74: ROLLING

Sejak tadi Taemin dari tadi tak fokus menonton drama disebabkan bunnyi dari luar biliknya.

" Benda apalah bergolek kerap sangat tu? Ni mesti tadi member aku tak simpan bola " Taemin mula keluar dari bilik tidurnya sambil mebebel.

"Aku dah agak dah"Taemin mengeluh di saat melihat bola yang tergolek di atas lantai.

Baru sahaja dia ingin mengutip bola tersebut, datang satu lagi bola yang bergolek di tepi bola tadi.

"Aik?Dari mana datang bola satu lagi?Bukan ada satu je ke?"Taemin menghentikan langkah.

Tidak lama, muncul satu lagi bola dan berhenti di tepi 2 biji bola tadi.

Tapi bola yang ketiga agak aneh. Ada bulu panjang persis rambut manusia dan kawasan itu sedikit basah.

Taemin pantas mengurungkan diri di dalam bilik dan berselubung di atas katilnya.Matanya tertutup rapat dan badannya menggigil.

Dia lupa dia mana ada bola.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top