78: WAVING

"Jumpa esok kat sekolah!Bye bye!"

Felix memerhati kelibat Bangchan yang semakin menjauh dari rumahnya.Felix melangkah masuk ke dalam rumah sebelum mengunci pintu.

Biliknya dituju.Memandangkan hari sudah lewat malam,dia ingin membersihkan diri sebelum tidur.

"Kenyangnya.."Felix menepuk perutnya.

Dia dan Bangchan baru sahaja habis melantak kat kedai makan. Maklumlah,Bangchan nak belanja.

Usai mandi,Felix memakai baju tidur sebelum dia bersiap untuk melelapkan mata.

"Selesanya!"Felix yang elok terlentang di atas katil menjerit sambil kakinya digoyangkan.

Matanya terpandang tingkap yang tidak tertutup.Oleh itu,dia bangkit untuk menutup tingkap tersebut.

Dia terpandang sosok manusia sedang berdiri di tepi jalan.

"Uiks tak balik lagi ke Bangchan hyung tu?"Felix memandang manusia yang berdiri berdekatan tiang lampu.

"Siap lambai"Felix semakin pelik.Kenapa hyung dia tu nak lambai dia?Rindu ke?

Felix yang think positive tu terus melaung.

"Hyung!Nape tak balik lagi?!"

Manusia tadi menoleh ke arahnya. Kelihatan separuh wajah 'manusia' itu rentung dan biji mata yang hampir terkeluar ditambah lagi sebelah wajah yang mempunyai kesan luka torehan

"Eh dah lewat!Tido lurr!"Felix lantas menutup tingkap biliknya sebelum melompat ke atas katil.

Untuk 2 hari,dia palau Bangchan sebab trauma.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top