[1] Bocah dari jauh

Aku merenung wajah-wajah bocah yang berada di hadapanku. Sungguh aku terkejut. Budak-budak ni makan ape ntah yang hyper sangat nih. Dah macam sajat aku tengok.

Dari tadi aku cuba kira budak-budak ni. Tapi ade je yang lari sana sini. Kena kira balik nih. Harap diorang tak lari lagilah.

"Satu, dua, tiga, empat, enam, enam. Eh ape nyah"

"Pft-pak cik tu tak pandai kiralah." Kata seorang bocah yang berambut sedikit panjang itu.

"Hei aku dengar lah ape kau cakap." Aku mahu mengira lagi tapi ade sorang bocah bermuka hensem dah potong percakapan aku.

"Pak cik. Tak payah kiralah. Kami semua ni 12 orang semuanya."

"Ouh.. Macam tu eh. Kenapa kau tak cakap awal-awal? Penat aku mengira dari tadi tau?"

Aku memandang bocah-bocah yang berumur lingkungan 4 hingga 6 tahun itu. Tiba-tiba seorang bocah bermata sepet berjaya menarik perhatianku.

"WOI! KAU BUAT APE DEKAT MESIN BASUH AKU TU!"

Dasar bocah! Aku terus meluru ke arahnya yang sedang bersemangat memanjat mesin basuh Samsungku itu.

"Kau ingat mesin basuh ni murah ke? Aku pon belum habis bayar lagi. Dah pergi sane. Shush shush"

Aku menolak bocah itu ke arah sofa berhampiran dengan bocah bermuka mengantuk. Kelihatan bibirnya terkumat kamit mengatakan sesuatu.

Haa kata dekat aku lah tu. Ceh, tak kesah pon.

"Junnie, tengok pakcik unta tu marah-marah ochi. Sedih ar camni"

"Yang Ochi pergi kacau mesin basuh dia tu kenapa?"

Aku pun memandang sekeliling. Aku nak buat macam mana ni? Tiba-tiba satu idea muncul di fikiranku.

"Bocah-bocah sekalian!!  Sila berbaris dan perkenalkan diri masing-masing. Siapa baik aku bagi hadiah. Cepat!!"

Sekelip mata je diorang berbaris. Dah macam semut berkawad je aku tengok.

"Hannie, yang paling tua!" Kata bocah yang berambut sedikit panjang itu.

"Eleh, berapa bulan je. Kite Shua!" Haa budak ni lah yang ajar aku mengira tadi.

"Kite pulak Junnie. Kita umur 5 tahun." Ni budak muka mengantuk tadi.

Aku memandang bocah bermata sepet tadi.

"Tanak kawan. Tadi marah tite."

"Alah marah sikit je." Sabar jelah dengan bocah ni.

"Hmm hmmm nama Kite Ochi." Jelas bocah sepet itu.

"Okay seterusnya." Baru sahaja budak yang berdiri di sebelahnya ingin berbicara, Ochi telah bercakap.

"Mane hadiah tite? Tite dh baik."

Eh eh. Ingat pulak dia eh. Takpe, Cheol sentiasa menepati masa.

"Haa. Ochi nak ape?"

"Ochi nak mesin basuh tu boleh?"
Hampir tersedak aku jadinya. Takde hadiah besar lagi ke yang dia nak mintak?

"Mesin basuh tu besar sangatlah. Pakcik bagi Ochi pinjam je. Boleh?"

"Hmm. Yelah." Lega aku mendengar jawapan bocah tu.

"Saya Wonu." Kelihatan bocah itu tersenyum memandangku.

"Hai, saye Wuji." Comel je nyah kamu

"Tite pulak!! Hai nama tite Seokmin, boleh panggil tite Min." Cerianya betul bocah ni.

"Ite pulak Gyu yang hensem." Ceh, aku lagi hensem kot.

"Hai, panggil tite Hao" haa budak ni nampak baik.

"Eyyo, Boo Seungkwan di cini. Boleh panggil kita Kwan, nak panggil Boo pon boyeh." Budak debab ni lah yang tolong si Ochi tu panjat mesin basuh aku tadi.

"Hai. My name is Vernon." Fuh sepaking. Eh speaking.

Aku menoleh ke arah bocah yang terakhir  yang sedang memeluk botol air didi dengan kemas.

"Haa name kau ape bocah?"

"Nama tite Chan." Eii comel lah pulak.

Jadi, berakhirlah pengenalan diri yang ringkas daripada mereka.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top