00 : 12

« i owe you »

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

enjoy reading my blueberries ♡

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

° FLASHBACK °

"MEENA, kat sekolah nanti jangan lupa jaga solat. Yang penting sekali, jaga diri tu baik baik."

Aku yang sedang sibuk mengikat tali kasut di tempat duduk kereta bahagian belakang cuma mengangguk kecil.

"Kalau ada orang buli Meena, cepat cepat bagitahu ummi. Jangan diam je,"

Aku ketawa kecil.

"Ummi, siapa yang berani nak buli anak perempuan ummi yang pandai kung fu mengalahkan Bruce Lee ni?"

Ummi menggeleng gelengkan kepalanya.

"Nampak lipas pun bergegar satu rumah. Bila masa pulak Meena tu pandai berkung fu? Cuba tunjuk dekat abah," Abah yang sedang tekun memandu mencelah.

Aku mencebik.

Lipas tu lain lah. Aku memang trauma dengan serangga macam tu. Sekali dia terbang, kecut segala organ dalaman aku.

Ummi menoleh ke belakang. Wajahnya memaparkan riak sedih. Aku cuba mengawal diri dari menangis.

"Ummi, tak payah lah risau. Meena kuat. Meena takkan biarkan orang buli Meena. Okay?"

Ummi melepaskan keluhan berat.

"Sayang..." abah merangkul bahu ummi di sebelah.

"Meena akan dapat sesuaikan diri dekat asrama tu. Jangan risau,"

Aku tersenyum pahit.

Ini merupakan kali pertama aku berpisah dengan ummi dan abah. Hari pertama untuk pendaftaran masuk ke asrama.

Ummi memegang tangan abah lalu menggenggamnya erat. Aku di belakang dah tak senang duduk.

Nak sweet sweet dekat rumah boleh tak? Ummi lupa ke ada budak bawah umur dalam kereta ni iaitu aku?

Aku menghalakan pandangan ke luar tingkap kereta. Deretan sawah padi mendamaikan suasana. Tak sangka, aku dah masuk 13 tahun. Sejujurnya, aku kalau boleh memang tak nak masuk asrama ni.

"Meena..."

Aku memandang wajah ummi dan abah yang sedang memandang ku.

"Ummi dengan abah sayang Meena dunia akhirat."

° END FLASHBACK °




AKU memejam mataku serapat rapatnya. Mengharap semua ini hanya mimpi.

"Lepaskan dia."

Aku membuka kelopak mataku yang berair itu perlahan lahan.

Terpacul wajah tegang Izwan. Dia berdiri betul betul di belakang sekumpulan lelaki yang sedang mengelilingi aku.

"Izwan." Sumpah aku rasa terharu sangat sekarang ni.

Akhirnya!

"Meena, sini."

Aku mengelap air mata yang berlinangan di pipi terus lalu berjalan menghampiri Izwan.

Tetapi, secara tiba tiba lenganku ditarik kasar membuatkan aku terdorong ke belakang. Aku terjerit kecil.

"Jangan masuk campur kalau kau nak selamat. Aku bagi kau peluang untuk pergi sekarang. Kalau kau berdegil juga, jangan salahkan aku kalau apa apa jadi pada kau,"

Aku baca tanda nama lelaki itu. Aliff.

Alif ba ta betul!

Izwan memandang aku yang dah jatuh terduduk di atas lantai. Dia mengetap bibir.

"Lepaskan dia kalau kau tak nak menyesal seumur hidup,"

Aku pandang wajah serius Izwan.

Aliff ketawa sinis.

"Lepaskan dia kalau kau tak nak menyesal seumur hidup," dia mengajuk kata kata Izwan tadi. Okay. Ni melampau.

Aku cuba menggagahkan diri untuk berdiri. Rasanya, tapak tangan aku luka. Ah. Biarlah. Tak penting.

"Aku tahu kau ketua pengawas. Ketua pelajar. Satu sekolah hormatkan kau. Tapi kau kena ingat, tak semua benda kau boleh kawal dengan peraturan."

"Diam. Aku cakap, lepaskan dia. Kalau kau tak puas hati dengan aku, jangan libatkan dia. Dia tak ada kena mengena," Izwan bersuara dengan nada mendatar.

Aliff melangkah menghampiri Izwan. Setiap langkah dia mendekati Izwan, jantung aku semakin berdebar. Aku takut. Aku takut dia apa apakan Izwan.

Air mata aku bergenang. Hujung baju kurungku digenggam kuat.

"Izwan..." aku menelan liur.

"Kenapa kau sibuk? Dia ada kaitan dengan kau ke? Dia girlfriend kau?" Aliff menyoal dengan nada sinis.

"Kalau ya?"

Aku terkedu mendengar jawapan Izwan.

Aliff dan Izwan saling berbalas pandangan. Mereka kini berdiri berhadapan.

Aku mengerling jam tangan di tangan kiri ku. Lagi 5 minit waktu rehat nak habis. Tolonglah. Tak ada sesiapa nak lalu sini ke?

Ah. Aku lupa. Ni kawasan larangan. Tak ada sesiapa berani lalu kawasan ni kecuali samseng samseng depan aku ni. Tch.

"Tak sangka. Ketua pengawas pun pandai bercinta sana sini. Baik kau letak jawatan je la. Kau tak layak pegang jawatan ni." Aliff berdecit.

Izwan tersenyum sinis.

"Habis? Siapa yang layak? Kau? Agaknya, hancur sekolah ni kot kalau kau yang pegang jawatan ni."

Aliff menggumam geram.

BUK—

"Izwan!"

Aku menjerit melihat Izwan terbaring di atas lantai penangan tumbukan padu dari Aliff.

Kawan kawan Aliff yang berada di sekeliling aku agak terkejut dengan apa yang berlaku. Semuanya berlaku sekelip mata.

Aku dah tak fikir apa. Aku terus berlari ke arah Izwan dan duduk di sisinya. Aku nampak...

Da—darah!

"Ya Allah. Izwan. Kau okay?" aku memandang bahagian tepi bibir Izwan. Darah mengalir tanpa henti.

Izwan bangun dari pembaringan lalu duduk di atas lantai itu.

"Kau buat apa ni? Kau dah gila ke?"Aku berdiri di hadapan lelaki acah samseng bernama Aliff tu. Samseng taik kucing.

Aliff ketawa besar.

"Kenapa? Kau nak kena jugak?"

Aku terdiam. Dia nak tumbuk aku?

Buat pengetahuan kau, lelaki dayus je yang pukul pukul perempuan ni.

"Kau sentuh dia, aku akan pastikan nama kau diharamkan untuk jejakkan kaki lagi dalam sekolah ni."

Aku menoleh ke belakang. Izwan dah berdiri di belakang aku. Aku tak boleh pandang darah tu. Lutut aku rasa lemah.

Aliff berjalan menghampiri aku.

"Meena, sini. Duduk belakang aku," Izwan mencapai lengan aku dan menarik aku untuk berdiri di belakangnya.

"Izwan, please... stop. Aku takut..." aku menarik hujung baju kemeja Izwan dari belakang.

Izwan menoleh ke arahku.

"Its okay. Aku ada,"

Aku dan Izwan saling berbalas pandangan.

"Korang berdua tengah lakonkan babak romantik dalam drama pukul 7 tu ke apa sekarang ni?"

Aku menoleh ke hadapan. Serius. Apa masalah Aliff ni? Aku dengan Izwan tak kacau dia pun.

" Okay. Aku bagi korang peluang untuk pergi dari sini. Aku takkan laporkan apa yang korang buat ni pada cikgu disiplin."

Aku terpanar mendengar kata kata Izwan. Dia nak lepaskan samseng ni macam tu je? Mana boleh. Diorang sepatutnya kena hukuman yang paling berat. Suka hati je nak tumbuk anak orang. Otak mana?

"Izwan. Apa ni? Kau tak boleh lepaskan diorang macam tu je. Tengok apa yang diorang dah buat. Diorang—"

"Aku akan lepaskan korang dengan syarat." Izwan mencelah sebelum aku sempat menghabiskan kata kata.

Aku mengetap bibir. Tak puas hati!

Aliff menayangkan senyuman kemenangan. Dia memeluk tubuh.

"Syarat? Syarat apa?"

Izwan tiba tiba menoleh ke arahku di belakangnya. Aku dan Izwan berbalas pandangan seketika. Aku menggeleng perlahan.

Jangan. Jangan lepaskan diorang, Izwan.

Izwan menoleh ke hadapan kembali.

"Jangan kacau ataupun sentuh dia. Kalau aku dapat tahu apa apa jadi dekat dia, aku akan pastikan tak ada seorang pun dari korang yang akan terlepas,"

Aku terkedu.

Aliff berdecit.

"Cinta sejati lah ni?"

"Tak ada kena mengena dengan kau." Dingin suara Izwan membalas.

Aliff ketawa besar.

"Harap korang bersama hingga ke anak cucu lah ye? Aku blah dulu." Aliff sempat memberikan satu kenyitan mata padaku.

Aku stepler mata dia bagi tak boleh bukak terus kang!

Aku dan Izwan hanya memerhati dari jauh gelagat mereka yang berjalan meninggalkan kawasan itu.

Yang buat aku makin sakit hati ialah diorang sempat sepak satu tong sampah di satu penjuru. Habis berterabur sampah tu dekat atas lantai.

Tiba tiba sahaja Izwan berjalan meninggalkanku tanpa berkata apa apa.

"Izwan..."

Izwan mematikan langkah. Namun, dia tidak menoleh memandangku.

"Bagi aku peluang untuk tolong kau kalini."

Riak wajah Izwan berubah mendengar kata kata aku.





































❀❀❀

AKU mengesat juraian air mata yang mengalir di pipi. Dari tadi aku cuba tahan dari menangis.

Tapi aku gagal.

"Jangan nangis lagi,"

Aku mendongakkan wajah. Memandang wajah Izwan yang begitu hampir dengan wajahku.

Aku tak hiraukan dia. Nak nangis jugak. Tak kira.

Aku tekapkan sapu tangan lembab berwarna biru muda itu pada bahagian tepi bibir Izwan yang luka akibat tumbukan tadi.

Izwan tiba tiba memegang lenganku. Menghentikan aku dari terus membersihkan lukanya.

Aku dan dia saling berpandangan. Mata aku bergenang lagi.

"Aku minta maaf,"

Air mata aku mengalir lagi. Sumpah. Aku rasa bersalah atas apa yang dah berlaku pada Izwan. Semua ni salah aku. Hanya disebabkan dia nak pertahankan aku, dia luka teruk sampai macam ni sekali.

Izwan senyum tipis.

"Kau kenapa ni? Aku okay lah. Tak mati pun. Hidup lagi. Boleh pandang muka kau lagi."

Aku mengelap kasar air mata di pipiku.

"Izwan..."

Aku renung anak mata kelabu dia sedalam dalamnya.

"Tolong berhenti korbankan diri kau untuk aku. Berhenti buat semua ni. Aku tak nak kau sakit disebabkan aku,"

Izwan memaksa diri untuk ketawa walaupun luka tadi masih berbisa.

"Jom masuk kelas. Kita dah lewat 5 minit. Kau tak takut kawan kawan kau syak yang bukan bukan pasal kita?"

Aku tak menjawab soalan tu. Aku asyik merenung keindahan ciptaan tuhan di depan aku ini.

Masya Allah. Sempurnanya dia.

"Aku tak nak masuk kelas. Kau masuk lah. Kalau cikgu ataupun kawan kawan aku tanya pasal aku, kau cakap je kau tak tahu. Okay?" Aku berdiri.

Luka tadi dah bersih sepenuhnya. Mujurlah, aku pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dekat sekolah ni. Jadi, aku agak arif tentang perubatan.

"Nak ponteng lagi?"

Aku terdiam.

Izwan melepaskan keluhan berat.

"Meena, kau kena masuk class. Macam mana kau nak improve kalau kau asyik ponteng? Kau suka ke bila diorang semua kutuk kau macam macam?"

Aku tak mampu jawab soalan tu. Ada ke manusia dekat atas muka bumi ni yang suka dikutuk? Tapi nak buat macam mana. Kita tak boleh paksa orang untuk sukakan kita.

Ni kehidupan. Pahit. Tapi perlu ditelan.

"Kau nak masuk kelas sendiri ke kau nak aku dukung kau?"
































❀❀❀

LANGIT kelihatan mendung. Awan hitam mula berserakan sekaligus membataskan cahaya matahari dari menyinari bumi.

Aku pandang ke arah langit. Janganlah hujan.

Aku kerling jam tangan Daniel Wellington di tangan kiriku. Dah pukul 7. Ummi tak sampai sampai lagi.

Ummi tak pernah selambat ni. Biasanya, paling lambat ummi ambik aku pun pukul 6.

Aku mula rasa tak sedap hati. Aku pandang sekeliling. Tak ada orang. Aku sorang je yang tengah setia menunggu dekat perhentian bas depan sekolah ni. Kawan kawan aku memang dah balik dari tadi lagi.

Aku seluk poket seluar tracksuit ku untuk mengambil telefon bimbit. Aku ternganga sesaat. Telefon aku dah mati. Bateri habis!

Aduh. Aku lupa. Tadi, aku sibuk main PUBG. Lepastu, lupa pulak nak charge phone. Macam mana nak call ummi ni?

Hari pulak dah makin gelap. Rasanya, semua cikgu pun dah balik. Murid murid apatah lagi. Semua excited nak balik rumah. Maklumlah, cuti seminggu.

Tiba tiba, satu derapan tapak kaki mengejutkan aku. Aku menelan liur. Ni orang ke hantu? Bukan aku sorang je ke yang tak balik lagi?

Aku memejam mataku serapat rapatnya sambil memeluk beg sandang ku. Derapan tapak kaki itu semakin dekat. Jantung aku semakin berdebar.

Encik hantu, jangan lah makan aku. Daging aku tak sedap.

Aku dapat merasakan ada satu susuk tubuh sedang berdiri di hadapanku yang sedang duduk di tempat duduk perhentian bas itu.

"Kenapa tak balik lagi?"

Aku terpempan. Suara tu—

"Izwan?"

Aku membuka mata dan ternyata betul jangkaan aku.

Izwan sedang berdiri di hadapan ku dengan beg galas di tersandang di bahunya. Dia memandang aku.

Aku alihkan pandangan pada bahagian tepi bibir merah jambu milik lelaki itu yang kelihatan merah dan ada sedikit kesan luka.

"Sakit lagi?"

Izwan menggeleng.

"Aku kuat."

Aku mencebik. Banyak lah dia punya kuat. Kalau kuat sangat, kenapa tak balas je tumbukan budak tu tadi?

Jap. Izwan ni muka ada luka luka pun hensem.

Egh. Berhenti mengarut, Laura Ameena.

Izwan duduk di sebelahku. Agak jauh. Lebih kurang semeter.

Kami masing masing diam. Dahlah kawasan tu sunyi. Cuma ada beberapa kereta dan motosikal yang melalui jalan raya di hadapan perhentian bas itu.

Aku kerling Izwan di sebelah. Dia sedang fokus memandang ke arah kawasan sekeliling. Aku pandang telefon pintar di tangannya.

Iphone la. Anak Dato' lah katakan.

Jap. Tu bukan persoalannya sekarang ni. Aku nak pinjam telefon dia. Nak call ummi. Dekat dalam sekolah memang ada public phone. Tapi, public phone tu asyik rosak.

"Kau kenapa tak balik lagi?"

Aku tersedar dari lamunan. Punya lah lama aku tenung telefon dia. Nasib baik dia tak perasan. Aku pandang wajah Izwan dan dia turut memandangku.

"Aku—"

"Nah."

Aku terkedu. Izwan tiba tiba menghulurkan telefon nya kepada ku. Aku pandang dia dengan muka blur 2.0.

"Apa ni?"

"Dadah."

Aku menjulingkan mata aku ke atas. Dia kalau tak loyar buruk memang tak sah.

"Ambik la. Kau nak guna kan?"

Aku teragak agak dibuatnya. Macam mana dia tahu aku nak pinjam? Dia ada deria keenam ke? Telepati?

Nak ambik ke tak nak? Kalau ambik, dapat lah aku call ummi. Tapi masalahnya, aku malu.

Malu bertanya sesat jalan.

Ish. Aku tahulah. Masalahnya sekarang ni, aku tetap malu.

"Tak nak sudah," Izwan tiba tiba memasukkan telefon tadi ke dalam poket seluar tracksuit nya.

"Eh... nak nak!" aku terpaksa rendahkan ego. Kalau tak, tak balik aku.

Izwan senyum. Telefon tadi dihulurkan semula pada aku.

Aku menyambut huluran itu dengan sepantas kilat.

Mata aku tertumpu pada skrin telefon yang luas itu. Berapa inci skrin telefon dia ni? Kalau main game, mesti syok. Tapi, si Ketua Pengawas ni main game ke? Muka macam tak minat game.

Wallpaper  telefon dia buat aku tersenyum dalam hati. Sweet. Dia letak gambar mak dengan ayah dia jadi latar belakang telefon. Bagus bagus!

Aku kerling Izwan sesaat. Dia tak pandang aku. Dia sedang menggeledah beg dia. Apa yang dia cari pun aku tak tahu lah. Jadi, misi aku sekarang ni...

Aku nak geledah telefon dia!

Aku tengok setiap aplikasi yang terdapat di dalam telefon itu. Whatssap, Instagram, Spotify, Twitter, Youtube... em.. tak ada yang menarik.

Eh. Jap!


Aku nampak suatu lambang. Itu aplikasi Alquran. Bakal suami mithali ni. HAHAHA.

"Dah ke belum? Lamanya. Kau tak jumpa tempat nak dail tu ke?"

Hampir tercampak telefon itu apabila Izwan tiba tiba bersuara.

"Eh mana ada. Dah jumpa. Aku baru nak dail. Tadi, aku lupa nombor telefon mak aku."

Walaupun alasan aku nampak macam tak masuk akal, aku hentam je. Hampir kantoi.

Izwan cuma mengangguk kecil sebelum kembali menggeledah beg miliknya. Dia cari apa sebenarnya?

Aku kembali menatap skrin telefon itu. Mata aku tertancap pada satu aplikasi yang terdapat di telefon Izwan. Aku ketawa besar.

"Kau pahal?" soal Izwan. Pelik bila aku tiba tiba gelak.

Serius aku tak boleh berhenti. Aku teruskan gelak sampai terbatuk batuk.

"Laura Ameena."

Aku berhenti ketawa tapi senyuman nakal masih tersungging di bibirku. Aku pandang Izwan di sebelah. Dia mengerutkan dahinya.

"Apa yang lawak?"

"Izwan, aku simpati dengan kau. Kau ni macam baby la,"

Kerutan di dahi Izwan makin kelihatan.

"Apa? Aku tak fahamlah."

Aku menunjukkan skrin telefon itu kepadanya. Riak wajah Izwan mula berubah. Dia cuba mencapai telefon itu tapi aku lebih pantas mengelak.

"Bagi telefon aku!"

"Tak nak!"

"Laura Ameena!"

"Ya, Izwan Hakiem?"

"Bagi!"

Aku menggeleng.

"Aku akan bagi. Tapi lepas aku viralkan yang kau ada download game masak masak dalam phone kau."





































❀❀❀


"APA?"

"Maafkan ummi, Meena. Ummi betul betul lupa yang Meena balik harini. Ummi sibuk sangat. Ni pun, ummi baru balik dari kursus."

Air mata aku bergenang.

"Habis? Macam mana sekarang? Ummi nak Meena tunggu sampai minggu depan ke dekat sini?" tersekat sekat suaraku menahan rasa sedih.

Ummi melepaskan keluhan berat.

"Tunggu dekat dalam kawasan sekolah. Ummi on the way."

Aku memutuskan talian. Sampai hati. Sampai hati ummi lupa pasal aku.

Kursus tu lagi penting ke dari anak sendiri?

"Mak kau lupa nak ambik ke?"

Aku tersentak apabila mendengar suara itu. Aku lupa yang dia ada di sebelah. Aku menoleh ke arahnya.

Izwan mengerling jam tangan miliknya. Dah pukul 7:50. Solat Maghrib pun belum ni.

"Kau? Kenapa tak balik lagi?" soalku.

Pelik juga sebab dari tadi dia tunggu dekat sini dengan aku.

Belum sempat Izwan memberikan jawapan, sebuah kereta Alphard hitam berhenti di hadapan kami.

Seorang lelaki separuh abad keluar dari tempat duduk bahagian pemandu dengan terkocoh kocoh.

"Maaf, Izwan. Pak Mat lewat sikit. Tadi tayar kereta bocor kat tengah jalan."

Pak Mat? Pak Mat jualan donat? Eh. Tu lagu. Siapa pulak ni?

Izwan bingkas bangun.

"Tak apa. Tak lama pun."

Aku kat situ mula rasa nak nangis. Izwan, jangan lah pergi. Kalau dia pergi, siapa nak teman aku dekat sini? Kalau ada orang jahat macam mana? Dah lah gelap. Huwaaaa.

"Meena, jom."

Aku pandang wajah Izwan dengan riak gusar.

Jom? Jom apa? Jom heboh?

"Nak pergi mana?" soalku, blur.

Izwan melepaskan keluhan berat.

"Kau tu perempuan. Takkan lah aku nak tinggalkan kau kat sini. Kalau jadi apa apa macam mana? Jom ikut aku. Aku hantar kau balik."

"Rumah aku bukannya dekat. Aku tak suka susahkan orang."

Aku sebenarnya tak nak jawab macam tu. Aku memang nak ikut. Tapi...

Segan.

Izwan memandangku dengan riak serius. Okay aku seram. Dia ni kalau buat muka serius, katak pun boleh menyorok balik bawah tempurung.

"Kau akan susahkan aku kalau kau tak ikut aku sekarang. Kalau jadi apa apa dekat kau, aku yang susah. Masuk kereta. Kalau tak, aku dukung kau."

Iee dia ni. Tak habis habis nak dukung orang. Tolong sikit. Abah sorang je lelaki yang dibenarkan untuk dukung aku okay!

Aku memandang wajah Pak Mat yang berdiri di sebelah Izwan. Dia menghadiahkan senyuman manis kepadaku.

Okay, sekarang macam mana? Aku nak ikut dia ke tak?

Kalau nak tunggu Ummi, paling cepat pun lepas sejam baru ummi sampai. Dalam sejam tu, macam macam boleh jadi dekat aku.

Tapi, kalau aku ikut dia...

Weh, aku kalau boleh memang tak nak ikut. Menyusahkan. Bukan tu je. Dia musuh nombor satu aku kot. Takkan lah aku nak terima bantuan dari musuh aku sendiri.

Tapi, kalau difikirkan balik, aku bukannya berdua duaan dengan dia. Pak Mat ni kan ada. Jadi—

"Laura Ameena. Please listen to me this time,"

Aku memandang wajah Izwan. Dia buat muka serius. Aku melepaskan keluhan berat.

Ikut je lah dia, Ara. Kalau ada orang culik kau bawak masuk guni macam mana? Iee merepek. Muat ke aku nak masuk dalam guni tu?

"Jom lah, Pak Mat. Biarkan jela dia kat sini."

Aku terkedu tatkala Izwan tiba tiba berjalan menjauhi ku menuju ke arah kereta tadi. Pak Mat pula hanya mengekori dengan berat hati. Pak Mat masih menoleh memandangku. Serba salah mungkin?

"Izwan..." aku memanggilnya dengan suara perlahan.

Izwan menoleh. Memandang aku dengan pandangan dingin.

"Nak apa?"

Aku buat muka kesian.

"Nak ikut..."








































❀❀❀

SEKARANG, aku dan Izwan duduk bersebelahan dalam kereta ni.

Aku rasa awkward . Tapi, aku cuba kawal diri aku dari nampak tak selesa. Ala, lagipun aku ada letak beg sandang aku kot kat tengah tengah. Halal gap gitu.

Tadi kitorang baru je lepas berhenti dekat surau untuk solat maghrib. Sekarang dah pukul 8:30 malam. Aku dah telefon ummi dan bagitahu yang aku tumpang kawan untuk balik. Memang banyak lah soalan ummi. Lepas aku yakinkan ummi, dia suruh aku jaga diri dan hati hati.

Suasana dalam kereta ni agak sunyi. Cuma kedengaran sayup sayup suara Ziana Zain tengah nyanyi lagu Madah Berhelah dari dalam radio.

Pak Mat fokus memandu. Aku pulak dari tadi halakan pandangan ke luar. Tak mampu nak toleh sebelah kanan.

Izwan pulak? Tak tahu. Aku tak berani nak pandang dia.

Aku gosokkan kedua dua tapak tanganku beberapa kali. Sejuk. Volume berapa Pak Mat bukak econ ni?

Dah lah aku cuma pakai T-shirt lengan panjang biasa je. Hoodie aku semua dah kotor dan aku malas nak basuh.

Aku telan air liur. Aku ni dahlah jenis yang tak suka dengan suasana sunyi sepi macam ni. Aku beranikan diri untuk toleh ke kanan perlahan lahan.

Aku terpaku.

Izwan.

Dia dah tertidur?

Aku pandang wajah Izwan di sebelah. Dia bersandar pada kerusi sambil memeluk tubuh dengan mata terpejam. Di telinganya ada earphone yang disambungkan dengan telefon pintarnya. Dia nampak tak selesa. Mungkin sebab tidur dalam keadaan macam tu. Aku tatap wajah dia lama.

Okay. Aku mengaku. Dia memang hensem. Dia memang sempurna. Semuanya. Dari mata kelabu dia tu, hidung dia yang sedikit mancung, kening dia yang lebat, dan bibir merah jambu dia.

Kau dah kritikal ni, Ara. Patutlah Islam tak benarkan perempuan dan lelaki bertatapan lama lama. Takut timbul perasaan bukan bukan macam ni la.

Aku kerling Pak Mat di hadapan. Dia fokus memandu. Aku pandang Izwan kembali. Tak salah kan kalau aku nak cuba...

Perlahan lahan aku ambil beg sandangku yang terletak di tengah tengah antara aku dan Izwan. Beg itu aku letak di atas ribaku. Beg tu ringan je. Cuma ada beberapa buah buku dan alat tulis. Acah acah nak buat kerja rumah dekat rumah nanti. Last last tiru Diyana punya jugak.

Aku cuba hilangkan gugup. Aku rapatkan kedudukan aku dan dia. Rapat gila sampaikan aku boleh dengar deruan lembut nafas dia.

Bernafas pun comel.

Aku tak tahu kenapa. Tapi aku rasa selamat dan tenang bila duduk dengan dia. Sebelum ni, aku tak pernah selesa nak duduk sebelah lelaki walaupun cuma duduk dalam komuter ataupun pengangkutan awam yang lain.

Tapi dengan dia lain. Aku tak tahu macam mana nak jelaskan perasaan tu. Stress aku.

Aku pejam mata. Wangi.

Perlahan lahan aku cuba tarik earphone dari telinga kiri Izwan dan memasukkannya ke dalam telingaku di sebalik tudung bawal maroon yang membaluti kepalaku.

Aku terdiam.

Nevermind i find,
Someone like you,
I wish nothing but the best,
For you too,
Dont forget me,
I beg,
I remember you say,
Sometimes it last long,
But sometimes it hurt instead.

Ni—

Ni lagu favourite aku. Someone like you by Adele.

Dia pun minat lagu ni ke? Kebetulan?

Tiba tiba Izwan bergerak. Aku mula gelabah. Weh macam mana ni?

Aku dengar suara kecil keluar dari mulut Izwan. Suara yang biasa keluar masa orang tidur tu.

Cute!

Belum sempat aku ingin mencabut earphone tadi, Izwan tiba tiba merapati aku dengan mata terpejam. Aku tersentak. Okay ni tak lawak.

Jantung aku seakan akan terhenti tatkala Izwan tiba tiba melentokkan kepalanya di atas bahu aku. Lidah aku kelu. Badan aku kaku. Aku macam kena strok. Tak mampu gerakkan badan langsung.

Aku cuma kaku disitu. Aku tahu dia tak sedar. Tapi aku takut kalau dia bangun nanti, dia kata aku yang ambik kesempatan. Gila!

Aku cuba nak tolak dia. Tapi tiba tiba aku rasa tak sampai hati. Dia penat sangat agaknya. Husnuzon!

Tiba tiba aku merasa pegangan erat pada lenganku. Aku cuba pandang ke bawah walaupun agak sukar dengan keadaan sekarang ni. Aku terkedu tatkala melihat Izwan mendaratkan tangannya pada lenganku.

Walaupun berbalut, aku masih rasa tak selesa. Ya Allah, macam mana ni?

Aku menelan liur. Istighfar, Ara. Istighfar!

"Iz... Izwan..."

Aku panggil nama Izwan dengan suara aku yang paling perlahan. Rasanya, Pak Mat pun tak dengar.

Izwan menggeliat kecil namun masih tidak berganjak.

Aku mula rasa nak nangis.

"Izwan... bangun..."

Tiba tiba kepala Izwan yang berada di bahuku bergerak dan dia akhirnya bangun. Aku dan dia saling berpandangan. Muka dia masih blur. Mamai kot.

"Meena..."

Aku menelan liur. Suara serak basah dia buat jantung aku berdegup 4 kali ganda lebih laju.

"Yy—Ya?" soalku dengan suara tersekat sekat.

"Kau ke ni?"

Aku mengerutkan dahi. Apa maksud soalan dia?

"Ya. Aku lah ni,"

Izwan memandang aku lama dengan mata dia yang masih kuyu.

"Its good to see you again. I miss you so much all this while,"

Aku tergamam. Apa benda yang dia merepek ni? Dia mimpi lagi ke apa?

Izwan memberikan senyuman manis kepada aku sebelum matanya kembali terpejam rapat.

Aku mengerdipkan mata ku berkali kali. Apa benda yang dia merepek ni?

Tiba tiba telefon di riba Izwan bergetar menandakan ada panggilan masuk. Aku lihat Izwan mengeluh kasar sebelum telefon itu dicapai malas dengan mata yang masih terpejam.

"Hmm..."

"Tak dengar la. Cuba cakap slow slow."

Aku tertarik. Siapa yang call?

Mata Izwan tiba tiba terbuka luas. Telefon tadi melurut jatuh ke bawah. Aku yang tengok pun terkejut. Ni dah kenapa pulak?

"Pak Mat. Kita balik. Cepat."

Pak Mat dan aku sama sama tercengang. Kata nak hantar aku balik dulu? Kenapa nak balik rumah dia pulak?

"Kenapa ni, Izwan? Kata nak hantar kawan Izwan balik dulu?"

"Papa. Papa kena heart attack!"






























❀❀❀


"HABIS, macam mana?"

Aku melepaskan keluhan berat.

"Nanti apa apa, Meena call balik. Ummi jangan risau. Meena okay."

"Macam mana ummi tak risau? Meena tu perempuan. Kalau jadi apa apa? Meena bukannya kenal sangat dengan budak lelaki tu kan. Sekarang ni, Meena dekat rumah dia pulak. Ya Allah..."

Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Aduh. Ummi dah mula.

"Ummi, Meena janji Meena akan jaga diri okay? Ummi jangan stress stress. Nanti Meena call balik."

Aku mendengar keluhan dilepaskan oleh ummi di hujung talian.

"Jaga diri. Kalau ada apa apa, cepat cepat telefon."

"Okay. Assalamualaikum,"

"Waalaikumussalam,"

Aku melihat kawasan sekeliling. Sumpah rumah ni macam istana. Dia punya ruang tamu ni boleh buat kenduri kahwin. Luas! Belum lagi bilik. Mesti gempak.

Aku memandang telefon di tanganku. Telefon Izwan. Izwan ada dekat tingkat atas. Bilik ayah dia. Aku sorang sorang kat ruang tamu ni ha. Huhu.

"Excuse me."

Satu suara menyapa telingaku. Aku menoleh ke arah suara tadi. Lidah aku kelu.

Gadis di hadapanku itu memeluk tubuh.

Aku terus berdiri. Tangan aku hulurkan penuh rasa sopan dan hormat.

"Hai. Saya Laura,"

Dia memandang aku dari atas hingga bawah dengan pandangan jengkel.

"Datang dari ceruk kampung mana ni? Nak apply jadi bibik baru dalam rumah ni ke?"

Riak wajah aku berubah.

Bibik? Bibik dia panggil aku? Huluran tangan yang tak bersambut tadi aku tarik kembali.

Dia mendekati aku.

"Tell me. Who are you? What are you doing in this house? You don't even deserve to step here."

Aku hanya memandang wajah perempuan itu tanpa membalas. Aku kagum. Cantiknya dia. Dalam gambar cantik. Kat luar gambar lagi cantik. Apa nama dia? Aku lupa.

"Nayli."

Aku dan gadis itu menoleh ke suatu arah. Aku lihat Izwan sedang berjalan ke arah kami.

"Wan..."

Aku meremang.

Euw. Perempuan ni memang sengaja gedikkan suara macam tu ke? Tak comel okay. Ieee... tadi bukan main. Gaya macam nak telan aku je. Depan Izwan lembut macam sotong ni dah kenapa?

Izwan memandang ku. Aku alihkan pandangan ke arah lain.

"Meena. Sorry buat kau tunggu."

Aku senyum paksa.

"Tak apa. Ayah kau kan sakit."

"Izwan, who is this?" Nayli mencelah.

"Ni Laura. My classmate." Jelas Izwan tenang.

Wajah Nayli jelas memaparkan riak tidak senang. Aku tak kisah. Nak benci? Silakan. Dah ramai sangat orang yang benci aku sampai aku dah tak rasa apa apa.

"Ayah kau macam mana? Dia okay?" soal aku prihatin.

"Alhamdulillah. Doktor cakap, papa cuma kena banyakkan rehat. Dia tengah tidur dalam bilik.Thank you for asking,"

"Okay. Kalau macam tu, aku balik dulu la." Aku capai tote bag hitam milik aku di atas sofa mewah itu.

Serius aku rasa tak selesa. Aku nak balik. Nak balik!

"Okay. Aku panggil Pak Mat kejap. Aku teman kau balik sekali."

Aku hanya memberikan anggukkan kecil. Tak kisahlah. Janji dapat balik.

"Wan."

Kami bertiga menoleh ke suatu arah. Kelihatan seorang wanita berusia lingkungan 30-an berjalan ke arah kami. Dia mengenakan jubah biru laut. Cantiknya!

Siapa ni?

"Ma..."

Aku terpaku. Ma? Mama? Serius ah? Muda gila.

Jap. Izwan ni bukan tak ada mak ke? Oh. Jadi ni la mak tiri dia yang dia pernah cerita dekat aku tu?

Aku dan wanita itu saling berbalas pandangan.

"Cantik. Siapa ni?"

Aku menundukkan wajah. Dia cakap aku cantik?

Izwan memandang aku sekilas.

"Dia lah Laura. Yang Wan ceritakan tadi. Dia nak balik dah."

Jap. Aku lupa. Sepatutnya, aku salam mama Izwan ni kan? Mesti dia ingat aku kurang ajar.

Aku hulurkan tangan pada wanita itu dan dia menyambutnya mesra.

"Laura. Sedap nama. Manis macam orangnya."

Aku tersengih. Bergula. Rasa nak sorok muka bawah jubin rumah ni.

"Terima kasih." Balas aku segaris.

"Laura nak balik dah? Tapi, sekarang ni dah pukul 1. Dah lewat malam. Bahaya balik malam malam ni."

Aku terlopong. Hah? Pukul 1? Aku melihat jam tangan di pergelangan tangan kiriku. Weh haah lah. Dah pukul 1:05 pagi. Tak sangka.

Yelah. Rumah aku dengan Izwan bukannya dekat sangat. Tadi tu dah nak sampai rumah aku tapi disebabkan Izwan ada emergency, kitorang pun patah balik.

"Tidur sini je la malam ni. Esok lepas sarapan baru balik. Boleh?"

Ternganga aku dengan cadangan dari wanita cantik itu.

No way!

Takkan aku nak tidur sini. Aku tak nak tidur sebumbung dengan ketua pengawas ni. Huwa!

"Tak apa, auntie. Ummi saya mesti risau kat rumah tu." Aku cuba mengelak. Tolong cakap dekat aku semua ni mimpi.

Aku tak nak tidur sini.

"Apa nombor telefon ummi?" wanita itu mengeluarkan sebuah telefon pintar daripada kocek jubahnya. Aku terkedu.

"Ha? Auntie nak buat apa?" soal aku.

"Biar auntie cakap dengan ummi. Jangan risau ya."

Aku dah tak tahu nak buat apa. Aku pandang Izwan dan bagi isyarat supaya dia tolong aku.

Tapi kau tahu dia buat apa?

Dia buat buat tak faham lepastu pandang tempat lain. Dia ni memang nak kena!

Aku akhirnya pasrah. Aku menyerahkan nombor telefon ummi kepada wanita itu.

"Mama, mana boleh bagi orang asing tinggal dekat sini. Kalau dia ni curi barang barang kat dalam rumah ni macam mana? Muka macam muka pencuri je."

Aku pandang Nayli di sebelah ku dengan pandangan benci. Apa benda yang dia merepek ni?

Ya. Aku memang pencuri. Pencuri hati. Buktinya, tengoklah macam mana mama Izwan layan aku. Aku dah curi hati dia dengan muka innocent aku ni.

Kalau lah dia tahu macam mana perangai aku yang sebenarnya, confirm dia terus sepak aku keluar dari rumah ni.

"Nayl. Jangan merepek. Aku kenal dia. Dia bukan macam tu."

Aku menarik nafas lega apabila Izwan menyebelahi aku.

Sebenarnya, dari tadi aku pelik. Apa hubungan Izwan dengan Nayli ni? Apa dia buat kat sini? Setahu aku, Izwan ni anak tunggal. Takkan lah dia bawak girlfriend dia tinggal sekali. Ish. Mengarut.

Entah entah...

Nayli ni bini Izwan!

Apa kau merepek ni, Ara? SPM tak lepas lagi takkan dah kahwin kot. Tapi tak mustahil. Zaman sekarang tak ada benda yang mustahil.

Budak umur 12 tahun pun ada yang dah kahwin.

Nayli mencebik.

"Biar auntie cakap dengan ummi. Laura mesti penat kan? Naik atas dulu. Rehat. Wan, tolong tunjukkan bilik untuk Laura."

Izwan mengangguk sebelum tiba tiba mengambil tote bag di tangan ku. Dalam beg tu cuma ada telefon aku, twisties dengan plushie unicorn aku yang comel tu. Barang lain semua dalam beg yang lebih besar. Ada dalam kereta tadi lagi.

"Eh. Kau nak buat apa?" soalku bingung.

"Bagi la aku angkatkan beg ni." Izwan membalas dengan nada mendatar.

"Tak payah. Ringan je. Aku boleh angkat sendiri." Aku berkeras.

Mati aku kalau dia tahu ada anak patung dalam beg ni. Habis jatuh imej aku sebagai kaklong berjiwa kental.

"Jangan degil. Kau nak aku angkat beg ni ke kau nak aku angkat kau?"

Amboi. Gurau kasar nampak.

Aku pandang mama Izwan. Dia sedang tahan gelak. Aduh. Comel gila lah mama tiri kau ni, Izwan. Muda remaja gitu. Aku perasan pandangan tajam Nayli tapi aku buat buat tak nampak.

Aku akhirnya menyerahkan beg itu dengan berat hati.

"Ikut aku."

Aku cuma mengangguk sebelum mengikut jejak langkah Izwan yang sedang menapak menaiki anak tangga yang terletak beberapa meter dari tempat tadi.

Sambil tu, sempat lah aku usyar kawasan sekeliling. Serius aku speechless. Sekarang aku percaya yang orang kaya tapi low profile tu masih wujud.

Izwan mana pernah tunjuk yang dia kaya. Semuanya sederhana. Hm. Bagus jugak macam tu. Nak bangga buat apa. Harta bukan boleh bawak mati.

"Ah-!"

Aku menggosok hidung aku yang terasa sakit.

Izwan menoleh ke belakang. Memandang aku.

"Kau berangan ke apa?"

Aku mencebik.

"Iee sakit tahu tak! Yang kau berhenti tiba tiba ni kenapa?"

Aku terlanggar belakang dia disebabkan dia berhenti secara tiba tiba. Aku mana perasan. Aku asyik sibuk tengok kawasan sekeliling rumah ni. Nasib baik tak langgar depan depan.

Erk.

Izwan terdiam. Masih memerhati aku yang sedang menggosok bahagian hidung aku. Mesti merah!

"Sakit?" soalnya tiba tiba.

Aku pandang dia.

"Tak. Tak sakit. Sedap. Nikmat. Best."

Egh. Apa punya soalan lah. Mesti lah sakit.

"Aku berhenti sebab kita dah sampai."

Eo? Dah sampai? Aku menoleh ke kanan. Ada sebuah pintu berwarna putih. Ni ke biliknya?

"Tingkat ni cuma ada tiga bilik."

Aku pandang sekeliling. Ada tiga pintu. Pintu putih ini bersebelahan dengan satu lagi pintu berwarna hitam. Di hadapan pintu bilik ini ada lagi satu pintu berwarna coklat gelap.

Tingkat ni? Rumah ni ada berapa tingkat?

"Rumah kau ni berapa tingkat?"

"5 je."

5 je? Gila.

Aku pun dua tingkat je. Tu pun jenuh nak mengemas. Maklumlah. Tukang buat sepah nya aku. Yang mengemas ummi je. Aku tak suka kemas rumah. Serius.

Bilik aku? Er. Jangan masuk. Nanti kau pengsan. Hehe.

"Ni bukan bilik tetamu sebenarnya." Ujar Izwan tiba tiba.

Aku pelik.

"Habis? Ni bilik siapa?"

"No one. Bilik ni memang kosong. Yang pintu coklat depan bilik kau ni, bilik Mak Jah. Dia pembantu rumah dekat sini. Kalau ada apa apa, kau ketuk je bilik dia."

Aku mengangguk.

"Tak pun, kau ketuk je pintu bilik aku."

Aku buat muka menyampah. Iee...

"Tak nak aku. Baik aku ketuk pintu pembantu rumah kau ni je. Tak kuasa aku."

Izwan ketawa lepas.

"Masuk lah. Aku tahu kau penat. Dalam tu ada tandas. Kau mandi lepastu rehat. Nanti barang barang kau aku pergi ambil kat bawah."

"Tak payah lah. Biar aku buat sendiri." Aku menolak.

"Kau ni tak melawan tak sah. Jangan nak mengada. Kau duduk dalam tu diam diam. Aku lelaki, kau perempuan. Biar lelaki yang buat kerja."

Aku buat muka.

"Tak payah buat muka. Degil."

"Eleh. Biar ah."

"Kau masuk lah dulu. Aku nak mandi jap. Lepastu baru aku ambik barang kau."

Aku mengangguk kecil. Izwan menghulurkan tote bag aku. Aku capai beg itu lalu memeluk beg itu erat.

Harini Tata teman mama okay? Mama nak peluk Tata puas puas.

Jangan pelik. Tata tu nama plushie unicorn aku. Aku bagi nama tu masa aku form 2. Penangan Kim Taehyung.

HAHAHA. YTJT GUYS!

Aku lihat Izwan memulas tombol pintu di sebelah bilik aku. Aku mengerutkan dahi.

"Kata nak mandi? Yang kau masuk dalam bilik tu kenapa?" soalku.

Izwan dan aku saling berbalas pandangan.

"Habis? Takkan aku nak mandi dekat dalam bilik kau pulak. Mesti lah aku nak mandi dalam bilik aku."

Aku ternganga. Jap.

Tu bilik dia? Bilik aku sebelah bilik dia?

"Kenapa pandang macam tu? Ke kau nak share bilik dengan aku?"

Aku pandang Izwan dengan pandangan maut.

"Baik kau masuk dalam bilik kau sekarang sebelum aku sepak kau." Aku beri amaran.

Iee pervet!

Izwan ketawa. Gurau sikit pun tak boleh. Dia terus masuk ke dalam bilik itu dengan tawa yang masih bersisa.

Aku menggigit bibir bawah. Tak. Tak. Semua ni mimpi. Bangun, Ara. Bangun dari mimpi buruk ni. Tak mungkin.

Tak mungkin aku kena bermalam dekat rumah dia. Satu bumbung, bilik sebelah menyebelah. Mimpi buruk yang ngeri!

"Berapa lama lagi kau nak tercegat depan pintu tu? Baik kau masuk bilik sekarang. Kalau ada apa apa lembaga datang, jangan mintak tolong aku."

Aku mendengar suara Izwan dari dalam biliknya. Mana dia tahu aku tak masuk bilik lagi ni? Takkan ada CCTV kot.

Jap. Dia cakap... lembaga? Weh lembaga apa pulak ni?

Nak balik!

Dengan kegelabahan tahap maksima, aku pulas tombol pintu tadi lalu meloloskan diri ke dalamnya.

Tak apa. Kau kenakan aku kali ni? Kau tengok la. Aku kenakan kau kaw kaw kat sekolah nanti Izwan!

Jap. Gelapnya. Mana pulak suis lampu ni? Meremang bulu roma aku. Sunyi. Aku meraba dalam kegelapan. Cuba mencari suis lampu.

Ah. Jumpa!

Dengan sekelip mata, ruangan bilik itu terang benderang dengan cahaya.

Aku tersenyum lebar. Wah!

Bilik itu tampak ringkas dan mewah dengan katil bersaiz queen dengan tema bilik berwarna pastel. Di sebelah katil, ada laci dan ada juga meja solek bersaiz besar.

Aku melangkah ke meja solek. Senyum aku melebar melihat pantulan diri pada cermin itu.

Tudung aku senget. Dari tadi ke ni? Allahu, malunya.

Ah, lantaklah. Senget pun lawa HAHAHA.

Aku kembali melontar pandangan pada isi bilik.

Simple yet elegant. Aku suka. Mata aku meliar ke seluruh kawasan bilik itu. Luas.

Aku tertarik melihat suatu sudut di bilik itu. Ada sebuah kerusi gantung yang berhadapan dengan jendela bilik.

Wah. Cantik! Boleh lah aku layan Crash Landing On You sambil landing atas kerusi tu malam nanti. Yeah!

Aku berjalan ke arah kerusi tergantung itu. Secara tidak sengaja, aku tertolak cermin tingkap yang ada di belakang kerusi itu.

Eo? Aku terkejut apabila ia tiba tiba terbuka. Jap. Ni bukan tingkap. Tapi sliding door. Aku buka sliding door itu perlahan lahan.

Ah. Sejuk.

Aku berjalan ke luar. Wah. Bilik ni ada balkoni. Balkoni ni boleh nampak seluruh kawasan taman perumahan. Dari sini, aku boleh nampak kolam renang rumah ni di bahagian sebelah garaj. Cantik!

Aku menoleh ke suatu arah. Eh. Bilik Izwan pun ada balkoni. Balkoni bilik aku dan Izwan ni berhadapan. Kiranya, kalau dia dan aku keluar serentak, kita orang akan berhadapan sesama sendiri. Malunya. Haraplah tak terjadi.

Aku meraup wajah. Kena masuk ni. Serius sejuk. Kalau lama lama, demam pulak.

Aku melangkah masuk. Pintu sliding door itu aku katup rapat sebelum aku melabuhkan punggung di birai katil.

Aku tersenyum tiba tiba. Aku boleh dengar dengan jelas dari sini bunyi pancuran air dari bilik sebelah. Dia tengah mandi la tu.

Macam tak percaya. Aku dekat rumah musuh aku sekarang ni. Aish. Betullah orang kata. Jangan sangka buruk dengan orang. Mana tahu suatu hari nanti orang tu yang tolong kita.

Siapa kisah? Dia tetap musuh aku.

Aku capai telefon aku di dalam beg tadi. Huwa. Lupa!

Battery telefon aku dah habis. Charger pula ada dalam beg baju dekat dalam kereta Izwan.

Aku merebahkan tubuh di atas katil itu. Best. Empuknya katil ni. Aku memejam mataku serapat rapatnya.

Secara tiba tiba aku teringat balik cerita Izwan pasal lembaga tadi.

Lembaga apa agaknya? Aku ni dahlah penakut.

Dum!

Aku tergamam.

Bu—Bunyi apa tu? Aku meneguk liur. Okay ni tak lawak. Aku bangun dari pembaringan.

Aku capai Tata di dalam beg lalu aku peluk erat. Tata, tolong mama!

Dum!

"Ah! Izwan... tolong aku!"
















To Be Continued




bubye
love you ♡
borahae 💜

with love,
wany ♡

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top