85: MUTE
Fokus Byungchan terganggu apabila dia mendengar bunyi bising di hadapan pintu apartmennya.
"Apa masalahla buat bising dekat pintu rumah orang"dia mengeluh sambil membelek majalah.
Seketika kemudian,bunyi itu semakin perlahan sebelum lenyap.Tidak lama, digantikan pula bunyi sesuatu yang seakan mengehentam pintunya berkali kali.
"Apelah pulak tu?"Byungchan menutup majalah sebelum memandang pintu yang tidak jauh dari tempatnya duduk.
Bunyi di luar bukan sahaja seperti menghentam malah hercampur dengan bunyi cakaran dan bunyi tombol pintu dipaut.
"Macam tengah bergaduh tapi tak dengar pulak suara orang menjerit ke melalak ke"disebabkan musykil, Byungchan bangun dari kerusi untuk menghampiri pintu masuk.
"Macam mana kalau ni cuma helah perompak?Manatau bila aku buka nanti perompak tu tunjuk pistol pastu kaut semua harta aku?"dia berfikir fikir.
"No!Aku takkan buka!'dia kembali merebahkan tubuh ke sofa.Telefon di atas meja dicapai untuk memghubungi polis sebagai langkah berjaga jaga.
"Tak guna punya fon.Masa nilah nak habis bateri!"Byungchan mengintai dari sofa.Bunyi tadi masih belum hilang.
Dia tersentak apabila terdengar bunyi libasan berkali kali dan semua bunyi tadi serta merta hilang sebelum keadaan bertukar sunyi.
5 minit berlalu,Byungchan memberanikan diri untuk mengintai keadaan di luar melalui tingkap kecil di sebelah pintu.
Terdapat mayat seorang namja yang berlumuran darah dan anggotanya bercerai dari badan.Pandangan Byungchan gelap selepas melihatnya.
Keesokannya,dia terjaga dan mendapati dia berada di wad.Berita yang disiarkan menarik perhatiannya.
"Seorang lelaki bisu berumur 27 tahun ditemui mati dibunuh di hadapan pintu rumah salah seorang penghuni apartmen yang ditemui pengsan oleh polis ketika sampai di tempat kejadian.Pemilik rumah tersebut dimasukkan ke wad dan bakal diminta untuk memberikan keterangan"
Byungchan tersentak.
"Sebab tu ke aku tak dengar suara orang menjerit semalam?"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top