00 : 05
« misunderstanding »
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
enjoy reading my blueberries ♡
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
KENAPA dengan dia?
Kenapa tiba tiba dia masuk dalam court tu? Dan kenapa dia terus pergi lepas nampak aku dengan Harris walaupun aku dah panggil dia berkali kali?
Aku mempercepatkan langkah kaki. Aku nak cari dia sampai dapat.
Aku memerhatikan kawasan keliling. Hanya terdapat beberapa orang pelajar perempuan dan lelaki yang sedang duduk di wakaf bersebelahan padang sekolah.
Izwan.
Seriously...
Mana kau?
❀❀❀
IZWAN menghela nafas panjang sambil melabuhkan punggung di atas sebuah bangku di sebelah dataran sekolah.
Izwan mengeluh lagi.
Malas nak fikir dah. Biarlah dia dengan hidup dia. Aku ni siapa nak rasa sakit hati bila nampak dia dengan lelaki lain?
Dia bukan sesiapa dan takkan pernah jadi sesiapa dalam hidup kau, Izwan. Keep that forever in your mind.
Izwan membelek beg plastik merah jambu di tangannya. Dari tadi bawak ke hulu ke hilir plastik ni semata mata nak bagi dekat dia.
Sorry. Lepas ni, rumah baru kau dekat dalam tong sampah la jawabnya.
"Eh, Izwan!"
Izwan mendongak. Memandang wajah gadis di hadapannya yang tiba tiba muncul.
Gadis itu menghadiahkan senyuman manis buatnya.
"Bella? Buat apa kat sini?"
Bella tersengih.
"I pergi vending machine dekat sana tu ha. And then tiba tiba pulak nampak you kat sini sorang sorang. Tu yang I datang sini."
Izwan mengangguk kecil.
Dia terus berdiri untuk beredar. Malas nak duduk lama lama dekat sini. Dengan Bella pulak tu.
"Ala.You ni. Nak pergi dah ke? Tak nak borak borak dulu dengan I?" Bella melunakkan suara.
Izwan memandang wajah Bella sekali lagi. Ruginya jadi dia. Muka dah lawa. Tapi, kalau dia jaga maruah dia sebagai seorang perempuan, lagi cantik.
Izwan melayangkan satu senyuman tipis.
"Sorry, but I got to go."
Izwan berjalan melintasi Bella untuk menuju ke bangunan blok aspura.
"Kenapa you tak pernah appreciate effort I untuk you?"
Izwan menghentikan langkah lalu menoleh ke belakang.
Bella memandang wajah Izwan dengan riak sedih.
"Macam macam dah yang I buat untuk you. Tapi kenapa you tak pernah nampak semua tu? Look now. I nak ajak borak pun susah."
Izwan mula tak senang hati. Jangan Bella tiba tiba meroyan kat sini sudah lah. Tak pasal pasal esok keluar gosip bukan bukan.
"Aku anggap kau schoolmate aku je. Tak lebih dari tu, Bella. Please lah faham. And aku tak pernah mintak apa apa pun dari kau. Stop giving those efforts. I'm never giving any fake hope to you."
Mata Bella mula berkaca.
Izwan melangkah menghampiri gadis itu lalu menyerahkan plastik merah jambu itu kepadanya.
Bella mengangkat kening.
"Take this. Keep those tears for the right person. I don't deserve it."
Izwan terus beredar setelah Bella menyambut huluran tadi dengan senyuman dibibirnya.
❀❀❀
AKU mengelap kasar air mata yang mengalir di pipi. Bodohnya aku. Asal aku nangis pulak ni? Buang masa!
Langkah aku diatur pantas menuju ke dorm ku di aspuri. Perut aku tiba tiba terasa sebu. Masuk angin lah ni. Seharian aku tak makan apa apa. Semua ni sebab rehat tadi.
° Flashback °
"Ara, sorry. Masa kitorang nak pergi beli chocolate cake kau, acik tu cakap the last cake dah ada orang beli seminit yang lepas."
Aku mencebik.
"Ala! Aku dah lah tengah craving ni."
"Nak popia aku?" soal Syuhada sambil menghulurkan plastik berisi beberapa keping popia kepadaku.
Aku menggeleng. Tak nak. Nak chocolate cake jugak!
"Jangan lah macam ni, Ara. Kau kena makan. Kau ada gastrik. Ingat tak?" Amelia menyampuk dengan nada tegas.
Cakap dengan Laura memang kena garang sikit. Kalau tak, memang dia takkan dengar.
"Tak nak lah. Tak ada selera. Jangan la paksa."
Lantak la nak gastrik ke apa ke. Ubat banyak apa guna. Telan je la.
Raysha menggeleng gelengkan kepalanya. Perangai keras kepala Laura ni memang tak boleh dibendung.
"Tapi kan. Aku tak boleh bla la dengan perangai mak cik yang jual kek coklat tu. Gatal!" Afieya buat muka menyampah.
Amelia mengangkat kening.
"Gatal? Kenapa? Dia try kau ke tadi?"
Afieya terus meluku kepala Amelia sekuat hati. Sampai menjerit Amelia dibuatnya.
"10 kali dia cuba nak try aku, 20 kali aku reject."
Okay aku terhibur. Piya ni kan!
Amelia mencebik sambil mengusap kepalanya perlahan. Sakit tahu tak.
"Habis? Atas asbab apa kau nak cakap dia gatal?" Soal Amelia lagi.
"Makcik tu kata, 'sorry, dik. Kek coklat dah habis. Yang last tadi, dah ada sorang lelaki hensem ni yang beli. Lelaki tu mix agaknya. Mata dia warna kelabu. Sedap mata acik memandangnya'."
Aku tersentak. Mix? Mata kelabu? Tu kan...
"Eh... tu bukan Izwan ke?" soal Diyana pantas.
"Tula pasal. Dengar dulu. Ada cerita yang lagi sensasi." Raysha mencelah.
Aku malas nak buka mulut. Dengar jela. Dengar pun dapat pahala. Eh. Tu kalau dengar orang baca al quran. Lupa. Hehe.
"Masa kitorang on the way balik kelas, tiba tiba pulak terserempak dengan Izwan. Aku pun tanya la, dia ada tak beli chocolate cake. Dia kata ada. Pastu dia tanya la kenapa."
"Aku cakap la aku nak cake tu and aku try berunding dengan dia untuk beli cake tu dari dia. Pastu kau tahu tak dia kata apa?"
"Apa dia?" Soal ku pantas.
"Dia kata, dia nak bagi cake tu dekat sorang perempuan yang special."
° End flashback °
Kenapa aku tak boleh berhenti nangis ni? Aku menghentikan langkah di hadapan tangga untuk naik ke bilik dorm aku. Kawan kawan aku tak boleh nampak aku nangis. Aku tak nak diorang tanya apa apa.
Muka aku memang akan merah kalau nangis. Especially bahagian hidung. At least, aku kena hilangkan bukti yang aku nangis ni sebelum masuk dorm.
Aku terus meluru ke bawah tangga dan duduk bersendirian disitu. Aku terbayang semula apa yang aku nampak tadi.
Izwan hulur beg plastik merah jambu dekat Bella lepastu terus pergi. Bella bukak plastik tu. Dan aku nampak dengan jelas. Benda yang ada dalam tangan Bella tu...
Kek coklat.
So... your precious girl is Bella?
Macam mana aku boleh nampak? Actually aku ada je dekat situ. Agak jauh dari diorang. Aku tak dengar apa yang Izwan cakap dekat Bella. Dan aku tak rasa aku sanggup nak dengar.
Kau ni dah kenapa, Ara? Kenapa lembik sangat? Kenapa kau kena bazirkan air mata kau untuk dia? Kau ada apa apa perasaan dekat dia ke?
Aku mengelap air mata sambil menggeleng gelengkan kepala. Tak! Aku tak ada apa apa perasaan pun dekat dia.
Habistu, kenapa kau nangis?
Aku menghela nafas panjang. Kenapa dengan aku ni?
❀❀❀
"ARA, makan la. Favourite kau kan?"
Aku mendongak. Memandang wajah Syuhada di hadapanku yang sedang berselera menikmati nasi tomato itu.
Nasi tomato adalah antara makanan favourite aku. Tapi tak tahu kenapa.Tiba tiba harini, selera aku mati.
Aku menggeleng. Pinggan berisi nasi tomato di hadapanku aku tolak perlahan. Aku dah kata, aku tak nak makan. Tapi Amelia degil. Dia yang ambikkan makanan ni untuk aku.
Malam ni menunya special sikit. Tadi, kitorang baru je lepas tahlil masa sebelum solat Isyak. Sebab malam ni malam Jumaat.
Disebabkan tu jugak, dewan makan penuh macam ada sale. Nasib baik kitorang turun awal. Dapat lah meja yang besar. Boleh muat 8 orang lagi ni ha. Meja yang lain semua dah penuh.
"Kau okay tak ni? Asal dari tadi lain macam je?" soal Raysha sambil memandang tepat ke arah wajahku.
Aku tersenyum tawar. Perut aku dah mula rasa sakit. Tapi, aku tahan je.
"Seriously aku okay. Korang makan je la. Aku dah kenyang."
"Bila masa pulak kau makan? Breakfast tak, lunch pun tak. Ha. Lepas sekolah pulak, terus pergi practice netball kan? Cuba cakap, bila masa kau makan?" Amelia mengerutkan dahi.
Aku mengeluh. Dah mula dah dia jadi polis tak bertauliah.
"Aku singgah beli makanan dekat kiosk lepas habis practice tadi. Dah la. Makan lah cepat. Aku penat ni."
Mata aku dah mula membayangkan katil aku yang empuk ditambah pulak dengan patung unicorn aku yang gebu tu. Sedapnya kalau dapat tidur.
Kawan kawan aku yang lain terus sambung makan.
"Ehem."
Kami semua menghalakan pandangan ke arah suara tadi.
Kelihatan Adam, Firash, Amierul, Nazrul dan Arfiq sedang berdiri di hadapan meja kami. Masing masing segak berbaju melayu dan memegang pinggan hidangan. Dah lah semua hensem. Rasa nak gigit pun ada.
"Kitorang tak ada tempat. Kalau kitorang duduk dekat sini boleh tak?" soal Firash.
"Eh. Duduk lah! Memang tak ada orang lain selain kitorang." Raysha menghadiahkan senyuman manis.
Iee Cha ni. Aku piat jugak telinga dia kang. Gatal! Nasib baik aku tengah tak larat. So, aku malas nak cakap apa apa.
Mereka semua tersenyum lebar lalu terus mengambil tempat masing masing. Aku duduk dekat tepi sekali.
Untuk mengelakkan diorang duduk sebelah aku, aku letak beg telekung dekat kerusi sebelah kiri aku yang kosong. Sebelah kanan aku ada Amelia.
"Thanks." Adam tersenyum simpul.
"No hal la." Raysha membalas senyuman itu. Aku malas dah nak komen apa apa. Susah nak buang Cha dari habitat gatal merenyam dia.
"By the way, kenapa korang lambat?" Soal Afieya sambil mengunyah karipap sardin di tangannya.
"Tadi ada perjumpaan AJK tertinggi Aspura. Sebab tu lambat." Jelas Amierul.
"Kau tak makan, Laura?" Soal Nazrul sambil memandang aku. Soalan dia membuatkan semua mata memandang aku.
Mungkin, diorang pelik sebab aku senyap je. Selalunya, aku yang hyper terlebih. Duduk paling hujung pulak tu.
Aku sekadar menggeleng.
"Makan ah. Aku tak lapar."
"Baru aku perasan. Izwan mana? Selalunya korang dengan dia kan?" Soal Diyana tiba tiba.
Aku tersentak bila dengar nama tu. Haah kan. Selalunya, dia mana pernah berpisah dengan geng dia ni ha. Tapi kenapa dia tak ada?
Takkan lah makan dengan Bella kot.
"Izwan kena hantar report pengawas dekat Cikgu Anita. Kejap lagi sampai lah tu." Firash membuat penjelasan.
"Tapi kan Rash, aku tak sangka pulak kau ni perut tempayan. Badan kurus je. Makan sampai dua pinggan. Lain macam eh kau ni." Kata kata Afieya mengundang tawa mereka semua.
Tapi aku tak. Aku diam je. Malas nak gelak. Penat nak buka mulut.
Firash duduk di sebelah kerusi yang aku letak telekung tu. Sekarang, ada dua je kerusi yang kosong. Kerusi sebelah aku dengan kerusi sebelah Syuhada.
Memang dia ada dua pinggan nasi tomato. Satu tu nak bagi saka dia makan ke apa?
Firash buat muka tak puas hati.
"Pinggan lagi satu ni Izwan punya. Aku ambikkan untuk dia."
Kenapa dari tadi diorang asyik cakap pasal Izwan? Menyampah pulak aku bila dengar nama tu. Rasa macam nak stepler je mulut sesiapa yang sebut nama dia.
"Panjang umur. Tu Izwan. Wan! Sini sini!" Arfiq melambai lambaikan tangannya pada Izwan yang baru sahaja masuk ke dalam dewan makan itu.
Aku halakan pandangan ke suatu arah. Sekali lagi, aku terpaku.
Izwan pakai baju melayu warna hitam dengan sampin bercorak kerawang keemasan dan songkok di kepala.
Jantung aku berdebar bila dia mula mengatur langkah ke sini.
Why you must beating this fast for him, my dear heart?
Aku pandang dia. Dia pandang aku dan senyuman dia terus hilang. Terus dia alihkan pandangan kepada kawan kawan dia.
"Tak ada tempat lain ke?"
Segaris kata yang keluar dari mulut dia buat aku terkilan. Benci sangat ke dia kat aku?
Tak kisah la. Dia nak benci aku? Silakan. Aku boleh benci dia double triple kali lagi dahsyat.
"Tak ada. Sebab tu kitorang duduk sini. Duduk jela, Wan. Meh duduk sebelah aku ni ha. Aku dah ambilkan makanan untuk kau." Firash menepuk kerusi di sebelahnya a.k.a kerusi sebelah aku jugak.
"Kat sini ada barang. Duduk lah tempat lain." Balas aku dengan suara mendatar. Nasib baik aku bawak beg telekung ni tadi. Boleh la jadi survivor.
"Barang ni boleh dialihkan." Firash mengambil beg telekung aku lalu sesedap kari kepala ikan je dia pergi suruh Adam letak atas kerusi kosong sebelah Syuhada.
Baru sahaja aku ingin membuka mulut, Izwan terus duduk di sebelah aku. Aku agak terkejut jugak. Dia buat muka selamba dia dan mula membasuh tangan menggunakan bekas basuh tangan yang tersedia di atas meja itu.
Aku menjarakkan kedudukan aku dengan dia. Perfume dia buat aku makin nak duduk rapat dengan dia. Tapi, aku berjaya kawal diri.
Aku perasan pandangan mata Amelia. Tak lain tak bukan. Nak mengusik lah tu. Aku malas nak layan. Seriously.
"Laura, are you sure you are doing just fine? Muka kau pucat." Adam tiba tiba bersuara.
Sekali lagi aku menjadi tumpuan di meja itu. Izwan je yang buat tak kisah. Sibuk makan.
"Haah la. Kau tak sihat ke?" soal Nazrul pula.
"Aku okay la. Penat je. Korang lambat lagi ke? Aku balik aspuri dulu la."
Serius aku rasa tak larat sangat ni. Macam nak pengsan pun ada. Seharian kot aku tak jamah apa apa. Minum air je.
"Tak payah la. Kau nak naik atas awal awal buat apa? Tak ada siapa siapa kat atas tu. Kalau jadi apa apa nanti macam mana?" Amelia menegah.
Susah lah kalau disayangi ramai ni. Aduh. perasantannya aku.
"Izwan!"
Kami semua mengalihkan pandangan ke arah suara gedik yang tiba tiba menerpa telinga. Aku mengeluh. Dah agak dah.
Bella tersenyum manis sambil menggulung gulungkan rambutnya.
"Ada apa?" Izwan angkat wajah.
"Em... I just wanna say thanks to you. I mean, for the sweet gift. I really appreciate it."
"Sweet gift? Sweet gift apa pulak ni?" Amierul mengangkat kening.
Bella tersenyum lebar.
"Cukuplah I dengan Izwan je yang tahu. I just nak cakap dekat someone tu. Jangan nak fikir dia hebat sangat. Dalam court, maybe dia paling hebat. Tapi kat luar ni, jangan ingat dia boleh rampas hak orang sesuka hati."
Aku tersentak.
"Apa benda yang kau merepek ni?" nada suara sengaja aku tinggikan.
Bella pura pura menekup mulutnya.
"Opps! Ada orang terasa ke? Sorry! I just cakap secara umum. Siapa makan cili, dia lah yang rasa pedas." Bella senyum mengejek.
Secara umum kepala carrot dia la. Hello. Dia mention pasal court kot. Aku dengan Mel je netballers dekat sini.
"Kau betul betul nak rasa aku cili mulut kau ke?"
Aku mula berdiri. Aku pun tak sedar suara aku macam halilintar. Semua orang yang tadinya rancak berborak kini mengalihkan perhatian kepadaku.
Izwan terpanar dengan tindakan aku.
"Ara, dah lah tu."
Amelia memegang lengan aku. Dia cuba menenangkan aku tapi aku tak tahu kenapa aku makin menyirap. Tangan Mel aku tepis laju.
"Laura... Laura... bila lah perangai panas baran kau ni nak hilang. Nama je perempuan. Tapi kalau letak kau kat sebelah lelaki, orang pun tak reti nak beza antara kau dengan budak lelaki tu."
Kali ni aku dah tak mampu nak tahan lagi. Aku terus meluru ke arah Bella. Rambut dia aku tarik sekuat hati. Dia apa lagi. Menjerit macam orang gila la. Aku kisah apa. Makin kuat dia jerit, makin kuat aku tarik rambut dia.
Kalau ikutkan hati, nak je aku smackdown dia kat sini.
Keadaan mula bertukar kecoh bila kawan kawan aku dan kawan kawan Bella mula campur tangan. Raysha tarik aku tapi aku tolak dia balik. Tiba tiba aku rasa lengan aku ditarik kuat oleh satu tangan.
"Laura Ameena, stop!"
Suara lantang itu bergema di dalam dewan itu dan serentak menghentikan tindakan aku.
Suara itu suara Izwan. Dia berdiri di tengah. Di antara aku dan Bella.
"What's wrong with you?" Bella mula buat drama air mata.
"Kau apahal? Dah macam orang gila kena rasuk aku tengok." Nadya mengusap bahu Bella yang sedang menangis teresak esak.
Jangan ingat aku nak simpati eh. Makin dia nangis makin aku rasa nak cungkil cungkil je biji mata dia tu pastu bagi anjing makan.
"Dengan perangai kau ni, aku syorkan baik kau bukak je la tudung tu. Memalukan kaum je!" Durra menyampuk.
"Kau...!" aku meluru ke arah Durra.
Belum sempat aku sampai kepadanya, badan aku ditolak kuat oleh seseorang membuatkan aku jatuh terduduk di atas lantai dewan itu.
Aku memegang perutku yang tiba tiba terasa senak. Sakitnya! Aku dongakkan wajah.
Ta- tak mungkin.
Izwan ke yang tolak aku tadi?
Aku pandang wajah Izwan yang kelihatan betul betul marah.
"Jaga sikit tingkahlaku kau. Ni sekolah. Ada peraturan. Kalau kau rasa nak buat semua benda ikut kepala kau je, aku rasa baik kau hantar je surat berhenti sekolah."
Aku tersentak. Suasana di situ bertukar dingin. Semua orang tak berani bukak mulut.
Aku mengumpul kekuatan lalu terus berlari keluar dari situ menuju ke tandas. Aku dengar dengan jelas suara kawan kawan aku cuba memanggil aku tapi aku cuma buat buat tak dengar.
Yang penting, hati aku hancur diperlakukan seperti sampah yang tak ada hati dan perasaan.
❀❀❀
AKU dah tak kisah pasal semua benda. Air mata aku keluar macam air terjun. Aku memang susah nak nangis. Tapi bila dah nangis, memang susah la nak berhenti.
Aku duduk di atas mangkuk tandas di dalam tandas itu lalu menangis sambil menekup mulut. Aku tak nak ada orang tahu aku ada dekat sini. Bahu aku terhinjut hinjut menahan kesedihan.
It's hurt to cry in silence like this.
Aku nak ummi. Ummi orang pertama yang akan peluk aku kalau aku nangis macam ni. Aku mencapai tisu tandas di sebelahku lalu terus mengelap air mata yang mengalir.
Kuat, brutal, kental, Heartless...
Aku dah biasa digelar dengan nama panggilan tu.
Tapi...
This is the real me.
Aku pun ada hati. Ada perasaan. Kenapa orang lain boleh nangis tapi aku kena nangis secara tertutup macam ni? Semua ni tak adil.
Apa salah aku? Kenapa Izwan sebelahkan Bella? Dia tolak aku semata mata sebab Bella? This is too much.
Aku menangis lagi. Kali ni, aku malas nak tahan tahan. Biarlah aku lepaskan semuanya dekat sini.
Orang lembik je yang menangis?
That's literally the wrong fact. Everyone need to cry. Its a must.
Aku mengelap sisa air mata yang masih berbaki. Apa gunanya kau nak menangis macam ni? Kau kena kuat, Ara. Kau kena kuat.
Pintu tandas aku buka perlahan. Aku nak rehat je sekarang ni. Sebaik sahaja aku melangkah keluar dari tandas, langkah aku terhenti.
Anak mata coklat milik aku bertembung dengan iris kelabu milik seseorang.
Aku terkedu.
"Ka- kau okay?"
Aku diam tak berkutik. Aku tak menghiraukan pertanyaannya. Malah, aku terus melangkah menjauhi lelaki itu untuk ke aspuri.
Belum sempat aku melangkah jauh, lengan aku diraih pantas. Aku menghentikan langkah lalu menoleh ke belakang.
"Meena, i'm sorry."
Jantung aku berdegup pantas. Memang aku rasa perubahan kalau orang panggil aku dengan nama tu. Aku rasa something. Hati aku terus lembut.
Aku menarik lenganku dari genggamannya.
Izwan mengeluh.
"Okay. Aku tahu aku salah. Aku tak patut tolak kau, tinggikan suara dekat kau. But, aku tak boleh kawal diri aku. I'm really sorry."
Aku tenung mata dia sedalam dalamnya. Aku tahu dia tak sengaja. Aku tahu dia bukan jenis macam tu. Sebab aku kenal dia sangat sangat.
Tapi aku tak tahu kenapa aku tak boleh nak maafkan dia.
"Aku tak kisah kalau kau nak marah aku. But please. Say something. Aku risau."
Aku tersenyum sinis.
"Rasanya kau tak payah kot nak risau pasal aku. Baik kau jaga je Bella tu baik baik. Kau tak nak dia sakit kan? Kau simpan je dia dalam almari lepastu kunci baik baik."
"Kenapa pulak aku tak boleh risau pasal kau? Sebab Harris?" Ada riak tidak senang pada wajah Izwan yang aku sendiri tak pasti kenapa.
Aku mengerutkan dahi.
"Apa kaitan Harris pulak ni?"
"Dan apa pulak kaitan Bella? I'm talking about us. Kau dengan aku."
Aku terdiam. Aku pandang raut wajah dia. Memang dia nampak bersalah.
"Sepanjang perkenalan kita, aku selalu nampak kau macam lelaki paling sempurna. Dari segi agama, tingkahlaku, sifat peribadi."
"Tapi disebabkan terlalu kagum, mungkin harini Allah nak tunjukkan siapa kau yang sebenarnya."
"It doesnt matter anymore. If you want me to forgive you, then please . Keep your distance from me."
Izwan tersentak dengan kata kata aku. Aku terus melangkah perlahan menjauhinya.
Izinkan aku rehat.
Sumpah, aku penat dengan semua ni.
Aku kecewa dengan kau, Izwan Hakiem.
To Be Continued ♡
bubye
love you ♡︎
borahae 💜
with love,
wanymadu ♡︎
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top