89: ESSAY
Seorang guru bahasa bernama Do Kyungsoo sedang memeriksa karangan para pelajarnya.
"Pengalaman indah saya?Macam menarik"Kyungsoo terus membaca isi karangan salah seorang anak muridnya.
"Suatu hari,saya bangun pada pukul 4 pagi.Saya kena bangun awal sebab omma marah kalau saya bangun lewat. Saya mandi,makan dan ke sekolah macam biasa.Di sekolah,saya cuba fokus dalam kelas walaupun terkadang ada je otak saya mengelamun"Kyungsoo membaca perenggan pertama.
"Not bad"komennya.Dia terus membaca.
"Balik dari sekolah,saya nampak omma dengan appa tengah makan tengah hari sambil ketawa ceria.Saya cepat2 naik ke bilik dan berkurung kat situ sampai petang. Saya menangis dan tak keluar bilik walaupun pintu bilik saya macam nak roboh sebab appa saya tendang. Saya takut.Waktu tu saya harap sangat ada seseorang yang dapat tolong saya"Kyungsoo membaca perenggan seterusnya sebelum terdiam.
"Saya tak nak jumpa dengan omma dan appa sebab saya tahu mereka dah makan dongsaeng saya.Saya tahu sebab apa.Keluarga kami miskin.Omma tak kerja.Appa pulak baru dibuang kerja sebab syarikat appa muflis.Sebab tu mereka makan adik saya.Saya taknak jadi makanan omma dan appa"
Kertas yang dipegang Kyungsoo terjatuh.Dia tidak sanggup membaca perenggan terakhir sebab perenggan ketiga tu dah cukup buatkan dia pucat.
"K-kenapa dengan pe-lajar aku ni?" Kyungsoo tertanya tanya.Dia gagahkan diri untuk membaca perenggan terakhir.
"Tapi syukurlah saya selamat sampai hari ni.Sebab apa?Sebab malam tu masa omma dan appa tidur,saya ambil daging mereka sebelum saya masak dan makan.Tapi saya baru sedar yang saya dah terbunuh omma dan appa.Saya tak sedih sebab saya dah selamatkan diri saya daripada maut walaupun omma dan appa dah takde.Betul kan cikgu?"
Kyungsoo terkejut besar.Dia memeriksa nama pelajar tersebut namun tiada.
Dan dia baru sahaja sedar yang kertas tu ada 22 helai tapi pelajar dia cuma ada 21 orang.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top