00 : 11
« hold me »
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
enjoy reading my blueberries ♡
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
So you said,
You found,
Somebody else,
And I prayed,
That that,
Was just a lie,
So I said I love you one more time,
In case that would change your mind.
MERDU.
Suara merdu empunya seorang lelaki menghiasi ruangan bilik muzik dengan iringan piano yang syahdu.
Aku sebak tiba tiba. Kenapa lagu tu macam ditujukan untuk aku?
"Wah. Sedapnya suara kau! Pandai main piano pulak tu. Kitorang memang cari orang macam kau untuk join kelab kitorang ni,"
Aku tersedar dari lamunan tatkala mendengar suara tepukan gemuruh yang bergema di dalam bilik muzik itu.
Aku luruskan pandangan dan memandang Harris yang sedang duduk di atas pentas kecil di situ dengan piano di hadapannya.
Dia tersenyum manis.
Aku menoleh ke belakang. Memandang wajah semua ahli kelab muzik itu. Ramai yang datang harini. Mungkin, lebih dari 50 orang.
Yelah, bilik muzik ni ada econ. Mestilah semua semangat nak datang. Cuba kalau bilik muzik ni dekat padang. Confirm kedatangan kosong.
"Macam mana, Laura? Dia pass tak audition ni?"
Aku pandang wajah Adam disebelah ku yang turut memandang aku. Semua orang disitu turut mengalihkan pandangan padaku. Menanti jawapan.
"Kau je lah yang buat keputusan. Kau kan pengerusi. Aku cuma naib pengerusi je," balas aku pendek. Aku tengah tak ada mood ni.
Adam mengerutkan dahinya.
"Mana boleh macam tu. Aku dengan kau yang handle kelab ni. Apa apa keputusan, aku kena pastikan kau setuju."
Aku tersenyum tawar.
Clerk—
Tiba tiba pintu utama bilik muzik itu terbuka. Kami semua mengalihkan pandangan pada pintu itu.
"Abang Izwan!"
"OMG... hensemnya!"
"Wah... husband aku datang la!"
"Abang Firash pun ada!"
Aku mula menyampah apabila mendengar pelajar pelajar perempuan junior di dalam bilik muzik itu mula menggila apabila melihat Izwan yang tiba tiba masuk ke dalam bilik itu bersama Firash.
Aku memberikan satu jelingan setajam pedang samurai milik naruto kepada mereka semua. Terus terdiam diorang dibuatnya.
Tahu takut. Aku sembur serbuk cili dekat mata sorang sorang baru tahu. Gatal!
Wajah Izwan tegang. Firash disisi kelihatan serba salah.
"Eh, Wan. Ada apa ni?" soal Adam lalu terus berdiri.
Izwan berdiri di hadapan aku dan Adam. Dia pandang aku namun aku tak balas pandangan dia. Tak nak tambahkan sakit hati.
"Harris. Apa kau buat dekat sini?"
Aku memandang Izwan. Dia sedang memandang tajam wajah Harris di atas pentas kecil itu.
Harris terus berdiri dan menghampiri kami.
"Kau sedar tak apa yang kau buat ni? Kau tu naib pengerusi kelab Sports and Games. Kenapa kau tiba tiba datang audition Kelab Muzik pulak ni?"
Dari suara Izwan, aku tahu dia tengah marah. Aku tahu la. Aku kan selalu buat dia marah. Suasana di dalam kelab muzik itu sunyi sepi.
Tiada sesiapa berani buka mulut. Izwan jarang marah. Tapi kalau dah marah, ini lah jadinya.
"Aku dah hantar surat pertukaran kelab dekat cikgu. Kau lantik la Firash gantikan aku," ujar Harris tenang.
Macam lawak pulak sekarang ni. Aku ada di tengah. Di antara Harris dan Izwan yang sedang 'berperang'. Aku terus mengundur ke belakang.
"Sesenang tu je kau nak lepaskan jawatan kau? Langsung tak ada rasa bersalah ke? Apa motif kau sebenarnya ni? Kenapa kau nak lepaskan jawatan naib pengerusi untuk jadi ahli biasa dalam kelab muzik ni?"
"Wan, dah lah tu. Kita settle benda ni baik baik." Firash terpaksa campur tangan bila suasana mula menjadi tegang.
Aku di situ seakan tidak percaya. Izwan bukan jenis suka marah marah. Kenapa pula dia tiba tiba mengamuk ni? Aku pun naik seram.
"Aku tengah cuba nak settle kan benda ni baik baik." Izwan bersuara mendatar.
"Wan, dia tak masuk lagi dalam kelab ni. Aku dengan Laura tak buat keputusan lagi. Aku-"
"Siapa kata kita belum buat keputusan?"
Semua mata di situ mula memandangku yang tiba tiba mencelah Apabila Adam bersuara.
"Aku setuju Harris jadi ahli baru dalam kelab kita. Harris, mulai harini kau ahli kelab muzik yang sah,"
Aku memandang Harris yang nyata gembira dengan keputusan ku.
"Laura. Tapi..." Adam serba salah.
"Apa? Tadi kau jugak yang kata aku dengan kau boleh buat apa apa keputusan pun sebab kita yang handle kelab ni kan? So, sekarang, aku dah buat keputusan. Harris akan masuk dalam kelab kita," aku memandang wajah Adam di sebelah ku.
Izwan mengepal penumbuknya.
"Dia masih lagi ahli kelab aku. Kau tak ada hak nak masukkan dia dalam kelab kau," Izwan merenung wajah aku dengan renungan tajam.
Aku memandang Izwan dengan pandangan sinis.
"Kat luar, mungkin kau ketua pengawas. Kau yang buat keputusan. Tapi dekat sini, aku dan Adam adalah ketua. Kau tak layak nak arahkan aku untuk ikut cakap kau."
"Harris sendiri yang datang cari aku untuk masuk dalam kelab ni. Rasanya, kau sendiri yang tak pandai nak uruskan kelab kesayangan kau tu kot. Sebab tu sampai ahli tertinggi kelab pun nak undur diri."
Aku perasan perubahan riak wajah Izwan. Mungkin, dia tak sangka yang aku akan keluarkan kata kata pedas macam tu.
"Laura." Adam memandang wajah aku dan Izwan silih berganti.
Tak tahu nak sebelahkan siapa agaknya. Heh.
"Kau boleh simpan sikit tak perangai childish kau tu? Kalau kau marah dekat aku pasal hal tadi, lupakan. Jangan libatkan hal peribadi dalam hal ni."
Aku memeluk tubuh. Mungkin ya. Mungkin, aku libatkan hal peribadi. Tapi, aku takkan benarkan dia menang lagi sekali kali ni.
"Macam ni lah, Encik Izwan Hakiem Dato' Syukri."
Aku berdiri berhadapan Izwan.
"Tak payah nak paksa paksa dia lagi. Ada sebab kenapa dia pilih untuk masuk dalam kelab aku berbanding kelab kau."
"Kalau kau datang sini untuk buat kecoh, silakan angkat kaki anda untuk blah dari sini. Kedatangan kau tak dialu alukan pun."
"Kak Laura, jangan lah suruh Abang Izwan pergi."
Aku memandang ke arah suara tadi. Suara budak junior.
"Kalau macam tu, apa kata kau ikut Abang Izwan kau ni berambus dari sini."
Wajah gadis bertudung hijau itu terus berubah. Dia tunduk memandang lantai.
Aku memang savage. Tak kisah lah dengan junior ataupun senior. Aku takkan pernah tunjukkan rasa hormat. Tak kisah lah apa orang nak cakap. Aku tak nak jadi orang lain untuk orang lain. Biarlah aku jadi diri aku sendiri.
Mungkin, sebab tu la aku banyak musuh. Ada aku kisah? Yang penting, aku tak kacau orang.
"Ameena..."
Suara itu lembut memanggil namaku. Mungkin sebelum ni, aku akan 'cair' bila dia panggil nama aku dengan 'deep voice' dia. Tapi kalini tak lagi.
Aku pandang wajah Izwan dengan pandangan kosong.
"Apa lagi?"
"Please..."
Aku dapat rasakan tenungan mata dia yang cuba meraih simpati aku. Iris kelabu dia mencairkan naluri aku. Pandangan dia mampu buat jantung aku berdegup laju.
Tapi tu dulu. Sebelum dia cakap semua benda yang dia buat untuk aku selama ni cumalah atas dasar simpati. Kau tahu tak apa yang aku rasa?
Aku rasa aku ni bodoh sangat. Sebelum ni, aku tak lah selembik ni. Aku tak pernah ada apa apa hubungan istimewa dengan mana mana lelaki. Sebab aku rasa benda tu buang masa.
Buat apa aku nak ada hubungan yang serius? Daripada aku sakit hati dengan lelaki, baik aku enjoy dengan hidup aku. Aku dah cukup bahagia sekarang. Serius.
"Kau betul betul tak nak berambus dari sini ke?" aku memeluk tubuh.
Izwan masih tidak berganjak. Dia memandangku. Masih berharap aku akan mengubah keputusan ni.
"Tak apa. Kalau kau tak nak blah, biar aku je yang pergi. Aku takkan ubah keputusan aku semata mata untuk lelaki macam kau,"
Aku capai botol air unicorn berwarna ungu lembut milikku di atas meja di situ lalu terus berlalu pergi dari situ.
Laura yang dulu dah tak ada. Yang ada cuma Laura yang baru. Yang lebih keras hati dari dulu.
Dan semuanya sebab kau, Izwan.
❀❀❀
AKU lentokkan kepala pada bahu Amelia sambil memejam mataku serapat rapatnya.
Ngantuk. Pagi tadi aku terbangun pukul 3 dan terus tak boleh tidur walaupun aku dah pasang lagu twinkle twinkle little star dekat MP3 aku.
Sempat lah jugak aku sempurnakan solat tahajud 2 rakaat. Rasa tenang sangat bila dapat mengadu dengan Allah pasal semua masalah aku dekat atas tikar sejadah pagi tadi.
Amelia sedang sibuk menulis nota Kimia di dalam buku notanya. Cikgu Afifah yang sepatutnya masuk mengajar dalam kelas aku sekarang terpaksa masuk lambat sebab dia ada meeting. Jadi, semua tengah buat hal sendiri.
Bulan depan, semua murid Tingkatan 5 akan menghadapi Ujian Bulanan 1. Kelas pandai, tahu tahu jelah. Semua tengah sibuk selak buku.
Budak budak Group IG lagi selamba badak. Diorang sibuk bersolek dekat belakang kelas.
Nadya tengah tepek foundation dekat muka dia. Durra tengah pakai lipbalm. Elvira pulak tengah pakaikan Rania blusher.
Aku malas nak layan. Biarlah mangkuk ayun 4 ketul tu. Janji dia tak kacau aku. Amierul si ketua kelas tu pun dah tak kuasa nak tegur mereka berempat tu. Tak makan saman.
Amelia tolak kepala aku dari bahunya. Aku mencebik.
"Nak baring..." aku menarik lengan Amelia lalu meletakkan semula kepala ku di atas bahunya.
Amelia mengalah. Dia biarkan aku tidur di bahunya walaupun aku menyukarkan dia untuk menulis.
Tiba tiba pulak aku rindu dekat abah aku yang hensem macam Park Bogum tu. Selalunya, aku akan letakkan kepala atas bahu abah masa kitorang tengok TV sama sama. Abah pula hanya biarkan.
Aku selalu tertidur atas bahu abah. Lepastu, abah akan dukung aku masuk bilik. Kadang kadang, aku sengaja buat buat tidur semata mata nak abah dukung.
Abah... Meena rindu...
Ni abah masa zaman muda. PFFT.
"Laura, kau tidur ke?"
Aku membuka kelopak mataku apabila terdengar namaku disebut oleh satu suara.
Seorang gadis kurus melidi berdiri di tepi mejaku dengan buku Matematik Tambahan di tangannya.
Zalia namanya. Dia boleh dikatakan cantik. Katanya, dia tu kacukan. Ah lantak la. Novel ni pasal aku. Bukan pasal dia. Stop cerita pasal dia!
Aku mengangguk kecil sambil memandangnya dengan mata kuyu.
Dia memandangku dengan pandangan sinis.
"Seriously kau tidur? Kau sempat lagi tidur? Exam dah nak dekat kot. Aku tengok, kau sorang je yang paling relax dalam kelas ni."
Aku mengetap bibir. Minah ni dah kenapa? Datang tempat aku lepastu nak cari pasal. Aku nak tidur ke, nak mati ke.
Ada kaitan dengan dia ke? Dia nak menyibuk tu apahal?
"Dah aku mengantuk, aku tidur lah. Yang kau nak sibuk tu pahal?" suara aku mula meninggi tapi masih terkawal.
Zalia tersenyum sinis.
Kalau ikutkan hati aku, aku dah tampar muka dia ni pakai selipar getah aku yang jenama Flipper tu. Selipar tu dah lah padu. Sekali kena, confirm mulut senget 90 darjah.
Kenapa dia pegang buku Addmath? Sepatutnya, dia kena pegang buku Akhlak. Belajar sikit hormat orang lain. Pandai pun tak guna kalau adab ke laut.
"Dah lah Zalia. Pergi duduk. Tak payah kacau orang. Ara, tidur je. Tak payah layan minah senget ni." Amelia menyampuk.
Nasib baik ada Mel. Kalau tak, aku tak rasa aku boleh kawal baran aku.
Zalia buat muka tak puas hati sebelum berlalu ke tempatnya di bahagian depan kelas.
Mel tarik aku untuk kembali baring di bahunya tapi aku menolak. Aku tengah sakit hati. Setiap hari, ada je yang cari pasal. Apa masalah semua orang sebenarnya ni? Boleh gila aku kalau hari hari macam ni.
"Tak payah fikir sangat lah pasal dia. Mulut dia memang macam tu. Mulut longkang. Kau dah kenal dia dari Form 1 kan?" Amelia cuba menyedapkan hati aku.
Aku masih merenung perempuan mulut laser tu dari belakang. Dia tengah berbual dengan kawan dia yang mulutnya lebih kurang sama je dengan mulut dia yang tak ada insurans tu.
Ni la cabarannya kalau duduk dekat kelas depan. Berkawan dengan budak pandai kadang kadang lebih menyakitkan dari menggembirakan. Lagi lagi yang mulut macam Zalia tu.
Baik aku duduk kelas last je. Walaupun diorang semua tu perangai lagi teruk, sekurang kurangnya diorang tak ada lah nak kutuk orang lain. Diorang sendiri pun tahu diorang tak sempurna. Sebab tu lah takkan ada masa untuk diorang nak judge orang lain.
"Ara."
Aku menoleh ke sebelah. Memandang Amelia yang turut memandangku. Aku mengangkat kening.
"Apa?"
"Kau tengah 'perang' lagi ke dengan Izwan pasal hal Harris tu?"
Aku mengerutkan dahi."Kenapa tiba tiba tanya?"
Amelia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia kelihatan takut takut untuk terus bertanya. Takut aku naik angin lah tu.
"Kau tahu kan. Semua orang dah tahu yang kau gaduh dengan Izwan dalam Bilik Muzik tu. Semua orang cakap kau panas baran. Kau... kau tak marah ke?"
Aku terdiam apabila mendengar soalan yang keluar dari mulut Amelia itu.
Aku menghela nafas panjang. Aku tahu semua orang dah mula mengata aku. Lebih menyakitkan hati, aku jumpa nama aku dekat depan pintu tandas perempuan.
Laura Ameena bodoh.
Laura Ameena perempuan tak guna.
Laura Ameena acah bagus.
Benda tu buat aku kemurungan sekejap. Mana taknya. Orang yang tak kenal aku secara rapat dah mula bercerita benda benda tak elok pasal aku. Piya ada ajak aku belasah beberapa orang budak junior yang sedap mengata aku masa dekat kantin semalam.
Tapi aku menolak. Malas nak besarkan hal ni. Mulut tempayan kita boleh tutup. Mulut orang? Lama lama senyap lah tu bila dia dah penat. Baik aku buat hal sendiri je. Yang penting, aku ada kawan kawan yang selalu sokong aku dan ada untuk aku.
Semua orang mula bercerita benda bukan bukan pasal aku sejak kejadian kat bilik muzik. Tapi, ada pulak yang bangkitkan balik pergaduhan aku dengan Bella dekat dewan makan haritu. Sejujurnya, ya. Aku memang tengah stress.
"Aku nak pergi toilet jap," aku berdiri tiba tiba. Soalan Amelia aku biarkan tanpa jawapan.
"Nak aku teman?" soal Amelia pantas.
Aku menggeleng lalu terus berlalu ke meja Amierul. Dia duduk di sebelah Nazrul.
Dia yang sedang sibuk menulis sesuatu di atas buku notanya mendongak untuk memandang aku.
"Am, aku nak pergi toilet jap,"
Amierul mengangguk.
"Pergilah. Jangan lama sangat."
Aku mengangguk.
"Pas?"
Amierul membuka satu fail biru di hadapannya. Agak lama dia mencari cari. Aku kat situ pun dah tak senang duduk.
Amierul tiba tiba berhenti mencari dan memandangku kembali.
"Aku lupa. Pas keluar ada dekat Izwan. Kau pergi lah ambik dekat dia,"
Aku melepaskan keluhan seberat beratnya apabila mendengar nama itu. Kenapa pulak pas keluar boleh ada dekat dia?
Aku lontarkan pandangan ke hadapan. Aku nampak Izwan tengah duduk di meja nya bersendirian.
Dia sedang membaca buku. Meja sebelahnya ialah meja Firash. Firash pulak duduk melepak di meja Arfiq dan meninggalkan Izwan berseorangan.
Seram pulak aku tengok muka serius Izwan. Nak pergi ke tak? Aduh. Aku tak boleh tahan dah ni.
"Am, kau lah yang mintakkan." Aku memandang Amierul dengan wajah meminta simpati.
Senang cerita, aku buat muka comel. Terpaksa okay!
Amierul dan Nazrul berpandangan sesama sendiri.
"Aku malas lah nak bangun. Kau pergi jela. Izwan tu tak makan orang." Ujar Amierul selamba.
Aku mencebik. Aku tersenyum apabila terpandang wajah suci milik Nazrul.
"Naz, kau boleh tolong aku? Please..."
Nazrul menggaru lehernya. Dia kelihatan serba salah.
"Aku tahu kau baik. Tolong la. Aku tak tahan sangat ni. Kalau aku terbuang air dalam kelas ni, kau nak cuci ke?" Aku mula menggugut.
Walaupun ugutan aku tu macam tak masuk akal, tapi Nazrul akhirnya mengalah.
Aku tahu Nazrul ni baik orangnya. Dia mula berdiri dan terus pergi ke meja Izwan. Aku hanya tengok dari jauh Nazrul yang mula berborak dengan Izwan.
Aku kat situ dah tak senang duduk. Weh. Aku nak terkencing sangat dah ni! Lamanya Naz!
Nazrul tiba tiba menghampiri aku kembali. Tapi dengan tangan kosong.
"Laura, sorry. Aku dah mintakkan pas tu dekat Izwan. Tapi dia cakap, kalau kau nak pas tu, kau sendiri yang kena mintak dekat dia."
Ternganga aku dibuatnya. Yah! Tak guna punya Izwan!
Disebabkan tahap nak terkucil aku dah sampai tahap maksima, aku terus berlari ke meja Izwan.
Izwan meletakkan buku di tangannya dan mendongak. Memandang wajahku.
"Bak pas." ujar aku tanpa memandangnya.
"Mintak elok elok,"
Aku mengetap bibir.
"Orang mintak elok elok lah ni."
"Aku nak kau mintak pas ni guna suara kau yang paling manja."
Weh Izwan. Kau dah kenapa do. Aku nak terkencing sangat dah ni. Jangan buat lawak.
Aku pandang wajah Izwan.
"Tak lawak lah. Cepatlah. Aku tak tahan ni."
Izwan buat muka selamba.
"Aku nak dengar suara manja kau,"
Aku menggigit bibir. Ah. Tak tahan!
"Izwan..." aku menggunakan nada suara aku yang paling manja.
Izwan meneguk liur.
"Nak pas. Please... tak tahan..."
Dia masih memandang aku tanpa berkelip. Ni dah kenapa pulak? Tadi suruh aku buat suara manja. Aku buat la.
"Argh... lantak la!" Aku berlari keluar dari kelas itu tanpa mengambil pas di tangan Izwan. Dia tu asyik pandang aku. Bukan nak bagi pun.
Kalau aku kena denda sebab keluar tak pakai pas, aku kerat jari kau, Izwan.
❀❀❀
LEGA! Aku berdiri di hadapan cermin di dalam tandas itu sambil membetulkan tudungku. Hampir hampir aku buang air dekat depan tandas tadi. Nasib baik sempat masuk.
Aku membuka pili air. Wajah aku dibasahkan sedikit. Segar. Hilang rasa mengantuk.
Aku rasa tenang sikit. Nak tahu kenapa? Nama aku dekat depan pintu tandas tu dah tak ada. Rasanya, cleaner yang bersihkan.
Nasib baik orang yang tak bertanggungjawab tu conteng nama aku pakai marker whiteboard. Kalau permanent marker, memang tak ada harapan lah.
Aku mengatur langkah perlahan keluar dari tandas itu. Tak ada orang pulak dalam tandas waktu ni. Selalunya, penuh dengan budak budak yang ponteng kelas. Aku pun pernah buat macam tu. Tapi masa Form 2 la.
Aku dah insaf sekarang.
Aku mematikan langkah apabila melihat seorang lelaki berdiri membelakangi ku di hadapan pintu tandas itu. Macam kenal.
Tiba tiba, lelaki menoleh. Aku mengerutkan dahiku.
"Izwan? Kau buat apa dekat sini?" Soal aku.
Pelik. Dah 5 tahun sekolah sini. Takkanlah dia tak tahu lagi mana tandas lelaki mana tandas perempuan.
Dia memandangku dengan pandangan redup.
"Dah siap? Jom,"
Jap. Dia—
Dia ikut aku pergi tandas lepastu tunggu aku ke? Gila!
"Kau buat apa ni? Ni tandas perempuan. Kau dah hilang ingatan ke apa?"
Izwan hanya beriak selamba.
"Aku tahu lah ni tandas perempuan. Kau keluar tadi tak pakai pas. So, aku ikut lah kau. Kalau terjumpa cikgu disiplin pun, aku ada. Aku boleh backup kau,"
Aku terdiam. Jantung aku berdegup laju.
"Kau dah gila ke? Pas tu untuk sorang murid je keluar pada satu satu masa. Sekarang ni, kita berdua. Kalau jumpa cikgu disiplin pun, confirm kena denda."
Kata ketua pengawas. Takkanlah peraturan tu pun dia tak tahu.
"Aku tahu. Tak apa lah. Kalau kena denda pun, aku kena denda dengan kau. Its gonna be fun,"
Its gonna be fun acik dia la!
Tapi. Jap.
Asal aku rasa dia sweet tiba tiba ni? Rasa macam ada rama rama terbang dalam perut aku. Aaaa...
Aku cuba untuk mengawal diri dari tersenyum.
Kata kata Izwan tempoh hari tiba tiba bermain di benak fikiran aku.
"Kali ni pun kau kesiankan aku lagi ke?"
Wajah Izwan mula berubah. Dia nampak tak senang dengan soalan yang terpacul di bibir aku.
Aku merenung anak mata kelabu milik Izwan sedalam dalamnya.
"Jangan layan aku macam ni lagi. Aku tak nak hidup atas dasar simpati orang lain. Kenapa kau buat aku macam ni? Kau buat aku rasa macam aku ni menyedihkan sangat."
"Jangan buat aku benci kau, Izwan. Sekali aku dah benci, nak pandang muka kau pun aku tak boleh."
Aku pandang wajah Izwan sekilas sebelum terus meninggalkan dia yang masih cuba 'menghadam' kata kataku.
Kejam ke aku?
Tak.
Izwan beribu kali ganda lagi kejam dari aku.
❀❀❀
AKU membelek pelbagai jenis buku di rak putih itu. Biologi, fizik, kimia...
Ha! Jumpa pun!
Aku tersenyum sambil menatap kulit buku rujukan Matematik Tambahan itu. Aku memang perlukan buku ni untuk buat ulang kaji.
Markah aku untuk Matematik Tambahan teruk sangat. Aku pun dah tak tahu nak buat apa.
Aku terus melangkah ke sebuah meja kosong di dalam perpustakaan itu. Aku sorang je. Kawan kawan aku yang lain semua nya ada dekat dorm. Sekarang dah pukul 4 petang.
Aku cakap kat diorang yang aku nak study kat perpustakaan. Diorang memang nak teman, tapi aku yang tak bagi. Kalau dah duduk satu meja dengan budak budak tu, tak belajarlah aku. Masing masing kupas bawang.
Tak ramai pulak pelajar di dalam perpustakaan itu. Cuma 3 orang pelajar lelaki di meja hadapan yang duduk membelakangi aku dan dua orang pelajar perempuan di belakang meja ku.
Pengawas perpustakaan pula hanya seorang di kaunter. Perpustakaan ni terletak di antara aspura dan aspuri. Agak kecil, tapi selesa. Perpustakaan ni khas untuk budak asrama.
Aku menyelak helaian buku di hadapan ku itu perlahan. Masa untuk penuhkan otak dengan formula formula addmath yang mampu pecahkan kepala.
"Kau kenal Laura?"
Aku tersentak. Itu... itu nama aku.
"Laura? Laura ke Laurier?"
Suara itu makin jelas. Sah. Suara tu datangnya dari dua orang pelajar perempuan yang duduk di belakang aku.
"Aish. Laurier apa pulak kau ni. Laura la. Laura Ameena. Budak kelas 5 IBR tu."
"Oh. Minah baran tu ke. Mestilah kenal. Satu sekolah sibuk bercerita pasal dia kot. Aku pun seram tengok perempuan tu. Panas baran dia lain macam."
"Haah. Memang pun. Apa lah yang mak dia makan masa mengandungkan dia dulu. Kalau dengan kawan kawan dia pun dia boleh buat perangai macam tu, mesti dia layan mak dia lagi teruk. Mak dia mesti menyesal lahirkan anak macam dia."
Aku mengetap bibir. Air mata mula bergenang.
Aku berdiri. Dari tadi aku tahan sabar. Aku diamkan diri walaupun aku dengar dengan jelas diorang berdua seronok mengata aku.
Dua orang perempuan itu tergamam bila aku menghampiri mereka. Diorang tak perasan kehadiran aku sebab aku duduk membelakangi diorang berdua.
"Mak bapak kau tak ajar adab ke? Bukan main lagi kau mengata orang. Tengok lah dulu diri sendiri sebelum nak kutuk orang lain. Sempurna sangat ke kau? Kalau betul kau tu baik sangat, kau takkan mengata orang lain."
Aku cuba kawal diri dari mengalirkan air mata. Aku tak boleh nangis. Aku tak nak nampak lemah depan dua ekor alien ni.
Mereka berdua kelihatan serba salah. Saling bertukar pandangan antara satu sama lain.
"Kenapa diam? Tadi bukan main rancak lagi hina aku. Sekarang ni, aku dah ada depan korang. Cakaplah apa yang korang tak puas hati. Takkan kecut kot?" aku memandang kedua duanya dengan pandangan jengkel.
"Laura Ameena."
Aku menoleh. Kelihatan seorang pengawas perpustakaan menghampiri aku.
"Ada apa ni? Ni perpustakaan. Bukan gelanggang WWE. Kalau nak bergaduh, kau boleh keluar dari sini sekarang."
Aku baca tanda nama perempuan pendek di depan ku itu. Talia. Talia ke tayar?
"Kau tak nampak ke? Diorang berdua ni yang cari pasal. Asal kau nak marah aku pulak?"
Aku tak menegakkan benang yang basah. Sekarang ni, sudah terang lagi bersuluh yang diorang berdua ni hina aku.
Aku pun manusia biasa. Ada hati. Ada perasaan.
Talia bercekak pinggang. Cermin mata harry potter nya dibetulkan.
"Aku tak kisah siapa pun yang cari pasal. Satu sekolah dah bawa mulut pasal kau. Diorang berdua ni cakap benda yang betul apa,"
Aku mengetap bibir. Sumpah. Aku rasa nak hadiahkan penampar jepun paling padu dekat pipi minah ni.
Aku dah malas nak berlama lama dekat situ. Malas nak jadi perhatian. Budak lelaki yang duduk di meja hadapan tadi pun sibuk nak tengok pergaduhan ni.
Sebelum aku hilang kesabaran, baik aku blah. Aku tak nak burukkan rekod disiplin aku.
Aku memberikan jelingan tajam pada dua orang murid perempuan tadi sebelum berlalu ke pintu perpustakaan. Langkah aku tiba tiba terhenti di kaunter perpustakaan.
Otak nakal aku mula memberikan idea apabila terpandang timbunan kertas di atas meja kaunter itu.
Tu mesti kertas senarai nama peminjam buku. Tugas Talia adalah untuk masukkan nama tu dalam komputer untuk simpanan.
Aku tersenyum.
"Talia..."
Aku menoleh ke belakang setelah memanggil nama pengawas perpustakaan tadi.
Aku dan Talia saling berpandangan sesama sendiri.
"Sorry..."
Aku capai timbunan kertas di atas kaunter itu lalu mencampakkan nya di atas lantai. Sempat aku pijak kertas kertas tu. Penuh kertas tu dengan tapak kasut aku.
Mata Talia membuntang.
"Laura Ameena! Mari sini kau!"
Aku? Apa lagi. Run for my life bebeh!
Adik adik sekalian, jangan tiru aksi Kakak Laura ya.
Hoho. Cau!
❀❀❀
"PIYA! Tu roti aku la!" Raysha menjerit apabila Afieya menggigit roti coklat di tangannya.
Semua orang di kantin mengalihkan pandangan pada kami.
"Pandang apa? Nak kena?"
Semua orang terus buat hal sendiri apabila Afieya bersuara.
Piya, aku rasa kau dah boleh masuk geng ah long yang mintak hutang tu. Semua orang takut weh.
Aku menggeleng gelengkan kepala tatkala melihat Afieya dan Raysha yang masih berebut roti coklat. Macam tak boleh beli yang lain pulak.
"Jangan rebut rebut la. Aku cocok sorang sorang pakai garfu kang," Diyana menyua garfu di tangannya pada mereka berdua.
Raysha mencebik.
"D, minah tiga suku ni ambil roti coklat aku."
Aku pandang Afieya. Mak aii. Dia dah rampas roti coklat tu? Kebulur sangat ni.
Diyana buat buat tak dengar. Dia tengah syok makan nasi ayam.
"Ya Allah. Piya, kau dah kenapa? Macam sebulan tak makan aku tengok," Amelia bersuara dengan mulut penuh.
Dia sibuk menjamu selera dengan lontong dan nasi impit.
"Sebelum aku rembat lontong kau, baik kau diam." Afieya memberi amaran sambil mengunyah roti coklat tadi.
Amelia terus terdiam sambil tersengih. Ha. Takutlah tu orang ambik lontong dia.
"Ara."
Aku yang tunduk memandang bihun sup milikku mendongak. Memandang wajah Syuhada di hadapan.
"Ya?"
"Kenapa tak makan? Asyik termenung je dari tadi. Kau okay?"
Mereka mengalihkan pandangan ke arahku.
Aku mengangguk.
"Okay je. Asal? Aku nampak macam tak okay ke?"
Syuhada mengangguk.
"Bihun tu tak luak luak pun dari tadi. Selalunya, kau makan sekelip mata je."
Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal.
"Sejak bila kau pandai berahsia?"
Soalan Afieya membuatkan aku terdiam.
Aku melepaskan keluhan berat.
"Mana ada. Aku tak ada rahsiakan apa apa pun. Aku okay. Piya, habiskan bihun aku. Aku nak pergi toilet jap."
Tanpa menunggu balasan mereka, aku berdiri dan terus mengatur langkah pergi dari situ. Menuju ke tandas.
Masuk je tandas, aku mengeluh lagi. Ramainya manusia dalam ni. Aku nak basuh muka je pun. Malas ah nak beratur panjang.
Aku keluar daripada tandas itu.
Tiba tiba, aku nampak Izwan. Dia ada di laluan untuk ke Blok B. Tak jauh dari tempat aku berdiri sekarang. Dia dengan...
Aku mengecilkan mata. Alisa?
Naik menyampah aku tengok muka minah berlagak tu.
Baik aku blah sebelum diorang perasan kehadiran aku. Dah lah rancak berbual. Macam date pun ada.
Siapa kisah? Tak ada kaitan dengan aku pun.
Aku terkedu. Izwan. Dia tiba tiba pandang ke arah aku. Alamak. Matilah.
Aku gelabah. Aku kena pergi sekarang jugak!
"Meena..."
Aku pandang lengan aku yang ditarik seseorang. Aku menoleh ke belakang. Aku meneguk liur.
"Kau nak apa? Kalau nak ajak aku gaduh, esok jelah eh. Aku penat lah harini." Aku meleraikan tautan Izwan pada lengan aku.
"Aku pun malas nak gaduh. Malas nak kalah. Kau kan asyik nak menang je." Izwan senyum sinis.
Aku menjeling.
"Aku nak minta tolong,"
Aku mengerutkan dahi.
"Tolong? Tolong apa?"
"Alisa. Dia kena jumpa cikgu. Ada hal. Kau teman aku jaga kawasan tu sekejap."
Jap. Aku speechless. Dia suruh aku teman dia?
"Sejak bila jadi penakut ni? Siang siang mana ada hantu. Tu pun nak suruh orang teman. Pengecut,"
Izwan buat muka serius.
"Bukan pasal tu. Aku kena buat rondaan sekejap. Kau tolong jaga dekat tempat Alisa tengah berdiri tu sekejap. Kalau ada pelajar nak lalu kawasan tu, kau kena halang. Sekarang waktu rehat. Tak ada sesiapa yang dibenarkan masuk Blok B."
Oh.Macam tu. Aku ingat Izwan ni spesies penakut.
"Boleh tak?"
Aku pandang wajah Izwan. Dia nampak macam berharap.
"Upah?"
Aku saje je test dia. Tak ada upah pun tak apa sebenarnya. Nak jugak rasa jadi pengawas. Marah orang sana sini.
"Upahnya, aku jadi boyfriend kau tanpa syarat,"
Aku terkedu. Okay ni tak lawak.
"Couple haram." Balas aku selamba sambil memeluk tubuh.
Sejak dua menjak ni, dia suka pulak bergurau.
Izwan ketawa.
"Aku tahulah,"
"Aku nak kau belanja aku aiskrim." Aku ni simple orangnya. Dapat aiskrim pun aku boleh senyum sampai ke telinga.
Izwan terdiam seketika sebelum mengangguk.
Aku tersenyum riang. Yes! Aku nak suruh dia beli aiskrim paling mahal. Dia kan anak dato'. Masa ni la aku nak gunakan dia.
"Wan, kenapa lama sangat? " Alisa tiba tiba muncul di belakang Izwan.
"Tak ada apa apa. Kau pergi la jumpa cikgu tu. Aku suruh Ameena gantikan tempat kau," ujar Izwan.
Alisa pandang aku atas bawah.
Dah kenapa? Tak puas hati?
"Kau nak suruh perempuan bermasalah ni gantikan tempat aku? Yakin ke? Aku tak nak dia buat masalah. Dia ni bukannya betul sangat pun."
Okay yang ni kurang ajar. Aku mengetap bibir. Aku cuba menyusun ayat untuk membalas kutukan tadi.
"Aku kenal dia lagi lama dari kau kenal dia."
Kata kata Izwan buat aku lega sikit. Nampak lah yang dia percayakan aku walaupun aku ni banyak buat masalah.
Alisa memandang aku dengan pandangan tak puas hati. Aku tak pandang pun muka dia. Nanti takut aku tertumbuk dia pulak. Geram sangat.
"Nanti lambat. Pergilah,"
Alisa memandang aku dan Izwan silih berganti.
"Kalau kau buat hal, aku akan pastikan kau kena buang dari sekolah ni." Ujar Alisa sebelum beredar.
Tch. Cara dia cakap macam dia tu anak pengetua pulak. I don't care!
"Abaikan dia. Dia memang macam tu. Jom. Ikut aku,"
Aku mengeluh sebelum mengikut Izwan dari belakang.
Kami berdua berhenti di sebuah tiang. Aku pandang dia. Dia pandang aku.
"Kau duduk sini. Jangan benarkan pelajar masuk kawasan ni sebelum waktu rehat habis. Faham?"
Aku mengangguk kecil.
Izwan tiba tiba menanggalkan tag pengawas pada lehernya lalu tag itu disarungkan ke leher aku. Aku buat muka blur.
"Apa benda ni?" Soalku bingung.
Di tag itu, ada gambar Izwan. Tertulis nama penuh Izwan dan jawatannya sebagai Ketua Pengawas.
"Gula gula,"
Aku mencebik. Dia ni.
"Tu tag pengawas. Kalau ada budak budak nakal datang sini, kau tunjuk tag tu."
"Tapi, tag ni ada gambar kau." Aku memegang tag itu.
Izwan mengeluh.
"Habis? Kau nak aku letak gambar kau ke?"
Aku terdiam. Ya tak ya jugak. Apa lah aku ni.
"Aku pergi dulu,"
"Izwan..." aku tarik hujung baju kemeja Izwan dari belakang bila dia mula berjalan menjauhi aku.
Izwan berpaling. Aku melepaskan genggaman pada kemeja lelaki itu.
"Kenapa?"
"Aku duduk sini sorang sorang ke?"
Izwan mengangguk.
Aku menelan liur. Aku pandang sekeliling. Kosong. Tak ada orang. Mungkin, semua pelajar tengah berasak dekat kantin. Sebab tu kawasan tu sunyi sepi. Aku pulak yang seram.
"Kau pandang apa? Tak ada hantu. Aku dah jaga kawasan ni 2 tahun. Kalau ada apa apa, jerit nama aku. Nanti aku datang. Aku ronda dekat dekat je. Okay?"
Aku agak keberatan sebenarnya. Tapi akhirnya aku mengangguk.
"Jangan risau. Aku ada,"
Izwan memberikan satu senyuman meyakinkan sebelum berlalu meninggalkan aku berseorangan di situ.
Now what? Aku kena tunggu sini?
Aku mengeluh. Menyesal nya pergi tandas. Aku melabuhkan punggung di atas batu sederhana besar disitu.
Kenapa lah aku baik sangat harini? Patutnya aku tak payah dengar cakap Izwan tu. Aku kan tengah dalam fasa bergaduh lagi dengan dia pasal haritu.
Aku luruskan pandangan ke hadapan. Tiba tiba, aku terlihat kelibat sekumpulan pelajar lelaki menuju ke sini. Ada lebih kurang 6 orang. Semuanya nampak macam...
Budak nakal.
Aku terus berdiri.
"Berhenti,"
Aku menghentikan mereka dari terus melangkah. Aku kini sedang berdiri berhadapan dengan mereka. Semuanya lebih tinggi dari aku.
"Nak pergi mana?" soalku dengan suara mendatar.
"Pengawas baru eh? Cantik pun cantik. Ni single ke taken?"
Seorang lelaki berbadan gempal tiba tiba menghampiri aku. Aku melangkah setapak ke belakang.
"Jangan dekat. Sekarang waktu rehat. Korang semua tak dibenarkan berada dalam kawasan ni," ujar aku tegas.
Seorang lelaki kurus tersenyum sinis.
"Tak kisah lah waktu rehat ke waktu apa ke. Suka hati aku la nak pergi mana pun. Kau sibuk ni kenapa?"
Aku mengetap bibir.
"Bukan sibuk. Korang yang sibuk datang sini kenapa? Baik korang pergi sebelum aku panggil cikgu," aku cuba mengugut.
Sebenarnya, aku pun kecut sekarang ni. Gila tak kecut. Enam lelaki lawan sorang perempuan. Dahlah kat sini tak ada orang. Kau rasa?
Mereka ketawa tiba tiba.
"Nak panggil cikgu pulak? Ololo. Comelnya. Ni mesti pengawas pelatih kan? Sorry... abang tak takut la,"
Aku buat muka menyampah.
"Sejak bila aku jadi adik korang ni? Dah lah. Jangan buang masa aku. Pergi kantin. Sekarang waktu rehat,"
Kesabaran aku mula hilang tatkala mereka semua berjalan melintasi aku untuk masuk ke dalam kawasan Blok B itu.
"Aku kata pergi kan!"
Suara aku lantang memenuhi segenap kawasan itu.
Mereka berenam berpaling.
Aku mengundur ke belakang saat mereka menghampiri aku beramai ramai. Aku rasa tak sedap hati.
Serius. Izwan, mana kau?
"Aku sebenarnya baru nak lepaskan kau. Sebab kau perempuan. Tapi, aku paling pantang bila perempuan tinggikan suara dekat aku."
Aku menelan liur. Aku rasa macam nak pitam apabila aku terlanggar dinding di belakang aku. Jalan mati. Mereka berenam mengelilingi aku.
"Kau tak boleh lari,"
Aku memandang mereka seorang demi seorang.
"Izwan! Izwan! Tolong aku!" Aku menjerit. Tak kisah lah apa nak jadi.
Aku nak Izwan.
Izwan.
Mereka tersenyum sinis.
"Kau panggil siapa? Izwan? Si ketua pengawas tu? Dia takkan datang. Dia takkan dengar."
Air mata aku bergenang. Ummi, Meena takut.
Aku cuba melarikan diri tapi lengan aku pantas dicapai oleh salah seorang dari mereka.
"Kau nak pergi mana?"
"Izwan! Izwan!"
Perlahan lahan, air mata mengalir membasahi pipi aku.
Aku meronta ronta dalam pegangan lelaki yang tak dikenali itu untuk melepaskan diri.
Namun usaha aku gagal.
"Izwan Hakiem! Tolong aku..."
To be continued ♡
bubye
love you ♡
borahae 💜
with love,
wany ♡
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top