71: CHAIN

Sewaktu sedang keluar membeli belah, Yiren terpandang seorang yeoja yang memakai seutas rantai yang menarik baginya.

"Cantiknya rantai tu..."ujar Yiren.Dia memerhatikan pergerakan yeoja itu. Aktiviti membeli belahnya dibatalkan.

"Tak boleh pakai,tengok pun jadilah" Yiren perlahan lahan mengekori yeoja tersebut.

Yeoja itu mula keluar dari butik pakaian yang dimasuki Yiren tadi dan menuju ke tandas.Yiren terus mengekorinya semata mata untuk melihat rantai itu dengan lebih dekat.

Yeoja itu masuk ke dalam salah satu kubikel tandas.Yiren turut masuk di sebelah.Dia menunggu yeoja itu keluar dengan sabar.

Klek

Bunyi pintu dibuka dari sebelah membuaykan Yiren melakukan hal yang sama.Dia pergi ke sinki dan mencuci tabgan bersebelahan yeoja yang memakai rantai tadi.

Yiren memandang rantai yeoja tersebut melalui cermin dan dia terkejut.

Rantai yang cantik baginya itu sebenarnya bebola mata manusia yang disambungkan membentuk seutas rantai.

Anehnya,jika dilihat secara berhadapan, rantai itu bukanlah daripada mata manusia tetapi emas.

"Kau dah nampak?"suara seram yeoja itu membuatkan Yiren ketakutan.

Yiren jatuh terduduk di sudut sinki.

"Sekarang giliran kau!"

"Arghh!!"

Beberapa lama kemudian,seorang pengunjung yang memasuki tandas itu menjerit ketakutan melihat Yiren yang terbaring kaku dengan keadaan tiada mata.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top