70: VISITING
"Jooheon!Mari makan malam!Omma dah siap masak"
Jooheon menutup bukunya sebelum keluar dari bilik menuju ke dapur.
"Sedapnya omma masak malam ni" puji Jooheon sambil tersengih.
"Makanlah.Omma dah letakkan" Jooheon mengangguk.Dia makan dengan penuh berselera sekali.Masakan ommanya tidak pernah buat dia kecewa.
"Appa kamu mana?"Jooheon tersentak. Dia tidak jadi menyuap makanan ke dalam mulut.Dia hanya diam.Langsung tidak memberikan sebarang respons.
"Jooheon,omma tanya mana appa kamu?" tanya ommanya lagi.
Jooheon masih diam.Dia langsung tidak menjawab.Suapan diteruskan seperti biasa.
"Aku tanya mana appa kau?!" ommanya mengehentak meja makan dengan marah namun Jooheon hanya cool di tempatnya.
"Mana appa kamu Jooheon..." ommanya mula merengek.Seperti mahu menangis.
Jooheon mengeluh.
"Omma dan appa dah meninggal bulan lepas.Lupa?"
"Omma dah mati?"ommanya memandang Jooheon.
Joheon mengangguk sambil meneruskan suapan.
"Itu je omma nak dengar.Annyeong.Esok omma datang lagi.Mungkin sekali dengan appa"ujar ommanya sebelum hilang dari pandangan.
Jooheon mengeluh.Dia tahu ommanya terlalu sayangkan dia sampai selalu masakkan makanan dan lawat dia kat rumah tiap malam.
Jooheon tak kisah.Buat apa nak takut?Tu kan omma dia.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top