi. Tak boleh tak boleh.
"Tak payah. Aku boleh bayar."
"Aku kan hutang dengan kau haritu."
Dahi aku berkerut? Izwan hutang dengan aku? Bila masa pulak dia pinjam duit aku? Biar betul.
Izwan memandang aku.
"Kau lupa? Dulu, aku pernah janji nak belanja kau aiskrim. Masa kau tolong gantikan Alisa untuk jaga kawasan Blok B dengan aku. Masa rehat."
Aku masih tak ingat. Aku amnesia ke?
"Yang masa aku kena tumbuk tu."
Aku tersentak. Haah lah. Okay baru ingat. Kuat betul ingatan dia ni. Banyak makan kismis agaknya.
"Aku gurau je masa tu. Kau tunggu jelah dekat sini. Aku pergi aspuri kejap je."
Izwan menggeleng.
"Tak payah. Kau ambil je lah. Anggap ni tanda terima kasih aku sebab kau tolong aku haritu."
Nak ambik ke tak? Kalau ambik, jimat RM 5 aku. Tapi—
Izwan tiba tiba menarik lengan aku lalu menyangkutkan pemegang plastik itu di jari telunjuk aku.
Aku memandang Izwan yang berdiri betul betul di hadapan aku.
Dia tiba tiba menyeluk poket seluar tracksuit hitamnya lalu mengeluarkan sebatang lollipop Chupa Chups lalu meletakkan nya ke dalam plastik merah di tanganku.
Aku mengerutkan dahi.
Aku nak tanya 'ni apa?'
Tapi aku tahu nanti dia akan loyar buruk dengan aku. Aku malas nak layan.
"Untuk apa?" Soal aku.
"Freegift."
"Kenapa?"
"Sebab baju tidur kau comel."
Aku mencebik. Iee dia ni. Ketuk pakai aiskrim ni baru tahu.
"Dahlah. Aku nak balik dorm." Aku berjalan melintasi Izwan untuk keluar dari Kiosk itu. Agak lama aku dekat Kiosk ni rasanya.
"Aku dengar, ada budak nampak pocong dekat kawasan aspuri."
Aku yang sedang melangkah terus berhenti. Aku menoleh memandang Izwan. Muka Izwan serius.
Weh serius ah? Kenapa aku tak dengar apa apa cerita pasal ni?
"Pocong tu katanya berlegar legar dalam pukul 10 malam."
Aku dekat situ dah tak senang duduk. Sekarang dah hampir pukul 10:30 malam.
"Izwan jom teman aku jap."
Aku terpaksa korbankan ego aku akhirnya. Aku ni penakut. Lagi lagi dengan benda benda mistik macam tu.
"Teman? Teman pergi mana?" Soal Izwan.
"Balik aspuri lah, lembap. Takkan balik aspura pulak!" Aku meninggikan suara. Aku dah seram ni. Dia buat buat blur pulak.
Izwan menaikkan kening.
"Ada upah baru aku teman."
Ya Allah ya tuhanku. Kenapalah perangai dia macam ni? Aku tengah kritikal ni.
Menyesal tak suruh Syu teman!
"Aku gurau. Jom."
Izwan berjalan ke arah aku lalu terus keluar dari Kiosk itu. Aku hanya mengekori setiap langkah Izwan dari belakang.
"Aku hantar kau sampai pagar aspuri je lah. Nak masuk dalam, aku takut kena tangkap."
Aku mencebik.
"Ish. Aku tahulah. Hantar sampai pagar aspuri tu pun dah okay lah."
Izwan memandang aku sekilas sebelum terus berjalan menuju ke aspuri.
"Adam, Firash, jaga Kiosk."
Aku yang sedang berjalan mengekori Izwan menoleh ke belakang. Apa yang aku nampak ialah Firash dan Adam sedang menyorok di belakang rak pasu.
Ya Allah. Dah kenapa budak dua orang ni?
Jangan kata diorang sengaja menyorok sebab nak bagi aku dengan Izwan berdua duaan dalam Kiosk tu tadi.
Aku bagi pandangan maut pada mereka berdua yang sedang tersengih.
Siap korang nanti.
Aku pandang hadapan kembali.
Tingginya Izwan ni.
Aku cuba berjalan lebih pantas. Dahlah gelap. Macam mana lah aku boleh jalan sorang sorang untuk pergi Kiosk tadi? Mesti sebab lapar sangat. Tu yang dah tak kisah pasal semua benda.
"Dah sampai."
Aik. Cepatnya.
Aku pandang wajah Izwan yang juga memandang aku. Kami betul betul berada di hadapan pagar masuk aspuri.
Nak cakap terima kasih ke tak?
"Sleep well. Jangan tidur lambat."
Aku mengalihkan pandangan. Orang tahu la. Ish.
"Mana kau beli baju tidur ni?" Soal Izwan tiba tiba.
Aku menjeling tajam.
"Tahulah macam budak budak. Abah aku yang belikan okay."
"Comel."
Aku dan Izwan saling berpandangan.
"Baju ni memang comel." Aku tunduk memandang gambar teddy bear di baju tidur aku.
"I mean you."
Aku mendongak. Memandang sepasang anak mata kelabu itu.
"A—apa?"
"Kau comel. Baju ni comel. Dan semua pasal kau comel."
Aku terkedu.
Izwan hadiahkan satu senyuman penuh bergula pada aku. Aku terpaku dengan senyuman tu.
Ah. Lesung pipit dia.
"Nayli lagi comel." Aku memandang Izwan sekilas sebelum terus membuka langkah untuk masuk ke dalam kawasan aspuri itu.
Izwan tiba tiba mencapai lengan aku. Aku berpaling.
"Berhenti cakap pasal dia."
Aku memberikan satu senyuman kelat sebelum menarik lengan aku yang berada di dalam genggaman Izwan.
"Aku nak minta tolong dengan kau. Buat kali yang terakhir." Aku memandang iris kelabu itu dengan penuh harapan.
Izwan mengerutkan dahinya.
"Tolong? Tolong apa?"
"Tolong jangan tegur aku lagi lepas ni. Kalau kau masih ada rasa kesian dekat aku, tolong anggap kita tak pernah kenal antara satu sama lain."
"Ini kali terakhir aku minta tolong dengan kau. Lepas ni, aku minta maaf. Kita mungkin sekelas. Tapi tolong jauhkan diri kau dari aku kalau kau masih ada rasa simpati dekat aku."
Izwan memandang aku. Tak percaya dengan apa yang aku ungkapkan.
Aku tersenyum.
"Aku harap kau dengan dia happy. Thank you untuk semuanya. Assalamualaikum."
Dengan langkah perlahan, aku berjalan masuk ke dalam aspuri. Aku dapat rasakan dia masih berdiri tegak di situ. Masih memerhatikan aku yang sedang melangkah pergi.
Aku sedih. Tapi dalam pada masa yang sama, aku gembira. Aku gembira sebab dia gembira dengan Nayli.
Pelik kan aku?
Aku berjalan perlahan. Mendaki anak tangga untuk naik ke tingkat tiga. Untuk ke dorm aku. Dari jauh, aku nampak dengan jelas.
Bukan nampak pocong ya.
Aku nampak...
Izwan.
Masih berdiri di situ. Di tempat yang sama dia menghantar aku tadi.
Aku sebak tiba tiba. Tahun ni adalah tahun yang aku akan ingat sampai bila bila.
Pada tahun ni, tiba tiba hubungan aku dan Izwan semakin baik. Aku makin selesa dengan dia.
Tapi ni pulak yang jadi.
Aturan Allah lebih indah. Aku ni sekolah pun tak habis lagi. SPM pun tak lepas lagi.
Malas lah nak fikir pasal hati dan perasaan. Lepas SPM, mesti dia terus kahwin dengan Nayli.
Aku?
Aku nak belajar elok elok. Dapatkan biasiswa. Nak pergi sambung belajar dekat Korea.
Aku melepaskan keluhan berat sambil terus melangkah.
Buat apa nak sedih kalau kita ada pilihan untuk rasa bahagia?
Aku paksa diri untuk senyum.
Kau boleh, Ara. Simpan perasaan sedih tu nanti untuk lelaki yang lebih layak. Lelaki yang betul betul ditakdirkan untuk kau.
Kalau dia dengan Nayli, kau mungkin dengan Kim Taehyung.
Okay tak lawak.
Tiba tiba, aku terdengar bunyi benda melompat.
Jantung aku seakan terhenti. Bu— bunyi apa tu?
Jangan jangan...
Po—
"Woi! Kau lambat pergi mana ha? Pergi Kiosk ke buat Kiosk?"
Entah dari mana, Amelia dengan Afieya tiba tiba muncul. Nasib baik aku tak melatah.
"Korang ni! Terkejut aku. Nak pergi mana ni?" soal aku.
Amelia mengangkat bakul kecil di tangannya yang berisi berus gigi dan pencuci muka.
"Nak gi jamban. Nak ikut?"
Aku menggeleng.
"Aku masuk dorm dulu ah. Nak makan aiskrim."
"Nak jugak!" Afieya buat muka kesian.
Aku jelir lidah je dekat dia.
"Tak boleh! Beli ah sendiri. Ni aku punya."
Aku terus berjalan macam model menuju ke dorm aku.
Afieya mencebik.
"Dasar kedekut taik hidung manis!"
Aku buat buat pekak sambil masuk ke dalam dorm.
Ternganga aku apabila melihat katil aku yang dipenuhi dengan plastik jajan yang bertaburan.
"Siapa punya kerja ni?" aku menjerit.
Agak kuat. Sampai kan semua orang dalam dorm tu pandang aku.
"Er... Ara, tadi Mel makan kat katil kau. Maafkan dia eh? Dia tak sengaja agaknya tu." Syuhada berdiri di sebelah aku sambil mengusap bahu aku dan membisikkan sesuatu.
Dia suruh aku bawak mengucap.
Ya Allah budak Syuhada ni pun.
Aku tak tahu nak marah Mel ke nak marah si Syu sekarang ni.
"Sebenarnya aku pun join Mel sepahkan katil kau tadi. Kau kan suka tidur dengan lipas." Raysha menyampuk.
Tanpa rasa bersalah, dia campak plastik jajan mamee monster di atas katil aku lalu terus lari menyorok bawah katil dia.
"RAYSHA KAMILYA! MEH SINI KAU!"
Aku berlari ke katil Raysha. Yang lain cuma tahan gelak tengok keletah kami.
Aku capai anak patung burung hantu milik Cha lalu terus berlari ke luar dan terus campakkan anak patung itu ke bawah dari koridor dorm tu.
"Laura! Kau baling anak aku?"
Aku terus lari menyorok dekat dorm sebelah.
Kesian Cha. Ada anak. Tapi OKU. Tak boleh bercakap, tak boleh bergerak.
Burung hantu pulak tu.
Salam takziah, Raysha Kamilya.
To Be Continued ♡
ah penat menaip! chapter ni sampai 8000+ words! HAHAHA.
terima kasih semua ❤
bubye
love you ♡
borahae 💜
with love,
wany ♡
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top