9: SISTER
Shownu sedang nyenyak tidur di dalam balutan selimut.Dia kemudian terjaga apabila terdengar bunyi sesuatu dipotong. Dia melangkah keluar dari bilik dan ternampak noonanya sedang memotong sayur.
"Kenapa bangun?"soal noonanya sambil berkerut memandangnya.Baru sebentar tadi Shownu memaklumkan kepadanya untuk tidur sebentar.
"Sa-Saje"Shownu terus berlari masuk ke biliknya semula.Dia bertindak sedemikian kerana ternampak noonanya di ruang tamu.Mana satu noonanya?
"Telefon noonalah"dia segera mendail nombor noonanya dengan jari yang menggigil.
"Noona dekat mana?"
"Noona baru nak sampai.Wae?"
"Tak-Takde pape"Dia mematikan telefon sambil berharap agar noonanya segera pulang ke rumah.Seketika kemudian, terdengar deruman enjin di luar rumah.Dia yang seperti mendapat sinar baru terus sahaja melompat dari katil dan ingin membukakan pintu untuk noonanya masuk.Ketika tangan ingin menyentuh pintu bilik,dia baru sedar bahawa dia baru sahaja melakukan kesilapan besar!
"Noona ada kat oversea!"
"Shownu!Mari makan dengan noona!"
"Jom teman noona tengok drama!"
"Noona dah sampai ni!"
Shownu buntu.Ketiga tiga orang 'noona'nya sedang memanggil.Apa harus dilakukan?
"Noona ada dekat belakang kamu ni"
Dia berpaling dan ternampak 'noona'nya sedang senyum menyeringai.Dia pengsan serta merta.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top