00 : 09
« thankyou, mr headprefect »
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
enjoy reading my blueberries ♡
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
P-PRANG!
"Allah!"
"Puan! Puan okay ke?"
Ummi mengurut dada. Ummi menghalakan pandangan pada pinggan dan mangkuk yang pecah berderai di atas lantai. Beberapa pelanggan yang ada di dalam kedai itu memandang ummi dengan pandangan pelik.
"Tak apa, puan. Biar saya yang bersihkan semua ni. Puan duduk dulu," Seorang gadis berkaca mata menghalang ummi daripada tunduk mengutip kaca kaca yang bertaburan.
Ummi memandang wajah gadis itu seraya menghadiahkan senyuman tawar.
"Terima kasih, Hanna."
Gadis berwajah manis itu menghadiahkan sebuah senyuman.
Hanna merupakan salah satu daripada 4 orang pekerja yang ummi ambil sebagai pekerja di Cafe' ini. Ummi dan Hanna boleh dikatakan rapat.
Ummi hanya memandang Hanna yang tunduk mengutip kaca kaca yang bertaburan dan dimasukkan ke dalam sebuah plastik sampah.
Ummi lantas memilih untuk beredar ke kaunter. Kerusi ditarik dan ummi terus duduk di atasnya dengan hati yang masih gundah gulana.
Sungguh. Hati aku b
erdebar debar sejak dari tadi. Seperti...
Ada kejadian buruk yang bakal berlaku. Pada siapa?
"Suami aku?" ummi mengetap bibir. Resah.
Wajah tenang suaminya terbayang bayang di benak fikiran. Pagi tadi, dia agak kelam kabut untuk ke kerja. Ada meeting tergempar katanya. Tapi tadi, baru sahaja ummi menghubungi abah. Suaranya kedengaran ceria di hujung talian.
Peluh ummi merintik di dahi. Jantung tiba tiba berdegup kencang.
Ya Allah... adakah...
Ameena?
❀❀❀
KENAPA semuanya gelap? Mana semua orang?
Air mata mengalir tanpa henti. Esak tangis ku tidak dapat ditahan lagi. Dada ku tiba tiba terasa sakit.
Ya Allah. Ini kah penghujung nyawaku? Semuanya bakal berakhir di sini?
Ummi... abah...
Meena takut.
"Meena, bukak mata kau. Kau okay?"
Dengan sedu sedan yang masih bersisa, aku membuka kelopak mata.
Sepasang mata kelabu merenung jauh ke dalam mata ku.
"Iz-Izwan..." bibir aku menggigil tatkala mengungkapkan sebaris nama itu.
Izwan mengucapkan kalimah syukur.
Aku kini berada di dalam dakapan Izwan, lelaki yang aku musuhi sejak kali pertama aku menjejakkan kaki ke sekolah elit ini.
Dia kelihatan risau. Kepala ku diusap perlahan.
"Selagi aku ada, aku akan lindungi kau."
Suara Izwan menerobos lembut ke dalam telingaku.
Kalau dia terlambat walaupun sesaat tadi, mungkin hari ni adalah hari terakhir aku dapat hidup dekat muka bumi ni.
Aku pandang mata dia tanpa berkelip. Air mata aku mengalir tanpa henti. Badan aku menggigil.
"Ara! Ya Allah! Kau okay tak?"
Kawan kawan aku dan Izwan mula menyerbu ke arah kami berdua yang berada betul betul di tepi jalan.
Izwan melepaskan aku.
Tubuh aku dipeluk erat oleh kawan kawanku. Aku menangis di dalam pelukan mereka. Serius, aku rasa trauma.
"Kenapa lintas tak pandang kiri kanan? Kalau apa apa jadi tadi macam mana?" Amelia menguatkan pelukan.
Aku hanya mampu menangis tanpa berkata apa apa. Badan aku masih terasa lemah.
"Nasib baik Laura okay," Adam menarik nafas lega.
"Jom balik. Laura kena rehat,"
Afieya mengusap perlahan bahuku apabila melihat aku yang masih diam tak berkutik.
Aku mengangguk.
Dapat aku rasakan satu pautan lembut pada lengan kiriku yang membantu aku untuk berjalan dengan baik.
Izwan.
❀❀❀
AKU membuka kelopak mataku yang terasa memberat. Balik je dari outing tadi, aku terus solat dan mandi. Lepastu, baring atas katil dan tertidur akhirnya.
Ruangan dorm kosong.
Cuma ada beberapa orang budak junior je. Masing masing tengah sibuk membawang dekat atas katil. Mana kawan kawan aku? Dah pukul berapa ni?
"Mia..." aku memanggil salah seorang dari mereka dengan suara yang serak serak basah.
Mia dan yang lain berpaling ke arahku. Masing masing kelihatan risau.
"Eh, akak dah bangun? Akak okay tak? Nak makan apa apa? Tadi kitorang dah kejut akak bangun makan malam dekat dewan makan. Tapi, akak yang kata akak penat,"
Aku cuma mengangguk lemah. Memang perut aku dah mula rasa lapar. Terpaksa lah aku isi perut dengan air kosong je. Nak beli makanan kat bawah, malas lah pulak.
"Akak okay. Mana diorang semua?"
"Diorang pergi tandas. Kak Raysha sakit perut. Lepastu dia angkut semua sekali suruh teman dia membuang. Dah lah dia sempat lepaskan gas kentut dia tu tadi. Bau 'harum'satu dorm." Zara pula menyampuk.
Raysha ni memang penakut. Semua sekali diangkutnya. Nasib baik aku yang tidur ni dia tak kejut suruh teman sekali. Kalau tak, memang aku jentik dahi minah tu sampai lebam.
"Sekarang dah pukul berapa?" Soalku sebelum cuba untuk berdiri walaupun kepala aku terasa sakit.
Nak kata aku ada terhantuk kat mana mana, tak ada pulak.
"Pukul 9,"
Aku mengangguk. Langkah aku atur perlahan untuk ke tandas. Aku nak ambil wudhu' untuk Solat Isyak.
"Err... kak..."
Aku berpaling. Memandang ke arah 4 orang junior ku yang masing masing berumur 15 dan 16 tahun.
"Tadi abang Izwan ada bagi sesuatu. Dalam plastik atas meja belajar akak."
Aku mengerutkan dahi.
"Bila masa pulak dia bagi?"
Kawasan Aspuri kan kawasan larangan pelajar lelaki. Macam mana pulak dia boleh datang?
"Dia bagi dekat Mia masa Mia turun pergi dewan makan dengan diorang ni. Mula mula, dia tanya mana akak. Lepastu, kitorang cakap lah akak tidur. And then, terus dia bagi plastik tu dan dia pesan suruh bagi akak," jelas Athirah panjang lebar.
Aku halakan pandangan ke arah plastik merah jambu yang 'tersadai' di atas meja belajarku.
Aku perlahan lahan menuju ke situ. Plastik itu aku singkap dengan penuh perasaan ingin tahu.
Riak wajahku serta merta berubah. Air mineral dan... nasi tomato? Ni... favourite aku.
Aku alihkan perhatian pula pada kertas kecil pada bungkusan nasi tomato itu.
Entah kenapa nota itu membuatkan aku tersenyum sendiri.
IH? Its stand for what?
Izwan Hakiem?
"Untunglah akak. Abang Izwan tu care sangat dekat akak. Dia siap suruh kitorang paksa akak makan. Lepastu dia kata, kalau akak degil jugak, panggil je dia. Dia yang akan datang paksa akak," Mia tersenyum sambil memandangku.
Aku buat muka menyampah.
"Care? Tak ada maknanya, Mia. Akak dengan dia tu jauh panggang dari api tau. Jangan merepek malam malam ni,"
"Betullah, kak. Tirah pun tak pernah tengok Abang Izwan tu kisah pasal perempuan macam mana dia kisah pasal akak. He do care about you, kak."
Aku terdiam. Bungkusan dan nota itu aku tenung lama. Izwan ni dah kenapa?
❀❀❀
AKU melihat pantulan wajah putih kemerah merahanku di hadapan cermin. Bahagian awning tudung sekolah berwarna biru itu aku rapikan.
Perfect!
"Ara..."
Aku menoleh ke arah Syuhada yang sedang memasukkan buku ke dalam beg sekolahnya. Ni mesti kes malas nak salin jadual malam semalam.
"Apa?" soalku sebelum terus sibuk merapikan diri.
"Betul ke kau okay? Kalau kau tak okay, tak payah lah datang sekolah. Nanti aku cakap dekat Cikgu Fauzi yang kau tak sihat."
Aku tersenyum.
"Syu, aku okay je. Serius. Semalam je rasa lemah lemah badan. Harini dah okay."
"Tu mesti penangan nasi tomato abang headprefect tu kan?" Ameliya yang sedang mengikat tali kasut di luar dorm tiba tiba menyampuk.
Aku memandang Ameliya dengan pandangan maut.
"Untunglah disayangi ramai." Raysha ketawa bersama Diyana di luar dorm.
Aku melangkah ke luar dorm dan terus menyarung sepasang kasut hitam milikku.
Pagi pagi pun sibuk nak menyakat orang. Patutnya pagi pagi ni lemau je. Tapi tak ada istilah lemau bagi kitorang. Sentiasa aktif sepanjang masa. Mungkin mak masing masing ada amalkan vitamin tenaga kot masa mengandungkan kitorang dulu.
"Tak dengar... tak dengar... " Aku berjalan seperti diva lalu terus menyandang beg sekolah dan berlalu pergi dari situ untuk ke sekolah.
"Tak ada telinga ke? Dah lah jalan macam diva. Tak tunggu kitorang pulak tu. Aku yang kejut kau pagi tadi. Tak reti nak cakap terima kasih ke?" Afieya menjerit dari dalam dorm.
Dia baru je nak pakai baju. Tu la. Kejut orang pandai. Lepas kejut, dia sibuk main telefon. Last last, dia pulak yang paling lambat.
Aku buat buat pekak sambil berjalan ke perkarangan sekolah. Tak pukul 7 lagi. Tapi tak tahu kenapa rasa semangat lain macam pulak harini.
Izwan letak apa dalam nasi tomato semalam?
❀❀❀
SEKARANG waktu Fizik. Cikgu Latiff sedang sibuk menerangkan pasal topik topik yang akan kami pelajari hari ini. Aku kat belakang rasa lepu.
Aku bermain main dengan hujung buku teks Fizik itu. Ameliya kat sebelah fokus gila. Macam tengah tengok Produce X 101.
Aku halakan pandangan ke seluruh kelas. Tanpa sengaja, aku terpandang Izwan di meja hadapan. Fokusnya dia. Patutlah pandai. Masa cikgu mengajar, dia tak pernah tak fokus.
Aku masih lagi tak ucapkan terima kasih dekat dia sebab dia selamatkan aku semalam. Lepastu, dia bagi nasi tomato pulak tu. Kalau ikutkan, aku terhutang nyawa dengan dia.
Tapi, nak cakap terima kasih tu susah lah. Lagi lagi nak cakap dekat dia. Jatuh lah air muka aku nanti. Aku tak nak berbaik dengan dia. Tapi, aku rasa serba salah.
Macam mana ni?
Aku mengetap bibir. Tak apa lah. Tak payah cakap terima kasih pun tak apa. Tak penting.
Tiba tiba, aku teringat sesuatu. Nazrul pernah cakap dekat aku yang Izwan selalu kena balik lewat sebab dia kena hantar report kesalahan pelajar.
Aku tersenyum sendiri.
Mungkin, ini je caranya untuk balas jasa ketua pengawas hati beku tu.
❀❀❀
"ARA, cepatlah. Jom pergi kantin. Aku dah suruh budak budak junior cop kan tempat untuk kita." Afieya memandang aku yang sedang mengemas buku buku di atas meja.
Kelas pun dah kosong. Diorang bab rehat laju je.
"Haah. Kemas buku pun lambat ke? Letak je lah bawah meja tu. Makan lagi penting. Sebelum aku makan kau, baik kau cepat." Raysha menggosok perutnya yang mula berkeroncong macam irama lagu dangdut.
Aku memandang wajah mereka satu persatu.
"Korang pergi lah kantin dulu. Aku nak pergi toilet jap."
"Pulak dah. Nak berak ke nak kencing?" Soal Diyana selamba.
Iee dia ni. Straightforward betul. Aku yang dengar pulak yang geli.
"Tak payah tahu la. Bukannya kau nak tolong cuci pun."
"Nak aku teman?" soal Syuhada pula.
Aku menggeleng.
"Tak apa. Aku pergi sorang. Tak lama pun,"
"Hati hati. Kalau minah minah kurang siuman tu kacau kau, kau bukak je pencak silat gayung yang aku dah ajar minggu lepas. Confirm minah minah lembik tu lari lintang pukang." Ujar Ameliya.
Aku ketawa. Bila masa pulak dia ajar aku pencak silat? Dia ajar aku cara cara membawang ada lah.
"Sudah lah tu. Jom cepat. Kang tak sempat makan, korang jugak yang meroyan." Afieya berlalu pergi dari situ menuju ke kantin. Lapar sangat gamaknya tu.
"Bye bye, Ara! Cepat sikit membuang tu. Jangan lama lama dalam tandas. Nanti syaitan tu ingat kau member baru dia pulak,"
Aku mencebik. Nak pergi tu pergi jela. Sepak kang.
Setelah mereka semua pergi, aku bangun lalu mula mengatur langkah. Bukan ke tandas. Tapi ke Kelas 5 Violet. Kelas Alisa, penolong ketua pengawas sekolah ni.
Sesampainya di situ, aku hampa. Kelas tu kosong. Alisa mesti lah dah pergi bertugas. Tak ada rezeki la aku nak jumpa dia harini.
"Cari siapa?"
Aku tersentak lalu terus menoleh ke belakang. Alisa!
Aku tersenyum.
"Aku cari kau."
Gadis cantik manis itu mengerutkan dahinya.
"Cari aku? Ada apa?"
"Ada sesuatu yang aku nak mintak. Kau ada salinan report kesalahan pelajar untuk minggu ni tak?"
Alisa mengangguk.
"Mestilah ada. Kenapa?"
Aku menarik nafas lega. Alhamdulillah.
"Boleh bagi dekat aku?"
"Kau nak buat apa? Aku tak boleh bagi maklumat tu dekat sembarangan orang. Lagi lagi pelajar biasa. Aku cuma boleh bagi dekat Izwan. Sebab dia yang in-charge untuk uruskan report tu semua."
Aku mengeluh. Halah halah dia ni pun. Gaya macam aku mintak duit pulak. Fikir aku hadap sangat ke dengan report tu?
"Izwan yang suruh kau bagi dekat aku dan pass kan dekat dia. Dia kata dia busy jadi tak sempat nak ambik sendiri."
Alamak. Ter tipu pulak. Tak apalah. Tipu sunat.
Alisa merenung wajah aku sedalam dalamnya. Muka macam tak percaya. Macam nak telan aku pun ada. Aku kat situ dah gabra. Kalau dia tahu aku menipu macam mana?
"Tunggu jap. Aku pergi ambik," Alisa terus berlalu masuk ke dalam kelas.
Yes!
Rupanya, dia tak lah bijak sangat. Dia boleh percayakan budak nakal macam aku ni? Tapi, nasib baik dia percaya. Aku malas nak bersoal jawab dengan dia. Dia tu kerek lain macam.
Tahun lepas, pernah jugak dia digosipkan dengan Izwan. Diorang tu agak rapat. Mungkin, sebab diorang kena selalu jalankan tugas sama sama. Tapi tak tahu kenapa, cerita pasal diorang tak jadi bualan hangat sangat.
Tak sepadan mungkin? Alisa tu garang gila macam singa. Muka lawa. Tapi suka buat orang terasa dengan kata kata dia yang pedas tak berlapik tu.
"Nah. Jaga elok elok. Pesan dekat Izwan, cikgu suruh hantar besok pagi kalau boleh. Tapi kalau tak sempat, lusa pun boleh," Alisa tiba tiba muncul dan menghulurkan sebuah fail kuning cair kepada ku.
Aku tersenyum riang.
"Thank you!"
❀❀❀
AKU mengetuk ngetuk jariku di atas meja belajar itu sambil menatap fail kuning cair di hadapanku.
Nak buat report ni macam mana eh? Cuma salin balik dalam laptop lepas tu print out je kan? Kacang je ni.
"Yang kau duk menghadap fail tu dari tadi dah kenapa? Ada muka Taehyung ke dekat situ?" soal Diyana yang sedang mengulang kaji di meja belajarnya.
"Tak ada maknanya. Kalau ada muka Tae, aku dah menjerit macam orang gila dekat sini. Bias aku tu,"
Ameliya ketawa mengekek.
"Apa yang special nya fail tu? Dari tadi tenung tak berkelip." Raysha mencelah.
Aku buat buat tak dengar. Fail itu aku selak perlahan. Terlopong aku dibuatnya. Mak aii. Banyaknya nama! Beratus ratus.
Sepuluh muka surat penuh dengan nama orang je. Nama pulak panjang panjang. Kena taip nama, kelas dengan kesalahan diorang sekali pulak tu.
Waaa! Tak tidur lah aku malam ni.
"Ara, kau dah cakap terima kasih dekat Izwan pasal semalam?" Syuhada tiba tiba datang dan duduk di birai katilku.
Aku menggeleng tanpa memandangnya.
"Buat apa nak cakap terima kasih? Tak penting pun,"
"Ara, kitorang ada nak cakap something ni. Tapi..."
Aku memandang wajah Syuhada dengan pandangan pelik.
"Apa dia? Cakap jelah,"
"Sebenarnya, Izwan suruh kitorang rahsiakan benda ni. Tapi, kitorang rasa macam... kitorang tak patut rahsiakan dari kau. Kau patut tahu," Ameliya membuka bicara.
Aku semakin bingung. Drama apa pulak malam malam buta ni?
"Straight to the point please. Apa benda yang kau nak cakap sebenarnya ni? Kenapa tiba tiba mention pasal Izwan?"
Mereka semua berpandangan sesama sendiri. Hanya aku dan rakan rakan ku yang berada di dalam dorm itu sekarang. Budak budak junior yang lain tengah melepak dekat dorm sebelah.
Mereka semua tiba tiba duduk di atas katil ku. Aku hanya mendiamkan diri. Nak dengar apa yang diorang nak cakap sebenarnya. Kenapa aku rasa diorang ada sembunyikan sesuatu dari aku?
"Kau ingat tak masa kita pergi outing tu, kitorang kan ada cakap terima kasih dekat Izwan. Lepastu kau nak tahu kenapa kitorang tiba tiba berterima kasih dekat dia." Ameliya menjadi wakil untuk mula bercerita.
Aku cuma mengangguk kecil. Mestilah aku ingat.
Ameliya tiba tiba memandang Afieya lalu menyenggol lengannya. Nak suruh Piya sambung cerita lah tu.
"Apahal aku pulak? Korang yang pandai pandai deal dengan dia kan? Korang cerita la. Aku tak nak terlibat." Afieya memeluk tubuh.
"Benda tu pun nak gaduh ke? Aku tampar sorang sorang kang. Biar aku yang cerita lah," Diyana menyampuk.
Bahasa dia memang kasar. Tapi jangan risau. Kitorang memang kasar. Tapi sayang menyayangi antara satu sama lain. Gitchew.
"Cerita lah. Kalau kau salah cerita, biar aku pulak yang tampar kau," ujar Raysha sambil membetulkan ikatan rambut lurus paras bahu miliknya.
"Dah lah tu. Cerita je la. Kejap lagi dah lights off." Syuhada terpaksa campur tangan.
"Okay. Macam ni. Sebenarnya..."
° Flashback °
"Apalah warden ni. Dah lah kerek. Cakap tak berlapik. Dia fikir kita ni tak ada perasaan ke apa?" Raysha menghamburkan kemarahan di luar bilik warden itu.
"Entah. Kita minta kebenaran nak outing je pun. Bukan nak pergi dating. Masalah betul. Aku punya lah cakap sopan sopan dengan dia. Ada ke patut dia maki nya aku? Ikutkan hati aku memang aku maki dia balik," Afieya mengetap bibir kegeraman.
Syuhada mengusap bahu Afieya. Mengharapkan ketenangan gadis itu. Afieya kalau dah marah memang tak ingat dunia.
"Nak maki maki pun dah tak guna. Kalau dia report dekat cikgu disiplin, tak pasal pasal nama kita busuk." Ameliya mengeluh.
"Tak apalah. Mungkin, tak ada rezeki kita nak outing harini. Jom lah naik dorm balik. Ara sorang sorang kat atas tu. Budak budak junior tu merayap je kerjanya." Raysha memberi kata putus.
Afieya melepaskan keluhan berat sebelum mengangguk kecil. Terpaksa setuju. Kalau ikutkan kepala dia, dia sanggup je keluar tanpa kebenaran warden. Hidup ni kadang kadang tak perlu nak ikut peraturan sangat.
Belum sempat mereka ingin berlalu ke warden, kelibat Izwan tiba tiba muncul. Dia baru sahaja hendak masuk ke ruangan bilik warden. Di tangannya, ada sebuah fail hitam. Mungkin, fail itu hendak diserahkan kepada warden.
Dia hanya memandang sekilas kepada mereka sebelum tangannya pantas memegang tombol pintu bilik itu.
"Izwan!" Idea bernas tiba tiba muncul di benak fikiran Diyana.
Izwan berpaling memandang kelima lima wajah manis gadis di hadapannya.
"Ada apa?" Soal Izwan. Pegangan pada tombol pintu itu dileraikan.
"Kau... em... kau boleh tolong kitorang tak?" Soal Diyana sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Izwan mengerutkan dahinya.
"Tolong? Tolong apa?"
Mereka berlima berpandangan sesama sendiri.
"Tolong apa, D?"Syuhada di sebelah pulak yang rasa pelik.
Diyana tersengih.
"Sebenarnya, kitorang nak outing petang ni. Tapi, warden tak bagi green light pulak. Kalau kau yang tolong minta izin untuk kitorang, mesti warden terus bagi. Kau dengan warden kan ngam gila."
Izwan terdiam seketika.
"Berapa orang? Nak pergi mana?"
Ameliya tersenyum riang. Dia dah tanya ni, mesti lah nak tolong kan?
"5 orang. Nak pergi makan ABC kat kedai depan tu." Jelas Ameliya.
"Eh, apa kau ni. 6 orang lah. Ara sekali. Dah lupa member ke?" Raysha menyampuk.
"Kau nyanyuk ke? Ara yang cakap dia tak nak ikut kan. Tak payah lah paksa dia. Nanti mood ribut tsunami dia tu datang, tak pasal pasal kita kena maki."
Izwan di situ hanya membatukan diri. Tengah berfikir mungkin?
"Ha. Macam mana, Izwan? Kau boleh tolong tak?" Soal Diyana lagi.
Izwan mengangguk kecil.
"Aku boleh tolong."
Setakat minta izin nak outing tu apalah sangat.
Mereka berlima bersorak keriangan. Masing masing dah mula bayangkan ABC tu dekat depan mata. Pergh. Mantap!
"Tapi ada 2 syarat," Izwan bersuara mendatar.
Mereka berlima memandang wajah Izwan dengan kerutan di wajah masing masing.
"Syarat? Syarat apa?" soal Raysha dengan penuh perasaan ingin tahu.
"Syaratnya senang je. Pertama, aku dengan member member aku pun kena join sekali."
"Oh. Kalau tu syaratnya, boleh sangat! Sambil makan, boleh jugak cuci cuci mata." Raysha ketawa mengekek.
Pantas bahu Raysha dipukul kuat oleh Afieya. Menjerit minah tu dibuatnya.
"Kau tak payah nak jadi ulat bulu gedik kat sini boleh tak? Aku sebat pakai penyapu baru tahu," Afieya memberi amaran sambil memandang penyapu yang tersadai di tepi pintu bilik warden itu.
"Abaikan dia. Dia memang gedik. Apa syarat kedua?" Soal Ameliya pula.
Izwan menarik nafas dalam.
"Meena kena ikut,"
Mereka berlima tercengang. Ha? Kitorang tak salah dengar kan? Ameena tu Laura. Laura tu Ameena. Jap. Kenapa syaratnya macam tu pulak?
"Kenapa pulak? Bukan ke korang macam anjing dengan kucing. Tak boleh terserempak langsung. Mesti gaduh. Kau buang tabiat ke apa ni?" Diyana mengerutkan dahinya.
Pelik kuasa sepuluh.
Izwan hanya beriak selamba dan tenang.
"Itu syaratnya. Kalau korang rasa tak boleh ikut, tak apalah. Aku masuk dulu," Izwan memalingkan tubuh. Ingin masuk ke dalam bilik itu untuk menyerahkan fail itu kepada warden.
"Eh jap jap! Boleh boleh. Boleh gila," Ameliya bersuara.
Izwan berpaling semula.
"Okay deal. Petang ni pukul 5. Kita jumpa dekat kedai tu terus. Aku dengan member aku tolong jagakan tempat. Aku tahu, nak pujuk minah tu bukannya senang."
Mereka berlima mengangguk dengan senyuman.
"Deal!"
° End Flashback °
Aku tercengang. Tak percaya dengan cerita yang keluar dari mulut Diyana.
What the fish? Mamat stoned heart tu buang tabiat ke apa? Kenapa tiba tiba tetapkan syarat mengarut macam tu?
"Itu la apa yang jadi sebenarnya. Sebab tu kitorang beria ajak kau ikut sekali." Ameliya tersengih.
Aku cuma mendiamkan diri. Otak aku masih dalam proses nak menghadam cerita tak masuk akal tadi. Gila!
"Sah,"
Kami semua menghalakan pandangan ke arah Diyana. Ni dah kenapa tiba tiba cakap 'sah'? Ada orang kahwin ke sekarang ni?
"Kau pahal, D? Dah tak betul? Wayar dalam otak dah terputus?" Afieya memandang Diyana di sebelahnya.
"Sah. Tak syak lagi," Diyana memejam matanya rapat.
Kami semua makin tak senang duduk. Dah kena sampuk ke apa budak ni?
"Sah apa? Cakap tu biar sampai habis boleh tak? Jangan tergantung sepi macam tu. Aku rasa nak ketuk je kepala kau pakai sikat rambut boboiboy aku tu," Raysha dah mula naik angin.
"Izwan suka kau, Laura."
Aku membuntangkan mataku.
"Kau jangan nak mengarut malam malam buta ni boleh tak? Dah lah. Aku nak pergi tandas."
Aku yang baru sahaja ingin bangun dari duduk ku untuk ke tandas membatalkan hasrat apabila tanganku diraih oleh Diyana, memaksa aku duduk kembali.
"Apa tarik tarik ni? Ada apa lagi?" Soal aku yang mula panas hati.
"Percaya lah cakap aku. Dia ada simpan perasaan dekat kau." Diyana tidak mengalah. Dia masih cuba meyakinkan aku.
Aku tersenyum sinis.
"Kau jangan nak percayakan dia sangat. Entah entah, dia saje nak kenakan aku. Mungkin jugak, dia yang upah lori tu untuk langgar aku." Aku tak tahu kenapa aku tiba tiba bersangka buruk.
"Astaghfirullahalazim, Ara. Tak baik tuduh orang macam tu. Tu namanya fitnah. Kau tahu tak betapa risaunya dia bila kau tiba tiba je meluru keluar dari kedai ABC tu? Dia terus keluar untuk kejar kau."
"Masa tu jugak, kau nyaris kena langgar dengan lori tu. Nasib baik dia ada. Dia yang terus berlari untuk tarik kau ke tepi. Dia yang sanggup pertaruhkan nyawa dia sendiri untuk kau."
Aku menelan air liur ku yang terasa pahit setelah mendengar penjelasan Syuhada.
"Masa rehat tadi. Kau pergi tandas. Kitorang pulak terserempak dengan dia dekat kantin. Dia tengah sibuk bertugas dengan kawan kawan dia. Tapi bila nampak kitorang, dia terus datang dan tanya mana kau. Lepastu dia tanya kau dah okay ke belum, sakit kat mana mana tak. Dia suruh kitorang pastikan kau makan on time."
Aku tersentak. Betul ke apa yang aku dengar ni?
"Aku sebenarnya tak suka nak cakap pasal hati dan perasaan ni. Tapi Ara, kali ni aku terpaksa setuju. Dia memang ada perasaan dekat kau. Sampai sekarang, aku masih lagi tak boleh lupakan macam mana risaunya dia tengah hari tadi. Dia nak jumpa kau, tapi aku tak bagi. Sebab aku tahu, kau kalau dah jumpa dengan dia, tak pernah nak cakap elok elok. Gaduh je kerjanya," Afieya memandang wajahku.
Aku hilang punca dengan apa yang baru aku dengari.
Tak masuk akal. Serius.
Wajah tampan Izwan bermain main di fikiran aku. Tak. Tak mungkin!
"Kau okay tak? Kenapa muka kau merah macam tomato tiba tiba ni?" Syuhada risau.
Aku memegang pipi aku yang terasa membahang. Alamak.
"Alololo. Comel nya dia blushing! Malu malu pulak. Aku kahwin kan kau dengan Izwan nanti baru tahu," Diyana dan yang lain galak mentertawakan aku.
"Ieee apa korang ni! Jangan merepek boleh tak?"Aku terus bangun dan berlari ke tandas. Nak basuh muka.
Huwaa. Kenapa aku blushing tak tentu pasal ni?
"Kepak kepak keboom keboom!"
"Pengantin baru... pengantin baru... duduk bersanding... tersipu malu... ewah!"
Dari tandas, aku boleh dengar dengan jelas suara sumbang Raysha dan Diyana yang sedang menyanyikan lagu pengantin baru. Aku sumbat mulut sorang sorang pakai berus tandas nanti baru tahu.
"WEH! APAHAL TIBA TIBA GELAP NI?!"Raysha menjerit tiba tiba.
Dah lah suara dia kalah speaker. Boleh pekak telinga aku.
Aku di dalam tandas dah ketawa terbahak bahak. Padan muka. Dah pukul sebelas malam. Masa untuk lights off.
Tu la. Nyanyi lagi. Kalau suara sedap tak apa juga. Ni suara kalah suara katak panggil hujan. Hantu pun boleh menyorok dalam pasu bila dengar diorang nyanyi.
Aku meneguk liur. Jap. Hantu? Baru aku sedar. Aku sorang sorang dalam tandas sekarang ni.
Bulu roma aku meremang. Aku terus berlari ke dorm semula dengan langkah laju macam wifi dekat kedai mamak.
Lepas ni, kalau nak pergi tandas memang aku angkut satu dorm!
To Be Continued ♡
bubye
love you ♡
borahae 💜
with love,
wany ♡
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top