41: DOOR

Yeji melihat jam di telefonnya.

2 pagi.

"Mengantuknya.."mata digosok berulang kali.Dia baru sahaja selesai menaip laporan sekolahnya.

Laptop dimatikan sebelum ditutup dan dia naik ke atas katil serta mengiring menghadap dinding untuk tidur.Baru ingin terlelap,telinganya menangkap suatu bunyi pelik.

Skrekk...

Yeji tidak jadi untuk tidur.

"Bunyi apa tu?"dia berkira kira untuk memalingkan muka dari dinding dan mencari punca tersebut.

Skrekkkk....skrekkk....

Kali ini bunyi itu lebih kerap.Seperti bunyi pintu ditutup dan dibuka.

Yeji mula cemas.Dia menyelimutkan diri sehingga menutupi kepala.

Dia tahu bunyi pintu itu bukan daripada pintu biliknya kerana dari pantulan cermin,dia dapat melihat pintu bilik yang tertutup rapat.

Dari mana datangnya bunyi pintu itu jika pintu biliknya tertutup rapat?























































Pintu bilik airnya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top