77: STARS
Sunny sedang leka memerhatikan bintang yang berkerlipan di langit malam itu.Entah mengapa melihat bintang itu membuatkan dia teringat ommanya.
Kring!
Sunny menoleh ke sisi sebelum mencapai telefonnya yang berdering.
"Omma!"dia separuh menjerit apabila menjawab panggilan
Sunny sangat teruja apabila pemanggil itu ialah daripada ibunya.
"Omma nak datang sini?Jinjja?"
Sunny terdiam sejenak.
"Nae omma!Nanti Sunny masak untuk omma!"
"Nae omma.Saranghae!"
Talian dimatikan sebelum dia bergegas ke dapur untuk menyediakan makanan buat ommanya yang akan tiba tidak lama lagi.Tidak sangka setelah hampir 2 bulan tidak berjumpa,ommanya akan melawatnya nanti.
Habis sahaja memasak dan menghidang makanan,dia kembali menatap bintang melalui tingkap dapurnya.
"Omma dah sampai"kedengaran suara ommanya dari pintu.
Sunny bergegas membuka pintu dan menjemput ibunya masuk ke dalam rumah.
Mereka berbual sambil menikmati makanan bersama.
"Omma.Betulke kalau orang yang dah mati,dia akan perhatikan kita dari atas sana?"Sunny menyoal ommanya.
Ommanya tersenyum.
"Nae anak omma.Macam tulah omma nanti kalau omma dah takde.Omma akan tetap tengok Sunny dari atas sana"
Sunny tersenyum mendengar jawapan ibunya.
"Omma balik dulu nae"Sunny mengiringi ommanya hingga ke pintu.
"Omma wait!"Sunny berlalu ke dapur.
"Boleh omma tutup mata?"Sunny tersenyum memandang ommanya.
Ommanya hanya menurutkan sahaja permintaan anak perempuannya itu.
Tcak!Tcak!Tcak!
Sunny menikam ommanya berkali kali sehingga ommanya rebah tidak bernyawa.
Seminggu kemudian
Sunny yang duduk di dalam biliknya leka merenung ke arah langit malam.Bintang di langit ditatapnya tenang.
"Baru omma boleh tengok Sunny tiap hari.Takdelah rindu lagi"dia tersenyum sendiri.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top