28: CLASSMATE

Seokmin merupakan seorang pelajar yang bijak dan mudah bergaul dengan masyarakat.Kedatangannya ke sekolah itu disenangi para pelajar dan guru di situ.

"Stand up!Thank you teacher!"

Suara para pelajar bergema di dalam kelas sebelum seorang guru lelaki yang bernama Kim Yohan berlalu dari kelas tersebut.

"Weh asal rajin sangat buat homework ni"Mingyu,rakan baik Seokmon menegur.

"Bukan salah pun buat awal.Aku bosan ni.Nanti siap aku bagi kat kau"Seokmin menjawab sambil tangannya ligat mengarang ayat bagi menyiapkan karangan bahasa inggeris itu.

"Ha cantik!"Mingyu tersenyum.

Seokmin meneruskan aktivitinya sehingga selesai manakala Mingyu menyertai rakannya yang lain membawang.

"Siap pun!Tapi....bosan pulak.Semua homework dah siap,addmath pun dah"Dia mengemas alat tulis sebelum matanya memerhati setiap sudut kelas melihat semua rakannya yang terdiri daripada mereka yang berjantina lelaki.

Sekolah itu hanya dikhaskan untuk namja dan tidak hairanlah mereka masing2 bebas melakukan apa sahaja tanpa perlu mengawal kemachoan.

"Eh?Siapa tu"

Seokmin agak pelik melihat seorang namja yang berseragam sekolah sedikit lusuh sedang tunduk memandang meja.

"Tak pernah nampak pun?Classmate baru ke?"

Pelajar itu hanya diam dan tidak berganjak dari tempat duduknya seperti pelajar lain.Perlahan lahan Seokmin menghampirinya.

"Kau okey?"

Sepi.Tiada jawapan diterima.

"Hmm...tak okeylah tu"getusnya perlahan.

"Nama kau siapa?"Seokmin bertanya lagi.Bertambah pelik melohat kelakuan namja itu yang seperti kaku

"Jangan ganggu aku"perlahan ayat itu kelua dari bibir pelajar tersebut.

"Apa?"Seokmin pelik.Fikirnya pelajar itu mengalami tekanan dan dia kembali ke tempat duduknya.

Keesokannya,sewaktu masa rehat,Seokmin hanya duduk di dalam kelas kerana dia malas keluar dan namja itu masih di tempat duduknya.

"Kau ada masalah ke?Macam tertekan aje"tanya Seokmin.Dia agak geram melihat namja itu hanya kaku tanpa suara.

"Aku dah kata jangan ganggu aku"

Seokmin mengecilkan mata.

"Peliklah kau ni"Seokmin berkata dalam nada sedikit marah.

"Aku dah kata jangan ganggu aku!"

Dan kali ini suaranya jelas kedengara kerana seperti menjerit.

Seokmin terkejut melihat perubahan namja itu.Bertambah terkejut apabila dia mengangkat muka menampakkan wajahnya yang berparut dan berdarah.

"Arghh!!"

Seokmin jatuh terduduk.Kakinya seakan digam ke lantai.

"Kau ni memang degil!Sekarang kau akan terima akibatnya!"lantas namja itu mencekik Seokmin hingga tiada lagi tindak balas darinya.

Namja itu tersenyum.Sinis.

"Tulah balasan kalau tegur 'orang' macam aku"katanya sebelum lenyap sekelip mata.



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top