4: HAIR

Jennie dan Rose suka bermain tarik² rambut.

"Yah!Sakitlah!"jerit Rose apabila Jennie menarik rambutnya.Dia kembali menarik rambut Jennie dan perkara itu berlarutan dengan gelak tawa mereka.

Malam itu,Jennie mahu mengusik Rose yang tidur terlentang di atas katil.Dia menghampiri Rose dengan perlhan lahan sebelum merentap rambut panjang Rose.Tiba² rambut itu tertanggal dari kepala dan dia terjerit sebelum melemparnya jauh.Rambut itu kelihatan seperti rentung terbakar.

Dalam takut bercampur terkejut,telefon pintarnya berbunyi.Jennie menjawab panggilan dengan cemas untuk meminta pertolongan.Belum sempat bersuara,suara Rose dahulu bertanya jika ingin mengirimkan sesuatu kerana Rose berada di luar.

Jennie terkaku dengan perkara tersebut.

Terkaku dengan pertanyaan Rose

dan

'Rose' di hadapan yang mula bangkit menunjukkan wajah yang rentung dengan anak mata yang merah.

Telefon yang dipegang terjatuh.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top