52: TAXI

Sungjae ialah seorang pemandu teksi di bandar Seoul.Kebiasaannya,dia akan pulang ke rumah jika tiada pelanggan ataupun jam sudah melepasi angka 3 pagi.

Hari ini,seperti biasa Sungjae memulakan tugas sebagai seorang pemandu teksi.Jam sudah menunjukkan angka 2.43 pagi.

"Aku balik dululah,pelanggan pun dah takde rasanya"Sungjae bercakap sendiri sambil membetulkan cermin sisi.

Melalui pantulan cermin itu,dia ternampak seorang perempuan yang berdiri di tepi teksinya.

"Iya cik?Cik nak pergi mana?"Sungjae berpaling menghadap ke arah perempuan tersebut.

Perempuan yang memegang fail dan memakai baju formal seperti baru selesai menghadiri interview itu tersenyum nipis.

"Saya nak balik rumah kawan.Tapi saya tak ingat alamat"ujarnya.

Sungjae terdiam sebentar.

"Gwaenchana.Cik boleh tunjukkan jalan nanti"

"Kamsahamnida"perempuan tersebut masuk ke tempat duduk belakang teksi manakala Sungjae mengambil tempat di bahagian pemandu.

"Cik baru balik temuduga ke?"Sungjae terasa ingin bertanya.Pelik juga ada syarikat yang buat temuduga pada pukul 2 pagi macam ni.

"Nae.Tapi temuduga tu dah lama habis,saya je baru nak balik"gadis itu menjawab sopan.

Sungjae terangguk angguk.Bimbang jugak kalau yang naik teksi dia tu hantu ke.

Sesampainya di simpang tiga,gadis itu bersuara.

"Encik boleh pusing kiri,lepastu terus jalan sampai jumpa taman perumahan,saya boleh turun situ"

Sungjae mengangguk.Dia mengikut semua yang dikatakan gadis itu.Sesampainya di lokasi,dia terdiam.

Ini bukan kawasan taman perumahan tetapi kawasan yang dipenuhi semak.

Tap!

Sungjae terkejut mendengar bunyi pintu kereta ditutup.Gadis itu telah keluar dan berada di luar bersebelahan tempat pemandu.

Sungjae menurunkan tingkap dengan agak takut apabila gadis itu mengeyuk perlahan tingkap kereta.

"Kamsahamnida,chingu saya dah tunggu tu"dia tersenyum sambil menunjuk ke arah semak.

Ada seorang perempuan berbaju putih dan berambut panjang dan kusut memandang Sungjae tajam. Malah,terdapat banyak lagi makhkuk serupa yang sedang merenungnya.

Tanpa membuang masa,Sungjae menekan pedal minyak kereta untuk melarikan diri dari tempat tersebut namun malang baginya apabila keretanya merempuh sebatang pokok.

Sungjae dimasukkan ke hospital dan setelah dibenarkan pulang ke rumah,dia menghentikan kerjayanya sebagi seorang pemandu teksi akibat trauma.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top